studio rakaman video ulasan

5
STUDIO RAKAMAN VIDEO Keperluan peralatan 1. Kamera Video 2. Peralatan Video Switcher / Mixer 3. Peralatan pencahayaan 4. Peralatan Chroma Key 5. Perisian Suntingan Non Linear Editing (NLE) 6. Audio Mixer 7. Mikrofon 8. Monitor 9. Alat Rakaman 10. Alat Komunikasi Jurukamera 11. Pengkabelan Peralatan asas bagi sebuah studio video yang ringkas adalah seperti yang dinyatakan di atas. Terdapat banyak lagi peralatan yang lain bagi studio besar kerana kebanyakan peralatan profesional adalah mahal bagi menghasilkan bahan video yang berkualiti. Semakin mahal peralatan berkenaan semakin berkualiti video yang dihasilkan dengan peralatan tambahan. Walaubagaimanapun bagi tujuan pembelajaran secara asas peralatan yang dinyatakan diatas sudah boleh menghasilkan video yang baik tujuan pembelajaran. 1. KAMERA VIDEO Terdapat banyak jenis kamera video yang terdapat dalam pasaran yang kebanyakannya sudah mempunyai keupayaan menyamai peralatan profesional. Kamera video boleh merakam video kedalam format yang tertentu mengikut jenis pengguna. Terdapat kamera video yang merakam video

Upload: faisalsalak

Post on 28-Jun-2015

401 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: STUDIO RAKAMAN VIDEO ulasan

STUDIO RAKAMAN VIDEO

Keperluan peralatan

1. Kamera Video2. Peralatan Video Switcher / Mixer3. Peralatan pencahayaan4. Peralatan Chroma Key5. Perisian Suntingan Non Linear Editing (NLE)6. Audio Mixer7. Mikrofon 8. Monitor 9. Alat Rakaman 10. Alat Komunikasi Jurukamera11. Pengkabelan

Peralatan asas bagi sebuah studio video yang ringkas adalah seperti yang dinyatakan di atas. Terdapat banyak lagi peralatan yang lain bagi studio besar kerana kebanyakan peralatan profesional adalah mahal bagi menghasilkan bahan video yang berkualiti. Semakin mahal peralatan berkenaan semakin berkualiti video yang dihasilkan dengan peralatan tambahan. Walaubagaimanapun bagi tujuan pembelajaran secara asas peralatan yang dinyatakan diatas sudah boleh menghasilkan video yang baik tujuan pembelajaran.

1. KAMERA VIDEOTerdapat banyak jenis kamera video yang terdapat dalam pasaran yang kebanyakannya sudah

mempunyai keupayaan menyamai peralatan profesional.

Kamera video boleh merakam video kedalam format yang tertentu mengikut jenis pengguna. Terdapat kamera video yang merakam video dalam format magnetic tape, Flash memori, hard disk, DVD dan yang terbaru dalam bentuk Blue Ray Disc. Setiap Jenis format mempunyai ciri-ciri dan kelebihnannya tersendiri. Magnetic tape terdapat banyak format yang digunakan contoh seperti Mini DV Tape, HD Mini DV Tape, DVC Pro Tape, dan banyak format yang lain digunakan . Bagi kegunaan profesional biasanya Mini DV adalah format paling rendah dan format terkini adalah HD atau High Difinition format yang biasanya screen lebar resolusi 1080p. Harga kemera bergantung kepada keupayaan kamera berkenaan. Bagi peringkat pertengahan biasanya berharga RM 8000.00 hingga RM 15,000.00 dan bagi profesional biasanya kamera berharga RM 100,000.00 dan keatas.

Page 2: STUDIO RAKAMAN VIDEO ulasan

Bagi studio asas sebaiknya mempunyai 3 buah kamera kerana selain pembelajaran SCP atau Single Camera Production studio ini mampu melaksanakan pembelajaran MCP atau Multiple Camera Production. Ini bersesuaian dengan kehendak masa kini dalam dunia produksi. Di masa depan boleh dipertingkatkan lagi dengan memasang peralatan tambahan seperti Dolly atau Track bagi kegunaan pembelajaran.

2. SWICTHER VIDEO ATAU MIXERPeralatan ini digunakan bagi pebelajaran MCP atau Multiple Camera Production.

Beberapa buah kamera video akan disambungkan kepada mesin ini untuk diadunkan bagi penghasilan video dari pelbagai sudut kamera dan di masukkan kesan khas kedalam video secara online dan dirakam hasilan terus kedalam format yang dikehendaki. Ini memudahkan dari segi produksi kerana tidak lagi memerlukan kerja-kerja NLE .

Selain daripada itu peralatan ini boleh digunakan untuk tujuan penerbitan siaran televisyen profesional bergantung kepada format yang bersesuaian digunakan. Dari segi harga peralatan ini dahulunya amat mahal kini peralatan ini semakin murah. Semakin mahal peralatan ini semakin canggih kesan khas boleh dimasukkan. Harga bergantung jumlah imput kamera yang boleh dimasukkan kedalam mesin danjuga kesan khas yang boleh di imposekan kedalam video. Harga boleh diperolehi dari RM 5000.00 hinggalah ratusan ribu bergantung kepada keupayaan mesin.

3. PERALATAN PENCAHAYAANSistem perlampuan secara asas adalah menggunakan sistem 3 point lighting. Bagi studio

mini dengan chroma background seharusnya mempunyai sistem pencahayaan yang baik bagi menghasilkan latarbelakang maya yang baik dengan menggunakan mesin khas. Perlampuan yang banyak menghasilkan cahaya yang sekata bagi Fill Light, Key Light dan juga Back Light. Pembelajaran pecahayaan akan lebih berkesan jika banyak jenis lampu digunakan bagi tujuan pencahayaan.

Kini terdapat banyak jenis lampu digunakan dalam produksi. Selain dari jenis yang digunakan dalam studio terdapat juga Portable Lighting yang digunakan sewaktu penggambaran luar. Harga peralatan ini bergantung kepada jenis cahaya samada jenis cahaya yang dihasilkan , kekuatan cahaya dan kualiti peralatan berkenaan. Jenis yang murah biasanya mudah rosak dan mudah terbakar mentolnya. Kos mengganti peralatan akan menjadi mahal. Harga boleh diperolehi dari RM 800.00 hingga beribu-ribu ringgit setiap unit.

Page 3: STUDIO RAKAMAN VIDEO ulasan

4. CHROMA KEYER BOX Alat ini digunakan untuk menghilangkan latarbelakang yang berwarna hijau seperti

terdapat didalam studio mini dan diganti dengan latarbelakang maya. Ini akan memberi kesan khas kepada penghasilan video. Keupayaan ini juga ada yang telah digabungkan dengan mesin swicther bergantung kepada kecanggihan mesin berkenaan. Harga bergantung mengikut kecanggihan peralatan berkenaan. Kebiasaannya semakin mahal semakin bagus hasilnya.

5. Perisian Suntingan Non Linear Editing (NLE)Komputer suntingan Non Linear Editing biasanya terdapat juga didalam studio untuk

memudahkan proses suntingan bahan dan juga peralatan. Komputer ini biasanya mempunyai keupayaan yang tinggi kerana proses suntingan video adalah proses kerja yang berat bagi komputer. Semasa memilihnya tentukan cip pemprosesannya adalah yang terkini, Memori juga besar dan terkini, grafik juga perlu diambil kira kerana ini akan meringankan cip pemprosesan melakukan kerja. Perkara utamanya adalah perisian suntingan. Perisian NLE ini ada banyak jenis dan harganya mahal kerana perisian profesional ini asli. Cara penyuntingan sebenarnya sama sahaja cuma yang membezakannya perisian mahal dapat mengenali mesin rakaman yang mahal dan profesional.

Page 4: STUDIO RAKAMAN VIDEO ulasan

Perisian Suntingan seperti Sony Vegas Pro , Adobe Premier, Final Cut Pro, Pinacle Pro, Velocity , iMovie, Endius, Video Storm dan banyak lagi. Harga bergantung kepada kecanggihan dan peralatan tambahan yang diperlukan bagi menjalankan perisian berkenaan.

6. Audio MIXERAlat ini digunakan untuk mengadun semua sumber audio kedalam rakaman video yang

dibuat sama ada melalui mikrofon, pemain VCD, DVD atau komputer dan sebagainya. Selain daripada itu alat ini mengawal kekuatan audio sama ada kurang atau lebih dan boleh mengubahsuai kualiti bunyi yang diterima daripada sumber audio. Terdapat 2 jenis mixer iaitu yang mempunyai “power amp “ atau “pre amp”. Kebiasaannya studio menggunakan “Pre Amp”. Jenis ini tidak boleh di sambung speaker secara terus tetapi mesti melalui “power amp” untuk mengeluarkan bunyi. Harga peralatan ini bergantung kepada bilangan “Channnel” dan juga jumlah “effect” serta EQ atau frequency pitch yang boleh dikawal. Alat ini sangat penting bagi menghasilkan kualiti audio yang baik.

7. MIKROFONTerdapat banyak jenis mikrofon yang perlu dikenali dan tahu kegunaannya. Bagi studio

tv mikrofon jenis klip adalah yang biasa digunakan kerana kecil dan tidak mengganggu pelakon atau subjek. Jenis klip ini tergolong dalam kategori kondensor mikrofon. Mikrofon ini sangat sensitif dan mempunyai pickup omnidirectional. Terdapat juga mikrofon pegang atau handheld. Biasanya jenis ini terdapat 2 jenis iaitu diagfram dan kondensor. Jika handheld biasanya jenis diagfram dan pickup cardiod. Terdapat juga jenis unidirectional dan digunakan secara khusus seperti alat muzik atau suara ikut frekuensi yang tertentu.