rakaman kreatif

Upload: ranjini-valauthan

Post on 10-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU 3053 (TDP)

TRANSCRIPT

Keindahan alam dan pemandangan yang sungguh indah di Taman Tasik Kamunting pada suatu petang yang cukup tenang telah menarik perhatian saya untuk menjadikannya sebagai rakaman kreatif saya.Keunikan unsur-unsur alam dalam rakaman seperti kabus menebal yang meliputi bukit-bukau di bahagian belakang kehijauan pokok-pokok di kawasan sekeliling tasik awan yang kebiruan menyentuh naluri manusia serta mengungkitkan perasaan cinta akan alam sekitar.Komposisi tekstur air tasik dalam rakaman juga merupakan salah satu aspek unik yang menarik perhatian saya dan tekstur air turut menampakkan sentuhan komposisi garisan pada rakamanRuang antara tebing tasik dengan susunan pokok menekankan komposisi perspektif dan perbezaan ketinggian antara pokok di sebelah kiri rakaman dengan bukit-bukau di belakang susunan pokok menunjukkan komposisi pengukuran, tambahan pula komposisi bayangan turut nampak jelas dalam gambar tersebut menerusi bayangan pokok-pokok di tebing tasik pada air tasik. Rakaman kreatif ini sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) khususnya bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan pendidikan Moral untuk mengajar pelajaran mengenai alam sekitar, contohnya, guru boleh menggunakan gambar ini untuk set induksi dan menanya murid-murid tentang perasaan mereka terhadap keindahan alam sekitar ketika melihat gambar ini.