pusat kreatif 1malaysia prasekolah

Upload: fariza-mustakim

Post on 17-Jul-2015

1.929 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KUMPULAN 3DAERAH MPSJ

TAJUK: PUSAT KREATIF 1MALAYSIA PRASEKOLAH

NAMA AHLI KUMPULAN: 1. SITI SAFEDAH BT SHAARI (SK PUCHONG UTAMA 3) 2. NOOR FAREZZA BT MUSTAKIM (SK KG LINDUNGAN) 3. NOOR AMIZAH BT OTHMAN (SK BANDAR SUNWAY) 4. NORSAADIAH BT SHAARI (SK BANDAR SUNWAY) 5. YAMUNA DEVI A/P MUNIADY (SJKT CASTFIELD PUCHONG)

PUSAT KREATIF 1MALAYSIA PRASEKOLAH SK KAMPUNG LINDUNGAN JALAN PJS 10/11, 46150 PETALING JAYA, SELANGOR

1.0 PENGENALAN

1Malaysia Prasekolah adalah satu inovasi pendekatan yang informal ,menyeronokkan ,bebas dan selamat. Murid-murid berinteraksi,menghasilkan idea dan kemahiran melalui penerokaan,penemuan dan penyelesaian masalah. Murid-murid Prasekolah juga boleh memahami mengenai amalan dan gaya hidup 1Malaysia. Ini selaras dengan objektif mencapai Negara maju yang hebat untuk diamalkan.

2.0 RASIONAL

Dalam bidang keberhasilan Utama Nasional Pendidikan Prasekolah akan memberi tumpuan meningkatkan kualiti kemenjadian murid Prasekolah global yang mendapat maklumat kehidupan di Malaysia dengan slogan 1Malaysia,Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Pendidikan awal amat penting dalam pembangunan insan.Pengalaman dan matlamat amat bermakna dan berkesan menyubur dan memantapkan potensi individu.

Keunikan masyarakat di Malaysia berbilang bangsa dan agama merupakan satu kekuatan yang perlu diurus dan dirancang dengan bijaksana dan holistik.

3.0 MATLAMAT

Memastikan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang

diamalkan dapat mewarnai kemenjadian murid Prasekolah secara global,berminda kelas pertama beracuan konsep dan matlamat 1Malaysia

4.0 OBJEKTIF

4.1

Memberi ruang dan peluang murid-murid Prasekolah menghayati dan memahami konsep 1Malaysia berdasarkan aras dan potensi mereka.

4.2

Memberi ruang dan peluang murid-murid mengamalkan amalan yang sihat berdasarkan amalan 1Malaysia.

4.3

Menyemai benih perpaduan yang menjadi nadi pembangunan Negara Malaysia.

4.4

Merancang dan mengelolakan aktiviti pengayaan dan pembelajaran yang bermakna lagi menyeronokkan bagi perkembangan komunikasi,kognitif,kerohanian dan moral emosi,fizikal,kreativiti dan estetika murid Prasekolah.

4.5

Memberi kefahaman dan amalan asas bagi murid menerokai kehidupan keunikkan budaya di Malaysia.

4.6

Di sudut 1Malaysia Prasekolah dapat mempamerkan hasil-kerja murid mengenai 1Malaysia.

5.0 SASARAN

Semua kelas Prasekolah di Malaysia.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN

6.1 Menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Sekolah yang terdiri daripada:-

Penasihat

: En. Shamsuddin b. Abu Abas (Guru Besar)

Pengerusi

: Pn. NorAidah bt Nordin (Guru Penolong Kanan)

Timbalan Pengerusi : 1. Pn. Fuziah bt Talip (GPK HEM)

2.Pn. Azizah bt Mat Lanchar (GPK KO)

Penyelaras

: Cik Noor Farezza bt Mustakim (G. Pra)

Setiausaha

: En. Ahmad Khairul b. Awang HAmat (G.Pra)

Bendahari

: Pn. Suhaili b. Husni (PPM)

Ahli Jawatankuasa : 1. Ibubapa atau penjaga murid

2.Guru-guru lain yang berkaitan

7.0 Peranan Jawatankuasa :

Merancang program dan aktiviti yang menyeronokkan murid-murid Prasekolah mengenai konsep 1Malaysia dengan mengenal pasti keberhasilan yang hendak dicapai dan dikuasai oleh murid-murid Prasekolah.

8.0 Tarikh dilaksanakan : 15 Ogos 2011 hingga 15 September 2011

9.0 Tempat : Di dalam kelas Prasekolah

10.0 Sumber : 1. Hasil- hasil kerja murid

2.Bahan Bantu pembelajaran murid 2.1 Buku cerita rakyat 2.2 Carta/Gambar 2.3 CD/VCD 2.4 Pentas 2.5 Kostum pelbagai kaum 2.6 Kad ucapan pelbagai kaum 2.7 Alatan permainan tradisional 2.8 Bendera Malaysia dan bendera negeri-negeri 2.9 Lambang 1Malaysia 2.10 Peralatan budaya hidup masyarakat Malaysia 2.11 Boneka/Patung berbagai kaum 2.12latan muzik

11.0 CADANGAN AKTIVITI11.1 Membuat bendera menggunakan beras/biji sagu yang diwarnakan atau kertas

warna.

11.2Membuat mobail/rantaian perayaan di Malaysia.

11.3Menghasilkan kad ucapan perayaan di Malaysia.

11.4 Menghasilkan sampul duit raya mengikut tema perayaan di Malaysia(Hari

Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina)

11.5 Menghasilkan Jari 1 Malaysia saya.

11.6 Mempertandingkan tulisan dan hiasan paling kreatif perkataan Selamat Hari

Raya Aidilfitri, Selamat Hari Deepavali dan Selamat Tahun Baru Cina .

12.0 Anggaran perbelanjaan:

1. Bendera Malaysia 2. Bendera Negeri 3. Carta gambar perayaan 4. Gambar-gambar kebudayaan

RM10.00 RM10.00 RM15.00 RM30.00

JUMLAH

RM65.00

12.0 Konsep: 1. Kendiri positif dan pembelajaran

2.Perpaduan

3.Pengetahuan

4.Mengamalkan 1Malaysia 13.0 Sumber Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:

1. ( KM 6.3.7 ) Mewujudkan keceriaan dan keindahan alam

( contoh :

bina sudut kreativiti perayaan tiap kaum )

2. (KTI 1.1.5 ) Mewarna gambar dalam ruang tertentu

(contoh: Mewarna gambar ketupat, tanglung, kad raya) 3. (KTI 1.2.8 Membuat corak dan rekaan mengikut kreativiti sendiri Melalui pelbagai aktiviti dengan bimbingan) (contoh: aktiviti mereka kad hari raya) 4. (PFK 1.1.15) Menggunting menghasilkan satu bentuk (contoh: mengunting lakaran ketupat, kad hari raya, tanglung, pelita untuk membuat mobail perayaan)

14.0HARAPAN

Kolaboratif,inovasi dan kreativiti guru Prasekolah, Pembantu Pengurusan Murid,murid-murid, pengurusan sekolah dan ibubapa bersama-sama menjana Prasekolah Berprestasi Tinggi dengan mengamalkan prinsip dan nilai-nilai 1Malaysia mencapai gagasan dan wawasan Negera Maju dan Hebat.

Semoga 1Malaysia Prasekolah dapat memberi cetusan idea dan membuat satu lagi transformasi pendidikan yang berkualiti di negara ini.

15.0PENUTUP

Pembinaan sudut 1Malaysia di Prasekolah dapat memberikan impak positif kepada semua warga Prasekolah khasnya dan warga sekolah khususnya.

Guru akan lebih kreatif dan semua hasil murid 1Malaysia dapat dipamerkan. Peranan ibubapa dan agensi lain turut sama dilibatkan melalui projek ini

Tarikh:

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

(AHMAD KHAIRUL B. AWANG HAMAT) Guru Prasekolah SK Kampung Lindungan

. (SHAMSUDDIN B.HJ ABU ABAS,A.S.A) Guru Besar SK Kampung Lindungan

CADANGAN JADUAL PENGGUNAAN PUSAT KREATIF 1MALAYSIA PRASEKOLAH UiTM SK KAMPUNG LINDUNGAN

TARIKH : 18/8/2011

HARI

:KHAMIS

MASA

:8.30-9.10 (40 MINIT)

AKTIVITI : Menghasilkan Sampul Duit Raya1. Guru menunjukkan model benda yang pasti ada di setiap perayaan di

Malaysia.Contohnya ketupat dan sampul duit raya untuk kaum Melayu, tanglung merah dan sampul ang pau untuk kaum Cina dan pelita untuk kaum India.2. Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan dan mengedarkan lembaran

kerja yang mempunyai lakaran sampul duit raya yang biasa di berikan sewaktu hari raya Malaysia.3. Murid diminta mewarnakan ruang yang ada pada lakaran sampul duit raya.

Kemudian murid diminta untuk mengunting lakaran duit raya mengikut garisan yang telah ditetapkan. 4. Setiap murid dibimbing untukmelipat sampul duit raya tersebut5. Setelah siap, sampul boleh digunakan sebagai hiasan perayaan itu ,guru di kelas.

ULASAN/DAPATAN GURU: Aktiviti kreativiti menghasilkan mobail perayaan ini mampu memperkenalkan murid kepada jenis-jenis objek yang terkenal pada setiap perayaan bagi setiap kaum di Malaysia. Ia juga mampu meningkatkan kemahiran mata dan tangan mereka terutama kemahiran mengunting

Disahkan Oleh: .

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVIIT SUDUT KREATIF 1MALAYSIA

Sudut kreativiti 1Malaysia

Murid sedang mewarna sampul kad hari raya

Murid menunjukkan sampul duit raya yang telah siap

Sampul duit raya dihias di kelas prasekolah

LAMPIRAN

Hiasan mobail ketupat

Hiasan Kad Hari Raya

Hiasan mobail tanglung