punca dan faktor penjajahan di tanah melayu

10
Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu Pengenalan Tanah melayu telah diperintah atau dijajah oleh pelbagai negara dari zaman sebelum kewujudan kerajaan Melaka lagi. Antara penjajah ialah Srivijaya, Portugis, Belanda, British dan Jepun. Semua penjajahan dibuat adalah dasar kepentingan sesuatu negara penjajah. banyak faktor yang telah mempengaruhi sesebuah negara tersebut untuk menjajah. Antaranya ialah faktor ekonomi, keagamaan, perluasan kuasa dan bahan mentah dan bahan galian. Di Eropah, setiap negara penjajah akan menjadi kaya kerana hasil kekayaan negara yang dijajah di bawa pulang dan di dagang semula kepada negara-negara Eropah yang lain. Bahan-bahan mentah, rempah ratus, tembikar, emas, berlian semuanya di bawa ke negara mereka. Perubahan di Barat termasuk kemajuan pesat bidang industri, teknologi dan dasar politik kerajaan barat telah mendesak kuasa-kuasa barat seperti British, Sepanyol, Portugis, Belanda dan Perancis berusaha untuk mencari kawasan dan yang boleh memenuhi keperluan mereka. Era rovolusi perindusterian di Eropah seperti proses mengetin makanan memerlukan bijih timah. Mula- mula proses mengetin makanan mengunakan kaca dan besi tetapi tidak selamat, Perlombongan bijih timah bermula sejak tahun 1820 dengan kedatangan imigran dari negeri China ke Perak dan Selangor. Di Selangor, perlombongan bijih bermula dalam tahun

Upload: alju-suci

Post on 26-Jun-2015

25.023 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Sejarah Tanah Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu

Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu

Pengenalan

Tanah melayu telah diperintah atau dijajah oleh pelbagai negara

dari zaman sebelum kewujudan kerajaan Melaka lagi. Antara penjajah

ialah Srivijaya, Portugis, Belanda, British dan Jepun. Semua penjajahan

dibuat adalah dasar kepentingan sesuatu negara penjajah. banyak faktor

yang telah mempengaruhi sesebuah negara tersebut untuk menjajah.

Antaranya ialah faktor ekonomi, keagamaan, perluasan kuasa dan bahan

mentah dan bahan galian. Di Eropah, setiap negara penjajah akan

menjadi kaya kerana hasil kekayaan negara yang dijajah di bawa pulang

dan di dagang semula kepada negara-negara Eropah yang lain. Bahan-

bahan mentah, rempah ratus, tembikar, emas, berlian semuanya di bawa

ke negara mereka. Perubahan di Barat termasuk kemajuan pesat bidang

industri, teknologi dan dasar politik kerajaan barat telah mendesak kuasa-

kuasa barat seperti British, Sepanyol, Portugis, Belanda dan Perancis

berusaha untuk mencari kawasan dan yang boleh memenuhi keperluan

mereka. Era rovolusi perindusterian di Eropah seperti proses mengetin

makanan memerlukan bijih timah. Mula-mula proses mengetin makanan

mengunakan kaca dan besi tetapi tidak selamat, Perlombongan bijih

timah bermula sejak tahun 1820 dengan kedatangan imigran dari negeri

China ke Perak dan Selangor. Di Selangor, perlombongan bijih bermula

dalam tahun 1824, dikendalikan oleh kaum Hakka. Disebabkan bijih timah

di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan didapati dalam bentuk bijih lanar

(alluvial tin), proses perlombongan adalah lebih mudah dan lebih murah

berbanding dengan proses perlombongan di Cornwall dan di lain-lain

lokasi di Eropah. Ledakan perlombongan berlaku dalam tahun 1870-an

dengan permintaan yang bertambah dari Eropah dan Amerika Syarikat.

Pihak Inggeris atau British kini menjadi pembekalan utama timah di

pasaran dunia.

Page 2: Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu

Di Pasaran Logam London (London Metal Exchange), harga tin yang

dibawa dari Chile dan Tanah Melayu boleh mendapat penetapan dengan

cara yang telus dan teratur. Peniaga tahu harga jualan jongkong timah

mereka apabila komoditi itu sampai ke London ataupun pelabuhan lain.

Perniagaan timah boleh dibuat tanpa melibatkan spekulasi dan risiko.

Peningkatan kemudahan tele-komunikasi membolehkan perkhabaran

dibuat dengan cepat menggunakan kawat telegraf. Permintaan untuk

timah melonjak dengan permintaan bertambah daripada industri

mengetin makanan. Negara-negara Asia sememangnya kaya dengan

bahan mentah dan bahan galian. Atas sebab itu maka banyak negara

barat berlumba-lumba untuk mencari tanah jajahan dan perbuatan

mereka adalah dengan izin raja mereka. Mereka akan menjalankan dasar

kolonialisme, merkantalisme dan imperialisme. Selain daripada itu,

kemunculan pendakwah-pendakwah atau mubaligh-mubaligh untuk

menyebarkan agama salah satu sebab keinginan untuk menjajah. Tanah

Melayu juga telah dijajah oleh pelbagai negara seperti yang tersebut di

atas tadi. Negara yang kuat dari segi ketenteraan , akan berkuasa dan

menjadi lebih gah lagi dengan banyaknya tanah jajahan mereka. Di

negara Asia Tenggara hanya Thailand sahaja yang tidak pernah dijajah

oleh mana-mana negara luar kerana kerajaan Siam atau Thailand bijak

dan salalu memberi bantuan serta bekerjasama dengan negara penjajah.

Kedatangan Inggeris di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan politik

mereka dan bukannya untuk memertabatkan atau menyelamatkan Tanah

Melayu.

Kedatangan Inggeris di Tanah Melayu bermula pada tahun 1786 di

Pulau Pinang oleh Francis Light. Kedatangan ini adalah berpunca dari

dorongan Kompeni Hindia Timur Inggeris yang turut direstui oleh kerajaan

Inggeris di London. Pada 23 April 1791 Francis Light telah menewaskan

Kedah dan Kedah telah mengikat perjanjian dengan Light. Pihak Kompeni

Hindia Timur tidak berpuas hati dan mereka mahu mengambil Seberang

Perai sepenuhnya. Inggeris bermula campur tangan selepas Perjajian

Pangkor pada tahun 1874 yang mana Pahang, Perak dan Selangor di

perintah dengan menggunakan Sistem Residen. Pada tahun 1884 pula

Page 3: Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu

sistem pungutan cukai yang telah menyebabkan Sultan dan pembesar

Melayu kehilangan hak untuk memungut cukai. Cukai ini dikutip untuk

kepentingan kerajaan Inggeris sendiri. Pada tahun 1895 ditubuh pula

Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah pentadbiran berpusat di Kuala

Lumpur. Seperti mana yang kita ketahui, dasar-dasar yang dibuat oleh

pihak Inggeris di Tanah Melayu telah menggangu pentadbiran kerajaan

Melayu dan kehilangan kuasa pembesar-pembesar tempatan serta

mereka tidak menghormati adat budaya tempatan, tidak sopan,

pencemaran ke atas kesucian agama Islam. Campur tangan ini

kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri

Melayu di bawah penguasaan Inggeris. Penyerahan kuasa ini dibuat

secara sukarela oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji

palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan Inggeris

Sir Andrew Clarke -Gebenor Negeri-Negeri Selat

Antara punca-punca kedatangan dan campur tangan Inggeris di Tanah

Melayu adalah:-

1 Sebab ekonomi 7 Pembukaan Terusan Suez

2 Desakan pelabur 8Sistem Perhubungan telegraf

di Barat dan kapal wap

3 Kebimbangan campur tangan kuasa

asing

9 Perubahan politik di Britian

Page 4: Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu

4Ketidakstabilan politik dan

keselamatan di Tanah Melayu

1

0Misi Agama Kristian

5

Faktor kemanusiaan-permintaan dari

ketua melayu dalam menamatkan

pergaduhan dalaman

1

1

Melalui perjanjian dan

peperangan

6Tokoh-tokoh Inggeris yang

menggalakkan campur tangan

1

2

Selepas Perjanjian Pangkor –

campur tangan secara rasmi

di Tanah Melayu

Berikut dinyatakan huraian secara jelas campur tangan British di

Tanah Melayu dari segi ekonomi. Negeri-negeri Tanah Melayu kaya

dengan galian bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu. Mereka

merasakan mereka perlu menguasai negeri-negeri Melayu seperti Perak,

Pahang, Selangor, Negeri Sembilan sebelum negeri-negeri ini jatuh ke

tangan kuasa negara lain. Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan

British memerlukan bekalan bijih timah khususnya dalam industri

mengetin makanan dan mereka juga mencari pasaran baru bagi barangan

keluaran kilang mereka.desakan daripada pelabur-pelabur saudagar

British yang melabur berjuta-juta ringgit telah menimbulkan tekanan dan

tuntutan daripada saudagar ini supaya British campur tangan di negeri-

negeri Melayu. Kebimbangan British terhadap negara-negara Eropah yang

lain memperluaskan wilayah di Asia Tenggara oleh negara Eropah seperti

Belanda (Indonesia), Sepanyol (Filipina), Perancis (Indo-China). Musuh

utama British ialah Jerman yang mana keinginan negara Jerman

menunjukkan minat di Tanah Melayu. Negara Jerman telah pun membuka

perdagangan di Langkawi dan di Terengganu. Ketidakstabilan Tanah

Melayu akibat perebutan kuasa oleh pembesar-pembesar Melayu,

pergaduhan kongsi-kongsi gelap cina dan kegiatan lanun telah

menjejaskan kepentingan politik dan perdagangan British. Kekalutan dan

kekacauan telah merebak ke negeri-negeri Selat terutama daripada

kongsi-kongsi gelap cina. Pergaduhan dua kongsi gelap Gee Hin dan Hai

Page 5: Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu

San telah menyebabkan Perang Larut dan juga pihak saudagar terbabit

mendesak agar British campur tangan dalam menangani permasalahan

tersebut. Selain dari itu, permohonan daripada pembesar-pembesar elayu

agar British campur tangan telah memberi peluang kepada mereka untuk

menguasai Perak. Dengan mementerai Perjanjian Pangkor pada 20

Januari 1874 di atas kapal HMS Pluto di Pulau Pangkor, British telah secara

rasminya mencampuri urusan pentadbiran di Tanah Melayu seperti di

Perak, Selangor, N. Sembilan dan Pahang.

Pada tahun 1873, Parti Konservatif telah mengambil alih Britian

daripada Parti Liberal. Parti Konservatif menggalakkan campur tangan

British di Tanah Melayu kerana kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu.

Akibat daripada pembukaan Terusan Suez, perjalanan negara-negara ke

Eropah ke Timur lebih cepat berbanding jalan lama menerusi Cape Town

atau Tanjung Harapan jesteru mempercepatkan dasar imperialisme dan

kolonialisme Eropah di negara timur. Perhubungan barat dan timur

semakin cepat dengan adanya sistem telegraf yang wujud serta

pembinaan kapal-kapal wap. Jarak perjalanan dari Tanjung Harapan ke

Singapura telah dapat dipendekkan dari 117 hari kepada 37 hari sahaja

apabila terbinanya laluan Terusan Suez. Dengan campur tangan British

secara rasmi selepas Perjanjian Pankor mereka telah melantik residen-

residen mereka di tanah melayu serta memberi nasihat pada Sultan

tentang urus tadbir negeri-negeri Melayu. Semua pungutan cukai dan

kawalan cukai mestilah dijalankan di atas nama Sultan dengan dinasihati

oleh Residen British dan penolongnya. Gaji Residen dan penolongnya

handaklah di bayar oleh kerajaan negeri. Akhir sekali faktor keagamaan.

Semenjak abad ke 13, perairan Tanah Melayu di kuasai oleh pedagang

Islam. Mereka menyebarkan agama Islam di perairan Kepulauan Melayu

sambil berdagang. Keadaan berubah setelah era Perang Salib yang

meletus di antara tentera Islam dengan tentera Kristian khususnya di Asia

Barat an Eropah. Pihak gabungan gereja menyeru negar Kristian

menyebarkan agama Kristian di seluruh dunia. Mereka datang ke Timur

dengan motif ‘3G’ iaitu ‘Gospel, Glory and Gold’. Pemerintahan British

terhenti sementara apabila Jepun menakluki Tanah Melayu pada perang

Page 6: Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu

dunia ke dua. Selepas tamat perang pada tahun 1945, British mengambil

balik Tanah Melayu. Kesan daripada penaklukan Jepun telah menimbulkan

bibit penentangan British yang mana Tanah Melayu inginkan

kemerdekaan sepenuhnya daripada British. Era pemerintahan Jepun telah

memberi peluang sedikit sebanyak cara pentadbiran sendiri oleh orang

Melayu yang mana tidak mereka perolehi semasa pemerintahan British.

Ini juga menimbulkan kesedaran bahawa penduduk Tanah Melayu boleh

memerintah negara sendiri. Dalam era pemodenan Tanah Melayu, British

telah memisahkan kaum-kaum di Tanah Melayu iaitu orang Cina di

bandar, orang Melayu di kampung-kampung dan orang India di estet-estet

getah. Akibat daripada itu, polarisasi kaum mula wujud antara kaum

Melayu,Cina dan India. Jurang perbezaan ekonomi semakin ketara. Kaum

Cina semakin kaya manakala kaum Melayu dan India miskin. Sekolah-

sekolah banyak di bina di bandar seperti sekolah Inggeris dan sekolah

Cina manakala sekolah-sekolah pondok untuk orang Melayu dan begitu

juga dengan sekolah tamil di estet-estet. Pihak British mencadangkan

penubuhan Melayan Union yang mana akan mengenepikan pelbagai hak

mutlak orang melayu dalam jangka masa panjang. British

mengisytiharkan Penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946. Berlaku

penentangan daripada orang Melayu tentang penubuhan Malayan Union.

Sebab-sebab penentangan Malayan Union ialah:

i. mengakibatkan raja hilang kuasa dan hanya menjadi ‘Raja Boneka’.

ii.bimbang penguasaan orang Cina ke atas ekonomi dan bilangan mereka bertambah

iii. Satu kerakyatan akan menyebabkan orang Melayu hilang pelbagai hak sebagai

bumiputera di Tanah Melayu

iv. British tidak memberi peluang kepada Raja-raja Melayu dan orang Melayu untuk meneliti

kandungan Malayan Union.

v. Negeri-negeri Melayu turun taraf menjadi tanah jajahan British

Page 7: Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu

vi. MacMicheal menggunakan paksaan untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.

Cadangan penubuhan Malayan Union telah mengakibatkan

pertempuran antara orang Cina dengan orang Melayu di Johor dan Perak

pada tahun 1945 yang mana penduduk bukan Melayu menyokong

Malayan Union kerana menguntungkan mereka terutama sama hak taraf

dan hak kerakyatan. Akhirnya pada 21 Januari 1948, Perjanjian

Persekutuan ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Kerajaan British.

Tanggal 1 Februari 1948 dengan rasminya ditubuhkan Persekutuan Tanah

Melayu dan menamatkan Malayan Union. Akhirnya Tanah Melayu

mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kesimpulan

Semasa pemerintahan atau campur tangan British di Tanah Melayu,

setiap pertolongan dan bantuan British akan memberi manfaat kepada

mereka. Barangan hasil bumi Tanah Melayu telah dikuasai oleh mereka

dan meningkatkan ekonomi mereka daripada ekonomi Tanah Melayu

sendiri. Pemerintahan British telah meninggalkan kesan perkauman yang

wujud sehingga ke hari ini. Perbezaan taraf sosio ekonomi penduduk

berbeza mengikut kaum. Dasar British yang tidak memahami budaya

orang timur dan adat resam penduduk Tanah Melayu serta tidak

menghormati budaya tempatan telah mengakibatkan perpecahan di

Tanah Melayu.

Semoga rencana ini akan dapat membantu anda dalam pencarian maklumat untuk rujukan.

Hasil Kerja:

Page 8: Punca Dan Faktor Penjajahan Di Tanah Melayu

Ali. Juli

Bekenu, Miri.

Sarawak