lesson learned dalam rekabentuk ... - jabatan kerja raya updates... · kerosakan jalan. kajian juga...

8
Page 1 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017) JKR 20400-0204-17 Website: http://www.jkr.gov.my ISSN 2231-7988 Issue No. 3 3/2017 Theme of the month: SISTEM SALIRAN Cawangan Jalan CJ Technical Updates Bulletin on: LESSON LEARNED DALAM REKABENTUK SISTEM SALIRAN LESSON LEARNED DALAM REKABENTUK SISTEM SALIRAN 1. PENGENALAN Purata hujan di Malaysia yang melebihi 2500mm setahun, merupakan antara faktor yang menyebabkan rekabentuk sIstem saliran tidak boleh dipandang ringan dalam melaksanakan sesuatu projek samada projek Jalan atau pun Infrastruktur yang lain. SIstem saliran yang cekap dan sempurna dapat mengelakkan berlakunya banjir kilat, kemalangan jalanraya dan lain-lain lagi. Sistem saliran yang tidak cekap atau tidak mencukupi dalam projek jalan boleh menyebabkan air bertakung di permukaan jalan dan seterusnya boleh mengakibatkan kemalangan Jalan raya, di sebabkan permukaan jalan menjadi licin dan yang paling ditakuti ianya boleh mengakibatkan kegagalan kepada tambakan jalan dan kehilangan nyawa. Satu kajian oleh ROADEX iaitu satu kerjasama antara Organisasi Jalan di Eropah Utara mendapati bahawa terdapat kaitan antara keadaan sistem saliran dengan Roughness Index(IRI) dan kedalaman rutting. Kedalaman rutting didapati dua kali lebih tinggi di bahagian jalan yang mempunyai saliran yang teruk dibandingkan dengan jalan yang mempunyai saliran yang baik. Kajian oleh ROADEX juga mendapati sistem saliran yang diselenggara dengan baik merupakan factor yang utama dalam mengurangkan kadar kerosakan jalan. Kajian juga mendapati pembaikan dan penyelengaraan sistem saliran dapat memanjangkan jangkahayat pavemen sebanyak 1.5 - 2 kali lebih lama dibandingkan dengan jalan yang sistem saliran tidak diselenggara dengan baik(Annele Matintupa & Seppo Tuisku,2013). 2. LESSON LEARNT Kertas ini bertujuan berkongsi beberapa kelemahan dalam rekabentuk dan pembinaan sistem saliran terutama di dalam rekabentuk yang melibatkan culvert. Disamping itu, tindakan pembaikan yang dilaksanakan juga dikongsi bagi memberikan idea kepada pihak yang terlibat sekiranya menghadapi masalah yang sama .Tindakan pembaikan perlu dilakukan bagi membaikpulih keadaan di tapak supaya sistem saliran boleh berfungsi dengan sempurna. Ianya juga perlu dilaksanakan bagi membolehkan jalan digunapakai dengan selamatnya.

Upload: others

Post on 16-Sep-2019

57 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)

JKR 20400-0204-17 Website: http://www.jkr.gov.my ISSN 2231-7988

Issue No.

3 3/2017

Theme of the month:

SISTEM SALIRAN

Cawangan

Jalan

CJ Technical Updates Bulletin on: LESSON LEARNED DALAM REKABENTUK SISTEM SALIRAN

LESSON LEARNED DALAM REKABENTUK SISTEM SALIRAN

1. PENGENALAN

Purata hujan di Malaysia yang melebihi 2500mm setahun, merupakan antara faktor yang menyebabkan rekabentuk sIstem saliran tidak boleh dipandang ringan dalam melaksanakan sesuatu projek samada projek Jalan atau pun Infrastruktur yang lain. SIstem saliran yang cekap dan sempurna dapat mengelakkan berlakunya banjir kilat, kemalangan jalanraya dan lain-lain lagi.

Sistem saliran yang tidak cekap atau tidak mencukupi dalam projek jalan boleh menyebabkan air bertakung di permukaan jalan dan seterusnya boleh mengakibatkan kemalangan Jalan raya, di sebabkan permukaan jalan menjadi licin dan yang paling ditakuti ianya boleh mengakibatkan kegagalan kepada tambakan jalan dan kehilangan nyawa.

Satu kajian oleh ROADEX iaitu satu kerjasama antara Organisasi Jalan di Eropah Utara mendapati bahawa terdapat kaitan antara keadaan sistem saliran dengan Roughness Index(IRI) dan kedalaman rutting. Kedalaman rutting didapati dua kali lebih tinggi di bahagian jalan yang mempunyai saliran yang teruk dibandingkan dengan jalan yang mempunyai saliran yang baik. Kajian oleh ROADEX juga mendapati sistem saliran yang diselenggara dengan baik merupakan factor yang utama dalam mengurangkan kadar kerosakan jalan. Kajian juga mendapati pembaikan dan penyelengaraan sistem saliran dapat memanjangkan jangkahayat pavemen sebanyak 1.5 - 2 kali lebih lama dibandingkan dengan jalan yang sistem saliran tidak diselenggara dengan baik(Annele Matintupa & Seppo Tuisku,2013).

2. LESSON LEARNT

Kertas ini bertujuan berkongsi beberapa kelemahan dalam rekabentuk dan pembinaan sistem saliran terutama di dalam rekabentuk yang melibatkan culvert. Disamping itu, tindakan pembaikan yang dilaksanakan juga dikongsi bagi memberikan idea kepada pihak yang terlibat sekiranya menghadapi masalah yang sama .Tindakan pembaikan perlu dilakukan bagi membaikpulih keadaan di tapak supaya sistem saliran boleh berfungsi dengan sempurna. Ianya juga perlu dilaksanakan bagi membolehkan jalan digunapakai dengan selamatnya.

Page 2 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)

i) Tiada Culvert disediakan

Semasa rekabentuk Projek A dilaksanakan, perekabentuk tidak mengenalpasti sebarang aliran air@sungai di kawasan kejadian. Oleh sebab itu, tiada culvert disediakan di lokasi tersebut. Walaubagaimanapun disebabkan lokasi tersebut merupakan kawasan yang paling rendah yang terletak antara dua bukit@kawasan tinggi, aliran air hujan akan mengalir dan berkumpul di lokasi tersebut. Disebabkan aras jalan yang direkabentuk adalah lebih tinggi daripada aras asal, ianya menyebabkan terjadinya takungan air di tepi jalan. Takungan air yang berlanjutan dalam tempoh yang panjang menyebabkan struktur jalan menjadi lemah dan akhirnya kegagalan tambakan telah berlaku. .

Rajah 1a: Takungan air di tepi jalan

Rajah 1b: Takungan air di tepi jalan

Page 3 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)

Rajah 2a: Kegagalan tambakan jalan

Rajah 2b: Kegagalan tambakan jalan

Sebagai tindakan pembaikan, culvert dibina supaya air boleh mengalir keluar. Kaedah pemasangan culvert boleh dilaksanakan secara :-

i. Pipe Jacking ii. Open Cut

Page 4 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)

Bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku semasa peringkat rekabentuk perekabentuk perlu mengkaji keadaan topografi kawasan projek secara menyeluruh bagi mengenalpasti lokasi-lokasi yang rendah yang kemungkinan akan menjadi lokasi takungan air. Selain daripada itu, semasa pembinaan dinasihatkan perekabentuk kerap turun ke tapak bagi menyemak pembinaan di tapak dan mengkaji keadaan aliran air di kawasan-kawasan yang sebegini selepas tapak dibersihkan (site clearance). Kebiasaannya selepas tapak dibersihkan, aliran air lebih jelas dan lokasi air bertakung dapat dikenalpasti sebelum tambakan tanah dilakukan. Sekiranya dikenalpasti sebelum tambakan dilakukan, culvert boleh dipasang secara open cut. Perekabentuk juga dicadangkan memperuntukkan beberapa bilangan culvert yang melebihi daripada yang diperlukan di tapak untuk kegunaan kes-kes seperti ini.

ii) Tiada discaj point disediakan Terdapat 5 culvert didalam Projek B yang dibina dengan tiada aliran keluar(discaj point). Semakan di dalam lukisan pembinaan mendapati discaj point telah dikenalpasti semasa rekabentuk. Walaubagaimanapun semasa pembinaan, didapati invert level discaj point adalah lebih tinggi daripada invert level culvert, dan ini mengakibatkan air tidak dapat dialirkan keluar. Bagi membolehkan air dialirkan, tindakan pembaikan seperti berikut diambil:- Tindakan pembaikan:- (i) Membersihkan kelodak takungan air pada inlet culvert. (ii) Membuang kelodak dibahagian outlet. Discaj point telah dibersihkan bagi

membolehkan air mengalir ke parit yang berhampiran. (iii) Longkang dibina bagi membolehkan air dialirkan keluar

Page 5 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)

SEBELUM SELEPAS

Rajah 3: Keadaan culvert sebelum dan selepas pembaikkan

Page 6 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)

Daripada semakan rekabentuk terdapat satu culvert yang direkabentuk dengan mengalirkan air ke toe drain dan dialirkan keluar ke discaj poin yang berdekatan. Walaubagaimanapun disebabkan pembinaan gradien toe drain tidak seperti yang direkabentuk, aliran air dari toe drain yang sepatutnya dialirkan keluar, mengalir ke masuk ke culvert yang menyebabkan air bertakung di dalam culvert(rujuk rajah 4).

Rajah 4: Rekabentuk asal aliran air keluar daripada culvert ke toe drain

Page 7 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)

Rajah 5: Kerja-kerja pembersihan dan pembinaan longkang

Tindakan pembaikan:- (i) Membersihkan kelodak takungan air pada inlet culvert. (ii) Longkang dibina bagi membolehkan air dialirkan keluar

Page 8 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)

3. KESIMPULAN Rekabentuk saliran yang sempurna amat kritikal dalam pelaksanaan projek-projek jalan kerana rekabentuk yang tidak sempurna boleh mengurangkan tahap keselamatan dan keselesaan pemandu jalan raya. Rekabentuk sistem saliran perlu disemak semasa pembinaan bagi memastikan pembinaan yang dilaksanakan bertepatan dengan rekabentuk dan keadaan semasa di tapak. Penyelengaraan berkala sistem saliran perlu dilaksanakan secara berjadual bagi memastikan system saliran dapat berfungsi dengan baik. Rekabentuk sistem saliran jalan agak terkebelakang dari segi kemajuan teknologi jika dibandingkan dengan rekabentuk sistem saliran infrastruktur yang lain. Rekabentuk sistem saliran jalan yang lebih lestari seperti pengunaan Grassed Swale yang boleh meningkatkan kualiti air larian dan lebih ekonomik (M.M Muhammad et.al,2016) atau ‘catch basin’ perlu diketengahkan sebagai alternatif kepada sistem saliran yang biasa digunakan .

RUJUKAN:

1. M.E. Toriman and M.Mokhtar(2012).Irrigation:Types,sources and Problems in

Malaysia.UKM Bangi.

2. M.M Muhammad, K.W. Yusof& M.R Mustafa(2016).Hydraulic assessment of

grassed swale as bioengineered channel.

3. Annele Matintupa and Seppo Tuisku(2013).Summary of Drainage Analysis in

Ireland, Roads N56 and N59..

Disediakan oleh:

Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Selatan

Pakar Kejuruteraan Jalan & Jambatan

Cawangan Jalan