kerosakan aqidah.pptx

Upload: fatinabdullah

Post on 08-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEROSAKAN AQIDAH

KEROSAKAN AQIDAHFARIZAH BINTI MANSORFATIN NABILAH BINTI ABDULLAHNUR MAISARAH BINTI ABD HAMID

10:05APA ITU AQIDAH?Aqidah merupakan maksud lain bagi iman dengan makna tasdiq(membenarkan)Tasdiq berlaku melalui itiqad dengan hati, berikrar dengan lidah serta mengamalkan dengan perbuatan, segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dari sisi Allah.Menurut Abdulal Salim Makram, perkataan aqdun dalam bahasa Arab mempunyai dua maksud. Maksud pertama ialah janji yang kuat manakala maksud yang kedua ialah sesuatu yang menguatkan serta mengukuhkan. Ulasnya lagi, aqidah mampu memelihara seseorang daripada kegagalan dan kehancuran kerana aqidah sesungguhnya merupakan benteng kepada iman.Rahman, W. A. (2011). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :Iman itu ialah kamu beriman kepada Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya, hari akhirat dan kamu beriman kepada ketentuan baik dan buruk. (HR Muslim)

Maksudnya : Para rasul telah beriman kepada apa yang telah diturunkan daripada Tuhannya dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya, (Mereka berkata) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada rasul-rasul-Nya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah kami kembali. (Surah Al-Baqarah 285)

Rahman, A. B. (2001).

Faktor Yang Mendorong Berlakunya Kerosakan Aqidah

Sekularisma dalam sistem pendidikan di Malaysia pendidikan berunsur ilmu logik seperti sains amat ditekankan ilmu dinilai hanya pada sekeping kertas peperiksaan atau sekeping surat tawaran bekerja dalam bidang yang dipelajari dahulu penghayatan ilmu dalam kehidupan seharian tidak ada. Sepatutnya, ilmu yang dipelajari merupakan mangkin untuk mengenal Pencipta yang mencipta ilmu tersebut Ilmu dipelajari untuk kepuasan fizikal dan bukannya jiwa.

Rahman, W. A. (2011). Sistem Pendidikan Yang Tidak Memberi Kesan Kepada Jiwa11:01Pengaruh Media Massa

Pengaruh media masa dan media cetak yang kerap kali memasukkan unsur hiburan yang melampau.

Penonton pula didapati rata-ratanya terdiri daripada golongan remaja dan belia yang mudah terpengaruh dan mudah terikut dengan budaya kuning.

Rahman, W. A. (2011). Sistem Keluarga Islam Tidak Dipraktikkan

Trend menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat terdapat kes ibu membunuh anaknya sendiri dan ada juga anak yang membunuh ibu bapanya sendiri. Sekiranya sistem keluarga Islam dipraktikkan, kepercayaan aqidah dalam diri ahli keluarga dapat disuntik dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Maka lahirlah individu cemerlang dari institusi kekeluargaan Islam yang menekankan sikap saling menghormati, menyayangi, melindungi dan mempercayai antara satu sama lain.

Rahman, W. A. (2011). Makanan Yang Membinasakan AqidahMakanan yang halal dan baik(halalan thoiyyiba) boleh memberi kesan kepada jasmani dan rohani seseorang. Keberkatan dalam pemakanan akan menyebabkan badan mampu melakukan aktiviti fizikal manakala dari sudut ruhaniahnya, pemikiran, jiwa dan akhlak yang sepadan dengan fizikal akan terbina. Produk makanan yang tidak baik boleh melemahkan umat Islam secara umumnya kerana proses penghasilan tidak mengikut piawaian Islam. Hasilnya, wujudlah golongan yang cintakan dunia dan kejahatan lebih dari akhirat serta hati menjadi gelap dan sukar dididik.

Barangsiapa yang menjauhi syubhah, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhah, ia seolah telah jatuh dalam yang haram ( HR Muslim, no 1599, 3/1219)

Rahman, W. A. (2011). Kesan-kesan Kerosakan Aqidah

Melahirkan manusia yang menyekutukan Allah s.w.t. (syirik) pada zat, sifat dan perbuatanNya.

Mewujudkan manusia yang mengangkat atau memperjuangkan syiar-syiar kufur yang memalingkan manusia dari menjadikan Allah s.w.t. sebagai tempat pengabdian dan tempat tuju.

Abdullah Dazid (2011)Melahirkan masyarakat yang membenci sesuatu dari sistem Islam atau melebihkan sistem yang lain.

Melahirkan umat yang mempersendakan sesuatu dari al Quran dan Sunnah sehingga mengakibatkan masyarakat berpecah-belah.

Mewujudkan berbagai-bagai ajaran sesat di dalam masyarakat.

Abdullah Dazid (2011)CARA MEMPERBETULKAN AKIDAHKembali kepada Al Quran dan As SunnahApa yang diberikan Rasul kepada kalian, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagi kalian, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya. (QS. Al-Hasyr: 7)

hadis riwayat : Muslim r.a.Khutbah terakhir nabi muhammad S.A.WBerguru Dengan Guru Yang Mampu Mendidik Kita

bersih hatinya dan mantap agamanya

mampu melihat kelemahan yang ada pada diri kita

mampu memberikan petunjuk tentang cara untuk memperbaiki dan mengubati kelemahan kitaCAHAYA PURNAMABerkawan Dengan Seseorang Yang Baik Dan Mantap Agamanya

Boleh membantu kita untuk memperbaiki akhlak

perlu menerima teguran dengan hati yang terbuka

Teguran juga mestilah dilakukan secara berhemahCAHAYA PURNAMAMemanfaatkan Komen-komen Negatif

Sesetengah orang menganggap komen-komen negatif sebagai pandangan yang tidak bernilai.

Sepatutnya manusia lebih banyak memanfaatkan komen negatif yang menceritakan tentang kekurangan dirinya daripada mendengar puji-pujian kawan yang ingin mengampunya.CAHAYA PURNAMAMengambil Iktibar Dari Kelemahan Orang Lain

Kadangkala kita akan melihat perangai dan sikap negatif orang lain

Sepatutnya, kita menjadikan kelemahan seseorang itu sebagai kelemahan yang kita perlu perbaikiCAHAYA PURNAMARUJUKANAwang, A. N. (2007, Januari 4). Penyimpangan Aqidah Dan Cara-Cara Mengatasinya. Retrieved Mac 29, 2015, from HIKMATUN: https://hikmatun.wordpress.com/2007/01/04/penyimpangan-aqidah-dan-cara-cara-mengatasinya/Bitara, P. (2008, Mac 3). Impak Kerosakan Akidah Di Malaysia, Faktor-faktornya Serta Langkah Mengatasinya. Retrieved from Laman Munawwarah: http://munawwarah.blogdrive.com/archive/241.htmlDazid, A. (n.d.). Aqidah. Retrieved from Abdullah Dazid: http://abdullahdazid.blogspot.com/p/akidah.htmlGhani, N. A. (2008). Fauzan, D. S. (2005, Mei 29). Penyimpangan Aqidah Dan Cara-Cara Penanggulannya. Retrieved Mac 29, 2015, from TAUHID: http://belajar-tauhid.blogspot.com/2005/05/penyimpangan-aqidah-dan-cara-cara.htmlRahman, A. B. (n.d.). Rukun Iman. 2001.Rahman, W. A. (2011). Impak Kerosakan Akidah Di Malaysia, Faktor-faktornya Serta Langkah Mengatasinya.Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Aqidah Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: TELAGA BIRU SDN BHD.

TERIMA KASIH