program bahasa malaysia sekolah menengah atas edubest · daripada berjalan yang membawa rugi....

24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest Tahap SM4 Puisi (Gurindam & Sajak) Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 06-Jul-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

Tahap SM4

Puisi (Gurindam & Sajak)

Nama : _____________________________

Page 2: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi
Page 3: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

Puisi Tradisional

Gurindam – “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)”

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah tiil yang tidak senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

(Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Maksud:

Rangkap 1: Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan

baik, maka tidak akan timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya.

Rangkap 2: Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik,

berita-berita yang tidak elok dapat dihindarinya.

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 1

Page 4: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

Rangkap 3: Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak

kebaikan akan diperolehinya.

Rangkap 4: Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara

yang berat dan ringan akan dapat diselesaikannya.

Rangkap 5: Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, maka banyak

perkara yang memudaratkan akan timbul.

Rangkap 6: Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya

semangat mereka tidak mudah luntur.

Rangkap 7: Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-

tempat yang boleh membawa kepada kerosakan.

Tema

Gurindam ini bertemakan nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri

dan berbudi pekerti mulia. Penjagaan anggota diri mampu menghindarkan diri

daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan buruk.

Persoalan

1. Kepentingan menjaga pancaindera, iaitu penglihatan, pendengaran, dan

pertuturan dalam kehidupan sehari-hari.

2. Kepentingan rnenjaga nafsu makan dan nafsu syahwat.

3. Kepentingan mengawal anggota badan terutarna tangan dan kaki.

Bentuk Gurindam

1. "Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga )" ini terdiri daripada tujuh

rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris

serangkap.

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 2

Page 5: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

3. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara dua hingga

tujuh patah kata dalam sebaris,

4. Bilangan suku kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara sembilan

hingga sebelas suku kata sebaris.

5. Rima akhir gurindam ialah aa.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.

Contohnya:

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

2. Penggunaan bahasa kiasan. Contohnya:

Apabila perut sudah penuh,

Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

3. Penggunaan inversi. Contohnya:

(a) Nescaya dapat daripadanya faedah.

Sepatutnya: Nescaya dapat faedah daripadanya.

(b) Khabar yang jahat tiadalah damping.

Sepatutnya: tidak berdamping dengan khabar yang jahat.

4. Unsur bunyi:

(a) asonansi (perulangan bunyi vokal), Contohnya:

Daripada segala berat dan ringan,

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak lapan kali.

(b) aliterasi (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan d sebanyak dua

kali.

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 3

Page 6: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

(c) jeda (pemberhentian suara sekejap di tengah baris). Contobnya:

Apabila perut /sudah penuh,

Keluarlab fiil /yang tidak senonoh.

Nilai

1. Nilai berhati-hati. Contohnya, kita dinasihati agar berhati-hati mengawal

pancaindera agar tidak membawa kepada kerosakan.

2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihati agar tidak menurut kehendak nafsu

makan dan nafsu syahwat.

3. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita dinasihati agar berusaha mengawal

anggota tangan dan kaki.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan

yang akan berlaku sekiranya kita gagal mengawal pancaindera dengan baik.

2. Kita tidak boleh terlalu menurut kehendak nafsu kerana tindakan itu akan

menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.

3. Kita hendaklah bijak mengawal anggota tubuh badan supaya kehidupan

menjadi lebih sejahtera.

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 4

Page 7: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

Latihan

Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkap ketujuh "Gurindam Dua Belas"? [2 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang agar

terhindar daripada melakukan kejahatan? [3 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

_________________________________________________________

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 5

Page 8: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

Puisi Moden

Sajak – “www.sibermerdeka.com.my”

Dalam kebun diriku

aku tanam saujana rancangan

untuk memerdekakan warga susahku

hidup menentang senja dan malam.

Dalam parlimen diriku

aku bahas isu onak dan enak

untukku merdekakan warga fikirku

mengelak hidup dikotak-katikkan

Dalam laut diriku

ombak gelora menampar pantai aman

untuk menguji amal dan iman.

Dalam gergasi diriku

terpedaya jua oleh permainan si kancil

namun sempat sedar dan beringat lagi.

Dalam pentas diriku

aku berlatih menangkis angin

aku berlatih memunggah awan

menghayati skrip demi skrip

yang tak diduga klimaksnya.

Dalam dewan diriku

aku tak cemas lagi

oleh kata yang mengekang

aku tak lemas lagi

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 6

tbeysy
Sticky Note
Saujana = luas ; jarak yang jauh saujana rancangan = rancangan yang besar / jauh ke depan
tbeysy
Sticky Note
Rangkap 1 : Penyajak telah membuat perancangan pada dirinya, iaitu untuk keluar daripada kepompong kesusahan hidupnya. Dia perlu menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang.
tbeysy
Sticky Note
onak = duri yang bengkok
tbeysy
Sticky Note
dikotak-katikkan = diganggu
tbeysy
Sticky Note
Rangkap 2: Penyajak tidak mahu pemikirannya terkongkong sebaliknya akan memikirkan perihal susah senang bagi mengelakkan dirinya daripada dipermain-mainkan.
tbeysy
Sticky Note
menampar pantai = memukul pantai
tbeysy
Sticky Note
Rangkap 3: Banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh oleh penyajak dalam kehidupan. Kesemuanya itu untuk menguji keimanannya.
tbeysy
Sticky Note
terpedaya = ditipu
tbeysy
Sticky Note
Rangkap 4: Dalam keadaan berhati-hati, penyajak terpedaya juga oleh tipu muslihat yang begitu licik. Penyajak bernasib baik kerana cepat sedar akan tipu muslihat tersebut.
tbeysy
Sticky Note
menangkis = mengelakkan
tbeysy
Sticky Note
memunggah = menurunkan / mengalihkan
tbeysy
Sticky Note
menghayati = memahami
tbeysy
Sticky Note
Rangkap 5: Penyajak telah mempersiapkan dirinya jika berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia juga perlu berani menghadapi sesuatu yang tidak dijangka akan terjadi dalam kehidupannya.
tbeysy
Sticky Note
mengekang = menyekat , menghalang
tbeysy
Sticky Note
Rangkap 6: Penyajak tidak lagi berasa takut oleh halangan dan rintangan yang memburuk-burukkannya.
tbeysy
Sticky Note
metafora
Page 9: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

oleh kata yang menyerang.

Apabila sibermerdeka sampai

ke rumah cabaranku

aku panggil diriku bermesyuarah

menyokong, berkecuali atau menentang

aku ambil keputusan

waktu itu aku kenal batas diri

untuk tidak mengulangi kekalahan.

Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia

aku turun darinya menghadapi hidup nyata

peristiwa datang peristiwa pergi

bagai siang memanggil malam

dan siber merdeka terus berkaca

terus mengalirkan arus ingatan

elakkan dirimu menjadi sia-sia

hamparkan dirimu di persada Tuhan.

Abdul Ghaffar Ibrahim

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka

Rangkap 1: Penyajak telah membuat perancangan pada dirinya, iaitu untuk

keluar daripada kepompong kesusahan hidupnya. Dia perlu menghadapi

pelbagai cabaran yang mendatang.

Rangkap 2: Penyajak tidak mahu pemikirannya terkongkong sebaliknya akan

memikirkan perihal susah senang bagi mengelakkan dirinya daripada

dipermain-mainkan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 7

tbeysy
Sticky Note
bermesyuarah = berunding
tbeysy
Sticky Note
Rangkap 7: Sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul, penyajak akan mengambil pendekatan yang terbaik bagi menanganinya. Penyajak memiliki pendirian tersendiri dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.
tbeysy
Sticky Note
persada = tempat/ taman bermain
tbeysy
Sticky Note
Rangkap 8: Banyak peristiwa pahit manis telah ditempuh oleh penyajak sepanjang kehidupannya. Dalam usia yang sudah meningkat tua, penyajak mengingatkan dirinya agar tidak lagi mempersia-siakan kehidupan sebaliknya mengisi masa tersebut untuk menambahkan amal ibadat kepada Tuhan.
Page 10: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

Rangkap 3: Banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh oleh penyajak

dalam kehidupan. Kesemuanya itu untuk menguji keimanannya.

Rangkap 4: Dalam keadaan berhati-hati, penyajak terpedaya juga oleh tipu

muslihat yang begitu licik. Penyajak bernasib baik kerana cepat sedar akan tipu

muslihat tersebut.

Rangkap 5: Penyajak telah mempersiapkan dirinya jika berhadapan dengan

sesuatu masalah. Dia juga perlu berani menghadapi sesuatu yang tidak dijangka

akan terjadi dalam kehidupannya.

Rangkap 6: Penyajak tidak lagi berasa takut oleh halangan dan rintangan yang

memburuk-burukkannya.

Rangkap 7: Sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul, penyajak akan

mengambil pendekatan yang terbaik bagi menanganinya. Penyajak memiliki

pendirian tersendiri dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan

sebelum ini.

Rangkap 8: Banyak peristiwa pahit manis telah ditempuh oleh penyajak

sepanjang kehidupannya. Dalam usia yang sudah meningkat tua, penyajak

mengingatkan dirinya agar tidak lagi mempersia-siakan kehidupan sebaliknya

mengisi masa tersebut untuk menambahkan amal ibadat kepada Tuhan.

Tema

Tema sajak ini ialah ketabahan seorang insan untuk mendepani dugaan hidup.

Hal yang demikian kerana penyajak pernah terpedaya oleh tipu muslihat yang

licik tetapi sabar menghadapinya. Selain itu, penyajak juga tabah menghadapi

segala dugaan dalam hidup dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang

pernah dilakukannya.

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 8

tbeysy
Sticky Note
mendepani = berhadapan dengan
tbeysy
Sticky Note
licik = susah ditangkap
tbeysy
Sticky Note
dugaan = cabaran
Page 11: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

Persoalan

1. Perlunya perancangan dan persediaan untuk mengharungi cabaran hidup.

2. Kehidupan ini penuh dengan tipu muslihat dan pancaroba.

3. Keinginan untuk tidak mengulangi kesilapan.

4. Keinsafan untuk membaiki sisa-sisa kehidupan.

5. Kekuatan diri dalam melawan musuh.

6. Keyakinan untuk menghadapi masa depan apabila memiliki pendirian yang

teguh.

7. Keinginan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini berbentuk bebas.

2. Sajak ini terdiri daripada lapan rangkap.

3. Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama ada empat baris, rangkap

kedua ada empat baris, rangkap ketiga ada tiga baris, rangkap keempat ada tiga

baris, rangkap kelima ada lima baris, rangkap keenam ada lima baris, rangkap

ketujuh ada tujuh baris, dan rangkap kelapan ada lapan baris.

4. Jumlah patah kata dan suku kata dalam setiap baris sajak ini juga tidak

sama. Misalnya, pada rangkap kelapan baris pertama ada lapan patah kata

dengan sembilan belas suku kata. Sebaliknya pada rangkap pertama baris

pertama ada tiga patah kata sahaja dengan tujuh suku kata.

5. Rima akhir rima sajak ini bebas; abac, abac, abb, abc, abbcd, abcbc,

abcdeae, aabcadad.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

l. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.

Contohnya:

bagai siang memanggil malam - rangkap 8, baris 4

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 9

tbeysy
Sticky Note
tinggalan
Page 12: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

2. Anafora. Contohnya:

aku berlatih menangkis angin

aku berlatih memunggah awan

3. Metafora. Contohnya:

(a) kebun diriku

(b) parlimen diriku

(c) arus ingatan

(d) pangkalan usia

(e) warga fikirku

4. Sinkope. Contohnya:

yang tak diduga klimaksnya - rangkap 5, baris 5

5. Personifikasi. Contohnya:

(a) ombak gelora menampar pantai aman - rangkap 3, baris 2

(b) Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia - rangkap 8,

baris 8

6. Unsur bunyi:

(a) asonansi. (perulangan bunyi vokal). Contohnya:

i. aku tanam saujana rancangan

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak

sembilan kali.

ii. aku panggil diriku bermesyuarah

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal u sebanyak tiga

kali.

(b) aliterasi. (perulangan bunyi konsonan) Contohnya:

i. peristiwa datang peristiwa pergi

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan p sebanyak

dua kali.

ii. Dalam dewan diriku

rangkap 5, baris 2 dan 3

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 10

Page 13: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan d sebanyak

tiga kali.

Nada

Sajak ini bemada melankolik. Nada melankolik sesuai dengan sajak tersebut

yang menggambarkan perasaan penyajak berusaha untuk menghadapi pelbagai

cabaran hidup yang akhirnya ingin menghambakan diri kepada Tuhan yang esa.

Nilai

1. Nilai rasional. Contohnya, penyajak mempunyai perancangan agar hidupnya

tidak susah lagi.

2. Nilai kebebasan. Contohnya, penyajak tidak mahu kehidupannya dipermain-

mainkan.

3. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, penyajak akan berhujah dengan dirinya

sebelum membuat sesuatu keputusan.

4. Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak tidak akan mengulangi kesilapan yang

telah dilakukan sebelum ini.

5. Nilai berwaspada. Contohnya, penyajak sedar akan tipu daya dan akan lebih

berwaspada pada masa akan datang.

6. Nilai penghargaan. Contohnya, penyajak tidak mahu hidup ini dipersia-

siakan.

7. Nilai ketakwaan. Contohnya, penyajak akan menjadi insan yang taat kepada

Tuhan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah rasional dalam mengambil sesuatu tindakan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 11

tbeysy
Sticky Note
ketakwaan = taat kepada Tuhan
tbeysy
Sticky Note
sedih
tbeysy
Sticky Note
bercakap
tbeysy
Sticky Note
berhati-hati
Page 14: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

2. Kita perlulah berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil sesuatu

keputusan.

3. Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini.

4. Kita perlulah berwaspada akan tipu muslihat pihak lawan.

5. Kita hendaklah menghargai umur yang diberikan oleh Tuhan.

6. Kita perlulah bertakwa kepada Tuhan.

Latihan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkap keempat sajak “www.sibermerdeka.com.my”?

[2 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk

mengurangkan masalah yang akan timbul pada kemudian hari? (KBAT)

[3 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 12

tbeysy
Sticky Note
1. bersiap-sedia dengan ilmu yang diperlukan 2. berhati-hati apabila membuat sebarang keputusan
Page 15: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Sajak – “Gelanggang”

Ini gelanggang kita

yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih

lima dekad yang lalu

satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu

di kemudian hari

hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat

dan air mata

dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat

berpadu

kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati

kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat

kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai

keturunan.

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan

derni mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini

suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh

hati nurani

kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah

gelanggang

jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 13

tbeysy
Sticky Note
Rangkap 1: Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang lampau, negara ini telah berjaya dimerdekakan. Hal ini disebabkan adanya persepakatan antara kaum di negara ini.
tbeysy
Sticky Note
Rangkap 2: Usaha memerdekakan negara memerlukan pengorbanan yang besar. Hal inilah yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini. Generasi kini perlulah bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan kedaulatan negara daripada ancaman luar yang ingin menggugat kestabilan negara. Kedaulatan negara akan dapat dikekalkan seandainya setiap kaum mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi.
tbeysy
Sticky Note
Rangkap 3: Demi negara tercinta, rakyat hendaklah berani berjuang mempertahankan maruah negara. Tidak ada sikap tolak ansur terhadap anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian negara. Sekiranya ada pihak yang cuba mengucar-ngacirkan negara, mereka perlu ditentang habis-habisan.
tbeysy
Sticky Note
Rangkap 4: Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.
tbeysy
Sticky Note
=10 tahun
tbeysy
Sticky Note
=pahlawan
tbeysy
Sticky Note
persetujuan
tbeysy
Sticky Note
=orang yang mewarisi
tbeysy
Sticky Note
=peluh
tbeysy
Sticky Note
=tanah air
tbeysy
Sticky Note
=unsur / fakor
tbeysy
Sticky Note
=kekuasaan
tbeysy
Sticky Note
=bangsa
tbeysy
Sticky Note
=melawan / membuangkan
tbeysy
Sticky Note
=fitnah
tbeysy
Sticky Note
=sesuatu yang bertuah
tbeysy
Sticky Note
=yang menakutkan / menghan
tbeysy
Sticky Note
=pandang rendah
tbeysy
Sticky Note
=yang terang
tbeysy
Sticky Note
=bantah
tbeysy
Sticky Note
=menghalau
tbeysy
Sticky Note
=bertolak ansur
tbeysy
Sticky Note
=mencabar
tbeysy
Sticky Note
=ukhuwah = persaudaraan
tbeysy
Sticky Note
=diturunkan
tbeysy
Sticky Note
=menjaga
tbeysy
Sticky Note
=yang tidak sedap didengar
Page 16: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini

agar kecemerlangan tercerna di persada arena

terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri

membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati

kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Onn Malini

Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maksud:

Rangkap 1: Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang

lampau, negara ini telah berjaya dimerdekakan. Hal ini disebabkan adanya

persepakatan antara kaum di negara ini.

Rangkap 2: Usaha memerdekakan negara memerlukan pengorbanan yang

besar. Hal inilah yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini.

Generasi kini perlulah bersama-sama mempertahankan kemakmuran dan

kedaulatan negara daripada ancaman luar yang ingin menggugat kestabilan

negara. Kedaulatan negara akan dapat dikekalkan seandainya setiap kaum

mengamalkan sikap bersatu padu dan bertoleransi.

Rangkap 3: Demi negara tercinta, rakyat hendaklah berani berjuang

mempertahankan maruah negara. Tidak ada sikap tolak ansur terhadap anasir-

anasir yang cuba menggugat keharmonian negara. Sekiranya ada pihak yang

cuba mengucar-ngacirkan negara, mereka perlu ditentang habis-habisan.

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 14

tbeysy
Sticky Note
Rangkap 5: Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan kedaulatan negara. Perpaduan yang dipupuk itu akan menyebabkan negara kita menjadi aman dan seterusnya dihormati oleh negara lain. Sewajarnya, kita mencurahkan sepenuh ketaatan kepada negara tercinta ini sampai bila-bila.
tbeysy
Sticky Note
=pergaduhan / perselisihan
tbeysy
Sticky Note
=kekal
tbeysy
Sticky Note
=berpegang teguh
tbeysy
Sticky Note
=tanah air
tbeysy
Sticky Note
=gelanggang
tbeysy
Sticky Note
=terserap
tbeysy
Sticky Note
=memacakkan / menegakkan
tbeysy
Sticky Note
=angkat
Page 17: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

Rangkap 4: Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan

pertelingkahan sesama sendiri.

Rangkap 5: Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan

kedaulatan negara. Perpaduan yang dipupuk itu akan menyebabkan negara kita

menjadi aman dan seterusnya dihormati oleh negara lain. Sewajarnya, kita

mencurahkan sepenuh ketaatan kepada negara tercinta ini sampai bila-bila.

Tema

Tema sajak ini ialah pentingnya mempertahankan kedaulatan tanah air kita

yang tercinta. Usaha dan perjuangan nenek moyang yang berusaha

memerdekakan dan mendaulatkan tanah air wajar dikenang. Oleh itu, kerjasama

dan perpaduan antara kaum perlulah dipererat.

Persoalan

1. Perlunya generasi kini menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek

moyang terdahulu membangunkan negara.

2. Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dalam sesebuah negara

agar dapat mewujudkan negara yang berdaulat.

3. Pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara.

4. Semua rakyat di negara ini wajib mencurahkan sepenuh ketaatan dan

kasih sayang terhadap negara.

5. Usaha membangunkan negara memerlukan kerjasama daripada semua

pihak.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini berbentuk bebas.

2. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 15

tbeysy
Sticky Note
tbeysy
Sticky Note
=diingati
tbeysy
Sticky Note
=pergaduhan
Page 18: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

3. Bilangan barisnya tidak sama, iaitu rangkap pertama ada lima baris,

rangkap kedua ada lapan baris, rangkap keriga ada tujuh haris, dan rangkap

keempat ada tujuh baris.

4. Jumlah patah kata dan suku kata dalam sajak ini juga tidak sama.

Misalnya, pada rangkap ketiga baris pertama ada lapan patah kata dengan dua

puluh satu suku kata. Sebaliknya pada rangkap kedua baris keempat ada satu

patah kata sahaja dengan tiga suku kata.

5. Rima akhirnya bebas; abccd, abacdadc, abcbcdb, abbcbbd.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.

Contohnya:

(a) Hari ini pewaris gelanggang yang terbina dari keringat

(b) dan air mata

2. Anafora. Contohnya:

kita pelihara

kita mempertahankan

3. Metafora. Contohnya:

gelanggang keramat.

4. Perlambangan atau imejan. Contohnya:

pewaris gelanggang

“Pewaris” bermaksud generasi kini. Dalam sajak ini, “pewaris

gelanggang” membawa maksud rakyat di negara ini.

5. Repetisi atau perulangan kata. Contohnya:

Kata gelanggang disebut sebanyak enam kali dalam sajak ini.

6. Unsur bunyi:

(a) asonansi. (perulangan bunyi vokal). Contohnya:

jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

rangkap 2,

baris 1 dan 2

rangkap 2, baris 5 dan 6

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 16

tbeysy
Sticky Note
=yang sangat indah
Page 19: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak

lapan kali.

(b) aliterasi. (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:

elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak

dua kali.

Nada

Sajak ini bernada patriotisme. Nada patriotisme sesuai dengan sajak tersebut

yang menggambarkan perasaan cinta penyajak terhadap tanah air.

Nilai

1. Nilai cinta akan tanah air. Contohnya, nilai cinta akan negara perlulah

dipupuk dalam diri setiap warga negara.

2. Nilai penghargaan. Contohnya, jasa nenek moyang kita memerdekakan

negara ini perlu dihargai.

3. Nilai bersatu padu. Contohnya, kemerdekaan yang dikecap adalah hasil

perpaduan antara kaum di negara ini.

4. Nilai ketaatan. Contohnya, taat dan setia kepada negara tanpa berbelah bagi

merupakan cara untuk menunjukkan kesetiaan.

5. Nilai pengorbanan. Contohnya, pendekar sanggup berkorban demi negara

tercinta.

6. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, semua rakyat di negara ini

bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada ancaman anasir luar.

Pengajaran

1. Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan negara tanpa berbelah bagi.

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 17

tbeysy
Sticky Note
=dinikmati
Page 20: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

2. Kita hendaklah menghargai jasa yang dicurahkan oleh nenek moyang kita

yang berusaha memerdekakan negara ini.

3. Untuk menjamin keharmonian negara dikekalkan, rakyat di negara ini

perlulah bersatu padu.

4. Kita perlulah bersedia untuk berkorban demi negara.

5. Setiap warganegara bertanggungjawab menjaga kedaulatan negara daripada

ancaman anasir luar.

Latihan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Nyatakan dua cara untuk mengekalkan perpaduan seperti yang

dinyatakan dalam sajak ini. [2 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan sesebuah negara

dijajah? [3 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini. [4 markah]

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SM4 - Puisi 18

tbeysy
Sticky Note
> Tidak ada sikap tolak ansur terhadap anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian negara >mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri.
tbeysy
Sticky Note
>tidak bersatu padu >pertelingkahan sesama sendiri. >tidak ada semangat patriotisme > kekayaan yang ada di negara kita
tbeysy
Sticky Note
1. Perlunya generasi kini menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu membangunkan negara. 2. Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting dalam sesebuah negara agar dapat mewujudkan negara yang berdaulat. 3. Pertelingkahan dan permusuhan akan menghancurkan negara. 4. Semua rakyat di negara ini wajib mencurahkan sepenuh ketaatan dan kasih sayang terhadap negara. 5. Usaha membangunkan negara memerlukan kerjasama daripada semua pihak.
Page 21: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi
Page 22: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi
Page 23: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi
Page 24: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest · Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam . Antologi

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my