rancangan mengajar harian tmk

6
RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (MENGIKUT MODEL ASSURE) Nama Guru Tan Zi Yan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 Kelas 4 Bestari Tarikh 21-7-2014 Masa 9.00am – 10.00am Bilangan Murid 32 orang Tajuk Unit 3 Reka Bentuk Hasil Pembelajaran i. Murid dapat menyatakan dan menggunakan alatan dan bahan yang sesuai untuk membina projek eksperimental. ii. Murid boleh membuat pengujian terhadap projek eksperimental yang dibuat. iii. Murid dapat mengenali kekuatan dan kelemahan projek eksperimental mereka. Analisis Pelajar Ciri Umum Pelajar Pengetahuan Sedia Ada Gaya Pembelajaran Berada dalam kumpulan kecerdasan tinggi dan Murid pernah melihat alatan dan bahan yang Perbincangan dan berpusatkan murid.

Upload: zi-yan

Post on 30-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tmk

TRANSCRIPT

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN (MENGIKUT MODEL ASSURE)Nama GuruTan Zi Yan

Mata PelajaranKemahiran Hidup Tahun 4

Kelas4 Bestari

Tarikh21-7-2014

Masa9.00am 10.00am

Bilangan Murid32 orang

TajukUnit 3 Reka Bentuk

Hasil Pembelajarani. Murid dapat menyatakan dan menggunakan alatan dan bahan yang sesuai untuk membina projek eksperimental.ii. Murid boleh membuat pengujian terhadap projek eksperimental yang dibuat.iii. Murid dapat mengenali kekuatan dan kelemahan projek eksperimental mereka.

Analisis PelajarCiri Umum PelajarPengetahuan Sedia Ada Gaya Pembelajaran

Berada dalam kumpulan kecerdasan tinggi dan sederhana dari segi pencapaian akademik.

Murid pernah melihat alatan dan bahan yang digunakan pada projek eksperimental ini.Perbincangan dan berpusatkan murid.

Menyatakan ObjektifPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menyatakan jenis alatan dan bahan yang digunakan.2. Membina projek eksperimental dengan menggunakan alatan dan bahan yang disenaraikan.3. Membuat pengujian pada projek eksperimental yang telah dihasilkan.4. Mengenal kekuatan dan kelemahan projek eksperimental masing-masing.

Memilih Kaedah, media dan sumberKaedah

KuliahPerbincanganSumbang saran

Media

Tayangan videoAlat dan bahan sumber yang diperlukan

Komputer dan LCD

Menggunakan media dan bahanVideo yang digunakan dalam pengajaran ini ialah tentang cara-cara untuk membuat contoh projek eksperimental ini.

Melibatkan PelajarSet Induksi ( 5 minit )

1. Guru menayangkan lakaran yang dilukis oleh murid-murid mengikut kumpulan pada kuliah yang lepas dan membuat imbasan semula mengenai lakaran tersebut.2. Guru menayangkan gambar tentang pelbagai alatan tangan dan bahan.3. Guru bertanyakan kepada murid apakah alatan tangan yang diperlukan untuk membuat projek eksperimental ini.

Langkah 1 ( 8 minit )1. Murid dikehendaki menyenaraikan alatan dan bahan yang akan digunakan pada projek eksperimental ini.2. Guru membimbing murid-murid untuk menyediakan alatan tangan dan bahan yang diperlukan dalam projek eksperimental ini.3. Guru menayangkan satu video tentang cara membuat projek eksperimental ini.4. Guru menerangkan beberapa faktor keselamatan semasa menggunakan alatan seperti gunting.

Langkah 2 ( 30 minit )1. Guru meminta murid membina projek eksperimental berdasarkan lakaran kumpulan masing-masing.2. Semasa murid membina projek, guru memantau dan membantu murid apabila diperlukan.3. Guru membimbing murid membentuk kerangka sisi mengikut kreativiti masing-masing.4. Guru mengingatkan murid untuk membuat garis tanda sebelum memotong bahan kerja.

Langkah 3 ( 12 minit )1. Murid dikehendaki menguji projek eksperimental dengan menggunakan pemberat.2. Guru memaklumkan kepada murid bahawa pemberat itu perlu diletakkan pada pusat jambatan, iaitu di tengah-tengah model jambatan. 3. Sekiranya projek eksperimental murid mengalami kegagalan, guru bersoal jawab dengan murid tentang sebab kegagalan tersebut.4. Guru membimbing murid-murid membuat persembahan projek eksperimental mengikut kumpulan.5. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan reka bentuk model jambatan untuk mewujudkan kemahiran berfikir mereka.

Penutup ( 5minit) 1. Guru memberikan pujian kepada kumpulan yang berjaya membuat projek eksperimental yang baik dan memberikan semangat juga kepada kumpulan yang lain.2. Guru meminta murid menilai kekuatan dan kelemahan projek masing-masing.

PenilaianPencapaian murid- murid dinilai melalui :1. Soal jawab dengan murid.2. Hasil perbincangan dan pembentangan murid3. Hasil kerja dan pengujian yang dibuat oleh murid.

Penambahbaikan yang dibuat:1. Membawa bahan maujud seperti contoh model jambatan.