manual tanaman getah

Upload: sulaiman-fairus

Post on 02-Apr-2018

303 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Manual Tanaman Getah

    1/10

    CARA PENANAMAN GETAH

    Selepas menyediakan lubang tanaman dan dibiarkan selama lebih kurang duaatau tiga minggu, barulah aktiviti menanam anak getah boleh dilakukan.

    Teknologi terkini mengutamakan kepada penggunaan benih polibeg sama adadaripada tunggul cantuman berpolibeg, cantuman muda berpolibeg atau tunggulteras yang lebih tua daripada tapak semaian sebagai bahan tanaman.

    Kaedah Penanaman

    Satu bahan tanaman cantuman berpolibeg biasanya ditanam sehingga bekascantumannya terbenam. Ianya boleh ditanam lebih dalam sehingga sedalamsatu pusaran daun, yang mana bagi benih biasa dianggarkan sehingga 15 smukuran batang yang dicantum. Kaedah ini dikenali sebagai penanaman dalam.Apabila polibeg ditempatkan menegak dalam lubang tanaman untuk menentukan

    dalamnya yang sebenar. Sekiranyanya tidak cukup dalam, lubangnya perludikorek lagi dan sekiranya ia terlalu dalam, lubangnya boleh dinaikkan denganmengisi tanah ke paras yang dikehendaki. Bahagian bawah polibeg dipotonguntuk mendedahkan tanahnya. Polibeg didirikan di tengah-tengah lubang. Satupotongan menegak dibuat di sisi polibeg dan lubangnya dikambus separuhdengan tanah lapisan atas. Polibeg yang dipotong dicabut dengan cermat danlubangnya dikambus sepenuhnya dengan tanah yang telah dicampur dengan113 g baja debu fosfat. Untuk menjaga akarnya supaya tidak rosak hanya tanahdi sekeliling lubang dipadatkan. Ini diikuti dengan meletakkan sungkupan dikeliling pangkal pokok (Gambarajah 5.1).

  • 7/27/2019 Manual Tanaman Getah

    2/10

    (a) Lukisan menunjukkan kedalaman penanaman biasa (kiri) dan dalam (kanan)

    (b) Memotong bahagian bawah polibegdan sedikit di sisinya

    (c) Meletakkan polibeg dalam lubangtanaman

  • 7/27/2019 Manual Tanaman Getah

    3/10

    (d) Lubang tanaman diisi semula dengantanah dan tarik keluar polibeg

    (e) Lubang dikambus penuh dengantanah yang dicampur dengan debu fosfat

    (f) Padatkan tanah yang telah diisi

    (g) Penanaman selesai

    Gambarajah 5.1 Kaedah penanaman dalam

  • 7/27/2019 Manual Tanaman Getah

    4/10

    TANAMAN CAMPURAN

    Di Malaysia, tanaman-tanaman campuran telah diamalkan sejak tahun 1942-1945ketika kerajaan J epun memerintah Malaya. Peladang-peladang dan pekebun kecildipaksa menebang getah dan menggantikannya dengan tanaman-tanaman yang bolehdimakan kerana terdapat kekurangan makanan ketika itu. Peladang getah yang tidakmematuhi perintah tersebut, memilih untuk menanam pokok-pokok yang boleh dimakandi antara barisan pokok getah (Gambarajah 5.3). Walau bagaimanapun usahamenanam campuran dihentikan apabila harga getah terus melonjak tinggi. Tanamancampuran dipercayai akan kembali penting ketika harga getah menurun. Hasil tanamancampuran boleh menambah pendapatan terutamanya ketika peringkat pokok muda.

    (a) Getah +tebu +betik

  • 7/27/2019 Manual Tanaman Getah

    5/10

    (b) Getah +jagung

    (c) Getah +pastur +kambing

    Gambarajah 5.3 Berbagai jenis tanaman campuran

  • 7/27/2019 Manual Tanaman Getah

    6/10

    Kaedah Tanaman Campuran

    Dalam urusan tanaman campuran, getah adalah tanaman utama dengan kepadatan sebanyak400 pokok sehektar. Untuk membolehkan tanaman-tanaman lain hidup, rekabentuk penanamanmestilah dari sistem tanaman pepagar, pepagar berkembar atau pepagar tiga baris. Dalamrekabentuk tersebut, jarak antara barisan getah adalah amat luas sementara jarak antara pokok

    adalah cukup rapat. Dalam rekabentuk pepagar berkembar dan pepagar tiga barisan, jarakantara pokok bukan sahaja rapat tetapi pokok-pokoknya diatur dalam bentuk tiga segi bagi yangberkembar dan tiga barisan. Dalam ruang antara barisan yang luas, tanaman saka lain ditanam.

    Oleh kerana pokok getah ditanam amat rapat dalam barisan, pembangunan jemala yang tidakserata boleh menyebabkan ianya jadi berat sebelah ketika pokok membesar. Untukmengelakkan perkara ini dari berlaku, hanya klon-klon yang sesuai disyorkan untuk ditanamrapat (kurang daripada tiga meter) seperti RRIM 728, RRIM 729, RRIM 805, RRIM 901, RRIM905, RRIM 936, RRIM 937, RRIM 938, PB 217,PB 260, PB254, PB 255, BPM 24 dan Nab 17.Pokok-pokok saka yang disyorkan adalah seperti durian, cempedak, mangga, rambutan, dukudan koko. Tanaman jangka pendek dan pastura boleh juga dimasukkan. Walau bagaimanapun,kesesuaian persekitaran untuk tanaman yang dipilih perlu ditentukan terlebih dahulu. Agen-

    agen pengembangan pertanian tempatan pasti boleh membantu dalam hal ini. Gambarajah 5.4menunjukkan cadangan-cadangan rekabentuk tanaman dari berbagai jenis tanaman campuranyang boleh dibangunkan dengan pokok getah.

  • 7/27/2019 Manual Tanaman Getah

    7/10

  • 7/27/2019 Manual Tanaman Getah

    8/10

  • 7/27/2019 Manual Tanaman Getah

    9/10

    Gambarajah 5.4 Berbagai rekabentuk menanam tanaman campuran

  • 7/27/2019 Manual Tanaman Getah

    10/10

    (a) Sebaris pokok getah dengan pokok buah-buahan di atas teres

    (b) Dua baris pokok getah dengan pokok buah-buahan ditanah beralun

    (c) Tiga baris pokok getah ditanam dengan pokok buah-buahandalam kawasan kontan pada jarak 25 m

    Gambarajah 5.5 Berbagai jenis tanaman pepagar