program inovasi linus bahasa inggeris

13
SJK(C) Hwa Min, Tunjang KERTAS KERJA PROGRAM INOVASI LINUS BAHASA INGGERIS TAHUN DUA !" Tujuan

Upload: bellbeh1988

Post on 05-Nov-2015

147 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

SJK(C) Hwa Min, Tunjang

KERTAS KERJA

PROGRAM INOVASI LINUSBAHASA INGGERISTAHUN DUA

1.0 TujuanProgram Santai Linus ini bertujuan membantu murid Linus Bahasa Inggeris meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris menggunakan Harta Karun Setimbang dan lagu phonetik.2.0 Rasional Program ini dijalankan bagi membantu menarik perhatian murid kepada aktiviti p&p sekaligus meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca. Selain itu, program ini dapat memberi tumpuan yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya dijalankan dalam kumpulan kecil. Program ini dijalankan secara berterusan dan berfokus 3.0 Matlamat Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dan seterusnya serta memupuk tabiat membaca. 4.0 Objektif4.1 Membantu menarik perhatian murid TIDAK MENGUASAI K1 khususnya kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran 4.2 Membantu murid-murid menguasai asas literasi 4.3 Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam setiap ujian saringan LINUS. 4.4 Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam literasi.5.0 Kumpulan SasaranMurid-murid Linus Bahasa Inggeris Tahun Dua. 6.0 Tempat dan Masa6.1 Tempat :Bilik pusat sumber. 6.2 Masa : Waktu PDP dan waktu kelas bacaan pagi dan waktu lain yang munasabah. 7.0 Anggaran Perbelanjaan Fotostat Bahan: RM 100Hadiah: RM 100Jumlah : RM 200 Sumber kewangan : Panitia Bahasa Inggeris8.0 Konsep Perlaksanaan Program Inovasi Linus Bahasa Inggeris Program dijalankan selama 30 minit pada waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mengikut jadual waktu guru mata pelajaran Bahasa Inggeris. Aktiviti dijalankan secara santai mengikut kumpulan. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diberi nama tertentu.8.1 Permainan "Harta Karun Setimbang"Bahan : Borang Isi Markah, Kad (Ditentukan oleh guru, berdasarkan tahap murid) dan buku modul (Asas 1 Literasi Program Linus, KPM) Peta Harta KarunBilangan Pemain : 5 orang murid Linus Cadangan Tempoh Masa Bermain : 15 minit

Cara/Langkah permainan dijalankan :1.Sebelum permainan dimulakan, guru telah meletakkan beberapa kad di setiap sudut bilik darjah, iaitu berdasarkan kandungan beberapa muka surat dalam modul. Untuk 5 orang pemain/murid, maka lima kandungan muka surat dalam modul akan digunakan sebagai Peta Harta Karun.2.Dalam permainan ini murid membayangkan Modul sebagai peta harta karun, iaitu murid mengumpul kad yang sama dengan kandungan modul tertentu seperti yang diarah oleh guru (contoh: muka surat 35).3.Murid yang berjaya mengumpul kad seperti yang diarah dikira sebagai pemenang. Tetapi, jika terdapat pasukan yang terambil kad lain akan disingkirkan /dibatalkan kemenangan mereka. Pasukan juga akan ditolak markah sekiranya tidak berjaya menyebut/ mengeja/ membaca kandungan kad. Perbincangan kumpulan dibenarkan.4.Pasukan akan diberi markah bonus sekiranya berjaya/dapat membina ayat mudah daripada kad yang dikumpul.8.0 Lagu Phonemes Murid-murid Linus akan menyanyi lagu phonemes sebelum kelas bermula dan berhenti setiap kali.Lama-kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan huruf dan bunyi phonetik. 9.0 Penilaian Program Pemenang akan dinilai berdasarkan prestasi dan hasil kerja setiap kali PDP .Keberkesanan program ini akan dinilai berdasarkan keupayaan meningkatkan penguasaan konstruk pada Saringan Kedua Tahun 2015.10.0 Lampiran

11.0 Penutup dan RumusanDiharapkan menerusi program inovasi ini dapat membantu murid LBI menguasai asas sebutan Phonetik dan meningkatkan tahap penguasaan mereka dalam kosa kata Bahasa inggeris. Di samping itu program ini dapat menarik minat murid kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tidak membebankan murid malah mampu melatih murid bekerjasama dalam kumpulan.

Disediakan oleh, ........................................... ( CIK Beh Wan Jiun) Guru Bahasa Inggeris Tahun Dua SJK(C) Hwa Min, Tunjang.

CONTOH 2,

PROGRAM BERSAMAMU KASIHPROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) SK BATU 142013

1.0 TUJUAN

1.1Tujuan program ini adalah untuk membimbing dan membantu murid-murid LINUS di SK Batu 14 yang masih belum menguasai asas literasi dan numerasi di samping meningkatkan kualiti dan kuantiti pencapaian murid.

2.0 LATAR BELAKANG2.1 Program LINUS ialah salah satu sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang mula diperkenalkan pada tahun 2010. Tujuan LINUS dilaksanakan adalah untuk membasmi masalah buta huruf dan buta nombor dikalangan murid sekolah rendah.

2.2 Sasaran LINUS ialah semua murid-murid tahap satu kecuali murid yang mempunyai masalah pembelajaran atau murid dari golongan orang kurang upaya (OKU) dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah. Sebanyak 2 saringan akan dijalankan setiap tahun mulai Tahun 1 sehingga murid tersebut berada di Tahun 3.

2.3 Selepas Saringan 6 dan Saringan 3 dijalankan ke atas murid Tahun 2 dan Tahun 1 pada 2012, didapati bilangan murid yang belum menguasai literasi dan numerasi adalah masih tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, pihak Jawatankuasa LINUS SK Batu 14 bercadang untuk mengadakan satu program khas bagi membantu murid-murid untuk mengatasi masalah tersebut.

2.4Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa kerja LINUS SK Batu 14 mencadangkan program Bersamamu Kasih dilaksanakan bagi memastikan semua murid tahap 1 dapat menguasai asas Literasi dan Numerasi selepas tiga tahun persekolahan.3.0 TAKRIFAN PROGRAM BERSAMAMU KASIH

3.1 PROGRAM BERSAMAMU KASIH ditakrifkan sebagai satu program intervensi kepada murid dimana mereka akan dibimbing oleh Guru Pembimbing untuk membaca, membatang suku kata, mengenal nombor, mengira dengan cara yang betul. Program ini memberi fokus kepada murid yang masih belum menguasai kesemua konstruk K1 hingga K12. 4.0 OBJEKTIF DAN SASARAN PROGRAM BERSAMAMU KASIH4.1Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memastikan setiap murid yang masih belum menguasai asas literasi dan numerasi (Konstruk 1 hingga Konstruk 12) dapat menunjukkan peningkatan kepada satu tahap yang lebih tinggi pada akhir perlaksanaan program ini. Ini bermaksud murid yang tidak mengenali abjad atau nombor sebelum mengikuti program ini boleh membaca suku kata, perkataan, mengenal nombor dan mengira seterusnya mencapai status perdana apabila saringan dilaksanakan.

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN 5.1 Kumpulan Sasaran Semua murid yang tidak menguasai K1 hingga K12 (Tahun 1 hingga Tahun 3) asas Literasi dan Numerasi. ( seperti lampiran 1) 5.2 Tarikh dan Jadual Perlaksanaan Berikut adalah cadangan tarikh pelaksanaan program.(seperti lampiran 2) 5.3 Pengoperasian Program BERSAMAMU KASIH Program ini akan dilaksanakan sebanyak 2 kali bermula dari Mei hingga September 2013.Semua murid tidak menguasai LINUS Tahun 1 hingga Tahun 3 akan diagihkan kepada guru (Guru Pembimbing). Setiap murid diberikan bahan bacaan. Langkah Pelaksanaan Program1. Penyediaan bahan oleh guru matapelajaran Guru menyediakan bahan bacaan, nombor dan pengiraan diberikan kepada murid 2. Penerangan / Arahan kepada murid Murid diminta membaca / membatang suku kata / membilang / mengira bahan yang disediakan dihadapan 3 Guru Pembimbing dan Ibu bapa 3. Pengesahan Guru Pembimbing / Ibu bapa Guru Pembimbing dan Ibu bapa membimbing murid dan membuat pengesahan pada bahan bacaan murid tersebut4. Pengumpulan Bahan Bahan yang telah disahkan akan dikumpulkan oleh Guru Matapelajaran untuk disemak.5. Program dilaksanakan mengikut ketetapan masa yang ditetapkan6. Penilaian program Murid dinilai menggunakan instrumen saringan.

5.4 Peruntukan Kewangan dan Prosedur Pembayaran ( seperti Lampiran 3)

6.0 Jawatan Kuasa Program BERSAMAMU KASIH 2013 ( seperti Lampiran 4)

7.0Penutup

7.1Pelaksanaan Program BERSAMAMU KASIH merupakan satu langkah intervensi yang diharapkan dapat meningkatkan penguasaan murid dalam Literasi dan Numerasi khususnya murid-murid LINUS di SK Batu 14. Harapan jawatankuasa LINUS SK Batu 14, program BERSAMAMU KASIH dapat dilaksanakan seperti yang dirancang serta berjaya mencapai objektif yang yang disasarkan.

(Lampiran 1)

LITERASI

TAHUN 3TAHUN 2TAHUN 1

K1-K2K3-K12K1-K2K3-K12K1-K2K3-K12

816512

(Lampiran 2)

Tarikh PelaksanaanProgram BERSAMAMU KASIHSK BATU 142013

FASA 1FASA 2

MULAAKHIRMULAAKHIR

MeiJulaiOgosSeptember

(Lampiran 3)

PERLAKSANAAN Program KEM BERSAMAMU KASIH LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) 2013

BILPERKARAPengiraan Kos OS29000

1ABM/BBM/BAHAN43 murid x RM 5RM215.00

(Lampiran 4)

JAWATANKUASA KERJA LINUS (LITERASI & NUMERASI) PPD BATANG PADANG

Pengerusi: En. Ahmad Pauzi Bin Nawawi Guru Besar SK Batu 14

Timbalan Pengerusi: Pn. Sarina Binti Metuhu PK Pentadbiran

Penyelaras: En. Mohd Affandi Bin Che Yem Guru Penyelaras LINUS

Setiausaha: Pn. Kismarkarmila A/P Kajang Setiausaha LINUS

Ahli Jawatankuasa:

1. Pn. Kiah Binti Uda Arus- Guru Bahasa Malaysia Thn 1

2. Cik Shara Nor Raifana Bt. Shamsuddin- Guru Matematik Thn 1/2/3

3. En. Mohamad Nazree Farhan Bin Rosdi- Guru Bahasa malaysia Thn 2

4. Pn. Nur Syazana Bt. Mohammad Nazer - Guru Bahasa Melaysia Thn 2/3

5. Pn. Suziyana Bt. Ahmad Supian- Guru Pemulihan LINUS