punca kejatuhan harga getah di pasaran - lgm.gov.my · pdf filehar ga getah di peringkat...

1
Dalam Negeri Lembaga Getah Malaysia AHAD 4 MEI 2014 MINGGUAN MALAYSIA MUKA 13 SENARIO harga getah asli pada bulan Januari hingga Mac 2014 adalah lanjutan daripada trend penurunan yang telah dicatatkan sejak bulan Jun 2012. Ini disebabkan oleh krisis hutang negara-negara Zon Euro, kelembapan ekonomi negara China dan pergolakan politik di Timur Tengah dan Thailand. Menurut laporan International Rubber Study Group (IRSG), jumlah stok getah asli global berada pada paras 2.09 juta tan pada bulan September 2013 iaitu peningkatan sebanyak 13.5 peratus daripada 1.84 juta tan bagi tempoh yang sama pada tahun 2012. Peningkatan stok getah sebanyak 270,000 tan juga direkodkan di Qingdao, China iaitu pelabuhan utama kemasukan getah asli ke negara tersebut. Selain itu, stok getah di Shanghai Futures Exchange juga berada pada paras 225,000 tan, iaitu peningka- tan tertinggi sejak tahun 2007. Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa ketidakstabilan politik di Thailand telah menyebabkan syarikat-syarikat peng- eksport getah di negara itu menyimpan stok di China. Ini sekali gus telah menyum- bang kepada lambakan stok terutamanya di Qingdao, China. Selain itu, kelembapan permintaan getah dari China dari bulan Januari-Februari 2014 ekoran penutupan ope- rasi kilang sempena sambu- tan Tahun Baru Cina. Kelembapan pengeluaran kenderaan di China yang merupakan pasaran automo- tif terbesar dunia membu- rukkan lagi keadaan. Tambahan pula industri automotif Amerika Syarikat juga merekodkan kemeroso- tan jualan pada bulan Januari 2014. Sementara itu, IRSG juga menjangka terdapat lebihan penawaran sebanyak 384,000 tan pada tahun 2014. Ini disebabkan oleh kadar pemulihan ekonomi di nega- ra-negara maju seperti Zon Euro dan Jepun yang tidak berkembang seperti yang dijangkakan. Keadaan ini menyebabkan para pelabur menarik diri daripada memasuki pasaran getah. HARGA getah di peringkat ladang me rupakan harga yang diterima oleh pekebun kecil melalui urus niaga secara langsung dengan pembeli getah (penia- ga). Harga getah yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) meru- pakan harga yang diperoleh daripada pemproses Standard Malaysia Rubber (SMR FOB) yang didagangkan di pasa- ran antarabangsa. Harga SMR FOB digunakan sebagai asas untuk menentukan harga getah di peringkat ladang. Harga yang ditawar- kan kepada pekebun kecil adalah harga SMR FOB setelah ditolak kos/margin pemprosesan, kos/margin peniaga dan ses serta kandungan getah kering. Sebagai contoh, sekiranya harga SMR20 (FOB) ialah 700 sen/kg, angga- ran harga di ladang yang ditawarkan kepada pekebun kecil adalah di sekitar 570 sen sekilogram, iaitu setelah dito- lak ses (14 sen/kg), kos pemprosesan dan kos peniaga (130 sen/kg). Oleh itu, pekebun kecil dianggar akan memper- oleh harga di peringkat ladang seba- nyak 285 sen sekilogram ke atas getah sekerap yang dihasilkan (berdasarkan kandungan getah kering 50 peratus). Walau bagaimanapun, harga sebenar yang ditawarkan oleh peniaga kepada pekebun kecil bergantung kepada kuali- ti getah, kuantiti getah, jarak di antara penjual dengan peraih atau pengilang. Pekebun kecil yang mengeluarkan getah yang berkualiti, berada berdeka- tan dengan peraih atau pengilang biasanya akan mendapat harga yang lebih baik. Jelaslah bahawa harga SMR (FOB) di pasaran antarabangsa ditentukan oleh pasaran manakala harga getah di pe ringkat ladang bergantung kepada tawaran harga peniaga getah kepada pekebun kecil (berasaskan persetujuan penjual dan pembeli). PARAS harga getah asli telah meningkat dalam lingkungan 6–8 peratus mulai musim daun gugur (mulai akhir bulan Februari) disebabkan oleh bekalan getah asli yang merosot. Di samping itu, penggunaan getah asli di China dijangka meningkat sebanyak 6.5 pera- tus pada tahun 2014 bagi menampung per- mintaan industri domestik ekoran pertumbu- han ekonomi negara tersebut yang diramal meningkat kepada 7.4 peratus. Peningkatan stok getah di China ke paras tertinggi sejak bulan Disember 2007 juga bukan merupakan satu isu yang sepatutnya mempengaruhi harga. Ia disebabkan penggunaan getah di China telah meningkat kepada 4.15 juta tan pada 2013 berbanding 2.842 juta tan pada tahun 2007, peningkatan sebanyak 46 peratus. Pedagang terutamanya daripada China akan memasuki pasaran dalam masa terdekat bagi mendapatkan bahan mentah bagi memenuhi kontrak-kontrak jangka pendek dan panjang. Berdasarkan kepada senario di atas dan setelah mengambil kira statistik yang dikeluar kan oleh ANRPC bahawa penge- luaran getah daripada negara ANRPC pada tahun 2013 adalah sebanyak 10,999,700 tan, boleh dirumuskan bahawa pengeluaran dan permintaan getah asli adalah seimbang. Namun begitu, kejatuhan harga yang diala- mi sejak bulan Februari 2011 berpunca dari- pada ketidakseimbangan di antara kadar per- tumbuhan penawaran getah asli berbanding dengan kadar pertumbuhan permintaan. Keadaan ini diburukkan lagi berikutan per- tumbuhan ekonomi yang lembab dalam kalangan negara-negara pengguna getah asli utama dunia. Oleh itu, sekiranya pengguna di China ingin mengekalkan nisbah stok penggunaan yang sama, ini bermakna bahawa stok harus meningkat dalam peratusan yang sama. Trend harga getah antarabangsa Setelah mencapai harga tertinggi 1,717 sen/ kg pada 18 Februari 2011, harga getah mulai menunjukkan arah aliran atau trend menu- run akibat dari permintaan yang lembab di pasaran antarabangsa khususnya di negara- negara maju. Harga getah asli di pasaran global dijangka akan bertambah baik pada enam bulan kedua 2014. Ini berikutan ramalan yang menyatakan bahawa ekonomi dunia dijangka bertambah baik terutamanya di negara-negara pengguna utama getah asli seperti Amerika Syarikat, benua Eropah dan Jepun. Di negara-negara pengeluar industri automatif dijangka akan berkembang, sete– rusnya meningkatkan permintaan terhadap getah asli. KERAJAAN Malaysia melalui Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) prihatin dengan kejatuhan harga getah dan telah memperkenalkan beberapa meka nisme untuk membantu pekebun kecil dalam mengatasi kejatuhan harga getah semasa serta memastikan kebajikan pekebun kecil di negara ini terjamin. Salah satu mekanisme yang dilaksana- kan adalah memperkenalkan sistem Kad Autoriti Transaksi Getah (KAT-G). Melalui sistem ini, LGM dapat mengenal pasti pekebun kecil secara terperinci serta mem- bolehkan mekanisme bantuan yang sesuai dapat ditentukan. Dalam pada itu, LGM juga sedang mengambil langkah untuk mengemas kini sistem pangkalan data pekebun kecil yang lebih komprehensif. Kerajaan sebelum ini telah melaksana- kan Skim Bantuan Pendapatan Pekebun Kecil Getah (SBPPKG) pada 1 Julai 2001 untuk membantu pekebun kecil getah meningkatkan pendapatan mereka semasa harga rendah di samping menggalakkan pengeluaran getah dalam bentuk lateks atau (susu getah). Skim ini dilaksanakan apabila harga purata tahunan 2001 SMR20 FOB berada di paras 205 sen/kg. Skim ini telah berjaya meningkatkan pendapatan lebih 250,000 keluarga pekebun kecil getah ketika ber- lakunya kejatuhan harga getah. Sejumlah RM 84 juta telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan bagi pekebun kecil getah dalam tempoh kira-kira setahun. Dengan pemulihan harga getah ke tahap yang lebih tinggi, SBPPKG telah dihentikan pada 15 Jun 2002. Kerjasama Tiga Negara Menerusi ITRC Thailand, Indonesia dan Malaysia telah menubuhkan rangka kerja kerjasama tiga hala yang dikenali sebagai International Tripartite Rubber Council (ITRC) pada tahun 2001 bertujuan memastikan pekebun kecil mendapat harga yang berpatutan. ITRC melaksanakan aktiviti kerjasama dalam kalangan ketiga-tiga buah negara dari segi perspektif mengimbangi penawaran dan permintaan getah asli melalui mekanis- me Supply Management Scheme (SMS) dan Agreed Export Tonnage Scheme (AETS). SMS merupakan kaedah jangka panjang bagi mengimbangi pengeluaran getah asli di pasaran global melalui aktiviti tanaman semula. Untuk tujuan tersebut, setiap negara diberi kuota tanaman baharu bagi memas- tikan kuantiti penawaran seimbang dengan permintaan. AETS pula merupakan kaedah jangka pen- dek untuk mengurangkan penawaran getah asli di pasaran global melalui sekatan eksport. Setiap negara anggota akan dihadkan kuantiti eksport apabila harga getah asli di pasaran dunia mengalami penurunan ke tahap yang tidak menguntungkan kepada pengeluar getah asli. Sehingga kini, AETS telah dilaksanakan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2001, 2009 dan 2012/2013. Hasil kerjasama ini dapat dilihat daripa- da segi pengukuhan harga yang menunjuk- kan trend menaik. Punca kejatuhan harga getah di pasaran Senario harga getah Januari – Mac 2014 Harga getah di peringkat ladang Prospek harga getah Kerajaan kenal pasti bantuan kepada pekebun kecil Oleh ABDUL RAZAK DIN GETAH asli merupakan salah satu komoditi di pasaran antarabangsa. Selain Malaysia, Thailand dan Indonesia merupa- kan pengeluar getah asli utama dunia. Ketiga-tiga negara ini menyumbangkan hampir 70 peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah asli dunia. Ketidakstabilan harga merupakan satu ciri pasaran komoditi yang tidak dapat di elakkan dan umum mengetahui harga komoditi bergantung kepada faktor pena- waran dan permintaan di pasaran antara- bangsa. Selain faktor penawaran dan permintaan, harga getah juga sensitif kepada sentimen pasaran yang dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan sosio-politik dunia, pertu- karan mata wang dan spekulasi pasaran hadapan getah. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi harga getah asli dunia adalah seperti beri- kut: Penawaran Getah Asli Penawaran getah asli bergantung kepada beberapa faktor seperti keluasan kebun getah matang yang boleh ditoreh, jumlah hari menoreh dan produktiviti klon getah yang ditanam serta harga getah di pasaran. Apabila harga getah tinggi di pasaran, ia akan menggalakkan pekebun kecil untuk menoreh. Selain itu, kebun getah yang dahulunya terbiar kembali diusahakan, sekali gus meningkatkan penawaran getah asli di pasaran. Sebaliknya, harga getah yang tidak mem- berangsangkan di pasaran akan menjejas- kan bekalan getah berikutan hari menoreh yang berkurangan serta meningkatnya kawasan yang tidak ditoreh. Stok Getah Stok getah asli memberi gambaran sama ada pengeluar mempunyai bahan mentah yang mencukupi untuk beberapa bulan operasi yang akan datang. Pada kebiasaan- nya kuantiti atau jumlah stok getah yang disimpan adalah bersamaan dua bulan penggunaan. Lebihan stok akan menyebabkan lebihan penawaran getah di pasaran yang boleh menjejaskan harga getah di pasaran global. Mengikut International Rubber Study Group (IRSG) kuantiti stok getah asli dunia pada tahun 2013 berada pada paras dua juta tan. Data yang dikeluarkan IRSG mengenai pengeluaran, permintaan dan stok getah bagi tempoh tahun 2000 hingga 2013 serta data dari Association of Natural Rubber Producing Countries (ANRPC). Permintaan Getah Asli Hampir 70 peratus getah di dunia digu- nakan dalam industri pembuatan tayar. Dalam kalangan negara pengimport, China merupakan pengguna utama getah asli iaitu 40 peratus daripada jumlah pena- waran. Selain itu, China juga adalah pengeluar tayar utama dengan menyumbang hampir 30 peratus daripada pengeluaran tayar global. Pertumbuhan ekonomi dunia terutama– nya dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat mempunyai kesan positif terhadap pertumbuhan indus- tri automatif. Ini memandangkan negara-negara terse- but mempunyai pemilikan kereta per kapi- ta yang tinggi, sekali gus meningkatkan permintaan produk-produk berasaskan getah termasuk tayar dan komponen auto- motif. Pertumbuhan ekonomi di negara maju seperti China, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah turut mempunyai pengaruh yang signifikan kepada arah aliran pasaran getah dunia. Bersaing dengan Getah Sintetik Getah sintetik merupakan pesaing kepa- da getah asli. Perbezaan harga yang ketara di antara getah asli dan getah sintetik akan mendorong pengilang meningkatkan peng- gunaan bahan yang lebih murah untuk mengekalkan daya saing pasaran. Pengusaha barangan getah akan menggu- nakan bahan mentah yang lebih kompetitif bagi meningkatkan margin keuntungan produk yang dihasilkan tanpa menjejaskan kualiti produk. Ini seterusnya akan meningkatkan per- mintaan ke atas komoditi tersebut dan pada masa yang sama menjejaskan harga getah asli di pasaran. Butadiena merupakan bahan men- tah utama untuk menghasilkan getah sintetik. Ia merupakan sejenis bahan kimia yang ter- hasil semasa proses penapisan minyak men- tah (petroleum). Harga getah asli berkait rapat dengan arah aliran Butadiena, getah sintetik, logam dan komoditi lain se– perti minyak men- tah dan minyak sawit. Peningkatan harga pasaran getah sintetik dan komodi- ti lain di pasaran akan menjadikan bahan tersebut kurang kompetitif berbanding getah asli. Ini akan meningkatkan permintaan ke atas getah asli dan seterusnya akan melonjakkan harga komoditi ini di pasaran. Dengan itu, semakin tinggi harga bahan tersebut di pasaran, maka semakin tinggi- lah harga getah asli di pasaran global. Tukaran Mata Wang Kadar tukaran mata wang asing terutama mata wang Amerika Syarikat (AS$) ber- banding mata wang negara pengeluar getah asli turut mempengaruhi harga getah asli. Jika kadar pertukaran mata wang negara pengeluar mengalami kemerosotan ber- banding AS$, ia akan menggalakkan kuan- titi eksport dan seterusnya akan menye- babkan lebihan penawaran. Dalam jangka masa yang panjang, ia akan menjejaskan harga getah asli di pasaran global. Permintaan n Perkembangan ekonomi di China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) n Polisi kerajaan n Pasaran bursa n Harga petroleum, getah sintetik Ketidaktentuan n Pertukaran mata wang Penawaran n Kawasan getah di negara pengeluar getah n Kawasan getah matang yang ditoreh n Hari menoreh (cuaca @ tenaga kerja) n Musim daun luruh n Klon n Stok Faktor-faktor mempengaruhi harga getah dunia KESAN penubuhan ITRC terhadap harga getah dunia HARGA bulanan getah dan trend jangka panjang Jan 1999 -2004 (AS sen per kg) Harga Pada 30 April 2014 (Sen/Kg) Jenis Getah SMR CV SMR L SMR 5 SMR GP SMR 10 SMR 20 Keadaan Pasaran lengang Sumber Lembaga Getah Malaysia Sen/Kg 763.50 726.00 575.00 572.00 565.00 563.00 AS Sen/Kg 237.35 225.70 178.75 177.80 175.65 175.00 KAD AUTORITI TRANSAKSI GETAH (KAT-G) KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN & KOMODITI MALAYSIA LEMBAGA GETAH MALAYSIA Kreatif Inovatif Progresif Pekebun Kecil Getah Wajib memiliki Kad Autoriti Transaksi Getah (KAT-G) untuk menjual getah. Bagi memperolehi KAT-G pendaftaran boleh dibuat melalui pemegang lesen Lembaga Getah Malaysia (LGM) atau datang sendiri ke pejabat LGM terdekat. Kad adalah percuma. Borang permohonan yang lengkap, sila sertakan 2 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan geran tanah/resit hasil, 1 salinan kad pengenalan dan dihantar kembali kepada pemegang lesen LGM atau Pejabat LGM terdekat. Sebarang pertanyaan/kemusykilan sila hubungi ditalian 03-9206 3565 atau 03-9206 3657

Upload: duonganh

Post on 01-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Punca kejatuhan harga getah di pasaran - lgm.gov.my · PDF fileHar Ga getah di peringkat ladang merupakan harga yang diterima oleh ... Sebagai contoh, sekiranya harga SMr20 (FoB) ialah

Dalam Negeri Lembaga Getah MalaysiaAHAD 4 MEI 2014 MINGGUAN MALAYSIA • MUKA 13

Senario harga getah asli pada bulan Januari hingga Mac 2014 adalah lanjutan daripada trend penurunan yang telah dicatatkan sejak bulan Jun 2012.

ini disebabkan oleh krisis hutang negara-negara Zon euro, kelembapan ekonomi negara China dan pergolakan politik di Timur Tengah dan Thailand.

M e n u r u t l a p o r a n international rubber Study Group (irSG), jumlah stok getah asli global berada pada paras 2.09 juta tan pada bulan September 2013 iaitu peningkatan sebanyak 13.5 peratus daripada 1.84 juta tan bagi tempoh yang sama pada tahun 2012.

Peningkatan stok getah sebanyak 270,000 tan juga direkodkan di Qingdao, China i a i t u p e l a b u h a n u t a m a kemasukan getah asli ke negara tersebut.

Selain itu, stok getah di Shanghai Futures exchange juga berada pada paras 225,000 tan, iaitu peningka-tan tertinggi sejak tahun 2007.

Terdapat juga laporan yang m e n y a t a k a n b a h a w a ketidakstabilan politik di

Thailand telah menyebabkan s y a r i k at- s y a r i k at p e ng -eksport getah di negara itu menyimpan stok di China. ini sekali gus telah menyum-bang kepada lambakan stok terutamanya di Qingdao, China.

Selain itu, kelembapan permintaan getah dari China dari bulan Januari-Februari 2014 ekoran penutupan ope-rasi kilang sempena sambu-tan Tahun Baru Cina.

Kelembapan pengeluaran kenderaan di China yang merupakan pasaran automo-tif terbesar dunia membu-r u k k a n l a g i k e a d a a n . Tambahan pula industri automotif amerika Syarikat juga merekodkan kemeroso-t a n j u a l a n p a d a b u l a n Januari 2014.

Sementara itu, irSG juga menjangka terdapat lebihan penawaran sebanyak 384,000 tan pada tahun 2014.

ini disebabkan oleh kadar pemulihan ekonomi di nega-ra-negara maju seperti Zon euro dan Jepun yang tidak berkembang seperti yang dijangkakan. Keadaan ini menyebabkan para pelabur m e n a r i k d i r i d a r i p a d a memasuki pasaran getah.

HarGa getah di peringkat ladang me rupakan harga yang diterima oleh pekebun kecil melalui urus niaga secara langsung dengan pembeli getah (penia-ga). Harga getah yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) meru-pakan harga yang diperoleh daripada pemproses Standard Malaysia rubber (SMr FoB) yang didagangkan di pasa-ran antarabangsa.

Harga SMr FoB digunakan sebagai asas untuk menentukan harga getah di peringkat ladang. Harga yang ditawar-kan kepada pekebun kecil adalah harga SMr FoB setelah ditolak kos/margin pemprosesan, kos/margin peniaga dan ses serta kandungan getah kering.

Sebagai contoh, sekiranya harga SMr20 (FoB) ialah 700 sen/kg, angga-ran harga di ladang yang ditawarkan kepada pekebun kecil adalah di sekitar 570 sen sekilogram, iaitu setelah dito-lak ses (14 sen/kg), kos pemprosesan

dan kos peniaga (130 sen/kg). oleh itu, pekebun kecil dianggar akan memper-oleh harga di peringkat ladang seba-nyak 285 sen sekilogram ke atas getah sekerap yang dihasilkan (berdasarkan kan dungan getah kering 50 peratus).

Walau bagaimanapun, harga sebenar yang ditawarkan oleh peniaga kepada pekebun kecil bergantung kepada kuali-ti getah, kuantiti getah, jarak di antara penjual dengan pe raih atau pengilang. Pekebun kecil yang mengeluarkan getah yang berkualiti, berada berdeka-tan de ngan peraih atau pengilang biasanya akan mendapat harga yang lebih baik.

Jelaslah bahawa harga SMr (FoB) di pasaran antarabangsa ditentukan oleh pasaran manakala harga getah di pe ringkat ladang bergantung kepada tawaran harga peniaga getah kepada pekebun kecil (berasaskan persetujuan penjual dan pembeli).

ParaS harga getah asli telah meningkat dalam lingkungan 6–8 peratus mulai musim daun gugur (mulai akhir bulan Februari) di sebabkan oleh bekalan getah asli yang merosot.

Di samping itu, penggunaan getah asli di China dijangka meningkat sebanyak 6.5 pera-tus pada tahun 2014 bagi menampung per-mintaan industri domestik ekoran pertumbu-han ekonomi negara tersebut yang diramal meningkat kepada 7.4 peratus.

Peningkatan stok getah di China ke paras tertinggi sejak bulan Disember 2007 juga bukan merupakan satu isu yang sepatutnya mempengaruhi harga.

ia disebabkan penggunaan getah di China telah meningkat kepada 4.15 juta tan pada 2013 berbanding 2.842 juta tan pada tahun 2007, peningkatan sebanyak 46 pe ratus.

Pedagang terutamanya daripada China akan memasuki pasaran dalam masa terdekat bagi mendapatkan bahan mentah bagi memenuhi kontrak-kontrak jangka pendek dan panjang.

Berdasarkan kepada senario di atas dan setelah mengambil kira statistik yang dikeluar kan oleh anrPC bahawa penge-luaran getah daripada negara anrPC pada tahun 2013 adalah sebanyak 10,999,700 tan, boleh dirumuskan bahawa pengeluaran dan permintaan getah asli adalah seimbang.

namun begitu, kejatuhan harga yang diala-

mi sejak bulan Februari 2011 berpunca dari-pada ketidakseimbangan di antara kadar per-tumbuhan penawaran getah asli berbanding dengan kadar pertumbuhan permintaan.

Keadaan ini diburukkan lagi berikutan per-tumbuhan ekonomi yang lembab dalam kalangan negara-negara pengguna getah asli utama dunia.

oleh itu, sekiranya pengguna di China ingin mengekalkan nisbah stok penggunaan yang sama, ini bermakna bahawa stok harus meningkat dalam peratusan yang sama.

Trend harga getah antarabangsaSetelah mencapai harga tertinggi 1,717 sen/

kg pada 18 Februari 2011, harga getah mulai menunjukkan arah aliran atau trend menu-run akibat dari permintaan yang lembab di pasaran antarabangsa khususnya di negara-negara maju.

Harga getah asli di pasaran global dijangka akan bertambah baik pada enam bulan kedua 2014.

ini berikutan ramalan yang menyatakan bahawa ekonomi dunia dijangka bertambah baik terutamanya di negara-negara pengguna utama getah asli seperti amerika Syarikat, benua eropah dan Jepun.

Di negara-negara pengeluar industri automatif dijangka akan berkembang, sete–rusnya meningkatkan permintaan terhadap getah asli.

KeraJaan Malaysia melalui Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPiC) prihatin dengan kejatuhan harga getah dan telah memperkenalkan beberapa meka nisme untuk membantu pekebun kecil dalam mengatasi kejatuhan harga getah semasa serta memastikan kebajikan pekebun kecil di negara ini terjamin.

Salah satu mekanisme yang dilaksana-kan adalah memperkenalkan sistem Kad autoriti Transaksi Getah (KaT-G). Melalui sistem ini, LGM dapat mengenal pasti pekebun kecil secara terperinci serta mem-bolehkan mekanisme bantuan yang sesuai dapat ditentukan.

Dalam pada itu, LGM juga sedang mengambil langkah untuk mengemas kini sistem pangkalan data pekebun kecil yang lebih komprehensif.

Kerajaan sebelum ini telah melaksana-kan Skim Bantuan Pendapatan Pekebun

Kecil Getah (SBPPKG) pada 1 Julai 2001 untuk membantu pekebun kecil getah meningkatkan pendapatan mereka semasa harga rendah di samping menggalakkan pengeluaran getah dalam bentuk lateks

atau (susu getah). Skim ini dilaksanakan apabila harga

purata tahunan 2001 SMr20 FoB berada di paras 205 sen/kg. Skim ini telah berjaya meningkatkan pendapatan lebih 250,000

keluarga pekebun kecil getah ketika ber-lakunya kejatuhan harga getah.

Sejumlah rM 84 juta telah dibelanjakan oleh pihak kerajaan bagi pekebun kecil getah dalam tempoh kira-kira setahun. Dengan pemulihan harga getah ke tahap yang lebih tinggi, SBPPKG telah dihentikan pada 15 Jun 2002.

Kerjasama Tiga negara Menerusi iTrC Thailand, indonesia dan Malaysia telah menubuhkan rangka kerja kerjasama tiga hala yang dikenali sebagai international Tripartite rubber Council (iTrC) pada tahun 2001 bertujuan memastikan pekebun kecil mendapat harga yang berpatutan.

iTrC melaksanakan aktiviti kerjasama dalam kalangan ketiga-tiga buah negara dari segi perspektif mengimbangi penawaran dan permintaan getah asli melalui mekanis-me Supply Management Scheme (SMS) dan Agreed Export Tonnage Scheme (aeTS).

SMS merupakan kaedah jangka panjang bagi mengimbangi pengeluaran getah asli di pasaran global melalui aktiviti tanaman semula.

Untuk tujuan tersebut, setiap negara diberi kuota tanaman baharu bagi memas-tikan kuantiti penawaran seimbang de ngan permintaan.

aeTS pula merupakan kaedah jangka pen-dek untuk mengurangkan penawaran getah asli di pasaran global melalui sekatan eksport.

Setiap negara anggota akan dihadkan kuantiti eksport apabila harga getah asli di pasaran dunia mengalami penurunan ke tahap yang tidak menguntungkan kepada pengeluar getah asli.

Sehingga kini, aeTS telah dilaksanakan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 2001, 2009 dan 2012/2013.

Hasil kerjasama ini dapat dilihat daripa-da segi pengukuhan harga yang menunjuk-kan trend menaik.

Punca kejatuhan harga getah di pasaran

Senario harga getah Januari – Mac 2014

Harga getah di peringkat ladang

Prospek harga getah

Kerajaan kenal pasti bantuan kepada pekebun kecil

Oleh ABDUL RAzAK Din

GeTah asli merupakan salah satu komoditi di pasaran antarabangsa. Selain Malaysia, Thailand dan indonesia merupa-kan pengeluar getah asli utama dunia. Ketiga-tiga negara ini menyumbangkan hampir 70 peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah asli dunia.

Ketidakstabilan harga merupakan satu ciri pasaran komoditi yang tidak dapat di elakkan dan umum mengetahui harga komoditi bergantung kepada faktor pena-waran dan permintaan di pasaran antara-bangsa.

Selain faktor penawaran dan permintaan, harga getah juga sensitif kepada sentimen pasaran yang dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan sosio-politik dunia, pertu-karan mata wang dan spekulasi pasaran hadapan getah.

antara faktor-faktor yang mempengaruhi harga getah asli dunia adalah seperti beri-kut:

Penawaran Getah asli

Penawaran getah asli bergantung kepada beberapa faktor seperti keluasan kebun getah matang yang boleh ditoreh, jumlah hari menoreh dan produktiviti klon getah yang ditanam serta harga getah di pasaran.

apabila harga getah tinggi di pasaran, ia akan menggalakkan pekebun kecil untuk menoreh. Selain itu, kebun getah yang dahulunya terbiar kembali diusahakan, sekali gus meningkatkan penawaran getah asli di pasaran.

Sebaliknya, harga getah yang tidak mem-berangsangkan di pasaran akan menjejas-kan bekalan getah berikutan hari menoreh yang berkurangan serta meningkatnya kawasan yang tidak ditoreh.

Stok Getah

Stok getah asli memberi gambaran sama ada pengeluar mempunyai bahan mentah yang mencukupi untuk beberapa bulan

operasi yang akan datang. Pada kebiasaan-nya kuantiti atau jumlah stok getah yang disimpan adalah bersamaan dua bulan penggunaan.

Lebihan stok akan menyebabkan lebihan penawaran getah di pasaran yang boleh menjejaskan harga getah di pasaran global. Mengikut international rubber Study Group (irSG) kuantiti stok getah asli dunia pada tahun 2013 berada pada paras dua juta tan.

Data yang dikeluarkan irSG mengenai pengeluaran, permintaan dan stok getah bagi tempoh tahun 2000 hingga 2013 serta data dari association of natural rubber Producing Countries (anrPC).

Permintaan Getah asli

Hampir 70 peratus getah di dunia digu-nakan dalam industri pembuatan tayar.

Dalam kalangan negara pengimport, China merupakan pengguna utama getah asli iaitu 40 peratus daripada jumlah pena-waran.

Selain itu, China juga adalah pengeluar tayar utama dengan menyumbang hampir

30 peratus daripada pengeluaran tayar global.

Pertumbuhan ekonomi dunia terutama–nya dalam kalangan negara Kesatuan eropah dan amerika Syarikat mempunyai kesan positif terhadap pertumbuhan indus-tri automatif.

ini memandangkan negara-negara terse-but mempunyai pemilikan kereta per kapi-ta yang tinggi, sekali gus meningkatkan permintaan produk-produk berasaskan

getah termasuk tayar dan komponen auto-motif.

Pertumbuhan ekonomi di negara maju seperti China, amerika Syarikat dan Kesatuan eropah turut mempunyai pe ngaruh yang signifikan kepada arah aliran pasaran getah dunia.

Bersaing dengan Getah Sintetik

Getah sintetik merupakan pesaing kepa-da getah asli. Perbezaan harga yang ketara di antara getah asli dan getah sintetik akan mendorong pengilang meningkatkan peng-gunaan bahan yang lebih murah untuk mengekalkan daya saing pasaran.

Pengusaha barangan getah akan menggu-nakan bahan mentah yang lebih kompetitif bagi meningkatkan margin keuntungan produk yang dihasilkan tanpa menjejaskan kualiti produk.

ini seterusnya akan meningkatkan per-mintaan ke atas komoditi tersebut dan pada masa yang sama menjejaskan harga getah asli di pasaran.

Butadiena merupakan bahan men-tah utama untuk menghasilkan getah sintetik. ia merupakan sejenis bahan kimia yang ter-h a s i l s e m a s a p r o s e s penapisan minyak men-tah (petroleum).

Harga getah asl i berkait rapat dengan a r a h a l i r a n Butadiena, getah sintetik, logam dan komoditi lain se–perti minyak men-tah dan minyak sawit.

P e n i n g k a t a n harga pasaran getah sintetik dan komodi-ti lain di pasaran a k a n m e n j a d i k a n bahan tersebut kurang kompetitif berbanding getah asli.

ini akan meningkatkan permintaan ke atas getah asli dan seterusnya akan me lonjakkan harga komoditi ini di pasaran.

Dengan itu, semakin tinggi harga bahan tersebut di pasaran, maka semakin tinggi-lah harga getah asli di pasaran global.

Tukaran Mata Wang

Kadar tukaran mata wang asing terutama mata wang amerika Syarikat (aS$) ber-banding mata wang negara pengeluar getah asli turut mempengaruhi harga getah asli.

Jika kadar pertukaran mata wang negara pengeluar mengalami kemerosotan ber-banding aS$, ia akan menggalakkan kuan-titi eksport dan seterusnya akan menye-babkan lebihan penawaran.

Dalam jangka masa yang panjang, ia akan menjejaskan harga getah asli di pasaran global.

Permintaann Perkembangan ekonomi di China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU)n Polisi kerajaan

n Pasaran bursan Harga petroleum, getah sintetik

Ketidaktentuann Pertukaran mata wang

Penawarann Kawasan getah di negara pengeluar getahn Kawasan getah matang yang ditorehn Hari menoreh (cuaca @ tenaga kerja)n Musim daun luruhn Klonn Stok

Faktor-faktor mempengaruhi harga getah dunia

KesAn penubuhan iTRC terhadap harga getah dunia

HARgA bulanan getah dan trend jangka panjang Jan 1999 -2004 (As sen per kg)

Harga Pada 30 April 2014 (sen/Kg) Jenis getah

SMR CV

SMR L

SMR 5

SMR GPSMR 10

SMR 20Keadaan Pasaran lengang

Sumber Lembaga Getah Malaysia

sen/Kg

763.50

726.00

575.00

572.00565.00

563.00

As sen/Kg

237.35

225.70

178.75

177.80175.65

175.00

LEMBAGA GETAH MALAYSIA

KAD AUTORiTi TRAnsAKsi geTAH (KAT-g)

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN & KOMODITI

MALAYSIA

LEMBAGA GETAH MALAYSIAKreatif n Inovatif n Progresif

Pekebun Kecil Getah Wajib memiliki Kad Autoriti Transaksi Getah (KAT-G) untuk menjual getah. Bagi memperolehi KAT-G pendaftaran boleh dibuat melalui pemegang lesen Lembaga Getah

Malaysia (LGM) atau datang sendiri ke pejabat LGM terdekat. Kad adalah percuma. Borang permohonan yang lengkap, sila sertakan 2 keping gambar berukuran pasport,

1 salinan geran tanah/resit hasil, 1 salinan kad pengenalan dan dihantar kembali kepada pemegang lesen LGM atau Pejabat LGM terdekat.

Sebarang pertanyaan/kemusykilan sila hubungi ditalian 03-9206 3565 atau 03-9206 3657