lembaga getah malaysia berita getah getah edisi... · lawatan delegasi . kementerian pembangunan...

16
LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH EDISI OKTOBER - DISEMBER 2019 OKTOBER - DISEMBER 2019

Upload: others

Post on 29-Sep-2020

59 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

1

LEMBAGA GETAH MALAYSIA

BERITA GETAHLEMBAGA GETAH MALAYSIA

BERITA GETAHLEMBAGA GETAH MALAYSIA

BERITA GETAHEDISI OKTOBER - DISEMBER 2019 OKTOBER - DISEMBER 2019

Page 2: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

2

ISIKANDUNGAN

04

06

07

09

10

11

12

13

14

Hari TerbukaPutrajaya @ MPI

Lawatan DelegasiKementerian PembangunanLuar Bandar Sabah

Majlis Perhimpunan KementerianIndustri Utama (MPI) diLembaga Getah Malaysia (LGM)

Program Mesra Getah dan Penerangan Insentif Pengeluaran Getah (IPG)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Lembaga Getah Malaysia (LGM) & Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

Majlis AnugerahInovasi Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Mesyuarat International Tripartite Rubber Council (ITRC) Ke-33 & Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa yang Berkaitan

Majlis PenganugerahanSijil IMPAC 2019

Majlis Perhimpunan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM)

SIDANG REDAKSI

PENAUNG KETUA EDITOR JURUFOTO

ILUSTRASIEDITOR EDARAN

YH. DATO’ DR ZAIROSSANI MOHD NOR IZAL NAZRIN MD SALLEH SALIM HAMID

NUR SYAZWANI ZAMRIMOHD HAZRLEY HAFIZ HANTINUR ATIKAH HJ. MAZLANNOR FARISHA HATIN HASSAN

UNIT PENERBITAN DAN PERPUSTAKAAN

Page 3: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

3

PERUTUSANKETUA PENGARAH

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat illahi kerana kita diberikan kesempatan untuk mengakhiri 2019 dengan pelbagai perancangan dan aktiviti dengan jayanya.

Pada suku tahun terakhir ini, LGM telah menerima pelbagai kunjungan daripada peringkat kerajaan negeri. Antaranya adalah kunjungan dari YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah bersama YB Datuk Junz Wong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Lawatan tersebut memberikan gambaran baru terhadap situasi pertanian khususnya getah di negeri Sabah.

Selain daripada itu, LGM juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Iskandar Regional Development Authority (IRDA) berkenaan beberapa teknologi terkini yang telah dibangunkan oleh LGM. Ini merupakan satu pencapaian yang positif dalam usaha LGM menghasilkan teknologi yang berkemampuan untuk membantu industri getah.

Disamping itu juga, LGM turut meraikan ahli-ahli Malaysian Rubber Exchange (MRE) dengan mengadakan Majlis Makan Malam sempena ulangtahun yang ke 57. Menteri Perusahaan Utama, YB Teresa Kok turut hadir ke majlis tersebut.

Dalam perkembangan lain, LGM telah membuat keputusan untuk menukar Program Sembang Warung Getah kepada Program Mesra Getah dan Penerangan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bermula suku keempat tahun ini. Program ini memudahkan LGM berinteraksi secara lebih dekat dengan pekebun kecil dan sekaligus membolehkan penyaluran maklumat berkaitan dengan industri getah huluan disampaikan secara terus kepada rakyat.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai dan kakitangan LGM yang terlibat dalam pelbagai aktiviti-aktiviti LGM. Diharap agar momentum ini dapat dikekalkan pada tahun 2020 walau apa jua cabaran yang mendatang.

Sekian terima kasih

YH DATO’ DR ZAIROSSANI MOHD NORKETUA PENGARAH LEMBAGA GETAH MALAYSIA

Page 4: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

4

HariTerbukaP u t r a j a y a @ M P I

Putrajaya Open Day (POD) dengan tema “A Day with the People, Providing 1001 Services” telah diadakan pada 5 Oktober 2019. Dianjurkan dengan kerjasama Putrajaya Cooperation dan Pejabat Ketua Setiausaha Kerajaan, ia menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada 23 kementerian dan lebih 90 agensi kerajaan. Pada hari terbuka ini, orang ramai dapat mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan disamping menikmati tawaran-tawaran istimewa seperti diskaun saman trafik, pemasangan RFID secara percuma, karnival kerjaya dan banyak lagi.

Bersempena dengan POD, Kementerian Perindustrian Utama (MPI) juga telah menganjurkan hari terbukanya dengan tema “Sayangi Komoditiku” dan slogan “Kelestarian Komoditi, Kegemilangan Masa Hadapan”. Hari terbuka ini telah mengumpulkan semua agensi di bawah MPI serta Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) yang ditubuhkan sebagai institusi latihan rasmi untuk MPI. Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengambil bahagian dengan memperkenalkan RRIM Colors kepada orang awam dalam mengumpul maklum balas dan berkongsi pengalaman mereka. RRIM Colors adalah cecair pewarna berasaskan lateks dan satu lagi inovasi serta usaha yang dijalankan oleh LGM dalam menghasilkan produk mesra alam. Suasana hari terbuka menjadi lebih meriah apabila para pelawat berpeluang menghasilkan karya seni mereka sendiri secara percuma dengan menggunakan RRIM Colors. Produk LGM ini telah mendapat sambutan yang hangat dari orang awam dan mereka yang mencubanya sendiri kerap kali bertanyakan di manakah produk ini boleh didapati atau dibeli. Di samping itu juga, LGM juga telah mengadakan pertandingan yang dinamakan “Peraduan Teka Biji Getah” yang menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para pengunjung.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengambil bahagian dengan memperkenalkan RRIM Colors kepada orang awam dalam mengumpul maklum balas dan berkongsi pengalaman mereka. RRIM Colors adalah cecair pewarna berasaskan lateks dan satu lagi inovasi serta usaha yang dijalankan oleh LGM dalam menghasilkan produk mesra alam.

4

Page 5: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

5

Pameran dan Persidangan Antarabangsa Produk Teknologi Hijau dan Eko ke-10 (IGEM) 2019 telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 hingga 11 Oktober 2019 bertemakan “Innovating Sustainability”.

IGEM 2019 dianjurkan oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bersama Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia (GreenTech Malaysia) yang memberi tumpuan dan mempamerkan teknologi-teknologi hijau yang dibangunkan oleh 350 peserta dari 35 buah negara.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, di hadapan Yang Berhormat Yeo Bee Yin, Menteri MESTECC, menteri kabinet, duta besar, delegasi antarabangsa dan nasional.LGM turut sama menyertai program ini di bawah Pusat Pameran Kementerian Industri Utama Malaysia (MPI) menampilkan teknologi hijau yang mempunyai nilai komersil untuk industri. Berpandukan tema teknologi hijau, LGM telah berkongsikan beberapa teknologi seperti sistem kitar semula air terawat (WWRS) dan pendekatan kecekapan tenaga untuk industri.IGEM 2019 juga merupakan platform pelbagai perniagaan dan perbadanan untuk berinteraksi dan mempamerkan teknologi terkini mereka dalam beberapa sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, pengangkutan, sisa, air, pembuatan dan pertanian.

Penyertaan LGM dalam majlis tersebut telah berjaya memberikan perspektif yang baharu kepada pengunjung mengenai teknologi yang telah dibangunkan oleh LGM.

YB Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melawat pusat pameran Kementerian Industri Utama.

Penyertaan LGM di Pameran dan Persidangan Antarabangsa Produk Teknologi Hijau dan Eko ke-10 (IGEM) 2019

Pemenang anugerah semasa IGEM 2019.

Disamping itu juga, Pusat Pameran MPI telah dianugerahkan naib juara untuk Anugerah Pusat Pameran Kreatif Terbaik. Penilaian kemenangan itu dibuat berdasarkan kreativiti ruang pameran disamping teknologi yang dipamerkan mengikut tema IGEM 2019.

IGEM 2019 dilihat sebagai sebuah platform yang memberikan penyelesaian fokus kepada teknologi yang mesra alam dengan inovasi terkini untuk industri. IGEM 2019 telah berjaya menarik lebih daripada 350,000 pelawat daripada pemain industri tempatan dan antarabangsa.

Page 6: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

6

“CMB merupakan bahan yang berdaya maju untuk meningkatkan prestasi dan ketahanan jalan...”

Perbincangan Pengerusi LGM bersama YB Datuk Ewon Benedick dan Datuk Junz Wong mengenai rubberised road.

Lawatan Delegasi Kementerian PembangunanLuar BandarSabah

Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada delegasi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah yang diketuai oleh YB Datuk Ewon Benedick. Delegasi seramai 19 orang ini juga turut disertai oleh YB Datuk Junz Wong, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah serta wakil dari jabatan-jabatan lain yang berkaitan seperti Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah, Jabatan Kerja Raya Sabah, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah, Pejabat Daerah Kota Belud serta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kadamaian. Lawatan ini antara lain bertujuan untuk mendapatkan perkongsian maklumat terperinci berkenaan penggunaan dan pelaksanaan teknologi rubberised road di Semenanjung Malaysia sebagai persiapan dalam meneroka projek perintis menggunakan teknologi ini di Sabah kelak. Sehubungan dengan itu, delegasi telah diberikan pendedahan dan penerangan yang berkaitan oleh penyelidik-penyelidik LGM sebelum dibawa melawat ke kilang RICS Sdn Bhd, Asphalt Technology Sdn Bhd serta tapak projek rubberised road di Puchong bagi mendapatkan pemahaman berkenaan proses pembuatan bitumen getah beku terubahsuai (CMB) serta melihat sendiri contoh jalan raya bitumen getah sedia ada. CMB merupakan bahan yang berdaya maju untuk meningkatkan prestasi dan ketahanan jalan dengan menurunkan kos penyelenggaraan jangka panjang selain mengurangkan bunyi bising dan meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya. Adalah diharapkan agar lawatan ini nanti akan menjadi titik tolak bermulanya penggunaan teknologi rubberised road di Sabah dan sekaligus meningkatkan lagi penggunaan getah asli di pasaran.

Delegasi diberikan pendedahan dan penerangan oleh Pegawai Penyelidik LGM berkaitan “rubberised road”.

“CMB merupakan bahan yang berdaya maju untuk meningkatkan prestasi dan ketahanan jalan dengan menurunkan kos penyelenggaraan jangka panjang selain mengurangkan bunyi bising dan meningkatkan keselesaan pengguna jalan raya.”

6

Page 7: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

7

Pada 23 Oktober 2019, LGM telah bertindak selaku tuan rumah bagi Majlis Perhimpunan MPI Bil. 8/2019. Majlis yang telah disempurnakan oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama ini telah diadakan di Dewan Theatrette, Aras 2, Bangunan Getah Asli (Menara), LGM dari jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Turut hadir ke majlis ini adalah YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Hj. Mohd Akin (Timbalan Menteri Industri Utama), YB Dato’ Dr. Tan Yew Chong (Ketua Setiausaha, MPI), Encik Ravi Muthayah (Timbalan Ketua Setiausaha Perladangan dan Komoditi, MPI), Encik Toisin Gantor (Timbalan ketua Setiausaha Perancangan Strategik dan Pengurusan, MPI) serta Ketua-ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi agensi-agensi dan majlis-majlis di bawah MPI.

Majlis Perhimpunan MPI merupakan acara bulanan yang dikelolakan oleh pihak MPI sendiri bagi menyediakan satu platform di mana YB Menteri dapat menyampaikan aktiviti dan perancangan kementerian secara terus kepada semua warga MPI sama ada di peringkat kementerian, agensi mahupun majlis. Antara perkara yang disentuh dalam ucapan YB Menteri ialah isu-isu berkaitan komoditi getah terutamanya aspek kejatuhan harga dan pensijilan minyak sawit mampan Malaysia (MSPO) bagi komoditi sawit dalam usaha memastikan minyak sawit Malaysia dihasilkan melalui pengeluaran yang mampan.

Majlis PerhimpunanKementerian Industri Utama (MPI) Di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

7

YBM memberikan ucapan sempena majlis perhimpunan bersama MPI

“Antara perkara yang disentuh dalam ucapan YB Menteri ialah isu-isu berkaitan komoditi getah terutamanya aspek kejatuhan harga dan pensijilan minyak sawit mampan Malaysia (MSPO).”

Page 8: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

8

Pada 12 – 15 November 2019, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima kunjungan delegasi dari China sempena lawatan kerja ke Malaysia. Delegasi ini diketuai oleh En. David Du, Presiden DHN International Trade (Shenzen) Co. Ltd., China. Delegasi seramai 6 orang ini juga turut disertai oleh dua buah syarikat lain iaitu Jihua Yueyang Innovative Materials Technology Co. Ltd. dan Hunan Xuanye Ecological Agriculture Development Co. Ltd. YH Dato’ Dr. Zairossani Mohd. Nor, Ketua Pengarah LGM bersama dengan Ahli-ahli Pengurusan Tertinggi yang lain telah menyambut kunjungan pihak delegasi dan seterusnya menyampaikan taklimat berkenaan peranan dan fungsi LGM sebagai badan yang mengawal selia industri getah Negara.

Pihak delegasi seterusnya melawat Pusat Pameran Produk Getah Antarabangsa (IRPEC) di Sg. Buloh, selain turut mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat getah dan kelapa sawit di Malaysia. Tujuan utama lawatan kerja ini, adalah untuk meneroka peluang kerjasama strategik dengan pengilang / syarikat pemproses getah di Malaysia bagi memproses getah asli daripada Afrika. Selain dari itu, pihak delegasi juga turut meninjau peluang dan prospek bisnes yang lain dalam usaha melebarkan sayap kerjasama dagangan mereka di landskap ekonomi Malaysia.

Sesi bergambar bersama delegasi China.

Lawatan Kerja Delegasi Yang DiketuaiEn. David Du, Presiden DHN International Trade(Shenzen) Co. Ltd.,China Ke Malaysia

Sesi bergambar bersama delegasi China

Mesyuarat bersama delegasi China

Page 9: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

9

ProgramMesra Getah dan Penerangan Insentif Pengeluaran Getah(IPG)

Pada 19 November 2019, satu sesi penerangan kepada pekebun kecil dan pelesen getah berhubung Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan isu-isu lain yang berkaitan telah diadakan oleh pihak LGM. Sesi penerangan atau ‘Program Mesra Getah dan Penerangan Insentif Pengeluaran (IPG)’ ini telah diadakan di Dewan Pendeta Za’aba, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Dianggarkan seramai 100 orang telah hadir ke sesi penerangan tersebut. Ini adalah kali ke-6 pihak LGM menganjurkan sesi penerangan bagi tahun 2019. Sesi penerangan yang terdahulu telah dilaksanakan di negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Pahang.

Sesi penerangan ini melibatkan Pengarah LGM Wilayah / Negeri : IPG, Ketua Unit Malaysian Rubber Exchange : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Harga Getah, Pegawai Teknologi Maklumat : Sistem RRIMNiaga dan Pegawai Tadbir Unit Pelesenan Dan Permit : Kualiti Getah. Di akhir sesi penerangan, peserta-peserta yang hadir diberi peluang untuk mengemukakan sebarang pertanyaan kepada penceramah-penceramah.

Kaunter IPG turut disediakan bagi membolehkan peserta-peserta yang hadir membuat sebarang urusan berkaitan IPG.

Diharapkan penganjuran sesi penerangan ini dapat memberikan kefahaman yang tepat dan terkini mengenai IPG dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pekebun kecil dan pelesen getah.

9

Page 10: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

10

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

Pada 22 November 2019, satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Iskandar Regional Development Authority (IRDA) telah diadakan di Kementerian Industri Utama (MPI).

YH. Dato’ Dr Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah LGM dan Dr Amir Hashim Md Yatim telah menandatangani perjanjian tersebut bersama dengan YBhg. Datuk Ismail Ibrahim, Ketua Eksetutif, IRDA dan En Rudyanto Azhar, Ketua, Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit, disaksikan oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama.

Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam usaha pembinaan jalan raya di kawasan Iskandar Malaysia dengan menggunapakai teknologi Rubberised Road dan pemasangan tayar Ekoprena bagi Bas Rapid Transit milik IRDA.

YH. Dato’ Dr Zairossani Mohd Nor dan YBhg. Datuk Ismail Ibrahim menandatangani perjanjian MOU

Page 11: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

11

Sesi bergambar bersama YB Menteri Puan Teresa Kok.

Pada 26 November 2019, telah berlangsungnya satu acara signifikan bagi para penyelidik Lembaga Getah Malaysia iaitu Majlis Anugerah Inovasi LGM 2019. Majlis yang dirasmikan oleh YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama ini telah diadakan di Auditorium Akademi Hevea Malaysia, Sg. Buloh. Turut hadir ke majlis adalah Pengerusi LGM, Tuan Sankara N Nair, Ketua Pengarah LGM, YH Dato’ Dr. Zairossani Mohd Nor, serta Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) MPI, En. Ravi Muthayah.

Majlis ini juga antara lain bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada para penyelidik LGM yang telah berjaya menghasilkan inovasi yang cemerlang sepanjang tahun 2017 dan 2018. Tujuh anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Penerbitan Teknikal dan Bukan Teknikal Terbaik, Anugerah Konsultansi Terbaik, Anugerah Unit Terbaik, Anugerah Saintis Terbaik serta anugerah tertinggi iaitu Anugerah Inovasi Terbaik. Di samping itu pada tahun ini, satu kategori anugerah yang baru telah dipertandingkan, iaitu Anugerah Perkhidmatan Kreatif.

Penyelidikan bertajuk “Improved rubber-based modified bitumen for road construction, Bituminious Cuplump (BC), Cuplump Modified Bitumen (CMB)” telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Terbaik bagi tahun 2019. Penyelidikan ini diketuai oleh Dr. Nazirah Ahmad dan turut disertai oleh 9 penyelidik yang lain; Dr. Mazlina Mustafa Kamal, En. Kamarularifin Hadithon, En. Mohd Khairulniza Mansor, Dr. Azhar Ahmad, Pn. Mahirah Mohd Idris, En. Nik Zakaria Nik Yahya, En. Muhammad Umar Zulkefli, Pn. Rohani Abu Bakar dan Pn. Ruhida Ab Rahim. Dengan penanugerahan ini, mereka telah menerima hadiah bernilai RM 25,000.00, disamping trofi dan sijil penghargaan.

YB Puan Teresa Kok merasmikan majlis Anugerah Inovasi 2019.

Pengerusi LGM menyampaikan ucapan aluan.

1111

MajlisAnugerahInovasiLembaga Getah Malaysia (LGM) 2019

Page 12: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

12

Mesyuarat International Tripartite Rubber Council (ITRC) ke-33 dan mesyuarat – mesyuarat jawatankuasa yang berkaitan telah diadakan dari 2 hingga 5 Disember 2019 di Jakarta, Indonesia. Mesyuarat tersebut yang dihoskan oleh Kementerian Perdagangan Indonesia telah dihadiri oleh pegawai kanan kerajaan dan perwakilan dari tiga negara anggota iaitu Thailand, Indonesia dan Malaysia (TIM). Perwakilan Malaysia telah diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Komoditi MPI, Encik Ravi Muthayah, Kementerian Industri Utama.

Mesyuarat ITRC ke-33 telah dipengerusikan oleh Pengarah APEC dan Rundingan Organisasi Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Indonesia, Encik Antonius Yudi Triantoro. Mesyuarat ini menyediakan platform kepada perwakilan untuk bertukar-tukar pendapat tentang isu mengenai keadaan pasaran getah yang memberi kesan kepada semua negara anggota, khususnya pekebun kecil getah. Antara perkara penting yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah langkah-langkah yang relevan bagi menyokong harga getah dan pelaksanaan Agreed Export Tonnage Scheme (AETS) yang ke-enam.

Beberapa mesyuarat jawatankuasa telah diadakan sebelum berlangsungnya Mesyuarat ITRC ke-33, iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Statistik ke-30, Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan dan Pengawasan Pelaksanaan AETS ke-6 (AETS-MSC) dan Mesyuarat Ke-12 Jawatankuasa Demand Promotion Scheme (DPSC).

Mesyuarat International Tripartite Rubber Council (ITRC) Ke-33Dan Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa yang Berkaitan

Page 13: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

13

Majlis Anugerah IMPAC (MAI) 2019 anjuran Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) telah dijayakan pada 12 Disember 2019 (Khamis) bertempat di Hotel Tenera, Bangi, Selangor.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Industri Utama (MPI), YB Puan Teresa Kok dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri MPI, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, ahli Lembaga IMPAC, pegawai kanan Kementerian, wakil-wakil agensi, pemain-pemain industri, para pensyarah, pelajar dan ibu bapa.

MAI 2019 diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka di pusat latihan agensi-agensi di bawah MPI. Dari LGM, seramai 8 pelajar program Sijil Teknologi Getah (STG) sesi 2017/2019 telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Akademi Hevea Malaysia (AHM). Kesemua pelajar ini telah menerima sijil yang disampaikan oleh YB Timbalan Menteri MPI. Salah seorang daripada mereka, ‘Ainnur Zuhairah Bt Jamal Hurri telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengerusi IMPAC di atas pencapaian akademik yang cemerlang sepanjang tempoh pengajian. Beliau menerima cenderahati dari LGM berupa wang tunai berjumlah RM500 dan sebuah plak serta sijil penghargaan.

Selain daripada meraikan para graduan, MAI 2019 turut dimeriahkan dengan upacara penyerahan dokumen National Occupational Skills Standard (NOSS) oleh IMPAC selaku Badan Peneraju Industri (ILB) kepada pihak JPK. Untuk itu, LGM akan menerima dua dokumen NOSS iaitu bagi program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Dry Rubber Product Manufacturing Administration Tahap 4 dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) bidang Dry Rubber Product Manufacturing Management Tahap 5 di atas penglibatan LGM secara langsung di dalam proses pembangunan NOSS ini bersama-sama dengan pihak perunding yang telah dilantik oleh IMPAC.

Secara keseluruhannya, graduan daripada program STG dilihat berpotensi untuk membantu pihak industri getah Negara. Ia secara langsung dapat membekalkan tenaga kerja mahir tempatan yang mempunyai pengetahuan untuk terlibat di dalam proses pengeluaran produk di syarikat-syarikat yang berkenaan dan seterusnya secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pembangunan industri getah Negara. Sehingga 2019, seramai 73 orang pelajar yang mengikuti program ini telah berjaya menamatkan pengajian dan sebahagian daripada mereka telah diterima bekerja di sektor pembuatan produk getah dan pengeluaran getah asli.

Majlis Penganugerahan Sijil

IMPAC 2019

“Secara keseluruhannya, graduan daripada program STG dilihat berpotensi untuk membantu pihak industri getah Negara.”

Page 14: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

14

Majlis PerhimpunanKetua PengarahLembaga GetahMalaysia (LGM)

Page 15: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

15

Antara pegawai yang menghadiri Majlis Perhimpunan Ketua Pengarah

Sesi soal jawab

Pada 17 Disember 2019, Majlis Perhimpunan Ketua Pengarah LGM telah diadakan di Dewan Teateret, Aras 2, Bangunan Getah Asli. Majlis ini merupakan penutup bagi tahun 2019 dan telah dihadiri oleh beberapa wakil Ahli Pengurusan Tertinggi iaitu Dr Faridah Ab Hanim, Pn Siti Hawa Sulong serta Pn Emilia Kassim. Perhimpunan ini turut dihadiri oleh 150 orang pegawai dan kakitangan LGM yang lain.

Majlis perhimpunan ini merupakan satu platform dimana pegawai dan kakitangan LGM berpeluang menerima maklumat atau amanat yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pengarah secara langsung. Ketua Pengarah secara ringkas membincangkan pelbagai isu dan aktiviti termasuklah penstrukturan semula unit-unit di LGM bagi mewujudkan pentadbiran yang lebih cekap. Antara penstrukturan awal yang diumumkan oleh Ketua Pengarah LGM ialah perpindahan Unit Global Testing and Consultancy for Rubber (G-TACR) ke bawah pentadbiran LGM Properties Corporation (LGMPC) yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

Kebanyakkan pegawai dan kakitangan yang hadir amat berpuas hati dengan amanat yang disampaikan. Maklumbalas yang diberikan oleh Ketua Pengarah dan Ahli Pengurusan Tertinggi mencerminkan kesungguhan mereka untuk bersama-sama menggerakkan budaya kreatif, inovatif dan progresif selaras dengan moto LGM.

Page 16: LEMBAGA GETAH MALAYSIA BERITA GETAH GETAH EDISI... · Lawatan Delegasi . Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah. Pada 21 dan 22 Oktober 2019, LGM telah menerima kunjungan daripada

16

Tingkat 18, Bangunan Getah Asli (Menara),Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Tingkat 18, Bangunan Getah Asli (Menara),Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIALIKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

LamanRasmiLGM @getahmy @lgm_mrb @dg_mrb www.lgm.gov.myLamanRasmiLGM @getahmy @lgm_mrb @dg_mrb www.lgm.gov.my