rancangan pengajaran harian pj

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Kelas : 1 Excellent Bil. Murid : 28 / 33 orang Tarikh : 3 / 9 / 2013 Masa : 7.40 – 8.10 pagi Tajuk : Jantungku Aktif Fokus : Berkebolehan melakukan aktiviti yang meningkatkan kapasiti aerobik. Standard Pembelajaran : 3.2.1 – Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan. 4.2.2 – Menyatakan hubungan antara jantung dengan paru-paru semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.4.2 – Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan. Objektif Pembelajaran : Pada akhir sese Pengajaran dan Pembelajaran ini, murid dapat :- Psikomotor : melakukan aktiviti larian dan lompatan berterusan dalam jangka masa lima minit atau lebih. Kognitif : menyatakan dua hubungan antara jantung dengan paru-paru semasa melakukan aktiviti fizikal.

Upload: chekgoo-atiekah

Post on 26-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran : Pendidikan JasmaniKelas : 1 ExcellentBil. Murid : 28 / 33 orangTarikh :3 / 9 / 2013Masa : 7.40 8.10 pagiTajuk : Jantungku AktifFokus : Berkebolehan melakukan aktiviti yang meningkatkan kapasiti aerobik.Standard Pembelajaran : 3.2.1 Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan.4.2.2 Menyatakan hubungan antara jantung dengan paru-paru semasa melakukan aktiviti fizikal.5.4.2 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan.Objektif Pembelajaran :Pada akhir sese Pengajaran dan Pembelajaran ini, murid dapat :-Psikomotor : melakukan aktiviti larian dan lompatan berterusan dalam jangka masa lima minit atau lebih.Kognitif : menyatakan dua hubungan antara jantung dengan paru-paru semasa melakukan aktiviti fizikal.Afektif : memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan.EMK : Keusahawanan ( daya kental yang kuat)PSA : Murid tahu kegunaan jantung.Nilai : Kerjasama, Kebersihan, KebebasanKBKK : Menghubungkait, Menjana ideaKesepaduan : Sains ( mengenali anatomi badan)BBM : Lembaran Kerja, Pembesar audio, tali, keratan surat khabarStrategi : Berpusatkan murid.Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, Verbal Linguistik, Interpersonal.Bahagian/MasaAktivitiButiran MengajarOrganisasiCatatan

Permulaan(5 Minit)Memanaskan badan

Permainan Belalang dan Belatuk. Mata pandang ke hadapan. Tangan dihayun dan siku difleksikan ke hadapan. Badan dicondongkan sedikit ke hadapan. Kaki berlari dengan bebola kaki.

Petunjuk : Guru Murid

Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Belalang dan Belatuk.

Jika guru menyebut belalang, kumpulan Belalang akan mengejar Belatuk.

Jika guru menyebut belatuk, Kumpulan Belatuk akan mengejar Belalang.

Kumpulan Belalang akan mengikat tali raffia di kepala sebagai penanda.Alatan : Kon 6 bijiTali raffia

KP : KinestetikInterpersonal

Nilai : Kerjasama

Perkembangan(12 Minit)Aktiviti 1Berlari ikut bentuk(6 Minit)

Aktiviti 2Melompat Pelbagai Gaya(6 Minit) Mata pandang ke hadapan Tangan dihayun dan siku difleksikan. Badan dicondongkan sedikit ke hadapan. Kaki berlari dengan bebola kaki.

Melompat gaya kanggaru. Mata pandang ke hadapan. Tangan dirapatkan ke dada. Badan dicondongkan ke hadapan. Kaki difleksikan semasa mendaratMelompat Gaya Katak Mata pandang ke depan. Badan dicondongkan ke hadapan. Tangan diluruskan ke tanah. Kaki dibengkokkan hingga kedudukan mencangkung. Apabila melompat, kaki menolak dan tangan menahan.

Petunjuk : Guru Murid Gelung

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Murid diminta berlari dan menyusur seperti ular mengelak gelung rotan.

Aktiviti ini diulang beberapa kali.

Murid masih di dalam kumpulan yang sama. Set yang pertama, murid diminta melompat seperti kanggaru ke dalam gelung. Set yang kedua, murid diminta melompat seperti katak ke dalam gelung. Kumpulan yang cepat habis dikira pemenang.Alatan : Kon 6 BijiGelung rotan 20 gelung

KP : KinestetikInterpersonal

Nilai : Kerjasama

Kemuncak(8 Minit)Permainan Kecil

Tangkap Ekor Naga Mata pandang ke hadapan. Tangan dihayun dan difleksikan ke hadapan. Badan dicondongkan sedikit ke hadapan. Kaki berlari dengan bebola kaki.

Petunjuk Guru Murid

Murid akan menjadi naga. Murid diberikan sepotong kertas panjang setiap orang untuk dijadikan ekor naga.

Murid diminta meletakkan kertas tadi pada pinggang dan diselitkan sedikit ke dalam seluar. Murid diminta menangkap ekor naga lain. Naga yang telah hilang ekor masih boleh emnangkap ekor naga lain. Naga yang paling banyak ekor dikira sebagai pemenang.

Alatan : kon 6 BijiPotongan kertas 35 helai.

KP : kinestetikInterpersonal

Nilai : Kebebasan.

Penutup(5 Minit)

Menyejukkan badan

Tarian HawaiiGoyang Badan

Soalan

Kesemua anggota badan digoyangkan dari pergerakan laju kepada perlahan. Berdiri tegak. Mata pandang ke hadapan. Tangan digoyag ke tepi, atas, depan dan bawah. Kaki digoyang ke depan.

Apakah tugas paru-paru?

Apakah hubungan paru-paru dengan jantung?

Apakah yang akan terjadi jika kita tiada jantung atau paru-paru?

Petunjuk : Guru Murid

Murid diminta beratur dalam kumpulan. Murid mengikut arahan guru. Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru.

Alatan : Kon 6 biji

KP : KinestetikInterpersonalVerbal linguistik

Nilai : Kebersihan

KBKK : Menghubung kaitMenjana idea