punca kerosakan akidah

3
 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KEROSAKAN AKIDAH Kerosakan akidah disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu daripadanya ialah sistem keluarga islam yang tidak dipraktikkan dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Kini, bermacam-macam fenomena yang hangat berlaku di setiap negara. Di Malaysia khasnya sering kali dipaparkan tentang isu pembuangan anak, isu meninggalkan ibu bapa di tepi jalan mahupun di stesen-stesen bas, dan banyak lagi yang acap kali menjadi perhatian banyak orang. Permasalahan ini bagaikan menjadi satu ‘trend’ dalam kehidupan manusia sekarang. Selain daripada itu, ada sebilangan ibu bapa yang dihantar oleh anak-anak mereka ke rumah orang-orang tua atas sebab ketiadaan penjaga sekiranya mereka berada di tempat kerja. Hal ini menunjukkan sikap anak yang langsung tidak menghargai jasa orang tua yang telah banyak menyumbangkan keringat tanpa ada rasa jemu dan letih. Walhal, sekiranya sistem keluarga islam dipraktikkan, maka kepercayaan aqidah dalam diri ahli keluarga dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dengan cara itu, lahirlah insan yang cemerlang dari institusi kekeluargaan Islam yang menekankan sikap saling menghormati, menyayangi, melindungi dan mempercayai antara satu sama lain. (Pendita Bitara, 2008) Selain daripada itu, kerosakan akidah juga disebabkan oleh sistem pendidikan yang tidak memberi impak kepada jiwa individu. Pada era modenisasi ini, tanpa kita sedari pendidikan yang berunsurkan ilmu logik tamsilnya subjek sains lebih diberikan penekanan. Di samping itu, penguasaan subjek ini oleh para pelajar juga turut dibanggakan. Tuntasnya, tidak ada faedah sekiranya ilmu hanya dinilai melalui kertas peperiksaan sahaja tanpa adanya penghayatan ilmu dalam kehidupan manusia. Seharusnya, ilmu yang dipelajari merupakan pemangkin untuk mengenal sang Pencipta yang mencipta ilmu tersebut tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. ( Pendita Bitara, 2008)

Upload: miseyz-blurz-abdullah

Post on 19-Jul-2015

748 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

5/16/2018 punca kerosakan akidah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/punca-kerosakan-akidah 1/3

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KEROSAKAN AKIDAH

Kerosakan akidah disebabkan oleh beberapa faktor. Salah satu daripadanya

ialah sistem keluarga islam yang tidak dipraktikkan dalam sesebuah institusi

kekeluargaan. Kini, bermacam-macam fenomena yang hangat berlaku di setiap negara.

Di Malaysia khasnya sering kali dipaparkan tentang isu pembuangan anak, isu

meninggalkan ibu bapa di tepi jalan mahupun di stesen-stesen bas, dan banyak lagi

yang acap kali menjadi perhatian banyak orang. Permasalahan ini bagaikan menjadi

satu ‘trend’ dalam kehidupan manusia sekarang.

Selain daripada itu, ada sebilangan ibu bapa yang dihantar oleh anak-anakmereka ke rumah orang-orang tua atas sebab ketiadaan penjaga sekiranya mereka

berada di tempat kerja. Hal ini menunjukkan sikap anak yang langsung tidak

menghargai jasa orang tua yang telah banyak menyumbangkan keringat tanpa ada

rasa jemu dan letih. Walhal, sekiranya sistem keluarga islam dipraktikkan, maka

kepercayaan aqidah dalam diri ahli keluarga dapat diaplikasikan dalam kehidupan

seharian. Dengan cara itu, lahirlah insan yang cemerlang dari institusi kekeluargaan

Islam yang menekankan sikap saling menghormati, menyayangi, melindungi dan

mempercayai antara satu sama lain. (Pendita Bitara, 2008) 

Selain daripada itu, kerosakan akidah juga disebabkan oleh sistem pendidikan

yang tidak memberi impak kepada jiwa individu. Pada era modenisasi ini, tanpa kita

sedari pendidikan yang berunsurkan ilmu logik tamsilnya subjek sains lebih diberikan

penekanan. Di samping itu, penguasaan subjek ini oleh para pelajar juga turut

dibanggakan. Tuntasnya, tidak ada faedah sekiranya ilmu hanya dinilai melalui kertas

peperiksaan sahaja tanpa adanya penghayatan ilmu dalam kehidupan manusia.

Seharusnya, ilmu yang dipelajari merupakan pemangkin untuk mengenal sang Pencipta

yang mencipta ilmu tersebut tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. (Pendita Bitara,

2008) 

5/16/2018 punca kerosakan akidah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/punca-kerosakan-akidah 2/3

 

Punca yang ketiga pula ialah pengaruh media massa iaitu sama ada media cetak

mahupun media elektronik. Kini, terdapat pelbagai jenis artikel ataupun tayangan yang

disiarkan atau diterbitkan untuk tatapan masyarakat sekeliling. Namun, media massa ini

terlalu banyak menyiarkan atau menerbitkan artikel atau tayangan yang berunsurkan

hiburan semata-mata. Penonton atau pembacanya pula majoritinya ialah golongan

remaja dan belia yang mudah untuk terpengaruh dan mudah terikut-ikut dengan budaya

kuning. Hal ini demikian kerana seperti yang sedia maklum, rancangan hiburan

telahpun menjadi tarikan utama untuk menarik perhatian lebih ramai penonton. Walau

bagaimanapun, pihak media massa haruslah membuka mata dan minda mereka untuk

meminimumkan tayangan atau artikel yang berunsurkan hiburan dan memaksimumkan

tayangan rancangan atau artikel yang berunsur kerohanian. (Pendita Bitara, 2008) 

Seterusnya ialah makanan yang membinasakan akidah. Ini bermaksud makanan

yang mampu merosakkan manusia tidak kira dari segi fizikal mahupun mental

seseorang individu. Makanan yang halal sebenarnya memberi impak kepada jasmani

dan rohani seseorang. Selain daripada itu, keberkatan dalam pemakanan juga akan

menyebabkan badan mampu melakukan aktiviti fizikal. Tetapi, produk pemakanan yang

tidak baik akan menyebabkan seseorang umat Islam menjadi lemah. Hal ini disebabkanoleh proses penghasilan tidak begitu mengikut piawaian Islam. Oleh sebab itu, lahirlah

golongan yang cintakan dunia dan kejahatan jika dibandingkan dengan cinta akan

akhirat serta hati menjadi gelap dan sukar untuk dididik. (Pendita Bitara, 2008) 

5/16/2018 punca kerosakan akidah - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/punca-kerosakan-akidah 3/3