program bahasa malaysia sekolah menengah atas edubest

16
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest Tahap SM4 Analisis Novel 2 Leftenan Adnan Wira BangsaNama : _____________________________

Upload: others

Post on 03-Jan-2022

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

Tahap SM4

Analisis Novel 2 “Leftenan Adnan Wira Bangsa”

Nama : _____________________________

Page 2: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest
Page 3: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

Latar

Latar Tempat

1. Kampung Sungai Ramal, Kajang. Tempat kelahiran Adnan dan keluarganya.

2. Pagar Ruyung. Pak Saidi menjelaskan bahawa moyangnya berasal dari Pagar

Ruyung, Minangkabau.

3. Kampung Sungai Merab dan Kampung Sungai Ramal. Perlawanan bola

sepak antara Kampung Sungai Merab dengan Kampung Sungai Ramal kerap

diadakan.

4. Sekolah Melayu Sungai Ramal. Adnan telah terpilih sebagai guru pelatih dan

diarah mengajar di Sekolah Melayu Sungai Ramal.

5. Port Dickson dan Kern Haig Lines. Adnan bersama-sama dengan empat

orang rakannya menjalani proses temu duga untuk menjadi askar di situ.

6. Singapura. Adnan berkhidmat di Singapura selepas menamatkan latihan

ketenteraannya dan membawa keluarganya berpindah ke sana.

7. Pangkalan tentera Pasir Panjang. Beliau memulakan tugas barunya di

pangkalan tentera Pasir Panjang. Pasir Panjang juga merupakan salah satu kubu

terakhir yang dipertahankan oleh askar Melayu ketika menentang tentera Jepun.

8. Bukit Candu. Adnan telah diarahkan bertugas di Bukit Candu yang terletak

di kawasan berbukit di sebelah timur menghadap ke laut. Adnan terkorban

semasa mempertahankan Bukit Candu. Mayatnya disemadikan di sana.

9. Thailand. Laluan tentera Jepun bcrtambah mudah apabila Thailand

membenarkan tentera Jepun menggunakan kawasan mereka untuk menyerang

Tanah Melayu. Askar Jepun telah mendarat di Songkhla dan di Pattani.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM4 Analisis Novel II : Latar & Plot 1

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 4: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

10. Pantai Kuala Pak Amat, Kelantan. Jepun cuba mendaratkan tenteranya di

Pantai Sabak, Pantai Kuala Pak Amat, dan Pantai Badang. Akhirnya, tentera

Jepun berjaya mendarat di Pantai Badang kerana pertahanan British di Pantai

Sabak dan Pantai Knala Pak Amat sukar ditembusi,

11. Lapangan Terbang Kota Bharu. Tentera Jepun bergerak untuk menawan

Lapangan Terbang Kota Bharu tetapi mereka mendapat tentangan yang hebat

daripada askar Melayu.

12. Lapangan Terbang Kuantan. Jeneral Yamashita mengarahkan kapal

terbang Jepun menyerang Lapangan Terbang Kuantan secara rnengejut.

Akibatnya, banyak kemalangan dan kerosakan peralatan penerbangan dialami

oleh tentera British.

13. Kilang Kereta Ford. Jeneral A. E. Percival mengarahkan tentera-tentera

British menyerah kalah di Kilang Kereta Ford, Alexandra. Dengan itu, Pasukan

Tentera Berikat dengan rasminya telah menyerah kalah.

14. Bandar Hiroshlma dan Nagasaki, Jepun. Penduduk Tanah Melayu

dikejutkan dengan berita Amerika Syarikar menggugurkan bom atom di

Hiroshlma dan di Nagasaki. Jepun akhirnya menyerah kalah dan Tanah Melayu

diperintah oleh British semula.

Latar Masa

1. Latar masa bagi novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah sekitar awal

tahun 40-an, iaitu semasa permulaan berlakunya Perang Dunia Kedua dan

sehingga tamat Perang Dunia Kedua.

2. Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu pagi, petang, dan malam.

3. Pagi 4 Disember 1941, Jeneral Yamashita mengetuai bala tentera Jepun yang

berjumlah 25,000 orang pegawai dan anggota berlepas dari Pelabuhan Samah di

Pulau Hainan menuju ke Thailand dengan lapan belas buah kapal pengangkut.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM4 Analisis Novel II : Latar & Plot 2

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 5: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

4. Tengah malam 8 Disember 1941, Jepun telah berlabuh di Pantai Kuala Pak

Amat, Kelantan. Tarikh ini merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di

Timur Jauh dan Pasifik. Pertahanan di sepanjang pantai agak rapuh kerana

musuh melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah kubu di tepi pantai.

5. Pada 6 Disember 1941, satu persidangan secara tertutup telah berlangsung di

Manila. Mereka membincangkan persiapan Jepun untuk menakluki Asia

termasuk Filipina dan Tanah Melayu.

6. Pada 9 Disember 1941, askar Jepun menguasai LapanganTerbang Kota

Bharu. Serangan darat tentera Jepun sukar untuk dihalang kerana strategi

pegawainya yang berkemahiran tinggi dalam peperangan. Jeneral Yamashita

mengarahkan kapal terbang Jepun menyerang Lapangan Terbang Kuantan

secara mengejut. Akibatnya, banyak kemalangan dan kerosakan peralatan

penerbangan dialami oleh tentera British.

7. Pada 10 Disember 1941, Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Pulau Pinang

telah diserang oleh tentera Jepun dalam masa yang singkat.

8. Pada 14 Disember 1941, tentera Jepun memasuki Bandar Alor Setar tanpa

mendapat apa-apa tentangan.

9. Pada 31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gempar dengan kehadiran

tentera Jepun yang banyak. Seluruh Tanah Melayu telah jatuh ke tangan Jepun.

10. Pada 3 Februari 1942, Jeneral Yamashita telah menghantar 13,000 orang

tentera elitya bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura

berhampiran dengan Sarimbun.

11. Pada pukul 5.15 petang, Jeneral A. E. Percival mengarahkan tentera British

menyerah kalah di Kilang Kereta Ford, Alexandra. Dengan itu, Pasukan Tentera

Berikat secara rasminya telah menyerah kalah.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM4 Analisis Novel II : Latar & Plot 3

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 6: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

12. Pada 15 Ogos 1945, pendudukTanah Melayu dikejutkan dengan berita

Amerika Syarikat menggugurkan born atom di Hiroshlma dan di Nagasaki.

Jepun akhirnya menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah oleh British

semula.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang amat cinta akan tanah air. Contohnya, Leftenan Adnan

sanggup menjadi askar kerana cintanya yang mendalam terhadap negara.

2. Masyarakat yang memiliki keberanian yang luar biasa. Contohnya,

Leftenan Adnan serta askar Melayu dengan penuh keberanian bermati-matian

mempertahankan tanah air daripada musuh.

3. Masyarakat yang berpandangan jauh ke hadapan. Contohnya, Pak Saidi

menghantar anak-anaknya belajar di sekolah aliran Inggeris kerana beliau sedar

anak-anaknya akan banyak memperoleh ilmu pengetahuan di sana.

4. Masyarakat yang berpendirian teguh. Contohnya, walaupun sebahagian

orang kampung tidak menyukai tindakan Pak Saidi menghantar anaknya ke

sekolah aliran Inggeris tetapi Pak Saidi tidak menghiraukannya.

5. Masyarakat yang berpengetahuan luas. Contohnya, Pak Saidi banyak

membaca dan membuat kajian, Beliau mengagumi tokoh-tokoh tanah air seperti

Syed Syeikh al Hadi yang banyak menulis tentang perkembangan tanah air dan

menjadi pelopor semangat kebangsaan Melayu.

6. Masyarakat yang tidak mengabaikan pelajaran anak-anaknya,

Contohnya, setiap malam, Pak Saidi mengajar anak-anaknya mengaji Quran.

Beliau mahu anak-anaknya mendapat ilmu dunia dan ilmu akhirat secara

seimbang.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM4 Analisis Novel II : Latar & Plot 4

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 7: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

7. Masyarakat tentera yang sanggup berkorban mempertahankan negara.

Contohnya, Rejimen Askar Melayu telah berkorban hingga titisan darah yang

terakhir demi mempertahankan negara.

8. Masyarakat yang menggunakan kekerasan ketenteraan untuk tujuan

penaklukan. Contohnya, Jepun yang menjadi salah satu kuasa Asia yang kuat

cuba menakluki negara-negara tertentu melalui peperangan.

9. Masyarakat yang pasrah akan ketentuan takdir. Contohnya, Pak Saidi

pasrah akan ketentnan takdir, iaitu anaknya yang bernama Ahmad dan Adnan

terkorban dalam peperangan menentang penjajahan tentera Jepun.

10. Masyarakat pembelot dan pengkhianat bangsa. Contohnya, Samad

menjadi tali barut dengan memberikan maklumat risikan kepada tentera Jepun

di Singapura.

11. Masyarakat yang memiliki sifat amanah dan bertanggungjawab.

Contohnya, Leftenan Adnan bekerja keras bukan kerana pangkat tetapi sudah

menjadi kewajipan baginya sebagai anggota tentera untuk menjalankan

tanggungjawab dan amanah sebaik-baik mungkin.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM4 Analisis Novel II : Latar & Plot 5

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 8: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

Plot

Binaan Plot

1. Peristiwa dalam novel ini disusun secara tidak kronologi.

2. Pada bahagian permulaan atau eksposisi, pembaca diperkenalkan kepada

watak utama, iaitu Adnan. Adnan digambarkan sebagai anak muda yang

mempunyai ciri-ciri keistimewaan dalarn dirinya. Dia memiliki sifat keberanian

yang jarang-jarang terdapat pada anak muda yang seusia dengannya.

Keberanian Adnan ada kaitan dengan keturunannya. Sebenarnya, dia ialah cucu

kepada Datuk Siamang Gagap. Hal ini terpaksa dirahsiakan oleh ayahnya

kerana masyarakat memandang serong terhadap keturunannya yang dianggap

penderhaka dan menjadi buruan Inggeris.

3. Pada bahagian perkembangan cerita, peristiwa tertumpu pada suasana

kehidupan penduduk di Kampung Sungai Ramal, Kajang yang hidup dalam

serba kemiskinan. Kemiskinan penduduk kampong telah memberikan kesedaran

kepada ayah Adnan, iaitu Pak Saidi untuk mengubah nasib bangsanya. Mereka

tidak harus kekal menjadi petani yang miskin. Pak Saidi berpendapat bahawa

anak-anak perIu diberikan didikan yang sempurna agar mereka lebih

berpendidikan dan akhirnya mampu membawa perubahan kepada keluarga,

bangsa, dan negara. Pak Saidi rnahu anak-anaknya menjadi anak yang soleh

agar mereka dapat mencurahkan bakti kepada agama, bangsa, dan tanah air.

Anak-anaknya juga diberikan pendidikan agama dan ilmu persilatan. Ilmu ini

menjadi benteng diri daripada mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang

kurang sihat.

4. Pada bahagian perumitan Pak Saidi telah diceritakan mengambil tindakan

luar biasa apabila menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Hal ini telah

menggemparkan penduduk kerana di sekitar kawasan tersebut ada sekolah

Program Bahasa Malaysia Edubest SM4 Analisis Novel II : Latar & Plot 6

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 9: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

pondok dan sekolah Melayu, Penduduk kampung khuatir anak Pak Saidi akan

menjadi murtad. Hal ini turut mengundang rasa kurang senang penduduk

Kampung Sungai Ramal. Beberapa orang penduduk kampung telah

mengadukan hal tersebut kepada ketua kampung. Jika Pak Saidi meneruskan

cita-cita tersebut, mereka ingin menghalau Pak Saidi sekeluarga dari kampung.

Mereka bimbang anak-anak mereka akau dipengaruhi oleh anak Pak Saidi

supaya menjadi murtad, Namun, Pak Saidi tidak berganjak daripada keputusan

yang telah dibuatnya.

5. Pada bahagian klimaks, berlaku pertempuran sengit antara tentera British

yang dibantu oleh askar Melayu dengan tentera Jepun. Kejatuhan negeri-negeri

di Tanah Melayu ke tangan Jepun menyebabkan British terpaksa

mempertahankan Singapura sebagai kubu terakhir mereka. Leftenan Adnan

merupakan pegawai tentera yang diamanahkan untuk mempertahankan kubu di

Pasir Panjang dan di Bukit Candu. Berlaku beberapa siri pertempuran yang

hebat antara askar Melayu dengan tentera Jepun. Leftenan Renya Mutuguchi

tidak menduga tenteranya telah diberikan tentangan yang sengit oleh askar

Melayu yang serba kekurangan dari segi bilangan anggota dan peralatan

ketenteraan. Tentera Jepun terpaksa berundur seketika kerana mereka gagal

menembusi kubu di Pasir Panjang. Pertahanan askar Melayu di Bukit Candu

semakin meruncing akibat diasak tanpa henti oleh tentera Jepun. Leftenan

Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya

walaupun mereka semakin kehabisan peluru. Tentera Jepun berjaya menembusi

pertahanan kubu askar Melayu. Bunyi tembakan antara kedua-dua pasukan

tidak kedengaran lagi kerana mereka kehabisan peluru. Berlaku pertempuran

jarak dekat antara askar Melayu yang menggunakan bayonet dengan askar

Jepun yang menggunakan pedang samurai.

6. Peleraian cerita adalah apabila Jepun berjaya menawan Bukit Candu. Semua

anggota askar Melayu terkorban kecuali Leftenan Adnan dan Koperal Yaakob.

Program Bahasa Malaysia Edubest SM4 Analisis Novel II : Latar & Plot 7

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 10: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

Leftenan Adrian berjaya ditangkap oleh tentera Jepun. Leftenan Renya

Mutuguchi melepaskan perasaan marahnya terhadap Leftenan Adnan. Tentera

Jepun mengikat Leftenan Adnan yang cedera dan menggantungnya pada pokok

ceri. Leftenan Renya Mutuguchi mengambil bayonet lalu menikam perut

Leftenan Adnan. Seorang demi seorang tentera Jepun mengambil giliran

menikam tubuh Leftenan Adnan. Jeneral A. E. Percival akur akan kekalahan

tenteranya kepada pihak Jepun. Beliau bertindak menghubungi Jeneral

Yamashita bagi mendapatkan jaminan keselamatan sekiranya tentera British

menyerah kalah. Pada pukul 5.15 petang, Jeneral A. E. Percival mengarahkan

tentera-tentera British menyerah kalah di Kilang Kereta Ford, Alexandra.

Dengan itu, Pasukan Tentera Berikat dengan rasminya telah menyerah kalah.

Teknik Plot.

1. Pengarang menggunakan kepelbagaian teknik plot seperti dialog, monolog,

monolog dalaman, imbas kembali, kejutan, dan saspens untuk menjadikan

cerita lebih menarik.

2. Antara teknik plot atau teknik penceritaan yang terdapat dalam novel ini

terrnasuklah teknik-teknik yang berikut,

Teknik Dialog

1. Dialog ialah pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita.

2. Penggunaan teknik dialog dalam novel ini termasuklah dialog antara Pak

Saidi dengan Mak Milah. Pak Saidi melahirkan rasa terkilannya kerana orang

Melayu miskin di tanah air sendiri. Hasil kekayaan negara diangkut keluar oleh

penjajah sedangkan kaum bumiputera yang tinggal di kampung masih

ketinggalan dari segi ekonomi, Contohnya:

Program Bahasa Malaysia Edubest SM4 Analisis Novel II : Latar & Plot 8

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 11: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

"Orang Melayu miskin di tanah air sendiri. Awak tahu kenapa?" pertanyaan

Pak Saidi membuatkan Mak Milah yang hampir terlena, terjaga semula.

"Sudah suratan barangkali...," sahut Mak Milah.

“Disebabkan tanab air kita dijajah, rnereka rnengaut hasil kekayaan negara

kita lalu dibawa pulang ke negara mereka," kata Pak Saidi. "Di bumi yang kita

pijak ini ada emas, bijih timah, dan getah. Namun Inggeris tidak membenarkan

orang-orang Melayu mengusahakannya.... " (hlm. 5)

Teknik Imbas Kembali

1. Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau

kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialami.

2. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula kejadian atau

peristiwa yang berlaku melalui mimpi, kenangan, dan ingatan sesuatu

watak.

3. Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini

termasuklah pada halaman 65, iaitu:

Pak Saidi terkejut sebaik-baik sahaja mengetahui berita itu ketika singgah di

warung. Fikirannya melayang-layang mengenang kembali peristiwa dua hari

yang lalu. Kata-kata Adnan terngiang-ngiang di telinganya. Menurut Adnan,

mereka pasti mengetahui orang punya angkara mencerobohi rumah mereka

kerana dia sempat membaling kayu beluti kepada seorang daripada dua

lembaga itu. Benarkah Nordin yang merosakkan basikalnya malam kelmarin?

Kenapa dia sanggup melakukannya? Apa salah dirinya sehingga budak itu

sanggup merosakkan basikal kesayangannya itu?

Program Bahasa Malaysia Edubest SM4 Analisis Novel II : Latar & Plot 9

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 12: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

Teknik Pemerian

1. Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau

keterangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang.

2. Antara contoh penggunaan teknik ini ialah pada halaman 266, iaitu:

Leftenan Jeneral A. E. Percival sedar akan keupayaan tentera British di

Singapura masih kuat. Angkatan tentera British sebanyak 85 000 orang masih

mampu menyekat kemaraan tentera Jepun yang cuma berjumlah 30000 orang.

Teknik Saspens

1. Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan

tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang

peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

2. Antara contoh saspens dalam novel ini termasuklah pada halaman 293. iaitu:

Kira-kira 10 minit, Leftenan Adnan bersama-sama anggota pasukannya sampai

ke tempat persembunyian musuh. Cahaya malap dari rumah itu dapat dilihat.

Kemudian Leftenan Adnan mengambil bahagian barisan hadapan. Anggotanya

yang lain sudah mengambil posisi masing-masing dan rumah itu sudah

dikepung.

Teknik Kejutan

1. Kejutan bermaksud perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara

tiba-tiba tanpa diduga.

2. Kesan yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga

oleh pembaca.

3. Antara contoh kejutan dalam novel ini adalah seperti yang berikut:

Program Bahasa Malaysia Edubest SM4 Analisis Novel II : Latar & Plot 10

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 13: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

(a) "Sebelum itu, kita buka topeng mereka ini dahulu,“ kata Deris. Sebaik-baik

sahaja topeng dibuka, alangkah terkejutnya rnereka yang berada di situ.

"Kau, Samad!" (hlm. 186)

(b) "Aku dah sedar. Kau orang berdua menyedarkan aku. Sejak kau berdua

tidak ada di kampung, aku mula berfikir. Akhirnya, aku mengambil keputusan

untuk menyertai latihan ketenteraan di Port Dickson. Kalau tidak, mungkin

sekarang aku masih menjadi penyangak kampung," ujarnya tersenyum

kambing. (hlm. 161)

Program Bahasa Malaysia Edubest SM4 Analisis Novel II : Latar & Plot 11

Progra

m B

ahasa M

alaysia

Edubest

Page 14: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest
Page 15: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest
Page 16: Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my