mohd rosli bin jamaluddin · 2018. 4. 10. · 2.6.1 pelan integriti nasional (pin) 26 2.6.1.1...

103
KEBERKESANAN KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 24-Jan-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

KEBERKESANAN KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR

MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

Psz 19:16 (pind. 1/07)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : KEBERKESANAN KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN

Saya

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi tinggi.

4. ** Sila tandakan (√ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_______________________________ _____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

JALAN BALAI RAYA K.G. LUIT, PROFESOR MADYA WAN YUSOFF

26500 MARAN, PAHANG WAN MAHMOOD

Nama Penyelia

Tarikh : ......................... Tarikh : ........................

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)”

Tandatangan :

Nama Penyelia I : P.M WAN YUSOFF WAN MAHMOOD

Tarikh :

Tandatangan :

Nama Pembaca II : PUAN FARA DIVA BINTI MUSTAPA

Tarikh :

* Potong yang tidak berkenaan.

Page 4: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

KEBERKESANAN KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR

MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)

Fakulti Alam Bina (Jabatan Ukur Bahan)

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2011

Page 5: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

ii

“Saya akui bahawa saya karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :..............................................................

Nama : MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN

Tarikh : 10 Mei 2011

Page 6: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat;

Ibu dan Abah tersayang,

Fubiah Bt Chek

Jamaluddin Bin Abd Rashid

Keluarga yang dikasihi,

Terima kasih di atas doa dan kasih sayang yang dicurahkan

Yang Diingati;

Rakan-rakan seperjuangan,

Terima kasih di atas galakan yang diberikan

Page 7: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada penyelia

projek sarjana muda saya, Prof. Madya Wan Yusoff Wan Mahmood di atas segala

nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang menyiapkan tesis ini.

Tanpa kerjasama dan perhatian beliau kajian ini akan mengalami masalah dan tidak

dapat disiapkan dengan jayanya.

Penghargaan ini juga diberikan kepada ahli keluarga yang tersayang terutama

kepada ibunda Fubiah Binti Chek, Al-Marhum ayahanda, Jamaluddin Bin Abd

Rashid serta ahli keluarga yang tercinta atas dorongan dan sokongan yang diberikan.

Sesungguhnya sokongan anda semua ibarat peluru untuk berjuang di medan perang.

Akhir sekali, ucapan terima kasih saya tujukan buat semua pihak yang terlibat

iaitu secara langsung dan tidak langsung dalam penyiapan penyelidikan ini.

Terutama kepada sahabat dan rakan yang sentiasa membantu dan mendoakan

kejayaan serta memberi banyak tunjuk ajar serta semangat untuk saya meneruskan

kajian ini. Semoga Allah S.W.T memberkati serta merahmati hidup kalian.

Page 8: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

v

ABSTRAK

Pada masa kini, tahap pengamalan etika dan integriti di kalangan pihak yang

terlibat di dalam industri pembinaan semakin luntur dan terhakis. Hal ini dapat

dibuktikan melalui peningkatan masalah yang berlaku dalam industri pembinaan

yang melibatkan integriti seperti gejala rasuah, penyelewengan kuasa, sikap tidak

bertanggungjawab, penipuan dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung telah

mencemarkan imej industri pembinaan negara di mata dunia. Bagi membendung

masalah ini, kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(CIDB) mula melaksanakan Kursus Integriti Kontrator yang telah diwajibkan ke atas

setiap firma kontraktor yang berdaftar. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat

apakah persepsi dan reaksi kontraktor terhadap perlaksanaan kursus ini. Selain itu,

kajian juga dilakukan untuk melihat tahap kefahaman dan kesediaan kontraktor

untuk melakukan perubahan setelah mengikuti Kursus Integriti Kontraktor. Kajian

ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif di mana teknik pengutipan data

dijalankan melalui pengedaran borang soal selidik. Hasil dari kajian ini mendapati

kontraktor telah memberikan reaksi dan persepsi yang positif terhadap perlaksanaan

Kursus Integriti Kontraktor. Selain itu, responden turut bersetuju bahawa kursus ini

telah dilaksanakan secara berkesan kerana berjaya mencapai objektif perlaksanaan

kursus, memberi kesan kepada sikap peserta kursus dan berjaya meningkatkan tahap

pemahaman peserta berkaitan isu integriti.

Page 9: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

vi

ABSTRACT

At the time being, the practice of ethics and integrity among all parties

involved in construction industry has faded and eroded. This can be proofed by the

increases in problems that occur in the construction industry especially involving

integrity, such as corruption, abuse of power, recklessness, fraud and so forth. This

indirectly has tarnished the image of the construction industry globally. To curb this

problem, the Government through the Construction Industry Development Board

Malaysia (CIDB) began implementing the Kursus Integriti Kontraktor, and has been

compulsory for all registered contractor firms. Thus, the study was conducted to see

whether the perceptions and reactions to the implementation of this course to

contractor. In addition, the study was also conducted to see how far this course can

help produce the next integrity contractors that can give confidence to all parties to

the credibility of local contractors. This study is a quantitative study in which data

collection techniques conducted by distributing questionnaires. The results of this

study found that the contractor has given a positive reaction and perception towards

the implementation of the Kursus Integriti Kontraktor. In addition, the respondents

also agreed that this course has been implemented effectively and successfully to

achieving the objectives of the course, it also affect the attitudes of participants of the

course and successfully increased the level of understanding of participants on issues

of integrity.

Page 10: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan 1

1.2. Penyataan Masalah 3

1.3. Persoalan Kajian 5

1.4. Objektif Kajian 5

1.5. Skop Kajian 6

1.6. Kepentingan Kajian 6

1.7. Kesimpulan 7

Page 11: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

viii

2 KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR

2.1. Pengenalan 8

2.2. Definisi Integriti 9

2.2.1. Peranan Dan Kepentingan Integrtiti 10

2.2.2. Pembentukan Integriti 11

2.2.3. Faktor Yang Boleh Menjejaskan Integriti 12

2.3. Definisi Kontraktor 14

2.3.1. Pengelasan Kontraktor 15

2.3.1.1 Pengelasan Kontraktor Oleh CIDB 15

2.3.1.2 Pengelasan Kontraktor Oleh PKK 17

2.4. Pengenalan Kepada Kursus Integriti Kontraktor 17

2.4.1 Objektif Pelaksanaan Kursus Integriti Kontraktor 19

2.4.2 Manfaat Kursus Integriti Kontraktor 19

2.5. Badan Yang Terlibat Dalam Kursus Integriti

Kontraktor 20

2.5.1. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB) 21

2.5.2. Institut Integriti Malaysia (IIM) 22

2.5.3. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) 23

2.6. Kandungan Dan Perlaksanaan Kursus Integriti

Kontraktor 26

2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26

2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27

2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28

2.6.1.3 Sasaran PIN 29

2.6.2 Kod Etika Kontraktor 29

2.6.2.1 Pengenalan Kod Etika Kontraktor 30

2.6.2.2 Tujuan Perlaksanaan Kod Etika

Kontraktor 31

2.6.2.3 Prinsip Kod Etika Kontraktor 31

2.6.2.4 Aplikasi Kod Etika Kontraktor 32

Page 12: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

ix

2.6.3 Rasuah 33

2.6.3.1 Definisi Rasuah 32

2.6.3.2 Jenis Kesalahan Rasuah 34

2.6.3.3 Kesan Buruk Aktiviti Rasuah 36

2.6.3.4 Hukuman Yang Diperuntukkan 38

2.7. Kesimpulan 38

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1. Pengenalan 40

3.2. Kaedah Pengumpulan Data 41

3.2.1 Kajian Literatur 41

3.2.2 Kajian Empirikal 42

3.3. Instrumen Kajian 42

3.3.1. Prosedur Kajian Soal Selidik 43

3.3.2. Populasi Kajian Soal Selidik 43

3.3.3. Rekabentuk Borang Soal Selidik 44

3.3.4. Maklumat Borang Soal Selidik 44

3.3.5. Pengagihan Borang Soal Selidik 47

3.4. Penyusunan Dan Pemindahan Data 48

3.5. Kaedah Penganalisaan Data 48

3.5.1 Analisis Skala Likert 51

3.5.2 Indeks Tahap Persetujuan 53

3.6. Kesimpulan 54

4 ANALISIS DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 53

4.2 Latar Belakang Responden 54

4.3 Analisis Persepsi Kontraktor Terhadap Perlaksanaan

Kursus Integriti Kontraktor 54

Page 13: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

x

4.4 Analisis Keberkesanan Kursus Integriti

Kontraktor 61

4.4.1 Pencapaian Objektif 63

4.4.2 Perubahan Sikap 65

4.4.3 Tahap Pemahaman 66

4.5 Rumusan 68

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Hasil Kajian 69

5.2.1 Persepsi Terhadap Perlaksanaan Kursus

Integriti Kontraktor 70

5.2.2 Keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor 72

5.2.2.1 Pencapaian Objektif Kursus 73

5.2.2.2 Perubahan Sikap Peserta Kursus 73

5.2.2.3 Tahap Pemahaman Peserta Kursus 73

5.3 Masalah Semasa Kajian 74

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 75

5.5 Penutup 76

RUJUKAN 77

LAMPIRAN A 81

LAMPIRAN B 86

Page 14: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kriteria Pendaftaran Kontraktor Yang Digariskan Oleh

CIDB 16

2.2 Had Kewangan Bagi Kontraktor Kerja Awam Oleh PKK 17

3.1 Pengelasan Skala Likert Bagi Persepsi Kontraktor Terhadap

Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor 45

3.2 Pengelasan Skala Likert Bagi Pencapaian objektif Kursus

Integriti Kontraktor 46

3.3 Pengelasan Skala Likert Bagi Perubahan Sikap Setelah

Menghadiri Kursus Integriti Kontraktor 47

3.4 Pengelasan Skala Likert Bagi Tahap Kefahaman Berkaitan

Kandungan Kursus Integriti Kontraktor 47

3.5 Indeks Tahap Persetujuan Persepsi Kontraktor Terhadap

Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor 53

4.1 Persepsi Kontraktor Terhadap Perlaksanaan Kursus Integriti

Kontraktor Berdasarkan Purata skor 56

Page 15: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

xii

4.2 Persepsi Kontraktor Mengikut Tahap Persetujuan 59

4.3 Pencapaian Objektif Kursus Integriti Kontraktor 63

4.4 Perubahan Sikap Peserta Setelah Menghadiri Kursus

Integriti Kontraktor 65

4.5 Tahap Pemahaman Kontraktor Terhadap Kandungan

Kursus Integriti Kontraktor 66

Page 16: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

xiii

SENARAI SINGKATAN

BPR - Badan Pencegah Rasuah

BSN - Biro Siasatan Negara

CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

IIM - Institut Integriti Malaysia

PIN - Pelan Integriti Malaysi

PKK - Pusat Khidmat Kontraktor

RMK9 - Rancangan Malaysia Ke-9

SPNB - Syarikat Perumahan Negara Berhad

SPRM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

SSM - Suruhanjaya Syarikat Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam usaha untuk meningkatkan imej serta menggalakkan profesionalisma

dalam industri pembinaan di Malaysia, syarikat-syarikat pembinaan yang merupakan

pemacu utama industri pembinaan memainkan peranan yang amat penting dalam

sama-sama menggembleng tenaga ke arah pengukuhan integriti. Hal ini penting

kerana berdasarkan situasi semasa industri pembinaan negara yang menggambarkan

kelunturan nilai integriti dan etika yang semakin membimbangkan (Wan, 2009).

Untuk memastikan amalan integriti dan etika dipatuhi oleh setiap kontraktor

maka menjadi tanggungjawab Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(CIDB) untuk menentukan firma-firma kontraktor mempunyai nilai integriti yang

tinggi, dan mengambil tindakan untuk membatalkan pendaftaran firma dan syarikat

yang telah terbukti mengadaikan integriti mereka (Shaziman, 2009). Hal ini dapat

memastikan bahawa hanya kontraktor yang memiliki kredibiliti dan integriti yang

cemerlang sahaja dapat terus bersaing di dalam industri pembinaan Malaysia.

Page 18: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

2

Selain itu, pihak kerajaan turut menyatakan pendirian untuk mendokong nilai-

nilai murni integriti, kesetiaan serta dedikasi di mana integriti merupakan nilai

terulung yang diutamakan (Shaziman, 2009). Hal ini menunjukkan kerajaan turut

mengakui bahawa aspek integriti dan etika merupakan aspek yang perlu diberi

penekanan dan perhatian untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berkualiti.

Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga sedar bahawa masih

belum memadai jika perhatian hanya diberikan kepada isu-isu teknikal dan

pengurusan tanpa memberi penekanan terhadap isu yang bersifat abstrak seperti nilai

dan sikap (Jamilus, 2009). Atas kesedaran ini, CIDB telah mula mengolah program

di dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan nilai integriti dan etika yang

menjadi tunjang kepada pembentukan imej industri pembinaan yang luhur. Salah

satunya adalah mewujudkan Kursus Integriti Kontraktor yang telah diwajibkan ke

atas pemilik mana-mana syarikat pembinaan baru yang telah berdaftar dengan CIDB.

Usaha CIDB untuk memupuk aspek berkaitan integriti dan etika pemain

dalam industri pembinaan sewajarnya diberi sokongan dan kerjasama. Namun begitu,

adakah usaha ini telah mencukupi dan mampu menyelesaikan masalah integriti yang

telah sedia ada,sedangkan isu-isu berkaitan nilai dan integriti ini telah menjadi barah

di dalam masyarakat dan semakin sukar dibendung. Oleh itu, kajian telah dijalankan

untuk mengetahui adakah kursus integriti kontraktor yang dilaksanakan berjaya

meningkatkan tahap kefahaman kontraktor berkaitan integriti seterusnya mampu

menyelesaikan masalah integriti yang semakin meruncing di dalam industri

pembinaan.

Page 19: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

3

1.2 Penyataan Masalah

Transformasi Malaysia ke arah sebuah negara dan masyarakat yang maju

bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi semata-mata, tetapi

juga kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani.

Walaubagaimanapun, tahap kesedaran dan komitmen terhadap etika dan integriti di

kalangan ahli profesional di pelbagai sektor di Malaysia terutamanya dalam sektor

pembinaan masih kurang (CIDB, 2010). Oleh itu, pemantapan etika dan integriti

perlu diterapkan agar ianya menjadi budaya masyarakat di Malaysia.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia telah mengambil

langkah dan inisiatif mewajibkan penyertaan kursus ini terhadap pemilik mana-mana

syarikat pembinaan baru yang berdaftar dengan CIDB bermula pada tahun 2007

(CIDB, 2010). Kursus ini bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik syarikat

pembinaan terhadap kepentingan dalam mengukuhkan integriti di dalam

perlaksanaan projek pembinaan. Perlaksanaan kursus ini menimbulkan persepsi dan

persoalan dari pelbagai pihak iaitu sejauh manakah kursus ini mampu mendidik dan

membimbing kontraktor ke arah integriti yang lebih unggul dan mampu memberikan

imej yang baik kepada industri pembinaan negara.

Pada masa kini, tahap pengamalan integriti dan nilai etika oleh pihak yang

terlibat di dalam pelbagai industri termasuk industri pembinaan berada di paras yang

sangat membimbangkan. Sistem pemerolehan awam sedia ada dan prosedur

menganugerahkan kontrak kerajaan penuh dengan peluang-peluang untuk rasuah

(Abdullah, 2004). Hal ini menunjukkan gejala rasuah dan masalah etika di dalam

perkhidmatan awam dan swasta di Malaysia semakin berleluasa dan semakin sukar

dikawal. Situasi ini jelas menggambarkan pengamalan integriti di kalangan

kakitangan kerajaan dan swasta semakin luntur.

Page 20: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

4

Tahap kesedaran dan pengamalan integriti yang lemah boleh menyebabkan

individu atau organisasi terjebak dalam kesalahan etika yang bukan sahaja

menyusahkan diri sendiri malah masyarakat sekeliling. Kejadian projek perumahan

terbengkalai yang berlaku di Nibong Tebal merupakan salah satu contoh di mana

kontraktor telah gagal melaksanakan tanggunjawabnya sehingga menyebabkan

pemilik terpaksa menunggu selama 10 tahun. Selain membebankan pemilik, kejadian

ini turut menyusahkan kerajaan kerana terpaksa mengambilalih dan menyiapkan

projek berkenaan (Syarikat Perumahan Negara Berhad, 2008).

Selain itu, terdapat juga kes di mana pembeli rumah yang mendapati, apabila

pertama kali memasuki rumah baru mereka, rumah yang mereka miliki itu tidak

seindah yang digambarkan dalam risalah dan iklan syarikat (Utusan Malaysia, 2001).

Hal ini mengambarkan kontraktor ini sanggup menggadaikan etika dan integriti kerja

sehingga sanggup menipu pembeli semata-mata mahu mendapatkan keuntungan

dengan jalan yang singkat. Situasi ini tidak akan berlaku sekiranya pihak kontraktor

atau pemaju jujur dalam menjalankan amanah yang telah diberikan oleh pihak

pembeli.

Sikap kontrakor yang terlalu mengutamakan keuntungan juga bukan sahaja

merugikan pembeli malah boleh mengancam nyawa penghuni kediaman tersebut.

Kes keretakan konkrit dinding penambak berhampiran dengan kawasan perumahan

Ipoh menjadi satu lagi bukti kecuaian kontraktor (Loh, 2008). Kejadian

menunjukkan seolah-olah tiada lagi sifat kemanusiaan kontraktor tersebut kerana

sangup menjadikan nyawa penduduk di kawasan tersebut sebagai taruhan akibat dari

hasil kerja yang tidak berkualiti. Kejadian ini secara tidak langsung akan

menyebabkan imej dan kredibiliti syarikat pembinaan di Malaysia tercalar.

Kes-kes kecuaian kontraktor ini menjadi bukti bahawa tahap pengamalan

integriti dan etika mereka masih lemah dan tidak menyakinkan. Oleh itu, persoalan

yang timbul adalah apakah perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor mendapat reaksi

dan persepsi yang positif. Kajian turut ingin melihat sejauh manakah langkah

Page 21: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

5

kerajaan mewujudkan Kursus Integriti Kontraktor ini dapat membendung masalah

integriti di kalangan kontraktor.

1.3 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan yang wujud dalam kajian ini. Antara persoalan-

persoalan kajian adalah :

a) Apakah pandangan dan persepsi peserta terhadap perlaksanaan Kursus

Integriti Kontraktor?

b) Sejauh manakah keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor dalam melahirkan

kontraktor yang berintegriti?

1.4 Objektif Kajian

Antara objektif kajian disenaraikan seperti di bawah :

1. Persepsi kontraktor terhadap perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor.

2. Tahap kefahaman dan kesedaran kontraktor untuk melakukan perubahan

setelah menghadiri Kursus Integriti Kontraktor.

Page 22: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

6

1.5 Skop Penyelidikan

a) Penyelidikan ini hanya akan dilaksanakan di sekitar negeri Johor Darul

Takzim. Hal ini kerana sektor pembinaan negeri Johor pada ketika ini sedang

membangun dengan pesat iaitu mencatat pertumbuhan 3.1 peratus pada tahun 2009

berbanding 2.9 peratus pada tahun sebelumnya (Zulhisham, 2011).

b) Kajian akan tertumpu kepada kontraktor yang telah menghadiri kursus

integriti kontraktor yang telah dianjurkan oleh pihak CIDB.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini sangat relevan dan selaras dengan senario semasa industri

pembinaan di Malaysia. Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai masalah yang

berlaku dalam industri pembinaan. Hal ini belaku akibat kelemahan integriti dan

etika oleh pemain industri pembinaan itu sendiri sehingga terbabit dengan masalah

etika seperti gejala rasuah, penyelewengan kuasa, penipuan dan sebagainya. Oleh itu,

kajian ini penting bagi memastikan kursus integriti kontraktor yang telah dianjurkan

oleh CIDB benar-benar berkesan seterusnya mampu membentuk kontraktor dengan

nilai integriti yang terbaik.

Hasil dari kajian ini juga membolehkan pihak Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai badan yang menganjurkan kursus

integriti kontraktor mengetahui pandangan dan persepsi dari peserta program.

Sekiranya terdapat kritikan maka penganjur harus melakukan penambahbaikan bagi

memastikan program berjalan dengan lancar.

Page 23: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

7

1.7 Kesimpulan

Bab ini penting dalam mengenalpasti objektif yang ingin dicapai melalui

kajian yang akan dilaksanakan. Ketika menentukan objektif kajian, perkara penting

yang harus dititikberatkan adalah setiap objektif yang ditetapkan harus relevan dan

boleh dicapai. Selain itu, bab ini turut membincangkan skop kajian iaitu kawasan

yang dipilih untuk menjalankan kajian. Bab ini turut menyentuh kepentingan kajian

iaitu sejauhmana hasil kajian dapat memberi sumbangan kepada senario industri

pembinaan dan pihak yang menganjurkan Kursus Integriti Kontraktor iaitu CIDB.

Page 24: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

BAB II

KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR

2.1 Pengenalan

Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor dilihat salah satu agenda kerajaan

yang relevan dalam mengukuhkan imej industri pembinaan negara. Hal ini selaras

dengan cita-cita kerajaan yang mahu menjadikan industri pembinaan negara adalah

yang terbaik di dunia bagi membolehkan syarikat-syarikat tempatan bersaing di

peringkat global (Pelan Induk Industri Pembinaan Malaysia, 2007).

Melalui kursus ini, imej industri pembinaan dapat dikembalikan setelah

Malaysia dikejutkan dengan beberapa insiden yang telah memalukan industri

pembinaan negara. Apatah lagi dalam masa kerajaan Malaysia begitu giat ingin

mempromosikan golongan kontraktor dan profesional kita yang berwibawa ke luar

negara, berita kejadian berkenaan sedikit sebanyak memberi imej yang negatif

terhadap industri pembinaan negara (Megat, 2009). Oleh itu, semua penggiat-

penggiat industri pembinaan harus mengambil iktibar dari keadaan ini dan tidak

boleh leka dengan kesenangan sementara yang diperolehi.

Page 25: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

9

2.2 Definisi Integriti

Integriti merupakan satu konsep yang kompleks kerana maksudnya yang

meluas dan ditakrifkan mengikut konteks yang berbeza. Integriti berasal daripada

perkataan latin iaitu „integer‟ yang membawa maksud menyeluruh, sempurna dan

kesatuan yang teguh (Widang & Fridlund, 2003). Istilah integriti juga boleh

diklasifikasikan kepada empat perspektif yang utama iaitu ketekalan nilai peribadi,

komitmen terhadap nilai peribadi, komitmen terhadap nilai komuniti dan komitmen

terhadap nilai-nilai murni (Stanford Encyclopedia of Philosophy, 2004).

Selain itu, integriti turut menjadi konsep yang memainkan peranan penting

dalam pentaakulan etika kerana ia berkait rapat dengan pembentukan dan

pengukuhan etika yang baik (Mahathir Mohamad, 2004). Integriti juga menjelaskan

elemen tingkahlaku pekerja dan kejayaan yang melibatkan urusan yang adil,

kejujuran dan kebolehpercayaan di tempat kerja (Mehrabian, 2000). Nilai-nilai

integriti yang yang baik ini wajar diterapkan kepada setiap individu dan organisasi

dalam melahirkan bangsa yang berjaya dan disegani di mata dunia. Hal ini

menunjukkan sikap integriti tidak hanya penting kepada setiap individu malah turut

melibatkan sesebuah organisasi.

Menurut pandangan dari sudut islam pula, integriti dikatakan sebagai akhlak

yang dituntut mengikut panduan sunnah dan Al-Quran. Antara akhlak yang

dianjurkan oleh islam ialah seperti sifat-sifat benar, amanah, setia, pegangan teguh,

peribadi teguh, peribadi mulia, mu‟min yang bertaqwa dan sebagainya, yang

membawa pengertian menyeluruh pengamalan nilai-nilai akhlak yang diperlihatkan

dalam diri Rasulullah s.a.w (Zulkifli, 2006).

Di dalam kontek pembinaan isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu

rasuah sahaja, malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar. Amalan budaya

kerja juga menuntut sikap berintegriti (CIDB, 2009). Sebagai contoh integriti dalam

Page 26: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

10

ketepatan waktu, integriti dalam menyampaikan maklumat, integriti dalam memberi

perkhidmatan terbaik, integriti dalam berhubung dengan ketua jabatan, rakan sekerja

dan juga kakitangan sokongan.

2.2.1 Peranan dan Kepentingan Integriti

Integriti adalah elemen yang penting dalam membentuk kesejahteraan sesuatu

individu dan organisasi. Melalui kajian yang telah dilaksanakan, integriti mempunyai

hubungan yang positif antara kesejahteraan individu, kesejahteraan komuniti dan

kesejahteraan organisasi (Widang & Fridlund, 2003). Ini menjelaskan bahawa sikap

berintegriti bukan sahaja penting kepada individu sahaja malah turut mempengaruhi

kejayaan sesebuah komuniti dan organisasi.

Kelemahan integriti turut menyumbang kepada penghakisan nilai moral dan

kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan. Oleh itu, pengambilan individu yang

berintegriti tinggi merupakan langkah yang terbaik dalam meminimumkan kadar

produktif di tempat kerja (Mikulay & George, 2001). Hal ini menunjukkan bahawa

sikap yang berintegriti mampu melahirkan pekerja yang lebih berkualiti dan

berdisiplin dalam melaksanakan suatu perkerjaan.

Selain itu, tahap integriti juga memberi kesan terhadap kepada kejayaan

emosi, kejayaan kerjaya dan kewangan, kejayaan kerja, kejayaan perhubungan dan

kejayaan fizikal (Mehrabian, 2000). Hal ini secara tidak langsung menjelaskan

bahawa kejayaan emosi berupaya menjadi pengaruh untuk individu menjadi gembira,

puas hati atau tenang dan sebaliknya risau, cemas, kecewa, marah atau tidak berpuas

hati. Kejayaan kerjaya dan kewangan pula boleh ditafsirkan sebagai keupayaan yang

mengawal kebiasaan perbelanjaan dan simpanan yang mencukupi untuk masa depan

dan kerjaya seseorang. Manakala, kejayaan kerja pula boleh ditakrifkan dalam aspek

Page 27: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

11

produktiviti yang tinggi, keseronokan bekerja, hubungan yang buruk dengan rakan

sekerja dan penyelia, kecenderungan untuk melakukan aktiviti yang dilarang di

tempat kerja dan sikap menganggap kerja sebagai satu paksaan dan tekanan

(Mehrabian, 2000). Sikap yang negatif ini hanya menyebabkan kerosakan dalam

pembentukan etika dan integriti pekerja yang jitu.

2.2.2 Pembentukan Integriti

Dalam pembentukan integriti, individu itu sendiri memiliki tanggungjawab

terhadap diri mereka. Menurut Aristotle, individu adalah bermoral apabila

melakukan tindakan yang betul kerana mengetahui tindakan itu adalah betul secara

konsisten dan sebati dengan dirinya (Wakin, 1996). Oleh itu, Aristotle menjelaskan

adalah sangat penting untuk membentuk nilai moral yang baik melalui kebiasaan dan

latihan. Individu juga perlu memiliki keberanian dan kecekalan dalam menentukan

sempadan untuk mempertahankan diri daripada perkara yang hanya akan

merosakkan diri sediri dan nilai yang dipegang.

Selain itu, setiap individu seharusnya menyerlahkan kreativiti yang ada

pada diri dan tidak terlalu serius sehingga kehilangan sense of humor. Setiap indvidu

juga mestilah tidak bersifat terlalu taksub kepada peribadi yang tertentu dan

mendengar pendapat pihak lain untuk menjana integriti diri mereka (Kooce, 1998).

Hal ini menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai tanggungjawab kepada diri

sendiri dalam pembentukan integriti yang jitu tanpa mengharapkan bantuan dari

pihak lain.

Setiap komuniti dan organisasi turut memainkan peranan yang penting dalam

pembangunan integriti. Komuniti mempengaruhi integriti professional kerana

komuniti profesion tersebut yang terlibat dalam setiap tahap pembangunan

Page 28: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

12

profesional (Wakin, 1996). Integriti juga boleh dikekalkan dengan melalui

kewujudan persekitaran kerja yang selamat dan hukuman yang berterusan (Mikulay

& George, 2001). Pembangunan integriti turut memerlukan perubahan dalam budaya

organisasi dan pendidikan melalui penumpuan terhadap pembentukan moral

komuniti. Aspek pendidikan adalah penting sebagai pendekatan utama dalam

pembangunan integriti untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada identiti

diri yang teguh (Musschenga, 2001).

Di dalam konteks peribadi, setiap individu harus bijak dalam mengawal hawa

nafsu, menyucikan hati, bertaqwa kepada Allah serta memantapkan aqidah dan

akhlak terpuji. Dari aspek organisasi pula, setiap organisasi perlu berpegang teguh

kepada prinsip keadilan dan mewujudkan mekanisme penyeliaan yang efektif dan

berkesan. Secara dasarnya pembentukan integriti lahir dari kekuatan rohani dan

kesucian aqidah tauhid (M. Kamal Hasan, 2004). Hal ini menjelaskan setiap pihak

memiliki peranan dan tanggungjawab dalam membentuk integriti yang utuh.

2.2.3 Faktor Yang Boleh Menjejaskan Integriti

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menjejaskan integriti (IIM, 2010).

Kelemahan mana-mana satu faktor atau kesemuanya boleh menyumbang dan

memberi kesan kepada kemerosotan integriti. Antara faktor tersebut adalah seperti

berikut:

Kelemahan individu merupakan salah satu faktor yang amat penting dalam

kemerosotan integriti. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-

nilai murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri

akan menyebabkan merosotnya integriti. Selain itu, tekanan hidup juga boleh

Page 29: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

13

menyebabkan individu terjerumus ke dalam kancah rasuah, penyelewengan, salaguna

kuasa dan gejala tidak bermoral.

Kepimpinan juga sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan

masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai

azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman dan petunjuk serta

melakukan perubahan untuk kebaikan. Pemimpin juga mesti mematuhi undang-

undang, prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Sebarang tindakan pemimpin

mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang, prosedur dan

peraturan yang telah ditetapkan akan menjejaskan integriti.

Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai dimensi. Aspek-aspek yang boleh

menjejaskan integriti dalam sistem dan prosedur adalah seperti urusan, sistem dan

prosedur, penguatkuasaan, program, sumber dan undang-undang. Sebagai contoh

prosedur yang rumit dan mengambil masa yang lama seperti karenah birokrasi akan

menyebab sesetengah pihak mengambil jalan singkat dengan melakukan rasuah

untuk mempercepat suatu urusan kerja. Aspek-aspek seperti ini memberi ruang dan

peluang kepada pihak terlibat melakukan perkara yang bertentangan dengan etika

dan integriti.

Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran

pentadbiran kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi

perlu kemas, fokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah. Bahagian-

bahagian di dalamnya haruslah sesuai dengan tugasnya. Institusi pula memainkan

peranan yang amat penting dalam keseluruhan sistem pentadbiran. Institusi yang

mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain

boleh menjejaskan integriti.

Faktor persekitaran juga amat penting dalam mempengaruhi individu dari

segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Salah satu komponen persekitaran ialah

Page 30: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

14

budaya. Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang

kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Budaya

yang sebaliknya akan mempengaruhi mereka untuk bersikap tidak ambil peduli, tidak

bertanggungjawab dan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain.

2.3 Definisi Kontraktor

Menurut Dollah (1990) dalam Masturianeh (2008) di Malaysia kontraktor

telah dibahagikan kepada dua iaitu kontraktor kerja binaan dan kontraktor bekalan.

Kontraktor kerja binaan bermaksud sebagai kontraktor yang bertanggungjawab

melaksanakan dan menguruskan segala kerja seperti mengupah kerja, peralatan kerja

binaan, penggunaan bahan binaan serta segala urusan teknikal sehingga suatu projek

yang dikendalikan itu siap dan diserahkan kepada klien. Manakala kontraktor

bekalan pula berperanan dalam menyediakan segala jenis bekalan yang berbentuk

alatan jentera, barangan serta lain-lain perkhidmatan.

Akta 520, Bahagian I (1994) mendefinisikan kontraktor sebagai seseorang

yang mengakujanji untuk menjalankan dan menyiapkan apa-apa kerja pembinaan.

Selain itu, kontraktor turut dikenali sebagai pihak yang paling berkuasa dan

membawa tanggungjawab terakhir dalam kedua-dua aspek luaran dan dalaman untuk

firma dan modal pelaburannya. Dalam pengertian ini, kontraktor merupakan badan

satu badan yang terdiri daripada pengarah syarikat am berhad dan pengurus

komersial syarikat persendirian.

Untuk memudahkan tender-tender projek diagihkan kepada kontraktor, Pusat

Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia (CIDB) telah menetapkan kelas-kelas kontraktor serta kriteria-kriteria yang

Page 31: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

15

diperlukan. Justeru itu, pengelasan kontraktor amat penting untuk menentukan had

kerja kontraktor di dalam industri pembinaan di Malaysia.

2.3.1 Pengelasan Kontraktor

Syarikat pembinaan atau kontraktor di Malaysia dibahagikan kepada

beberapa kelas tertentu. Di malaysia terdapat dua pendekatan yang digunapakai

untuk mengelaskan kontraktor bagi memudahkan tawaran kerja ditawarkan kepada

kontraktor yang memenuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan. Pendekatan itu

akan ditentukan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau

Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB) dan Pusat Khidmat

Kontraktor (PKK).

2.3.1.1 Pengelasan Kontraktor Oleh CIDB

Kelas-kelas kontraktor yang telah ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berdasarkan Jadual 2.1

Page 32: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

16

Jadual 2.1 : Kriteria Pendaftaran Kontraktor Yang Digariskan Oleh CIDB

Gred

Keupayaan

Menender

(RM)

Modal

Berbayar/Modal

Terkumpul

(RM)

Kelulusan Individu/

Teknikal

Yuran

Pendataran

(1 Tahun)

RM

G7

Tiada Had

750,000.00

1 Kumpulan A dan 1

Kumpulan B (kedua-dua

minimum 5 tahun

pengalaman) atau 2

kumpulan A (salah seorang 5

tahun minimum)

1,400.00

G6

G5

G4

Tidak

melebihi 10

juta

Tidak

melebihi 5

juta

Tidak

melebihi 3

juta

500,000.00

250,000.00

150,000.00

1 kumpulan A dan kumpulan

B (salah seorang 3 tahun

minimum)

1 kumpulan A dan kumpulan

B (pengalaman minimum 5

tahun)

1 Kumpulan B

1,000.00

700.00

350.00

G3

Tidak

melebihi 1

juta

50,000.00

Sijil Kursus/ pengalaman

150.00

G2

Tidak

melebihi

500,000.00

25,000.00

Sijil Kursus/ pengalaman

80.00

G1

Tidak

melebihi

100,000.00

5,000.00

Sijil Kursus/ pengalaman

20.00

(Sumber : Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, 2009)

Page 33: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

17

2.3.1.2 Pengelasan Kontraktor oleh PKK

Sebagai usaha melahirkan kontraktor yang berdaya maju, kerajaan telah

mengambil langkah mengkaji semula kelas pendaftaran dan nilai kerja kontraktor. Di

samping itu, kerajaan juga telah menaikkan nilai had kerja bagi kelas-kelas

pendaftaran yang dikekalkan. Jadual 2.2 menunjukkan kelas-kelas kontraktor yang

diteitap oleh PKK menurut had kewangan iaitu kos kerja bagi kontraktor kerja awam.

Jadual 2.2 : Had kewangan (kos kerja) bagi kontraktor kerja awam

Kelas Had Kewangan

A Melebihi RM 10,000,000

B RM 5,000,001 hingga RM 10,000,000

C RM 2,000,001 hingga RM 5,000,000

D RM 500,001 hingga RM 2,000,000

E RM 200,001 hingga RM 500,000

F Sehingga RM 200,000

(Sumber : Pusat Khidmat Kontraktor, 2002)

2.4 Pengenalan Kepada Kursus Integriti Kontraktor

Di dalam melaksanakan tanggungjawab selaku institusi yang diamanahkan

dengan pembangunan industri pembinaan, Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia (CIDB) amat sedar bahawa memberi perhatian kepada isu-isu

teknikal dan pengurusan belum memadai bagi memperkasakan industri pembinaan

Page 34: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

18

negara tanpa memberi penekanan kepada isu-isu yang bersifat abstrak seperti nilai

atau sikap. Atas kesedaran ini, CIDB telah mula mengolah program bagi menangani

isu-isu yang berkaitan dengan nilai dan integriti yang menjadi tunjang kepada

pembentukan imej jenama industri pembinaan yang luhur (Hamzah, 2008).

Oleh itu, CIDB mengambil inisiatif mewajibkan penyertaan kursus ini terhadap

pemilik mana-mana syarikat pembinaan yang berdaftar dengan CIDB . Kandungan

kursus ini juga bertujuan membantu syarikat pembinaan tanah air mempersiapkan

diri untuk berhadapan dengan risiko dan cabaran-cabaran yang mampu

mempengaruhi dan memberi kesan terhadap imej dan profesionalisma mereka

(CIDB, 2010).

Melalui perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor ini diharapkan agar dapat

membantu peningkatan imej dan profesionalisma syarikat-syarikat pembinaan tanah

air seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan daya saing mereka untuk

berhadapan dengan cabaran era liberalisasi. Persaingan yang begitu kompetitif di

kalangan pemain industri pembinaan di peringkat antarabangsa menuntut supaya

kontraktor tempatan melakukan perubahan dan menjaga imej syarikat mereka dari

terdedah kepada perkara yang bertentangan dengan nilai etika dan integriti.

2.4.1 Objektif Pelaksanaan Kursus Integriti Kontraktor

Antara objektif-objektif perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor Industri

yang disenaraikan di bawah (CIDB, 2010):-

Page 35: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

19

Menyampaikan polisi serta hasrat Kerajaan dan masyarakat umum mengenai

kepentingan aspek integriti dan membincang isu-isu berkaitan integriti dalam

industri pembinaan secara umum.

Mendedahkan amalan-amalan yang beretika dan sebaliknya dalam rantaian

pelaksanaan kerja pembinaan serta membincangkan kesan-kesan negatif

akibat amalan tidak beretika terhadap kos, kualiti dan produktiviti kerja

pembinaan.

Membentangkan mekanisma terbaik yang wajar diterapkan oleh kontraktor

dalam pelaksanaan kerja pembinaan bagi mengelak dan membasmi amalan-

amalan tidak beretika bagi membantu meningkatkan imej serta

profesionalisma industri pembinaan.

Menyampaikan informasi awal berkaitan Kod Etika Kontraktor.

Menyediakan platform bagi perbincangan dan perkongsian pengalaman

berkaitan aspek integriti dalam pelaksanaan projek pembinaan.

Meningkatkan keyakinan masyarakat dari aspek amalan beretika terhadap

perkhidmatan kontraktor pembinaan tempatan.

2.4.2 Manfaat Kursus Integriti Kontraktor

Pelaksanaan Kursus Integriti Kontraktor memberikan pelbagai kebaikan

kepada kontraktor dan berupaya memberi kesan terhadap imej industri pembinaan

negara (CIDB, 2010). Antaranya adalah seperti di bawah :

Page 36: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

20

1. Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor dapat memberi kesedaran di

kalangan kontraktor tentang kepentingan mengamal integriti dalam

melaksanakan suatu kerja

2. Kursus integriti kontraktor dapat melahirkan kontraktor memiliki daya saing

untuk berhadapan dengan cabaran era liberalisasi

3. Kursus Integriti Kontraktor dapat membantu memberi kenyakinan semua

pihak terhadap kredibiliti syarikat-syarikat pembinaan di Malaysia

4. Kursus Integriti Kontraktor dapat memberi kesan positif terhadap imej

industri pembinaan negara

5. Kursus Integriti Kontraktor mampu menangani masalah etika dan integriti

yang melanda industri pembinaan pada masa kini

2.5 Badan Yang Terlibat Dalam Kursus Integriti Kontraktor

Kursus Integriti Kontraktor ini telah dibangunkan secara usahasama

usahasama antara Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),

Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM). Setiap pihak memiliki tanggunjawab dan peranan dalam memastikan

kontraktor yang menghadiri kursus mampu menjadi kontraktor yang memiliki daya

saing yang tinggi serta mampu mengukuhkan imej dan profesionalisme mereka.

Page 37: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

21

2.5.1 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) merupakan

salah sebuah badan kerajaan yang dibentuk di bawah Akta Parliament iaitu Akta 520.

YB Dato‟ Leo Moggie,Menteri di Kementerian Kerja Raya telah melancarkan majlis

perasmian CIDB pada 16 Disember 1994. Kewujudan CIDB ini selaras dengan

pendirian kerajaan yang menyifatkan industri pembinaan sebagai pemangkin atau

penggerak kepada industri yang lain untuk membangunkan negara. Hasil dari

kemajuan pembinaan turut mampu menjadi nadi dalam ekonomi negara (CIDB,

2010).

Pembentukan CIDB oleh pihak kerajaan adalah untuk menyediakan

kepimpinan dan koordinasi kepada pemain industri pembinaan dan memastikan

industri ini dapat berkembang dan bergerak ke arah persaingan global. Antara tujuan

penubuhan CIDB adalah untuk membangunkan industri pembinaan supaya menjadi

salah satu sektor yang dapat menyumbang kepada ekonomi selaras dengan sektor

perkilangan, perkhidmatan dan automotif.

Dalam mencapai matlamat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan maka pebagai

alternatif dan perancangan jangkamasa panjang telah dibentuk. Kursus Integriti

Kontraktor merupakan salah-satu inisiatif pihak CIDB dalam memartabatkan industri

pembinaan negara. Melalui pembentukan kontraktor yang berintegriti maka imej

pembinaan negara akan meningkat seterusnya kontraktor tempatan dapat bersaing di

peringkat global.

Page 38: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

22

2.5.2 Institut Integriti Malaysia (IIM)

Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia

merupakan individu yang bertanggungjawab melahirkan idea dalam penubuhan

Institut Integriti Malaysia (IIM). Beliau mengisytiharkan secara rasmi penubuhan

IIM pada tanggal 5 November 2003. IIM ditubuhkan sebagai sebuah badan autonomi

yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat. Penubuhan IIM adalah untuk

melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendaftaran

IIM telah pun diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah

syarikat berhad menurut jaminan berkuatkuasa pada 4 Mac 2004 (IIM, 2010).

Visi bagi penubuhan IIM adalah membentuk masyarakat Malaysia yang

beretika dan berintegriti di mana warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan

kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang murni. Manakala misi

IIM adalah melaksanakan objektif, strategi dan program peningkatan integriti warga

Malaysia dalam semua aspek kehidupan.Objektif utama penubuhan IIM pula ialah

sebagai jentera pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) ke arah membangunkan

sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai

murni sejagat.

2.5.2.1 Peranan Institut Integriti Malaysia

Antara peranan yang dipikul oleh IIM ialah:

a) Mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan integriti institusi dan

masyarakat

Page 39: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

23

b) Menganjurkan persidangan, seminar dan forum

c) Menghimpun pendapat pelbagai sektor mengenai kemajuan atau halangan

kepada pelaksanaan integriti

d) Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan bercetak, menggubal

melaksanakan program-program latihan dan pendidikan

e) Mengemukakan perakuan-perakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika

f) Membangunkan pangkalan data mengenai integriti dan etika

g) Memberikan khidmat nasihat kepada Kerajaan mengenai program-program

dan strategi-strategi bagi meningkatkan integriti

h) Mewujudkan jaringan dengan organisasi-organisasi antarabangsa bagi

membolehkan peranan dan sumbangan IIM diiktiraf di peringkat

antarabangsa.

2.5.3 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Pada 29 Ogos 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) telah diperkenankan

oleh Yang di-Pertuan Agong dan dengan itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar

namanya kepada Biro Siasatan Negara (BSN). Penukaran nama ini bertujuan untuk

memberi lebih kuasa kepada BSN yang bukan sahaja terlibat menyiasat kes-kes

rasuah bahkan kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara (SPRM, 2010).

Page 40: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

24

Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR

pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 diluluskan oleh

Parlimen dan dikuatkuasakan. Objektif penting penukaran ini ialah untuk

mencerminkan dengan lebih tepat lagi peranan badan itu sebagai sebuah institusi

yang dipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.

Pada tahun 2008, Kerajaan dan Parlimen telah bersetuju supaya sebuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditubuhkan bagi meningkatkan

keberkesanan dan kecekapan dalam usaha pencegahan rasuah serta untuk

memperbaiki persepsi kebebasan dan ketelusan dalam pelaksanaan fungsi-fungsi

Suruhanjaya. SPRM akan turut disokong oleh mekanisme check and balance dalam

memastikan Suruhanjaya bertindak selaras dengan kehendak perundangan, negara

dan aspirasi masyarakat.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mula beroperasi secara rasmi

pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ia

ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

2009 (Akta 694). Sejarah usaha pencegahan rasuah secara formal telah dimulakan

oleh sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM)

untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah. Pada masa yang sama,

siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Criminal Investigation Department (Special

Crime) yang diletakkan di bawah Pasukan Polis Diraja Malaysia. Manakala itu,

pendakwaan kes-kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan

Peguam Negara.

Page 41: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

25

2.5.3.1 Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Di bawah Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) 2009 menjelaskan fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia adalah

seperti berikut:

1. Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di

bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang

difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu.

2. Mengesan dan menyiasat –

a) Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini.

b) Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan

dibawah Akta ini.

c) Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di

bawah Akta ini.

3. Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan

penemuan kesalahan di bawah Akta ini dan untuk menghasilkan kajian

semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua

Pesuruhjaya mungkin membawa kepada rasuah.

4. Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan

orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang

itu.

Page 42: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

26

5. Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam

amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan

kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan

perlu oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya

rasuah.

6. Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah.

7. Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi

rasuah

2.6 Kandungan Dan Pelaksanaan Kursus Integriti Kontraktor

Untuk memastikan objektif Kursus Integriti Kontraktor ini tercapai maka

CIDB sebagai pihak penganjur harus memastikan slot dan kandungan kursus benar

berguna dan mampu memberi kesan kepada peserta program. Hal ini penting kerana

pihak CIDB harus megambil kira input yang akan diperolehi peserta setelah

menghabiskan kursus ini. Antara agenda yang diberi penekanan di dalam Kursus

Integriti Kontraktor adalah seperti berikut (CIDB, 2010):

2.6.1 Pelan Integriti Nasional : Prinsip dan falsafah

Antara perkara yang akan dibincangkan di dalam Kursus Integriti Kontraktor

adalah berkaitan Pelan Integriti Nasional (PIN). Wakil dari Institut Integriti Malaysia

Page 43: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

27

akan membentangkan tajuk ini bagi memastikan maklumat dan informasi yang

diberikan telus dan tepat. Hal ini kerana IIM merupakan badan autonomi yang

ditubuhkan bagi melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan PIN (IIM, 2010). Melalui

kepakaran dan kemahiran penceramah maka setiap peserta dapat memperolehi input

yang maksima dari kursus yang dihadiri.

2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN

Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri

Malaysia pada 23 April 2004. Pelan tersebut bertujuan membangunkan masyarakat

beretika dan dapat membezakan antara perkara yang betul dan salah manakala

matlamat jangka panjang PIN adalah memenuhi cabaran keempat Wawasan 2020

iaitu membentuk masyarakat yang mempunyai ciri-ciri moral dan etika yang kukuh,

mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh serta berbudi pekerti luhur

(Kadir Dikoh, 2004 dan Mustafar Ali, 2004).

PIN merupakan dasar payung dan pelan induk untuk menggubal strategi dan

memberi hala tuju bagi semua sektor masyarakat supaya mereka dapat bekerjasama

serta mengambil bahagian secara langsung dalam usaha memantapkan nilai etika dan

integriti (Kadir Dikoh, 2004 dan Mustafar Ali, 2004).

Strategi pelaksanaan dan pelan tindakan PIN merangkumi lapan komponen

institusi masyarakat dan negara iaitu institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil

(pertubuhan bukan-kerajaan), institusi sosiobudaya, institusi agama, institusi

ekonomi, institusi politik dan institusi pentadbiran.

Page 44: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

28

Keberkesanan dan penentu kejayaan PIN merangkumi lapan komponen

utama iaitu kesediaan individu untuk berubah, kepimpinan berteladan, pendidikan

berterusan & berulang, komunikasi berkesan, kesediaan individu untuk berubah,

kecukupan & kecekapan sumber, kerangka perundangan berkesan & kehakiman

bebas, kerjasama jentera politik & pentadbiran serta persekitaran budaya yang

kondusif (Mustafar Ali, 2004).

Menyedari kepentingan dan komitmen negara terhadap pengukuhan integriti

sebagai asas pembangunan sumber manusia berkualiti, kertas kerja ini akan

membincangkan tentang definisi, kerangka konseptual dan nilai integriti secara

menyeluruh dalam usaha menjana sumber manusia dengan kualiti bertaraf dunia.

2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN

Prinsip dan falsafah yang telah digariskan dalam Pelan Integriti Nasional

adalah seperti berikut :

a) Merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan

b) Menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara

c) Dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020

d) Lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan

mereka.

e) Mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara

Page 45: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

29

f) Mengambil kira perkembangan dan pengalaman antarabangsa serta impak aru

globalisasi

2.6.1.3 Sasaran PIN

Sasaran PIN diterjemahkan melalui „Tekad 2008‟ dikemukakan iaitu:

1) Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara

berkesan

2) Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam

dan mengatasi kerenah birokrasi

3) Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan

4) Memantapkan institusi keluarga

5) Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

2.6.2 Kod etika kontraktor

Untuk menyampai maklumat berkaitan kod etika kontraktor dengan lebih

berkesan dan mudah difahami oleh peserta kursus maka penceramah yang dipilih

untuk membentangkan tajuk ini adalah wakil dari pihak CIDB sendiri. Peserta akan

diberi kefahaman dan informasi berkaitan tujuan perlaksanaan, aplikasi kod etika

kontraktor dan prinsip-prinsip utama yang digariskan dalam kod etika kontraktor.

Page 46: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

30

2.6.2.1 Pengenalan Kepada Kod Etika Kontraktor

Kod Etika Kontraktor merupakan hasil daripada Resolusi Forum Integriti Di

Dalam Sektor Pembinaan yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) pada September

2005. Kod etika ini juga merupakan salah satu saranan yang telah dicadangkan di

dalam Pelan Induk Industri Pembinaan Malaysia (CIMP 2006-2015) menerusi Teras

Strategik Dua iaitu Berusaha Meningkatkan Imej Industri Pembinaan (Hamzah,

2008).

Mengikut CIDB setiap kontraktor dan pihak-pihak yang berkepentingan di

dalam perlaksanaan projek pembinaan boleh menjadikan Kod Etika sebagai rujukan

dan panduan dalam memastikan mereka tidak tersasar dari segi tingkah laku dan

moral. Kod Etika menggariskan amalan serta perilaku murni yang wajar diamalkan

oleh semua kontraktor bagi meningkatkan tahap profesionalisma, integriti dan

akauntabiliti yang tinggi di kalangan mereka.

CIDB telah memberi penekanan kepada program pengukuhan integriti di

kalangan pemain-pemain industri pembinaan bermula dengan pihak kontraktor

kerana menyedari akan kepentingan isu integriti di dalam industri pembinaan.

Melalui Penghayatan kepada Kod Etika ini diharap dapat membudayakan kaedah

pengawalseliaan sendiri di kalangan kontraktor bagi mencapai tahap keyakinan yang

tinggi oleh semua pihak sepanjang perlaksanaan sesuatu projek pembinaan.

Kod Etika ini adalah bersifat dinamik iaitu boleh mengalami perubahan yang

mana isi kandungannya boleh sama ada diubahsuai, ditambah atau dikurangkan

mengikut kesesuaian semasa. Sebarang perubahan kandungan ini perlu diluluskan

oleh Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kod Etika yang dianggotai oleh pelbagai

pihak yang berkepentingan dalam industri pembinaan negara (CIDB, 2008).

Page 47: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

31

2.6.2.2 Tujuan Pelaksanaan Kod Etika Kontraktor

Kod Etika ini digubal, diwujud dan dilaksanakan dengan tujuan-tujuan seperti

berikut (CIDB, 2008):

a) Menggariskan amalan-amalan serta perilaku murni yang diterima sebagai

amalan piawai di kalangan kontraktor yang mampu mendorong dan

meningkatkan tahap profesionalisma, integriti dan akauntabiliti yang tinggi.

b) Membudayakan kaedah pengawalseliaan sendiri (self-regulatory) di kalangan

kontraktor bagi meningkatkan tahap keyakinan masyarakat umum terhadap

perkhidmatan yang disediakan.

c) Membantu mencapai agenda dan hasrat Kerajaan bagi meningkatkan integriti

di kalangan semua pihak berdasarkan Pelan Integriti Nasional (PIN).

2.6.2.3 Prinsip Kod Etika Kontraktor

Kod Etika Kontraktor menyenaraikan etika atau pengalaman murni

berasaskan kepada 6 prinsip utama seperti berikut(CIDB, 2008):

1) Prinsip 1 : Jujur Melaksanakan Tanggungjawab

2) Prinsip 2 : Pematuhan Peraturan Dan Undang-Undang

3) Prinsip 3 : Penghormatan Kepada Individu Dan Masyarakat

4) Prinsip 4 : Kepentingan Kualiti, Kemahiran Dan Piawaian

Page 48: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

32

5) Prinsip 5 : Kepentingan Keselamatan Dan Kesihatan

6) Prinsip 6 : Kepentingan Pemeliharaan Alam Sekitar

2.6.2.4 Aplikasi Kod Etika Kontraktor

1) Kod Etika ini diterima dan diaplikasikan oleh semua kontraktor pembinaan di

Malaysia, samada kontraktor tempatan atau asing mengikut definisi di dalam Akta

520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, 1994).

2) Adalah menjadi satu obligasi kepada semua kontraktor untuk menghayati

serta mematuhi Kod Etika ini demi menjaga maruah, integriti dan nama baik mereka

secara peribadi, nama baik profesion secara khusus serta nama baik industri

pembinaan secara umum.

2.6.3 Rasuah : Jenayah Yang Perlu Dibendung

Gejala rasuah merupakan aktiviti yang tidak sihat yang turut berlaku dan

berleluasa dalam industri pembinaan negara (Wan, 2009). Jadi melalui kursus ini

peserta akan diberi maklumat dan pengetahuan dengan lebih jelas tentang bahaya

rasuah dan akibat yang berlaku kerana terjebak dalam kancah rasuah. Untuk

memastikan maklumat yang diberikan tepat dan berkesan taklimat dan ceramah akan

diberikan oleh wakil dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

sendiri.

Page 49: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

33

2.6.3.1 Definisi Rasuah

Rasuah berasal dari bahasa Arab “risywah” iaitu kata terbitan daripada

kata akar kepada perkataan “rasya, yarsyu dan rasywan,” yang membawa maksud

sogokan atau pujukan. Mengikut bahasa Latin pula rasuah iaitu corruptio berasal dari

kata kerja iaitu corrumpere yang membawa maksud busuk, rosak, menggoyahkan,

memutar balik dan menyogok (Abdul, 2009).

Akta Pencegahan Rasuah (1997) pula menjelaskan rasuah melibatkan

penerimaan atau pemberian sebagai upah atau dorongan untuk diri seseorang kerana

melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan.

Mengikut peribahasa melayu pula rasuah disebut dengan pelbagai ungkapan

dan sindirin seperti tumbuk rusuk, duit kopi, makan suap, pelincir dan sebagainya.

Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga

perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu (Abdul, 2009 ).

Menurut Transparency International pula rasuah dedefinisikan sebagai

perilaku di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus

dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah menurut undang-

undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat

handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada

mereka.

Menurut sudut pandangan islam rasuah merupakan harta yang diperolehi

kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi

keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib

diselesaikan tanpa imbalan (Zulkifli, 2006). Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini

hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa „ini

Page 50: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

34

bukan rasuah, tapi upah'. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an

dan Hadis. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

او إنى بها وتدنىا بانباطم بيكى أيىانكى تأكهىا ولا انحك

فريقا نتأكهىا وأتى بالإثى اناس أيىال ي ى تعه

Yang bermaksud : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian

yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa

(urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada

harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui."

(Al-Baqarah : 188 )

2.6.3.2 Jenis Kesalahan Rasuah

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana

seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak

berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada

pihak-pihak tersebut. Terdapat empat kesalahan rasuah yang utama (SPRM, 2010):

1. Meminta/Menerima Rasuah

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju

menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai

dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua

berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,

prinsipal/majikan berkenaan.

Page 51: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

35

2. Menawar/Memberi Rasuah

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju

menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai

dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua

berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,

prinsipal/majikan berkenaan.

3. Membuat Tuntutan Palsu

Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada

prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya

mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal/majikannya mempunyai

kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan

prinsipal/majikannya.

4. Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan

untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil

tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana

pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara

langsung atau tidak langsung.

Page 52: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

36

2.6.3.3 Kesan Buruk Aktiviti Rasuah

Menurut Abdul (2009), antara kesan negatif gejala rasuah adalah seperti

berikut:

1. Terhakisnya konsep keadilan

Apabila sumber-sumber ekonomi seperti tender-tender dimonopoli oleh

sekelompok pihak yang mampu memberikan „sogokan‟ yang paling lumayan tetapi

tidak menunaikan tanggungjawab dan tidak memberikan kualiti yang baik dalam

melaksanakan tugas. Akibatnya rakyatlah yang terpaksa menanggung padah,

disebabkan hasil kerja buruk oleh syarikat yang mendapatkan tender projek-projek

yang selalunya bukanlah syarikat yang terbaik untuk projek-projek tersebut.

2. Berlakunya peningkatan kos

Kos bertambah kerana biasanya harga yang ditawarkan telah dimark-up bagi

mengimbangi atau mendapat balik keuntungan (hasil dari projek) setelah ditolak

dengan jumlah rasuah yang telah dikeluarkan. Justeru, kita dapati pada hari ini

pengguna dibebankan dengan harga atau kos yang begitu tinggi yang tidak

sepatutnya.

3. Masyarakat akan hilang hormat dan kepercayaan

Individu atau institusi-institusi yang terlibat dengan rasuah akan

menyebabkan orang awam mula hilang kenyakinan dan kepercayaan terhadap

mereka. Hal ini amat merbahaya kerana kebanyakan individu atau institusi yang

terlibat di dalam menerima rasuah adalah pihak berkuasa.

Page 53: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

37

4. Sistem pentadbiran negara tidak akan berfungsi

Akibat dari gejala rasuah yang berlaku maka sistem yang diwujudkan

mengikut presedur yang betul gagal berfungsi kerana wujud saluran-saluran lain

selain sistem itu. Sistem pentadbiran dirangka bagi melicinkan perjalanan sesuatu

urusan pentadbiran, tetapi sistem ini ternyata gagal berfungsi apabila wujud amalan

rasuah. Ini kerana rasuahlah yang telah menjadi „minyak pelincir‟ untuk melicinkan

perjalanan pengurusan. Jika tidak ada rasuah, maka kebanyakan kerja tidak akan

berjalan lancar.

5. Dari segi hukuman

Individu yang bersalah kerana melanggar undang-undang tetapi memiliki

kekayaan, seolah-olah menjadi „kebal‟ kerana boleh menggunakan kuasa wang untuk

melepaskan dirinya dari dikenakan hukuman.

6. Keselamatan negara terdedah kepada campurtangan asing dan ancaman luar

Walaupun hal sedemikian masih belum berlaku kepada negara ini, tetapi pada

zaman perang dingin, blok Kapitalis pernah memberikan sogokan besar kepada

pegawai-pegawai atasan blok Sosialis untuk mengetahui rahsia ketenteraan blok

Sosialis, dan juga sebaliknya. Oleh itu kejadian ini seharusnya dijadikan iktibar dan

peringatan bagi mengelak negara kita mengalami nasib yang sama.

7. Hilangnya amanah di dalam sesuatu urusan

Hal ini berlaku kerana mereka bukan lagi bekerja sebagai satu amanah, tetapi

kerana manfaat yang boleh diraih dengan jawatan yang dimiliki. Maka suatu urusan

tidak lagi bersandarkan sifat amanah kerana kedua-dua pihak hanya memikirkan

kepentingan peribadi, jadi kemungkinan urusan yang dilakukan gagal adalah tinggi.

Page 54: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

38

2.6.3.4 Hukuman Yang Diperuntukan

Mengikut Seksyen 24 (1) Akta SPRM 2009 mereka yang disabitkan

kesalahan jenayah rasuah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak

melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai

suapan atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

2.7 Kesimpulan

Pengukuhan integriti di kalangan kontraktor wajar diberi perhatian yang

serius oleh pihak yang bertanggujawab. Ini kerana kegagalan sikap integriti

kontraktor tidak hanya memberi kesan tarhadap diri mereka malah boleh memberi

kesan terhadap orang lain melalui kerja yang dihasilkan. Oleh langkah kerajaan

dengan melaksanakan Kursus Integriti Kontraktor merupakan langkah yang bijak dan

tepat pada masanya. Pengukuhan integriti di kalangan kontraktor secara tidak

langsung mampu meningkatkan imej industri pembinaan negara.

Namun begitu, hasil dari kajian literatur yang dijalankan masalah integriti

yang melibatkan kontraktor masih lagi berleluasa dan berada di tahap yang

membimbangkan. Hal ini menimbulkan persoalan sejauh mana Kursus Integriti

Kontraktor yang dijalankan dapat membentuk kontraktor yang berintegriti tinggi.

Sehubungan dengan itu, maka seharusnya pihak-pihak yang

bertanggungjawab melaksanakan tindakan yang lebih drastik dan telus bagi

memastikan agenda yang dilaksanakan benar-benar berkesan dan tidak membazirkan

wang rakyat.

Page 55: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam suatu penyelidikan yang akan dijalankan, metodologi merupakan

bahagian yang perlu diberi perhatian kerana mampu mempengaruhi hasil kajian.

Metodologi boleh dirujuk sebagai kaedah saintifik yang digunakan dalam suatu

penyelidikan (Mok, 2008). Metodologi akan digunakan untuk menjelaskan

pendekatan dan kaedah yang akan digunakan dalam kajian yang dilaksanakan

dengan tujuan memberi kefahaman dengan lebih jelas dan sistematik terhadap proses

penyelidikan yang akan dilakukan.

Metodologi kajian juga boleh ditakrifkan sebagai aliran yang digunakan

untuk proses mencari, mengumpul, menganalisis data dan seterusnya menghasilkan

keputusan dan kesimpulan berdasarkan kepada objektif serta skop kajian yang telah

ditetapkan. Setiap proses dalam metodologi kajian perlu dirancang dan dilaksanakan

dengan sempurna dan secara berkesan bagi memastikan data yang telah dikumpulkan

adalah tepat dan boleh dipercayai serta mengikut kehendak objektif kajian.

Page 56: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

41

Bab ini akan membincangkan kaedah kajian yang dijalankan untuk mencapai

objektif dan matlamat kajian. Dalam proses menjalankan kajian, beberapa aspek

utama harus dikenalpasti dan difahami terlebih dahulu. Antara aspek yang harus

diberi perhatian adalah matlamat dan objektif kajian, rekabentuk borang soal selidik,

perolehan dan pengumpulan data, menganalisis data dan diakhiri dengan kesimpulan

dan cadangan. Bagi mencapai maksud tersebut antara peringkat kajian digunakan

iaitu:

3.2 Kaedah Pengumpulan Data

3.2.1 Kajian Literatur

Kajian literatur merupakan satu kaedah pembelajaran dan pencarian

maklumat terhadap kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini. Kajian-kajian

yang diselidik adalah terdiri daripada kajian yang berhubung kait dengan tajuk kajian

yang akan dilaksanakan. Maklumat-maklumat mengenai kajian, boleh diperoleh

daripada sumber media cetak dan media elektronik. Contoh sumber dari media cetak

adalah seperti jurnal-jurnal, buku, artikel dan laporan. Manakala sumber dari media

elektronik pula seperti melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk kajian di

internet.

3.2.2 Kajian Empirikal

Kajian imperikal pula merupakan kaedah yang dijalankan melalui uji kaji

atau ujian terus kepada respondan bagi mendapatkan maklumat atau data-data yang

Page 57: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

42

diperlukan untuk dianalisis dan membuat kesimpulan. Bagi kajian ini, Kajian

Empirikal dijalankan dengan mengedar borang soal selidik kepada kontraktor terpilih

yang telah menghadiri Kursus Integriti Kontraktor di sekitar Johor Bahru.

3.3 Instrumen Kajian

Ketika menjalankan kajian, teknik borang soal selidik telah digunakan untuk

mendapatkan data secara praktikal iaitu data yang menunjukkan keadaan sebenar

atau pengakuan bertulis dari pihak kontraktor. Soalan-soalan yang disediakan adalah

berdasarkan objektif dan persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam bab satu

sebelum ini.

Borang soal selidik dipilih untuk digunakan dalam kajian ini kerana ia

mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:

Dapat mengumpul data dengan lebih mudah dan sesuai dengan responden

dalam kajian ini.

Dapat menjimatkan masa dan perbelanjaan semasa mengumpul data.

Responden lebih bebas dan bersedia untuk memberi maklumbalas terhadap

persoalan yang diajukan.

Page 58: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

43

3.3.1 Prosedur Kajian Soal Selidik

Sebelum kajian menggunakan borang soal selidik ini dapat dijalankan

beberapa prosedur atau langkah-langkah berikut haruslah diikuti iaitu :

Mendapatkan kelulusan daripada penyelia penyelidikan setelah

borang cadangan soal selidik berjaya disiapkan.

Penyelidik mengedarkan set lengkap borang soal selidik kepada

responden yang disenaraikan untuk mendapatkan data serta

maklumat. Objektif kajian dan tatacara menjawab item turut

disertakan dalam borang soal selidik. Hal ini penting supaya

responden dapat memahami dengan lebih jelas tentang kehendak

soalan.

Penyelidik mengumpul semula borang soal selidik dari sampel kajian

yang telah disenaraikan pada masa yang dijanjikan dengan cara

memunggut sendiri atau pengiriman semula melalui kiriman email.

3.3.2 Populasi Kajian Soal Selidik

Populasi sasaran dalam kajian ini adalah pihak kontraktor yang telah

menghadiri Kursus Integriti Kontraktor di sekitar Johor Bahru. Sebanyak 50 borang

soal selidik akan diedarkan kepada kontraktor terpilih. Hanya 50 borang diedar

kerana mengambil kira faktor kos dan masa yang terhad untuk menyiapkan kajian

ini. Sebanyak 35 borang soal selidik yang berjaya dikembalikan oleh pihak

responden daripada jumlah keseluruhan yang telah diedarkan.

Page 59: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

44

3.3.3 Rekabentuk Borang Soal Selidik

Seperti yang telah dibincangkan, kajian yang dijalankan ini merupakan satu

penyelidikan yang berbentuk tinjauan. Oleh itu, satu set lengkap borang soal selidik

untuk setiap responden disediakan bertujuan untuk proses pengumpulan data. Borang

soal selidik ini disediakan berdasarkan kepada isu-isu penyelidikan yang diperolehi

daripada kajian literatur dan penekanan diberikan kepada objektif penyelidikan. Hal

ini penting supaya data yang diperoleh selari dengan objektif yang ingin dicapai.

3.3.4 Maklumat Borang Soal Selidik

Secara umumnya, jenis-jenis soalan yang dikemukakan dalam borang soal

selidik dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian

C. Pecahan data adalah bagi memudahkan analisis data yang akan dilakukan kelak.

Soalan-soalan dalam Bahagian B dan C adalah berdasarkan jawapan pada Skala

Likert yang mempunyai lima skala pilihan jawapan. Objektif setiap kajian disertakan

bersama dalam setiap soalan bertujuan untuk memberikan gambaran secara kasar

kepada responden sebelum menjawab soalan agar objektif kajian ini dapat dipenuhi.

Setiap bahagian dalam borang soal selidik ini akan diterangkan seperti berikut:

i) Bahagian A: Profil Dan Latar Belakang Responden

Bahagian A bertujuan untuk mengumpulkan butir-butir maklumat

berkenaan dengan latar belakang responden. Responden dikehendaki

memberikan maklumat dengan mengisi ruangan kosong yang telah disediakan.

Bahagian ini penting kerana dapat menunjukkan syarikat yang diwakili oleh

responden ketika menghadiri Kursus Integriti Kontraktor.

Page 60: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

45

ii) Bahagian B: Persepsi Kontraktor Terhadap Perlaksanaan Kursus

Integriti Kontraktor

Bahagian B meliputi soalan yang berkaitan dengan persepsi kontraktor

terhadap perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor yang telah dihadiri. Soalan

yang diajukan adalah berkaitan dengan kaedah perlaksanaan dan kebaikan kursus

yang telah diikuti oleh responden. Bahagian ini akan menjawab objektif pertama

kajian ini iaitu mengkaji persepsi kontraktor terhadap perlaksanaan Kursus

Integriti Kontraktor. Tahap pesetujuan responden akan dinilai menggunakan

Skala Likert seperti di bawah :

Jadual 3.1 : Pengelasan Skala Likert Bagi Persepsi Kontraktor Terhadap

Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor

Penyataan Skor

Sangat setuju 5

Setuju 4

Tidak Pasti 3

Tidak setuju 2

Sangat tidak setuju 1

iii) Bahagian C: Keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor

Bahagian C pula mengkehendaki responden menjawab soalan bagi

memenuhi objektif kedua kajian iaitu tahap kefahaman dan kesediaan kontraktor

untuk melakukan perubahan setelah mengikuti Kursus Integriti Kontraktor.

Page 61: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

46

Bahagian ini memberi ruang kepada responden untuk membuat penilaian

terhadap kursus yang diikuti. Bahagian C dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu :

1) Pencapaian objektif Kursus Integriti Kontraktor

2) Perubahan sikap setelah menghadiri Kursus Integriti Kontraktor

3) Tahap kefahaman berkaitan kandungan Kursus Integriti Kontraktor

Jadual 3.2 : Pengelasan Skala Likert Bagi Pencapaian objektif

Kursus Integriti Kontraktor

Penyataan Skor

Sangat setuju 5

Setuju 4

Tidak pasti 3

Tidak setuju 2

Sangat tidak setuju 1

Jadual 3.2 menunjukkan pengelasan skala Likert yang digunakan bagi

menentukan tahap persetujuan bagi bahagian pencapaian objektif Kursus Integriti

Kontraktor.

Page 62: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

47

Jadual 3.3 : Pengelasan Skala Likert Bagi Perubahan sikap setelah menghadiri

Kursus Integriti Kontraktor

Penyataan Skor

Sangat setuju 5

Setuju 4

Tidak pasti 3

Tidak setuju 2

Sangat tidak setuju 1

Jadual 3.3 menunjukkan pengelasan skala Likert yang digunakan bagi

menentukan tahap persetujuan bagi bahagian perubahan sikap peserta setelah

menghadiri Kursus Integriti Kontraktor.

Jadual 3.4 : Pengelasan Skala Likert Bagi Tahap kefahaman berkaitan

kandungan Kursus Integriti Kontraktor

Penyataan Skor

Cemerlang 5

Amat Baik 4

Baik 3

Memuaskan 2

Lemah 1

Page 63: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

48

Jadual 3.4 pula menjelaskan pengelasan Skala Likert yang akan digunakan

dalam borang soal selidik untuk menentukan tahap kefahaman responden berkaitan

kandungan Kursus Integriti Kontraktor.

Langkah seterusnya, data yang diperolehi daripada borang soal selidik akan

dimasukkan ke dalam kategori yang dibentuk dengan bantuan komputer. Hal ini

bertujuan penyiasatan ini ialah untuk membangunkan satu susunan data yang lebih

teratur. Ia membantu untuk melihat data yang dikumpul dengan lebih senang dan

berkesan. Kerja penyuntingan data juga akan dilakukan setelah penyusunan data

diperolehi dengan membatalkan data yang tidak berguna untuk memastikan hanya

data yang relevan sahaja dianalisis untuk mendapatkan hasilnya. Data-data yang

dikumpul mestilah lengkap sebelum memulakan kerja-kerja menganalisis data.

3.3.5 Pengagihan Borang Soal Selidik

Dalam kajian ini, kaedah penyerahan borang soal selidik yang telah

digunakan kepada responden melalui serahan tangan oleh penyelidik sendiri.

Walaupun terdapat pelbagai kaedah lain yang boleh dipraktikkan dalam proses

pengagihan borang soal selidik kepada responden, namun penyelidik berpendapat

kaedah ini sudah mencukupi untuk memenuhi objektif kajian kerana kaedah ini

mudah dilaksanakan. Selain itu, faktor masa yang terhad menyebabkan kaedah ini

digunakan.

Kaedah melalui serahan tangan merupakan kaedah yang lebih praktikal

kerana penyelidik dapat pergi ke syarikat-syarikat yang telah disenaraipendek untuk

menghantar borang soal selidik itu sendiri kepada responden. Kaedah ini akan

membolehkan penyelidik memperolehi data secara terus dan memendekkan masa

yang diperuntukkan untuk mendapatkan data dari responden.

Page 64: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

49

3.4 Penyusunan dan Pemindahan Data

Semua data yang telah dikumpulkan melalui kaedah-kaedah yang telah

dibincangkan akan disusun mengikut susunan yang berasingan untuk tujuan proses

analisis. Data-data tersebut akan dibahagikan mengikut objektif kajian yang telah

ditetapkan. Dengan bantuan komputer, data-data yang diperolehi disimpan sebelum

dianalisis mengikut pembahagian yang telah dibuat. Setelah lengkap kesemua data

yang telah disimpan, barulah proses analisis dengan menggunakan komputer dapat

dijalankan.

3.5 Kaedah Penganalisaan Data

Proses penganalisaan akan dijalankan terhadap maklum balas yang diberikan

oleh pihak responden berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan. Teknik

analisis yang digunakan ialah Teknik Agihan Kekerapan (Frequency Distribution).

Teknik ini memberikan gambaran idea tentang apa yang hendak ditunjukkan oleh

penyelidik. Bagi kaedah ini, analisis responden akan ditunjukkan dalam bentuk

peratusan dan nombor.

Teknik ini dapat menunjukkan pengaruh dan kadar kekerapan bagi sesuatu

faktor mengikut kumpulan data. Bagi mempersembahkan data, jadual agihan

kekerapan akan dibina terlebih dahulu berpandukan data-data yang diperoleh

daripada responden. Selepas itu, data yang terhasil daripada jadual tersebut akan

dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan di dalam jadual-jadual

tersebut.

Page 65: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

50

Borang soal selidik yang diagihkan kepada responden mempunyai 5 titik

penunjuk skala yang menunjukkan tahap persetujuan suatu item atau perkara. Ini

adalah berdasarkan kepada teknik skala likert. Kaedah untuk menganalisis data-data

yang telah diterima dari responden pula menggunakan teknik pengukuran

kecenderungan berpusat. Indek untuk suatu item akan diperoleh setelah purata

perbezaan skor ditambah dengan skor purata. Bagi mendapatkan nilai purata

perbezaan, min tertinggi ditolak dengan min skor terendah sebelum dibahagi dengan

jumlah nilai skala yang digunakan.

Secara ringkasnya, menurut Crashaw dan Chambers (1984) dalam Mohd

Azhar (2006) formula yang digunakan adalah seperti berikut :

Bagi mencapai objektif yang telah dibentuk dalam bab satu, kaedah statistik

yang diaplikasi bagi menganalisis data yang diterima ialah dengan menggunakan

Analisis Skala Likert. Ia dijalankan dengan bantuan perisian komputer melalui

program „Microsoft Excel”.

Purata Perbezaan Skor = Min Skor Tertinggi – Min Skor Terendah

Nilai Skala Yang Digunakan

Indeks = Purata Perbezaan Skor + Skor Purata

Page 66: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

51

3.5.1 Analisis Skala Likert

Analisis Skala Likert merupakan satu kaedah analisis yang diperkenalkan

oleh Densis Likert (Aaker & Day, 1990). Skala Likert ini memerlukan seseorang

responden menjawab samaada bersetuju atau tidak terhadap sesuatu keadaan yang

berkaitan dengan citarasa manusia. Kadangkala Analisis Likert ini juga disebut

sebagai Analisis Jumlah (Summated Scale) yang mana setiap responden akan

dijumlahkan untuk mendapat satu jumlah besar.

Langkah pertama bagi mendapatkan analisis ini adalah dengan membentuk

beberapa keadaan yang berkaitan dengan tingkah laku manusia iaitu responden.

Dengan itu, penyelidik akan membentuk satu soalan yang berkaitan dengan

responden terhadap suatu keadaan yang mana ia akan diskalakan samaada bersetuju

atau tidak bersetuju. Setelah itu, skala yang tertentu dibentuk berdasarkan soal selidik

yang telah dibuat. Pada kebiasaannya skala yang digunakan adalah 1 bagi keadaan

sangat tidak setuju dan 5 bagi keadaan yang sangat setuju. Dalam kaedah ini,

terdapat dua bentuk analisis yang terlibat iaitu analisis yang berdasarkan

pembentukan purata skor dan jumlah purata skor secara keseluruhannya bagi setiap

jenis item dan perkara.

Skala Likert merupakan analisis yang dapat menentukan jumlah skor yang

diperolehi bagi setiap kriteria. Jumlah skor ini akan dibahagikan dengan jumlah

responden untuk mendapatkan skor purata. Pilihan yang mempunyai purata skor

tertinggi menunjukkan suatu pilihan tersebut merupakan pertimbangan paling tinggi

oleh para responden dan disusuli pilihan-pilihan lain mengikut tingkat purata skor

tertinggi ke purata skor terendah. Mengikut Izham Shafie (2000) dalam Mohd Azhar

(2006), antara kelebihan Skala Likert ini ialah dapat menyusun item dan perkara

mengikut keutamaan.

Page 67: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

52

Contoh :

Item Kekerapan

1 2 3 4 5

kursus

melahirkan

peserta

berintegriti

4

7

10

18

36

Katakan terdapat 75 responden dan hasil soal selidik mendapati 36 responden

mengatakan sangat setuju, 18 setuju, 10 tidak pasti, 7 tidak setuju dan 4 sangat tidak

setuju. Maka untuk mendapatkan jumlah skor adalah

(1 x 4) + (2 x 7) + (3 x 10) + (4 x 18) + (5 x 36) = 300

Melalui jumlah skor tersebut, purata skor diperolehi melalui

membahagikannya dengan jumlah responden iaitu 75

300 = 4.000

75

Purata skor ini akan dibandingkan dengan purata skor item atau perkara yang

lain.

Crashaw dan Chambers (1985) dalam Mohd Azhar (2006) menyatakan

analisis secara indeks skala dijalankan bagi mengenalpasti hubungan antara setiap

keputusan yang diperolehi, iaitu dengan mengkategorikan item atau perkara

berkenaan sebagai item yang sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat

tidak setuju.

Page 68: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

53

3.5.2 Indeks Tahap Persetujuan

Kaedah yang digunapakai bagi menganalisis data pada Bahagian A iaitu

persepsi kontraktor terhadap perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor adalah seperti

jadual 3.5 :

Jadual 3.5 :Indeks tahap persetujuan persepsi kontraktor terhadap

perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor

INDEKS Tahap

Persetujuan

JULAT

I Sangat Tidak Setuju 1.0000 - 1.8000

II Tidak Setuju 1.8000 – 2.6000

III Tidak Pasti 2.6000 – 3.4000

IV Setuju 3.4000 – 4.2000

V Sangat Setuju 4.2000 – 5.0000

Sumber : A Concise Course In A Level Statistic With Work Example,

J.Crashaw and J. Chamber, 1984

Setelah indeks skala dibentuk, maka persepsi kontraktor dikategorikan

mengikut tahap. Persepsi yang mempunyai min skor antara 4.2000 hingga 5.0000

dikategorikan sebagai persepsi sangat bersetuju manakala min skor antara 3.4000

hingga 4.2000 dikategorikan sebagai persepsi setuju. Untuk min skor antara 2.6000

hingga 3.4000 pula dikategorikan sebagai persepsi tidak pasti dan min skor antara

1.8000 hingga 2.6000 pula dikategorikan sebagai persepsi tidak bersetuju. Persepsi

sangat tidak bersetuju adalah persepsi yang mempunyai min skor yang paling rendah

iaitu antara 1.0000 hingga 1.8000.

Page 69: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

54

3.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan pengumpulan data dan

analisis awal kajian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini

ialah kaedah soal selidik yang diedarkan kepada kontraktor terpilih. Selain itu,

analisis tentang latar belakang responden dan keberkesanan Kursus Integriti

Kontraktor turut dibentangkan sebagai analisis awal.

Perancangan metodologi kajian sangat penting bagi mendapatkan keputusan

yang boleh diterima pakai seterusnya mencapai matlamat dan objektif kajian. Analisa

secara terperinci perlu dilaksanakan bagi mengelakkan dari berlakunya kesilapan dan

kecuaian. Akhirnya, kesimpulan boleh dibuat daripada hasil analisa data-data yang

telah dikumpul dan cadangan boleh dikemukakan bagi melanjutkan dan

penambahbaikan kajian ini.

Page 70: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

BAB IV

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini akan menyentuh tentang keputusan analisis kajian dan

perbincangan ke atas data yang telah diperolehi melalui borang soal selidik yang

telah diedarkan kepada respondan iaitu wakil syarikat pembinaan atau kontraktor

yang terdapat di sekitar Johor Darul Takzim. Proses ini penting untuk memastikan

semua objektif dalam kajian ini iaitu persepsi kontraktor terhadap Kursus Integriti

Kontraktor dan kerberkesanan Kursus Integriti Kontraktor dapat dicapai.

Untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan kajian sebanyak 50 set

borang soal selidik telah diedarkan kepada responden melalui kaedah serahan tangan.

Daripada jumlah tersebut, hanya 35 set borang soal selidik yang berjaya diisi dan

dikembalikan oleh pihak responden dengan lengkap. Untuk itu, analisis ini

dijalankan berasaskan maklumat yang telah diperolehi dalam borang soal selidik

sahaja.

Page 71: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

54

Proses menganalisis dilakukan dengan mengunakan perisian Microsoft Excel.

Dengan pengunaan perisian tersebut dapat membantu proses menganalisis dilakukan

dengan lebih sistematik dan tersusun. Data yang telah dianalisis akan diterjemahkan

dalam bentuk carta, jadual mahupun graf supaya hasil kajian lebih mudah difahami

dan menarik perhatian pembaca.

4.2 Latar Belakang Responden

Latar belakang responden perlu diketahui bagi mengukur tahap ketepatan data

yang diperolehi dari borang kaji selidik. Maklumat dari bahagian ini akan dapat

menentukan sejauh mana tahap keberkesanan kajian yang dijalankan terhadap

sampel. Responden untuk kajian ini terdiri daripada wakil dari firma kontraktor di

sekitar negeri Johor Darul Takzim yang telah menghadiri Kursus Integriti

Kontraktor. Hal ini penting kerana hanya responden yang telah menghadiri kursus

dapat memberikan jawapan yang tepat seterusnya mampu mencapai objektif kajian

yang telah ditetapkan.

4.3 Analisis Persepsi Kontraktor Terhadap Perlaksanaan Kursus Integriti

Kontraktor

Dalam bab ini akan menjawab objektif pertama kajian iaitu persepsi

kontraktor terhadap perlaksanaan Kursus Integriti. Soalan-soalan yang dikemukan

adalah berbentuk umum dan berkaitan dengan maklumat dan kebaikan Kursus

Integriti Kontraktor.

Page 72: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

55

Bahagian ini memerlukan responden menentukan tahap penilaian pada setiap

perkara yang dibincangkan. Setiap tahap penilaian mempunyai skala yang berbeza.

Tahap penilaian yang digunakan adalah :-

Skala 1 = Sangat Tidak Setuju

Skala 2 = Tidak Setuju

Skala 3 = Tidak Pasti

Skala 4 = Setuju

Skala 5 = Sangat Setuju

Dalam bab 3 telah menerangkan cara pengiraan untuk mencari purata skor

bagi setiap persepsi yang diberi oleh kontraktor. Senarai persepsi kontraktor terhadap

perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor berdasarkan purata skor adalah seperti

berikut :

Page 73: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

56

Jadual 4.1 : Persepsi kontraktor terhadap perlaksanaan Kursus Integriti

Kontraktor berdasarkan purata skor

Bil Item Purata

Skor

1 Pandangan anda tentang perlaksanaan Kursus Integriti

Kontraktor.

3.6286

2 Penyertaan kontraktor dalam Kursus Integriti Kontraktor adalah

diwajibkan.

2.4000

3 Kursus Integriti Kontraktor dilaksanakan dalam tempoh satu

hari.

2.5429

4 Kursus Integriti Kontraktor perlu dihadiri oleh semua pihak

terlibat dalam industri pembinaan.

3.8000

5 Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor dapat memberi

kesedaran di kalangan kontraktor tentang kepentingan mengamal

integriti dalam melaksanakan suatu kerja.

4.0571

6 Usaha kerajaan untuk mempertingkat amalan integriti di

kalangan kontraktor melalui Kursus Integriti Kontraktor telah

mencukupi.

2.5714

7 Kursus integriti kontraktor dapat melahirkan kontraktor memiliki

daya saing untuk berhadapan dengan cabaran era liberalisasi.

3.8286

8 Kursus Integriti Kontraktor dapat membantu memberi keyakinan

semua pihak terhadap kredibiliti syarikat-syarikat pembinaan di

Malaysia.

3.6000

9 Kursus Integriti Kontraktor dapat memberi kesan positif terhadap

imej industri pembinaan negara.

3.6000

10 Kursus Integriti Kontraktor mampu menangani masalah etika dan

integriti yang melanda industri pembinaan pada masa kini.

3.9429

Berdasarkan jadual 1, pengiraan jumlah skor dan min skor telah dilaksanakan

untuk menentukan setiap kategori persepsi kontraktor mengikut tahap persetujuan.

Dengan ini, satu indek dihasilkan berdasarkan kepada data-data dari jadual tersebut.

Berikut merupakan kaedah statistik indeks yang dibentuk untuk mengira purata min

skor persepsi kontraktor terhadap perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor.

Page 74: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

57

a) Bahagian Indeks I

= 1.0000 + 0.8000

= 1.8000

( 1.0000 - 1.8000 : Julat indeks bagi faktor “ Sangat Tidak Setuju”)

b) Bahagian Indeks II

= 1.8000 + 0.8000

= 2.6000

( 1.8000 – 2.6000 : Julat indeks bagi faktor “Tidak Setuju”)

c) Bahagian Indeks III

= 2.6000 + 0.8000

= 3.4000

( 2.6000 – 3.4000 : Julat indeks bagi faktor “ Tidak Pasti”)

d) Bahagian Indeks IV

= 3.4000 + 0.8000

= 4.2000

( 3.4000 – 4.2000 : Julat indeks bagi faktor “Setuju”)

e) Bahagian Indeks V

= 4.2000 + 0.8000

= 5.0000

( 4.2000 – 5.0000 : Julat indeks bagi faktor “ Sangat Setuju”)

Purata Perbezaan Skor = 5.0000 – 1.0000

5

= 0.80000

Page 75: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

58

Jadual 4.2 : Persepsi Kontraktor Mengikut Tahap Persetujuan

Tahap

Persetujuan

Bil Item Purata

Skor

Sangat

Setuju

1 Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor dapat

memberi kesedaran di kalangan kontraktor

tentang kepentingan mengamal integriti dalam

melaksanakan suatu kerja.

4.0571

2 Kursus Integriti Kontraktor mampu menangani

masalah etika dan integriti yang melanda

industri pembinaan pada masa kini.

3.9429

3 Kursus integriti kontraktor dapat melahirkan

kontraktor memiliki daya saing untuk

berhadapan dengan cabaran era liberalisasi.

3.8286

4 Kursus Integriti Kontraktor perlu dihadiri oleh

semua pihak terlibat dalam industri pembinaan.

3.8000

5 Pandangan anda tentang perlaksanaan Kursus

Integriti Kontraktor.

3.6286

Setuju

6 Kursus Integriti Kontraktor dapat membantu

memberi keyakinan semua pihak terhadap

kredibiliti syarikat-syarikat pembinaan di

Malaysia.

3.6000

7 Kursus Integriti Kontraktor dapat memberi

kesan positif terhadap imej industri pembinaan

Negara

3.6000

Tidak Pasti

8 Usaha kerajaan untuk mempertingkat amalan

integriti di kalangan kontraktor melalui Kursus

Integriti Kontraktor telah mencukupi.

2.5714

9 Kursus Integriti Kontraktor dilaksanakan dalam

tempoh satu hari.

2.5429

10 Penyertaan kontraktor dalam Kursus Integriti

Kontraktor adalah diwajibkan

2.4000

Page 76: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

59

Jadual 4.2 menunjukkan persepsi kontraktor terhadap perlaksanaan Kursus

Integriti Kontraktor mengikut tahap persetujuan. Setiap item telah disusun mengikut

kategori berdasarkan purata skor yang diperolehi. Majoriti item adalah berada dalam

kategori setuju dan sangat bersetuju dan hal ini menunjukkan bahawa respondan

kajian iaitu kontraktor telah menunjukkan persepsi yang positif terhadap

perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor.

Berdasarkan jadual 4.2, terdapat lima item yang berada dalam kategori sangat

setuju. Item yang memiliki purata skor paling tinggi adalah perlaksanaan Kursus

Integriti Kontraktor dapat memberi kesedaran di kalangan kontraktor tentang

kepentingan mengamal integriti dalam melaksanakan suatu kerja iaitu sebanyak

4.0571. Hal ini menjelaskan bahawa responden memberikan persepsi yang positif

bahawa perlaksanaan kursus ini mampu memberi manfaat dan kebaikan kepada

peserta.

Kategori setuju pula mempunyai dua item iaitu Kursus Integriti Kontraktor

dapat membantu memberi kenyakinan semua pihak terhadap kredibiliti syarikat-

syarikat pembinaan di Malaysia dan dapat memberi kesan positif terhadap imej

industri pembinaan Negara. Masing-masing memperolehi purata skor yang sama

iaitu 3.6000. Persepsi positif ini menggambarkan kontraktor bersetuju bahawa kursus

ini mampu membaik pulih imej syarikat dan industri pembinaan Negara yang sering

dianggap gagal untuk mengamalkan sikap beretika.

Terdapat tiga item yang terdapat dalam kategori tidak pasti iaitu bagi item

yang mempunyai purata skor 2.600 hingga 3.4000. Salah satu persepsi negatif ini

adalah Usaha kerajaan mempertingkat amalan integriti di kalangan kontraktor

melalui Kursus Integriti Kontraktor telah mencukupi yang mempunyai purata skor

sebanyak 2.5714. Persepsi negatif ini menunjukkan responden merasakan pihak

bertanggungjawab perlu melaksanakan kursus seumpama ini lebih kerap dan telus.

Ini kerana setiap firma kontraktor hanya diwajibkan hadir ke kursus ini sebanyak

satu kali. Oleh itu pihak kerajaan perlu melaksanakan langkah lebih drastik seperti

Page 77: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

60

mewajibkan kursus ini setiap tahun bagi memastikan impak yang diperolehi dari

kursus lebih berkesan.

Tiada item bagi kategori tidak setuju dan sangat tidak setuju seperti yang

ditunjukkan pada Jadual 4.2. Hal ini menggambarkan hampir keseluruhan responden

telah memberikan persepsi yang positif terhadap perlaksanaan Kursus Integriti

Kontraktor.

4.4 Analisis Keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor

Bab ini adalah bertujuan mecapai objektif kedua kajian iaitu mengkaji

keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor.Bagi memenuhi objektif kajian maka

bahagian ini telah dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu :

a) Pencapaian objektif Kursus Integriti Kontraktor

Tahap penilaian yang digunapakai berdasarkan borang soal selidik

adalah seperti berikut :

Skala 1 = Sangat Tidak Setuju Skala 4 = Setuju

Skala 2 = Tidak Setuju Skala 5 = Sangat Setuju

Skala 3 = Tidak Pasti

b) Perubahan sikap setelah menghadiri Kursus Integriti Kontraktor

Tahap penilaian yang digunapakai berdasarkan borang soal selidik

adalah seperti berikut :

Page 78: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

61

Skala 1 = Sangat Tidak Setuju Skala 4 = Setuju

Skala 2 = Tidak Setuju Skala 5 = Sangat Setuju

Skala 3 = Tidak Pasti

c) Tahap pemahaman kontraktor terhadap kandungan Kursus Integriti

Kontraktor

Tahap penilaian yang digunapakai berdasarkan borang soal selidik

adalah seperti berikut :

Skala 1 = Lemah Skala 4 = Amat Baik

Skala 2 = Memuaskan Skala 5 = Cemerlang

Skala 3 = Baik

Untuk menganalisis bahagian ini, kaedah yang sama dengan sebelum ini

digunakan iaitu dengan mengunakan kaedah purata skor bagi melihat tahap

kefahaman dan persetujuan terhadap keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor.

Dalam bahagian ini juga, analisis akan mengambil kira purata bagi keseluruhan

purata skor bagi setiap perkara yang dibincangkan. Nilai purata keseluruhan ini

menunjukkan faktor yang paling tinggi dan perkara yang paling dititikberatkan oleh

responden. Purata keseluruhan berdasarkan purata yang digunakan pada bahagian ini

adalah seperti berikut:-

Sangat Setuju / Cemerlang 4.5000 < PS < 5.0000

Setuju / Amat Baik 3.5000 < PS < 4.5000

Tidak Pasti / Baik 2.5000 < PS < 3.5000

Tidak Setuju / Memuaskan 1.5000 < PS < 2.5000

Sangat Tidak Setuju / Lemah 1.0000 < PS < 1.5000

Page 79: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

62

Jadual 4.3 : Pencapaian Objektif Kursus Integriti Kontraktor

Bil Objektif Purata

Skor

Purata Skor

Keseluruhan

1 Kursus telah dapat menyampaikan polisi serta

hasrat Kerajaan dan masyarakat umum mengenai

kepentingan aspek integriti dan membincang isu-

isu berkaitan integriti dalam industri pembinaan

secara umum.

3.9429

4.2514

2 Kursus telah mendedahkan amalan-amalan yang

beretika dan sebaliknya dalam rantaian

pelaksanaan kerja pembinaan serta

membincangkan kesan-kesan negatif akibat

amalan tidak beretika terhadap kos,kualiti dan

produktiviti kerja pembinaan.

4.2571

3 Kursus telah membentangkan mekanisma terbaik

yang wajar diterapkan oleh kontraktor dalam

pelaksanaan kerja pembinaan bagi mengelak dan

membasmi amalan-amalan tidak beretika bagi

membantu meningkatkan imej serta

profesionalisma industri pembinaan.

4.2000

4 Kursus telah menyampaikan informasi awal

berkaitan Kod Etika Kontraktor.

4.7143

5 Kursus telah menyediakan platform bagi

perbincangan dan perkongsian pengalaman

berkaitan aspek integriti dalam pelaksanaan projek

pembinaan.

4.1429

Jadual 4.3, menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa objektif

Kursus Integriti Kontraktor yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu CIDB

telah berjaya dicapai. Hasil analisis yang ditunjukkan melalui purata skor secara

keseluruhannya memperolehi 4.2514 iaitu dalam kategori setuju. Hal ini

mengambarkan bahawa respondan mengakui bahawa objektif kursus telah berjaya

sasaran dan telah memberi manfaat kepada peserta.

Berdasarkan jadual, objektif Kursus Integriti Kontraktor yang memperolehi

purata skor yang paling tinggi adalah menyampaikan informasi awal berkaitan Kod

Page 80: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

63

Etika Kontraktor iaitu 4.7143. Oleh kerana kod etika kontraktor telah lama

diperkenalkan iaitu pada tahun 2005 maka ia mudah lebih difahami dan diaplikasi

oleh pihak kontraktor.

Objektif kursus yang mendapat purata skor yang paling rendah ialah

menyampaikan polisi serta hasrat Kerajaan dan masyarakat umum mengenai

kepentingan aspek integriti dan membincang isu-isu berkaitan integriti dalam industri

pembinaan secara umum iaitu 3.9429. Walaubagaimanapun, purata skor ini masih

berada pada kategori berjaya iaitu berada diantara 3.5000 dan 4.5000. Oleh itu,

objektif kursus masih dianggap telah berjaya dicapai.

Setelah melihat kepada purata skor yang diperolehi bagi setiap objektif maka

dapat disimpulkan bahawa setiap objektif bagi kursus Integriti Kontraktor telah

berjaya dicapai. Hal ini disokong oleh purata skor setiap objektif yang melebihi

3.5000 yang berada dalam kategori berjaya dan sangat berjaya. Situasi ini,

menunjukkan kursus Integriti Kontraktor berjaya dilaksanakan secara berkesan

kerana dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Page 81: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

64

Jadual 4.4 : Perubahan Peserta Setelah Menghadiri Kursus Integriti

Kontraktor

Bil Sikap Purata

Skor

Purata Skor

Keseluruhan

1 Memahami dan mengetahui aspek berkaitan Pelan

Integriti Nasional.

3.8286

4.3885

2 Mendalami dan mengamalkan prinsip-prinsip

dalam Kod Etika Kontraktor.

4.5429

3 Mengakui kepentingan integriti dalam industri

pembinaan.

4.6571

4 Menjauhi hal yang berkaitan dengan gejala rasuah. 4.1714

5 Mendapat maklumat berkaitan punca dan masalah

yang sering berlaku dalam projek kerajaan.

4.7429

Jadual 4.4 menunjukkan perubahan sikap kontraktor setelah menghadiri

Kursus Integriti Kontraktor. Secara keseluruhan kontraktor mengakui mengalami

perubahan sikap yang positif kerana setiap item menunjukkan purata skor melebihi

3.5000 iaitu pada kategori setuju dan sangat bersetuju. Hal ini menunjukkan Kursus

Integriti Kontraktor telah berjaya memberi kesedaran dan pengetahuan berkaitan

aspek integriti dan industri pembinaan kepada setiap peserta.

Perubahan sikap dalam aspek mengakui kepentingan integriti dalam industri

pembinaan mencatat purata skor yang paling tinggi iaitu 4.6571. Item integriti

merupakan perkara utama dalam perlaksanaan kursus. Hal ini dapat ditunjukkan

melalui kandungan kursus yang secara keseluruhannya menyentuh aspek integriti

seperti pembentangan Pelan Integriti Nasional, ketirisan dalam projek-projek RM ke

9, rasuah, kepentingan integriti dalam pembinaan Negara dan Kod Etika Kontraktor.

Oleh itu, sedikit sebanyak hal ini akan mempengaruhi kontraktor dalam membentuk

integriti yang lebih unggul.

Page 82: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

65

Purata skor yang paling rendah bagi perubahan sikap kontraktor selepas

menghadiri kursus adalah memahami dan mengetahui aspek berkaitan Pelan Integriti

Nasional iaitu sebanyak 3.8286. Pelan integriti Nasional yang diterangkan pada

kursus adalah bersifat umum dan hanya melibatkan kontraktor dan industri

pembinaan. Kandungan PIN yang sebenar adalah meluas dan melibatkan pelbagai

pihak di Malaysia. Hal ini mungkin menyebab kontraktor kurang mengambil

perhatian dan kurang berminat. Walaubagaimanapun, purata skor yang diperolehi

masih berada pada kategori bersetuju yang menunjukkan kontraktor turut mengalami

perubahan yang positif.

Secara keseluruhanya dapat mengambarkan bahawa Kursus Integriti

Kontraktor telah berjaya mengubah sikap kontraktor. Purata skor secara keseluruhan

yang mencatatkan 4.3885 menjelaskan bahawa kontraktor bersetuju mengalami

perubahan setelah menghadiri kursus tersebut. Hasil ini dapat menjelaskan bahawa

kursus Integriti Kontraktor telah berjaya dilaksanakan secara berkesan kerana dapat

memberi perubahan sikap yang positif kepada pihak kontraktor.

Page 83: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

66

Jadual 4.5 : Tahap pemahaman Kontraktor terhadap kandungan Kursus

Integriti Kontraktor

Bi

l.

Topik

Purata

skor

Purata Skor

Keseluruhan

1. Pelan Integriti Nasional : Prinsip & Falsafah

3.8857

3.9214

2.

Kepentingan Integriti Dalam Industri Pembinaan

& Kod Etika Kontraktor

4.0571

3. Rasuah : Jenayah Yang Perlu Dibendung

4.1143

4.

Penglibatan Bumiputera Dalam Projek-Projek

RMK9

3.6286

Jadual 4.5 menunjukkan tahap pemahaman responden terhadap kandungan

Kursus Integriti Kontraktor. Majoriti respondan menyatakan tahap pemahaman

mereka berkaitan kandungan kursus adalah amat baik dan dan cemerlang. Hal ini

disokong oleh purata skor bagi setiap topik yang dibincangkan di dalam kursus

adalah melebihi 3.5000 iaitu pada kategori amat baik dan cemerlang. Situasi ini

menjelaskan Kursus Intergiti kontraktor berjaya meningkatkan tahap pemahaman

peserta khasnya dalam hal yang berkaitan dengan integriti.

Topik yang memperolehi purata skor yang paling tinggi adalah berkaitan

rasuah iaitu sebanyak 4.1143 yang mengambarkan tahap pemahaman yang amat

baik. Hal ini menunjukkan tahap pemahaman respondan berkaitan isu rasuah telah

meningkat setelah menghadiri Kursus Integriti Kontraktor. Jika sebelum ini pihak

kontraktor hanya mendapat maklumat berkaitan isu rasuah dari sumber-sumber

umum seperti akhbar, majalah, jurnal dan internet. Melalui kursus ini peserta akan

diberi taklimat oleh pihak yang mewakili pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah

Malaysia iaitu sebagai badan kerajaan yang bertanggungjawab dalam isu berkaitan

Page 84: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

67

dengan rasuah. Hal ini dapat membantu kontraktor memahami isu berkaitan rasuah

dengan lebih jelas kerana mendapat maklumat dan informasi dari sumber yang tepat.

Topik berkaitan penglibatan bumitera dalam projek Rancangan Malaysia ke-9

(RMK9) pula memperolehi purata skor yang paling rendah iaitu sebanyak 3.6286.

hal ini mungkin disebabkan maklumat berkaitan RMK9 adalah sulit dan tidak

didedahkan secara terbuka maka peserta tidak memiliki pengetahuan awal. Situasi ini

menyebabkan tahap pemahaman peserta berkaitan penglibatan bumitera dalam

projek RMK9 adalah lebih rendah berbanding dengan topik yang lain.

Walaubagaimanapun, tahap pemahaman kontraktor berkaitan topik ini masih berada

pada tahap amat baik iaitu melebihi 3.5000.

Setelah meneliti indek purata secara keseluruhan iaitu sebanyak 3.9214 maka

dapat disimpulkan tahap pemahaman kontraktor terhadap kandungan Kursus Integriti

Kontraktor adalah pada kategori amat baik iaitu berada pada purata skor antara

3.5000 dan 4.5000. Situasi ini menggambarkan Kursus Intrigriti Kontraktor telah

bejaya dilaksanakan secara berkesan kerana mampu meningkatkan tahap pemahaman

peserta tentang isu yang berkaitan integriti.

4.5 Rumusan

Hasil dari analisis yang telah dilakukan memperlihatkan bahawa responden

iaitu wakil dari pihak kontraktor telah memberikan perpsepsi yang positif terhadap

perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor yang telah disertai. Hal ini akan memberi

gambaran bahawa perlaksanaan kursus dapat diterima dan mendapat reaksi yang

positf dari pihak kontraktor dalam membendung masalah kelunturan integriti yang

semakin meruncing di dalam industri pembinaan.

Page 85: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

68

Selain itu, hasil analisis turut berjaya mencapai objektif kedua kajian iaitu

keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor. Melalui kaedah analisis yang dipecahkan

kepada tiga bahagian iaitu pencapaian objektif kursus, perubahan sikap peserta dan

tahap pemahaman peserta. Maka hasil yang diperolehi adalah positif di mana

responden telah bersetuju bahawa objektif kursus berjaya dicapai, peserta mengalami

perubahan setelah menghadiri kursus dan tahap pemahaman berkaitan kandungan

kursus berada di tahap yang amat baik menjadi bukti bahawa Kursus Integriti

Kontraktor telah berjaya dilaksanakan dengan berkesan.

Page 86: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini merupakan bahagian terakhir dalam kajian ini. Kesimpulan yang

dibuat akan merangkumi keseluruhan penyelidikan yang telah dijalankan dan

penemuan hasil daripada analisis kajian yang telah dibuat di dalam bab lima. Secara

keseluruhannya, kesemua objektif dan matlamat kajian iaitu persepsi kontroktor

terhadap perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor dan keberkesanan Kursus Integriti

Kontraktor telah berjaya dicapai. Setelah kesimpulan dibuat, seterusnya akan

diterangkan masalah yang dihadapi sepanjang proses menyiapkan kajian di samping

mengemukakan cadangan untuk kajian lanjutan.

5.2 Hasil Kajian

Bedasarkan semua data yang diperoleh dan dianalisis dalam bab ini, dapat

disimpulkan bahawa kesemua objektif kajian telah berjaya dicapai. Setiap keputusan

Page 87: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

70

dan penemuan yang diperoleh bagi setiap objektif kajian akan diringkaskan seperti

berikut :

5.2.1 Persepsi Terhadap Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor

Objektif ini adalah bagi mengenalpasti dan menyenaraikan persepsi

kontraktor terhadap perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor. Untuk mengenalpasti

persepsi tersebut, senarai perlaksanaan dan kebaikan kursus disediakan sebagai

jawapan untuk dijawab oleh responden. Daripada keputusan yang diperoleh telah

dapat menunjukkan reaksi dan persepsi kontraktor terhadap perlaksanaan Kursus

Integriti Kontraktor.

Setiap persepsi disusun mengikut jumlah min skor yang telah diperolehi iaitu

dari jumlah yang terendah hingga yang tertinggi. Oleh itu, persepsi yang positif

adalah berada pada tahap persetujuan sangat setuju dan setuju sahaja. Manakala bagi

tahap persetujuan tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju dianggap persepsi

yang negatif dari pihak responden.

Secara ringkasnya, kontraktor telah memberikan reaksi yang positif dan

sangat bersetuju bahawa perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor dapat memberi

kesedaran di kalangan kontraktor tentang kepentingan mengamal integriti dalam

melaksanakan suatu kerja. Hal ini adalah selaras dengan tujuan dan objektif kursus

yang menekankan aspek etika dan integriti kontraktor dalam melaksanakan tugas dan

tangggungjawab.

Selain itu, responden turut memberikan persepsi positif bahawa Kursus

Integriti Kontraktor mampu menangani masalah etika dan integriti yang melanda

Page 88: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

71

industri pembinaan pada masa kini. Imej industri pembinaan pada hari ini

menunjukkan tahap keruntuhan integriti yang ketara. Jadi melalui kursus ini

kontraktor akan diberi informasi dan bimbingan bagi membentuk integriti yang

unggul.

Kontraktor juga bersetuju bahawa Kursus integriti kontraktor dapat

melahirkan kontraktor memiliki daya saing untuk berhadapan dengan cabaran era

liberalisasi. Reaksi positif ini menjelaskan bahawa kontraktor yakin dan percaya

kursus ini mampu melahirkan kontraktor yang berintegriti seterusnya mampu

bersaing di peringkat global.

Persepsi yang positif turut diterima dari penyataan Kursus Integriti

Kontraktor perlu dihadiri oleh semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan.

Hal ini menggambarkan pihak respondan bersetuju bahawa kursus yang berkaitan

integriti perlu melibatkan semua pemain industri pembinaan dan tidak hanya

ditumpukan kepada pihak kontraktor sahaja. Ini kerana salah laku etika atau integriti

yang berlaku dalam industri pembinaan tidak hanya melibatkan pihak kontraktor

malah turut berlaku kepada pihak lain seperti firma ukur bahan, firma perunding,

pemaju dan sebagainya.

Selain itu, persepsi positif juga diterima dari pihak respondan terhadap

perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor. Hal ini menunjukkan kontraktor menerima

baik cadangan kerajaan bagi melaksanakan kursus ini sebagai salah satu jalan

penyelesaian kepada masalah keruntuhan integriti dan nilai etika di dalam sektor

pembinaan amnya.

Maklumbalas yang positif turut diterima dari penyataan bahawa Kursus

Integriti Kontraktor dapat membantu memberi keyakinan semua pihak terhadap

kredibiliti syarikat-syarikat pembinaan di Malaysia. Adalah menjadi salah satu

objektif dan tujuan perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor supaya hasil kursus

Page 89: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

72

dapat melahirkan kontraktor yang berintegriti seterusnya memberikan imej yang

positif kepada semua pihak yang terlibat.

Penyataan bahawa Kursus Integriti Kontraktor dapat memberi kesan positif

terhadap imej industri pembinaan Negara turut mendapat persepsi yang positif dari

pihak kontraktor. Senario industri pembinaan masa kini dilihat mengalami

pengikisan nilai etika dan integriti. Oleh itu kewujudan kursus ini dilihat salah satu

langkah yang efisyen bagi mengatasi masalah tersebut.

Secara keseluruhannya, didapati bahawa kontraktor telah memberi reaksi dan

persepsi yang positif terhadap perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor. Hal ini

menunjukkan pihak kontraktor bersetuju dan menerima dengan baik tindakan

kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

mewujudkan kursus ini untuk mengatasi masalah integriti dan etika yang semakin

membimbangkan.

5.2.2 Keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor

Objektif kedua kajian ini telah tercapai melalui hasil kajian soal selidik yang

telah dijalankan. Kesimpulan untuk objektif kedua ini dinyatakan dalam tiga

bahagian iaitu pencapaian objektif Kursus Integriti Kontraktor, perubahan sikap

peserta setelah mengikuti Kursus Integriti Kontraktor dan tahap pemahaman peserta

berkaitan kandungan Kursus Integrtiti Kontraktor. Setiap satu bahagian akan

menyatakan kesimpulan yang akan menjawab dan memenuhi objektif kedua kajian.

Page 90: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

73

5.2.2.1 Pencapaian Objektif Kursus Integriti Kontraktor

Daripada hasil kajian soal selidik, majoriti respondan telah bersetuju bahawa

semua objektif kursus yang ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah berjaya dicapai. Pihak

responden telah menjelaskan bahawa setiap objektif telah berjaya dicapai

berdasarkan tahap persetujuan yang terdapat pada borang soal selidik yang diisi.

Melalui pencapaian objektif kursus maka dapat disimpulkan bahawa Kurus Integriti

Kontraktor telah berjaya dilaksanakan secara berkesan.

5.2.2.2 Perubahan Sikap Peserta Setelah Mengikuti Kursus Integiti Kontraktor

Berdasarkan analisis yang telah dilaksanakan maka dapat disimpulkan

bahawa peserta mengalami perubahan sikap yang positif setelah menghadiri Kursus

Integriti Kontraktor. Hal ini adalah berdasarkan hasil borang soal selidik yang telah

diperolehi menyatakan bahawa kontraktor mengalami perubahan sikap berkaitan

kandungan kursus selepas menghadiri kursus tersebut. Perubahan sikap yang positif

ini mengambarkan Kursus Integriti Kontraktor telah dilaksanakan secara berkesan

sehingga dapat membantu dan mendorong peserta mengalami perubahan sikap yang

positif.

Page 91: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

74

5.2.2.3 Tahap Pemahaman Peserta Berkaitan Kandungan Kursus Integriti

Kontraktor

Secara keseluruhan menunjukkan bahawa tahap pemahaman kontraktor

berkaitan kandungan kursus adalah pada tahap yang positif dan memberangsangkan.

Berdasarkan borang soal selidik, setelah dikira menggunakan kaedah purata skor

menunjukkan tahap pemahaman respondan adalah pada tahap amat baik. Hal ini

menjelaskan Kursus Integriti Kontraktor berjaya dilaksanakan secara berkesan

kerana dapat memberi maklumat secara jelas dan tepat sehingga dapat meningkatkan

tahap pemahaman peserta.

5.3 Masalah Semasa Kajian

Bagi mencapai objektif dan matlamat penyelidikan seperti yang telah

dinyatakan di dalam Bab satu, kajian ini mempunyai halangan tertentu yang

disebabkan oleh masalah-masalah dan perkara-perkara di luar batasan kemampuan

semasa kajian dijalankan. Antara halangan yang terpaksa dihadapi adalah seperti

berikut :

I. Kesukaran untuk mendapatkan kerjasama dari pihak responden yang terlibat.

Walaupun kaedah yang digunakan adalah serahan tangan (by hand) namun

tidak semua kontraktor yang sudi meluangkan masa untuk mengisi borang

kaji selidik yang diedarkan. Namun begitu, masalah ini tidak menggangu

perjalanan kajian kerana tidak semua kontraktor yang tidak mahu

memberikan kerjasama.

Page 92: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

75

II. Masa kajian yang terhad ditambah dengan cuti umum memendekkan tempoh

masa yang telah diperuntukkan. Hal ini telah membataskan masa untuk

mendapatkan lebih banyak responden dan memaksa menjalankan kajian

dengan jadual yang ketat.

III. Masalah berkenaan ketepatan data-data yang diberikan oleh responden dalam

kajian ini. Walaupun kebanyakan responden terdiri daripada golongan

profesional yang berpengalaman, namun jawapan yang diberikan oleh mereka

mungkin secara tidak jujur dan dipengaruhi dengan faktor-faktor kemanusian

yang tertentu.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Melalui pengalaman menyediakan kajian ini, penulis mencadangkan beberapa

kajian lanjutan dijalankan seperti berikut :

1. Skop kajian ini adalah sekitar daerah Johor Bahru jadi untuk kajian

lanjutan skop kajian boleh diperluaskan dengan menjalankan kajian

di negeri lain atau seluruh Malaysia.

2. Kajian juga boleh diteruskan dengan menekankan objektif baru

seperti kelemahan Kursus Integriti Kontraktor dan individu atau

pihak yang perlu menghadiri Kursus Integriti Kontraktor.

Page 93: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

76

5.5 Penutup

Walaupun pelbagai kesukaran dihadapi, tetapi akhirnya penyelidikan ini telah

berjaya disiapkan dan mencapai objektif seperti yang telah ditetapkan. Adalah

menjadi harapan supaya hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada para

pembaca di masa hadapan.

Page 94: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

77

RUJUKAN

Abdul Rahman Sulaiman (2009). “Isu Rasuah Di Malaysia”, [http://pmr.penerangan.

gov.my/], Februari. Dicapai pada 9 September 2010

Abdullah Ahmad Badawi (2004). Ucapan Pada Majlis Pelancaran Pelan Integriti

Nasional Dan Institut Integriti Malaysia, April 23, pusat persidangan

putrajaya (PCC) Putrajaya : IIM, 2004.

CIDB (2008). Kod Etika Kontraktor. (1st ed.). Kuala Lumpur : CIDB

CIDB (2009). “Keperluan Dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor” [www.cidb.gov.

my/v6/files/pub/Keperluan_dan_Prosedur]. Dicapai pada 10 Julai 2010

CIDB (2010). “Kursus Integriti Kontraktor”, [http://www.cidb.gov.my/v6/?q=ms/

content/761]. Dicapai pada 10 Oktober 2010.

CIDB (2010). Kursus Integriti Kontraktor Industri Pembinaan.[Brochure]. Kuala

Lumpur : CIDB.

CIDB (2010). “Maklumat Korporat”, [http://www.cidb.gov.my/v6/?q=ms/content/

152]. Dicapai pada 11 September 2010.

IIM (2010). “Faktor Menjejaskan Integriti”, [http://202.186.96.155/web/guest/faktor

-yang-menjejaskan-integriti]. Dicapai pada 12 Oktober 2010.

IIM (2010). “Latarbelakang”, [http://www.iim.com.my/v3/st_corporate/index.php].

Dicapai pada 12 Oktober 2010.

Page 95: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

78

Ivan Loh (2008). “Crack On Retaining Wall”, [http://www.hba.orgmy/news/2008/04

/cracks.htm], April. Dicapai pada 8 Ogos 2010

Koonce, R., (1998). Practice Your Own Successful Habits, Training & Development,

Mar98, Vol. 52 Issue 3, p19, 1p, 1bw;

M. Kamal Hassan, (2004). Kepincangan Nilai dalam Masyarakat Global, Kolokium

Pengukuhan Integriti, Institut Kefahaman Islam Malaysia pada Jun 2004.

Mahathir Mohamed (1998). Petikan ucapan semasa melancarkan Gerakan

Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia, di

Ibu Pejabat BPR Malaysia, Kuala Lumpur pada 8 Januari 1998.

Malaysia (1994). Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994,

[Akta 502]

Malaysia (1997). Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Malaysia (2009). Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Akta 694,

24(1)

Masturianeh Musu (2008). Analisis Permasalahan Kontraktor Bumiputera Di Dalam

Perkembangan Industri Pembinaan Di Malaysia. Universiti Teknologi

Malaysia. Projek Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Pengurusan

Pembinaan).

Megat Kamil Azmi Megat Rus Kamarani (2009). Mengenalpasti Kontraktor Yang

Berintegriti Dan Berkaliber, Bina Integriti, Edisi Julai-September, 3.

Mehrabian, A. (2000). Beyond IQ: Broad-Based Measurement of Individual Success

Potential or „Emotional Intelligence‟, Genetic, Social & General Psychology

Monographs, May2000, Vol. 126 Issue 2, p133, 107p

Page 96: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

79

Mikulay, S. N. and George, F. L., (2001). Counterproductive Workplace Behaviors,

Genetic, Social & General Psychology Monographs, 87567547, Aug2001,

Vol. 127, Issue 3.

Mohd Azhar Ahmad (2006). Kesan Projek Terbengkalai Kepada Penduduk

Sekeliling. Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda Ukur Bahan.

Mustafar Ali, (2004). Perlaksanaan Pelan Integriti Nasional Secara Berkesan,

Kolokium Pengukuhan Integriti, Institut Kefahaman Islam Malaysia pada Jun

2004.

Pelan Induk Industri Pembinaan Malaysia (2007). “Pelancaran Pelan Induk Industri

Pembinaan Malaysia”, [http://mrembm.bernama.com/viewnt.php?idm=830],

Disember. Dicapai pada 12 januari 2011.

PKK (2002). “Pengelasan, Had Kewangan Dan Bayaran Pendaftaran” [http://pkk.

skali.my/web/guest/kelas], Mei. Dicapai pada 23 Oktober 2010.

Shaziman Abu Mansur (2009). Ucapan Perasmian, Seminar Integriti Industri

Pembinaan, Jun 11, Pusat Konvesyen, Kuala Lumpur : CIDB, 2009.

Shaziman Abu Mansur (2009). Ucapan Perasmian, Seminar Integriti Industri

Pembinaan, Jun 11, Pusat Konvesyen, Kuala Lumpur : CIDB, 2009.

SPNB (2008). “Rumah Terbengkalai Siap Bulan Depan”, [http://www.spnb.com.my/

bm/corporate/media_media_2008.htm],Januari. Dicapai pada 8 Ogos 2010.

SPRM (2010). “Maklumat Korporat”, [http://www.sprm.gov.my/]. Dicapai pada 8

Oktober 2010.

Stanford Encyclopedia of Philosophy, (2004). “Integrity”, [http://plato.stanford.edu/

entries/ integrity/], Januari. Dicapai pada 1 September 2010.

Page 97: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

80

Wakin, M. W., (1996). Professional Integrity, Airpower Journal, 08970823, Summer

96, Vol. 10, Issue 2.

Wan Zulkifli Wan Yaacob (2009). “Mencegah Rasuah Kontraktor”, [utusankelantan

@utusan.com.my], Disember. Dicapai pada 2 November 2010.

Widang, I., and Fridlund, B., (2003). Self-respect, Dignity and Confidence:

Conceptions of Integrity Among Male Patients, Journal of Advanced Nursing,

April 2003, Vol. 42 Issue 1, p47, 10p, DOI: 10.1046/j.1365-

2648.2003.02578.

Zulhisham Isahak (2010). “Jumlah Projek Semakin Terhad”, [http://www.utusan.

com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0429&pub=Utusan_Malaysia&sec=

Johor&pg=wj_01.htm]. April. Dicapai pada 5 Ogos 2010.

Page 98: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

81

LAMPIRAN A

(Borang Soal Selidik)

Page 99: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

81

JABATAN UKUR BAHAN

FAKULTI ALAM BINA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SKUDAI, JOHOR.

TAJUK KAJIAN : KEBERKESANAN KURSUS INTEGRITI KONTRAKTOR

PENYELIDIK : MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN

KURSUS : SARJANA MUDA SAINS (PEMBINAAN)

E-MAIL : [email protected]

PENYELIA : PROF. MADYA WAN YUSOFF WAN MAHMOOD

Tujuan soal selidik ini dibuat adalah untuk mendapatkan maklumbalas dari pihak yang

berkenaan bagi mencapai objektif kajian seperti berikut:

1. Persepsi kontraktor terhadap perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor

2. Tahap kefahaman dan kesediaan Kontraktor untuk melakukan perubahan

setelah menghadiri Kursus Integriti Kontraktor

Borang ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu BAHAGIAN A, B dan C . Segala

maklumat yang telah diberikan adalah di anggap sulit dan terhad serta tidak digunakan dalam

mana-mana tujuan selain daripada kajian penyelidikan ini sahaja

BORANG SOAL SELIDIK

SEMUA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH SULIT DAN

TERHAD DAN HANYA UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN SAHAJA

Page 100: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

82

Bahagian A : Latarbelakang Syarikat

Profil Responden

Nama Syarikat:________________________________________________________

No. Tel : _________________________

Email :__________________________

Tarikh :_ _ / _ _ / _ _ _ _

Cop sebagai pengesahan:

Page 101: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

83

Bahagian B : Persepsi Kontraktor Terhadap Perlaksanaan Kursus Integriti

Kontraktor

*Sila tandakan (√) pada petak yang berkenaan

*petuntuk skala 1- sangat tidak setuju skala 4- setuju

skala 2- tidak setuju skala 5- sangat setuju

skala 3- tidak pasti

Item Skala 1

Skala 2

Skala 3

Skala 4

Skala 5

1. Pandangan anda tentang perlaksanaan Kursus

Integriti Kontraktor.

2. Penyertaan kontraktor dalam Kursus Integriti

Kontraktor adalah diwajibkan.

3.Kursus Integriti Kontraktor dilaksanakan dalam

tempoh satu hari.

4. Kursus Integriti Kontraktor perlu dihadiri oleh

semua pihak yang terlibat di dalam industri

pembinaan.

5. Perlaksanaan Kursus Integriti Kontraktor dapat

memberi kesedaran di kalangan kontraktor

tentang kepentingan mengamal integriti dalam

melaksanakan suatu kerja.

6.Usaha kerajaan mempertingkat amalan integriti

di kalangan kontraktor melalui Kursus Integriti

Kontraktor adalah mencukupi

7. Kursus integriti kontraktor dapat melahirkan

kontraktor memiliki daya saing untuk berhadapan

dengan cabaran era liberalisasi.

8. Kursus Integriti Kontraktor dapat membantu

memberi keyakinan semua pihak terhadap

kredibiliti syarikat-syarikat pembinaan di

Malaysia.

9.Kursus Integriti Kontraktor dapat memberi

kesan positif terhadap imej industri pembinaan

negara

10.Kursus Integriti Kontraktor mampu menangani

masalah etika dan integriti yang melanda industri

pembinaan pada masa kini.

Page 102: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

84

Seksyen C : Keberkesanan Kursus Integriti Kontraktor

1. Pencapaian objektif Kursus Integriti Kontraktor

*Sila tandakan (√) pada petak yang berkenaan

*petuntuk skala 1- sangat tidak setuju skala 4- setuju

skala 2- tidak setuju skala 5- sangat setuju

skala 3- tidak pasti

Objektif Skala 1

Skala 2

Skala 3

Skala 4

Skala 5

1. Kursus berjaya menyampaikan polisi serta

hasrat Kerajaan dan masyarakat umum

mengenai kepentingan aspek integriti dan

membincang isu-isu berkaitan integriti dalam

industri pembinaan secara umum.

2. Kursus telah mendedahkan amalan-amalan

yang beretika dan sebaliknya dalam rantaian

pelaksanaan kerja pembinaan serta

membincangkan kesan-kesan negatif akibat

amalan tidak beretika terhadap kos, kualiti dan

produktiviti kerja pembinaan.

3. Kursus telah membentangkan mekanisma

terbaik yang wajar diterapkan oleh kontraktor

dalam pelaksanaan kerja pembinaan bagi

mengelak dan membasmi amalan-amalan tidak

beretika bagi membantu meningkatkan imej

serta profesionalisma industri pembinaan.

4.Kursus berjaya menyampaikan informasi awal

berkaitan Kod Etika Kontraktor.

5.Kursus ini menyediakan platform bagi

perbincangan dan perkongsian pengalaman

berkaitan aspek integriti dalam pelaksanaan

projek pembinaan.

Page 103: MOHD ROSLI BIN JAMALUDDIN · 2018. 4. 10. · 2.6.1 Pelan Integriti Nasional (PIN) 26 2.6.1.1 Pengenalan Kepada PIN 27 2.6.1.2 Falsafah & Prinsip PIN 28 2.6.1.3 Sasaran PIN 29 2.6.2

85

2. Perubahan setelah menghadiri Kursus Integriti Kontraktor

*Sila tandakan (√) pada petak yang berkenaan

Sikap Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Tidak pasti

setuju Sangat setuju

1. Memahami dan mengetahui aspek berkaitan

Pelan Integriti Nasional.

2. Mendalami dan mengamalkan prinsip-

prinsip dalam Kod Etika Kontraktor.

3. Mengakui kepentingan integriti dalam

industri pembinaan.

4. Menjauhi hal yang berkaitan dengan gejala

rasuah.

5. Mendapat maklumat berkaitan punca dan

masalah yang sering berlaku dalam projek

kerajaan.

3. Apakah penilaian anda terhadap tahap pemahaman setelah menghadiri Kursus

Integriti Kontraktor

*Sila tandakan (√) pada petak yang berkenaan

*petuntuk skala 1- lemah skala 4- amat baik

skala 2- memuaskan skala 5- cemerlang

skala 3- baik

Topik Skala

1

Skala

2

Skala

3

Skala

4

Skala

5

1. Pelan Integriti Nasional : Prinsip & Falsafah

2. Kepentingan Integriti Dalam Industri Pembinaan

& Kod Etika Kontraktor

3. Rasuah : Jenayah Yang Perlu Dibendung

4. Penglibatan Bumiputera Dalam Projek-Projek

RMK9