dokumen konsultasi kajian semula - ssm.com.my · pdf fileringkasan eksekutif 3 bahagian b: ......

75

Upload: trinhthien

Post on 13-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran
Page 2: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

1

DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA

AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengalu-alukan maklum

balas dan ulasan ke atas kajian semula Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 seperti yang dinyatakan dalam Bahagian B di

dalam Dokumen Konsultasi ini pada atau sebelum 30 Jun 2017. Sila nyatakan nama dan organisasi yang anda wakili

(jika berkenaan) dan mohon sertakan rujukan kepada soalan anda.

Maklum balas dan ulasan hendaklah dikemukakan melalui e-mel kepada: [email protected]

Kerahsiaan: Mana-mana penafian kerahsiaan yang mungkin dijana oleh sistem IT organisasi anda atau dimasukkan pada

helaian hadapan faks sebagai satu pernyataan umum hanya akan terpakai kepada maklumat dalam maklum balas yang

anda pohon akan kerahsiaannya.

Page 3: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

2

KANDUNGAN

_______________________________________________

MUKASURAT

Bahagian A:

Ringkasan Eksekutif

3

Bahagian B: Kajian Semula Akta Pendaftaran

Perniagaan 1956

7

Page 4: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

3

BAHAGIAN A

KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956

RINGKASAN EKSEKUTIF

1. Menyedari pentingnya peranan yang dimainkan oleh

perniagaan kecil kepada pertumbuhan domestik, SSM mengambil

inisiatif untuk memodenkan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

(APP) ke arah menyediakan persekitaran yang kondusif dan

dinamik untuk perkembangan perniagaan.

2. Dasar-dasar polisi berikut dicadangkan untuk

dipertimbangkan sebagai asas dalam merangka proses dan

prosedur pendaftaran perniagaan yang lebih cekap:

(a) Pengekalan rangka kerja semasa untuk mentadbir

pendaftaran perniagaan sebagai pemilik tunggal atau

perkongsian berdasarkan kategori aktiviti perniagaan sedia

ada.

(b) Bahawa konsep pendaftaran secara sukarela untuk aktiviti

perniagaan tertentu diperkenalkan.

(c) Bahawa kuasa untuk membatal, mengubah atau

mengecualikan mana-mana aktiviti daripada pemakaian

undang-undang ini terletakhak kepada Menteri.

(d) Bahawa frasa "orang yang bertanggungjawab untuk

pengurusan perniagaan" diguna pakai dan mengekalkan

Page 5: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

4

takrif semasa "orang yang bertanggungjawab". Ia juga

disyorkan bahawa perlu ada peruntukan nyata mengenai

liabiliti "orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan

perniagaan" itu.

(e) Bahawa konsep "orang yang ditetapkan" yang mana boleh

diberi kuasa untuk mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik

diperkenalkan.

(f) Peruntukan yang jelas disediakan bagi membolehkan suatu

pertubuhan perbadanan untuk menjadi pekongsi dalam

perniagaan yang didaftarkan di bawah APP.

(g) Pengekalan dasar mengenai sekatan ke atas warga asing

dari mendaftarkan perniagaan mereka di bawah APP.

(h) Bahawa pendaftaran mandatori perniagaan diperlukan

sebelum seseorang boleh menjalankan perniagaan.

(i) Bahawa peruntukan berkaitan permohonan untuk carian

nama dan perizaban nama disediakan dengan jelas.

(j) Bahawa proses perizaban nama tidak mandatori dan perlu

ada tempoh perizaban maksimum untuk mengelakkan

kemungkinan disalahguna.

(k) Bahawa proses kelulusan penggunaan nama yang

komprehensif selaras dengan Akta Syarikat 2016 dan Akta

Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 diperkenalkan.

(l) Bahawa undang-undang harus membenarkan pertukaran

nama perniagaan berdaftar.

Page 6: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

5

(m) Bahawa rangka kerja yang komprehensif disediakan untuk

menangani isu-isu yang berkaitan dengan perniagaan atau

perniagaan dalam talian atau tanpa premis fizikal.

(n) Bahawa peruntukan yang lebih jelas disediakan bagi

menguruskan pendaftaran butir-butir yang perlu didaftar

dengan Pendaftar di samping memastikan pekongsi dalam

perniagaan dilindungi secukupnya.

(o) Bahawa keperluan mandatori semasa bagi menamatkan

perniagaan sekiranya pekongsi yang tidak dapat dikesan

atau dijumpai perlu dipinda kerana ia tidak memudahkan

perniagaan. Pekongsi lain yang masih ada dalam perniagaan

perlu diberi pilihan samaada untuk meneruskan perniagaan

jika perniagaan masih berdaya maju.

(p) Bahawa prosedur yang berkaitan dengan penamatan atau

pembatalan pendaftaran perniagaan atas alasan bahawa

perniagaan itu digunakan atau berniat untuk digunakan bagi

tujuan yang menyalahi undang-undang, dikaji semula untuk

memasukkan prosedur pengeluaran notis oleh Pendaftar

kepada orang yang menjalankan perniagaan atau orang

yang bertanggungjawab dalam perniagaan. Pengeluaran

notis itu tidak memerlukan balasan yang menunjukkan

sebab yang sebaliknya. Adalah dicadangkan juga bahawa

mana-mana orang yang terkilan diberi peluang membuat

rayuan kepada Menteri.

(q) Bahawa undang-undang harus membenarkan Pendaftar

untuk membatalkan pendaftaran jika terdapat arahan

daripada Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan

Page 7: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

6

tanggungjawab keselamatan dalam negeri bahawa

perniagaan itu telah digunakan untuk tujuan yang tidak

sesuai dengan kepentingan negara atau keselamatan. Dalam

kes sedemikian, pengeluaran notis adalah tidak diperlukan.

(r) Bahawa amalan semasa dalam memfailkan Borang C

dikekalkan sekiranya berlaku penamatan perniagaan akibat

kematian sekutuniaga atau pekongsi di mana tidak ada

sekutu yang masih hidup.

(s) Bahawa prosedur bagi permohonan untuk mendaftar semula

perniagaan boleh dibuat dalam tempoh 12 bulan selepas

pendaftaran perniagaan terhenti.

(t) Bahawa rangka kerja berkaitan pembetulan daftar atau

kesalahan yang selaras dengan peruntukan di bawah Akta

Syarikat 2016 diguna pakai.

(u) Bahawa rangka kerja yang sama dalam pemfailan elektronik

di bawah Akta Syarikat 2016 diguna pakai.

Page 8: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

7

BAHAGIAN B

KAJIAN SEMULA AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN 1956

PENGENALAN

1. Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP) secara rasmi

digubal sebagai Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956. Ia berkuat

kuasa pada 1 Januari 1957. Ia kemudiannya disemak dan

diterbitkan pada 26 Januari 1978 sebagai Undang-Undang

Malaysia 197 dan mengekalkan nama seperti sedia ada.

2. APP memperuntukkan pendaftaran perniagaan dan terpakai

di Semenanjung Malaysia sahaja. Pada tahun 1996, permohonan

APP telah dilanjutkan kepada Wilayah Persekutuan Labuan.

3. APP tidak terpakai kepada aktiviti-aktiviti berikut menurut

peruntukan seksyen 4:

(a) sesuatu perniagaan yang dipunyai dan dijalankan

sepenuhnya oleh mana-mana syarikat yang

didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016;

(b) sesuatu perniagaan yang dipunyai atau diuruskan

oleh Kerajaan atau mana-mana badan awam yang

diperbadankan atau ditubuhkan di bawah mana-mana

undang-undang bertulis;

(c) sesuatu pertubuhan yang didaftarkan atau

dikecualikan di bawah mana-mana undang-undang

bertulis yang sedang berkuatkuasa berhubungan

Page 9: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

8

dengan pendaftaran pertubuhan atau syarikat

kerjasama;

(d) sesuatu perniagaan yang semata-mata untuk

menjalankan apa-apa profesion di bawah mana-mana

undang-undang bertulis dan hanya boleh dijalankan

oleh mereka yang memiliki kelayakan-kelayakan

tertentu yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis

tersebut dan melalui proses pendaftaran di bawah

undang-undang tersebut.

4. Sejak dikuatkuasakan, APP telah dipinda sebanyak empat

kali tetapi prinsip-prinsip dan peruntukan substantif APP kekal

sama.

5. Setakat 31 Mac 2017, sejumlah 6,492,032 perniagaan telah

didaftarkan di bawah APP. Jumlah ini mewakili pertumbuhan sihat

aktiviti perniagaan domestik.

6. Menyedari pentingnya peranan yang dimainkan oleh

perniagaan-perniagaan kecil terhadap pertumbuhan domestik,

SSM mengambil inisiatif untuk mengkaji semula peruntukan di

bawah APP bagi memastikan perkembangan komuniti perniagaan

melalui penyediaan persekitaran yang kondusif dan dinamik.

PERKARA YANG PERLU UNTUK DISEMAK DAN

PERBANDINGAN PENANDA ARAS

7. Kepentingan untuk menyediakan persekitaran yang

kondusif dan dinamik bagi komuniti perniagaan untuk

Page 10: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

9

berkembang menjadi pertimbangan utama kajian semula ini.

Kebanyakan prinsip di bawah APP masih relevan. Walau

bagaimanapun, terdapat beberapa peruntukan yang ketinggalan

zaman dan lapuk yang perlu dikaji semula bagi memastikan

bahawa undang-undang ini kekal dinamik dan seiring dengan

evolusi trend perniagaan semasa.

8. Dokumen ini akan membincangkan isu-isu spesifik dengan

matlamat untuk menggalakkan kelancaran dan kemudahan

menjalankan perniagaan di Malaysia. Kajian ini terbahagi kepada

tiga bahagian seperti berikut:

(i) Bahagian A - Dinamik undang-undang

(ii) Bahagian B - Parameter aktiviti yang didaftarkan di

bawah APP;

(iii) Bahagian C - Pendaftaran, pembaharuan, pembatalan

dan pendaftaran semula perniagaan; dan

(iv) Bahagian D - Pelbagai

BAHAGIAN A - DINAMIK UNDANG-UNDANG

9. Di kebanyakan negara Komanwel dan negara-negara bukan

Komanwel, pentadbiran bagi aktiviti perniagaan dijalankan

melalui pendaftaran nama perniagaan1.

1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran nama-nama perniagaan Ireland

1963, Akta Nama Perniagaan Wilayah-Wilayah Ibu Negeri 1963, Akta Pendaftaran

Perniagaan Perusahaan Norway.

Page 11: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

10

10. Di sesetengah negara, berbanding keperluan menghendaki

aktiviti-aktiviti tertentu didaftarkan, pendekatan yang lebih luas

telah diguna pakai di mana undang-undang menghendaki mana-

mana orang yang menjalankan perniagaan2 di bawah nama

perniagaan3 hendaklah berdaftar. Keperluan untuk mendaftarkan

nama perniagaan adalah terpakai secara menyeluruh terhadap

mana-mana orang (sama ada tidak diperbadankan atau

diperbadankan) yang bercadang untuk menjalankan perniagaan

di bawah nama perniagaan. Jika sebuah syarikat atau individu

yang menjalankan perniagaan di bawah nama sebenar4 syarikat

atau individu itu, undang-undang ini tidak terpakai kepada

mereka.

11. Sebaliknya, objektif APP adalah untuk menyediakan

peruntukan berkaitan pendaftaran perniagaan dalam bentuk

pemilik tunggal atau perkongsian berdasarkan jenis aktiviti

"perniagaan" tertentu tanpa mengira sama ada atau tidak ia

dijalankan di bawah nama perniagaan atau nama sebenar.

2 Akta Pendaftaran Nama Wilayah-Wilayah Ibu Negeri Australia mentakrifkan bahawa

menjalankan perniagaan adalah termasuk menubuhkan tempat perniagaan dan mendapatkan pesanan untuk barangan dan perkhidmatan, tetapi tidak termasuk-

(a) mengambil atau membela prosiding undang-undang; atau (b) membuka atau menjaga akaun dengan institusi pengambilan deposit yang diberi

kuasa; atau (c) membuat pembelian atau jualan melalui kontraktor bebas; atau (d) mewujud dan membuktikan hutang atau gadaian atas harta; atau (e) mengutip hutang, mendapatkan hutang atau menguatkuasakan cagaran berhubung

dengan hutang; atau (f) menjalankan transaksi terpencil tidak lebih lama daripada 31 hari; atau (g) melabur dana atau memegang harta. 3 Nama perniagaan bermaksud satu nama, stail, tajuk atau gelaran di mana perniagaan itu

dijalankan.

4 Berbeza dengan nama perniagaan, nama yang benar adalah nama syarikat atau individu tanpa apa-apa tambahan lain.

Page 12: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

11

12. Akta Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan 2014 Singapura

(APNP Singapura) telah berubah di mana keperluan untuk

mendaftar di bawah APNP telah diperluaskan kepada perbadanan

(body corporate) sekiranya ia menjalankan perniagaan di bawah

nama perniagaan. Mauritius sebaliknya mengambil pendekatan

yang berbeza di mana syarikat atau perkongsian komersial

secara automatik dianggap telah didaftarkan di bawah Akta

Pendaftaran Perniagaan 2012 Mauritius (APP Mauritius).

13. Dalam keadaan tertentu, peluasan keperluan untuk

mendaftar syarikat yang menjalankan perniagaan di bawah nama

perniagaan akan mengurangkan kekeliruan kerana semua nama

perniagaan akan didaftarkan dengan Pendaftar. Carian awam

boleh dijalankan untuk menentukan siapa pemilik sebenar

perniagaan. Namun sebaliknya, keperluan tersebut akan

mewujudkan suatu dua sistem pendaftaran yang mungkin tidak

berfaedah dari segi kos dan keberkesanan.

14. SSM mencadangkan bahawa kerangka sedia ada untuk

mengawal pendaftaran pemilik tunggal atau perkongsian

berdasarkan takrif "perniagaan" dikekalkan. Selanjutnya, SSM

berpandangan bahawa seksyen 4 APP yang mengecualikan

pemakaian APP untuk aktiviti-aktiviti tertentu juga dikekalkan.

Soalan untuk Konsultasi:

(1) Adakah anda bersetuju bahawa prinsip untuk

mengawal pendaftaran di bawah APP hendaklah

berasaskan prinsip pendaftaran wahana perniagaan

Page 13: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

12

dalam bentuk pemilikan tunggal atau perkongsian bagi

aktiviti perniagaan tertentu?

(2) Adakah anda bersetuju bahawa keperluan untuk

mendaftar di bawah APP diperluaskan kepada mana-

mana orang yang menjalankan perniagaan termasuk

syarikat atau perkongsian liabiliti terhad?

BAHAGIAN B - PARAMETER AKTIVITI YANG DIDAFTARKAN

DI BAWAH APP

Takrif "Perniagaan"

15. Pada masa ini, apa-apa perniagaan yang ditakrifkan di

bawah seksyen 2 APP hendaklah didaftarkan. Seksyen 2

mentakrifkan "perniagaan" untuk meliputi tiap-tiap bentuk tred,

perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain

yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan,

tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-

apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan

dalam Jadual.

16. Takrif perniagaan adalah sangat luas dan menyeluruh yang

meliputi semua aktiviti tersebut yang dijalankan bagi maksud

mendapat keuntungan. Walau bagaimanapun, takrif ini tidak

termasuk pegangan jawatan atau pekerjaan; apa-apa

pengusahaan amal dan apa-apa pekerjaan yang dinyatakan

dalam Jadual APP walaupun aktiviti tersebut dijalankan bagi

maksud mendapat keuntungan.

Page 14: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

13

17. Salah satu masalah takrifan ini adalah rujukan kepada

"pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual" di mana, walaupun

Jadual tersebut bertujuan untuk mengecualikan aktiviti yang

dijalankan secara persendirian dan secara aktif bagi tujuan mata

pencarian, syarat yang ditetapkan untuk aktiviti yang

dikecualikan boleh menimbulkan kekeliruan yang mana kadang

kala memerlukan aktiviti tersebut didaftarkan di bawah APP.

18. Takrifan semasa "perniagaan" dalam APP adalah sebanding

dengan takrifan yang didapati di bawah APNP Singapura dan APP

Mauritius.

19. APNP Singapura mentakrifkan "perniagaan" seperti berikut:

"Perniagaan" termasuklah tiap-tiap bentuk tred,

perdagangan dan profesion, dan apa-apa aktiviti lain yang

dijalankan bagi maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak

termasuk apa-apa jawatan, penggajian atau pekerjaan5.

20. Di Singapura, Akta Pendaftaran Perniagaan (Bab 32 Tahun

2004) telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta

Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan 2014 yang merujuk kepada

pengusahaan amal atau aktiviti perniagaan yang dikecualikan.

Rujukan kepada "pengusahaan amal" telah dikeluarkan daripada

takrifan dan kini dikategorikan sebagai salah satu kategori yang

dikecualikan daripada pemakaian peruntukan APNP Singapura.

Daripada merujuk aktiviti yang dikecualikan sebagai "pekerjaan",

ia dirujuk sebagai aktiviti yang tidak termasuk dalam perniagaan.

5 Seksyen 2(1) APNP Singapura

Page 15: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

14

21. Manakala, di Mauritius, "pekerjaan" menjadi sebahagian

daripada takrif perniagaan yang memerlukan pendaftaran jika ia

dijalankan bagi maksud keuntungan, rujukan kepada

"pengusahaan amal" telah dikeluarkan dan dikategorikan sebagai

salah satu aktiviti yang dikecualikan di bawah Jadual kepada APP

Mauritius.

22. APP Mauritius mentakrifkan "perniagaan" seperti berikut:

"Perniagaan"

(a) termasuklah tiap-tiap bentuk tred, perdagangan atau

pembuatan, pertukangan, memanggil, profesion,

kerjaya atau pekerjaan atau apa-apa aktiviti lain yang

dijalankan oleh seseorang bagi maksud mendapat

laba atau keuntungan; tetapi

(b) tidak termasuk-

(i) apa-apa jawatan atau penggajian;

(ii) apa-apa perniagaan atau aktiviti yang

dinyatakan dalam bahagian I di bawah Jadual

Pertama; atau

(iii) apa-apa aktiviti perniagaan yang dijalankan

oleh seseorang, atau golongan orang, yang

dinyatakan dalam Bahagian II di bawah Jadual

Pertama6.

23. Berdasarkan di atas, SSM berpendapat bahawa terdapat

keperluan untuk menghalusi definisi "perniagaan" bagi

mengelakkan kekaburan. Adalah dicadangkan bahawa rujukan

6 Seksyen 2(1) APP Mauritius

Page 16: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

15

kepada "pekerjaan yang dinyatakan dalam Jadual" dipinda

kepada "aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual". Aktiviti-aktiviti

tersebut adalah aktiviti-aktiviti yang dikecualikan yang akan

ditentukan melalui senarai prinsip-prinsip dan elemen-elemen

yang berkaitan. Ia juga disyorkan bahawa rujukan kepada

"pengusahaan amal" hendaklah dirujuk sebagai salah satu aktiviti

yang dikecualikan di bawah APP.

24. Oleh itu, adalah disyorkan bahawa takrif perniagaan adalah

seperti berikut:

"Perniagaan" termasuklah tiap-tiap bentuk tred,

perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau

aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat

keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan,

penggajian atau pekerjaan, atau apa-apa aktiviti yang

ditentukan dalam Jadual.

Aktiviti-aktiviti yang dikecualikan

25. Pengecualian yang diperuntukkan di dalam Jadual APP

adalah bertujuan untuk mengecualikan aktiviti yang dijalankan

bagi maksud mendapatkan mata pencarian dan aktiviti tersebut

perlu dilakukan secara persendirian atau secara aktif oleh orang

yang menjalankan aktiviti tersebut. Pengecualian ini juga

berdasarkan kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:

(A) Dalam hal menjual atau mendedahkan untuk jualan

barangan dan perkhidmatan, aktiviti itu akan

dikecualikan jika ia-

Page 17: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

16

(i) bersifat berpindah randah;

(ii) tidak dijalankan dari mana-mana bangunan

atau struktur; atau

(iii) tidak dijalankan dari sebuah kenderaan yang

digerakkan secara mekanikal yang mempunyai

lebih daripada tiga roda;

(iv) tidak dijalankan dari sebuah gerai yang perlu

dilesenkan di bawah mana-mana undang-

undang bertulis.

(B) Dalam hal menjual atau mendedahkan untuk jualan

apa-apa barang atau dagangan di pasar mingguan

untuk tidak lebih daripada dua hari berturut-turut

dalam mana-mana minggu atau di mana-mana

pasaria Melayu atau pasaria yang sama jenisnya yang

ditubuhkan, ditaja atau dibantu oleh koperasi, aktiviti

itu akan dikecualikan jika barang-barang tersebut

ditanam, disediakan, dikilangkan atau diproseskan

semata-mata dalam negara.

(C) Dalam hal aktiviti-aktiviti pertanian, aktiviti tersebut

akan dikecualikan jika-

(i) aktiviti-aktiviti tersebut dilakukan secara aktif

dan persendirian untuk kepentingan diri mereka

sendiri oleh mana-mana orang bagi maksud

mencari mata pencarian;

(ii) kawasan yang dipegang, diduduki atau

digunakan adalah tidak lebih daripada 25 ekar;

dan

Page 18: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

17

(iii) orang yang menjalankan aktiviti tersebut tidak

mengambil lebih daripada 5 orang pekerja.

(D) Dalam hal aktiviti pertukangan, aktiviti tersebut akan

dikecualikan jika-

(i) aktiviti terebut dijalankan di premis domestik;

(ii) hasil pertukangan itu tidak dipamerkan untuk

dijual di khalayak ramai;

(iii) tidak mengambil kerja mana-mana orang selain

daripada anggota rumah tangganya bagi

maksud membuat atau menghasilkan kraf

tersebut.

(E) Dalam hal nelayan, pembiak ikan dalam kolam,

pembuat arang kayu, pemotong kayu, mereka

dikecualikan daripada keperluan untuk mendaftar di

bawah APP jika mereka terlibat secara persendirian

dan secara aktif untuk mencari mata pencarian

mereka.

26. Adalah sedia maklum bahawa kriteria dan syarat yang

dikenakan pada aktiviti yang dikecualikan telah menimbulkan

ketidaktentuan dan kekaburan. Kegagalan untuk memenuhi

kriteria dan syarat yang ditetapkan akan menyebabkan orang

yang menjalankan aktiviti tersebut perlu didaftarkan di bawah

APP.

27. Masalah ini bertambah apabila kriteria dan syarat yang

ditetapkan tidak boleh digunakan secara seragam. Sebagai

contoh, aktiviti yang dikecualikan perlu didaftarkan di bawah APP

Page 19: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

18

jika ia perlu dilesenkan oleh undang-undang bertulis yang lain

termasuk undang-undang kecil majlis tempatan. Walau

bagaimanapun, tidak ada keseragaman dalam pemakaian ini

memandangkan majlis-majlis tempatan mempunyai undang-

undang yang berbeza berkaitan aktiviti yang sama.

28. SSM berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk

mencadangkan jenis aktiviti perniagaan yang sepatutnya

dikecualikan untuk mendaftar di bawah APP misalnya, aktiviti

perniagaan tertentu yang bersifat sementara atau bagi maksud

mendapatkan mata pencarian berdasarkan kriteria ekonomi

tertentu. Oleh itu, parameter yang digunakan untuk pengecualian

perlu dikaji semula bagi memastikan ia selari dengn tren, unsur-

unsur dan alam sekitar perniagaan terkini. Keseimbangan di

antara maksud aktiviti yang dijalankan semata-mata untuk

mendapatkan mata pencarian hendaklah jelas dibezakan atau

dinyatakan berbanding aktiviti yang dijalankan bagi tujuan

mendapat keuntungan. Begitu juga, pemakaian syarat-syarat dan

kriteria yang digunapakai hendaklah boleh diseragamkan.

Seksyen 4 APNP Singapura menyenaraikan jenis-jenis orang yang

tidak dikehendaki untuk mendaftar:

(a) apa-apa perniagaan oleh penjaja berlesen, sama ada

randah atau sebaliknya, yang menjual atau

mendedahkan untuk jualan apa-apa makanan,

minuman, barangan, pakaian atau dagangan atau

apa-apa jenis, atau seseorang yang menawar untuk

mengupah kemahirannya dalam kraftangan atau

pertukangan;

Page 20: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

19

(b) apa-apa perniagaan seseorang tukang yang-

(i) menjalankan pertukangannya di premis

domestiknya sendiri;

(ii) tidak mempamerkan hasil pertukangannya

untuk dijual di khalayak ramai; dan

(iii) tidak mengambil kerja mana-mana orang selain

daripada anggota rumah tangganya bagi

maksud pertukangannya.

(c) Apa-apa perniagaan-

(i) seorang pemandu teksi;

(ii) seorang pengayuh beca;

(iii) seorang pemilik perahu yang berulang-alik

dengan perahunya untuk disewa; atau

(iv) seorang petani, penjaga kolam ikan atau

penjaga udang yang-

(A) tidak mengambil bekerja mana-mana

orang selain daripada anggota

keluarganya yang terdekat;

(B) tidak memiliki tanah di mana ladang atau

kolamnya berada; dan

(C) tidak mengenakan orang ramai apa-apa

bayaran untuk kemasukan.

Seksyen 4 juga membenarkan kategori orang yang berikut untuk

mendaftar secara sukarela:

(a) mana-mana pemilik individu yang menjalankan

perniagaan di bawah nama penuh pemilik individu;

Page 21: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

20

(b) mana-mana firma yang mempunyai 2 individu atau

lebih yang menjalankan perniagaan di bawah nama

penuh semua individu tersebut;

(c) tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana

individu atau firma individu yang menjalankan apa-

apa perniagaan yang hanya terdiri daripada amalan

mana-mana profesion yang di bawah peruntukan

mana-mana undang-undang bertulis boleh

dilaksanakan hanya oleh mereka yang mempunyai

kelayakan tertentu yang ditetapkan oleh undang-

undang bertulis dan yang nama mereka didaftarkan

atau selainnya direkodkan mengikut cara yang

ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis;

(d) seorang (A) berkaitan dengan atau bagi seorang lain

(B) menjalankan perniagaan sepenuhnya atau

sebahagian besarnya sebagai penama atau pemegang

amanah jika B telah memberi butir-butir yang

dikehendaki di bawah seksyen 7(1);

(p) mana-mana orang lain yang pada masa ini

dikecualikan oleh Menteri di bawah peraturan-

peraturan yang dibuat di bawah seksyen 40; dan

(q) mana-mana individu yang, sebaik sebelum tarikh

permulaan kuat kuasa Akta Pendaftaran Nama-Nama

Perniagaan 2014 (APNP), menjalankan apa-apa

perniagaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama

kepada Akta Pendaftaran Perniagaan (Bab 32) yang

berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh tersebut, dan

sesiapa yang terus menjalankan perniagaan yang

sama, pada dan selepas tarikh tersebut

Page 22: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

21

29. Di Mauritius, aktiviti yang dikecualikan telah dipermudahkan

seperti berikut:

(a) perniagaan seorang tukang yang-

(i) menjalankan pertukangannya di premis

domestiknya sendiri;

(ii) tidak mempunyai mana-mana premis

perniagaan.

(b) apa-apa pertubuhan kebajikan agama atau

pendidikan; dan mana-mana orang yang terlibat

dalam penanaman tanah yang tidak melebihi 4.2208

hektar (10 arpent).

30. SSM berpandangan bahawa parameter yang digunakan di

Singapura dan Mauritius adalah lebih mudah dan lebih jelas serta

boleh digunakan secara konsisten. Dalam kes Singapura, aktiviti

perniagaan tertentu walaupun tidak dikehendaki untuk

mendaftar di bawah APNP, boleh secara sukarela berbuat

demikian.

31. Di Mauritius, aktiviti yang dikecualikan adalah terhad kepada

pertukangan yang dijalankan hanya dari premis domestik

seseorang tukang itu. Selain daripada itu terdapat pertimbangan

lain termasuk sama ada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan

kebajikan, keagamaan atau pendidikan dan menyatakan nilai

ambang (threshold) penanaman tanah.

Page 23: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

22

32. Dalam kes Malaysia, adalah dirasakan bahawa parameter

itu perlu dikaji semula untuk memastikan ia boleh digunakan

secara konsisten seperti berikut:

(a) unsur-unsur komersial berbanding penglibatan secara

persendirian yang tinggi. Sebagai contoh, menggaji

orang yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat,

mengenakan yuran, dan lain-lain; dan

(b) Kewujudan berterusan berbanding kewujudan

sementara.

33. Sungguhpun parameter di atas boleh dengan mudah

digunakan untuk aktiviti yang berkaitan dengan menjual atau

mempamerkan untuk jualan barangan dan perkhidmatan, ia

dirasakan bahawa parameter di atas juga boleh digunakan bagi

aktiviti perikanan dan pertanian seperti nelayan, penternak ikan,

penternak ayam dan ternakan atau penanaman tanaman.

34. Berhubung dengan kawasan tanah yang diduduki atau

ditanam bagi maksud aktiviti pertanian, SSM berpandangan

bahawa keluasan semasa 25 ekar masih relevan kerana Malaysia

masih dianggap sebagai negara yang ekonominya berasaskan

pertanian dan inisiatif itu bagi menyokong pekebun kecil7. Walau

bagaimanapun, ini perlulah dilengkapi dengan syarat yang

menyatakan bahawa bilangan pekerja selain daripada ahli

keluarganya yang terdekat tidak melebihi lima orang.

7Takrif kebun kecil di bawah RISDA adalah 100 ekar atau kurang. Ini membolehkan pekebun kecil yang layak menerima geran di bawah Akta RISDA.

Page 24: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

23

35. Di Singapura, sekiranya seorang petani memiliki tanah di

mana ladang atau kolam itu berada; dia dikehendaki untuk

mendaftar aktiviti tersebut. Manakala di Mauritius, apa-apa

penanaman tanah tidak perlu didaftarkan jika keluasan tanaman

tersebut tidak melebihi daripada 10 arpent (4,2208 hektar).

36. Ia juga dicadangkan bahawa jenis tanaman hendaklah tidak

terhad hanya kepada getah, beras (padi), kelapa atau kelapa

sawit dan buah-buahan, bunga dan sayur-sayuran.

37. Berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang dikecualikan, SSM

mencadangkan supaya pendekatan Singapura diguna pakai di

mana beberapa aktiviti walaupun tidak dikehendaki untuk

mendaftar, boleh berbuat demikian secara sukarela. Walau

bagaimanapun, perniagaan itu mesti mematuhi sepenuhnya

peruntukan APP.

38. Berhubung dengan kuasa Dewan Rakyat di bawah seksyen

20 APP untuk menambah, mengubah atau membatalkan aktiviti

yang dikecualikan di bawah Jadual APP, SSM berpandangan

bahawa keperluan itu rumit dan tidak memudahcarakan.

39. Pada masa ini, Pendaftar telahpun diberikan kuasa di

bawah Jadual dalam perkara 3(4)(ii) untuk meluluskan pekerjaan

tertentu dalam pekerjaan pertanian, perhutanan atau di luar

bandar.

40. Adalah dicadangkan bahawa kuasa untuk membatal,

mengubah atau mengecualikan aktiviti yang dikecualikan

hendaklah terletak hak kepada Menteri dengan syor Suruhanjaya.

Peruntukan ini akan memudahkan cara khususnya apabila

Page 25: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

24

perubahan segera dikehendaki berkaitan aktiviti yang dikecualikan

itu.

Soalan untuk Konsultasi:

(3) Adakah anda bersetuju bahawa definisi "perniagaan"

perlu diperhalusi untuk selari dengan tren, unsur-

unsur dan alam sekitar perniagaan semasa?

(4) Adakah anda bersetuju bahawa parameter aktiviti-

aktiviti yang dikecualikan di bawah Jadual Pertama

dikaji semula bagi memasukkan unsur-unsur

komersialisme dan kewujudan yang berterusan?

(5) Adakah anda bersetuju bahawa rujukan kepada

"pengusahaan amal" dalam takrif "perniagaan"

dirujuk sebagai salah satu aktiviti yang dikecualikan?

(6) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan

nyata bagi aktiviti-aktiviti dikecualikan daripada

pemakaian APP?

(7) Adakah anda bersetuju bahawa keluasan 25 ekar ini

perlu dikekalkan?

(8) Adakah anda bersetuju bahawa pengecualian

penanaman tanaman tertentu ini diperluaskan untuk

merangkumi semua jenis tanaman?

Page 26: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

25

(9) Adakah anda bersetuju bahawa kuasa untuk

membatalkan, mengubah atau mengecualikan aktiviti

yang dikecualikan hendaklah terletak hak kepada

Menteri dengan syor Suruhanjaya?

(10) Adakah anda bersetuju bahawa walaupun aktiviti-

aktiviti tertentu dikecualikan daripada takrif

perniagaan, ia mungkin mahu mendaftar aktiviti

perniagaan itu secara sukarela?

BAHAGIAN C - PENDAFTARAN, PEMBAHARUAN,

PEMBATALAN DAN PEMULIHAN PERNIAGAAN

41. Seksyen 2 APP mentakrifkan "orang yang

bertanggungjawab" untuk perniagaan meliputi tiap-tiap pengarah,

pengurus, pekongsi, pegawai, ejen atau pengkhidmat yang pada

bila-bila masa dipertanggungjawabkan sama ada sepenuhnya atau

sebahagian besarnya dengan pengurusan sesuatu perniagaan.

42. Ujian bagi menentukan sama ada seseorang itu

bertanggungjawab atas perniagaan itu terletak pada sama ada

atau tidak dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya atau

sebahagian besarnya dengan pengurusan sesuatu perniagaan.

Takrifan ini menggambarkan keperluan untuk akauntabiliti dalam

perniagaan yang mana perlunya ada seorang tertentu yang harus

bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan berkaitan

Page 27: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

26

pematuhan peruntukan APP8. Takrifan ini juga menunjukkan

bahawa terdapat perbezaan antara orang yang menjalankan

perniagaan (pemilik) dengan orang yang menguruskan

perniagaan.

43. Di bawah APP Mauritius, frasa "orang yang

bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu perniagaan"

digunakan dan bukannya frasa "orang yang bertanggungjawab"

walaupun takrif itu adalah sama dengan takrifan di bawah seksyen

2 APP.

44. Frasa yang diguna pakai oleh Mauritius menunjukkan

peranan yang dimainkan oleh orang itu dalam memastikan

bahawa peruntukan undang-undang dipatuhi. Walaupun mereka

tidak semestinya pemilik, mereka diamanahkan dengan

pengurusan perniagaan termasuk aspek pematuhan.

45. Di Singapura, konsep "orang yang bertanggungjawab" telah

dimansuhkan di bawah APNP 2014. Sebaliknya, seksyen 6(3)

APNP 2014 telah memperkenalkan konsep "orang yang

bersesuaian" bagi tujuan pendaftaran dan pematuhan undang-

undang.

46. Oleh kerana peruntukan di bawah APP turut membezakan

“pemilik” dan “orang yang bertanggunjawab bagi pengurusan

perniagaan”, SSM mencadangkan supaya frasa “orang yang

bertanggunjawab bagi pengurusan perniagaan” diguna pakai dan

takrifan “orang yang bertanggungjawab” yang sedia ada

dikekalkan.

8 Sebagai contoh, keperluan di bawah seksyen 5, 5B, 5D, 10 dan 12(2) APP.

Page 28: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

27

47. Adalah juga dicadangkan bahawa perlu ada peruntukan

yang jelas berhubung liabiliti "orang yang bertanggungjawab

untuk pengurusan perniagaan" seperti berikut:

"Di mana orang yang menjalankan perniagaan adalah

dikehendaki di bawah Akta ini untuk melakukan apa-apa

perbuatan atau benda, orang yang bertanggungjawab

untuk pengurusan perniagaan atau bagi pihak orang yang

pertama tersebut itu juga adalah bertanggungjawab untuk

perlakuan atau peninggalan melakukan perbuatan atau

benda tersebut."

Soalan untuk Konsultasi:

(11) Adakah anda bersetuju bahawa frasa "orang yang

bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan"

diguna pakai untuk memberi peranan yang lebih jelas

bagi orang tersebut?

(12) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan

nyata mengenai liabiliti "orang yang

bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan"

seperti berikut:

"Di mana orang yang menjalankan perniagaan

adalah dikehendaki di bawah Akta ini untuk

melakukan apa-apa perbuatan atau benda,

orang yang bertanggungjawab untuk

pengurusan perniagaan atau bagi pihak orang

Page 29: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

28

yang pertama tersebut itu juga adalah

bertanggungjawab untuk perlakuan atau

peninggalan melakukan perbuatan atau benda

tersebut"?

Pendaftaran oleh "orang yang bertanggungjawab"

48. Pada masa ini, perniagaan mesti didaftarkan oleh "orang

yang bertanggungjawab bagi perniagaan" dalam tempoh 30 hari

dari permulaannya.

49. Memandangkan orang yang bertanggungjawab bagi

perniagaan itu tidak semestinya pemilik perniagaan tersebut,

terdapat kebimbangan bahawa unsur-unsur penipuan boleh

berlaku apabila seseorang yang bukan pemilik sebenar

perniagaan dibenarkan mendaftar perniagaan dan

dipertanggungjawabkan untuk pelanggaran peruntukan di bawah

APP. Ini ditambah pula dengan penyalahgunaan takrifan oleh

orang tengah atau "ulat" dalam menawarkan perkhidmatan untuk

mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik perniagaan dengan

menyamar untuk bertindak sebagai "ejen" sedangkan mereka

tidak "dipertanggungjawabkan sama ada sepenuhnya atau

sebahagian besarnya dengan pengurusan perniagaan".

50. Sebagai perbandingan, bagi maksud pendaftaran, APNP

Singapura 2014 menyatakan perlunya "orang yang bersesuaian"9

9 Seksyen 6(3) APNP Singapura 2014 menyatakan:

Page 30: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

29

untuk menyerah simpan permohonan itu. Pada dasarnya, "orang

yang bersesuaian" merujuk kepada pemilik atau pekongsi

sebenar perniagaan dan juga termasuk orang yang ditetapkan10

yang diberi kuasa oleh orang yang bersesuaian tersebut. Oleh itu,

di Singapura, walaupun takrif "orang yang bersesuaian"

menghendaki pemilik untuk mendaftar perniagaan mereka, ia

juga memberikan fleksibiliti di mana seseorang yang ditetapkan

juga boleh mendaftar perniagaan bagi pihak pemilik jika diberi

kuasa untuk berbuat demikian.

51. Di Mauritius, kewajipan untuk mendaftar perniagaan

terletak hanya pada orang yang menjalankan perniagaan dan

Dalam subseksyen (1) —

"orang yang sesuai" ertinya —

(a) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah sebagai pemilik

individu, individu itu;

(b) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan ialah suatu, pengarah

atau setiausaha syarikat itu;

(c) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah bahawa sesuatu

perkongsian liabiliti terhad mengikut pengertian seksyen 2 Akta

Perkongsian Liabiliti Terhad (Cap 163A), seorang pengurus perkongsian

liabiliti terhad;

(d) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah bahawa syarikat

asing yang didaftarkan di bawah Bahagian 2 Bahagian XI Akta Syarikat,

wakil yang diberi kuasa syarikat asing sebagaimana yang ditakrifkan

dalam seksyen 366 Akta itu (Cap 50);

(e) di mana pendaftaran yang hendak dilaksanakan adalah seperti firma,

individu yang sama ada -

(i) rakan kongsi firma itu; atau

(ii) orang yang berkenaan yang dinyatakan dalam perenggan (b), (c)

atau (d) (mengikut mana-mana yang berkenaan) berkenaan

dengan mana-mana syarikat, perkongsian liabiliti terhad atau

syarikat asing yang merupakan rakan kongsi firma itu; atau

(f) ejen pemfailan yang berdaftar di bawah seksyen 28F 30 Akta Lembaga

Perakaunan dan Kawal Selia Korporat (Bab 2A.) yang diberi kuasa oleh,

dan bertindak bagi orang yang memohon untuk didaftarkan di bawah

Akta ini; ... "

10 Seseorang ditetapkan ertinya seseorang, atau orang yang dalam golongan

orang, ditetapkan oleh Menteri iaitu seorang peguam, akauntan, setiausaha

syarikat, ejen setiausaha korporat, seorang pekerja biro perkhidmatan.

Page 31: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

30

bukan ke atas orang yang bertanggungjawab untuk pengurusan

perniagaan11.

52. Dalam memberikan penjelasan mengenai siapa yang

mempunyai tanggungjawab untuk mendaftarkan sesebuah

perniagaan itu, SSM mencadangkan bahawa perlu ada suatu

peruntukan nyata bahawa permohonan untuk mendaftarkan

perniagaan mesti dilaksanakan oleh mana-mana orang yang

menjalankan perniagaan iaitu pemilik dan bukanlah orang yang

bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan.

53. Untuk tujuan memudahcara perniagaan, pihak kami ingin

mendapatkan pandangan sama ada undang-undang perlu

menyediakan peruntukan "orang lain yang ditetapkan" yang

boleh diberi kuasa untuk mendaftar perniagaan bagi pihak

pemilik.

54. Orang yang ditetapkan boleh mengikut konsep "orang yang

bersesuaian" di bawah APNP 2014 Singapura12.

Soalan untuk Konsultasi:

(13) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu

secara nyata menghendaki pendaftaran perniagaan

dilaksanakan oleh mana-mana orang yang

menjalankan perniagaan?

11 Seksyen 6 APP 2002.Mauritius

12 Seksyen 6 APNP 2014 Singapura.

Page 32: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

31

(14) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu

meentapkan orang lain selain daripada pemilik untuk

mendaftarkan perniagaan bagi pihak pemilik?

Pertubuhan Perbadanan sebagai Pekongsi

55. Peruntukan di dalam APP tidak menjelaskan tentang

pendaftaran pertubuhan perbadanan sebagai pekongsi dalam

suatu perniagaan. Oleh itu, peruntukan APP berkaitan keperluan

untuk mendaftar perniagaan telah ditafsirkan untuk menjurus

kepada individu dan perkongsian yang terdiri daripada individu

sahaja.

56. Penafsiran yang sedemikian adalah disebabkan oleh

keadaan di mana syarikat mendaftarkan perniagaan mereka atas

dasar bahawa perniagaan itu dijalankan di bawah suatu nama

perdagangan.

57. Menurut seksyen 4(a), peruntukan APP tidak terpakai

kepada perniagaan berdaftar yang dimiliki secara eksklusif dan

dijalankan oleh mana-mana syarikat yang didaftarkan di bawah

Akta Syarikat 2016. Walau bagaimanapun, peruntukan itu tidak

menyatakan bahawa peruntukan APP tidak terpakai dalam kes-

kes apabila syarikat menjadi pekongsi dalam usaha niaga,

sekaligus menjadikan perniagaan tersebut sebagai tidak dimiliki

secara eksklusif oleh syarikat itu.

58. Di samping itu, peruntukan seksyen 17(1) APP menyatakan

bahawa "Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap

mana-mana kaedah di bawahnya dilakukan oleh sesuatu

Page 33: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

32

pertubuhan perbadanan, seeorang pengarah, pengurus,

setiausaha atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu

hendaklah juga disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu

melainkan dia mebuktikan bahawa kesalahan tersebut telah

dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan tidak

disebabkan oleh apa-apa pengabaian di pihaknya".

59. Daripada pembacaan peruntukan seksyen 4(a) dan 17(1),

ia boleh disimpulkan bahawa suatu pertubuhan perbadanan boleh

menjadi pekongsi dalam perniagaan.

60. Dalam menerima pakai pendekatan yang bersifat fasilitatif,

SSM berpandangan bahawa perlu ada peruntukan yang jelas

yang membenarkan pertubuhan perbadanan yang telah

memasuki perkongsian sama ada dengan individu atau

pertubuhan perbadanan untuk mendaftar perkongsian tersebut di

bawah APP. Usaha niaga ini mestilah dibezakan dengan

pengecualian kepada perniagaan yang dimiliki dan dijalankan

secara eksklusif oleh pertubuhan perbadanan di bawah seksyen 4

APP.

61. Di Singapura, pertubuhan perbadanan dibenarkan untuk

menjadi pekongsi dalam perkongsian perniagaan melalui takrif

'firma' yang bermaksud dua atau lebih individu badan yang tidak

diperbadankan, atau satu atau lebih individu atau satu atau lebih

perbadanan, atau dua atau lebih perbadanan yang memasuki

perkongsian antara satu sama lain dengan tujuan untuk

menjalankan perniagaan bagi mendapatkan keuntungan.

Selanjutnya, perkataan 'orang' ditakrifkan untuk termasuk suatu

perbadanan, firma, firma asing dan individu.

Page 34: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

33

62. APP Mauritius juga membolehkan syarikat-syarikat menjadi

pekongsi dalam perniagaan melalui takrif 'firma' yang termasuk

badan yang tidak diperbadankan yang terdiri daripada satu atau

lebih individu, atau satu atau lebih pertubuhan perbadanan, yang

menubuhkan perkongsian dengan tujuan untuk menjalankan

perniagaan.

63. Pendekatan yang diambil oleh Singapura dan Mauritius

adalah selaras dengan takrif perkongsian sebagaimana yang

diperuntukkan di bawah seksyen 3(1) Akta Perkongsian 1961

sebagai "perhubungan yang wujud antara orang-orang13 yang

menjalankan perniagaan yang sama dengan tujuan mendapat

keuntungan".

64. Bagi menjelaskan isu ini dan agar selaras dengan takrif

perkongsian, SSM berpandangan bahawa suatu pertubuhan

perbadanan hendaklah dibenarkan menjadi pekongsi dalam

perniagaan yang didaftarkan di bawah APP. Ia adalah

dicadangkan bahawa takrif "firma" seperti yang terdapat dalam

APNP Singapura diguna pakai.

Soalan untuk Konsultasi:

(15) Adakah anda bersetuju bahawa perlu peruntukan

jelas yang membenarkan pertubuhan perbadanan

menjadi pekongsi dalam perniagaan?

13 Seksyen 66 Akta Tafsiran mentakrifkan "orang-orang" untuk termasuk mana-mana kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak diperbadankan.

Page 35: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

34

(16) Adakah anda bersetuju bahawa takrif "firma" seperti

dalam APNP Singapura diguna pakai?

Pendaftaran Perniagaan oleh Warga Asing

65. Pada masa ini, tiada peruntukan yang jelas dalam APP yang

tidak membenarkan warga asing daripada mendaftar perniagaan

mereka di Malaysia. Walau bagaimanapun, secara pentadbiran,

warga asing tidak dibenarkan mendaftar perniagaan mereka di

Malaysia. Ini disokong oleh arahan daripada Menteri Perdagangan

dan Industri (yang kini dikenali sebagai Menteri Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) pada tahun 1988

untuk tidak membenarkan mana-mana warga asing daripada

mendaftar perniagaan di Malaysia melainkan jika mereka

memegang status penduduk tetap. Ini dapat dibuktikan melalui

borang yang ditetapkan (Borang A) di mana rakyat Malaysia atau

penduduk tetap sahaja dibenarkan mendaftar perniagaan.

66. Selain daripada itu, terdapat juga kebimbangan bahawa

dengan membenarkan warga asing mendaftar perniagaan di

Malaysia ia boleh menggalakkan penyalahgunaan sistem

pendaftaran kerana ia akan menjadi sukar dan tidak praktikal

untuk menentukan peniaga tulen daripada orang-orang yang

berniat untuk mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek.

Tambahan pula, kebenaran untuk memasuki Malaysia yang

diberikan kepada orang asing berbeza bergantung kepada tujuan

lawatan mereka. Adalah dikhuatiri bahawa dengan membenarkan

warga asing mendaftar perniagaan akan sama seperti memberi

mereka pengiktirafan undang-undang untuk giat dalam aktiviti

perniagaan walhal pada hakikatnya, mereka tidak dibenarkan

Page 36: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

35

untuk berbuat demikian. Terdapat juga kebimbangan bahawa

penguatkuasaan peruntukan APP tidak dapat dilaksanakan

sepenuhnya.

67. Pada masa yang sama, terdapat juga kebimbangan bahawa

kepentingan peniaga kecil tempatan akan terjejas dengan

kebanjiran peniaga asing.

68. Dalam APNP 2014 Singapura, takrifan "orang" dalam AAPNP

Singapura yang dimansuhkan itu telah dikeluarkan kerana APNP

2014 Singapura bergantung kepada takrifan sedia ada dalam

Akta Tafsiran Singapura yang termasuk apa-apa syarikat atau

persatuan atau kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak

diperbadankan. Oleh itu, syarat-syarat sedia ada berhubung

pertubuhan perbadanan14, firma, firma asing dan individu telah

dimasukkan ke dalam bahagian takrifan APNP 2014 Singapura

untuk penjelasan mengenai siapa yang dibenarkan untuk

mendaftar perniagaan. Selanjutnya, seksyen 6 APNP 2014

Singapura memerlukan individu atau setiap pekongsi firma yang

untuk menyatakan kewarganegaraan mereka dalam borang

pendaftaran.

69. Di Mauritius, takrifan "orang" adalah sesiapa yang

dibenarkan untuk mendaftar perniagaan termasuk sebuah

14 APNP 2014 Singapura mentakrifkan "perbadanan" sebagai makna "mana-mana

pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan atau diperbadankan atau sedia ada di

Singapura atau di luar Singapura dan termasuklah -

(A) mana-mana syarikat yang didaftarkan atau diperbadankan di bawah Akta

Syarikat (Bab 50.) atau mana-mana undang-undang bertulis yang

berhubungan dengan syarikat yang berada pada bila-bila masa yang berkuat

kuasa di Singapura;

(B) mana-mana perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta

Perkongsian Liabiliti Terhad (Cap 163A.); dan

(C) mana-mana syarikat asing;".

Page 37: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

36

konsortium, société15, perkongsian, usaha sama, amanah atau

firma. Penyertaan warga asing dalam pendaftaran perniagaan di

Mauritius hanya terhad kepada société asing, perkongsian atau

entiti perniagaan yang sama.

70. Kedudukan di bawah APNP Singapura telah menggantikan

istilah "firma asing" dengan "syarikat asing" yang mempunyai erti

yang sama seperti dalam seksyen 4(1) APNP Singapura.

Selanjutnya, APNP 2014 telah menggantikan istilah "pengurus

tempatan" dengan "wakil yang diberi kuasa"16, di mana

sekurang-kurangnya seorang wakil hendaklah dilantik, dan wakil

yang diberi kuasa akan secara peribadi bertanggungjawab untuk

segala tanggungjawab pemilik individu atau firma asing atau

syarikat.

71. Dalam konteks di Malaysia, penyertaan warga asing masih

boleh direalisasikan melalui pelbagai cara termasuk

pemerbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 atau melalui

pegangan saham dalam syarikat-syarikat tempatan. Peruntukan

Akta Syarikat 2016 mengandungi perlindungan yang mencukupi

untuk melindungi kepentingan orang ramai dalam berurusan

dengan ahli perniagaan asing yang sedia ada. Selain itu, warga

15 Société-

(a) ertinya société yang ditubuhkan di bawah mana-mana enakmen di

Mauritius; dan

(b) termasuklah-

(i) société de fait;

(ii) société en penyertaan;

(iii) usaha sama;

(iv) konsortium; atau

(v) société, perkongsian atau sama entiti perniagaan yang

ditubuhkan di bawah undang-undang negara asing.

16 Seksyen 11 APNP 2014 Singapura.

Page 38: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

37

asing juga boleh memulakan perniagaan melalui Akta

Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

72. Tambahan pula, dengan penguatkuasaan Akta Syarikat

2016 yang baru, konsep pengarah tunggal dalam sebuah syarikat

boleh memudahcara dan memudahkan pemilik tunggal asing

yang berhasrat untuk memulakan perniagaan di Malaysia

menurut dua bentuk perniagaan yang dinyatakan di atas. Oleh

itu, undang-undang yang relevan di Malaysia adalah tidak

menghadkan pemilik tunggal asing entiti perniagaan untuk

mengembangkan pelaburan perniagaan dan asing di Malaysia.

73. Justeru, SSM mencadangkan bahawa dasar mengenai

sekatan ke atas warga asing daripada mendaftarkan perniagaan

mereka di bawah APP dikekalkan.

Soalan untuk Konsultasi:

(17) Adakah anda bersetuju bahawa dasar berkaitan

pendaftaran perniagaan oleh individu atau syarikat-

syarikat asing perlu dikekalkan?

Tarikh permulaan perniagaan

74. Pada masa ini, suatu perniagaan hanya perlu didaftarkan di

bawah APP dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh permulaan

perniagaan itu. Rasional bagi keperluan tersebut adalah bagi

membolehkan usahawan menilai daya maju usaha niaga itu

sebelum mengambil langkah selanjutnya dengan secara rasmi

Page 39: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

38

mendaftarkan perniagaan tersebut. Walaupun rasional ini

mungkin relevan semasa APP diperkenalkan pada tahun 1956,

keperluan ini mungkin tidak lagi mencerminkan persekitaran

perniagaan masa kini.

75. SSM berpandangan bahawa keperluan untuk mendaftar

perniagaan hanya selepas ia memulakan operasinya membuka

peluang kepada beberapa kemungkinan penyalahgunaan.

Walaupun kegagalan untuk mendaftar perniagaan dalam tempoh

tiga puluh hari adalah satu kesalahan di bawah APP, terdapat

keadaan di mana perniagaan membawa kebelakang tarikh

permulaannya dalam borang pendaftaran mereka untuk

mewajarkan kewujudan awal dengan tujuan mendapatkan

permit, lesen atau mengambil bahagian dalam tender dengan

agensi-agensi kerajaan yang lain, dan lain-lain.

76. SSM juga turut bimbang dengan kemungkinan terdapat

pengusaha perniagaan yang tidak tulen (fly-by-night) yang tidak

berhasrat mendaftarkan perniagaan tetapi mengadakan urus

niaga dengan orang awam dalam tempoh tiga puluh hari dari

tarikh permulaan perniagaan.

77. Di Singapura dan Mauritius, undang-undang menghendaki

seseorang dan nama perniagaan orang itu didaftarkan sebelum

dia menjalankan perniagaan17. Sungguhpun tempoh masa untuk

permohonan pendaftaran tidak dinyatakan di Singapura, APP

Mauritius secara spesifik menghendaki permohonan tersebut

dibuat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum operasi

perniagaan dimulakan.

17 Seksyen 5 APNP Singapura seksyen 6 (2) APP Mauritius.

Page 40: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

39

78. SSM berpandangan permohonan untuk mendaftarkan

perniagaan hendaklah dibuat sebelum seseorang itu boleh

menjalankan perniagaan hendaklah dinyatakan secara jelas

dalam perundangan. SSM juga ingin mendapatkan pandangan

daripada orang ramai sama ada tempoh masa tertentu

dikehendaki bagi suatu permohonan untuk pendaftaran dibuat.

Soalan untuk Konsultasi:

(18) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu

menghendaki seseorang mendaftar di bawah APP

seelum orang itu boleh menjallankan perniagaan?

(19) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada tempoh

masa tertentu bagi permohonan untuk pendaftaran?

Jika ya, apakah tempoh masa yang sesuai:

(a) 7 hari;

(b) 14 hari; atau

(c) 30 hari?

Keperluan berkaitan nama perniagaan

Penggunaan nama perniagaan

79. Pada masa ini, orang yang bertanggungjawab untuk

perniagaan adalah dikehendaki mendaftar perniagaan dalam

tempoh tiga puluh hari dari permulaan perniagaan. Oleh itu,

perniagaan boleh dijalankan di bawah nama yang masih belum

Page 41: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

40

didaftarkan. Ini mungkin memberi kesan bertentangan kerana

nama itu mungkin suatu nama yang terhad, dilarang atau

dianggap tidak dikehendaki oleh Pendaftar.

80. Bagi mengelakkan masalah yang sedemikian, SSM

berpandangan bahawa undang-undang patut melarang

penggunaan apa-apa nama perniagaan yang tidak didaftarkan

dengan Pendaftar. Terdapat juga keperluan untuk melepaskan

Pendaftar daripada liabiliti bahawa pendaftaran suatu nama tidak

boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penggunaan nama itu,

jika penggunaan nama tersebut dilarang di bawah mana-mana

undang-undang bertulis yang lain.

81. Kedua-dua Singapura dan Mauritius mempunyai

peruntukan berkaitan larangan penggunaan nama melainkan

nama itu telah didaftarkan sewajarnya. Pada masa yang sama,

kedua-dua negara ini juga dengan jelas memperuntukkan

bahawa pendaftaran nama oleh Pendaftar tidak bermaksud

membenarkan penggunaannya jika nama itu adalah dilarang oleh

undang-undang lain.

82. SSM mencadangkan pendekatan yang diambil oleh

Singapura dan Mauritius diguna pakai.

Soalan untuk Konsultasi:

(20) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang patut

melarang penggunaan apa-apa nama perniagaan

yang tidak difailkan atau didaftarkan dengan

Pendaftar?

Page 42: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

41

(21) Adakah anda bersetuju bahawa perlu ada peruntukan

nyata yang menyatakan bahawa pendaftaran nama

itu tidak boleh ditafsirkan sebagai membenarkan

penggunaan nama itu, jika penggunaan nama

tersebut dilarang di bawah mana-mana undang-

undang bertulis yang lain?

Carian dan perizaban nama

83. Suatu perniagaan boleh didaftarkan di bawah nama

peribadi pemilik atau di bawah nama dagangan. Bagi nama

peribadi, nama perniagaan hendaklah dinyatakan seperti di dalam

kad pengenalan pemilik.

84. Suatu nama dagangan adalah nama atau gelaran yang

digunakan perniagaan bagi menjalankan perniagaan atau yang

digunakan firma untuk beroperasi. Nama perdagangan yang

dicadangkan hendaklah menggambarkan sifat, skop atau

kepentingan operasi perniagaan. Suatu nama dagangan hanya

boleh didaftarkan setelah mendapatkan kelulusan Pendaftar.

85. Walaupun APP 1956 tidak memperuntukkan keperluan

untuk carian nama, sebagai perkara dasar pentadbiran,

permohonan carian nama boleh dilakukan melalui Borang PNA.42

bagai memastikan bahawa nama perniagaan memenuhi

keperluan Kaedah 15(1) dan (2) Kaedah-Kaedah Pendaftaran

Perniagaan 1957 (KPP). Jika diluluskan, nama itu akan dirizab

untuk tiga puluh hari. Permohonan carian nama hanya terpakai

Page 43: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

42

untuk perniagaan yang berhasrat untuk didaftarkan di bawah

nama dagangan.

86. SSM berpandangan bahawa peruntukan mengenai

permohonan carian nama dan perizaban nama perlu

diperuntukkan dengan jelas di bawah undang-undang.

87. Di bawah APNP 2014 Singapura, seseorang boleh memohon

kepada Pendaftar untuk perizaban nama sebagai nama

perniagaan berdaftar yang dicadangkan dan Pendaftar boleh

meluluskan atau menolak permohonan di bawah keadaan

tertentu18. Jika Pendaftar berpuas hati bahawa nama itu bukan

satu nama yang dilarang atau terhad, Pendaftar boleh merizab

nama perniagaan yang dicadangkan untuk tempoh 60 hari

selepas tarikh Pendaftar memberitahu pemohon yang

permohonannya telah diluluskan pada atau dalam tempoh 60 hari

selanjutnya19.

88. APP Mauritius tidak mengandungi apa-apa peruntukan

berkaitan prosedur carian nama dan perizaban nama.

89. Setelah mempertimbangkan kedudukan di Singapura dan

Mauritius, SSM berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk

mempunyai peruntukan berkenaan dengan carian dan perizaban

nama kerana ia akan meningkatkan pematuhan kepada

keperluan di bawah Kaedah 15 Kaedah-Kaedah Pendaftaran

Perniagaan 1957 (KPP) dan mengurangkan pertindihan nama.

SSM berpandangan bahawa peruntukan yang sama sebagaimana

18 Seksyen 16 (1), (2) dan (3) APNP Singapura 2014. Peruntukan ini juga sama

dengan peruntukan di bawah seksyen 22 (6) Akta Syarikat 1965 atau seksyen

27 (4) Akta Syarikat 2016.

19 Seksyen 16 (4) APNP Singapura 2014.

Page 44: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

43

yang diperuntukkan di bawah seksyen 27 Akta Syarikat 2016

hendaklah disediakan.

90. Selanjutnya, SSM berpandangan bahawa walaupun

prosedur perizaban nama akan dapat mengurangkan pertindihan

nama, proses perizaban tidak perlu diwajibkan dan perlu ada

tempoh perizaban maksimum untuk mengelakkan prosedur ini

disalahgunakan.

Soalan untuk Konsultasi:

(22) Adakah anda bersetuju bahawa perlunya peruntukan

bagi permohonan carian nama dan perizaban nama di

bawah undang-undang?

(23) Adakah anda bersetuju bahawa prosedur perizaban

nama tidak perlu diwajibkan?

(24) Adakah anda bersetuju bahawa tempoh perizaban

adalah satu bulan atau lebih lama sebagaimana yang

difikirkan patut oleh Pendaftar?

Sekatan ke atas pendaftaran nama tertentu

91. Secara amnya, kaedah 15(1) KPP memperuntukkan

bahawa terdapat perkataan-perkataan tertentu yang dilarang

untuk digunakan sebagai nama atau sebahagian daripada nama

Page 45: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

44

perniagaan kecuali dengan keizinan Menteri20. Pendaftar juga

diberi kuasa untuk menyekat penggunaan nama-nama tertentu

jka didapati tidak wajar. Larangan ini mesti diluluskan oleh

Menteri dan disiarkan dalam Warta.

92. Di Singapura, peruntukan sama berkaitan sekatan

pendaftaran nama perniagaan adalah terdapat di bawah seksyen

17 APNP 2014 Singapura. Di Singapura, kecuali dengan

persetujuan Menteri, Pendaftar hendaklah menolak untuk

mendaftarkan perniagaan di bawah suatu nama yang pada

pendapat Pendaftar tidak wajar, sama dengan mana-mana

perbadanan atau nama perniagaan, sama dengan suatu nama

yang dirizab di bawah Akta Syarikat (Bab 50) atau APNP, atau

suatu nama daripada jenis yang mana Menteri telah

mengarahkan Pendaftar melalui pemberitahuan dalam Warta,

tidak boleh diterima untuk pendaftaran.

93. Di Mauritius, peruntukan sama dengan Kaedah 15 KPP yang

terdapat di bawah seksyen 10(3) APP Mauritius. Di samping itu,

Pendaftar mempunyai kuasa untuk membatalkan atau menolak

pendaftaran perniagaan jika namanya adalah sama atau

menyerupai nama mana-mana orang lain yang menjalankan

perniagaan atau nama perniagaan yang di bawahnya terdapat

orang lain menjalankan perniagaan atau jika pada pendapat

Pendaftar adalah tidak wajar atau mengelirukan.

20 Kaedah 15 KPP memperuntukkan bahawa kecuali dengan kelulusan daripada

Menteri, nama yang mengandungi perkataan tertentu, atau kata-kata yang

mencadangkan kaitan dengan royalti, kerajaan, badan-badan kerajaan atau

agensi kerajaan asing atau badan-badan antarabangsa atau mana-mana

pertubuhan atau badan yang ditubuhkan oleh Royal Charter.

Page 46: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

45

94. Di Malaysia, tiada peruntukan dalam APP dan KPP yang

melarang pendaftaran nama perniagaan yang serupa atau sama

dengan perniagaan berdaftar yang sedia ada. Walau

bagaimanapun, sebagai satu perkara dasar, nama yang serupa

atau sama hanya dibenarkan untuk perniagaan yang didaftarkan

di bawah nama peribadi tetapi tidak di bawah nama dagangan.

95. Berikutan ini, SSM berpendapat bahawa selain daripada

prosedur sedia ada berhubung sekatan nama di bawah Kaedah 15

KPP, tiada perniagaan boleh didaftarkan di bawah nama

dagangan jika ia adalah sama atau serupa dengan perniagaan

atau syarikat yang dianggap didaftarkan atau diperbadankan di

bawah Akta Syarikat 2016 atau di bawah Akta Perkongsian

Liabiliti Terhad 2012 untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan

orang awam.

Soalan untuk Konsultasi:

(25) Adakah anda bersetuju bahawa selain daripada

sekatan nama di bawah Kaedah 15 RBR 1957, tiada

perniagaan boleh didaftarkan di bawah nama

dagangan jika ia adalah sama atau serupa dengan

nama perniagaan berdaftar yang sedia ada atau

sebuah syarikat yang dianggap didaftarkan atau

diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 atau

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012?

Perubahan nama perniagaan

96. Tidak seperti dalam Akta Syarikat 2016, APP tidak

mempunyai peruntukan yang membolehkan perniagaan untuk

Page 47: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

46

mengubah nama atau memberi kuasa kepada Pendaftar bagi

mengarahkan perubahan nama perniagaan.

97. SSM sedia maklum bahawa terdapat permintaan daripada

industri untuk membenarkan perniagaan mengubah nama

mereka. Antara sebab yang dinyatakan untuk permintaan

tersebut termasuk perubahan dari segi jenis perniagaan dan

perubahan pekongsi dalam perniagaan yang mungkin

memerlukan perniagaan melakukan perubahan-perubahan

tersebut.

98. Pada masa ini, apabila perniagaan ingin mengubah

namanya, ia perlu menamatkan perniagaannya dan mendaftar

semula perniagaan tersebut di bawah nama baru. Pendekatan ini

tidak fasilitatif dan tidak kos efektif. Pada masa yang sama,

ketiadaan peruntukan yang membenarkan Pendaftar

mengarahkan perubahan nama juga boleh menimbulkan

halangan kepada Pendaftar dalam menjalankan kewajipannya

bagi memastikan bahawa nama-nama perniagaan mematuhi

keperluan-keperluan seperti yang dinyatakan dalam APP.

Terutama sekali jika perniagaan telah didaftarkan untuk

menjalankan perniagaan di bawah nama yang terhad atau tidak

wajar.

99. Di Singapura, peruntukan yang membenarkan perniagaan

untuk mengubah nama dan memberi kuasa kepada Pendaftar

untuk mengarahkan perubahan nama terkandung di bawah

seksyen 18 APNP 2014 Singapura. Peruntukan ini adalah sama

dengan peruntukan baru di bawah seksyen-seksyen 28 dan 29

Akta Syarikat 2016.

Page 48: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

47

100. Sama seperti APP, APP Mauritius tidak mempunyai apa-apa

peruntukan berkaitan perubahan nama perniagaan dan kuasa

Pendaftar untuk mengarahkan perubahan dalam nama

perniagaan.

101. Bagi tujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang

fasilitatif, kos efektif dan dinamik, SSM mencadangkan bahawa

peruntukan berkaitan perubahan nama perniagaan pelru

diperuntukkan di bawah undang-undang. Pada masa yang sama,

ia juga dicadangkan agar Pendaftar diberi kuasa untuk

mengarahkan perubahan nama untuk perniagaan atas alasan

tertentu seperti nama telah didaftarkan secara tidak sengaja atau

sebaliknya, sebagai nama yang terhad, dilarang atau tidak wajar.

Soalan untuk Konsultasi:

(26) Adakah anda bersetuju bahawa peruntukan berkaitan

perubahan nama perlu diperuntukkan di bawah

undang-undang?

(27) Adakah anda bersetuju bahawa Pendaftar perlu diberi

kuasa untuk mengarahkan perubahan nama untuk

perniagaan atas alasan tertentu?

Peruntukan khusus bagi perniagaan tanpa suatu tempat

perniagaan atau kekal/ tetap tempat perniagaan

102. Salah satu maklumat yang diperlukan semasa mendaftar

perniagaan adalah alamat tempat perniagaan, dan jika

Page 49: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

48

perniagaan mempunyai lebih daripada satu tempat perniagaan,

alamat cawangannya21.

103. Keperluan ini menunjukkan bahawa semua perniagaan

mesti mempunyai tempat perniagaan. Walaupun ini mungkin

benar dalam kebanyakan keadaan, terdapat beberapa jenis

perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan atau

tempat perniagaan yang tetap. Walaupun aktiviti itu termasuk

sebagai salah satu aktiviti dalam takrif perniagaan, orang yang

menjalankan perniagaan itu mungkin menghadapi kesukaran

untuk mematuhi keperluan di bawah APP.

104. Oleh itu, salah satu daripada agenda utama untuk proses

kajian semula ini adalah dengan menilai kecukupan undang-

undang dalam mengawal perniagaan yang tidak mempunyai

tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang ditetapkan atau

kekal. SSM menyedari bahawa parameter yang jelas perlu

diwujudkan bagi membolehkan perniagaan tanpa suatu tempat

perniagaan atau tempat perniagaan yang tetap boleh mematuhi

undang-undang.

105. Bagi menangani aktiviti perniagaan yang tidak mempunyai

tempat perniagaan atau tempat perniagaan yang kekal atau

tetap, SSM mencadangkan bahawa undang-undang perlu

mengadakan satu peruntukan khusus bahawa selagi seseorang

itu mempunyai tempat perniagaan di Malaysia; orang itu

dianggap menjalankan perniagaan di Malaysia bagi maksud APP.

106. Walaupun cadangan ini boleh diguna pakai dengan mudah

kepada perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan

21 Seksyen 5 (2) (d) APP.

Page 50: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

49

yang tetap, tetapi ia sukar untuk perniagaan yang tidak

mempunyai tempat perniagaan.

107. Dalam hal peniaga-peniaga pasar malam atau pasar tani, ia

akan mudah untuk membuktikan tempat perniagaan mereka

kerana terdapat bukti fizikal tempat di mana perniagaan itu

dijalankan. Peruntukan khusus yang dicadangkan boleh diguna

pakai dan dipatuhi dengan mudah.

108. Dalam hal aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui

internet (perniagaan atas talian), untuk membuktikan suatu

tempat perniagaan akan menjadi lebih sukar. Perniagaan

berasaskan internet tidak perlu bergantung kepada tempat fizikal

untuk menjalankan perniagaan kerana aktiviti tersebut dijalankan

secara atas talian dan boleh dijalankan di mana-mana sahaja di

dunia. Oleh itu, ia juga bermakna bahawa perniagaan itu tidak

semestinya berlaku di Malaysia kerana transaksi boleh

diselesaikan di luar negara.

109. Justeru adalah penting untuk menentukan sama ada aktiviti

perniagaan tersebut dijalankan di Malaysia atau tidak bagi

membolehkan pendaftaran aktiviti itu di bawah APP.

110. Di Malaysia, Akta Perdagangan Elektronik 2006 (AKPE

2006) memperuntukkan pengiktirafan undang-undang untuk

mesej elektronik dalam urus niaga komersial, penggunaan mesej

elektronik untuk memenuhi keperluan undang-undang dan untuk

membolehkan dan memudahcarakan urus niaga komersial secara

elektronik.

111. Seksyen 5 AKPE 2006 mentakrifkan urus niaga komersial

sebagai komunikasi tunggal atau pelbagai komunikasi yang

Page 51: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

50

bersifat komersial, sama ada secara kontraktual atau tidak, yang

termasuk apa-apa perkara berkaitan pembekalan atau pertukaran

barangan atau perkhidmatan, agensi, pelaburan, pembiayaan,

perbankan dan insurans .

112. Oleh kerana ia adalah mustahil untuk menentukan tempat

perniagaan di mana urus niaga komersial elektronik berlaku,

penunjuk alternatif mesti digunakan untuk membolehkan aktiviti

itu mematuhi keperluan APP.

113. Seksyen 22 dan 23 AKPE 2006 memperuntukkan kaedah

yang jelas untuk menunjukkan tempat penghantaran dan tempat

penerimaan suatu mesej elektronik seperti berikut:

"22. Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula22

dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan

dihantar dari tempat perniagaan pemula, dan-

(a) jika pemula mempunyai lebih daripada satu

tempat perniagaan, dari tempat perniagaan

yang mempunyai hubungan yang terdekat

dengan urus niaga itu atau jika tiada tempat

perniagaan yang mempunyai hubungan

terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat

utama perniagaan pemula; atau

(b) jika pemula tidak mempunyai suatu tempat

perniagaan, dari tempat tinggal biasa pemula.

22 "pemula" ditakrifkan sebagai seseorang yang melaluinya atau yang bagi

pihaknya, suatu mesej elektronik dihasilkan atau dihantar di bawah seksyen 5

AKPE 2006.

Page 52: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

51

23. Melainkan jika dipersetujui selainnya antara pemula23

dengan penerima, suatu mesej elektronik disifatkan

diterima di tempat perniagaan penerima, dan-

(a) jika penerima mempunyai lebih daripada satu

tempat perniagaan, di tempat perniagaan yang

mempunyai hubungan yang terdekat dengan

urus niaga itu atau jika tiada tempat

perniagaan yang mempunyai hubungan

terdekat dengan urus niaga itu, dari tempat

utama perniagaan penerima; atau

(b) jika penerima tidak mempunyai suatu tempat

perniagaan, dari tempat tinggal biasa

penerima."

114. Seksyen 22 dan 23 AKPE 2006 memperuntukkan secara

khusus bahawa mesej elektronik dianggap telah dihantar atau

diterima dari tempat perniagaan. Selain itu, dalam keadaan di

mana seseorang menjalankan urus niaga komersial melalui cara

elektronik dan tidak mempunyai tempat perniagaan, mesej

elektronik disifatkan dihantar atau diterima daripada atau dari

tempat tinggal biasa kediamannya. Selanjutnya, jika seseorang

itu tidak mempunyai tempat perniagaan atau tempat perniagaan

yang tetap, tempat tinggal biasa kediamannya akan dianggap

sebagai tempat perniagaan.

23 “penerima” ditakrifkan sebagai seseorang yang dimaksudkan oleh pemula

untuk menerima suatu mesej elektronik di bawah seksyen 5 AKPE 2006.

Page 53: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

52

115. AKPE 2006 memainkan peranan penting dalam membentuk

konsep tempat perniagaan untuk memastikan bahawa urus niaga

perdagangan yang dijalankan ditadbir oleh peruntukannya.

116. SSM berpendapat bahawa prinsip yang sama digunakan

dalam menubuhkan tempat perniagaan di AKPE 2006 perlu

diguna pakai bagi maksud menubuhkan tempat perniagaan untuk

perniagaan yang tidak mempunyai tempat perniagaan atau

tempat perniagaan yang tetap. Oleh itu, SSM mencadangkan

bahawa takrif "perniagaan" di bawah seksyen 2 APP dipinda

seperti berikut:

‘”perniagaan” meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan,

pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti lain yang

dijalankan bagi maksud-maksud keuntungan, elektronik

atau sebaliknya, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan,

penggajian atau pekerjaan atau apa-apa aktiviti yang

dinyatakan dalam Jadual.’

117. Cadangan-cadangan di atas juga dapat dilihat di Singapura

dan Mauritius di mana seseorang yang mempunyai tempat

perniagaan di negara-negara tersebut hendaklah dianggap

menjalankan perniagaan di negara-negara tersebut24. Di

Singapura, jika seseorang itu tidak mempunyai tempat yang

tetap atau kekal untuk menjalankan perniagaan, tempat di mana

orang itu biasanya boleh dihubungi hendaklah dianggap sebagai

tempat perniagaan.

24 Seksyen 2(2) APNP 2014 Singapura dan seksyen 2(2) APP 2002 Mauritius.

Page 54: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

53

Soalan untuk Konsultasi:

(28) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu

mengadakan peruntukan khusus bahawa jika

seseorang itu mempunyai tempat perniagaan di

Malaysia, orang itu hendaklah dianggap menjalankan

perniagaan di Malaysia bagi tujuan APP?

(29) Adakah anda bersetuju bahawa jika seseorang itu

tidak mempunyai tempat perniagaan, atau di mana

tiada tempat perniagaan yang tetap, tempat tinggal

biasanya hendaklah dianggap sebagai tempat

perniagaannya?

Perubahan butir-butir berdaftar sekiranya pekongsi

berhenti menjadi pekongsi atau tidak dapat dikesan atau

dijumpai

118. Keperluan-keperluan semasa di bawah APP mengenai serah

simpan perubahan butir-butir berdaftar perniagaan adalah

bahawa perubahan itu boleh diserah simpan oleh orang yang

bertanggungjawab untuk perniagaan itu dalam tempoh tiga puluh

hari dari perubahan tersebut. Selain itu, semua pekongsi

dikehendaki mengesahkan apa-apa perubahan butir-butir

berdaftar sebelum perubahan tersebut boleh diserah simpan

dengan Pendaftar25. Walau bagaimanapun, berkaitan dengan

perubahan mengenai butir-butir berdaftar sekutuniaga, hanya

sekutuniaga itu sahaja yang boleh membuat perubahan tersebut.

25 Kaedah 8 KPP.

Page 55: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

54

119. Walaupun peruntukan ini menggalakkan ketelusan dan

akauntabiliti, peruntukan tersebut terbukti menjadi peghalang

apabila salah satu daripada pekongsi itu tidak dapat dikesan atau

dijumpai.

120. Pada masa ini, sekiranya pekongsi tidak boleh dikesan atau

dijumpai, satu-satunya tindakan yang ada untuk pekongsi yang

sedia ada adalah untuk menamatkan perniagaan26 tersebut

dengan memfailkan Borang C bersama-sama dengan akuan

berkanun yang menyatakan bahawa dia telah melakukan segala

usaha untuk mencari mana-mana pekongsinya tetapi gagal dalam

usahanya.

121. Keperluan tersebut dianggap tidak memudahcarakan

perniagaan kerana pekongsi yang masih ada mungkin masih

mahu meneruskan perniagaan kerana perniagaan itu masih

berdaya maju.

122. Di Singapura, undang-undang memperuntukkan bahawa

jika apa-apa perubahan dibuat atau berlaku berkenaan mana-

mana orang, orang itu hendaklah menyerah simpan perubahan

tersebut dalam tempoh 14 hari27. Selanjutnya, jika seseorang itu

tidak lagi menjadi pekongsi, orang itu dan orang-orang yang

masih didaftarkan sebagai pekongsi firma hendaklah

memberitahu Pendaftar dalam tempoh 14 hari dari tarikh

pemberhentian itu. Jika mana-mana orang yang dikehendaki

26 Kaedah 7(3) KPP.

27 Seksyen 20 APNP 2014 Singapura.

Page 56: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

55

memberitahu Pendaftar mengenai pemberhentian itu tidak dapat

dikesan atau dijumpai, Pendaftar boleh membenarkan orang lain

untuk menyerah simpan notis itu28.

123. APNP Singapura mengambil pendekatan yang

memudahcarakan di mana apa-apa perubahan mengenai butir-

butir berdaftar seseorang yang menjalankan perniagaan atau

butir-butir berdaftar perniagaan boleh diserah simpan oleh orang

yang menjalankan perniagaan itu atau oleh orang yang

bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan itu. Tiada

peruntukan khusus yang menghadkan perubahan pendaftaran

berkenaan dengan butir-butir berdaftar sekutuniaga yang hanya

dibuat oleh sekutuniaga tersebut. Tiada keperluan untuk

pengesahan oleh semua pekongsi apabila menyerah simpan apa-

apa perubahan butir-butir berdaftar tersebut.

124. APNP Singapura juga membenarkan pekongsi yang masih

ada dalam firma itu untuk memberitahu tentang pemberhentian

pekongsi, jika pekongsi itu tidak dapat dikesan atau dijumpai.

125. APP Mauritius hanya mengandungi peruntukan am yang

berkaitan dengan keperluan untuk menyerah simpan apa-apa

perubahan berkaitan dengan butir-butir berdaftar pekongsi atau

perniagaan.

126. SSM berpendapat bahawa undang-undang harus

memperuntukkan satu alternatif bahawa apa-apa perubahan

kepada butir-butir berdaftar masih boleh dibuat sekiranya

28 Seksyen 22 APNP 2014 Singapura.

Page 57: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

56

pekongsi yang tidak dapat dijumpai atau ditemui. Perubahan

pendaftaran itu harus meliputi kedua-dua butir-butir berdaftar

pekongsi dan perniagaan.

127. SSM berpendapat bahawa proses pengesahan oleh semua

pekongsi dalam apa-apa perubahan kepada butir-butir berdaftar

perniagaan menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti dan oleh

itu hendaklah dikekalkan. Walau apa pun, undang-undang perlu

memperuntukkan pengecualian untuk keadaan di mana pekongsi

tidak dapat dikesan, apa-apa perubahan masih boleh diserah

simpan dengan deklarasi yang sesuai yang membawa maksud

bahawa segala usaha telah dibuat untuk mencari pekongsi yang

hilang itu tetapi tidak berjaya. SSM percaya bahawa telahpun

ada perlindungan yang mencukupi terhadap penyediaan

maklumat yang tidak tepat atau palsu dalam APP.

128. SSM berpendapat bahawa keperluan mandatori ini untuk

menamatkan perniagaan sekiranya pekongsi tidak dapat dikesan

atau dijumpai perlu dipinda kerana ia tidak memudahcarakan

perniagaan. Pekongsi yang masih ada dalam perniagaan perlu

disediakan dengan pilihan untuk meneruskan perniagaan jika

perniagaan masih berdaya maju dan jika terma tersebut

diperuntukkan dalam perjanjian perkongsian mereka.

Soalan untuk Konsultasi:

(30) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu

memperuntukkan alternatif bahawa apa-apa

perubahan kepada butir-butir berdaftar masih boleh

Page 58: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

57

dibuat sekiranya pekongsi tidak dapat dijumpai atau

dikesan?

(31) Adakah anda bersetuju bahawa proses pengesahan

oleh semua pekongsi sebelum apa-apa perubahan

dalam butir-butir berdaftar perniagaan boleh diserah

simpan adalah dikekalkan tertakluk kepada

pengecualian kepada rukun am sekiranya pekongsi

tidak dapat dikesan atau ditemui?

(32) Adakah anda bersetuju bahawa keperluan mandatori

ini untuk menamatkan perniagaan sekiranya

pekongsi tidak dapat dikesan atau dijumpai perlu

dipinda untuk membolehkan pekongsi yang sedia ada

meneruskan perniagaan, jika terma tersebut

diperuntukkan dalam perjanjian perkongsian

mereka?

Pembaharuan (setiap tahun atau untuk tempoh yang

ditetapkan, bagi membenarkan pembaharuan perniagaan

dalam tempoh 12 bulan dari tempoh luput)

129. Pada masa ini, perniagaan dikehendaki untuk

memperbaharui pendaftaran mereka dalam tempoh 30 hari

sebelum tarikh tamat tempoh pendaftaran mereka29. Sebuah

perniagaan boleh memperbaharui pendaftaran untuk tempoh

tidak melebihi lima tahun. Ini bermakna bahawa perniagaan

boleh memperbaharui pendaftaran untuk satu, dua, tiga, empat

atau lima tahun.

29 Seksyen 5A(1) APP.

Page 59: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

58

130. Tempoh yang lebih lama untuk pendaftaran bermakna

pemilik perniagaan diberi pilihan untuk memperbaharui

pendaftaran mengikut kesesuaian keadaan mereka tetapi tidak

melebihi 5 tahun. Walau bagaimanapun, fleksibiliti ini mempunyai

kelemahan di mana SSM tidak akan tahu sama ada perniagaan

itu masih dijalankan sehingga tamat tempoh pendaftaran.

131. SSM berpendapat bahawa pembaharuan itu perlu

ditetapkan untuk tempoh yang lebih singkat iaitu dari satu tahun

hingga tiga tahun supaya pangkalan data yang berkaitan dengan

perniagaan yang aktif akan menjadi lebih tepat.

132. Di Singapura, tempoh pembaharuan tidak ditetapkan

secara statutori kerana ia adalah tertakluk kepada kelulusan

Pendaftar. Di Mauritius, pendaftaran perniagaan adalah sah

selama tiga tahun dan boleh diperbaharui bagi tempoh tambahan

selama tiga tahun.

133. Oleh yang demikian, kami ingin mendapatkan pandangan

orang ramai sama ada tempoh pembaharuan sehingga lima tahun

perlu dipendekkan atau perniagaan boleh memperbaharui

pendaftarannya untuk tempoh yang ditetapkan.

Soalan untuk Konsultasi:

(33) Adakah anda bersetuju bahawa perniagaan boleh

memperbaharui pendaftaran mereka sehingga lima

tahun?

Page 60: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

59

(34) Adakah anda bersetuju bahawa tempoh

pembaharuan itu hendaklah berasaskan kepada

tempoh yang ditetapkan seperti berikut:

(a) setiap tahun

(a) tiap-tiap dua tahun; atau

(c) tiap-tiap tiga tahun?

Pembatalan (sama ada Pendaftar perlu mengeluarkan

notis)

134. Pada masa ini, Pendaftar diberi kuasa untuk membatalkan

pendaftaran perniagaan dalam keadaan seperti berikut:

(a) dalam keadaan di mana Pendaftar berpuas hati

bahawa perniagaan itu digunakan bagi tujuan-tujuan

yang menyalahi undang-undang atau sebarang tujuan

yang memudaratkan atau tidak bersesuaian dengan

keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atau

prinsip moral30; atau

(b) di mana Pendaftar mempunyai sebab yang

munasabah untuk mempercayai bahawa perniagaan

tidak lagi dijalankan31.

135. Dalam kes di mana Pendaftar mempercayai bahawa

perniagaan itu tidak lagi dijalankan, Pendaftar akan

mengeluarkan notis mengenai niatnya untuk membatalkan

pendaftaran perniagaan itu dan orang yang telah diberikan notis

tersebut akan berpeluang untuk membuat representasi bertulis

30 Seksyen 5C(2) APP.

31 Seksyen 5E(1) APP.

Page 61: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

60

akan pembatalan yang diniatkan itu dalam tempoh 30 hari dari

tarikh penyampaian notis32.

136. Walau bagaimanapun, dalam kes di mana perniagaan

berkemungkinan digunakan untuk tujuan menyalahi undang-

undang atau untuk tujuan yang tidak bersesuaian dengan

keselamatan negara, setelah Pendaftar berpuas hati dengan

fakta tersebut, Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran

perniagaan itu33. Namun, terdapat kebimbangan bahawa

prosedur berkaitan pembatalan perniagaan atas alasan

digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang atau

apa-apa tujuan yang memudaratkan keselamatan negara,

ketenteraman awam atau prinsip moral tidak cukup kuat untuk

memastikan tiada penyalahgunaan dalam prosedur berkenaan.

137. Di Singapura, Pendaftar mempunyai kuasa untuk

memotong pendaftaran seseorang dan nama perniagaan orang

itu dalam keadaan berikut:

(a) jika Pendaftar berpuas hati bahawa-

(ii) perniagaan orang itu digunakan atau diniatkan

untuk digunakan bagi tujuan menyalahi undang-

undang atau bagi tujuan yang memudaratkan

ketenteraman awam, kebajikan atau keadaan

baik di Singapura;

(iii) ia bertentangan dengan keselamatan negara atau

kepentingan orang itu untuk terus didaftarkan;

32 Seksyen 5E(2) APP.

33 Seksyen 5C(2) APP.

Page 62: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

61

(b) berkaitan dengan perniagaannya, dia atau orang yang

bertanggungjawab untuk pengurusan perniagaan

telah disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta

Pengusahaan Amal (Bab 37)34.

138. Sebelum membatalkan pendaftaran perniagaan atas alasan

di atas, Pendaftar hendaklah memberikan suatu notis mengenai

niatnya untuk memotong pendaftaran itu. Notis itu adalah untuk

tempoh tidak kurang daripada 30 hari. Jika seseorang itu terkilan

dengan keputusan Pendaftar, orang itu boleh merayu kepada

Menteri dalam tempoh 30 hari dan keputusan Menteri adalah

muktamad.

139. Perakuan yang dikeluarkan oleh Menteri yang

bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri yang

mengeluarkan perakuan menyatakan yang beliau berpuas hati

bahawa ia adalah bertentangan dengan keselamatan negara atau

kepentingan orang yang dinamakan dalam perakuan itu untuk

didaftarkan atau terus didaftarkan hendaklah menjadi keterangan

muktamad mengenai perkara-perkara yang dinyatakan dalam

perakuan itu35. Jika Pendaftar enggan mendaftarkan menurut

perakuan yang dikeluarkan, Pendaftar tidak akan memberi notis

mengenai niatnya untuk membatalkan pendaftaran perniagaan

tersebut36.

140. Di Singapura, Menteri yang bertanggungjawab bagi

keselamatan dalam negeri mempunyai kuasa mutlak untuk

34 Seksyen 12(1) APNP Singapura.

35 Seksyen 13 (1) APNP Singapura.

36 Seksyen 13 (2) APNP Singapura.

Page 63: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

62

membatalkan sesuatu pendaftaran perniagaan jika perniagaan itu

digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi tujuan yang

bertentangan dengan keselamatan dan kepentingan negara.

141. Adalah sedia maklum bahawa sama seperti Malaysia, APNP

Singapura membenarkan Pendaftar untuk memotong pendaftaran

perniagaan atas alasan bahawa perniagaan tersebut tidak lagi

dijalankan37.

142. Di Mauritius, tiada peruntukan berkaitan dengan kuasa

Pendaftar untuk memotong atau membatalkan pendaftaran

perniagaan.

143. SSM berpendapat bahawa prosedur yang berkaitan untuk

membatalkan atau memotong pendaftaran perniagaan atas

alasan bahawa perniagaan itu digunakan atau diniatkan untuk

digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang perlu dikaji

semula untuk memasukkan pengeluaran notis oleh Pendaftar

kepada orang yang menjalankan perniagaan atau orang yang

bertanggungjawab untuk perniagaan. Pengeluaran notis itu tidak

menghendaki perniagaan itu memberikan jawapan tunjuk sebab

sebaliknya. Ia juga dicadangkan bahawa mana-mana orang yang

terkilan hendaklah diberi peluang untuk didengar melalui

permohonan rayuan kepada Menteri.

144. SSM juga dicadangkan bahawa undang-undang hendaklah

membenarkan Pendaftar membatalkan pendaftaran jika terdapat

arahan daripada Menteri yang bertanggungjawab untnuk

37 Seksyen 22 dan 23 APNP Singapura.

Page 64: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

63

keselamatan dalam negeri bahawa perniagaan itu digunakan bagi

tujuan yang tidak bersesuaian dengan kepentingan atau

keselamatan negara. Dalam kes sedemikian, pengeluaran notis

tidak diperlukan.

Soalan untuk Konsultasi:

(35) Adakah anda bersetuju bahawa prosedur yang

berkaitan untuk membatalkan atau memotong

pendaftaran perniagaan atas alasan bahawa

perniagaan itu digunakan atau diniatkan untuk

digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang

perlu dikaji semula untuk memasukkan pengeluaran

notis oleh Pendaftar kepada orang yang menjalankan

perniagaan atau orang yang bertanggungjawab untuk

perniagaan?

(36) Adakah anda bersetuju bahawa orang yang

kepadanya notis telah dikeluarkan tidak patut

dibenarkan untuk membuat representasi bertulis

tetapi dibenarkan untuk membuat rayuan terhadap

keputusan Pendaftar kepada Menteri?

(37) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang

hendaklah membenarkan Pendaftar untuk

membatalkan pendaftaran jika terdapat arahan

daripada Menteri yang bertanggungjawab dengan

tanggungjawab keselamatan dalam negeri bahawa

perniagaan itu digunakan untuk tujuan yang tidak

Page 65: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

64

bersesuaian dengan kepentingan atau keselamatan

negara?

Penamatan perniagaan

145. Pada masa ini, jika perniagaan berdaftar ditamatkan; orang

yang bertanggungjawab untuk perniagaan itu diikehendaki

memberitahu Pendaftar dalam tempoh 30 hari dari tarikh

penamatan. Pemberitahuan itu hendaklah dilakukan melalui

penyerahsimpanan Borang C.

146. Borang C juga dikehendaki untuk diserah simpan sekiranya

berlaku kematian ke atas salah seorang sekutuniaga atau

pekongsi dan apabila tiada sekutuniaga atau pekongsi yang

masih hidup; atau apabila sekutuniaga atau pekongsi tidak dapat

dijumpai atau dikesan.

147. Namun dalam kes yang tidak melibatkan pembaharuan

pendaftaran perniagaan, Borang C tidak perlu diserah simpan.

148. Sehubungan itu, status sebenar bilangan perniagaan yang

aktif tidak dapat ditentukan dengan tepat. Oleh demikian,

terdapat cadangan supaya amalan yang menghendaki Borang C

diserah simpan perlu diselaraskan dalam kes-kes penamatan

perniagaan dan pemberhentian perniagaan akibat daripada

kegagalan memperbaharui pendaftaran perniagaan.

149. Di Singapura, jika seseorang yang berdaftar berhenti

menjalankan perniagaan, orang itu hendaklah memberitahu

Pendaftar mengenainya dalam tempoh 14 hari dari tarikh

Page 66: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

65

pemberhentian tersebut. Selanjutnya, APNP Singapura juga

membenarkan seseorang itu untuk memberikan notis awal

kepada Pendaftar mengenai niatnya untuk berhenti menjalankan

perniagaan. Tiada peruntukan yang menghendaki seseorang

memberitahu Pendaftar mengenai pemberhentian perniagaan

yang disebabkan oleh tiada pembaharuan pendaftaran dilakukan.

150. Di Mauritius, seseorang yang berdaftar dikehendaki

memberitahu Pendaftar dalam tempoh 15 hari dari hari dia

berhenti menjalankan perniagaan38.

151. SSM berpendapat bahawa amalan serah simpan Borang C

hanya diperlukan dalam kes berlakunya penamatan perniagaan

dan penamatan perniagaan akibat kematian sekutuniaga atau

pekongsi di mana tiada sekutuniaga yang hidup hendaklah

dikekalkan. Cadangan untuk menghendaki amalan sekarang

diperluaskan kepada kes-kes pendaftaran yang tidak diperbaharui

adalah tidak praktikal. Oleh kerana sifat pendaftaran perniagaan

di bawah APP adalah sah sepanjang tempoh pendaftaran itu,

pendaftaran yang tidak diperbaharui secara automatik yang

dianggap sebagai pemberhentian perniagaan atas alasan

pemakaian undang-undang.

152. Adalah diberi perhatian bahawa sebagai hal dasar

pentadbiran, sesebuah perniagaan masih boleh diperbaharui

dalam tempoh 12 bulan selepas tempoh pendaftarannya luput.

Perniagaan tersebut masih boleh mengekalkan nama dan nombor

perniagaannya. Namun begitu, tempoh 12 bulan (grace period)

38 Seksyen 12(1) APP Mauritius.

Page 67: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

66

itu dianggap terlalu lama dan mungkin menghalang orang lain

daripada menggunakan nama perniagaan tersebut. SSM

mencadangkan agar dasar ini dikaji semula dan pembaharuan

pendaftaran perniagaan hanya boleh dibuat sebelum tarikh luput.

Soalan untuk Konsultasi:

(38) Adakah anda bersetuju bahawa amalan semasa

menyerah simpan Borang C hanya sekiranya berlaku

penamatan perniagaan dan penamatan perniagaan

akibat kematian sekutuniaga atau pekongsi atau di

mana tiada sekutuniaga atau pekongsi yang masih

hidup hendaklah dikekalkan?

Pemulihan perniagaan

153. Adalah sedia maklum bahawa pada masa ini, tiada

peruntukan nyata dalam APP yang membenarkan permohonan

untuk memulihkan pendaftaran perniagaan apabila tempoh telah

terhenti atau luput.

154. Di Singapura, seseorang yang pendaftarannya dan nama

perniagaannya telah dibatalkan atau ditamatkan dibenarkan

untuk membuat permohonan kepada Pendaftar untuk

memulihkan pendaftaran tersebut. Peruntukan yang

membolehkan pemulihan itu didapati di bawah seksyen 24(1)

APNP 2014 Singapura yang menyatakan bahawa:

Page 68: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

67

“24(1) Seseorang yang mana pendaftaran perniagaan dan

perniagaan berdaftarnya telah dibatalkan di bawah

seksyen 14, atau 23, atau yang pendaftaran dan nama

perniagaan berdaftarnya telah terhenti di bawah seksyen

22, boleh mengemukakan permohonan dengan Pendaftar

untuk memulihkan Pendaftaran perniagaan.”

155. Oleh itu SSM mencadangkan agar undang-undang di

bawah seksyen 24(1) APNP 2014 Singapura diadaptasi.

156. Juga, di Singapura permohonan untuk memulihkan

pendaftaran perniagaan hendaklah dibuat dalam tempoh masa

yang ditetapkan dalam seksyen 24(2) di mana ia menyatakan

bahawa:

“24(2) Permohonan untuk memulihkan pendaftaran

perniagaan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat-

(a) dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh pendaftaran

itu dibatalkan atau telah berhenti; atau

(b) dalam masa yang lebih panjang sebagaimana yang

Pendaftar boleh dalam hal keadaan khas

membenarkan.”

157. Oleh itu, dalam mengadaptasi undang-undang di bawah

APNP, adalah dicadangkan agar permohonan untuk memulihkan

pendaftaran perniagaan perlu dibuat dalam tempoh 12 bulan dari

tarikh perniagaan itu dibatalkan atau berhenti, atau pada tempoh

lebih lama yang dibenarkan oleh Pendaftar. Pemulihan

perniagaan mempunyai kesan seolah-olah perniagaan tidak

pernah dibatalkan atau berhenti. Namun begitu, pemulihan tidak

Page 69: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

68

bermakna bahawa perniagaan itu dilepaskan daripada kesalahan

yang telah dilakukan di bawah APNP.

Soalan untuk Konsultasi:

(39) Adakah anda bersetuju bahawa permohonan untuk

memulihkan pendaftaran perniagaan boleh dilakukan

setelah perniagaan luput atau berhenti adalah

dibenarkan?

(40) Apakah tempoh masa yang sesuai bagi permohonan

pemulihanan perniagaan tersebut?

(a) 12 bulan; atau

(b) 24 bulan.

BAHAGIAN D - PELBAGAI

Pembetulan Daftar atau Kesilapan

158. Peruntukan semasa dalam seksyen 7 APP 1956 hanya

memberi kuasa kepada Pendaftar untuk membetulkan kesilapan

dalam daftar setelah menerima perintah daripada Mahkamah.

SSM menyedari bahawa peruntukan ini menimbulkan halangan

kerana perintah Mahkamah mesti diperolehi sebelum apa-apa

kesilapan atau ralat yang ditemui dalam daftar itu boleh

diperbetulkan.

Page 70: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

69

159. Selaras dengan pindaan yang dibuat dalam Akta Syarikat

2016, SSM mencadangkan kerangka kerja yang sama untuk

pembetulan daftar atau kesilapan diguna pakai.

160. Peruntukan-peruntukan tersebut jelas menerangkan siapa

yang boleh memohon untuk membetulkan daftar tersebut, kuasa

Pendaftar untuk membuat pembetulan atas kehendaknya sendiri

dan juga menyediakan ruang untuk merayu dalam keadaan di

mana permohonan ditolak oleh Pendaftar.

161. Berdasarkan perenggan-perenggan terdahulu, ia adalah

dicadangkan bahawa Pendaftar diberi kuasa untuk membetulkan

kesilapan atau kesalahan dalam Daftar berdasarkan bukti yang

cukup bahawa sesuatu catatan dalam daftar yang telah

ditinggalkan, adalah tidak betul atau telah tersilap masuk.

162. Ia juga dicadangkan bahawa mana-mana pihak yang

terkilan dalam keadaan tertentu boleh memohon kepada

Mahkamah untuk mendapatkan perintah agar daftar

diperbetulkan dalam keadaan tertentu.

Soalan untuk Konsultasi:

(41) Adakah anda bersetuju bahawa Pendaftar dibenarkan

untuk membetulkan kesilapan atau kesalahan dalam

Daftar berdasarkan bukti yang cukup bahawa

kemasukan dalam daftar telah ditinggalkan, tidak

betul atau telah tersilap masuk?

Page 71: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

70

(42) Adakah anda bersetuju bahawa mana-mana pihak

yang terkilan boleh memohon kepada Mahkamah

untuk mendapatkan perintah agar daftar

diperbetulkan dalam keadaan tertentu?

Memudahcarakan Pemfailan Dokumen Secara Elektronik

163. Berikutan kuasa yang diberikan di bawah seksyen 22A APP,

pada awal tahun 2008 SSM telah melancarkan Perkhidmatan

Serah Simpan Elektronik untuk Perniagaan dan Syarikat.

164. Untuk menambahbaikn peruntukan undang-undang

berhubung dengan perkhidmatan serah simpan elektronik,

terdapat keperluan untuk mempertimbangkan isu-isu berikut:

Keperluan berkaitan dengan akuan berkanun dan pembuktian

165. Bagi memudahkan serah simpan dokumen-dokumen,

adalah dicadangkan di mana dokumen itu perlu difailkan atau

diserah simpan secara elektronik; dan jika terdapat keperluan

untuk suatu akuan berkanun, akuan berkanun tersebut

hendaklah difailkan atau diserah simpan secara elektronik atau

mana-mana cara yang ditetapkan oleh Pendaftar dan Pendaftar

akan menerima kenyataan tersebut sebagai bukti pematuhan

yang mencukupi.

166. Peruntukan ini adalah selari dengan keperluan di bawah

seksyen 604 Akta Syarikat 2016.

Page 72: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

71

167. Sebagai perlindungan, undang-undang perlu

memperuntukkan kesalahan untuk membuat kenyataan palsu

dalam akuan berkanun yang dibuat secara elektronik.

168. Menurut Akta Akuan Berkanun 1960, kenyataan palsu yang

dibuat dalam akuan berkanun merupakan pemberian keterangan

palsu di bawah Kanun Keseksaan, di mana hukuman dinyatakan

di bawah Kanun Keseksanan. Kanun Keseksaan menggunakan

istilah "akuan". Oleh kerana pemfailan elektronik tidak boleh

menempatkan suatu akuan berkanun sebagaimana yang

dinyatakan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960, ia adalah

dicadangkan agar rujukan terus kepada Kanun Keseksaan dibuat

untuk memastikan bahawa hukuman dapat dilaksanakan.

169. Begitu juga, undang-undang patut memperuntukkan

bahawa di mana dokumen yang dikehendaki untuk ditandatangni

dan disahkan perlu faikan atau diserah simpan secara elektronik,

keperluan untuk tandatangan dan pengesahan adalah tidak

terpakai. Ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah seksyen

604 Akta Syarikat 2016.

Soalan untuk Konsultasi:

(43) Adakah anda bersetuju bahawa di mana dokumen itu

hendaklah difailkan atau diserah simpan secara

elektronik, dan jika terdapat keperluan untuk suatu

akuan berkanun, akuan berkanun tersebut hendaklah

difailkan atau diserah simpan secara elektronik

dengan Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan dan

Page 73: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

72

Pendaftar akan menerima kenyataan-kenyataan

tersebut sebagai bukti pematuhan yang mencukupi?

(44) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu

memperuntukkan kesalahan terhadap kenyataan

palsu yang dibuat dalam akuan berkanun yang dibuat

secara elektronik?

(45) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu

memperuntukkan bahawa jika dokumen yang

diperlukan untuk ditandatangani dan disahkan adalah

untuk difailkan atau diserah simpan secara

elektronik, keperluan untuk tandatangan dan

penyaksian itu tidak terpakai?

Pendaftar untuk menggunakan perkhidmatan elektronik

170. Walaupun seksyen 22A membenarkan Pendaftar untuk

menyediakan perkhidmatan elektronik, ia tidak dinyatakan

dengan jelas bahawa Pendaftar boleh menggunakan

perkhidmatan elektronik untuk memudahkan komunikasi dengan

pengguna.

171. Ia adalah dicadangkan bahawa seksyen 22A dipinda bagi

membolehkan Pendaftar menggunakan perkhidmatan elektronik

seperti mengeluarkan perintah, notis, sijil dan lain-lain kepada

perniagaan, rakan-rakan atau orang yang bertanggungjawab bagi

perniagaan.

Page 74: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

73

172. Oleh kerana APP tidak mempunyai takrifan "dokumen", ia

juga dicadangkan bahawa suatu peruntukan undang-undang

perlu diadakan bagi mentakrif maksud dokumen. Adalah

dicadangkan bahawa definisi dokumen dalam APNP (Cap 50)

diguna pakai seperti berikut:

"Dokumen termasuk apa-apa permohonan, borang,

laporan, pensijilan, notis, pengesahan, perisytiharan, atau

dokumen lain yang difailkan atau diserah simpan dengan

atau diserahkan kepada Pendaftar, atau mengikut mana-

mana yang berkenaan, apa-apa perakuan, notis atau

dokumen lain yang hendak dikeluarkan oleh Pendaftar".

Soalan untuk Konsultasi:

(46) Adakah anda bersetuju bahawa Pendaftar dibenarkan

untuk menggunakan perkhidmatan elektronik untuk

mengeluarkan perintah, notis, sijil dan lain-lain

kepada perniagaan, rakan-rakan atau orang yang

bertanggungjawab bagi perniagaan?

(47) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang perlu

mengadakan peruntukan bagi menjelaskan takrif

"dokumen"?

(48) Adakah anda bersetuju bahawa definisi "dokumen"

seperti yang terdapat dalam APNP (Cap 50) diguna

pakai?

Page 75: DOKUMEN KONSULTASI KAJIAN SEMULA - ssm.com.my · PDF fileRingkasan Eksekutif 3 Bahagian B: ... melalui pendaftaran nama perniagaan1. 1 Contoh undang-undang itu adalah Akta pendaftaran

74

Kebolehterimaan maklumat diperakui oleh Pendaftar secara

elektronik

173. Adalah sedia maklum bahawa undang-undang juga perlu

mengadakan peruntukan bagi nilai keterangan dokumen yang

dibekalkan atau diperakui oleh Pendaftar secara elektronik.

174. Undang-undang semasa membenarkan serah simpan

dokumen dibuat secara elektronik, namun begitu dokumen itu

masih perlu diperakui sebagai salinan benar di bawah meterai

tangan Pendaftar dan ini masih perlu dijalankan secara manual

dan bukan secara elektronik. Amalan ini dilihat sebagai kurang

membantu kepada perniagaan.

175. Oleh itu ia adalah dicadangkan bahawa undang-undang

perlu memberi kuasa kepada Pendaftar untuk mengesahkan

dokumen secara elektronik dan Pendaftar hendaklah menetapkan

cara untuk mengesahkan salinan benar dokumen secara

elektronik.

Soalan untuk Konsultasi:

(49) Adakah anda bersetuju bahawa undang-undang juga

perlu menyediakan nilai keterangan untuk dokumen

yang dibekalkan atau diperakui oleh Pendaftar secara

elektronik?

(50) Adakah anda bersetuju bahawa cara mengesahkan

salinan yang benar bagi dokumen itu secara

elektronik hendaklah ditetapkan?