rancangan pengajaran dan pembelajaran bahasa malaysia

21
Penerangan terhadap Rancangan P&P berasaskan Model ASSURE Langkah-langkah dalam model ASSURE 1. A – Analyse learners (Analisis pelajar) Rancangan P&P yang direka oleh kumpulan kami bertuju kepada murid Tahun 1 yang berumur 7 tahun. Kelas tahun 1 ini terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan yang comel. Kesemua 23 orang murid ini sudah pernah belajar di tadika ataupun pra sekolah selama setahun. 2. S – State Objective ( Nyatakan objektif) Objektif P&P kami ialah supaya murid-murid dapat menyebut bunyi kelima-lima huruf vokal dan membaca perkataan yang bermula dengan huruf vokal dengan tepat. 3. S – Select methods, media and material ( Pilih kaedah, media, dan bahan sumber) Disebabkan murid-murid yang dipilih adalah murid Tahun 1 yang berumur 7 tahun, maka kumpulan kami telah memilih kaedah P&P yang berpusat kepada murid. Aktiviti yang kami gunakan kebanyakan memerlukan penglibatan murid. Format media yang digunakan ialah video, slaid powerpoint , gambar dan kad-kad perkataan. 3.1 Video Kumpulan kami memilih video Lagu “AEIOU” sebagai permulaan sesi P&P (set induksi) kerana lirik lagunya sangat menepati tajuk pembelajaran. Ditambah lagi muzik lagunya yang merdu serta animasi yang menarik. 3.1.1 Cara menggunakan video dalam sesi P&P

Upload: mary-phang

Post on 29-Oct-2015

81 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Penerangan terhadap Rancangan P&P berasaskan Model ASSURE

Langkah-langkah dalam model ASSURE

1. A – Analyse learners (Analisis pelajar)

Rancangan P&P yang direka oleh kumpulan kami bertuju kepada murid Tahun 1 yang berumur 7 tahun. Kelas tahun 1 ini terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan yang comel. Kesemua 23 orang murid ini sudah pernah belajar di tadika ataupun pra sekolah selama setahun.

2. S – State Objective ( Nyatakan objektif)

Objektif P&P kami ialah supaya murid-murid dapat menyebut bunyi kelima-lima huruf vokal dan membaca perkataan yang bermula dengan huruf vokal dengan tepat.

3. S – Select methods, media and material ( Pilih kaedah, media, dan bahan sumber)

Disebabkan murid-murid yang dipilih adalah murid Tahun 1 yang berumur 7 tahun, maka kumpulan kami telah memilih kaedah P&P yang berpusat kepada murid. Aktiviti yang kami gunakan kebanyakan memerlukan penglibatan murid.Format media yang digunakan ialah video, slaid powerpoint , gambar dan kad-kad perkataan.

3.1 Video

Kumpulan kami memilih video Lagu “AEIOU” sebagai permulaan sesi P&P (set induksi) kerana lirik lagunya sangat menepati tajuk pembelajaran. Ditambah lagi muzik lagunya yang merdu serta animasi yang menarik.

3.1.1 Cara menggunakan video dalam sesi P&P Tayangkan slaid powerpoint lirik lagu “AEIOU”

Gerakkan tertikus supaya anak panah tunjuk ke perkataan Lagu “AEIOU”.

Klid ada perkataan itu supaya hyperlink ke Real Player untuk memainkan video Lagu “AEIOU”.

3.2 Slaid powerpoint

Slaid powerpiont yang kami hasilkan ini sesuai digunakan kerana mempunyai latar belakang yang menarik, warna yang berlainan digunakan untuk membezakan huruf vokal dan suku kata dalam perkataan yang diajar. Guru boleh menggunakan slaid ini untuk mengajar murid menyebut bunyi vokal dan perkataan serta membatangkan suku kata.

3.2.1 Cara menggunakan slaid powerpoint dalam sesi P&P Tayangkan slaid powerpoint

Tayangkan huruf vokal dan membimbing murid menyebut bunyinya.

Tayangkan huruf vokal dan suku kata dengan teknik membatang suku kata sambil membimbing murid menyebutkannya.

Gunakan slaid powerpiont yang sama untuk melatih murid membaca perkataan.

Simbol + beransur hilang

Huruf “a” dan suku kata “yam” akan beransur besar

Huruf “a” dan suku kata “yam” akan berkelip

Tayangkan gambar bersadarkan perkataan supaya murid dapat memahami maksud perkataan tersebut.

Tayang slaid powerpoint bagi aktiviti pengukuhan.

Tekan pada perkataan Aktiviti Pengukuhan 1.

Slaid powerpoint yang menunjukan arahan untuk aktiviti pengukuhan akan ditayangkan.

Guru boleh meminta murid untuk memilih huruf vokal berdasarkan gambar yang ditayangkan.

Slaid yang menunjukkan murid memilih jawapan yang betul

Slaid yang menunjukkan murid memilih jawapan yang salah

3.3 Gambar

Gambar yang digunakan dalam slaid powerpoint adalah jenis gambar animasi. Gambar tersebut dapat melakukan gerakan semasa ditayangkan. Tujuannya adalah untuk menarik minat dan perhatian murid semasa sesi P&P.

3.4 Kad perkataan

Kad perkataan yang digunakan telah dihias dengan hiasan yang menarik dan telah dilaminatekan supaya tahan lama. Dengan cara ini kad yang dihasilkan ini boleh diguna semula tanpa kerosakkan.

Kad huruf vokal Kad perkataan

3.4.1 Cara menggunakan kad huruf dan kad perkataan

Guru menunjuk kad huruf vokal dan membimbing murid menyebut bunyinya.

Guru melekatkan kad huruf pada papan tulis.

Guru meminta murid mengeluarkan sekeping kad perkataan dari kotak kemudian menunjukan kad perkataan kepada kelas dan membaca perkataan dengan kuat.

Guru meminta murid Guru meminta murid melekatkan kad perkataan pada papan tulis berdasarkan huruf vokalnya.

4. U – Utilize media and materials ( Gunakan media dan bahan sumber)

Sebelum kami menggunakan media dan bahan sumber, kami terlebih dahulu menguji keberkesanan media yang dihasilkan. Ini adalah untuk memastikan semua media dapat berfungsi dengan baik supaya sesi P&P dapat dijalankan dengan lancer serta berkesan.

5. R – Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

Aktiviti yang dirancang dalam sesi p&p ini membolehkan murid melibatkan diri secara aktif. Murid dikehendaki menyanyi sambil membuat gerakan. Murid diminta memilih kad perkataan dari kotak serta membaca dan melekatkannya di papan tulis bersadarkan huruf vokal.

6. E – Evaluate and Revise ( Nilai dan semak semula)

Keberkesanan sesi p&p dinilai berdasarkan tahap penguasaan murid terhadap objektif pembelajaran dengan teknik pemerhatian dan penilaian berdasarkan latihan dalam lembaran kerja murid.

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia (KSSR) Tahun 1

Sekolah : SJK Sungai Tengah

Kelas : Tahun 1

Masa : 90 minit

Bilangan murid : 23 orang

Tema : Keluarga

Tajuk : 3. Seronoknya dengan Keluarga

Standard Pembelajaran : 1.2.3 , 2.1.3, 4.1.2

Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi P & P, murid-murid dapat

1. menyebut bunyi vokal dan suku kata tertutup dengan betul dan

tepat.

2. Membaca perkataan yang bermula dengan huruf vokal.

Pengisian KBT: KB:- mengelas

Nilai: Kerajinan

Sistem Bahasa : Kosa Kata :- ayam, api, ikan, itik, emak, enam, oren, obor, ular, ulat

EMK : TMK, Muzik

Bahan Bantu Belajar (BBB) : klip video Lagu AEIOU, slaid powerpoint lirik lagu, slaid

powerpoint vokal dan suku kata tertutup, slaid powerpoint

aktiviti pengukuhan, kad huruf vokal, kad perkataan

Masa /

LangkahAktiviti P&P Catatan

Set

Induksi

(7 minit)

1. Guru menayangkan lirik lagu “AEIOU”.

2. Murid-murid dipedengarkan lagu yang

bertajuk “AEIOU”.

3. Guru mebimbing murid membaca lirik lagu.

4. Guru membimbing murid menyanyi lagu

sambil membuat gerakkannya.

BBB:

klip video“AEIOU”

slaid powerpoint lirik

lagu

Langkah

1

(20 minit)

1. Guru menayangkan perkataan yang bermula

dengan huruf vokal di ikuti dengan suku

kata tertutup serta gambarnya dengan

menggunakan slaid powerpoint.

2. Guru membimbing murid membunyikan vokal

BBB:

Slaid powerpoint

vokal dan suku kata

tertutup

dan suku kata tertutup.

3. Guru membimbing murid mengeja dan

membatangkan suku kata.

Langkah

2

(15 minit)

1. Guru menjalankan aktiviti pengukuhan

dengan menayangkan gambar dan latihan

menggunakan slaid powerpoint.

2. Guru memanggil nama murid dan meminta

murid memilih huruf vokal yang betul

berdasarkan gambar yang ditunjuk.

BBB:

slaid powerpoint

aktiviti pengukuhan

Langkah

3

(20 minit)

1. Guru melekatkan kad huruf vokal di papan

tulis.

2. Guru memanggil nama murid dan meminta

murid mengambil sekeping kad perkataan

dari kotak.

3. Guru meminta murid menunjukkan kad

perkataan kepada rakan-rakannya dan

membaca perkataan itu dengan kuat.

4. Guru meminta murid mengelaskan kad

perkataan berdasarkan huruf vokalnya.

BBB:

Kad huruf vokal

Kad perkataan

KBT: mengelas

Langkah

4

(20 minit)

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada

murid.

2. Guru membimbing murid menyiapkan latihan

dalam lembaran kerja.

3. Guru meminta murid menghantar lembaran

kerja yang telah siap.

BBB:

Lembaran kerja

Penutup

(8 minit)

1. Murid menyanyi semula lagu “AEIOU” sambil

membuat gerakannya.

2. Guru meminta murid membunyikan huruf

vokal yang telah dipelajarai.

BBB:

Klip video lagu

“AEIOU”

Lampiran

Bahasa Malaysia Tahun 1

Guru membimbing murid menyanyi sambil membuat gerakkannya.

Murid-murid seronok semasa menyanyi.

Guru membimbing membaca lirik lagu.

Guru mengendalikan alatan ICT.

Murid menumpukan perhatian semasa sesi aktiviti pengukuhan.

Guru membimbing murid mengendalikan alatan ICT.

Murid melekatkan kad perkataan pada papan tulis.

Guru membimbing murid membaca perkataan.

Lembaran kerja

Nama: ____________________ Tarikh:_________________A) Padankan huruf vokal yang sesuai dengan gambar.

1. a2. e3. i4. o5. u

B) Lengkapkan perkataan berikut.

1. ikan = +

2. obor = +

3. ular = +

7. oren = +

9. enam = +

4. ayam = +

6. api = +

8. emak = +

5. itik = +

10. ulat = +

__ yam __ nam __tik __bor __lat

C) Batangkan perkataan berikut.

Rujukan

BIBLIOGRAPHY Ahmad, I. S. (2005). laporan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV

Pendidikan) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. International Islamic University Malaysia

(IIUM).

Chen, L.-L. (2004). "Pedagogical Strategies to Increase Pre-Servise Teachers' Confidence

in Computer Learning" Educational Technology & Society (Vol. 7).

D, A. D. (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa , 26-30.

Finkbeiner, C. (2001). One and all in CALL? Learner, moderator and researcher.

Computer Assisted Language Learning.

Heirich, R. (1993). Instructional Media New Technologies of Instuction. New York:

Macmillian Publicashing Co.

Moersch, C. (1995). Levels of technology implementation (loti): A framework for

measuring classroom technology use. Journal of Learning and Leading With Technology.

Roblyer, M., & Schwier, R. (2003). Intergrating educational technology into teaching

(Canadian ed). Toronto: Prentice Hall.

Ropp, M. (1999). "Exploring Individual Characteristics Associated With Learning to Use

Computers in Preservise Teacher Preparation" Jounal of Research on Computing in

Education. Boston: Pearson Education.

Stallard, C. (1998). Factors that influence the integration of technology into the secondary

curriculum. Retrieved from

http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adapt/adaptfactors.html

Umar, I. N., & Maswan, S. (2004). Pendekatan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan

Masalah Dalam Persekitaran Web. Universiti Sains Malaysia.

Yasin, H. M. (2008). penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-guru Teknikal di

Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis

Sarjana Muda.