kemahiran guru pelatih empat sph dalam … · dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha...

23
KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM PENGAJARAN AMALI DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI JOHOR HUSZAIFAH MOHD HUSNAN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia APRIL, 2009

Upload: dinhbao

Post on 11-Apr-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM PENGAJARAN AMALI

DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,

SKUDAI JOHOR

HUSZAIFAH MOHD HUSNAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 2: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : ___________________________

Nama Penyelia : DR. ZAINUDIN BIN ABU BAKAR

Tarikh : APRIL 2009

Page 3: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : _____________________

Nama Penulis : HUSZAIFAH MOHD HUSNAN

Tarikh : APRIL 2009

Page 4: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

iv

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Buat ibu bapaku,

Haliah Binti Shaari & Mohd Husnan Bin Dollah,

Terima kasih atas segala pengorbanan, dorongan dan doa kalian sentiasa mengiringi

setiap detik perjalanan hidup ini. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui dan

membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu.

Buat kakak-kakak dan abang-abangku

Yang telah banyak membantu.Jasamu tetap ku kenang.

Buat pembimbing yang di hormati, Dr. Zainudin Abu Bakar

Jutaan terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan mu selama ini.

Buat sahabatku

Dorongan dan nasihatmu menjadi sumber ilhamku..

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu secara langsung dan tidak langsung

Semoga kejayaan ini menjadi sumber untuk terus berjaya di hari yang mendatang,

Insya Allah.

Page 5: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, projek sarjana muda ini dapat disempurnakan sebagaimana yang

dirancangkan. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh

Allah yang amat dikasihi.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan

kepada pensyarah pembimbing, Dr. Zainudin Abu Bakar yang sentiasa menghulurkan

bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.

Seterusnya, ucapan penghargaan dan terima kasih ini juga kepada pihak Fakulti

Pendidikan dan responden kajian ini iaitu pelajar-pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan Kemahiran Hidup, yang banyak membantu untuk mengedarkan soal

selidik ini dan juga di atas kerjasama yang diberikan semasa proses kajian ini dijalankan.

Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah yang telah mencurahkan ilmu

dan bakti sepanjang tempoh pengajian saya di sini. Akhir kata, terima kasih juga kepada

rakan-rakan seperjuangan dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung dalam menjayakan dan merealisasikan kajian ini.

Page 6: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

vi

ABSTRAK

Seorang guru yang berkualiti boleh menguasai serta merealisasikan segala

kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri sendiri sebagai alat

meningkatkan keberkesanan pengajaran amali di dalam bengkel. Penyelidikan ini

bertujuan untuk mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengajaran amali di

Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian deskriptif telah digunakan untuk mengenal pasti

empat pembolehubah iaitu kemahiran melakukan kerja amali, pengurusan bengkel,

kemahiran mengajar dan juga mengendalikan alat bantu mengajar. Instrumen kajian

yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang mempunyai 40 item. Sampel kajian

yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 97 orang guru-guru pelatih 4SPH. Data-

data yang diperolehi diproses dengan menggunakan SPSS (Statistical Package For

Social Sciences) Versi 11.5 For Windows. Hasil analisis dinyatakan dalam bentuk

statistik kekerapan,peratus dan nilai min. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih

4SPH mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melakukan kerja amali, pengurusan

bengkel, kemahiran mengajar dan juga mengendalikan alat bantu mengajar. Ini

membawa maksud guru pelatih mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan

pengajaran amali. Bagi tujuan kajian lanjutan pada masa akan datang penyelidik

mencadangkan kajian permasalahan yang dihadapi oleh bakal guru untuk mengajar

subjek Kemahiran Hidup di sekolah terutamanya yang melibatkan kerja amali di

bengkel.

Page 7: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

vii

ABSTRACT

A quality teacher should master and realize all of skilled, knowledge, and expert

which they have acquired as instrument to improve their teaching practical in workshop.

The purpose of this research is to identify the practical skill of 4SPH trainee teachers in

teaching practical in the Faculty of Education, UTM. A descriptive study is used to

identify four variables such as skill of practical work, workshop management, skill f

teaching and skill of handling teaching aids. The research instrument used is

questionnaire consisting of forty items. Ninety seven trainee teachers from 4SPH were

involved as sample in this study. The data collected is analyzed using SPSS (Statistical

Package for Social Sciences) Version 11.5 for Windows. Result from the analysis is

presented in statistic frequency, mean and percentage form. Research finding shows that

4SPH trainee teacher posses’ high skill in practical work, workshop management,

teaching skill and also to manage ABM. This indicates that the 4SPH trainee teacher

have high skilled in teaching practical. For further research, it is suggested for future

studies to focus on problems that teacher to teach subject Kemahiran Hidup in school

especially in practical work in workshop.

Page 8: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIA ii

PENGAKUAN PENULIS iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

Page 9: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

ix

1.8.1 Kemahiran 9

1.8.2 Guru Pelatih 4SPH 9

1.8.3 Kerja amali. 10

1.8.4 Bengkel Kemahiran Hidup. 10

1.8.5 Pengurusan. 10

1.8.6 Alat bantu mengajar. 11

1.8.7 Pedagogi. 11

1.9 Penutup 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Kemahiran Hidup Bersepadu 14

2.3 Bengkel Kemahiran Hidup 15

2.4 Pengurusan Makmal Kemahiran Hidup. 16

2.5 Kemahiran dalam Melakukan Kerja Amali. 19

2.5.1 Fungsi Kerja Amali 22

2.6 Kemahiran Mengajar Berdasarkan Pengetahuan

Pedagogi 24

2.6.1 Pendekatan dalam Pengajaran

dan Pembelajaran. 26

2.6.2 Kaedah dalam Pengajaran

dan Pembelajaran. 27

2.6.3 Strategi dalam Pengajaran

dan Pembelajaran. 28

2.6.4 Teknik dalam Pengajaran

dan Pembelajaran. 29

2.7 Kemahiran Mengendalikan Alat

Bantu Mengajar. 30

2.8 Penutup 34

Page 10: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

x BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 36

3.3 Tempat Kajian 36

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37

3.5 Intrumen Kajian 37

3.5.1 Bahagian A

3.5.2 Bahagian B

3.6 Kajian rintis 40

3.7 Prosedur Kajian 40

3.8 Analisis Data 41

3.9 Penutup 43

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Data Bahagian A 45

4.2.1 Responden Mengikut Jantina

4.2.2 Responden Berdasarkan Bangsa

4.2.3 Responden Berdasarkan Kelulusan

Tertinggi

4.2.4 Responden Berdasarkan Keputusan

CPA

4.3 Analisis Data Bahagian B 48

4.3.1 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 48

4 SPH dalam melakukan kerja amali

4.3.2 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 51

4SPH dalam pengurusan bengkel?

4.3.3 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 54

4SPH dalam mengajar berdasarkan

pengetahuan pedagogi dalam pengajaran

amali?

Page 11: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

xi

4.3.4 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 57

4SPH dalam mengendalikan alat bantu

mengajar dalam pengajaran amali?

4.4 Analisis Perbandingan 60

4.5 Penutup 61

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Rumusan 63

5.3 Perbincangan 64

5.3.1 taburan maklumat peribadi responden 65

5.3.2 Kemahiran Kerja Amali 66

5.3.3 Kemahiran Pengurusan Bengkel 68

5.3.4 Kemahiran Mengajar 70

5.3.5 Kemahiran Pengendalian ABM 73

5.4 Cadangan tindakan 75

5.4.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 75

5.4.2 Fakulti Pendidikan, UTM 76

5.4.3 Guru Pelatih 76

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.8 Penutup 77

BIBLIOGRAFI 78

LAMPIRAN 87

Page 12: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL PERKARA

HALAMAN

2.1 Hubungan di antara aras kemahiran objektif

pengajaran dengan teknik mengajar.

29

3.1 Jumlah responden untuk kajian 37

3.2 Kandungan Soal Selidik Bahagian B 39

3.3 Pengkelasan Skala Likert 39

3.4 Skala Pemeringkatan 42

3.5 Tahap Analisis Min 42

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 45

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 46

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Tertinggi 47

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Keputusan CPA 47

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan responden terhadap

kemahiran melakukan kerja amali.

49

4.6 Taburan kekerapan dan peratusan responden terhadap

kemahiran pengurusan bengkel.

52

4.7 Taburan kekerapan dan peratusan responden

kemahiran mengajar berdasarkan pengetahuan

pedagogi.

54

4.8 Taburan kekerapan dan peratusan responden terhadap

kemahiran mengendalikan alat bantu mengajar dalam

57

Page 13: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

xiii

pengajaran amali.

4.9

Analisis Perbandingan Nilai Min bagi pembolehubah

Kajian.

60

Page 14: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

xiv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

E Surat Pengesahan Pelajar

Page 15: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

xv

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

CPA - Cummulative Point Average

KH - Kemahiran Hidup

ABM - Alat Bantu Mengajar

UTM - Universiti Teknologi Malaysia.

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

SPSS - Satistical Package For The Social Scien

Page 16: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak
Page 17: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan.

Pendidikan merupakan kunci kepada usaha membangunkan masyarakat dan

negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh dan seimbang yang dapat

menyumbang kepada pembangunan negara adalah produk daripada pendidikan

berkualiti yang selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa (Mohamed Nor,

1990). Proses untuk melahirkan masyarakat yang terdidik ini perlu dimulakan seawal

mungkin yang boleh. Guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik pelajar

dalam melahirkan seorang insan atau generasi yang berketrampilan, mahir,

berkebolehan, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermoral tinggi.

Sejajar dengan matlamat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara yang maju menjelang tahun 2020, sistem pendidikan negara perlu memainkan

peranan yang penting bagi merealisasikan hasrat tersebut supaya dapat melahirkan lebih

ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Kurikulum pendidikan Kemahiran Hidup

pula diubahsuai supaya mampu menyediakan rakyat yang cenderung ke arah kemahiran

Page 18: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

2

dan vokasional. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1989), matapelajaran ini

dirancang untuk meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat

secara produktif, inovatif dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang

mengenali dan memahami teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan

negara.

Sebagai seorang guru yang professional mereka hendaklah sentiasa

menambahkan pengetahuan dan kemahiran pengajarannya. Berhubung dengan guru

pelatih Kemahiran Hidup, aspek pengurusan bengkel, kemahiran menggunakan alat

tangan dan mesin adalah amat penting. Ini kerana mata pelajaran Kemahiran Hidup

merupakan satu cabang pendidikan teknik dan kejuruteraan, yang mementingkan kerja-

kerja amali yang merangkumi bidang kemahiran teknologi pada peringkat asas. Selain

itu, penggunaan alat bantu mengajar di dalam bengkel perlu dipraktikkan untuk

meningkatkan minat dan proses pemahaman pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah.

Terdapat maklumbalas yang berbentuk negatif dari pihak sekolah atau guru

matapelajaran di sekolah yang berkaitan dengan kurangnya kemahiran pengajaran dan

pembelajaran guru pelatih dari UTM semasa mereka menjalankan program latihan

mengajar. Mohd Sukri (1999), menyatakan bahawa kebanyakan guru-guru pelatih yang

menjalankan latihan mengajar tidak dapat menguasai matapelajaran seperti Lukisan

Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan dengan berkesan. Akibat dari itu mereka

kelihatan tidak begitu yakin dengan pengajaran mereka. Ini menyebabkan proses

pembelajaran dan pengajaran akan terjejas.

Page 19: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

3

Guru-guru pelatih seharusnya mempersiapkan diri mereka dengan segala ilmu

pengetahuan dan juga kemahiran semasa menjalani kursus perguruan. Menurut Werd

(1991), guru tanpa latihan menghadapi masalah untuk mengendalikan kelas dengan baik.

Sekiranya guru tidak dapat mengawal kelas dengan baik dan murid-murid akan

menghadapi masalah di mana mereka tidak dapat belajar dengan sempurna. Menurut

Mohd bin Ali (1996) sebanyak 73.1% guru Kemahiran Hidup mempunyai masalah dari

segi kemahiran teknikal terutamanya semasa membuat demonstrasi di hadapan

pelajar.Oleh sebab itu, seseorang guru harus menyediakan dirinya terlebih dahulu

sebelum masuk ke alam penguruan.

Kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengajaran amali terutamanya adalah amat

penting kerana matapelajaran Kemahiran Hidup ini berorientasikan teori dan amali.

Sekiranya guru-guru pelatih tidak mempunyai kemahiran dalam pengajaran amali,

proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan seterusnya memberikan kesan

yang negatif kepada pelajar. Kebiasaannya pelajar-pelajar akan berasa seronok untuk

melakukan aktiviti amali kerana mereka dapat menunjukkan kemahiran dan kebolehan

mereka untuk melakukan sesuatu projek. Selain itu, pengalaman belajar di dalam

makmal akan memberikan motivasi kepada pelajar kerana ia menyediakan pelbagai

pilihan dalam penglibatan secara lansung melalui melalui aktiviti yang dilaksanakan

(Hatcher, 1963)

Guru-guru seharusnya mempunyai kemahiran memberi perangsang kepada

minat. Menurut Ee Ah Meng (1989), pendidikan merupakan satu proses menolong dan

memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua aspek iaitu

jasmani, akal, emosi, sosial, seni dan moral. Tujuannya adalah untuk individu supaya

hidup dengan sempurna serta memperkembangkan bakat-bakatnya untuk kepentingan

diri dan juga untuk menjadi seorang ahli masyarakat yang berguna. Sejajar dengan

matlamat Kemahiran Hidup iaitu melahirkan insan yang boleh berdikari, kenal faham

teknologi dan mempunyai sikap yakin diri, kreatif, inovasi, inisiatif dan produktif. Guru-

Page 20: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

4

guru seharusnya memahami matlamat matapelajaran tersebut dengan lebih mendalam

supaya dapat menyediakan diri untuk menjadi seorang guru yang berkemahiran dan

berkemampuan dalam melakukan kerja amali.

Pengurusan bengkel penting dan menjadi tanggungjawab guru-guru Kemahiran

Hidup untuk memastikan bengkel berada dalam keadaan sempurna. Jika guru-guru tidak

dapat menguasai dan menjalankan tugas dengan baik, maka masalah seperti peralatan

dan mesin yang rosak dan tidak mencukupi semasa mengadakan amali, pembaziran

penggunaan bahan kerja amali, kawalan stor, penyusunan, kemalangan berlaku dan

menjadikan peruntukan kewangan bertambah dan seterusnya perkhidmatan yang

diberikan tidak seperti apa yang telah dirancang pada awalnya.

Seseorang guru itu perlu belajar untuk mempertingkatkan pengetahuannya di

dalam pengurusan bengkel. Eric Hoyle (1980), menyatakan ahli profesion perlu

mempunyai pengetahuan yang bersistematik dan pengalaman yang sesuai. Di sini

jelaslah bahawa pengetahuan itu memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan

pengurusan bengkel secara terkawal, terurus, terancang dan bersistematik. Pengalaman

juga merupakan salah satu faktor yang penting di dalam pengurusan bengkel.

Pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai alat bantu mengajar

yang berteraskan teknologi di sekolah-sekolah di negara untuk memudahkan guru-guru

terutamanya guru pelatih menggunakan kemudahan teknologi tersebut dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abu Zahari (1987), guru pelatih kurang

berketerampilan dengan tugasnya. Ramai di kalangan mereka yang kurang mahir dan

kreatif untuk menggunakan kaedah pengajaran yang efektif bagi menyampaikan isi

pengajaran tersebut. Para guru terutamanya guru pelatih perlu mempunyai inisiatif dan

kreativiti dalam menghasilkan alat bantu mengajar supaya pelajar berminat untuk

mengikuti proses pengajaran mereka. Seorang guru juga harus mahir dalam mengenal

Page 21: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

5

pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan

dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang.

Melalui penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai, pembelajaran akan dapat

menarik minat, perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam

terutamanya pengajaran yang dilaksanakan di bengkel. Oleh itu, adalah menjadi tugas

guru untuk menggunakan alat bantu mengajar untuk memberikan pemahaman yang jelas

kepada pelajar tentang apa yang diajari. Menurut Ford (1982), menyatakan bahawa

pengalaman secara terus yang dialami oleh seseorang membolehkan perkataan dan

simbol memberi makna kepadanya. Sesuatu bahan dengan sendirinya tidak dapat

menghasilkan sebarang perubahan terhadap pembelajaran tetapi guru yang mahir

menggunakan bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan. Beliau juga

menyatakan bahawa guru yang mahir menggunakan bahan pengajaran bukan sahaja

seorang pelukis yang dapat mereka bahan pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang

boleh memahami perbezaan individu.

Secara umumnya, guru pelatih Kemahiran Hidup diharapkan dapat mendalami

pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup,

menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini melalui strategi dan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran serta mempraktikkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran

dengan berkesan. Walaupun struktur sukatan pelajaran pedagogi ini merangkumi semua

aspek yang perlu dikuasai oleh guru pelatih namun, sebahagian guru pelatih kurang

memahami atau keliru tentang perancangan persediaan mengajar dan pelaksanaannya.

Ada juga yang kurang memahami tentang kaedah dan teknik pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah (Ramachandran, 2005).

Justeru itu, kemahiran guru pelatih mengajar berdasarkan pengetahuan pedagogi

dalam pengajaran amali merupakan aspek yang penting untuk memastikan guru pelatih

Page 22: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

6

mempunyai ilmu pegetahuan dan kemahiran yang akan di bawa ke sekolah dan menjadi

penentu kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran yang akan di laksanakan kelak.

1.3 Pernyataan Masalah

Kemahiran guru merupakan asas yang penting untuk memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran dapat di laksanakan dengan berkesan. Oleh yang

demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk mengkaji kemahiran guru pelatih 4SPH

dalam pengajaran amali di Fakulti Pendidikan, UTM Skudai dari aspek kemahiran

melakukan kerja amali, pengurusan bengkel, pengetahuan pedagogi dan juga

pengendalian alat bantu mengajar.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kemahiran guru pelatih 4SPH Fakulti

Pendidikan, UTM Skudai dari aspek berikut:

1.4.1 Mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam melakukan kerja amali.

1.4.2 Mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengurusan bengkel.

1.4.3 Mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH mengajar berdasarkan pengetahuan

pedagogi dalam pengajaran amali.

1.4.4 Mengenal pasti kemahiran guru pelatih 4SPH dalam mengendalikan alat bantu

mengajar dalam pengajaran amali.

Page 23: KEMAHIRAN GURU PELATIH EMPAT SPH DALAM … · Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ... membalasnya serta maafkanlah segala kesalahan yang lalu. Buat kakak-kakak

7

1.5 Persoalan Kajian

Berikut adalah persoalan kajian yang dijadikan panduan dalam kajian yang

dijalankan :

1.5.1 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4 SPH dalam melakukan kerja amali?

1.5.2 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4SPH dalam pengurusan bengkel?

1.5.3 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4SPH dalam mengajar berdasarkan

pengetahuan pedagogi dalam pengajaran amali?

1.5.4 Apakah tahap kemahiran guru pelatih 4SPH dalam mengendalikan alat bantu

mengajar dalam pengajaran amali?