penjajahan dan usaha menuntut kemerdekaan

36
Penjajahan dan Proses Membina Negara | 46 UNIT 4 PENJAJAHAN DAN PROSES KE ARAH KEMERDEKAAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini pelajar akan dapat: 1. Mengetahui proses penjajahan yang telah berlaku di negara ini. 2. Membincangkan suasana selepas di Tanah Melayu selepas berakhirnya Perang Dunia Ke Dua. 3. Membincangkan kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat tempatan tanpa mengira kaum. 4. Membincangkan proses-proses ke arah kemerdekaan yang telah berlaku. PENGENALAN Unit ini akan membincangkan proses-proses penjajahan yang dialami oleh negara ini sebelum terbentuknya Malaysia. Mengikut sejarah negara ini pernah menerima penjajah barat seperti Portugus, Belanda dan British serta juga penjajah Jepun. Selepas penjajahan Jepun semangat nasionalisme masyarakat menjadi tinggi tanpa mengira kaum. Sekembalinya British ke Tanah Melayu merek memperkenalkan Malayan Union bertujuan untuk menjajah negara ini secara sistematik yang membawa kepada penentangan Orang Melayu. Penentangan ini memberikan kesan yang positif kepada orang Melayu dimana membawa kepada kewujudan perpaduan Melayu yang akhirnya ia menjadi asas kepada pencapaian kemerdekaan di Tanah Melayu. Kegagalan Malayan Union dimanifestasikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. PENJAJAHAN PORTUGIS KE ATAS MELAKA Sejak permulaan abad ke -16, Portugis dan bangsa Sepanyol telah mendapat jalan baru dalam mengharungi dunia. Bermula pada tahun 1509 kapal-kapal perniagaan Portugis dari Goa telah datang ke pantai Melaka untuk berniaga. Kedatangan Portugis ke Melaka walaupun pada asalnya adalah untuk berdagang tetapi matlamat di sebalik kedatangan mereka adalah untuk menakluki Melaka. Penaklukan mereka juga adalah berdasarkan ekonomi kerana tujuan mereka adalah untuk menggunakan pelabuhan itu sebagai pangkalan untuk mengawal kuasa perdagangan. Mereka telah menakluki Melaka dan mendudukinya selama 130 tahun iaitu dari tahun 1511 sehingga 1641. Ketika menjajah Melaka, terdapat beberapa tentangan dari orang- orang Melayu yang cuba mendapatkan kembali negeri Melaka dari jajahan Portugis, Kerajaan

Upload: kay-chound

Post on 24-Apr-2015

274 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

.....

TRANSCRIPT

Page 1: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 46

UNIT 4

PENJAJAHAN DAN PROSES KE ARAHKEMERDEKAAN

HASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini pelajar akan dapat:

1. Mengetahui proses penjajahan yang telah berlaku di negara ini.2. Membincangkan suasana selepas di Tanah Melayu selepas berakhirnya Perang Dunia

Ke Dua.3. Membincangkan kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat tempatan

tanpa mengira kaum.4. Membincangkan proses-proses ke arah kemerdekaan yang telah berlaku.

PENGENALANUnit ini akan membincangkan proses-proses penjajahan yang dialami oleh negara ini sebelumterbentuknya Malaysia. Mengikut sejarah negara ini pernah menerima penjajah barat sepertiPortugus, Belanda dan British serta juga penjajah Jepun. Selepas penjajahan Jepun semangatnasionalisme masyarakat menjadi tinggi tanpa mengira kaum. Sekembalinya British ke TanahMelayu merek memperkenalkan Malayan Union bertujuan untuk menjajah negara ini secarasistematik yang membawa kepada penentangan Orang Melayu. Penentangan ini memberikankesan yang positif kepada orang Melayu dimana membawa kepada kewujudan perpaduanMelayu yang akhirnya ia menjadi asas kepada pencapaian kemerdekaan di Tanah Melayu.Kegagalan Malayan Union dimanifestasikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

PENJAJAHAN PORTUGIS KE ATAS MELAKASejak permulaan abad ke -16, Portugis dan bangsa Sepanyol telah mendapat jalan baru dalammengharungi dunia. Bermula pada tahun 1509 kapal-kapal perniagaan Portugis dari Goa telahdatang ke pantai Melaka untuk berniaga. Kedatangan Portugis ke Melaka walaupun padaasalnya adalah untuk berdagang tetapi matlamat di sebalik kedatangan mereka adalah untukmenakluki Melaka. Penaklukan mereka juga adalah berdasarkan ekonomi kerana tujuanmereka adalah untuk menggunakan pelabuhan itu sebagai pangkalan untuk mengawal kuasaperdagangan. Mereka telah menakluki Melaka dan mendudukinya selama 130 tahun iaitu daritahun 1511 sehingga 1641. Ketika menjajah Melaka, terdapat beberapa tentangan dari orang-orang Melayu yang cuba mendapatkan kembali negeri Melaka dari jajahan Portugis, Kerajaan

Page 2: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 47

Melayu Melaka telah diperintah oleh orang Portugis selama 130 tahun hinggalah dijajah pulaoleh Belanda.

Tahun Peristiwa1509 Ketibaan Lopez de Sequira.1501 Alfonso de Albuquerque mengetuai angkatan

perang menyerang Melaka.25 Julai 1511 Serangan pertama Portugis ke atas Melaka.10 Ogos 1511 Serangan ke dua Portugis ke atas Melaka.24 Ogos 1511 Melaka ditawan oleh Portugis.

Jadual 4.1: Peristiwa-peristiwa penting penaklukan Portugis ke atas Melaka

PENAKLUKAN BELANDA KE ATAS MELAKA

Proses penaklukan Belanda ke atas Melaka bermula apabila orang-orang Belanda telah datangke Timur melalui Tanjung Harapan dan Selat Sunda. Tujuan utama mereka datang ke Timuradalah untuk menguasai perdagangan rempah yang mereka tidak diperolehi semasa RajaPhilip II dari Sepanyol yang telah menjajah mereka pada tahun 1594. Penjajahan Belanda diTimur bermula apabila mereka menguasai Betawi yang sekarang dikenali sebagai Jakarta.Selepas orang-orang Belanda menghalau kuasa Inggeris selepas pembunuhan beramai-ramaidi Ambon pada tahun 1623, kedudukan mereka bertambah kuat di Betawi. Setelah Belandaberjaya menghalau Portugis mereka telah membuat perancangan untuk menamatkanpersaingan oleh orang-orang Portugis yang menguasai Melaka.

Perjanian Inggeris-Belanda 1824

Selama lebih daripada 200 tahun, hubungan Inggeris-Belanda di Timur saling bermusuhanantara satu sama lain. Pembukaan Melaka oleh Raffles pada 1819 telah membangkitkan lagikemarahan Belanda ke atas pemerintahan Inggeris. Untuk memperbaik hubungan antarakedua-dua pihak yang menjadi semakin rumit, beberapa siri rundingan telah diadakan di antara1820 hingga 1823. Tetapi rundingan ini gagal mencari jalan penyelesaian. Sementara itukemajuan pesat Singapura telah menyebabkan Inggeris berazam untuk mengekalkankekuasaan ke atas Singapura.

Setelah beberapa perundingan diadakan, akhirnya satu perjanjian telah dicapai dankedua-dua pihak telah memeterai perjanjian yang dikenali juga sebagai perjanjian London.Tujuan perjanjian ini adalah untuk menamatkan pergeseran yang berterusan antara kedua-duabelah pihak demi untuk kepentingan masing-masing. Antara perkara penting yang terkandungdalam perjanjian tersebut ialah Inggeris akan kekal berkuasa ke atas Singapura, manakalaMelaka diserahkan kepada Inggeris dan Bangkahulu diserahkan kepada Belanda.

Page 3: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 48

Dengan termeterainya perjanjian ini, pembahagian kuasa antara Inggeris denganBelanda telah disaksikan dan kedudukan politik Inggeris dan Belanda telah dikukuhkan lagi.Perjanjian 1824 ini juga telah menamatkan sejarah Empayar Johor, apabila kekuasaannya dikawasan Riau-Lingga terletak di bawah pengaruh Belanda. Perjanjian ini juga telahmembolehkan Inggeris menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang juga dikenalisebagai Negeri Selat.

KEDATANGAN INGGERIS KE NEGERI-NEGERI MELAYU

Inggeris ialah satu-satunya bangsa Eropah yang paling lama menjajah di Alam Melayu yangtercatat dalam sejarah Malaysia. Bermula dari perjanjian pada tahun 1824 menjadikan Inggerisbertapak kukuh sebagai kuasa bangsa kolonial tunggal yang mewarisi hak perdaganganBelanda di semananjung selepas perjanjian Belanda dengan negeri-negeri Melayu sebelum itu.Negeri-negeri Melayu dianggap sebagai kawasan kepentingan ekonomi dan politik Inggerisyang berpangkalan di negeri-negeri Selat.

Inggeris memang diakui bertindak bijak kerana berfikiran jauh di dalam usahanya untukmemerintah dan menguasai politik Tanah Melayu tanpa segera mahu campur tangan dalam halehwal politik di negeri-negeri Melayu.Sebaliknya Inggeris ketika itu hanya berminat untukmelindungi jalan perdagangan ke China dan mendirikan pusat persinggahan di seluruhsemananjung. Sikap tidak gelojoh Inggeris untuk menguasai pemerintahan negeri-negeriMelayu dilihat telah mencorakkan suatu bentuk evolusi entiti politik yang unik di Tanah Melayu.

Usaha yang teratur dan terancang oleh Inggeris telah membuatkan mereka berjayamelaksanakan dasar-dasar yang akhirnya menghakis pengaruh raja-raja dan melahirkansenario politik baru Inggeris di semananjung. Selepas rancangan itu membuahkankemenangan, Inggeris mula menggerakkan dasar campur tangan dalam hal ehwal pentadbirannegeri-negeri Melayu pada tahun 1874.

Pada pendapat kamu, apakah kesan Perjanjian Inggeris Belanda 1824?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

Page 4: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 49

Hubungan Inggeris Dengan Negeri-negeri Melayu

Dalam kepesatan Inggeris memperlihatkan kecemerlangannya telah membawa kepadahubungan Inggeris dengan negeri-negeri Melayu yang mempunyai objektif dan strategi yangberbeza di antara kerajaan British India dan kerajaan negeri-negeri selat. British Indiamempunyai objektif untuk menjayakan matlamat Imperialismenya yang luas dan meliputi semuabahagian dan tidak termasuk di negeri-negeri Melayu sahaja. Inggeris berminat untukmemasuki negeri-negeri Melayu di bawah pengaruh Siam seperti Kedah, Kelantan danTerenganu dalam usaha untuk memperluaskan hubungan ekonomi dengan Siam. GabenorInggeris di Pulau Pinang, Robert Fullerton yang berkhidmat di bawah kerajaan negeri-negeriSelat telah berusaha untuk membendung pengaruh Siam di semenanjung di samping bagimenegakkan semula kemerdekaan negeri Kedah yang pernah Siam takluki pada tahun 1821dengan mengembalikan semula kedaulatan sultan Kedah kerana Inggeris juga bertujuan untukmemantapkan kedudukan Perak dan Selangor sebagai negeri yang benar-benar bebasdaripada belenggu Siam. Inggeris juga mempunyai harapan yang besar untuk mensasarkannegeri-negeri tersebut yang turut mempunyai kepentingan baginya di semananjung.

Usaha-usaha giat dilakukan dengan berterusan untuk mengelak serangan dari Siamterus bertapak di utara semananjung. Pihak British memulakan siri-siri rundingan yangmembawa kepada beberapa perjanjian dengan pihak kerajaan Siam. Siri yang pertama ialahPerjanjian Burney (1826), Perjanjian Low dan Perjanjian Anderson yang dapat mengubahjaminan perseimbangan politik di Tanah Melayu sehingga campur tangan langsung Inggerispada tahun 1874. Perjanjian Anderson telah berjaya megesahkan perjanjian. Perjanjianperdagangan di antara Perak dan Selangor pada tahun 1818 yang telah menetapkan SungaiBernam sebagai sempadan di antara Perak dan Selangor.Berbalik pada Fullerton yang tidakberpuas hati dengan perjanjian Burney kerana negeri Kedah telah diakui sebagai tanah jaahanSiam dan Inggeris tidak boleh menyerang kedudukan Siam di Kedah. Bagaimanapun rasa tidakpuas hati Fullerton itu tidaklah sampai menjejaskan pengaruh Inggeris di pantai barat TanahMelayu untuk selama 50 tahun yang berikutnya.

Perjanjian Burney tidak menyelesaikan masalah kedudukan negeri Perak dan Selangorsepenuhnya. Siam tidak berhak menyerang Perak atau Selangor tetapi kedudukan politikkedua-dua negeri masih kabur oleh sebab Siam dibenarkan menghantar utusannya ke Perak,dan Perak pula boleh menghantar bunga emas ke Siam. Bagi memantapkan lagi kedudukanperak, Low yang bertindak melampaui arahan kerajaan India telah menandatangani satuperjanjian dengan Perak. Dalam perjanjian itu, Low memberi jaminan akan melindungi Perakdaripada serangan Siam atau Selangor dan berusaha mengekalkan kemerdekaan Perak,manakala Sultan Perak pula berjanji tidak akan menghantar ufti kepada Siam. Low jugamembantu Perak membentuk sebuah jentera pentadbiran yang bebas daripada pegawai-pegawai yang nampaknya setia kepada Siam. Sultan juga bersetuju bertindak membendungperlanunan dan menyerahkan Pulau Pangkor kepada British.

Merujuk kepada kes perjanjian Burney (1826) pula telah menunjukkan bahawakedudukan dan peranan Siam berhubung dengan Kelantan dan Terenganu masih tidak jelas.Kepentingan ekonomi Inggeris terjamin, Siam tidak lagi mahu menghalang perkembangan

Page 5: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 50

ekonomi Inggeris di kedua-dua negeri tersebut dan kepertuanan Siam tidak lagidiakui.Walaupun begitu kerajaan India Inggeris tidak mengesahkan Perjanjian Low tetapi tidakjuga bertindak untuk memansuhkan perjanjian tersebut atau menandatangani perjanjian baruyang lain. Lama-kelamaan Perjanjian Low dan Perjanjian Anderson telah menjadi asashubungan di antara kerajaan Inggeris India dan Perak. Siam juga berdiam diri dengan tidakmemperluaskan pengaruh kuasa di negeri itu.

Perluasan Kuasa dan Dasar Pentadbiran British Di Perak

Sebelum kedatangan J.W.W Birch dan pentadbiran British di negeri Perak, pembesar negeridianugerahi Sultan kawasan untuk jagaan dan kawalan pembesar tempatan. Di zamanpemerintahan silam, sistem pemerintahan Kesultanan Negeri Perak masih meneruskan konsepketradisionalan Kesultanan Melayu Melaka dengan sedikit perubahan dan penyesuaian dengankeadaan negeri dan masyarakat. Para pembesar boleh menjalankan segala urusanpentadbiran serta pungutan cukai. Hasil dari pungutan cukai ini menjadi punca pendapatanmereka yang utama.

Menteri berkuasa di Larut, Syahbandar tinggal di Kinta dan memungut cukai di KualaSungai Perak, Laksamana memungut cukai di atas nama Sultan, Sultan menerima cukai importdan eksport negeri yang dipungut oleh Syahbandar. Selain itu, Sultan boleh membeli bijih timahdengan harga yang murah di Kinta. Raja Muda mempunyai kuasa di Kampung Gajah danBandar Tua. Beliau juga berhak ke atas cukai pajak candu, arak dan judi di seluruh negeriPerak, Bendahara memungut cukai di pedalaman di Kuala Kinta dan cukai ke atas bijih timahyang melalui Sungai Bidor di Kuala Chiku. Dato’ Mata-mata (pembantu Laksamana) memungutcukai sebanyak 50 sen ke atas tiap-tiap satu koyan dagangan di dalam perahu yang keluarmasuk Sungai Perak dan juga Cukai ke atas ikan masin. Dato’ Maharaja Lela berkuasa diSungai Dedap dan Pasir Salak. Manakala Dato’ Sagor pula, sebagai penyelia masakan dalamupacara negeri dan berkuasa ke atas kampung Tengah dan Kampung Gajah.

Sistem Residen

Sistem Residen yang berasaskan konsep pemerintahan secara tak langsung telah diucapkandengan penuh semangat oleh Frank Swettenham pada tahun 1876 telah meninggalkan kesan-kesan kekal dalam sejarah di negeri-negeri Melayu. Permulaan kuasa British dalam hal ehwaldi negeri-negeri Melayu secara rasmi bermula pada 20 Januari 1874 dengan termeterainyaPerjanjian Pangkor.

Syarat Perjanjian Pangkor ialah Perluasan kuasa ini telah membawa kepadapemindahan kuasa pentadbiran daripada Raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai yangdilantik oleh pihak Residen British yang dilantik dalam sesebuah negeri Melayu ditugaskanuntuk menasihati Sultan berkenaan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecualipengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu. Nasihat Residen mesti

Page 6: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 51

diikuti oleh Sultan kerana tugas seorang Residen hanyalah menasihati dan bukannyamemerintah .

Semua pentadbiran negeri termasuklah pungutan dan kawalan cukai akan dijalankanatas nama sultan tetapi disusun dan diatur menurut nasihat Residen. Residen akan dibayar gajidan elaun sara hidup oleh sultan dan bukannya oleh kerajaan British. Perluasan kuasa inikemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawahpenguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh Raja-raja Melayu denganhanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaanBritish. Seterusnya Sistem Residen telah dilaksanakan bermula dengan kerajaan Melayu Perakdan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain seperti Kerajaan Selangor, Pahang, Negeri Sembilandan akhir sekali kerajaan Johor. Kerajaan-kerajaan Melayu yang lain di sebelah utara sepertiPerlis,dan Kedah serta kerajaan-kerajaan Melayu di pantai timur seperti Kelantan danTerengganu telah tidak mendapat perhatian British malahan kerajaan-kerajaan Melayuberkenaan diberikan mandat oleh British kepada Siam untuk menguruskannya hinggatermenterainya Perjanjian Bangkok 1909 di mana kerajaan-kerajaan Melayu iaitu Perlis, Kedah,Kelantan dan Terengganu diserahkan kedaulatannya kepada British.

Kedatangan British ke Tanah Melayu dikatakan telah mengubah pentadbiran dan

perjalanan pelaksanaan peraturan baru. Bincangkan kesan kesan perubahan tersebut kepada

Negeri-negeri Melayu.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Keperluan Jepun yang semakin mendesak dan situasiyang semakin bergolak di Asia merupakan peluangterbaik Jepun untuk menguasai negara-negara di AsiaTenggara di bawah perjanjian tiga paksi kuasa besariaitu Jerman, Itali dan Jepun. Keperluan kepada bahanmentah seperti minyak, getah dan logam yang banyakdi Asia Tenggara khasnya Malaysia adalah peluangyang terbaik. Justeru pada 15 Febuari 1942, seluruhTanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun.Pada awal kurun ke-20, pemimpin-pemimpin tenteramenguasai politik negara Jepun. Cita-cita para

Leftenan Jeneral yamashitaTomoyuki merupakan ketuatentera Jepun yang mengetuaiserangan Jepun ke atas TanahMelayu. Beliau lebih dikenalisebagai ‘Harimau Malaya’.

INFO

Page 7: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 52

pemimpin tentera Jepun untuk meluaskan kuasa merupakan salah satu faktor penting yangmembawa kepada penaklukan Asia Tenggara. Penaklukan Jepun berasakan dua kempen iaitu“Asia Untuk Asia” dan “Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya”. Laungan “Asia Untuk Asia”adalah janji Jepun untuk membebaskan negara-negara Asia Tenggara daripada penjajahanBarat dan membantu mereka mencapai kemerdekaan. Akan tetapi, penjajahan Barat di AsiaTenggara digantikan oleh penguasaan Jepun. Ekonomi negara-negara Asia Tenggara merosotdan keadaan sosial penduduk bertambah buruk. Dengan “Kemakmuran Bersama Asia Raya”,Jepun merancang untuk menguasai sumber ekonomi Asia Tenggara untuk pembangunanindustri di Jepun. Tambahan pula, negara-negara Asia Tenggara mampu menampung danmenyediakan tanah bagi penduduk Jepun yang semakin meningkat.

Kesan-kesan Semasa Pendudukan Jepun

1. Kesan Ekonomi

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu membawa kepada kemerosotan ekonomi di TanahMelayu. Kegiatan ekonomi terputus akibat peperangan dan tindakan tentera British yangmemusnahkan harta benda dan infrastrukur sebelum berundur. Jepun memberi penekanankepada penanaman padi untuk memenuhi keperluan dalam negeri. Penanaman “Padi Taiwan”telah diperkenalkan untuk membolehkan penanaman dua kali setahun dijalankan. Jepun jugamelakukan catuan ke atas pembelian beras. Perusahaan-perusahaan yang penting di TanahMelayu diambil alih oleh syarikat-syarikat Jepun seperti Mitsubisi dan Mitsui. Perusahaan-perusahaan tersebut adalah seperti perusahaan getah, timah, perkapalan dan bank. Bank-bankJepun juga telah mencetak mata wang sendiri. Semasa pemerintahan Jepun berlakukesengsaraan hidup di kalangan penduduk tempatan.

2. Penderitaan Dan Kesengsaraan Hidup

Usaha pertanian secara persendirian gagal kerana keadaan tanah yang tidak sesuai danpaksaan berlebihan. Masalah kekurangan makanan di burukkan lagi dengan kapal-kapal kargoyang membawa barang keperluan pertanian banyak ditenggelamkan oleh pihak Berikat.Pemerintah Jepun mengadakan kawalan harga pada bulan Mei 1942 dengan mengeluarkanpermit bagi semua jenis perdagangan dan pengangkutan. Pada bulan April 1943, catuan keatas pembelian beras dikenakan. Setiap keluarga dibenarkan membeli dua gantang berassetahun. Kupon khas dikeluarkan oleh Syokurya Kanri Syo (Pejabat Kawalan Makanan) dibandar. Orang ramai mula beralih kepada makanan lain iaitu ubi kayu dan keladi. Kenaikanharga yang melambung tinggi menimbulkan masalah inflasi. Pada Disember 1941 harga berasialah enam sen sekati dan gula putih lapan sen sekati. Pada bulan Disember 1943, harga berasdan gula putih di pasar gelap meningkat menjadi $2.50 dan $3.80 sekati dan menjelang bulanOgos 1945 menjadi $75.00 dan $120.00 sekati.

Page 8: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 53

Pemerintah Jepun mencetak “wang pokok pisang” untuk mengatasi masalahkekurangan wang. Hal ini menjadikan nilai wang Jepun terlalu rendah di pasaran. Pemakananyang tidak sempurna menyebabkan penyakit seperti beri-beri dan bengkak serta kematianpenduduk bertambah secara mendadak. Pada tahun 1941, bilangan kematian adalah berjumlah63 436 orang. Angka ini meningkat kepada 99 257 orang pada tahun 1942 dan 123 262 orangpada tahun 1943. Bekalan perubatan digunakan untuk keperluan tentera Jepun, manakaladoktor dan jururawat di tempatkan di kem-kem tentera. Pada tahun 1940, bilangan pendudukmeningkat kepada 100 000 orang, tetapi jatuh kepada 10 000 orang pada tahun 1945.Kelahiran bayi merosot daripada 111 627 orang pada tahun 1940 kepada 106 443 orang padatahun yang sama.

3. Kawalan Pengedaran Mata Wang

Penggunaan mata wang Jepun berkuatkuasa pada 23 Febuari 1942 dengan nilai yang samatara dengan mata wang dollar Negeri-negeri Selat. Sebanyak $285 juta wang kertas Jepundiedarkan di seluruh Tanah Melayu. Pada bulan April 1943, ia diperluaskan ke Sumatera,Sabah, Sarawak, Burma, Jawa dan negara China. Apabila terlalu banyak wang beredar dipasaran, nilai mata wang menjadi terlalu rendah. Beberapa langkah diambil untukmengurangkan pengedaran wang di pasaran. Antaranya mulai bulan November 1943, pusat-pusat perjudian di buka semula di seluruh negara. Jepun turut menggalakkan simpanan tetap(fixed deposits). Bank perdagangan turut menawarkan skim simpanan tetap denganmenyediakan tawaran bonus. Sehingga bulan Mac 1942, jumlah simpanan tetap yang dapatdikumpulkan di seluruh negara adalah melebihi $486 juta.

Pada bulan Julai 1943, skim loteri (konan saiken) dijual dengan harga $1.00 tiap satu.Skim ini yang beroperasi sehingga Ogos 1945 menawarkan hadiah pertama bernilai $50 000dan 2507 hadiah lain bernilai $139 500. Penjualan loteri di peringkat negeri dikenali sebagaiShu Saikans dan dimulakan di Selangor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Pemerintah Jepunturut mengenakan pelbagai jenis cukai antaranya cukai judi, taman hiburan, kedai-kedai,panggung wayang, rumah tumpangan, kedai makan, menangkap ikan, kedai ubat dan pergigianserta bayaran hospital. Setelah cukai dinaikkan, peniaga terpaksa menaikan harga barang danpekhidmatan. Ini memaksa penggunaan wang yang lebih banyak dan menimbulkan masalahsosial. Masalah inflasi dan kegiatan pasar gelap terus berleluasa tanpa dapat dibendung.

4. Kesan Sosial

Orang Melayu dan India diberi layanan yang agak baik oleh pihak Jepun. Dengan memberilayanan baik kepada orang India, Jepun berharap mereka memberi kerjasama apabila Jepunmenakluki dan mengusir orang Inggeris dan India. Sebab utama Jepun berbaik-baik denganorang Melayu pula adalah kerana ingin mendapatkan sokongan serta kerjasama daripadamereka. Cara-cara pihak Jepun melakukannya ialah dengan mengizinkan sultan-sultanmengekalkan takhta masing-masing, mengambil beberapa orang pegawai Melayu untuk

Page 9: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 54

memegang jawatan dalam pejabat-pejabat kerajaan Jepun, dan membebaskan pemimpin-pemimpin Melayu dari penjara. Orang Cina dianggap sebagai musuh ketat Jepun. Dengan itu,masyarakat Cina dituduh sebagai penentang Jepun. Semasa Perang China-Jepun (1937),masyarakat Cina di sini menyumbangkan bantuan kewangan dan peralatan perang kepadanegara China.

Maka, selepas orang Jepun menawan Tanah Melayu dan Singapura, mereka membalasdendam dengan membunuh orang-orang Cina. Ramai orang juga dipaksa membina JalanKereta Api Maut dan kebanyakan daripada mereka terkorban semasa membina jalan kereta apiini. Pihak Jepun juga turut menghantar buruh-buruh India dan Melayu ke sempadan Thailand-Burma untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Ramai antara buruh tersebut yang terkorbankerana dipaksa bekerja keras. Ini menimbulkan perasaan benci terhadap pihak Jepun dikalangan orang India dan Melayu. Pihak Jepun ingin menghapuskan pengaruh Barat. Oleh itu,segala yang berkaitan dengan Barat diharamkan termasuklah hiburan dan media massa.Kerajaan Jepun berhasrat untuk “menjepunkan” penduduk Tanah Melayu. Untuk tujuan itu,bahasa Jepun dijadikan sebagai bahasa penghantar di sekolah dan bahasa perhubungandalam semua urusan lain.

Murid-murid sekolah diajar bahasa Jepun iaitu Nippon-go. Selain daripada bahasaJepun, nyanyian, muzik, latihan Jasmani dan pengetahuan berkebun dipentingkan. Kimigayodan Aikoku Koshin Kyoku ialah lagu kebangsaan dan lagu patriotik Jepun yang dinyanyikan disekolah. Banyak buku dalam bahasa Jepun diterbitkan. Akhbar Syonan Shimbun jugamenerbitkan pelajaran bahasa Jepun dalam terbitannya. Dasar pelajaran yang diperkenalkanmenekankan ketaatan kepada Maharaja Jepun, kepatuhan kepada kerajaan Jepun dankerelaan berkhidmat untuk negara Jepun. Sekolah-sekolah Inggeris ditukarkan kepada sekolahJepun. Manakala sekolah Cina ditutup kerana Jepun dan China bermusuhan. Akan tetapi,dasar “penjepunan” kurang berjaya kerana kekurangan guru-guru yang fasih dalam bahasaJepun dan kekurangan wang. Wabak penyakit seperti Malaria dan Beri-beri merebak keranalumpuhnya perkhidmatan kesihatan.

Penerapan Budaya, Bahasa dan Pendidikan Jepun

Orang Jepun menundukkan kepala apabila bertemu antara satu sama lain sebagai tandahormat dan adat ini diperkenalkan kepada umum. Lagu kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo diajarkepada semua penduduk. Setiap pagi murid-murid perlu menyanyi dan tunduk hormat kepadaMaharaja Jepun sambil menghadap arah negara Jepun iaitu arah matahari naik. Ada jugasesetengah sekolah menaikkan bendera Jepun setiap hari dan murid-murid wajib menyanyilagu bendera Jepun iaitu Umiyukaba. Jepun menghapuskan bentuk pendidikan Barat denganmengharamkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar dan mata pelajaranbahasa Inggeris di sekolah. Pada bulan Ogos 1942, Jepun mengharamkan siaran radiogelombang pendek, pada bulan September 1943, Jepun melarang tayangan filem-filem dariBarat dan pada bulan Ogos 1944, penduduk tempatan dilarang mendengar muzik Barat.

Page 10: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 55

Jepun memperkenalkan penggunaan bahasa Jepun (Nippon-go) bagi menggantikanbahasa Inggeris. Bahasa Jepun diajar di sekolah-sekolah, kelab-kelab sosial, kilang-kilang,firma swasta dan pejabat-pejabat kerajaan. Persatuan melatih bertutur bahasa Jepunditubuhkan dan ada yang berminat dilatih menjadi guru. Kebolehan bertutur dalam bahasaJepun membolehkan seseorang menyandang jawatan yang baik dalam kerajaan, kenaikanpangkat, gaji dah kemudahan lain. Akhbar juga menyediakan ruangan khas bahasa Jepun.Minggu bahasa Jepun diadakan, perpustakaan sekolah dilengkapi dengan buku bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan Jepun serta urusan perkhidmatan pos dan telegrafmenggunakan bahasa Jepun. Hari cuti dan kelepasan am juga berasakan negara Jepun. Haribulan British ditukarkan kepada sistem tahun Jepun misalnya tahun 1942 kepada 2602. Namajuga diubah mengikut nama Jepun. Contohnya Ali San (En. Ali), ohayou (selamat pagi), arigato(terima kasih) dan sayonara (selamat tinggal).

Kegiatan Politik dan Gerakan Penentangan

1. kegiatan Orang India

Jepun mengambil kesempatan mengeksploitasi semangat kebangsaan orang Indiauntuk menolak kekuasaan British di India. Rash Behari Bose seorang pejuang kebangsaanIndia yang lama bermastautin di Jepun dibawa ke Tanah Melayu untuk membantu menubuhkanIndian Independence Leaguage (IIL) di negeri-negeri Melayu. Pada bulan Mei 1942, beliaumengadakan satu persidangan IIL di Bangkok yang diwakili oleh wakil-wakil IIL dari seluruhAsia. Mereka menubuhkan pasukan tentera pembebasan India yang dikenali sebagai IndianNational Army (INA). Pusat-pusat latihan tentera didirikan dan latihan mengikut ketenteraanJepun. Rekrut terdiri daripada bekas-bekas banduan berjumlah antara 4000 hingga 5000 orangyang dibebaskan untuk tujuan ini. Tindakan menangkap Ghandi dan Nehru, rusuahan, mogoklapar dan tujuk perasaan besar-besaran diberi perhatian khas media (akhbar dan radio). RashBehari Bose kemudiannya digantikan oleh Subhas Chandra Bose, seorang pejuang politik Indiayang melarikan diri ke Jerman pada tahun 1938.

S. C. Bose berusaha mengukuhkan pasukan itu dengan menubuhkan cawangan wanitayang dinamakan Ranee of Jhansi Regiment yang diketui oleh Dr. S. Lakshmi. Anggotanyaterdiri daripada Tanah Melayu, Burma, dan negara Thai. S. C. Bose menggunakan cogan kataChalo Delhi (“Mara ke Delhi”). Kerajaan boneka India yang berpusat di Singapura ditubuhkanpada bulan Oktober 1943 yang dikenali sebagai “Kerajaan Azad Hind”. Kerajaan boneka Jepunmengisytiharkan perang terhadap Britain dan Amerika Syarikat pada 24 Oktober 1943. Antarabulan Mac hingga Ogos 1944, sedikit demi sedikit tentera INA mara ke sempadan India, tetapipada awal bulan September 1944 mereka berundur. Kejatuhan Rangoon pada bulan Mei 1944dan pemindahan kerajaan Azad Hind ke Bangkok memperlihatkan bahawa Jepun dan INAmangalami kekalahan. Menjelang akhir tahun 1940-an, orang India mula memikirkan masadepan di Tanah Melayu dan terlibat secara aktif dalam pergolakan politik menentang MalayanUnion.

Page 11: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 56

2. Gerakan Penentangan Orang Cina

Parti Komunis Malaya (PKM) menggunakan perasaan anti-Jepun dikalangan orang Cinamelalui penubuhan Malayan Peoples’ Anti Japenese Army (MPAJA). PKM dan MPAJA menarikkeyakinan kaum-kaum lain dan beberapa orang Melayu dibawa masuk menganggotainyaseperti Mokhtaruddin Lasso, Abdullah C. D. dan Rashid Mydin. MPAJA atau “Tentera BintangTiga” menggunakan simbol tiga bintang yang mewakili kerjasama tiga kaum terbesar di TanahMelayu. Jumlah kekuatan tentera MPAJA dianggarkan antara 3000 hingga 4000 orang padatahun 1944 dan meningkat sekitar 6000 hingga 7000 orang pada menjelang tahun 1945.Pasukan MPAJA menggunakan taktik perang gerila kerana tidak mempunyai kekuatan tenterayang ramai. Terdapat sebilangan orang Cina di bandar-bandar menentang Jepun secarabersembunyi. Mereka melakukan kerja-kerja sabotaj, menganjurkan bantahan danpembunuhan ke atas beberapa orang Jepun dan mereka yang bekerja dengan Jepun.

Kumpulan ini memberi bantuan dalam bentuk wang, ubat-ubatan, kain baju dan lain-lainkeperluan kepada MPAJA. Pada tahun 1943, British mengadakan kerjasama dengan MPAJA.Mereka menyusun gerakan gerila, menjalankan kerja-kerja sabotaj, membekalkan senjata,peluru, bahan-bahan letupan dan kewangan untuk membiayai kegiatan MPAJA. Pada bulanJanuari 1944, MPAJA membuat pakatan menentang Jepun dengan tentera Berikat melaluiForce 136 yang berpusat di Ceylon. Antara kejayaan besar tentera Jepun memerangi PKM danMPAJA ialah peristiwa serangan hendap di Batu Caves pada 1 September 1942. Peristiwa ituhampir melumpuhkan PKM dan MPAJA buat seketika. Jepun menggunakan anggota polisMelayu untuk menentang tentera MPAJA. Ini menyebabkan hubungan antara orang Melayudengan Cina semakin tegang.

3. Kebangkitan Semangat Nasionalisme

Apabila pihak Jepun mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu, mereka menghadapi masalahkekurangan pegawai untuk mengendalikan urusan kerajaan. Oleh itu, beberapa jawatan pentingdiberikan kepada orang Melayu tempatan. Peluang tersebut telah memberikan keyakinan dirikepada masyarakat Melayu untuk menentukan nasib mereka dan tidak terlalu bergantungkepada pihak British. Dalam keadaan huru hara dan ketidakstabilan sosial serta ekonomisemasa pendudukan Jepun, unsur-unsur subversif dengan mudahnya menyusup di kalanganrakyat. “Semangat Asia Untuk Asia” yang dibawa oleh Jepun berjaya membina sifat percayakepada diri sendiri secara beransur-ansur. Kepercayaan terhadap kuasa Barat semakin pudardan semangat cintakan bangsa dan tanah air semakin tinggi.

Jepun membenarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diharamkan oleh Inggerisbergerak semula. Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah bekerjasama dengan Jepun dan padamasa yang sama bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun. Ibrahim Haji Yaacob dilantiksebagai Ketua Sukarela dan Dr. Burhanudin Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan danAdat Istiadat Melayu. Pemberian jawatan-jawatan ini merupakan latihan kepada tokoh-tokohtempatan untuk mengambil alih pentadbiran kelak. Mereka turut menggalakkan penubuhan

Page 12: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 57

persatuan politik Melayu seperti Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS). Selaindaripada itu, pihak Jepun menolong menubuhkan Angkatan Tentera Kebangsaan dan angkatanini akan digunakan oleh pihak Jepun apabila melanggar India. Pihak Jepun telah menggalakkanpergerakan nasionalisme Melayu. Jepun cuba menggunakan seorang pemimpin Melayu yangradikal iaitu Ibrahim Yaacob untuk menyebarkan propaganda anti British.

Beliau pernah memberi bantuan kepada pihak Jepun melalui Kesatuan Melayu Muda(KMM) ketika Jepun menawan Tanah Melayu. Dengan bantuan kewangan daripada pihakJepun, Ibrahim Yaacob telah memberi akhbar Warta Malaya pada tahun 1941. Beliau telahmenggunakan akhbar untuk menerbitkan rencana-rencana yang membangkitkan kesedarannasionalisme orang Melayu dan mengecam penjajahan British. Ibrahim Yaacob berharap akanmendapatkan kebebasan politik yang lebih sekiranya British ditewaskan dalam perang. PihakJepun telah membebaskan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah dipenjarakanoleh British. Sebuah pertubuhan diasaskan oleh Jepun iaitu Pembela Tanah Air (PETA) atauGiyu Gan dalam bahasa Jepun. Anggota-anggota PETA terdiri daripada orang Melayu danmereka diharapkan akan menentang dan menghalang pengambilan semula Tanah Melayu olehtentera Berikat. Ibrahim Yaacob menjadi ketua PETA dan memegang pangkat LeftenanKolonel.

Pada bulan Jun 1945, Ibrahim Yaacob menubuhkan KRIS (Kesatuan Rakyat IndonesiaSemenanjung) dengan bantuan pihak Jepun. Salah satu daripada matlamat KRIS ialahmenyatukan Tanah Melayu dan Indonesia untuk membentuk Indonesia Raya. Dengan itu,Ibrahim Yaacob telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin nasionalis Indonesia iaitu Sukarnodan Hatta. Mereka bersetuju untuk mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu dan Indonesiapada 24 Ogos 1945. Akan tetapi, rancangan Indonesia Raya tidak berjaya dilaksanakan keranatentera Jepun dikalahkan pada 15 Ogos 1945. Apabila British kembali ke Tanah Melayu danmengisytiharkan Pentadbiran Tentera British, ramai pemimpin KMM, PETA dan KRIS ditangkapdan dipenjarakan. Ibrahim Yaacob terpaksa melarikan diri ke Indonesia. Kaum Cina merupakankaum yang mengalami penderitaan paling teruk semasa pendudukan Jepun. Maka, tidaklahmenghairankan jika kebanyakan gerakan anti-Jepun diketuai oleh orang Cina. Gerila-gerilaCina ini berfahaman Komunis. Sasaran mereka ialah askar-askar dan markas-markas tenteraJepun. Orang Melayu dan India menyertai gerakan menentang Jepun kerana pentadbiranJepun turut membawa kesusahan kepada mereka.

Kumpulan-kumpulan gerakan anti-Jepun utama ialah Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya(MPAJA), Tentera Wataniah yang terdiri daripada orang Melayu Pahang dan Gerila Force 136(Tentera pihak Bersekutu yang dipimpin oleh Kapten Spencer Chapman). MPAJA adalahgerakan bersenjata menentang Jepun yang terbesar dan terpenting sekali. Ahli-ahli MPAJAdikuasai dan dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Kebanyakan daripada merekaadalah orang Cina. Ahli-ahli MPAJA mendirikan petempatan di dalam hutan. Mereka melakukankerja-kerja sabotaj seperti meletupkan jambatan, jalan raya dan jalan kereta api untukmemutuskan hubungan pihak Jepun. Pihak Btitish telah membuat pakatan sementara denganMPAJA untuk menentang Jepun. Antara syarat-syarat pakatan ini ialah British melatih pasukanMPAJA dalam taktik perang serta membekalkan senjata kepada mereka dan senjata-senjatatersebut hendaklah dikembalikan selepas perang dan ahli-ahli MPAJA akan pulang kepada

Page 13: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 58

kehidupan awam. MPAJA merupakan pertubuhan anti-Jepun yang paling giat serta penting.Keanggotaannya bertambah banyak kerana lebih ramai oang Cina menyertainya untukmenentang pihak Jepun.

Ahli-ahli MPAJA telah menerima senjata dan latihan ketenteraan daripada pihakInggeris. Hal ini menyebabkan pengaruh Komunis bertambah kuat. Perang gerila berjayamengganggu dan mencabar kedudukan Jepun di Tanah Melayu tetapi gagal menamatkanpendudukan Jepun. Angkatan Gerila Force 136 ditubuhkan semasa peperangan Dunia Keduameletus. Ia adalah suatu gerakan sulit yang anti-Jepun. Markas pasukan ini terletak di Sri Lankadan India. Angota-angota Force 136 seperti John Davis dan Richard Broome telah mendarat diTanah Melayu melalui jalan laut dan udara. Tengku Mahmud Mahyidden adalah seorangangota pasukan ini yang bertanggungjwab mengetui kumpulan Melayu. Beliau dibantu olehseorang sukarelawan bernama Haji Ibrahim Bima. Pejuangan pasukan ini dibantu oleh tenteraWataniah yang dianggotai oleh ahli-ahli Persatuan Melayu Pahang cawangan Raub. TenteraWataniah ini dipimpin oleh Kolenal Pemerintah Kehormat Almarhum Sultan Abu Bakar, SultanPahang. Force 136 beroperasi dalam kumpulan kecil dalam hutan. Mereka keluar dari hutanapabial Jepun menyerah kalah. Apabila British berkuasa semula di Tanah Melayu, sebahagianbesar daripada anggota pasukan ini bangun menentang pentadbiran British.

Mengapakah Jepun bersikap kejam kepada kaum Cina semasa memerintah Tanah

Melayu? Jelaskan

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

Berakhirnya PendudukanJepunTindakan Pihak Berikat mengebombandar-bandar dan tempat-tempatpenting Jepun yang mengeluarkanperalatan perang hampirmelumpuhkan kekuatan tenteraJepun. Kejayaan mengalahkanJerman membolehkan AmerikaSyarikat dan Britain menumpukanseluruh kekuatan mereka untukmenumpaskan Jepun di Asia

Gambar 4.1: Tentera Jepun akhirnya menyerahkalah

Page 14: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 59

Tenggara dan Lautan Pasifik. Pemerintah Tertinggi Tentera Amerika Syarikat di Lautan Pasifik,Jeneral Douglas Mac Arthur memimpin tenteranya bergerak secara perlahan-lahan memasukiFilipina. Pendaratan awal dilakukan di Pulau Leyte pada bulan Oktober 1944 dan Manila telahditawan pada bulan Mac 1945. Akhirnya, tentera Amerika berjaya membebaskan seluruhwilayah Filipina daripada penguasaan Jepun.

Kapal terbang Amerika Syarikat melancarkan pengeboman secara besar-besaran danhampir 60 buah bandar besar di Jepun dimusnahkan. Amerika Syarikat dan Britain berusahauntuk memaksa Jepun menyerah kalah tanpa syarat. Serangan yang berterusan ini semakinmenyulitkan pusat pemerintahan di Tokyo menghubungi tanah jajahannya di Asia Tenggara.Pada pagi 6 Ogos 1945, sebuah kapal terbang Superfortress Amerika Syarikat menggugurkanbom atom yang pertama di Hiroshima dan diikuti oleh bom atom yang kedua di Nagasaki pada9 Ogos 1945. Akhirnya, kerajaan Jepun terpaksa menyerah kalah. Keputusan ini diumumkansendiri oleh Maharaja Hirohito pada 15 Ogos 1945. Pengisytiharan menyerah kalah secararasmi ditandatangani di hadapan Panglima Agung Kuasa Berikat, Jeneral Douglas Mac Arthurdi atas sebuah kapal perang Amerika Syarikat bernama Missouri pada 2 September 1945.

Pada 20 Ogos 1945, Putera Kanin Haruhito dihantar ke Tanah Melayu sebagai utusankhas kerajaan Jepun untuk mengarahkan Pentadbiran tentera Jepun di Tanah Melayu yangberpusat di Singapura menyerah diri secara rasmi kepada pihak Berikat. Beliau jugamengumumkan bahawa semua kegiatan tentera diberhentikan berkuatkusa pada 25 Ogos1945. Setelah tentera Jepun menyerah kalah secara rasmi, kekosongan kuasa di Tanah Melayuakan diisi secara berperingkat-peringkat melalui pendaratan tentera British di Pulau Pinang,Singapura dan Morib. Upacara penyerahan diri tentera Jepun di Tanah Melayu diadakan secararasmi pada 12 September 1945 di banguanan Perbandaran Singapura. Pihak Jepun diwakilioleh Komanden tentera Jepun di Tanah Melayu, Jeneral Itagaki, manakala tentera Berikat olehPemerintah Tertinggi Tentera Berikat di Asia Tenggara, Lord Louis Mountbatten.

SUASANA DI TANAH MELAYU SELEPAS PERANG DUNIA KE DUA

Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu

Pemerintahan British di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua terbahagi kepada tigacorak pentadbiran iaitu Negeri-negeri Selat (Singapura, Melaka dan Pulau Pinang), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri-negeriMelayu Tidak Bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis). Negeri-negeri Selatdiperintah secara langsung oleh British melalui seorang Gabenor British dan tarafnya adalahsebagai tanah jajahan British. Pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu terletak dibawah seorang Pesuruhjaya British yang berpusat di Kuala Lumpur dan di setiap negeritersebut dilantik seorang Residen British. Di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pula, pihakBritish telah melantik seorang wakilnya yang dipanggil Penasihat British. Kekalahan British diTanah Melayu di tangan Jepun dalam tempoh yang singkat menyedarkan British terhadapkelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang.

Page 15: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 60

Akibatnya pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di Londonuntuk merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas tamatperang nanti. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan politik diTanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU. Pada 10 Oktober 1945, Setiausaha PejabatTanah Jajahan British, George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politikTanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union. Kedatangan semula pihak British keTanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua telah membawa satu corak pemerintahan baruyang bertujuan untuk menyatukan semua negeri-negeri Melayu kecuali Singapura di bawahsatu pemerintahan pusat yang diperintah terus oleh seorang Gabenor British. GagasanPentadbiran baru yang dirancang oleh pihak British itu dinamakan Malayan Union. Gagasan initelah dirancang sebelum Perang Dunia Kedua lagi.

Bagi menjayakan gagasan tersebut sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Sir EdwardGent telah diarahkan oleh pihak British untuk membentuk dasar-dasar yang akan dilaksanakandi Tanah Melayu apabila pihak British kembali semula ke Tanah Melayu. Jawatankuasatersebut telah merangka satu dasar yang telah dipersetujui oleh kerajaan British untukdilaksanakan iaitu sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union untuk keseluruhanTanah Melayu termasuk Melaka dan Pulau Pinang. Di dalam rancangan Malayan Union,Singapura akan dipisahkan pentadbirannya daripada negeri-negeri Tanah Melayu yang lain.Alasan pihak British untuk mengasingkan Singapura adalah disebabkan kedudukan Singapurasebagai pusat perniagaan seberang laut yang maju, kedudukan ekonomi yang baik danmenguntungkan British.

Rajah 4.1: Bantuk pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu

Antara perkara-perkara utama yang menimbulkan kemarahan orang-orang Melayumelalui rancangan Malayan Union ialah mengenai hak keistimewaan orang-orang Melayu sertapenukaran taraf Negeri-negeri Melayu daripada taraf negeri-negeri naungan British kepadanegeri-negeri jajahan British. Melalui rancangan ini semua anggota majlis yang ada dalamrancangan Malayan Union hendaklah menyatakan taat setianya kepada Ratu Inggeris dan

Parlimen British

Pesuruhjaya Negeri-negeri

Gabenor Malayan Union

Majlis Undangan

Majlis Eksekutif Majlis Eksekutif

Page 16: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 61

bukan lagi kepada raja-raja Melayu. Malayan Union akan diperintah oleh seorang Gabenordengan Majlis Mesyuarat Kerja (Executive Committee) dan sebuah Majlis Mesyuarat Negeri.Melalui rancangan ini, gabenor mempunyai kuasa yang besar dan kuasa muktamad terhadapsesuatu hal pentadbiran di Tanah Melayu dan Singapura.

Kuasa yang ada pada gabenor ini adalah lebih besar daripada kuasa Raja-raja Melayuitu sendiri. Mengenai kerakyatan, mereka yang berhak adalah terdiri daripada mereka yangdilahirkan di dalam negeri-negeri Malayan Union dan Singapura. Rakyat yang telahbermastautin di kedua-dua negeri tersebut juga layak untuk mendapat hak kerakyatan dengansyarat mereka telah menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun daripada 15tahun masa penjajahan British, tidak termasuk masa penjajahan Jepun. Harold MacMichaeldihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan-sultan bagi mempersetujuipenubuhan Malayan Union. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21Disember 1945. Parlimen British telah mengeluarkan “kertas putih” yang mengandungicadangan-cadangan Malayan Union.

Kerajaan British terpaksa mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu sebagaipersetujuan dan sokongan terhadap rancangan ini. Melalui Setiausaha Tanah Jajahan,kerajaan British telah menghantar Sir Harold Mac Michael ke Tanah Melayu untukmelaksanakan tugas mendapatkan tandatangan tersebut. Dengan kepintaran melakukan tipuhelah dan membuat ugutan kepada beberapa orang Raja-raja Melayu, akhirnya MacMichaeltelah berjaya mendapatkan kesemua tandatangan Raja-raja Melayu pada 2 Disember 1945.Walaupun pihak Raja-raja Melayu keberatan untuk menandatangani perjanjian tersebut tetapimereka terpaksa menurut demi untuk menjaga kepentingan mereka. MacMichael telahmengugut akan menurunkan takhta Raja-raja Melayu yang enggan menandatangani perjanjiantersebut dan menggantikan mereka dengan kerabat raja lain yang bersetuju untuk menurunkantandatangan perjanjian tersebut.

Huraikan ciri-ciri kerajaan Malayan Union yang dicadangkan olehkerajaan British?

Pada pandangan anda, adakah patut orang-orang Melayu menentangMalayan Union, sedangkan kerajaan British baru saja merampas kembali TanahMelayu daripada penaklukan Jepun?

Page 17: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 62

Perlembagaan Malayan Union

Perlembagaan Malayan Union mengandungi 2 fasal utama iaitu yang berkaitan denganpentadbiran dan kerakyatan.

1. Pentadbiran

a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan),Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu) dan 2buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unitpolitik yang dikenali sebagai Malayan Union.

b. Singapura diasingkan dari Malayan Union kerana jumlah penduduk Cina yang ramai,kedudukan yang strategik dan taraf pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah yangberasingan dan ditadbir oleh seorang Gabenor.

c. Kedudukan sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan merekadikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran. Kuasa sultan hanyatertumpu dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu di mana merekadilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing-masing.

Gabar 4.2: Adakah andatahu gambar siapakah ini?

Gambar 4.3: Apa kaitangambar ini dengan gambarsebelah? fikirkan

Page 18: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 63

d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan hal ehwaltempatan tetapi diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan pusat.

e. Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dengan pemusatanpentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur.

f. Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja danMajlis Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan.

g. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran Malayan Union,Singapura dan wilayah Borneo.

2. Kerakyatan

Perlembagaan Malayan Union memberi hak dan peluang yang sama kepada semuawarganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan:

a. Lahir di Tanah Melayu atau Singapura.b. Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang terdahulu

sebelum 15 Februari 1942.c. Mereka yang tidak layak Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-

duanya warganegarad. Malayan Union mengikut syarat atas boleh memohon menjadi warganegara selepas

tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun.

Jelaskan tujuan utama kerajaan Inggeris memperkenalkan Malayan Unionselepas tamat Perang Dunia Kedua?

Malayan Union yang diperkenalkan oleh Inggeris itu telah mendapattentangan hebat daripada orang-orang Melayu, huraikan .

Penentangan Orang Melayu

Pengenalan dan penubuhan Malayan Union telah menimbulkan penentangan hebat dari orangMelayu. Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold Mac Michael mendapatkantandatangan sultan bagi mempersetujui penubuhan Malayan Union. Semasa dimintamenandatangani persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yangterkandung dan perlembagaan Malayan Union. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukupuntuk meneliti kebaikan dan keburukan Malayan Union. Selain itu, mereka juga tidakdibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelummenandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union. Ugutan oleh Harold Mac Michaeltelah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana sultan engganmenandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union, sultan tersebut akan dianggap pro-

Page 19: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 64

Jepun dan disingkirkan dari takhta. Hal ini yang apabila Sultan Badlishah yang diberi kata duasama ada menandatangani persetujuan penubuhan Malayan Union atau turun dari takhta.Penubuhan Malayan Union akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan sultan. Walaupunkedudukan sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan sultan dikurangkan. Sultantidak mempunyai kuasa pentadbiran tetapi hanya tertumpu dalam hal ehwal Islam dan adatresam Melayu. Malah kuasa sultan dalam hal-ehwal Islam juga terjejas apabila Britishmencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor.Sultan-sultan dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemerosotan kuasa sultan berertikehilangan kuasa orang Melayu di Tanah Melayu. Penubuhan Malayan Union akanmenghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai bumiputera TanahMelayu kerana perlembagaan Malayan Union memberi hak dan peluang yang sama kepadasemua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu tidak mahu hakistimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang diTanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaanekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antaraorang Melayu dengan Cina.

Selain itu, orang Melayu tidak bersetuju dengansyarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jussoli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan Indiadiberi syarat kerakyatan yang longgar kerana merekamasih tidak yakin dengan taat setia orang Cina danIndia terhadap Tanah Melayu. Pemberian tarafkerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramaiorang Cina dan India menjadi warganegara TanahMelayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yangsudah pun menguasai ekonomi akan menguasai politikapabila bilangan mereka melebihi orang Melayu.Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun1947, jumlah Melayu hanya 49.46 peratus daripadajumlah penduduk Tanah Melayu. Tentangan orangMelayu terhadap Malayan Union juga disebabkanmereka menyedari perlembagaan Malayan Unionmerupakan balas dendam British terhadap orangMelayu kerana menyokong Jepun semasa PerangDunia Kedua di Tanah Melayu. Oleh itu, orang Melayumendakwa perkembangan ini dilaksanakan dalamsuasana anti Melayu dan pro Cina kerana MalayanUnion merugikan orang Melayu dan menguntungkan orang Cina. Tentangan orang Melayuterhadap Malayan Union juga disebabkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadappemerintahan British kerana orang Melayu tidak diberi peluang terlibat dalam merangkaperlembagaan Malayan Union. Perlembagaan itu dirancang oleh pegawai British dalam MPU diLondon. Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh British semasa mereka merangkaperlembagaan tersebut.

INFO

Utusan Melayu pada 12.10.1945melaporkan:

“…dari pandangan sepintas laludapatlah diketahui bahawacadangan Malayan Union itumenguntungkan orang bukanMelayu. Hal ini amatlahmencemaskan fikiran danperasaan orang Melayu mengenaihari depan mereka. Para sultanhendaklah menimbangkan dengansepenuh hati cadangan MalayanUnion ini sebelummenyetujuinya”.

Page 20: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 65

Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union boleh dibahagikan kepada duaperingkat yang utama iaitu secara individu dan secara kolektif dan teratur pada peringkatpertama pelbagai penentangan telah dilakukan antaranya melalui akhbar-akhbar telahmemainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadapMalayan Union. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialamioleh orang Melayu jika Malayan Union dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatudalam usaha menentang Malayan Union dan diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telahwujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagimenguatkan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Berita tentang penentanganorang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang Melayu di seluruhTanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlisdan Pelita Malaya. Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatudan bekerjasama dalam usaha menentang Malayan Union. Mereka telah menulis surat kepadaRaja British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohonsokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak kerajaan Britishdan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union dan merangkaperlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungikepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar diBritain terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuanganorang Melayu. Antara bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu iaituFrank Swettenham, Authur Richard, Cecil Clementi, Rolland Braddle dan Winstreadt. Orang-orang Melayu juga telah mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan dibandar-bandar lain di seluruh negeri-negeri Melayu untuk menunjukkan bantahan merekaterhadap Malayan Union.

Gambar 4.4: Gambar-gambar sekitar penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union

Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar, KongresMelayu Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4Mac 1946. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan

Gambar

Page 21: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 66

Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supayabersatu dan berusaha untuk menentang Malayan Union. Kongres tersebut juga mencadangkansupaya ditubuhkan sebuah pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu diseluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakandi Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akhirnya,Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam KongresMelayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar dilantiksebagai Presiden UMNO yang pertama. Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, Britishtetap mahu melaksanakan Malayan Union. Akibatnya, sultan-sultan, pembesar-pembesar danorang-orang Melayu telah memulaukan upacara panubuhan Malayan Union dan perlantikanEdward Gent sebagai Gabenor pertama pada 1 April 1946. Selama seminggu sejak penubuhanMalayan Union, orang Melayu telah mengadakan perkabungan untuk menunjukkan betapasedihnya mereka akibat penubuhan Malayan Union. Dalam perkabungan tersebut, lelakiMelayu memakai songkok yang dililit kain putih manakala wanita Melayu melilitkan kain putih dilengan baju. Perkabungan orang Melayu juga mendapat simpati daripada orang asli. Dalamakhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang Sakai di Ulu Langat telah keluar kePekan dengan memakai bunga-bunga kabung. Sebagai bantahan yang lebih keras ahli-ahliMelayu dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadapMalayan Union.

Reaksi Orang Bukan Melayu

Perlaksaanaan Malayan Union mungkin berjaya sekiranya mendapatkan sokongan orangbukan melayu orang bukan melayu khususnya orang India dan Cina tidak menunjukkansebarang reaksi pada mulanya. Kerana bagi orang Cina, British telah menjanjikan hakkerakyatan secara jus soli. Namun apabila kerajaan British mengambil keputusan untukmenangguhkan fasal mengenai kewarganegaraan kerana desakan orang Melayu, orang Cinatelah hilang kepercayaan dan merasakan pihak British telah mungkir janji. Dengan itu orangCina mula menentang dengan pelbagai cara iaitu melalui kesatuan, penubuhan dan akhbar-akhbar.

Terdapat beberapa golongan orang Cina yang mengemukakan tentangan terhadapMalayan Union melalui akhbar-akhbar Cina dan Kesatuan Demokratik Malaya iaitu pertubuhanberhaluan kiri yang ditubuhkan pada 12 Oktober 1942. Tentangan orang Cina berpusat padapembentukan MPAJA yang ditubuhkan pada tahun 1946. Mereka memperjuangkan sebuahTanah Melayu yang bersatu dengan Singapura dan menuntut hak kerakyatan yang sama rata.Melalui akhbar Sin Chew Jit Poh juga menentang Malayan Union dengan menyatakan Raja-rajaMelayu tidak mempunyai hak untuk mewakili kaum Cina. Masyarakat Cina yang menjadi ahliParti Kuomintang di Tanah Melayu lebih menumpukan perhatian dalam perkembangan. Merekamenganggap penerimaan Malayan Union akan membatalkan kebangsaan Cina secaraautomatik. Sebilangan kaun Cina tidak menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air mereka.Matlamat mereka hanyalah mencari kekayaan untuk dibawa pulang negeri masing-masing.Dalam pada masa yang sama terdapat golongan orang Cina yang menjadi anggota parti

Page 22: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 67

Komunis Malaya dan MPAJA semata-mata untuk membentuk negara komunis Malaya.Terdapat juga masyarakat Cina yang bersikap berkecuali iaitu Chinese Centre dan merekamengalu-alukan kertas putih Malayan Union.

Bagi kaum India pula pada mulanya tidak berminat langsung dengan keadaan politiktanah melayu. Sebahagia besar daripada mereka masih menumpukan perhatian ditanah airmereka sendiri iaitu perjuangan Parti Kongres India apabila UMNO dan orang Melayumenentang Malayan Union dan mendesak kerajaan British mengadakan pindaan terhadapMalayan Union dalam soal kerakyatan, sikap orang Cina dan India mula berubah. Merekamenuntut hak kerakyatan yang sama rata. Masyarakat Cina di bawah pinpinan Tan Cheng Lockmula menyuarakan perasaan mereka dan desakan yang dilakukan oleh UMNO dan orangMelayu telah menjejaskan kepentingan mereka. Oleh yang demikian kerajaan British digesamenerima cadangan UMNO supaya penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Perkara mengenaikerakyatan juga perlu dipinda. Segala langkah-langkah yang hendak dibuat mestilah terlebihdahulu dirancang dengan UMNO dan wakil-wakil raja demi kebaikan masa depan orangMelayu.

Bincangkan kenapakah Malayan Union ditentang oleh Orang Melayu?

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Ekoran tentangan yang kuat dan berterusan daripada orang Melayu, kerajaan Brtish telahmembatalkan cadangan menubuhkan Malayan Union. British sedar bahawa tanpa sokonganorang Melayu rancangan mereka untuk mengadakan satu bentuk pemerintahan negara tidakakan berjaya. Hasil sikap tolak ansur kerajaan British menubuhkan jawatankuasa kerja padabulan Julai 1946. jawatakuasa tersebut terdiri daripada empat wakil-wakil Raja-raja Melayu danwakil UMNO dan enam pegawai British. Jawatankuasa tersebut mencadangkan supayamemulihan kedudukan raja-raja Melayu dan kedaulatan sultan akan dikembalikan, penubuhanDewan Undangan Negeri bagi setiap negeri, syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketatuntuk kaum-kaum bukan Melayu serta pemberian hak istimewa kapada kaum Melayu akandijamin Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan melalui satu perjanjianyang ditandatangani pada 21 Januari 1948. Perjanjian ini dikenali sebagai PerjanjianPersekutuan Tanah Melayu 1948 yang telah ditandatangani oleh sembilan orang Raja-rajaMelayu dan Pesuruhjaya Tinggi British yang mewakili kerajaan British.

Penubuhan Persekuuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948 yang terdiri daripadasembilan buah negeri Melayu iaitu Perils, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang,

Page 23: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 68

Terengganu, Kelantan dan Negeri-negeri Selat manakala Singapura kekal menjadi tanahjajahan British yang berasingan. Kerajaan persekutuan diketuai oleh seorang PesuruhjayaTinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif. Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis UndanganPersekutuan telah ditubuhkan bagi membantu Pesuruhjaya Tinggi British. Penubuhan MajlisRaja-raja Melayu atau Dubar yang berfungsi untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British.Penubuhan Majlis-majlis Mesyuarat Undangan negeri di peringkat negeri berfungsi sepertiMajlis Mesyuarat Undangan Persekutuan. Jawatan menteri besar diwujubkan bagimenggantikan jawatan Residen British yang dimansuhkan. Kuasa kerajaan negeri diperluaskanuntuk meliputi perkara-perkara yang berkait dengan kewangan, kerajaan tempatan dankesihatan. Dalam syarat kerakyatan kepada orang-orang asing yang ingin bermastautin dinegara ini. Semasa Perlembagaan 1948 dikuatkuasakan mereka yang dianggap sebagaiwarganegara Persekutuan Tanah Melayu ialah semua rakyat raja sebuah negeri Melayu.Semua warga British yang dilahirkan di Pulau Pinang dan Melaka yang telah menetap selama15 tahun berturut-turut di salah sebuah kawasan yang termasuk dalam Persekutuan TanahMelayu. Semua rakyat British yang dilahirkan dikawasan yang termasuk dalam PersekutuanTanah Melayu yang bapanya sendiri dilahirkan di kawasan yang berkenaan atau telah menetapdi Tanah Melayu 15 tahun berturut-turut. Semua orang yang telah dilahirkan dalam PersekutuanTanah Melayu yang biasanya bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat Melayu

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memulihkan kedudukan Raja-rajaMelayu menjadi bertambah baik. Raja-raja Melayu telah diberi semula hak utama dan kuasauntu menjadi raja-raja yang berdaulat di negeri masing-masing mereka juga diberi kuasa penuhdalam adat istiadat orang Melayu dan agama Islam seperti kedudukan sebelum tahun 1941 disamping itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menyatakan bahawa matlamat akhirkerajaan British adalah memupuk kemajuan ke arah pemerintahan sendiri pada masa depanbagi mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan British di London.

PENUBUHAN PARTI-PARTI POLITIK YANG BERASASKANPERKAUMAN

United Malay National Organisation (UMNO)

UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Iaditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1946 dan diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar. Matlamatutama penubuhan UMNO ialah untuk menentang penubuhan Kesatuan Malaya danmenyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Cogan kata utama parti ini iaitu“Hidup Melayu” digunakan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu dan mempertahankankedudukan serta hak keistimewaan mereka. Dato’ Onn Jaafar mempunyai pandangan kehadapan melebihi kemahuan ahli-ahli UMNO. Beliau mula memperkatakan tentang kerjasamadengan kaum-kaum lain. Pada bulan Oktober 1949, Dato’ Onn mencadangkan satu rupabangsa Tanah Melayu berasaskan pertuturan satu bahasa. Kemudian beliau mencadangkansupaya pemberian kerakyatan lebih longgar. Cadangan ini ditentang oleh ahli-ahli UMNO.Ekorannya Dato’ Onn meletakkan jawatan pada bulan Jun 1950. Tindakannya diikuti oleh

Page 24: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 69

Jawatankuasa UMNO yang lain kecuali Setiausaha Agung. Dato’ Onn dipujuk semulamemimpin UMNO dan kembali memegang jawatan pada bulan Ogos 1950.

Satu perkembangan baru berlaku dalam dalam UMNO apabila slogan “Hidup Melayu “diganti dengan “Merdeka”. Ini dipersetujui dalam persidangan agung pada 25-26 Mac 1951.Dato’ Onn berpendapat kerajaan British tidak akan memberikan kemerdekaan jika tidak wujudperpaduan kaum. Dengan itu beliau mencadangkan membuka pintu keahlian kepada kaum laindan nama UMNO ditukar daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu kepadaPertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu. Perkataan Melayu digugurkan dan digantikan denganMalaya. Dengan cara ini Dato’ Onn berharap pintu UMNO akan terbuka untuk kaum lain. Dalampersidangan UMNO yang berlangsung pada 25 dan 26 Ogos, cadangan Dato’ Onn ini dibantahdengan kerasnya oleh para perwakilan. Akhirnya pada 27 Ogos 1951, Dato’ Onn sekali lagimelepaskan jawatan Presiden UMNO setelah memimpin selama 5 tahun. Setelah jawatanPresiden UMNO dipertandingkan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman berjayamengalahkan dua pencabar lain. Tunku Abdul Rahman memimpin UMNO sehingga tahun1970.

Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

Setelah meletakkan jawatan daripada UMNO, Dato’ Onn bersama rakan-rakan yang lainmenubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 16 September 1951 di Kuala Lumpurdengan dihadiri oleh lebih 100 orang dari semua kaum. Kebanyakan pemimpin utamamasyarakat bukan Melayu terutamanya Tan Cheng Lock, E. E. C. Thurisingam dan yanglainnya telah memberikan sokongan yang padu terhadap IMP. Tan Cheng Lock dalamucapannya pada hari perasmian IMP telah menyeru kepada semua kaum terutamanya MCAagar memberi kerjasama pada IMP dalam mencapai matlamatnya iaitu mencapai tarafberkerajaan sendiri dalam tempoh 10 tahun. Mengadakan pilihanraya yang berasaskan prinsipdemokrasi diperkenalkan di peringkat kerajaan tempatan pada tahun 1953 dan kemudiannya keperingkat perundangan pusat pada tahun 1955. Selain itu, juga ia bermatlamat ke arahmemalayanisasikan perkhidmatan awam dan membentuk sebuah perkhidmatan Tanah Melayu(Malayan Service) serta memberi pelajaran asas secara percuma kepada kanak-kanak berumurdi antara 6 sehingga 12 tahun. Antara matlamat yang lain pula ialah memberikan perkhidmatankebajikan sosial terutama di kawasan luar bandar, memberi subsidi dan jaminan hargabarangan petani-petani, dan akhir sekali mengadakan reformasi ke atas sistem feudal di negeri-negeri Melayu.

Parti IMP tidak berjaya menarik sokongan lebih ramai orang Melayu UMNO kerana tidakyakin dengan konsep parti berbilang kaum. Populariti Dato’ Onn tidak dapat menjaminsokongan kepada parti IMP. Tunku Abdul Rahman dalam salah satu mesyuarat UMNO yangdiadakan pada 29 hingga 30 mac 1952 telah mengecam sesiapa yang menyokong ataumenunjukkan simpati terhadap IMP, maka ahli tersebut akan dibuang dari UMNO. Orang Cinajuga tidak menyokong IMP kerana mereka lebih berminat dengan MCA. Dato’ Onn berharapTan Cheng Lock yang pada peringkat awal menyokongnya dapat menarik sokongan orang Cinakepada IMP tetapi gagal dan Dato’ E.E C Thuraisingam juga tidak berjaya menarik sokongan

Page 25: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 70

orang India. Dalam pilihan raya pada tahun 1952, IMP kalah dan kekuatannya tidak dapatdipulihkan. Ini telah mendorong Dato’ Onn menubuhkan pula Parti Negara.

Parti Negara

Parti ini ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar pada bulan Februari 1954 dan tokoh-tokoh Melayudaripada IMP selepas persidangan IMP adalah menteri-menteri besar. Pemimpin-pemimpinParti Negara yang lain ialah Dato’ Hamzah Abdullah, E.E. C Thuraisingam, Heah Joo Seng danW. Mac Leod. Dasar perjuangan Parti Negara ialah memperjuangkan perpaduan nasional danraja berperlembagaan. Parti ini juga mahu taraf berkerajaan sendiri. Dari segi bahasa, bahasaMelayu dan Inggeris diterima sebagai bahasa rasmi. Keahlian Parti Negara pula terbukakepada semua kaum warga Tanah Melayu dan British. Bagaimanapun kebanyakan ahlinyaterdiri daripada orang Melayu. Sokongan yang diperoleh oleh Parti Negara lebih baikberbanding IMP terutama di negeri Terengganu, Kelantan, Johor, Kedah dan Selangor.

Dalam pilihan raya negeri tahun 1954, Parti Negara gagal. Begitu juga dalam pilihanraya kebangsaan 1959, Parti Negara meletakkan 70 orang calon. Dato’ Onn memenangi kerusiDewan Rakyat Terengganu Selatan manakala empat orang rakannya berjaya memenangikerusi Dewan Undangan Negeeri Terengganu. Pada umunya Parti Negara kurang berjaya danterus merosot selepas Dato’ Onn meninggal dunia pada 18 Januari 1962.

Malayan Chiness Association (MCA)

Kejayaan Parti Komunis menubuhkan kerajaan di negeri China mendorong ahli-ahli politikkanan kaum Cina di Tanah Melayu menubuhkan parti politik. Perkembangan PKM jugamendorong ke arah itu. Ketua-ketua masyarakat Cina mahu mengelakkan kecaman yangmenganggap kaum Cina keseluruhannya menyokong perjuangan PKM. darurat menyebabkanpengaruh PKM tergencat dan kepimpinan politik Cina perlu diisi. Peluang ini digunakan olehtokoh-tokoh Cina berpendidikan Inggeris dan ahli-ahli perniagaan menubuhkan sebuah parti.Usaha menubuhkan Pakatan Cina Tanah Melayu diusahakan oleh Tan Cheng Lock pada awaltahun 1948 tetapi gagal. Uasaha ini diteruskan oleh Leong Yew Koh. Pihak British juga mahumewujudkan sebuah pertubuhan kebangsaan Cina yang pro-British. Pesuruhjaya Tinggimeminta H. S. lee yang menjadi pengerusi Dewan Perniagaan Cina Selangor mengambil dayausaha pembentukan sebuah pertubuhan politik Cina. Menjelang bulan Februari 1949, MCAberjaya ditubuhkan di bawah pimpinan Tan Cheng Lock. Golongan pedagang Cina yang kayaturut menyokong penubuhannya bagi mengimbangi kegiatan politik yang hampir dimonopolioleh UMNO. Terdapat tiga matlamat utama UMNO ditubuhkan:

i- Untuk menggalak dan mengekalkjan hubungan baik antara kaum di Tanah Melayu.ii- Untuk menjaga kepentingan dan kebajikan kaum Cina dalam soal kemasyarakata,

ekonomi dan politik menurut lunas-lunas perlembagaan dan undang-undang.iii- Untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan bagi mewujudkan Tanah Melayu

yang lebih aman dan terus maju.

Page 26: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 71

Pada peringkat awal MCA lebih menumpukan minat pada kerja-kerja sosial seperti membantupenduduk-penduduk kampung baru. Tan Cheng Lock mahu MCA mengubah imej menjadi partipolitik sepenuhnya tetapi ideanya ditentang oleh kumpulan yang mahu terus mengekalkanidentiti pertubuhan kemasyarakatan. Tan Cheng Lock mengecam mahu meletakkan jawatan.Akhirnya pada pertengahan tahun 1952, MCA secara rasmi menjadi parti politik.

Malayan Indian Congress (MIC)

Kongres India Malaya (MIC) ditubuhkan pada 8 Ogos 1946 dan dipimpin oleh John A. Thivysebagai presiden yang pertama. Matlamat penubuhan MIC ialah untuk menga kepentinganpolitik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu. Apabila India merdeka pada tahun1947 maka matlamat kedua menjadi tumpuan mereka. Dua pertubuhan India yang lain di TanahMelayu ketika itu ialah Malayan Indian Association dan Federation of Indian Organisation.

Pada peringkat awal pemimpin-pemimpin MIC terdiri daripada orang India Utara tetapitahun-tahun 1950-an dimonopoli oleh orang India Selatan terutama orang Tamil. Padaperingkat awal pengaruh parti politik kurang jelas dikalangan penoreh dan buruh-buruh India.Semasa menentang Persekutuan, MIC turut menyokong AMCJA terutama dalam soalkerakyatan. MIC pernah bergabung dengan parti-parti berhaluan kiri tetapi gagal. Selepas ituMIC menyokong IMP yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Bagaimanapun setelah menelitiperkembangan politik Tanah Melayu, MIC mengambil keputusan menyertai Perikatan padatahun 1954 yang sebelumnya dianggotai oleh UMNO dan MCA. MIC menjadi lebih bertenaga dibawah kepimpinan J. T Sambanthan.

Parti Islam Se-Melaya (PAS)

Penubuhan PAS ada hubung kait dengan UMNO dan Hizbul Muslimin. Bekas ahli HizbulMuslimin memang berhasrat menubuhkan sebuah parti Islam tetapi tidak ada pemimpin.Kebanyakan pemimpinnya ditangkap pada masa darurat. Bagaimanapun bibit percambahanPAS datang daripada UMNO. UMNO sebagai parti politik Melayu memang berminat denganIslam. UMNO mempunyai jabatan khas menguruskan hal-ehwal agama Islam. Ketua jabatan inidipegang oleh Syeikh Abd. Alla Pahim (Mufti Pulau Pinang). Walaupun ada bahagian Islamtetapi sambutan alim ulama untuk menyertai UMNO masih terhad. Sebagai usaha menarikperhatian kumpulan ini, UMNO telah mengadakan perjumpaan kebangsaan di Muar pada 21-22Februari 1950. Jumlah perwakilan yang hadir ialah 52 orang dan pemerhati seramai 300 orang.Dari sinilah timbul hasrat untuk menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya . Dalam persidangandi Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 ketetapan dibuat menubuhkan Persatuan Ulama danketua penajanya Haji Ahmad Fuad Hassan.

Kongres Persatuan yang diadakan di Butterworth pada 24 November 1981 turut disertaioleh Persatuan al-Ihya ash-Syarif. Seorang peserta iaitu Muhammad Ma’sum dari Telaga Air,

Page 27: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 72

Butterworth mencadangkan nama persatuan ulama sebagai Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).PAS kemudiannya muncul sebagai parti politik yang penting. Dalam pilihan raya 1955 Pasmemenangi1 kerusi daripada 52 kerusi . Dalam pilihan raya 1959 PAS berjaya menubuhkankerajaan di Kelantan dan Terengganu. Kerajaan PAS di Terengganu bagaimanapun dikalahkandalam undi tidak percaya oleh Perikatan di bawah Ibrahim Fikri dengan bantuan empat ahliParti Negara.

KE ARAH KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Parti Perikatan

Usaha-usaha awal untuk menggabungkan parti-parti yang berbilang kaum dalam satu pakatanbermula apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan bersama pada bulan Januari 1951apabila British mahu mengadakan pilihan raya kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada bulanFebruari 1952. Cawangan UMNO dan MCA Kuala Lumpur bersetuju mewujudkan Perikatan.Dua tokoh penting dalam pakatan ini ialah Dato’ Yahya Abd. Razak dan Kolonel H.S Lee.Dalam pilihan raya trsebut parti Peikatan telah memenagi 9 daripada 12 kerusi yangdipertandingkan. Seterusnya parti Perikatan memenangi pilihan raya Perbandaran Johor Bahru,Muar dan Melaka. Dalam pilihan raya bandaran di enam bandar utama, Perikatan menang 26daripada 37 kerusi. Kejayaan pakatan ini mencerminkan bahawa usaha-usaha bersama antarakaum dapat menghasilkan kejayaan bagi kepentingan bersama. Berlandaskan kejayaan ini,Tunku Abdul Rahman dan Tan Cheng Lock telah membentuk Parti Perikatan pada peringkatkebangsaan pada tahun 1952. Pada tahun 1953, Perikatan menang 226 kerusi daripada 268kerusi yang dipertandingkan. Salah satu faktor kejayaan ialah meningkatnya kerjasama antarakedua-dua parti.

Antara isu penting kempen Perikatan ialah desakan supaya diadakan pilihan rayakebangsaan. Pada 2 Mei 1953, Tunku Abdul Rahman berjumpa pemimpin-pemimpin MCA bagimembincangkan soal pilihan raya. MCA-UMNO kemudiannya menganjurkan kongreskebangsaan pada bulan Ogos 1953 dan dihadiri oleh PAS, PMU (Peninsular Malay Union) danPMMK (Persatuan Persetiaan Malaya Kelantan). Kongres ini mendesak diadakan pilihan rayadengan segera.

Pada tahun 1954, Perikatan menghantar perwakilan ke London untuk menemuiSetiausaha Negara Tanah Jajahan, Oliver Lytteton. Bagi mengukuhkan tuntutan, Perikatanakan menarik balik semua perwakilannya dalam Mesyuarat Persekutuan, negeri, tempatan,bandaran dan semua badan kerajaan. Ini melibatkan 600 ahli UMNO dan 400 ahli MCA. Inimenyebabkan kerajaan British bertolak ansur dan memenuhi tuntutan Perikatan walaupun padaperingkat awal British menganggapnya agak melampau. Gabungan Perikatan diperluaskan lagipada tahun 1954 apabila MIC menganggotainya menjelang pilihan raya Persekutuan 1955.Pakatan ini telah menjadikan Perikatan sebagai wakil tiga kaum terbesar di Malaysia.

Dalam usaha memberi pengalaman pentadbiran kepada penduduk tanah Melayu,pendedahan telah dibuat ke arah itu. mulai April 1951 sistem “Ahli” diperkenalkan. Sistem “Ahli”

Page 28: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 73

merupakan peringkat separuh kementerian dan ahli Majlis yang dilantik bertanggungjawab keatas jabatan-jabatan dan kerajaan. Pada tahun 1952 semua anggota “Ahli” dimasukkan kedalam Majlis Mesyuarat. Ini bagi membolehkan mereka ada pengalaman eksekutifperundangan.

Antara tokoh-tokoh yang pernah dilantik dalam sistem “Ahli” termasuklah Dato’ OnnJaafar, Tunku Yaakob ibn Sultan Abd. Hamid, E. E. C Thuraisingam, Dr. Lee Tiang Keng, Dato’Mahmud Mat, Kolonel H. S Lee dan Datuk Nik Ahmad Kamil. Jawatan-jawatan yang diberikankepada mereka termasuklah hal-ehwal keselamatan dalam negeri, pertanian dan perhutanan,pelajaran, kesihatan, tanah, perlombongan dan perhubungan. Anggota-anggotanya dilantik olehPesuruhjaya Tinggi dan bukan dipilih. Ini dianggap satu langkah ke belakang dalam prosesberkerajaan sendiri. Tetapi bagi pihak British berpendapat bahawa usaha ini ke arah melatihorang Tanah Melayu memerintah sendiri.

Ke Arah Pemerintahan Sendiri

Berdasarkan Perjanjian Persekutuan usaha-usaha dibuat ke arah pemerintahan sendiri antaralangkah-langkah yang diambil termasuklah mengadakan Pilihan Raya Majlis Bandaran di PulauPinang (Disember 1951) dan Kuala Lumpur (Februari 1952). Dalam Pilihan Raya BandaranPulau Pinang, parti Radikal memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan. Pilihan RayaMajlis Bandaran Kuala Lumpur pula diadakan pada bulan Februari 1952.

Dalam usaha memberi pengalaman pentadbiran kepada penduduk tanah melayupendedahan dibuat ke arah itu. Mulai april 1951 sistem ahli diperkenalkan. Sistem ahlimerupakan peringkat separuh kementerian dan ahli majlis dilantik bertanggungjawab ke atasjabatan-jabatab dan kerajaan. Pada tahun 1952 smua anggota ahli dimasukkan ke dalam majlismesyuarat. Ini bagi membolehkan mereka pada pengalaman eksekutif perundangan.

Antara tokoh-tokoh yang pernah dilantik dalam sistem ahli termasuk Dato’ Onn, TunkuYaakop bin Ibn Sultan Abd Hamid, E.E.C Thuraisinggam, Dr. Lee Tian Keng, Dato’ MahmudMat, Kolonel H.S. Leedan Datuk Nik Ahmad Kamil. Jawatan-jawatan diberikan kepada merekatermasuklah hal ehwal negeri, pertanian dan perhutanan, pelajaran, kesihatan tanah,perlombongan dan perhubungan. Anggota-anggotanya dilantik oleh pesuruhjaya tinggi danbukan dipilih. Ini dianggap satu langkah ke belakang dalam proses berkerajaan sendiri. Tetapipihak British berpendapat usaha ini ke arah melatih orang Tanah Melayu memerintah sendiri.

Pilihan Raya 1955

Pilihan raya umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 27 Julai1955. Dalam pilihan raya itu, UMNO, MCA dan MIC telah bergabung dalam Parti Perikatan bagimewakili tiga kaum utama di Tanah Melayu. Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Pada mulanya pembahagian kerusi yang akanditandingi antara UMNO dan MCA dalam perikatan ialah 40 UMNO dan 12 MCA. Tetapi dalam

Page 29: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 74

saat-saat akhir muncul satu perkembangan baru apabila MCA pula mahu bergabung dalamperikatan. Justeru itu, pembahagian kerusi menjadi 38 UMNO, 12 MCA dan 2 MIC. Ternyatasekali lagi UMNO kelihatan begitu bertolak ansur apabila ia sanggup mengorbankan 2kerusinya dan tidak satupun dari MCA sedangkan bilangan pengundi melayu adalah lebih jauhbesar daripada MCA yang memiliki hanya kira-kira 11% sahaja. Hanya seorang calon UMNOkalah kepada PAS di kawasan Kubang Krian. Ini membolehkan Tunku Abdul Rahman yangmenjadi ketua Perikatan membentuk kabinet dan beliau sendiri menjadi Ketua Menteri. Antaratokoh yang turut menjadi anggota kabinet beliau ialah Dato’ Abd Razak Hussein, Dato’Sulaiman Abd Rahman, Dr. Ismail, Kol. H.S Lee, Sardon Jubir, V. T Sambanthan, Leong YewKoh, Ong Yoke Lin dan abd Aziz Ishak.

Antara perkara yang menjayakan kempen Perikatan ialah manifesto parti ini. Dalammanifesto pilihan raya tahun 1955 Perikatan UMNO-MCA-MIC antara lain:

i- Berusaha mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun.

ii- Menjadikan perkhidmatan awam bercorak Tanah Melayu.

iii- Penubuhan sekolah kebangsaan.

iv- Melindungi kedudukan raja-raja sebagai ketua berpelembagaan.

v- Menjamin hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

vi- Bahasa Melayu akan menjadi bahasa kebangsaan dalam masa 10 tahun.

Parti-parti lain yang turut bertanding dalam pilihan raya ini ialah Parti Buruh, PartiNegara, Parti Progresif rakyat dan parti Islam Se-Malaya (PAS).

Rundingan Kemerdekaan

Parti-parti politik jelas memperjuangkan kemerdekaan. Parti perikatan misalnya dalammanifesto pilihan raya 1955 berjanji akan berusaha mencapai kemerdekaan dalam masa empattahun. Manakala Parti Negara mahu merdeka dalam masa lima tahun. Apabila Perikatanmembentuk kerajaan mereka telah memulakan rundingan kemerdekaan dengan British. Pada18 Januari–6 Februari 1956 rundingan kemerdekaan diadakan di London. Wakil-wakil TanahMelayu terdiri daripada empat orang wakil Perikatan dan empat orang wakil sultan. Merekaialah Tunku Abdul Rahman (ketua), Datuk Abdul Razak Husein, Kolonel H.S Lee dan Tun Dr.Ismail Abdul Rahman. Wakil-wakil raja Melayu ialah Datuk Panglima Bukit Gantang dari Perak,Abdul Aziz Majid dari Selangor, Datuk Nik Ahmad Kamil dari Kelantan dan Datuk Mohd SethMohd Said dari Johor telah sama-sama menyertai perbincangan merdeka. Semua wakil TanahMelayu telah memberi kata sepakat untuk mencapai kemerdekaan sebelum ke London lagi danini telah memudahkan rundingan dengan pihak British.

Hasil daripada tuntutan British agar ketiga-tiga kaum utama di Tanah Melayu bersatudan bekerjasama terbukti dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955. dalampilihan raya tersebut, parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang telahdipertandingkan. Ini menunjukkan suara majoriti rakyat dan bekerjasama dan bersatu syaratyang ditetapkan sudah dipenuhi. Pihak Britis bersetuju untuk memberi kemerdekaan. Ada dua

Page 30: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 75

peringkat yang dipersetujui. Peringkat pertama sebagai tahap peralihan. ada peringkat iniPesuruhjaya Tinggi mesti bertindak mengikut nasihat Majlis Kerja kecuali dalam hal luar danpertahanan luar. Pada peringkat ini juga menteri-menteri Tanah Melayu akan mengambilKementerian Pertahanan dan Industri. Kerajaan yang akan dibentuk berasaskan demokrasiberparlimen dan Tanah Melayu akan menganggotai Komanwel. Sebagai langkah awal kerajaanberperintahan sendiri akan dibentuk dalam jangka masa yang singkat. Kuasa dalam hal ehwalpemerintahan dan kewangan yang selama ini dipegang oleh orang British akan diserahkankepada rakyat Tanah Melayu. pada peringkat kedua pihak British berjanji akan memberikemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Suruhanjaya Reid

Satu suruhanjaya berpelembagaan dibentuk untuk mengesyor dan menyusun PerlembagaanPersekutuan Persekutuan. Suruhanjaya ini dibentuk pada Mac 1956. Anggotanya terdiridaripada :

a) Lord Reid (Hakim Inggeris)-Pengerusi

b) Sir Ivor Jennings (England)

c) Sir William Mckell (Bekas Gabenor Jeneral Australia)

d) Tuan B. Malik (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India)

e) Tuan Abd. Hamid (Pakistan)

Garis panduan penting untuk suruhanjaya ini:

a) Pembentukan kerajaan pusat yang kuat;

b) Kuasa autonomi negeri dalam bidang tertentu;

c) Kedudukan istimewa raja-raja Melayu;

d) Pelantikan seorang ketua negara berpelembagaan;

e) Pengekalan hak istimewa orang Melayu tapi tidak menafikan hak kaum lain; dan

f) Untuk mewujudkan satu rupa bangsa

Suruhanjaya ini menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak termasukdaripada orang perseorangan, pertubuhan, parti siasah dan daripada raja-raja Melayu.Memorandum Perikatan di anggap paling penting. Setelah mengadakan 81 kali perjumpaanlaporan disiapkan pada akhir tahun 1956. Pada umumnya rang undang-undang ini diterimadengan sedikit pindaan dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada bulan Julai1957.

Page 31: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 76

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Yang Merdeka

Perlembagaan ini lebih menyerupai perlembagaan British atau India. Perlembagaan ini bersifatparlimen. Antara ciri-ciri penting perlembagaan:

a) Ketua Negara bukan politik dinamakan Yang di-Pertuan Agong;

b) Badan Perundangan terdiri daripada dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan DewanNegara;

c) Perkhidmatan awam bersifat berkecuali dan badan-badan kehakiman yang bebas;

d) Kedudukan istimewa orang Melayu berasaskan Perkara 153 dan kepentingan sah kaumlain; dan

e) Ditetapkan satu kerakyatan atas alasan kelahiran atau memenuhi keperluan-keperluankediaman, bahasa dan ikrar taat setia.

PERSEKUTUAN TANAH MELAYUPenurunan bendera Union Jack pada 31 Ogos 1957 menandakan kemerdekaan Tanah Melayu.Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC yang memegang tampukpemerintahan ketika itu telah bersedia untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang kuatdan stabil. Penyatuan kaum cuba dirapatkan menerusi sistem pelajaran kebangsaan supayapemupukan semangat kenegaraan dapat dipupuk sejak bangku sekolah lagi. Oleh itu satujawatankuasa mengkaji hal-ehwal pelajaran dibentuk dan hasilnya Laporan Jawatan KuasaPelajaran 1956. Selepas itu terhasil pula Laporan Rahman Talib (1960) dan Akta Pelajaran(1961).

Dalam menggerakkan ekonomi, Rancangan Lima Tahun Pertama (1956-1960)dilancarkan. Tumpuan juga diberi untuk membasmi kemiskinan di luar bandar denganpembinaan infrastruktur, pembukaan tanah menurusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuandan kegiatan-kegiatan berhubung pertanian. Dalam usaha memastikan kejayaan ditubuhkanKementerian Pembangunan Luar Bandar. Parti Perikatan sekali lagi diberi mandat memerintahselepas memenangi pilihan raya tahun 1959.

PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

Persoalan negara bangsa dan bangsa Malaysia menarik perhatian pelbagai selepas bekasPerdana Menteri yang ke empat, Tun Dr. Mahathir Mohammad mengemukakannya pada 28Februari 1991 di Kuala Lumpur di hadapan 61 orang yang termasuk ahli perniagaan, pegawaidalam jabatan kerajaan dan ahli politik yang merupakan ahli dalam Malaysian Business Council(Saw Swee Hosk dan K. Kesayapany, 2006: 49). Dalam ulasannya terhadap Wawasan2020,beliau menegaskan bahawa dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara majumenjelang tahun 2020,kita perlu berusaha ke arah membentuk sebuah masyarakat yang liberaldan bertolak ansur tetapi pada masa yang sama bebas mengamalkan adat, kebudayaan danpegangan agama masing-masing. Walaupun begitu, rakyat Malaysia perlu meletakkan

Page 32: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 77

kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara. Abdul Rahman Embong dalam “NegaraBangsa: Proses Dan Perbahasan” mendefinisikan bangsa sebagai satu komuniti politik yangterbentuk dalam sejarah yang ditautkan melalui perkongsian wilayah, budaya dan bahasa sertaperasaan sebangsa.

Pembentukan negara bangsa di Malaysia dikaitkan bermula sejak era penjajahan Britishyang merupakan titik tolak kepada pembentukan negara bangsa di Malaysia. Isu pembinaannegara bangsa adalah penting untuk mewujudkan perasaan identiti kebangsaan sebelumsesebuah negara itu stabil dari segi politik dan seterusnya mencapai kemajuan ekonomi

Proses-proses Ke Arah Pembentukan Malaysia 1963

Proses pembentukan negara bangsa dimantapkan dengan Pembentukan Malaysia 1963dengan kemasukan Singapura, Sabah, Sarawak, Brunei dan wilayah Tanah Melayu(Nazaruddin Mohd. Jadi et. al, 1992: 76). Namun begitu, Rakyat Singapura, Brunei, Sabah danSarawak tidak semuanya menyokong gagasan pembentukan Malaysia.

1. Reaksi Awal Terhadap Gagasan Pembentukan Malaysia

Lawatan Muhibah ke Sabah dan Sarawak pada tahun Jun 1961 oleh Tunku AbdulRahman adalah bertujuan memastikan rakyat Sabah dan Sarawak memahami konsep dantujuan pembentukan Malaysia. Hal ini disebabkan beberapa pemimpin Sabah dan Sarawakberpendapat bahawa Tunku menggalakkan British menyerahkan wilayah-wilayah Borneo itusemata-mata untuk mengurangkan kekeliruan rakyat Sabah dan Sarawak. Konsep Malaysiamendapat reaksi yang negatif daripada rakyat Brunei berhaluan kiri dan ini mengakibatkankunjungan Tunku ke Brunei pada Julai 1861 untuk memberikan penjelasan tetapi kurangmendapat sambutan. Sementara, Singapura pula menunjukkan reaksi menyokong melalui PartiTindakan Rakyat (PAP) iaitu Lee Kuan Yew walaupun mendapat tentangan dari parti-partipolitik seperti Parti Sosialis dan Parti Buruh di Singapura.

2. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (JPPM) dan Suruhanjaya Cobbold

Tujuan JPPM untuk memberitahu orang ramai tentang gagasan pembentukan Malaysiayang dipengerusikan oleh Donald Stephen dan setiap ketua kepada anggota lain. JPPMkemudiannya telah menghantar memorandum persetujuan yang telah ditandatangani olehsemua wakil kepada Suruhanjaya Cobbold kecuali Brunei pada 23 Februari 1962.

Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada tahun1961 bertujuan meninjau pandanganpenduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dengan Lord Cobbold sebagaipengerusi (Rohaini Ghani dan Zulhilmi Paidi, 2002: 105). Laporan Suruhanjaya ini telahdikemukakan pada Ogos 1962 (Ibid: 84). Antara usul-usul tersebut ialah penubuhan Malaysiayang akan dibentuk mestilah mempunyai satu Kerajaan Pusat yang kuat, perlembagaanMalaysia yang hendak ditubuhkan diasaskan pada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

Page 33: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 78

1957.Nama Malaysia dijadikan sebagai bahasa kebangsaan serta golongan peribumi di Sabahdan Sarawak hendaklah diberi hak istimewa yang sama seperti orang Melayu di Tanah Melayu.Perwakilan Parlimen adalah berdasarkan jumlah penduduk dan keluasan sesuatu kawasan.

3. Jawatankuasa Antara Kerajaan

Selepas laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan, British telah menubuhkan satuJawatankuasa Antara Kerajaan untuk memperincikan butiran kemasukan Sabah dan Sarawakke dalam Malaysia yang diketuai oleh Lord Lansdowne iaitu Timbalan Menteri Kerajaan British(Mohamad Idris Saleh et. al., 1994: 114). Setelah pelbagai perkara dan isu dibahaskan dandibincangkan hinggalah terbentuknya Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang merupakansatu hasil tolak ansur dan persefahaman yang diterima. Akhirnya, Malaysia telah ditubuhkanpada tahun 16 September 1963.

KEMERDEKAAN SINGAPURA DARI MALAYSIA

Minat Singapura untuk menyertai Malaysia bersama Malaysia tidak kekal lama. Pemimpin PartiTindakan (PAP), Lee Kuan Yew mencetuskan isu perkauman yang serius melalui gagasanMalaysia Malaysia yang secara jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia yangdipersetujui sejak awal kemasukan ke Malaysia dulu. Beliau cuba mengambil alih MCA yangtelah membentuk Parti Perikatan dengan UMNO & MIC sebagai menarik sokongan kaum Cinadi Tanah Melayu bagi menyokong perjuangannya. Pemimpin PAP yang lantangmemperjuangkan konsep negara Malaysian Malaysia dan seterusnya terus-terang mengkritikkedudukan orang-orang Melayu dan kuasa raja-raja Melayu. Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin MCA mula melahirkan rasa tidak senang dengan pendirian Singapura. Tan Siew Sindan Senator T.H.Tan antara pemimpin MCA yang mula mencadangkan Singapura berpisahdaripada Malaysia (Rohaini Ghani dan Zulhilmi Paidi, 2002: 89). Akhirnya, pada 7 Ogos 1965,Lee Kuan Yew dan Tunku menandatangani persetujuan berpisah tetapi meneruskan kerjasamaperdagangan dan pertahanan.

PERISTIWA 13 MEI

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia di manarusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan yang dikaitkan dengan ‘Pilihan Raya Umum1969’ yang menyaksikan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Gerakan Rakyat(Gerakan) terus meniupkan sentimen perkauman yang menyambung perjuangan PAP yangmendesak persamaan politik, ekonomi dan sosial bagi semua (Mohamad Idris Saleh et. al.,1994: 123).

Senario politik negara yang tidak menentu dan penuh dengan unsur perkauman sepertiisu ketidakseimbangan ekonomi, isu keistimewaan orang Melayu, isu kerakyatan, isu pelajaran,

Page 34: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 79

isu agama dan kebudayaan. Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 (Ibid.: 127).Dengan itu Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yangdi-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera. Sebuah Majlis Gerakan Negara(MAGERAN) telah dibentuk. Kerajaan berparlimen dipulihkan semula pada tahun 23 Februari1971 (Ibid: 127). Jelas bahawa isu pembinaan bangsa adalah begitu penting untuk mewujudkanperasaan identiti kebangsaan sebelum sesebuah itu stabil dari segi politik dan seterusnyamencapai kemajuan ekonomi. Dengan pembentukan Malaysia merupakan perkara yangpenting terutamanya sekali untuk memudahkan proses integrasi nasional dan meneguhkansesebuah negara bangsa.

RUMUSANRumusannya, kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 adalah suatu peristiwa yangamat bermakna kepada generasi dahulu dan sekarang. Dalam konteks masa kini, rasanyawajar dihuraikan kepada beberapa peristiwa penting dalam lembaran sejarah tanah air yangsepatutnya diketahui dan di fahami oleh seluruh warga Malaysia terutamanya generasi muda.

Keadaan ini kerana proses untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu sangatsukar dan terpaksa mengikut segala kehendak dan kemahuan pihak British bagi mencapaikemerdekaan. Semangat ingin memerdekakan Tanah Melayu tercetus sejak pendudukanJepun di Tanah Melayu serta pengenalan kepada Malayan Union oleh pihak British. Masa initelah menyumbang kepada kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Banyakpihak telah menentang serta mewujudkan beberapa buah parti bagi memperjuangkansemangat Kemerdekaan tanah air seperti UMNO, MIC, MCA, PAS dan beberapa buah partiyang lain. Hasil daripada pakatan parti-parti telah mewujudkan parti perikatan yang mendapatsokongan daripada ketiga-tiga kaum yang utama di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India.Hal ini terbukti apabila parti perikatan ini memenangi pilihanraya bandaran dan seterusnyapilihanraya umum yang pertama iaitu pada tahun 1957 dengan memenagi 51 daripada 52kerusi yang dipertandingkan.

Jadi kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah sememangnya memerlukanpengorbanan semua pihak serta kerjasama yang utuh antara kaum. Hasil daripada gabunganparti-parti perikatan, usaha-usaha yang telah diambil oleh tokoh-tokoh terdahulu maka,kemerdekaan Tanah Melayu diberikan oleh pihak British. Seterusnya gagasan pembentukanMalaysia diutarakan oleh Tunku dengan menggabungkan Singapura, Sabah dan Sarawak pada1963. Walaupun Singapura keluar dari Malaysia pada 1965 ia tidak menjejaskan konsepgagasan Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 mematangkan lagi kaedah dan cara kerajaanmemerintah untuk memerintah dan mentadbir negara ini.

Page 35: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 80

KATA KUNCI

1. Penaklukan Portugis 7. Semangat nasionalisme

2. Penaklukan Belanda 8. Suruhanjaya Reid

3. Penaklukan British 9. Suruhanjaya Cobbold

4. Pendudukan Jepun 10. Kemerdekaan

5. Sistem Residen 11. Peristiwa 13 Mei

6. Kesatuan Malaya 12. Persekutuan Tanah Melayu

LATIHAN

1. Apakah faktor pendorong kepada Portugis dan Belanda untuk datang ke Nusantara?Bincangkan.

2. Bincangkan sebab-sebab penjajahan British di Negeri-negeri Melayu.

3. Kenapakah Malayan Union ditentang oleh Orang Melayu? Jelaskan.

4. Jepun dikatakan sebagai tentera yang zalim. Tetapi mengapakah masih terdapat rakyattempatan yang menyokong Jepun? Jelaskan.

5. Bincangkan pengajaran yang boleh diambil daripada penjajahan Jepun.

6. Berikan alasan-alasan sebab Brunei tidak menyertai gagasan pembentukan Malaysia.

7. Bincangkan aspek-aspek positif Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan detik hitam dalamsejarah hubungan kaum.

RUJUKAN

Abdul Karim Abdullah dan Ghazali Basri (1979). Latar Belakang dan Sejarah Malaysia Moden.

Kuala Lumpur: Penerbit Abadi Sdn. Bhd.

F.C. Jones (1966). The Far East : A Concise History. Pergamon Press, London.

Jayalatchumy. S (1963). Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800. Petaling

Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohamad Idris Saleh et. al. (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur:

Utusan Publication Distribution Sdn. Bhd.

Page 36: Penjajahan Dan Usaha Menuntut Kemerdekaan

P e n j a j a h a n d a n P r o s e s M e m b i n a N e g a r a | 81

Nazaruddin Mohd. Jadi et. al. (1992). Kenegaraan Malaysia: Sejarah Awal, Kemerdekaan dan

Pembentukan Malaysia. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

R.S.Milne (1992) Sejarah Politik dan Kerajaan Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Rohaini Ghani dan Zulhilmi Paidi (2002). Kenegaraan Malaysia: Isu-isu dan Perkembangan.

Pahang: PTS Publication Sdb. Bhd.

Ruslan Zainuddin (2001). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Watson Andaya Barbara and Y. Andaya Leonard (1982). A History of Malaysia. Macmillan

Asian Histories Series.

Zainal Abidin Abdul Wahid (1996). Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.