psz 19:16 (pind. 1/97)€¦ · bekas perdana menteri tun dr. mahathir mohamad di dalam ucapannya di...

24
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. * * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikalaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda.

Upload: others

Post on 25-Oct-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

* * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikalaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda.

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

AMALAN PENGURUSAN PERNIAGAAN DI KALANGAN PENGUSAHA

SERVIS DAN MEMBAIKI KERETA DI KAWASAN ULU TIRAM, JOHOR

LEE TSUEY PING

LAPORAN PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI

SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH

SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN

(KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

ii

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

iii

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

iv

PERHARGAAN

Terlebih dahulu, penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan

yang tulus ikhlas kepada Prof. Madya Dr. Hj. Abd. Wahid Bin Mukhari selaku

penyelia yang telah banyak memberi bimbingan dan idea-idea yang bernas kepada

penyelidik terutamanya dalam tempoh menyiapkan projek saujana muda ini. Tunjuk

ajar yang diberikan oleh beliau adalah amat dihargai.

Penyelidik juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengusaha-

pengusaha servis dan membaiki kereta di kawasan Ulu Tiram, Johor yang telah

memberi kerjasama, sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak

langsung kepada penyelidik dalam membantu menjayakan projek ini.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di

Universiti Teknologi Malaysia di atas sokongan dan teguran yang bernas dalam

usaha untuk membantu memperbaiki dan menyempurnakan projek sarjana muda ini

dengan jayanya. Semoga apa yang dihasilkan akan memberi manfaat kepada semua.

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

v

ABSTRAK

Amalan pengurusan perniagaan boleh dianggap sebagai aktiviti-aktiviti

mengendalikan perniagaan dengan perancangan yang teliti dan teratur untuk

menjayakan sesebuah perniagaan. Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti

amalan pengurusan perniagaan di kalangan pengusaha servis dan membaiki kereta.

Aspek-aspek yang dikaji adalah terdiri daripada amalan pengurusan pelanggan,

amalan pengurusan kewangan, amalan pengurusan sumber manusia dan amalan

pengurusan bengkel. Kajian ini telah dilakukan di kawasan Ulu Tiram, Johor.

Seramai 20 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian ini.

Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah sistem temu bual yang

berstruktur dengan menggunakan set soal-selidik. Data-data yang diperolehi telah

diproses dan dibuat analisis dengan menggunakan Microsoft Exel dan hasilnya

dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan telah

menunjukkan bahawa para responden yang telah mengamalkan amalan-amalan

pengurusan perniagaan bagi aspek pengurusan pelanggan, pengurusan kewangan,

pengurusan sumber manusia dan pengurusan bengkel dalam perniagaan servis dan

membaiki kereta hanya pada tahap memuaskan.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

vi

ABSTRACT

Business management practices are activities to ensure the success of the

businesses. The purpose of this study was to identify practices in the business

management among automobile maintenance and services industry. The aspects that

were studied include customer management, financial management, human resource

management and workspace management. The study was conducted in Ulu Tiram,

Johor. About 20 industries were chosen randomly in order to ensure the success of

this study. Data was collected through interview. The data collected was processed

and analyzed using Microsoft Excel. The study finding results showed that those

respondents had implemented the customer management, financial management,

human resource management and workspace management at a satisfactory level.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PENYELIA ii

PENGAKUAN PENGKAJI

PENGHARGAAN

iii

iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii-x

SENARAI JADUAL xi-xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1-2

1.2 Latar Belakang Masalah 3-6

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7-8

1.6 Kepentingan Kajian 8-9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Terminologi

1.8.1 Amalan

10

10

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

viii

1.8.2 Pengurusan

1.8.3 Pengurusan Pelanggan

1.8.4 Pengurusan Kewangan

1.8.5 Pengurusan Sumber Manusia

1.8.6 Pengurusan Bengkel

1.8.7 Perniagaan

1.8.8 Pengusaha

1.8.9 Servis

1.8.10 Membaiki

1.8.11 Kereta

1.8.12 Aprentisan

10

10

10

11

11

11

11

12

12

12

12

1.9 Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN 14

2.1 Pengenalan

2.1.1 Definisi Perniagaan

2.1.2 Sejarah Perniagaan (Sistem Barter)

14-15

15-16

16-17

2.2 Perniagaan Jenis Perkhidmatan 17

2.3 Perniagaan Servis dan Membaiki Kereta 18-19

2.4 Pengurusan Perniagaan 20-21

2.5 Pengurusan Pelanggan 22-26

2.6 Pengurusan Kewangan 26-30

2.7 Pengurusan Sumber Manusia 30-35

2.8 Pengurusan Bengkel 36-39

2.9 Pendidikan Teknik dan Vokasional 39-41

2.10 Aprentisan 41-42

2.11 Penutup 43

BAB III METADOLOGI KAJIAN 44

3.1 Pengenalan 44

3.2 Reka Bentuk Kajian 45

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

ix

3.3 Tempat Kajian 45

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 46-47

3.5 Instrumen Kajian 47-48

3.6 Kajian Rintis 49-51

3.7 Prosedur Kajian 51-52

3.8 Analisis Data 52-53

BAB IV ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA 54

4.1 Pengenalan 54

4.2 Penganalisaan Temu Bual Berstruktur 55-56

4.3 Bahagian A (Latar Belakang Responden)

4.3.1 Taburan Responden Mengikut

Jantina

4.3.2 Taburan Berkaitan Dengan Umur

Responden

4.3.3 Taburan Bangsa Responden

4.3.4 Taburan Tahap Pendidikan

Responden

4.3.5 Taburan Mengenai Pengalaman

Berniaga

56

57

57

58

58-59

59

4.4 Bahagian B

4.4.1 Amalan Pengurusan Pelanggan

4.4.2 Amalan Pengurusan Kewangan

4.4.3 Amalan Pengurusan Sumber

Manusia

4.4.4 Amalan Pengurusan Bengkel

60

60-63

63-66

66-70

70-73

4.5 Kesimpulan 74

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN

75

5.1 Pengenalan 75

5.2 Rumusan 75

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

x

5.2.1 Proses

5.2.2 Dapatan Kajian

5.2.2.1 Biodata

5.2.2.2 Persoalan Kajian 1

5.2.2.3 Persoalan Kajian 2

5.2.2.4 Persoalan Kajian 3

5.2.2.5 Persoalan Kajian 4

75-76

77

77

77-78

78

79

79-80

5.3 Perbincangan

5.3.1 Biodata Pengusaha

5.3.2 Pengurusan Pelanggan

5.3.3 Pengurusan Kewangan

5.3.4 Pengurusan Sumber Manusia

5.3.5 Pengurusan Bengkel

80

81-82

82-85

86-88

88-91

91-94

5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan Kepada Bakal

Pengusaha

5.4.2 Cadangan Kepada Pengusaha

5.4.3 Cadangan Kepada Majlis

Perbandaran Johor Bahru Tengah

5.4.4 Cadangan Kajian Lanjutan

94

95

95-96

96-97

97

BIBLIOGRAFI 98-101

LAMPIRAN

A Set senarai semak

Soalan Bahagian A dan Bahagian B

102

103-106

B Surat pengesahan pelajar 107

C Sampel kajian rintis 108

D Sampel kajian sebenar 109-113

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Statistik bilangan kereta yang telah berdaftar

di Johor Bahru dari Januari 2007 hingga Julai

2007

4

1.2

1.3

Statistik pengeluaran lesen servis dan

membaiki kenderaan di kawasan Majilis

perbandaran Johor Bahru Tengah dari tahun

2004 hingga Jun 2007

Taburan populasi mengikut kawasan Ulu

Tiram, Johor

4

5

2.1 Penyata hasil bagi pengeluaran lesen servis

dan membaiki kenderaan di kawasan Johor

Bahru Tengah dari tahun 2004 hingga jun

2007

18

2.2 Bilangan pengeluaran kereta Proton oleh

EON Berhad pada 2002 hingga 2006

19

3.1 Taburan populasi mengikut kawasan di Ulu

Tiram, Johor

46

3.2 Nilai bagi kajian rintis 50

3.3 Pemeringkatan peratusan Skala Binari 53

4.1 Pecahan item-item Bahagian B mengikut

persoalan kajian

56

4.2 Taburan responden mengikut jantina 57

4.3 Taburan berkaitan umur 57

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

xii

4.4 Taburan peratusan mengikut bangsa 58

4.5 Taburan tahap pendidikan responden 58

4.6 Taburan pengalaman berniaga 59

4.7 Taburan amalan pengurusan pelanggan yang

diamalkan oleh responden

60

4.8 Taburan amalan pengurusan kewangan yang

diamalkan oleh responden

64

4.9 Taburan amalan pengurusan sumber manusia

yang diamalkan oleh responden

67

4.10 Taburan amalan pengurusan bengkel yang

diamalkan oleh responden

70

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1

4.1

4.2

4.3

4.4

Proses pengurusan sumber manusia

Amalan pengurusan pelanggan lain yang

diamalkan oleh responden

Amalan pengurusan kewangan lain yang

diamalkan oleh responden

Amalan pengurusan sumber manusia lain

yang diamalkan oleh responden

Amalan pengurusan bengkel lain yang

diamalkan oleh responden

34

62

65

69

72

4.5 Peratusan keseluruhan bagi setiap amalan

pengurusan perniagaan

74

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

xiv

SENARAI SINGKATAN

PROTON - Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd.

WTO - World Trade Organization

MIGHT - Malaysia Industry Government

PRODUA - Perusahaan Automobil Kedua Berhad

EON - Edaran Otomobil National Berhad

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

MPVK - Mata Pelajaran Vokasional Kebangsaan

BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Nasional Institude of Occupational Safety and Health

Malaysia

MARA - Majlis Amanah Rakyat

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set senarai semak

Soalan Bahagian A dan Bahagian B

102

103-106

B Surat pengesahan pelajar 107

C Sampel kajian rintis 108

D Sampel kajian sebenar 109-113

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di

Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah

melahirkan hasratnya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang benar-

benar maju pada tahun 2020. Lantaran itu wujudlah Wawasan 2020 dengan

matlamat membawa, “Malaysia ke arah sebuah negara yang maju dari segi ekonomi,

politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan” (Kerajaan Malaysia, 1991). Bagi

menuju ke arah sebuah “industrialized nation” yang maju sepenuhnya pada masa itu,

masyarakat Malaysia perlu menjadi sebuah masyarakat yang demokratis, liberal,

progresif, dinamis serta mempunyai daya ketahanan di samping memiliki nilai-nilai

moral yang utuh.

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun.

Perkembangan Malaysia adalah sangat bergantung kepada aktiviti-aktiviti ekonomi.

Perniagaan merupakan aktiviti ekonomi yang penting dalam membangunkan

sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka,

perancangan yang dinamik untuk membangunkan sektor perniagaan sentiasa

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

2

mendapat keutamaan dari pihak kerajaan. Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan,

teras keempat iaitu mempelbagaikan aktiviti sektor industri, yang telah sekian lama

menjadi nadi penjana pertumbuhan ekonomi negara. Keutamaan perlu diberi kepada

sektor automobil (Kerajaan Malaysia, 2006).

Secara umumnya, perindustrian di Malaysia meliputi aktiviti pembuatan,

pembinaan, perlombongan dan perkhidmatan. Perkhidmatan merupakan salah satu

daripada sumber penjana ekonomi Malaysia yang penting pada masa kini.

Perniagaan kecil jenis perkhidmatan adalah perniagaan yang paling popular yang

sering diceburi oleh para usahawan. Ia merupakan perniagaan yang menyediakan

perkhidmatan kepada para pengguna atau kepada perniagaan-perniagaan lain. Di

antara perniagaan kecil jenis perkhidmatan yang disediakan adalah seperti

pencetakan, stesen minyak, menggunting rambut, restoran dan servis dan membaiki

kereta (Graham, 1985).

Sesebuah perniagaan itu akan mencapai kejayaan sekiranya semua fungsi

atau aspek perniagaan seperti pemasaran, kewangan, sumber manusia dan

pengeluaran atau perkhidmatan dikendalikan dengan betul dan teratur. Pengurusan

perniagaan ini bermula dari peringkat operasi sehinggalah ke peringkat strategik.

Kesemuanya harus dijalankan dengan baik dan berkesan dengan memerlukan

pengetahuan dan pengalaman. Pernyataan ini dapat disokong oleh Sabri (2002) yang

menyatakan bahawa pengurusan bagi sesebuah perniagaan itu tidak berdiri dengan

sendirinya. Ini adalah kerana dalam sesebuah perniagaan terdapat empat fungsi

utama iaitu, pemasaran, kewangan, sumber manusia dan pengeluaran atau

perkhidmatan yang peranannya saling berkait antara satu sama lain bagi melancarkan

perjalanannya.

Menurut Drucker (1985), pengurusan adalah lebih kepada suatu amalan

berbanding sains atau pun kerjaya. Oleh itu, keberkesanan sesuatu pengurusan itu

boleh dinilai atau diukur dengan melihat tahap amalan pengurusan atau pencapaian

matlamatnya

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada tahun 1983, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Perusahaan Otomobil

Nasional Sdn. Bhd. (PROTON). Menurut Mohamed Sofee (2007), Malaysia telah

berjaya menjadi pemain utama industri automotif dunia pada tahun 2002 setelah

berjaya mendapat penarafan kelas dunia dan berada di tempat ke-11 daripada 146

negara di bawah World Trade Organization (WTO). Sebagai sebuah industri

strategik, industri automotif di Malaysia adalah amat berasaskan sumbangannya

dalam pembinaan dan kemakmuran ekonomi. Industri automotif merupakan antara

industri yang paling berkesan dalam memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara,

meningkatkan keupayaan dan kepakaran penduduknya serta memacu sesebuah

negara itu menjadi negara perindustrian. Ini dapat dibuktikan di Amerika Syarikat,

Jepun dan negara-negara maju yang lain. Laporan Tahunan 2002 Malaysia Industry

Government Group for High Technology (MIGHT) (2002) telah menyatakan bahawa

pada masa ini, Amerika Syarikat dan Jepun merupakan peneraju utama pasaran

kereta dunia dan membentuk sebanyak 42% daripada keseluruhan pasaran kereta

dunia.

Sumbangan sektor perindustrian automotif kepada ekonomi negara adalah

besar, serta berkait rapat dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sektor

automotif bermula dengan pengimportan kenderaan yang siap dan kemudiannya

berkembang kepada operasi pemasangan serta pembangunan industri komponen

automotif. Penubuhan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON) pada

tahun 1983 diikuti dengan Perusahaan Automobil Kedua Berhad (PERODUA) pada

tahun 1993 bertindak sebagai pemangkin kepada perkembangan sektor automotif.

Ini menandakan bermulanya fasa baru bagi sektor automotif Malaysia di mana

teknologi dan kemampuan tempatan dibangunkan sejajar dengan Pelan Induk

Industri Kerajaan (Laporan Tahunan 2002 Industry Government Group for High

(MIGHT), 2002).

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

4

Jadual 1.1: Statistik bilangan kereta yang telah berdaftar di Johor Bahru dari Januari

2007 hingga Julai 2007

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Pendaftaran Baru 194 291 414 426 686 578 545 E-daftar 2,470 2,006 2,179 1,901 1,704 1,821 2,203

2,664 2,297 2,593 2,327 2,390 2,399 2,748 Jumlah 17,418 unit Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Raya , Johor Bahru.

Berdasarkan Jadual 1.1 di atas statistik menunjukkan bahawa bilangan kereta

yang telah berdaftar di Johor Bahru dari Januari 2007 hingga Julai 2007 adalah

sejumlah 17,418 unit. Hasil daripada data yang diperolehi dari Jabatan

Pengangkutan Jalan Raya, Johor Bahru menunjukkan bahawa penambahan kereta

berterusan. Purata bagi pendaftaran kereta baru setiap bulan adalah 2,488 unit

sebulan. Jumlah kereta yang semakin meningkat telah membuktikan bahawa industri

automotif di Johor Bahru semakin berkembang pesat. Peningkatan ini telah

mendorong pertumbuhan yang pesat dalam perniagaan servis dan membaiki kereta.

Jadual 1.2: Statistik pengeluaran lesen servis dan membaiki kenderaan di kawasan

Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dari tahun 2004 hingga Jun 2007

Jumlah Lesen Servis /Membaiki Kenderaan Mengikut Kadar

Tahun

KOD 0375 KOD 0376 KOD 0377

Jumlah Keseluruhan

2004 304 221 44 569 2005 318 217 36 571 2006 302 226 49 577 Jun 2007 314 248 48 610 Catatan: KOD 0375 – Permis perniagaan yang kurang daripada 1,000 k.p. KOD 0376 – Permis perniagaan yang kurang daripada 1,001 k.p.- 2,000k.p. KOD 0377– Permis perniagaan daripada 2,001k.p.dan ke atas Sumber: Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Merujuk kepada jumlah angka yang tertera dalam statistik seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 1.2, terdapat peningkatan dalam pengeluaran lesen servis

dan membaiki kenderaan di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah setiap tahun.

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

5

Perbezaan pengeluaran lesen servis dan membaiki kenderaan di antara tahun 2004

sehingga Jun 2007 ialah 41 lesen. Ini telah membuktikan bahawa penambahan

kereta dari semasa ke semasa telah membawa perkembangan perniagaan servis dan

membaiki kenderaan di Johor Bahru Tengah.

Menurut data yang diperoleh dari Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

telah menyatakan dengan jelas bahawa perkhidmatan servis dan membaiki kereta

merupakan satu bidang yang telah diceburi komersial oleh masyarakat pada masa

kini. Perniagaan ini ditubuhkan berasaskan kepada kemahiran automotif

kebiasaannya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan. Oleh

yang demikian, seseorang mekanik perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan

dan kemahiran yang cekap untuk menangani masalah yang dinyatakan oleh

pelanggan.

Jadual 1.3: Taburan populasi mengikut kawasan di Ulu Tiram, Johor.

Bil. Nama kawasan Bil. Lesen 1 Bandar & Kampung

Baru Ulu Tiram 4

2 Taman Intan 2 3 Taman Zamrud 1 4 Taman Gunung Emas 1 5 Taman Muhibbah 1 6 Taman Sri Tiram 2 7 Taman Tiram Baru 3 8 Medan Tiram/ Lot 972 3 9 Taman Dato Yahya Shahban 1

10 Taman Perindustrian CemerlangTaman 2 11 Taman Puteri Wangsa 14 12 Taman D. Cemerlang 8 13 Taman D. Jaya 8 14 Taman Desa Terbau 7 15 Taman Pelangi Indah 5 16 Taman Gaya 4 17 Bukit Tiram 2

Jumlah Keseluruhan 68 Sumber: Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, 2007

Page 22: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

6

Kawasan Ulu Tiram merupakan salah satu kawasan di Johor Bahru Tengah

yang mempunyai ramai pengusahaan servis dan membaiki kereta. Jadual 1.3 telah

menunjukkan taburan populasi mengikut kawasan di Ulu Tiram, Johor. Kini,

terdapat 68 perniagaan servis dan membaiki kereta di kawasan Ulu Tiram.

Walaupun perkembangan bidang perniagaan servis dan membaiki kereta ini tidak

pernah berputus tetapi ada juga pengusaha servis dan membaiki kereta di kawasan

Ulu Tiram terpaksa menamatkan perniagaan mereka kerana kurang mahir dalam

pengurusan perniagaan. Menurut Zaidatol dan Habibah (1994), punca utama

kegagalan sesebuah perniagaan termasuklah perniagaan servis dan membaiki kereta

adalah disebabkan kerana pengusaha kurang mahir dalam pengurusan perniagaan.

Permasalahan utama para pengusaha ialah pengurusan perniagaan. Atas

dasar inilah yang membuatkan pengkaji tertarik untuk mengetahui amalan

pengurusan perniagaan, iaitu daripada aspek pengurusan pelanggan, pengurusan

kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan bengkel yang diamalkan di

kalangan pengusaha servis dan membaiki kereta di kawasan Ulu Tiram, Johor.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengurusan perniagaan di

kalangan pengusaha servis dan membaiki kereta di kawasan Ulu Tiram, Johor.

Page 23: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenal pasti amalan yang diamalkan oleh para pengusaha servis dan

membaiki kereta dalam pengurusan pelanggan mereka.

1.4.2 Mengenal pasti amalan yang diamalkan oleh para pengusaha servis dan

membaiki kereta dalam pengurusan kewangan mereka.

1.4.3 Mengenal pasti amalan yang diamalkan oleh para pengusaha servis dan

membaiki kereta dalam pengurusan sumber manusia mereka.

1.4.4 Mengenal pasti amalan yang diamalkan oleh para pengusaha servis dan

membaiki kereta dalam pengurusan bengkel mereka.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian ini merangkumi aspek seperti

berikut :

1.5.1 Adakah para pengusaha servis dan membaiki kereta mengamalkan amalan

pengurusan pelanggan?

Page 24: PSZ 19:16 (Pind. 1/97)€¦ · Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di dalam ucapannya di Persidangan Pertama Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, telah melahirkan

8

1.5.2 Adakah para pengusaha servis dan membaiki kereta mengamalkan amalan

pengurusan kewangan ?

1.5.3 Adakah para pengusaha servis dan membaiki kereta mengamalkan amalan

pengurusan sumber manusia ?

1.5.4 Adakah para pengusaha servis dan membaiki kereta mengamalkan amalan

pengurusan bengkel ?