kesan pendidikan jasmani selepas penjajahan

43
Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert yuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyu iopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuio pasdfghjklzxcvbnmqwertyuio AHLI KUMPULAN : FARAHNAJUWA BINTI YAHYA L20092004272 FARHANA BINTI KAMARUDIN L20092004273 REMY ROZZANA BINTI RAZIF L20092004280 FITRIAH BINTI MAT DURANI L20092004288 NORADZFIZA BINTI ADAM L20092004317 KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M) KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI PENSYARAH: EN. MOHD ARIFIN BIN GHAZALI

Upload: hyperangel17

Post on 14-Jun-2015

1.836 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Falsafah Pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

Qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnm

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuio

AHLI KUMPULAN :FARAHNAJUWA BINTI YAHYA L20092004272FARHANA BINTI KAMARUDIN L20092004273REMY ROZZANA BINTI RAZIF L20092004280FITRIAH BINTI MAT DURANI L20092004288NORADZFIZA BINTI ADAM L20092004317

mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw

KPF 5012: FALSAFAH &

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

MALAYSIA (Kump M)

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP

PENDIDIKAN JASMANI

PENSYARAH:

EN. MOHD ARIFIN BIN GHAZALI

Page 2: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

KANDUNGAN1.0 PENDAHULUAN.................................................................................................................................3

1.1 Definisi..............................................................................................................................................3

1.2 Objektif..............................................................................................................................................3

1.3 Falsafah.............................................................................................................................................4

1.4 Sejarah...............................................................................................................................................5

1.4.1 Zaman Primitif dan Purba Awal.................................................................................................5

1.4.2 Zaman Pertengahan dan Awal Zaman Moden............................................................................8

2.0 SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA.......................................................................9

2.1 Era Pra-Kolonial (Sebelum Penjajahan)............................................................................................9

2.2 Era Penjajahan.................................................................................................................................10

2.2.1 Era Kolonial Inggeris Lama......................................................................................................10

2.2.2 Era Penjajahan Jepun................................................................................................................13

2.3 Era Kolonial (British sebelum Merdeka).........................................................................................14

3.0 KESAN DASAR PENJAJAHAN........................................................................................................16

3.1 Era selepas Merdeka........................................................................................................................16

4.0 LANGKAH MENGIMBANGI KESAN DASAR PENJAJAHAN.....................................................18

4.1 Sukatan yang selaras........................................................................................................................18

4.2 Kursus Khas untuk Melatih Guru-guru Pendidikan Jasmani...........................................................19

4.3 Pengenalan terhadap aktiviti Sukan dan Permainan.........................................................................22

4.4 Penambahan Silibus Pendidikan Kesihatan dalam mata pelajaran...................................................23

Pendidikan Jasmani di peringkat Sekolah Menengah............................................................................23

4.5 Aktiviti Ko-kurikulum diwajibkan diperingkat sekolah...................................................................24

4.6 Mewujudkan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).....................................................24

4.7 Menambahkan Bilangan Guru Professional dalam Bidang yang.....................................................25

Berkaitan...............................................................................................................................................25

5.0 PENUTUP...........................................................................................................................................27

6.0 BIBLIOGRAFI....................................................................................................................................30

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 2

Page 3: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

KESAN PENDIDIKAN JASMANI SELEPAS PENJAJAHAN DI MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Definisi

Pendidikan Jasmani (PJ) boleh didefinisikan sebagai pendidikan melalui jasmani di

mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani

yang melibatkan otot-otot (Vasudevan 1985). Bucher dan Thaxton (1979) pula,

mendefinisikan Pendidikan Jasmani adalah merupakan aktiviti pengalaman di

sekolah yang melibatkan aktiviti fizikal, pengembaraan, penyelesaian masalah dan

ketahanan sistem tubuh badan manusia serta hubungannya dengan pendidikan

pergerakan. Barrow (1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks

‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap

individu. Freeman (1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi

pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu

psikomotor, kognitif dan afektif.

Pendidikan Kesihatan (PK) merupakan suatu proses membekalkan atau

menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap

dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

1.2 Objektif

Meulleur (1990), tujuan utama Pendidikan Jasmani adalah untuk membantu pelajar

memahami tentang diri mereka dan pertumbuhan tubuh badan mereka serta

mengalami hidup yang menyeluruh. Fox dan Biddle (1988) pula mengatakan bahawa

salah satu objektif yang utama bagi Pendidikan Jasmani adalah untuk menanamkan

hidup yang sihat dan bersikap positif terhadap sukan, kesihatan, kecergasan dan

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 3

Page 4: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

senaman. Vasudevan (1985), menyatakan bahawa objektif pendidikan jasmani boleh

dikumpulkan mengikut lima tahap pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku

iaitu perkembangan domain fizikal, perkembangan domain psikomotor dan

pergerakan, perkembangan kognitif, perkembangan domain sosial dan perkembangan

domain kesan.

Pendidikan Kesihatan pula, bertujuan membantu murid meningkatkan

pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan

gaya hidup sihat.

1.3 Falsafah

Falsafah Pendidikan Jasmani yang sempurna adalah penting agar profesion ini terus

berkembang. Falsafah Pendidikan Jasmani biasanya dapat melaksanakan fungsi-

fungsi seperti:

a. Falsafah Pendidikan Jasmani adalah penting dan diperlukan bagi pendidikan

kemahiran.

b. Falsafah Pendidikan Jasmani membimbing tingkah laku seseorang.

c. Falsafah Pendidikan Jasmani menyedarkan orang ramai bahawa Pendidikan

Jasmani dapat memberi sumbangan kepada nilai kemasyarakatan.

d. Falsafah Pendidikan Jasmani menerangkan bahawa bidang Pendidikan Jasmani

mempunyai matlamat-matlmat yang bersangkut paut dengan matlamat-matlamat

pendidikan umum.

Satu aspek penting dalam falsafah Pendidikan Jasmani moden ialah aspek

komunikasi. Aspek komunikasi ini penting antara jabatan Pendidikan Jasmani,

keluarga dan komuniti. Ini bertujuan untuk menerangkan kepada orang ramai tentang

faedahnya dengan berkesan. Tanpa komunikasi, kerajaan atau komuniti tidak akan

teragak-agak mengurangkan peruntukan Pendidikan Jasmani atau meninggalkannya

sama sekali sebagai langkah berjimat cermat.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 4

Page 5: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

1.4 Sejarah

Pendidikan Jasmani (PJ) merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian. Kanak-

kanak belajar melalui peniruan seperti:

a. Golongan ibu akan mengajar anak-anak perempuan mereka dalam aktiviti

keibuan dan rumahtangga.

b. Golongan bapa mengajar anak lelaki mengenai segala kemahiran yang diperlukan

oleh seorang pemburu dan pelayar.

c. Masyarakat purba di China, Mesir, Greece dan Rom mengambil PJ sebagai

sebahagian daripada latihan ketenteraan.

1.4.1 Zaman Primitif dan Purba Awal

1.4.1.1Masyarakat Awal Mesir

Pendidikan Jasmani yang bercorak ketenteraan tidak diperlukan. Objektif rekreasi

dan keagamaan lebih di utamakan daripada objektif ketenteraan dan kesihatan.

Mereka berminat menyaksikan permainan dan pertunjukan orang lain dan

mengekalkan permainan ritual dan sesetengah tarian untuk objektif keagamaan.

1.4.1.2 Masyarakat Yunani Purba

a. Yunani Homer

Pendidikan Jasmani adalah bertujuan untuk membentuk manusia petindak.

Ini disebabkan oleh peperangan yang sering berlaku. Maka setiap

warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat

adalah penting. Senaman bertujuan untuk menghasilkan kualiti-kualiti

seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 5

Page 6: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

diperlukan dalam kegiatan peperangan. Contohnya; perlumbaan jalan

kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinju dan merejam lembing.

b. Yunani Sparta

Pendidikan Jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta

merupakan latihan untuk peperangan. Bertujuan untuk membentuk rakyat

sebagai manusia petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya

ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta

kemahiran yang diperlukan. Contoh aktiviti yang dilakukan adalah

gimnastik, berlari dan lompatan. Lawan pedang, acara lompat, renang,

memburu, gusti, tinju, berjalan kaki serta permainan bola adalah untuk

membina kekuatan lengan. Perempuan Sparta juga mesti melengkapkan

diri untuk peperangan dan tidak dikecualikan dalam aktiviti lasak.

c. Yunani Athens Awal

Pendidikan Jasmani berfungsi untuk menyediakan warganegara di medan

perang yang memiliki nilai estetika dan harmoni. Bagi mereka, tubuh

badan sama penting dengan otak. Kepentingan ditekankan kepada

pertunjukan kemahiran serta gerak-geri yang lemah gemalai daripada

kepantasan dan daya ketahanan. Bagi kanak-kanak dalam lingkungan

umur 7-12 tahun, aktiviti yang dijalankan adalah seperti berlari, lompatan,

memanjat tali, permainan bola, rejam lembing dan lempar cakera. Aktiviti

yang lebih bertenaga seperti perlumbaan, rejam lembing, lempar cakera

bersaiz besar, tinju, penkratium dan perlumbaan kereta kuda dilakukan

oleh pelajar yang lebih dewasa. Tarian dilakukan untuk tujuan keagamaan

serta dapat melahirkan perasaan emosi, rohani dan intelektual.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 6

Page 7: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

d. Yunani Athen Lewat

Di zaman ini, tujuan Pendidikan Jasmani adalah untuk membentuk

manusia bijak melalui aktiviti seperti gimnastik, olahraga, lumba

berperisai, rejam lembing, memanah, equestrian, tinju dan bergomol.

Walau bagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada

peserta. Sukan Olimpik diadakan setiap 4 tahun mulai tahun 776 S.M.

selama 5 hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama upacara

menghormati Zeus (Tuhan orang Greek). Hanya ada satu acara iaitu lumba

lari kemudiannya ditambah dengan acara lain. Dalam Tahun 393 (Masihi),

Maharaja Theodosius telah menamatkan sukan olimpik.

1.4.1.3 Masyarakat Rom

a. Rom Awal

Objektif utama aktiviti sukan dan Pendidikan Jasmani adalah untuk

melatih para pemuda untuk tujuan peperangan. Kurikulum dibentuk untuk

mengembangkan kekuatan, keberanian dan kegagahan dalam peperangan,

kepantasan dan mematuhi perintah. Ini bertujuan untuk membentuk

manusia sebagai tentera yang kuat, mahir serta gagah agar mereka

dihormati oleh rakyat. Contoh permainan adalah permainan bola,

perlumbaan kuda dan kereta kuda.

b. Rom Lewat

Aktiviti Pendidikan Jasmani hanya dihargai oleh golongan tentera dan

olahragawan yang profesional. Rakyat biasa kurang berminat. Mereka

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 7

Page 8: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

bersenam untuk mengelakkan keletihan dan serangan penyakit. Timbul

kepentingan aktiviti fizikal dari segi sains. Gales (doktor & ahli falsafah):

“Pendidikan Jasmani dan sukan membolehkan manusia menikmati

kehidupan yang sihat dan menjalankan tugas-tugas mereka dengan

cergas, segar dan harmoni.”

1.4.2 Zaman Pertengahan dan Awal Zaman Moden

a. Benua Eropah

Sukan gimnastik merupakan sukan yang popular di Jerman apabila kemahiran

ketenteraan berkurangan. Pada abad ke-19, England mula memberikan

perhatian dan kepentingan terhadap sukan, permainan dan rekreasi. Bertitik

tolak dari situlah wujudnya pelbagai jenis permainan seperti badminton,

bowls, kriket, hoki, ragbi, bola sepak, tenis dan olahraga. Pada akhir abad ke-

18 dan permulaan abad ke-19, permainan dan sukan memainkan peranan

penting dalam kehidupan seseorang penuntut Inggeris. Selepas peperangan,

Pendidikan Jasmani dan sukan menjadi satu mata pelajaran yang perlu diajar

di sekolah-sekolah di Itali.

b. Amerika Syarikat

Terdapat pelbagai jenis sukan telah diperkenal oleh orang-orang Inggeris dan

Eropah seperti berenang, olahraga, gusti, tarian, bola lisut dan aktiviti

berbentuk hiburan. Gimnastik diperkenal sejak awal abad ke-19 dan dianggap

boleh menjamin disiplin badan dan mental. Pada 1891, James Naismith

mencipta permainan bola keranjang sebagai satu permainan yang sesuai untuk

musim sejuk. Perubahan terhadap program Pendidikan Jasmani berlaku dari

semasa ke semasa. Program latihan fizikal dalam pasukan tentera diamalkan

di sekolah bermula pada tahun 1946.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 8

Page 9: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

2.0 SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

Perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat yang

besar:

a. Sistem pendidikan asal, iaitu sistem pendidikan yang telah ada sebelum kedatangan

pengaruh Barat.

b. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah menghasilkan

pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan

hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

c. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas merdeka.

2.1 Era Pra-Kolonial (Sebelum Penjajahan)

Pada era sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan

merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas

kesenian dan pertukangan. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-

Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.

Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-

sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman

tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat hingga sekarang di negeri-

negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pada amnya, pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit

kerana pembelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan

yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya

mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama,

tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi. Sistem ini tidak memberatkan

ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, tidak ada langsung unsur-unsur

Pendidikan Jasmani pada era ini.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 9

Page 10: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

Murid-murid melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan

dan permainan tradisional untuk mengisi masa lapang dengan cara yang

menyeronokkan. Kerja-kerja pertukangan, berkebun dan kesenian yang

mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai Pendidikan Jasmani.

Masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti

bersilat, berdayung, berenang, menari, bermain congkak, layang-layang dan sepak

raga. Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.

Latihan jasmani dipertontonkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui

peniruan orang dewasa.

Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing.

Bagi golongan biasa, mereka kebiasaanya bermain sepak raga, gasing dan congkak.

Berbeza dengan Golongan Istana yang akan menunggang kuda, memanah dan

memburu. Secara amnya, Pendidikan Jasmani pada masa ini boleh dibahagikan

kepada tiga bentuk, iaitu permainan masa lapang, keperwiraan dan senaman

tradisional.

2.2 Era Penjajahan

2.2.1 Era Kolonial Inggeris Lama

Zaman pemerintahan British atau dikenali sebagai era kolonial Inggeris

lama di Tanah Melayu (Malaysia) berlaku dari tahun 1784 sehingga 1842.

Dalam era pemerintahan ini, British telah membawa banyak perubahan

dalam bidang pendidikan di negara kita terutama bagi subjek Pendidikan

Jasmani. Di awal pemerintahan British, subjek Pendidikan Jasmani tidak

menjadi mata pelajaran yang formal dalam jadual persekolahan meskipun

sekolah-sekolah di Tanah Melayu ketika itu telah ditubuhkan sejak tahun

1821. Subjek ini lebih dikenali sebagai Latihan Jasmani dan diajar secara

berasingan untuk murid-murid tahun 1 sehingga tahun 4.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 10

Page 11: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

Tujuan Latihan Jasmani diperkenal oleh pemerintahan Inggeris di

sekolah-sekolah di Tanah Melayu hanya untuk mengekalkan status quo

rakyat sepertimana dasar pendidikan ketika itu. Dasar pendidikan Inggeris

ketika itu hanya mengekalkan taraf rakyat yang sedia ada dan jika diberi

pendedahan, ia hanyalah untuk mengekalkan murid-murid itu seperti ibu

bapanya atau taraf hidup hanya meningkat sedikit sahaja. Contohnya,

latihan jasmani dicampur dengan berkebun agar pelajar itu kekal menjadi

pesawah. Malah, murid-murid ketika itu dikehendaki berkebun dan

bersenam sebelum memulakan pelajaran. Walau bagaimanapun, terdapat

permainan-permainan baru telah diperkenal seperti bola sepak, hoki, ragbi

dan badminton di sekolah di zaman awal pemerintahan Inggeris.

Ketika bermulanya perkembangan Sekolah Vernakular Melayu

(1786-1941), kerajaan British mula mengambil perhatian terhadap

pendidikan di negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura)

menandakan adanya perubahan pemerintahan British terhadap pendidikan

di Tanah Melayu. Ketika itu, Blundell selaku Gabenor Negeri Selat ketika

itu telah mencadangkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-

negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, dua buah

sekolah Vernakular Melayu ditubuhkan di Singapura dan kerajaan British

telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan

Melaka pada tahun 1858 hingga 1863.

Penubuhan sekolah Vernakular Melayu ini telah menjadi

perubahan bagi mata pelajaran Latihan Jasmani di mana ia merupakan

salah satu mata pelajaran yang diaplikasikan di sekolah-sekolah ini.

Namun tiada kurikulum rasmi yang wujud bagi mata pelajaran tersebut.

Manakala bagi sekolah Jenis Cina di Melaka, Pendidikan Jasmani telah

diajar sebagai mata pelajaran pada tahun 1851. Perubahan bagi mata

pelajaran Latihan Jasmani bukan sahaja dirasai oleh pelajar, malah bakal

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 11

Page 12: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

guru turut mendapat bimbingan di mana Pelajaran Negeri-negeri Selat dan

Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To

Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils” sebagai panduan.

Pada zaman 1890an, murid-murid perempuan mula diajar olahraga

dan bagi murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah di mana

berlakunya pertambahan bagi mata pelajaran Latihan Jasmani di sekolah.

Malah, pada ketika ini aktiviti perkebunan tidak dianggap subjek Latihan

Jasmani dan diasingkan. Aktiviti perkebunan menjadi mata pelajaran

Perkebunan dan Anyaman yang ditambah dalam kurikulum sekolah

Vernakular Melayu.

Pada tahun 1913, Maktab Perguruan di Matang, Perak ditubuhkan

untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka

digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. Ini merupakan titik

permulaan bagi peningkatan kurikulum bagi Latihan Jasmani. Malah, pada

tahun 1922 Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) dibuka di Tanjung

Malim, Perak kepada bakal-bakal guru dan ketika itu latihan jasmani dan

kebersihan merupakan kurikulum penting bagi maktab ini. Malah,

keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad dan permainan

yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.

Segala perubahan yang dibawa oleh pemerintah Inggeris bagi mata

pelajaran Latihan Jasmani merupakan aktiviti yang membawa keuntungan

dan berpihak kepada pemerintahan Inggeris. Malah ia jelas kelihatan

bermulanya banyak perubahan dalam pendidikan sekolah di negeri-negeri

Selat dan latihan perguruan yang dijalankan di maktab perguruan ketika

itu berpihak kepada pemerintahan British. Pada tahun 1923 hingga 1925,

mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diajar di Sekolah Menengah

Rendah di beberapa tempat seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh

dan Muar.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 12

Page 13: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

Pada tahun 1924, pemerintah British telah melantik seorang

pengusaha Pendidikan Jasmani bagi sekolah-sekolah di negeri-negeri

Selat.Pada ketika itu, sukatan pelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani

belum tersusun dan guru-guru yang tidak pernah menerima latihan khusus

sebelum ini ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah.

Pada tahun 1930, kerajaan British telah memulakan rancangan

latihan Pendidikan Jasmani di seluruh negara. Ketika itu, rancangan

latihan guru Pendidikan Jasmani mula dilancarkan dan diperluaskan ke

seluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Malah di sekolah, sukatan

yang yang digunakan untuk mengajar Pendidikan Jasmani ialah Latihan

Fizikal. Ketika itu juga, masyarakat di Tanah melayu mula sedar akan

kepentingan Pendidikan Jasmani terhadap kehidupan seharian.

Malah, Pendidikan Jasmani diajar di Sekolah Menengah Atas di

Sekolah Chung Ling di Pulau Pinang dan beberapa sekolah di Kuala

Lumpur dan Ipoh. Malah ketika itu, penubuhan Sekolah Inggeris telah

dibina dengan bantuan daripada Christian Missionaries (Catholic) dan

Pendidikan Jasmani telah diajar di sekolah tersebut. Pada tahun 1940,

sukatan pelajaran telah disemak dan dikaji semula selaras dengan

perkembangan pendidikan ketika itu.

2.2.2 Era Penjajahan Jepun

Zaman pemerintahan Jepun bermula pada tahun 1941, di mana tentera

Jepun telah menawan Tanah Melayu dan memerintah sehingga tahun

1945. Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu, rancangan pendidikan yang

ditadbir oleh Kerajaan British sebelum ini tergendala termasuklah bagi

mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Ketika zaman pemerintahan Jepun,

latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan,

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 13

Page 14: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

taat pada pemerintah iatu kerajaan Jepun dan berdisplin. Malah, latihan

jasmani yang diadakan lebih bercorak ketenteraan.

Pada ketika itu, pemerintah Jepun telah perkenalkan satu latihan

jasmani yang dikenali sebagai Tai Sho yang menyerupai latih tubi

beramai-ramai. Arahan diberi dalam Bahasa Jepun di mana berbeza

keadaannya di Tanah Melayu pada ketika itu dan murid-murid terpaksa

membuat senaman pagi selama 30 minit secara beramai-ramai. Bagi

sesetengah sekolah pula, latihan berkawad diadakan di sekeliling kampung

yang berhampiran dengan sekolah dan murid-murid juga diberi latihan

berkebun.

Bagi bakal-bakal guru pula, kursus guru diadakan di Maktab

Perguruan Singapura di Beras Basah Road selama 3 bulan. Melalui kursus

ini, bakal-bakal guru didedahkan kepada pelbagai jenis latihan ala Jepun

yang meliputi pengajian bahasa Jepun, latihan jasmani, beberapa mata

pelajaran umum dan Nippon Seshin. Walaupun Jepun membawa

propagandanya yang dijalankan melalui sistem pendidikan dan bertujuan

mengagungkan kerajaan Jepun, propaganda itu ditolak oleh rakyat namun

mereka tidak dapat mengelak dari terlibat dengan program yang

dianjurkan oleh kerajaan Jepun ketika itu.

2.3 Era Kolonial (British sebelum Merdeka)

Setelah era penjajahan Jepun, Tanah Melayu dijajah semula oleh British. Sekolah-

sekolah dibuka semula dan latihan jasmani dikekalkan sebagai satu mata pelajaran di

sekolah. Tujuan pembelajaran Pendidikan Jasmani ketika itu seakan sama semasa era

kolonial Inggeris lama di mana latihan jasmani dicampur dengan aktiviti berkebun

untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 14

Page 15: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

Pertandingan senaman dan permainan yang diperkenalkan semasa era kolonial

Inggeris lama seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton dihidupkan semula.

Selain itu, senaman turut diadakan selama 30 minit setiap hari sebelum pelajar masuk

ke kelas. Namun, tidak semua sekolah dapat melaksanakan latihan jasmani

sepenuhnya kerana beberapa faktor seperti kekurangan kemudahan dan peralatan

untuk membuat latihan jasmani, tiada kawasan yang sesuai untuk menjalankan latihan

tersebut serta kekurangan guru-guru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani.

Bagi mengatasi masalah kekurangan guru di dalam mata pelajaran ini, rancangan

latihan perguruan termasuk pengajaran khusus bagi latihan jasmani diteruskan semula

di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Maktab Perguruan Perempuan Melaka

(MPPM) setelah tergendala akibat kedatangan Jepun. Sekitar tahun 1946 hingga

1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI. Ini

bertujuan untuk mengadakan satu sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan

menengah. Melalui sukatan tersebut, pengajaran Pendidikan Jasmani dapat

diselaraskan di seluruh negara. Kesedaran terhadap pentingnya Pendidikan Jasmani

turut meningkat pada tahun 1950an apabila ia diwajibkan di semua sekolah. Oleh itu,

latihan jasmani dan aktiviti berkebun diadakan selama 30 minit pada setiap hari

sebelum pelajar masuk ke kelas. Manakala aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu.

Pada tahun 1952, guru-guru tempatan dihantar ke luar negara bertujuan untuk

meluaskan pengetahuan tentang mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 15

Page 16: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

3.0 KESAN DASAR PENJAJAHAN

3.1 Era selepas Merdeka

Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, mata pelajaran

Pendidikan Jasmani masih diteruskan berpandukan sukatan pelajaran sedia ada

semasa era penjajahan di mana sukatan tersebut mengekalkan status quo penjajah

Inggeris. Bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa pada masa itu, sukatan

pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula sekitar tahun 1960an. Pada tahun 1966,

wujud satu sukatan pelajaran untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Sukatan ini

diwujudkan bagi membolehkan semua sekolah mengguna satu sukatan pelajaran yang

baru dan lebih praktikal serta sesuai untuk kanak-kanak di negara kita.

Selain memperkenal sukatan pelajaran yang baru, terdapat juga usaha lain untuk

meningkatkan mutu mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Antaranya ialah, penubuhan

Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) oleh Kementerian Pelajaran pada tahun

1958 serta penubuhan Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) di Cheras. Kursus

tambahan selama satu tahun turut diadakan di MPIK bermula pada tahun 1960 di

mana kurikulumnya seakan sama dengan Kursus Diploma Perguruan Pendidikan

Jasmani di Britain. Pada tahun 1961, kursus tambahan untuk guru-guru wanita

diperkenal bagi memantapkan penguasaan guru dalam mata pelajaran Pendidikan

Jasmani.

Sementara itu, rancangan Pendidikan Jasmani di sekolah mula melibatkan aktiviti

sukan dan permainan. Permainan dan olahraga dijadikan sebagai aktiviti lanjutan

Pendidikan Jasmani di sekolah . Malah, mata pelajaran ini turut menjadi mata

pelajaran wajib dalam kurikulum bagi sekolah rendah dan menengah. Pada tahun

1971, sukatan Pendidikan Jasmani disemak dan dikeluarkan semula dalam versi

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sukatan yang baru ini lebih berkesan dan

dinamik kerana lebih fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk tarian

moden dan gimnastik untuk pelajar perempuan. Selain itu, bagi mengikuti

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 16

Page 17: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

perkembangan semasa, Universiti Malaya memasukkan Pendidikan Jasmani ke dalam

kurikulum bagi kursus diploma pendidikan. Langkah ini bertujuan untuk

melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan dalam

pengajaran Pendidikan Jasmani.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 17

Page 18: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

4.0 LANGKAH MENGIMBANGI KESAN DASAR PENJAJAHAN

Kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah memberikan impak terhadap sistem pendidikan

di negara kita pada masa kini. Bermula dengan penjajahan British dan kemudiannya Jepun

serta beralih semula kepada penjajah British, banyak berlakunya evolusi dalam sistem

pendidikan di Malaysia. Antara yang terkena tempiasnya adalah mata pelajaran Pendidikan

Jasmani. Namun, disebalik kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh nenak moyang kita

dahulu akibat penjajahan, kita tidak dapat menafikan sesungguhnya penjajahan yang berlaku

memberi impak yang baik terhadap sistem pendidikan, cuma kita perlu mengimbangi impak

tersebut agar ia bersesuaian dengan persekitaran pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mengimbangi impak penjajahan

dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani ialah;

4.1 Sukatan yang selaras

Pada tahun 1930an, usaha rancangan Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolah

dimulakan. Sukatan pelajaran merupakan asas untuk pelajaran Pendidikan Jasmani di

Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk

sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana telah diperkenal dalam tahun 1933.

Manakala, Rancangan latihan guru Pendidikan Jasmani mula dilancarkan ke suluruh

negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakat mula sedar kepentingan Pendidikan

Jasmani dan pada tahun 1940an, sukatan pelajaran telah disemak dan dikaji semula

untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan. Tujuannya

adalah untuk membolehkan semua sekolah menggunakan satu sukatan pelajaran

Pendidikan Jasmani yang baru dan lebih praktikal bagi kanak-kanak di negara kita.

Usaha meningkatkan mutu pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah diteruskan

dengan penubuhan maktab-maktab perguruan. Rancangan Pendidikan Jasmani di

sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan melalui pertandingan permainan

dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan Pendidikan Jasmani di sekolah.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 18

Page 19: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

Pada tahun 1960an, sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani

telah dikaji semula. Manakala pada tahun 1966, Kementerian Pelajaran Malaysia

telah mewujudkan sukatan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ia adalah

berdasarkan kajian mental dan fizikal yang telah dibuat mengikut kesesuaian kedua-

dua jantina. Tujuannya adalah untuk membolehkan semua sekolah menggunakan satu

sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani baru dan lebih sesuai bagi kanak-kanak di

negara kita.

4.2 Kursus Khas untuk Melatih Guru-guru Pendidikan Jasmani

Usaha meningkatkan mutu pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah diteruskan

dengan penubuhan MPIK di Cheras. Kursus tambahan selama setahun telah diadakan

di MPIK pada tahun 1960 dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP Pendidikan

Jasmani di British. Sementara itu, terdapat juga kursus tambahan yang di beri khas

untuk guru wanita pada tahun 1961. Hal ini adalah kerana proses pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah terutamanya di sekolah menengah

melibatkan aktiviti-aktiviti yang lebih lasak dan terbuka kepada kecederaan. Oleh itu,

guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah perlu sentiasa berada dalam

keadaan yang bersedia untuk menanggung risiko dalam mengendalikan proses

pengajaran. Mereka bukan sahaja perlu menggunakan tenaga fizikal yang banyak,

tetapi juga mental yang sentiasa didorong oleh suasana kebimbangan. Oleh itu,

sedikit sebanyak program khas yang telah diadakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia dapat membantu guru-guru Pendidikan Jasmani untuk mengendalikan

proses pengajaran agar berjalan dengan lebih lancar.

Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program pendidikan

luar di Institut Pendidikan Guru (IPG). Ia menekankan kepada pembentukkan insan

atau bakal guru yang berilmu, berkemahiran dan pembinaan sikap. Program

pendidikan luar ini amat penting terutamanya kepada guru-guru Pendidikan Jasmani

yang perlu menjadi lebih aktif semasa mengendalikan proses pengajaran semasa

berada di sekolah nanti. Merujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 19

Page 20: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

Kesihatan (PJK) di Institut Pendidikan Guru (IPG) dulunya Maktab Perguruan

Malaysia telah menekankan kepentingan kurikulum Pendidikan Luar dalam sukatan

pelajaran supaya dijalankan atau dilaksanakan di setiap Institut Pendidikan Guru

sama ada sebagai mata pelajaran wajib, elektif mahupun asas (Bahagian Pendidikan

Guru 2003). Kurikulum Pendidikan Jasmani bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah

(KPLI Sekolah Rendah) sebagai contoh digubal bagi menyediakan bakal guru

pendidikan jasmani yang berwibawa dan berketrampilan khususnya di peringkat

sekolah rendah.

Fokus kurikulum adalah menjurus ke arah pendekatan yang berasaskan kepada

pembelajaran kendiri dan pengalaman berasaskan sekolah. Bagi mata pelajaran atau

komponen pendidikan luar, 15 jam diperuntukan dengan satu kredit, membawa 25%

penilaian dan guru pelatih perlu melakukan amali selama 4 hari 3 malam. Dapatan

kajian-kajian terdahulu (Tan Bee Chu, 2001; Vaughn, Wang, & Dytman, 1987; Yap

Poh Moi, 2002) menyatakan bahawa prestasi pembelajaran pelajar-pelajar sekolah

berkait secara langsung dengan kredibiliti profesionalisme keguruan, kemahiran

kaedah mengajar, kemahiran teknik berinteraksi, penerapan nilai murni dan

kemahiran memilih sumber pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, peranan dan fungsi guru-guru begitu mencabar dan tidak

semudah seperti yang disangka oleh semua pihak. Malah bakal-bakal guru yang

dilahirkan di harap mampu menjalankan tugas secara profesional dan berkemampuan

memartabatkan profesion keguruan. Program pendidikan luar merupakan satu mata

pelajaran yang boleh menyumbang ke arah pembentukan profesional keguruan yang

diinginkan seperti yang dinyatakan di atas. National Education Association (1970),

pendidikan luar bukanlah satu mata pelajaran sahaja tetapi merupakan perpaduan di

antara semua disiplin ilmu, persefahaman dan kemahiran di sekolah. Guru

menggunakan persekitaran semula jadi atau buatan manusia, taman rekreasi atau

perancangan bandar, tempat yang bersejarah atau tempat yang indah-membantu

mengajar seni, matematik, sains, kajian sosial atau komunikasi dengan membantu

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 20

Page 21: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

pelajar supaya memahami hubungan antara mata pelajaran tersebut, alam sekitar, dan

manusia.

Pendidikan Luar merupakan kaedah pembelajaran secara langsung dan mudah

yang merentas kurikulum ke out-of-door demi melakukan proses pembelajaran.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam pendidikan luar

berasaskan kepada kaedah penemuan dalam pembelajaran dan segala pertimbangan

dengan menggunakan deria-deria seperti audio, visual, rasa, sentuh dan bau-bagi

pemerhatian dan persepsi (Lewis 1975).Dengan menilai beberapa aktiviti dalam

program Pendidikan Luar nyata sekali program ini dapat memberikan kesan terhadap

tahap peningkatan konsep kendiri, di mana elemen-elemen yang berfaedah tentang

program pendidikan luar dapat dikenal pasti dan perlu diambil kira apabila

merancang sesuatu program. Penilaian terhadap beberapa aktiviti dalam program

pendidikan luar dapat mengenal pasti kesan terhadap aspek-aspek yang berbeza bagi

memahami aspek-aspek yang lebih dominan dalam konsep kendiri peserta. Pusat

Perkembangan Kurikulum (1998) menyatakan Falsafah Pendidikan Luar sebagai;

Alam semula jadi yang merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber

ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan

pengalaman dan memupuk .nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat

dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan

masyarakat ke arah perpaduan nasional

Berdasarkan falsafah tersebut boleh dikatakan bahawa pelbagai pengetahuan dan

pengalaman yang baru diperoleh dengan mengikuti pendidikan luar kerana melalui

alam sekitar individu dapat mempelajari pelbagai ilmu yang digabungjalinkan melalui

interaksi fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani. Seperti kebanyakkan persoalan

dalam bidang psikososial, teori pendidikan luar adalah eclectic, memerlukan

penerangan yang menarik termasuklah dari aspek psikologikal, ekologikal,

fisiologikal, sosial, politikal, dan post-modern. Kesimpulannya, program ini juga

secara tidak langsung dapat membantu guru terutamanya yang mengajar dalam mata

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 21

Page 22: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bersedia dari segi mental dan fizikal

untuk mengajar semasa berada di sekolah nanti.

4.3 Pengenalan terhadap aktiviti Sukan dan Permainan

Rancangan Pendidikan Jasmani di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan

permainan. Mata pelajaran ini menggalakkan teknik pembelajaran bersepadu bagi

menekankan peningkatan pelbagai kecerdasan kanak-kanak di sekolah rendah. Antara

sukatan pelajaran bagi sekolah rendah banyak menekankan tentang perkembangan

fizikal dan pergerakan, sukan dan rekreasi, menjaga keselamatan, menyayangi dan

menjaga diri sendiri. Setiap tajuk ini mengandungi ketiga-tiga aspek pembelajaran,

iaitu penglibatan murid yang aktif dan selamat. Interaksi murid dengan bahan, alat

dan rakan secara kreatif serta penyimpanan rekod kegiatan sebagai bukti bahasa

pembelajaran telah berlaku.

Dalam setiap kegiatan pembelajaran, pemupukan nilai serta pemahaman unsur

pergerakan dan kesihatan dihubungkaitkan dengan kemahiran asas jasmani dan

kesihatan. Di samping itu, gaya pembelajaran kanak-kanak yang tersendiri itu perlu

diberi perhatian supaya murid mendapat manfaat yang maksimum daripada pelajaran

Pendidikan Jasmani. Aktiviti seperti senaman beramai-ramai dan kawad hendaklah

digalakkan untuk memupuk semangat bekerjasama dan disiplin melalui kegiatan

fizikal. Permainan dan olahraga dijadikan sebagai aktiviti lanjutan di sekolah. Ini

dapat menanamkan sikap suka bersukan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah

di samping menjadikan seseorang murid itu lebih aktif dan cergas.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 22

Page 23: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

4.4 Penambahan Silibus Pendidikan Kesihatan dalam mata pelajaran

Pendidikan Jasmani di peringkat Sekolah Menengah

Di peringkat di sekolah menengah, mata pelajaran Pendidikan Kesihatan di jadikan

sebagai mata pelajaran tambahan yang wajib diambil oleh semua pelajar di sekolah

menengah. Mata pelajaran tersebut telah digabungkan bersama mata pelajaran

Pendidikan Jasmani.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar tidak mengambil berat subjek tersebut

kerana subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak diambil kira sebagai subjek

yang penting di sekolah. Walaupun terdapat peperiksaan yang dijalankan untuk mata

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, namun markah pelajar tidak akan di

ambil kira untuk menentukan kedudukan pelajar di dalam kelas. Hal ini menyebabkan

pelajar tidak serius untuk belajar dan mengambil mudah dalam subjek tersebut.

Keadaan ini menyebabkan analisis keputusan untuk mata pelajaran tersebut jatuh

berbanding mata pelajaran yang lain.

Bagi mengelakkan hal ini berlarutan, kerajaan seharusnya menukar cara penilaian

untuk menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan. Sebolehnya penilaian mata pelajaran Pendidikan Kesihatan tidak di buat

dalam bentuk peperiksaan tetapi boleh digantikan dalam bentuk membuat portfolio

ataupun kerja kursus. Pelajar boleh dinilai melalui portfolio atau kerja kursus yang

dibuat. Setiap kerja kursus yang dibuat akan diberi sijil dan ia akan berguna untuk

pada masa akan datang. Oleh itu, pelajar akan bersungguh-sungguh untuk

menyiapkan kerja kursus mereka dan disamping itu, secara tidak langsung dapat

memberi pelbagai maklumat yang berguna kepada pelajar.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 23

Page 24: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

4.5 Aktiviti Ko-kurikulum diwajibkan diperingkat sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah mewajibkan aktiviti kokurikulum

dijalankan di semua sekolah rendah dan menengah. Menurut Laporan Jawatan Kuasa

Kabinet 1979, aktiviti kokurikulum sukan dan olahraga merupakan asas kepada

matlamat perpaduan antara murid berbilang kaum dan lapisan masyarakat. Pada

waktu tersebut, murid dikehendaki memilih satu pasukan unit beruniform mengikut

kecenderungan dan minat masing-masing.

Selain itu, mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan acara sukan telah diwajibkan di

semua sekolah dan menjadikan MSSM sebagai penyelaras. Aktiviti seperti senaman

beramai-ramai dan permainan melibatkan penyertaan yang ramai. Secara tidak

langsung ia dapat memupuk semangat perpaduan, bekerjasama dan disiplin melalui

kegiatan fizikal. Dasar Ekonomi Baru (DEB) juga telah menggariskan salah satu cara

untuk mencapai perpaduan dalam kalangan ialah melalui mata pelajaran Pendidikan

Jasmani.

4.6 Mewujudkan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Untuk mengimbangi kesan-kesan penjajahan terhadap mata pelajaran Pendidikan

Jasmani, Kementerian pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Majlis Sukan

Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) pada tahun 1958 dimana ia berfungsi

menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang lebih menjurus kepada aktiviti sukan di peringkat

sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Ia bagi memastikan semua sekolah-sekolah

tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah menjalankan

aktiviti yang telah di tetapkan oleh pihak kementerian. Selain itu juga, ia bagi

memastikan aktiviti ini dapat memenuhi dan senantiasa mengikut Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 24

Page 25: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

Dengan tertubuhnya MSSM, pihak kementerian juga mengharapkan jurang

perbezaan di antara sekolah Bandar dan luar Bandar dapat ditingkatkan disamping

merapatkan lagi perhubungan antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysian kerana

aktiviti-aktiviti ini akan mengumpulkan pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan

meningkatkan interaksi antara kaum. Maka, dengan ini kita dapat mewujudkan

perpaduan diantara kaum serta dapat merealisasikan impian Perdana Menteri kita

untuk melahirkan warga Malaysia dalam erti kata SATU MALAYSIA yang

sebenarnya.

4.7 Menambahkan Bilangan Guru Professional dalam Bidang yang

Berkaitan.

Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran teras dalam kurikulum Pendidikan

Guru. Penekanan kurikulum Pendidikan Jasmani adalah lebih kepada menyediakan

guru pelatih dengan kemahiran asas dalam permainan, pendidikan pergerakan dan

seterusnya memperkembang potensi mereka ke arah insan guru yang seimbang dan

harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Proses pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani dilaksanakan dalam bentuk amali dan teori. Oleh

yang demikian proses ini dilaksanakan dalam bilik kuliah, di luar bilik kuliah dan

juga di luar maktab.

Maka untuk memastikan objektif yang telah di bentuk mencapai matlamat yang di

tetapkan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menambahkan bilangan guru dalam

bidang Pendidikan jasmani bagi memastikan pelajar mendapat pendidikan yang

sewajarnya daripada guru-guru yang bertauliah. Kini, universiti tempatan telah

membuka bidang-bidang pengajian sukan dengan lebih meluas agar dapat melahirkan

guru-guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi sekaligus mengimbangi

kekurangan guru dalam bidang Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah rendah dan

Pendidikan Jasmani dan kesihatan di peringkat sekolah Menengah.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 25

Page 26: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

IPGM Kampus Temenggung Ibrahim adalah salah satu pusat pendidikan yang

menawarkan program Pendidikan Jasmani agar negara dapat melahirkan guru-guru

Pendidikan Jasmani yang bertauliah serta mempuyai asas pendidikan yang tinggi bagi

memastikan guru yang terlatih dapat menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih berkesan. Disamping itu juga, dengan adanya guru-guru

terlatih ini, mereka dapat mengajar murid-murid/pelajar-pelajar secara aktif dan

selamat serta dapat meningkatkan interaksi dengan rakan-rakan mereka serta dapat

menggunakan bahan dan peralatan dengan betul bagi mengelakkan berlakunya

kemalangan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 26

Page 27: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

5.0 PENUTUP

Sistem Pendidikan di Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan (FPK) Negara

yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk

melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini

digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam

segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan negara.

Walaupun Pendidikan Jasmani di negara kita berdasarkan FPK yang menjadi tunjang

utama kepada sistem pendidikan, ketahuikah kita bahawa bukan sahaja sebelum zaman

penjajahan, tetapi aktiviti-aktiviti sukan yang merupakan salah satu elemen yang terdapat

sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w seperti

berkuda, berenang dan juga memanah. Namun, mata pelajaran Pendidikan Jasmani disesuaikan

mengikut peredaran masa tanpa megetepikan hukum syarak yang telah ditetapkan.

Kini, Pendidikan Jasmani banyak mengalami perubahan sama ada dari segi konsep

ataupun perkembangan intipati kandungannya. Jika dilihat pada perkembangan Pendidikan

Jasmani sebelum penjajahan, aktiviti pendidikan jasmani lebih tertumpu kepada kelas-kelas

agama dan Al-Quran, kesenian dan pertukangan serta berkebun. Pendidikan ini merupakan satu

pendidikan yang tidak formal kerana pada zaman ini pusat pendidikan belum berkembang dan

hanya terdapat sekolah-sekolah pondok untuk belajar agama. Manakala aktiviti kesenian,

pertukangan dan pertanian dijalankan untuk dijadikan sumber pendapatan bagi menampung

kehidupan seharian serta memenuhi masa lapang.

Manakala ketika berlakunya penjajahan oleh British, Pendidikan Jasmani di negara kita

telah dirombak dan berlaku perubahan yang ketara dimana pihak British telah mengaplikasikan

mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah walaupun tiada kurikulum rasmi yang

diwujudkan. Namun begitu, sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani talah dikeluarkan pada

tahun 1946 hingga tahun 1948 untuk mewujudkan sukatan mata pelajaran yang formal dan

memberi kesedaran betapa pentingnya mata pelajaran ini diperkenalkan di peringkat sekolah dan

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 27

Page 28: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

sukatan ini dikaji semula mengikut kesesuaiannya selepas negara kita mencapai kemerdekaan

sekitar tahun 1960 an bagi memastikan ia bersesuaian dengan adat dan budaya di negara kita.

Demi untuk mengimbangi kesan penjajahan terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani,

kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya seperti mewujudkan sukatan

mata pelajaran Pendidikan Jasmani, kursus khas untuk melatih guru-guru Pendidikan Jasmani di

mana berdasarkan kepada perkembangan semasa khususnya dalam bidang Sukan, Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menawarkan Program Sarjana Muda Pendidikan Sukan dan

Rekreasi di Fakulti Pendidikan dan UKM telah mengambil pelajar kumpulan pertamanya pada

sesi 1998/99. Program Pendidikan Sukan dan Rekreasi diwujudkan dengan tujuan untuk

melahirkan golongan tenaga manusia yang profesional dalam bidang Sukan dan Rekreasi.

Matlamat program ini pula adalah untuk menyediakan tenaga profesional seperti guru,

pensyarah, jurulatih, penyelidik dalam bidang sains sukan dan pentadbir yang cekap dalam

bidang Sukan dan Rekreasi. Selain daripada UKM, IPGM dan lain-lain Institusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga telah

memperkenalkan kursus-kursus yang berkaitan Pendidikan Jasmani. Ini menunjukkan bahawa

Pendidikan Jasmani mula diberi perhatian yang sewajarnya.

Di samping itu juga, kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi

keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas,

sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu

kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan

objektif Pendidikan Jasmani. Pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran

dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya

Malaysia. Pelajar diorientasikan dengan ilmu dan amalan pendidikan Jasmani bagi membentuk

sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang

terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran

bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 28

Page 29: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

Walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk mengimbangi kesan penjajahan terhadap

Pendidikan Jasmani, namun penerimaan dan pengiktirafan terhadap mata pelajaran ini masih

dipertikaikan sehingga sekarang walaupun ternyata dan terbukti mata pelajaran ini mempunyai

serta memberi kebaikan kepada para pelajar. Bahkan, ia masih lagi dianggap sebagai satu mata

pelajaran yang tidak penting kerana mata pelajaran ini bukan mata pelajaran peperiksaan.

Kebanyakan pentadbir atau pengurus sekolah pada umumnya lebih mengutamakan pencapaian

akademik kerana mengganggap pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak

membawa keuntungan kepada pihak sekolah. Oleh itu, marilah kita sama-sama memikirkan,

walaupun telah diketahui akan kebaikan yang diperoleh daripada mata pelajaran Pendidikan

Jasmani, mengapakah ia kurang diberikan perhatian berbanding mata pelajaran lain yang

kononnya lebih penting untuk peperiksaan? Maka, perubahan idealisme masyarakat sekarang

perlu diubah agar mata pelajaran ini diberikan perhatian yang sewajarnya dari pelbagai pihak

termasuk pelajar, guru-guru, pentadbir sekolah mahupun masyarakat sekeliling.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 29

Page 30: Kesan Pendidikan Jasmani Selepas Penjajahan

KPF 5012: FALSAFAH & PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (Kump M)

6.0 BIBLIOGRAFI

Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia. Bentong, Pahang: PTS

Publications & Distributor.

Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Edisi Kedua.

Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd.

Abu Zahari Abu Bakar. (1984). Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia Zaman

Sebelum Merdeka. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Hamdan Mohd Ali. (2004). Pola Corak Bersukan dan Masalah Pembangunan Sukan di Sekolah :

Kesan Desar Pecah Perintah Penjajah British. Jurnal Pendidikan 29 : 3-18

Mohd. Taib Osman. (1993). Pendidikan Di Malaysia: Arah dan Cabaran. LBM Press Sdn. Bhd.

Muhamad Ismail Ahmad. (2004). Perkembangan Pendidikan Negara. Klang, Selangor: Pustaka

Mawar.

Omar Mohd. Hashim. (1993). Pendidikan, Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sufean Hussin. (2002). Dasar Pendidikan Progresif Perspektif Makro & Mikro. Cheras, Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.

Sulaiman Bin Zakaria. (1994). Dasar Pendidikan Masa Kini. Kuala Lumpur: Setiamas.

Sulaiman Bin Zakaria. (1994). Dasar Pendidikan Pada Zaman British. Kuala Lumpur: Setiamas.

Syed Kamaruzaman Syed Ali. Kepuasan Kerja di kalangan Guru Pendidikan Jasmani. Jurnal

Pendidikan 29: 81-92

Vasudeven T. Arasoo. (1985). Asas Pendidikan Jasmani Peringkat Menengah dan Tinggi.

Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Wee Eng Hoe. (2002). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma

Publication.

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PENDIDIKAN JASMANI 30