pt2 bab 6

4
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Analisis data kualitatif merupakan satu proses menjadikan data bertulis seperti temu bual dan nota lapangan ke dalam bentuk dapatan (John, 1998). Berdasarkan penulisan Creswell (2003) terdapat beberapa langkah generik dalam proses menganalisis data kualitatif. Langkah-langkah yang dimaksudkan ialah mengorganisasi dan menyediakan data untuk dianalisis; membaca keseluruhan data; proses pengekodan; dan mengintepretasi data. Dalam kajian ini, saya menggunakan gabungan pendekatan secara kuantitatif dan kualitatif bagi mengumpul data. Kaedah pengumpulan data yang digunakan saya ialah ujian dan soal selidik. Menurut Noraini Idris (2013), analisis kuantitatif ialah proses mempamerkan dan mentafsirkan data kuantitatif. Data dipamer dengan meringkaskannya, dan digambarkan dengan pelbagai cara. Dalam kajian ini, data kuantitatif telah dianalisis secara deskriptif bagi mencari skor markah (peratusan) yang dipersembahkan menggunakan graf. Namun begitu, data kualitatif pula dianalisis bagi mengenal pasti keberkesanan kaedah tetulang melalui respon yang diberikan murid melalui soal selidik. Semua data dikumpulkan, dianalisis dan diintepretasikan untuk menunjukkan penggunaan kaedah dapat meningkatkan kemahiran murid membahagi sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit.

Upload: alongysy

Post on 24-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: PT2 bab 6

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Analisis data kualitatif merupakan satu proses menjadikan data bertulis seperti temu bual

dan nota lapangan ke dalam bentuk dapatan (John, 1998). Berdasarkan penulisan

Creswell (2003) terdapat beberapa langkah generik dalam proses menganalisis data

kualitatif. Langkah-langkah yang dimaksudkan ialah mengorganisasi dan menyediakan

data untuk dianalisis; membaca keseluruhan data; proses pengekodan; dan

mengintepretasi data.

Dalam kajian ini, saya menggunakan gabungan pendekatan secara kuantitatif dan

kualitatif bagi mengumpul data. Kaedah pengumpulan data yang digunakan saya ialah

ujian dan soal selidik. Menurut Noraini Idris (2013), analisis kuantitatif ialah proses

mempamerkan dan mentafsirkan data kuantitatif. Data dipamer dengan meringkaskannya,

dan digambarkan dengan pelbagai cara. Dalam kajian ini, data kuantitatif telah dianalisis

secara deskriptif bagi mencari skor markah (peratusan) yang dipersembahkan

menggunakan graf. Namun begitu, data kualitatif pula dianalisis bagi mengenal pasti

keberkesanan kaedah tetulang melalui respon yang diberikan murid melalui soal selidik.

Semua data dikumpulkan, dianalisis dan diintepretasikan untuk menunjukkan

penggunaan kaedah dapat meningkatkan kemahiran murid membahagi sebarang nombor

dalam lingkungan 100 000 dengan nombor satu digit.

6.1 Soal Selidik

Soal selidik antara alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan telah menjadi

penyambung di antara penyelidik dengan subjek kajian. Borang soal selidik telah

disediakan dan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas berkenaan

dengan keberkesanan penggunaan kaedah tetulang dalam pengajaran topik bahagi selepas

diperkenalkan kepada murid. Alat ukur ini efektif kerana dapat mengukur banyak perkara

dalam satu masa serta dapat diagihkan kepada murid dengan cepat selepas sesi

pengajaran dan pembelajaran tamat. Soal selidik ini juga berperanan untuk melaksanakan

Page 2: PT2 bab 6

triangulasi data dalam dapatan hasil daripada kajian penyelidikan ini. Di dalam borang

soal selidik yang disediakan, mereka hanya perlu memilih ya atau tidak. Berikut adalah

data soal selidik yang diperolehi :

PERNYATAAN

SKALA JUMLAH

YA TIDAK YA TIDAK

1. Saya amat meminati matapelajaran matematik.

2 2 50% 50%

2. Saya sering mengulangkaji matapelajaran matematik.

0 4 0% 100%

3. Saya suka topik tambah dan tolak 4 0 100% 0%

4. Saya suka topik darab 1 3 25% 75%

5. Saya suka topik bahagi 0 4 0% 100%

6. Saya sering berbincang jika menjawab soalan bahagi

4 0 100% 0%

7. Saya sudah mahir fakta asas tambah dan tolak.

4 0 100% 0%

8. Saya sudah mahir fakta asas darab dan bahagi.

0 4 0% 100%

9. Saya suka bahagi dengan kaedah biasa 0 4 0% 40%

10. Saya suka bahagi dengan kaedah baru 4 0 100% 0%

Page 3: PT2 bab 6

6.2 Ujian Diagnostik

Saya telah menjalankan ujian kedua untuk mengesan peningkatan markah setelah sesi

pengajaran dan pembelajaran konsep bahagi dengan menggunakan kaedah tetulang. Hasil

ujian kedua ini akan dibandingkan dengan ujian pertama untuk melihat sama ada berlaku

peningkatan ataupun tidak. Soalan dalam ujian pertama adalah sama dengan ujian yang

kedua. Saya telah menyediakan sebanyak 10 soalan yang dibina daripada peringkat

mudah kepada peringkat yang lebih sukar. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab

soalan ini adalah selama 30 minit. Ujian ini akan dilaksanakan mengikut prosedur ujian

yang sebenar. Meja dan kerusi dijarakkan bagi mengelakkan kes peniruan berlaku.

Berikut adalah perbandingan pencapaian markah murid dalam ujian pertama dan kedua.

Jadual 6 Perbandingan Markah Ujian Pertama dan Ujian Kedua

Ujian Pertama Ujian KeduaResponden Frekuensi Peratus Frekuensi Peratus

A 1 / 10 10 % 8 / 10 80 %

B 2 /10 20 % 9 /10 90 %

C 0 / 10 0 % 5/ 10 50 %

D 1 / 10 10 % 7 / 10 70 %