oleh: mahathir a.h dipilih menjadi tema - labuan

24
Sekali lagi ungkapan KERANAMU MALAYSIA dipilih menjadi tema Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-49 tahun. Di peringkat Labuan, Perayaan Bulan Kemerdekaan bermula dengan Majlis Pelancaran pada 17 Ogos 2006 dan diteruskan lagi dengan Sambutan Ambang Merdeka dan Acara Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan yang diadakan pada 30 dan 31 Ogos 2006 di Dataran Labuan. Bagi Acara Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan, sebanyak 106 kontinjen telah menyertai pertandingan perbarisan yang menyaksikan 7 kategori iaitu jabatan dan agensi Kerajaan, swasta, persatuan dan pertubuhan NGO, sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT, pasukan beruniform dan kampung. Dengan tema acara, Misi Nasional Penjana �awasan, perarakan Dengan tema acara, Misi Nasional Penjana �awasan, perarakan bermula pada jam 7.00 pagi bermula dari Jalan �awasan melalui Jalan Merdeka menuju ke Dataran Labuan. Mendahului perarakan ialah kontinjen pembawa Jalur Gemilang dan panji-panji negeri melibatkan seramai 30 YBhg. Datuk Yusuf menyampaikan hadiah kereta berhias kepada Tn. Hj. Ab. Rahim. PL mendapat tempat kedua. YB Dato’ Pengerusi dan KPE bergambar Kenangan bersama penerima-penerima Anugerah Jasamu Di Kenang. KERANAMU MALAYSIA - YB Dato’ Suhaili, YBhg Datuk Yusuf dan Tn. Hj. Yunus bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh Semangat. Panji-panji Negara diarak megah masuk ke Dataran Labuan oleh anggota keselamatan. Sebanyak 106 Kontinjen telah menjayakan Acara Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-49. GENERASI HARAPAN NEGARA - Pelajar-pelajar SK Layang-Layangan antara kontinjen yang menyertai perbarisan. orang anggota TUDM, TLDM, TDM dan PDRM. Perarakan berlangsung selama 2 jam sehingga semua kontinjen berada di Dataran Labuan. YB Dato’ Haji Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan telah hadir selaku tetamu kehormat bersama-sama jemputan lain yang terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah PL, ahli Majlis Penasihat PL, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kampung, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah serta pemimpin masyarakat di Labuan. Dalam ucapannya, YB Dato’ Suhaili menekankan tentang perlunya sokongan dan peranan rakyat menjayakan Misi Nasional untuk memastikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 mengikut acuan sendiri. Oleh: Mahathir A.H (bersambung di ms 4.........)

Upload: others

Post on 27-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Sekali lagi ungkapan KERANAMU MALAYSIA dipilih menjadi tema Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-49 tahun. Di peringkat Labuan, Perayaan Bulan Kemerdekaan bermula dengan Majlis Pelancaran pada 17 Ogos 2006 dan diteruskan lagi dengan Sambutan Ambang Merdeka dan Acara Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan yang diadakan pada 30 dan 31 Ogos 2006 di Dataran Labuan.

Bagi Acara Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan, sebanyak 106 kontinjen telah menyertai pertandingan perbarisan yang menyaksikan 7 kategori iaitu jabatan dan agensi Kerajaan, swasta, persatuan dan pertubuhan NGO, sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT, pasukan beruniform dan kampung. Dengan tema acara, Misi Nasional Penjana �awasan, perarakanDengan tema acara, Misi Nasional Penjana �awasan, perarakan bermula pada jam 7.00 pagi bermula dari Jalan �awasan melalui Jalan Merdeka menuju ke Dataran Labuan. Mendahului perarakan ialah kontinjen pembawa Jalur Gemilang dan panji-panji negeri melibatkan seramai 30

YBhg. Datuk Yusuf menyampaikan hadiah kereta berhias kepada Tn. Hj. Ab. Rahim. PL mendapat tempat kedua.

YB Dato’ Pengerusi dan KPE bergambar Kenangan bersama penerima-penerima Anugerah Jasamu Di Kenang.

KERANAMU MALAYSIA - YB Dato’ Suhaili, YBhg Datuk Yusuf dan Tn. Hj. Yunus bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh Semangat.

Panji-panji Negara diarak megah masuk ke Dataran Labuan oleh anggota keselamatan.

Sebanyak 106 Kontinjen telah menjayakan Acara Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-49.

GENERASI HARAPAN NEGARA - Pelajar-pelajar SK Layang-Layangan antara kontinjen yang menyertai perbarisan.

orang anggota TUDM, TLDM, TDM dan PDRM. Perarakan berlangsung selama 2 jam sehingga semua kontinjen berada di Dataran Labuan.

YB Dato’ Haji Suhaili bin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Labuan merangkap Pengerusi

Perbadanan Labuan telah hadir selaku tetamu kehormat bersama-sama jemputan lain yang terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah PL, ahli Majlis Penasihat PL, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kampung, pengetua dan guru besar sekolah-sekolah serta pemimpin masyarakat di Labuan. Dalam ucapannya, YB Dato’ Suhaili menekankan tentang perlunya sokongan dan peranan rakyat menjayakan Misi Nasional untuk memastikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 mengikut acuan sendiri.

Oleh: Mahathir A.H

(bersambung di ms 4.........)

Page 2: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Biometrik merujuk kepada pengenalan automatik seseorang berdasarkan fisiologikal atau kelakuan ciri-ciri seseorang individu. Kaedah pengenalpastian ini menawarkan beberapa kelebihan berbanding kaedah tradisional yang melibatkan kad-kad atau nombor-nombor pin. Terdapat beberapa organ manusia yang boleh digunakan untuk diaplikasikan melalui Sistem Biometrik ini. Antaranya ialah :

(a) Cap Jari Cap jari boleh menjadi suatu pengenalan yang unik kerana

seseorang individu itu boleh dikenalpasti melalui corak dangarisanhalusyangterdapatpadajari.

(b) Mata Matajugamempunyaikeistimewaannnyatersendiriyangmana

didalamSistemBiometrik,iamenekankepadamaklumatyangterdapatpadabentukataucorakuratmatadalamretina.

(c) Tangan SistemBiometrik jugamenggunakanciri tanganyangberbeza

secaratigadimensitermasukpanjang,luasketebalancorakjari, urat dan ciri-ciri lain.Sistem ini biasanyadigunakan sebagaikawalan untuk memasuki sesebuah bangunan yang manaseseorang itu perlu meletakkan tangannya ke atas alat yangdisediakan untuk diperiksa dan dinilai melalui video kameradan seterusnya ditafsirkan kepada imej tangan yang telahdirekodkandalamkomputer.

(d) Muka Muka juga boleh digunakan untuk tujuan pengenalan dan

keselamatanyangmanavideokameraakanmenelitimukadanciri-ciri lainyangterdapatdimukadanmembuatperbandingandenganimejmukayangdirekodkandalamkomputer.

(e) Suara Pengenalanindividumelaluisuaraadalahagakterhad.Iniadalah

kerana individu tersebut perlu merekodkan suaranya terlebihdahulu di dalam sistem dan sistem pula perlu mengenalpastiidentiti individu tersebut. Individu hanya perlu menyebut satuperkataan sahaja untuk dikenalpasti dalam sistem sedia.Penilaian suara dan ucapan adalah berbeza kerana dalampenilaian ucapan, komputer cuba memahami maksud ucapanyangdiberikan.

Sistem Biometrik bukan lagi merupakan satu sistem yang baru bagi industri teknologi yang mana ia telah diterima pakai di pelbagai agensi Kerajaan di Malaysia dalam menuju era teknologi siber. Perbadanan Labuan telah menggunakan Sistem Biometrik dalam mengaplikasikan sistem perakam waktu elektronik selaras dengan Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2004 di mana semua agensi Kerajaan digalakkan untuk menggunakan sistem perakam waktu elektronik.Sistem Biometrik di Perbadanan Labuan telah menggunakan cap jari sebagai tanda pengenalan untuk merekodkan kehadiran dan bekerja lebih masa kerana cap jari antara individu adalah berlainan dan berbeza. Setiap individu itu perlu meletakkan jarinya ke atas pad sensor untuk diimbas dan imbasan ini akan mengambil masa beberapa saat sahaja sekiranya permukaan jari tersebut tidak mengalami sebarang perubahan, misalnya terluka. Imbasan yang dilakukan akan melibatkan corak permukaan dan urat jari, dan kemudiannya ditafsirkan kepada imej jari yang telah direkodkan dalam komputer. Dengan sistem ini, setiap individu itu hendaklah memastikan agar setiap imbasan yang dilakukan tidak berlaku sebarang kesilapan (error) supaya rekod dapat dihantar terus ke komputer.

Oleh: Aicha S

Page 3: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Assalammualaikum �.� dan salam sejahtera,

Alhamdullilah, saya bersyukur kehadrat Allah S.�.T kerana limpah dan kurnianya saya telah diberi kesempatan berada di sebuah organisasi yang unggul di pulau Labuan ini sebagai memikul tanggungjawab mengetuai barisan pentadbiran organisasi khususnya dan pentadbiran �.P Labuan secara amnya. Sebagai seorang yang baru bertugas di sini, semestinya banyak perkara yang perlu saya pelajari dan hayati terutamanya apabila menyentuh perihal sosial masyarakat di pulau ini yang sudah tentu sedikit sebanyak ada perbezaan dengan masyarakat di negeri-negeri lain di Malaysia. Ia adalah penting memandangkan PL berfungsi sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang kebanyakan urusan sehariannya sudah tentu berkait dengan masyarakat setempat yang merupakan client utama kita.

Sebagai Penjawat Awam, saya ingin menegaskan kepada semua warga PL supaya bekerja lebih gigih dan proaktif demi mendapat satu pencapaian yang lebih cemerlang dan mampu memberi lebih banyak kebaikan dan manafaat kepada masyarakat. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut maka kita perlu sama-sama mengamati dan menghayati semula fungsi, misi dan visi organisasi kita yang selama ini sememangnya menjadi teras dan panduan kita dalam melaksanakan tugas. Dengan adanya panduan, maka sudah tentu kita akan dapat menentukan halatuju kita selain memberi gambaran yang jelas akan tanggungjawab kita sebagai warga PL. Sebagai langkah asas, saya menyarankan supaya penetapan sasaran kerja tahunan (SKT) di setiap unit dan bahagian perlu penelitian dan penekanan yang lebih komprihensif dan relevan. Saya amat yakin, sekiranya penilaian prestasi setiap individu itu adalah berasaskan pencapaian sasaran kerja tahunan, sudah pasti setiap tugasan dan projek akan dilaksanakan dengan lebih cemerlang.

Sebagai sebuah organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembangunan di Pulau ini, maka saya amat berharap supaya setiap projek yang dilaksanakan perlu mengambilkira sensitivity dan pandangan masyarakat selaku end user . Pelaksanaan setiap projek pula perlu lebih aktif dan efektif dengan mengurangkan birokrasi dan mengamalkan Delivery System yang berkesan supaya prestasi pelaksanaan projek menepati kualiti dan tempoh masa yang telah ditetapkan. Untuk tempoh lima tahun yang akan datang , kita akan melaksanakan pelbagai projek di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan secara berperingkat. Antara projek yang telahpun dimulakan pelaksanaannya ialah Pembinaan Mariner, Projek Perumahan kakitangan Awam dan Pembinaan Pasar Baru manakala beberapa lagi projek akan dimulakan pada tahun ini.

Saya ingin menyeru kepada semua pihak yang ingin melihat pembangunan yang berterusan di Pulau ini supaya membantu dan menyokong usaha PL khususnya dan kerajaan amnya dalam melaksanakan amanat yang telah diberikan. Manakala bagi seluruh Pegawai dan kakitangan PL, saya berharap kita dapat menanamkan satu budaya kerja yang sentiasa berfikiran positif dan mewujudkan satu team work, bersefahaman dan berkualiti. Bersama-samalah kita berdoa supaya segala usaha kita ini menjadi ibadah yang diberkati dan dirahmati Allah S.�.T.

Sekian, �assalam.

DATO’ BASIRAN SABAN

Page 4: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

5

Kontinjen terbaik keseluruhan, Palapes Udara Perempuan UMS-KAL.

Sempena acara perarakan ini, seramai 10 orang telah menerima Anugerah Jasamu Dikenang. Penganugerahan ini adalah sebagai menghargai jasa dan khidmat bakti yang mereka curahkan dalam bidang pendidikan, politik, kemasyarakatan dan sukan. Anugerah Jasamu Dikenang sempena Hari Kemerdekaan ini telah diadakan sejak Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-46 pada tahun 2003. Pada mulanya anugerah ini diberikan kepada bekas anggota tentera dan polis warga tempatan yang berkhidmat di Labuan pada era pra merdeka. Melihat pada sambutan yang mengggalakkan, skop pemilihan anugerah ini telah diperluaskan pada profesion dan bidang lain seperti bekas pendidik, ahli politik, ahli perniagaan, tokoh agama, tokoh kemasyarakatan dan mereka yang berjasa dalam bidang kesihatan. Anugerah Jasamu Dikenang menawarkanAnugerah Jasamu Dikenang menawarkan hadiah sijil, cenderamata dan wang tunai.

Pada majlis itu juga turut disampaikan hadiah-hadiah pertandingan perbarisan untuk 7 kategori yang dipertandingkan. Hadiah bagi kontinjen terbaik keseluruhan dan pakaian terbaik telah dimenangi oleh kontinjen Palapes Udara Perempuan UMS-KAL. Hadiah-hadiah pertandingan berupa wang tunai dan sijil telah disampaikan oleh YB Dato’ Suhaili Abd. Rahman, YBhg Datuk Yusuf Mahal, Timbalan Pengerusi PL, YBhg Dato’ Azizan Abd. Rahman, Ketua Pengarah LOFSA dan Tn. Hj. Yunus Kurus, Pengerusi Majlis Penasihat PL.

Upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh Tentera Laut Diraja Malaysia.

(Sambungan ms 1.........)

Page 5: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Tuan Hj Abidin Arshad , Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) PL telah bertukar ke Kementerian Pertanian, Putrajaya bermula pada 3 Oktober 2006. Beliau telah berkhidmat di Labuan selama 6 tahun bermula pada bulan Mac tahun 2000 sebagai Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Labuan (LPL) dan kemudian memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan setelah penggabungan 2 agensi iaitu LPL dan Majlis Perbandaran Labuan (MPL) pada 1 Julai 2001.

Beliau telah bertugas di bawah kepimpinan dua orang KPE iaitu Datuk Mohd Noor Bin Moktar ( 2001 – 2003) dan Dato’ Jamaludin Hasan (2003-2004) sebelum dilantik sebagai KPE bermula pada Ogos 2004 bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Beliau seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan amat komited dalam menjalankan tugas-tugas beliau selaku KPE yang bertanggungjawab memimpin lebih kurang 500 warga PL. Selain perawakannya yang sentiasa tenang dan mudah mengukir senyuman , beliau seorang yang teliti dan bertolak-ansur dalam membuat sebarang keputusan.Sepanjang berkhidmat dengan cemerlang di Labuan, beliau juga telah dilantik dalam beberapa jawatankuasa yang membabitkan kerajaan dan anggota swasta antaranya Pengerusi Penasihat Perpaduan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tumpahan Minyak serta ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa Labuan (Labuan Offshore Financial Services Authority –LOFSA). Selain itu, terdapat beberapa peristiwa penting telah berlaku semasa beliau memegang jawatan KPE antaranya kedudukan PL yang diletakkan di bawah Kementerian �ilayah Persekutuan bermula pada tahun 2004. Segala pelaksanaan dasar pembangunan dan perancangan untuk memajukan wilayah persekutuan adalah menjadi tanggungjawab kementerian ini.

Sebagai tanda penghargaan kepada beliau, PL telah mengadakan satu majlis keraian pada 11 November 2006 bertempat di Hotel Sheraton. Di majlis tersebut, YBhg Dato’ Hj Suhaili Abdul Rahman selaku Pengerusi PL turut merakamkan ucapan setinggi penghargaan beliau terhadap Tuan Hj Abidin di atas khidmat dan sumbangannya selama ini khususnya dalam mentadbir PL selaku pihak PBT yang bertanggungjawab memajukan Labuan dan kesejahteraan warga Labuan amnya. Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan kepada Tn Hj Abidin Arshad oleh Dato’ Pengerusi. Seluruh warga PL mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Tn Hj Abidin Arshad.

Oleh: Jah Murniwaty M

Acara ‘ Kick Off ‘ FUTSAL MANIA.

Penyampaian hadiah FUTSAL.

Penyampaian Cek Tsunami.Bergambar kenangan sempena lawatan ke Langkawi.

Kunjungan Hormat ke Pejabat Suk Kedah.

Page 6: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Menteri �ilayah Persekutuan YB Dato’ Zulhasnan Rafique dan YBhg Datin telah mengadakan lawatan ke �P Labuan bersempena dengan beberapa aktiviti yang telah diatur oleh pihak Perbadanan Labuan. Rombongan YB Menteri beserta dengan warga Kementerian �ilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya telah tiba di �P Labuan pada 23 hingga 24 November 2006.

Pada 23 November 2006, PL telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama dengan YB Menteri. Majlis ini diadakan di Dewan Serbaguna PL bermula pada jam 1 tengah hari. Majlis ini dimeriahkanMajlis ini dimeriahkan dengan artis jemputan seperti Farhan AF4, Haziq AF4 dan juga Abu Bakar Ellah atau lebih dikenali dengan nama Ampal. Selain leka dengan telatah artis-artis jemputan yang menghiburkan, tetamu turut teruja dengan hidangan pelbagai jenis makanan yang disajikan pada majlis tersebut. Selain makanan asli Labuan, turut disajikan menu-menu masyarakat Malaysia dari pelbagai kaum. Kegamatan para tetamu meninjau sambil memilih makanan yang menjadi kegemaran mereka telah menyemarakkan lagi suasana majlis sekaligus memaparkan gelagat tetamu yang cukup mencuit hati.

Oleh: D. Faezealina A.T

YB. Dato’ Zulhasnan Berucap Sempena Sesi Perhimpunan.

Suasana Sesi Perhimpunan Bulanan Kementerian Wilayah Persekutuan Bersama Agensi.

Keasyikan Tetamu Menjamu Selera.

Page 7: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Persembahan Pentas Oleh Artis Jemputan. YB Menteri Mempengerusikan Mesyuarat.

Acara Bacaan Ikrar

YB Menteri dan rombongan turut terhibur dengan kehadiran tetamu yang begitu ramai memenuhi setiap ruangan dewan.

Sempena kunjungan YB Menteri ke �P Labuan, pihak K�P turut mengambil kesempatan untuk mengadakan Perhimpunan Bulanan Kementerian bersama agensi. Perbadanan Labuan telah terpilih menjadi rumah. YB Menteri dan rombongan berangkat pulang ke Kuala Lumpur pada 24 November 2006.

Page 8: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

“Maju dan Sejahtera” merupakan judul lagu rasmi �ilayah Persekutuan yang telah secara rasminya dilancarkan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong serentak dengan pelancaran bendera rasmi �ilayah Persekutuan. Acara ini telah diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Suasana majlis dimeriahkan dengan pelbagai acara yang menarik seperti persembahan kebudayaan oleh Artis Budaya Perbadanan Labuan dan DBKL, Persembahan artis popular tanah air seperti Ziana Zain, Faizal AF 4, Farhan AF 4 dan ramai lagi selain persembahan Okestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Acara kemuncak majlis ialah upacara menandatangani plak watikah serta penyerahan bendera dan cakera padat lagu rasmi �ilayah Persekutuan.

Majlis Pelancaran Lagu Rasmi Dan Bendera Wilayah Persekutuan Oleh: D. Faezealina A.T

SPB Yang di-Pertuan Agong Menandatangani Plak.

Plak Dibawa Oleh Para Penari Ke Pentas Utama.

YB Dato’ Zulhasnan Memberikan Ucapan Sempena Majlis Tersebut.

Dif-dif Jemputan Dan Barisan Tetamu Yang Hadir.

Page 9: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Selain SPB Yang di-Pertuan dan Raja Permaisuri Agong yang mencemar duli memeriahkan majlis, ia turut dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan para kenamaan yang lain termasuk para duta asing ke Malaysia.

Rombongan PL ke majlis tersebut telah diketuai oleh YB Pengerusi Perbadanan merangkap Ahli Parlimen Labuan dan disertai oleh Anggota PL, Ahli-ahli Majlis Penasihat dan para pengarah bahagian. Majlis ini merupakan satu peristiwa yang bakal meninggalkan eleman sejarah pada suatu masa kelak bagi diingati oleh generasi akan datang.

Bergambar Kenangan.

Timbalan Perdana Menteri Memberikan Ucapan.

Bendera Wilayah Persekutuan dibawa masuk.

Page 10: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Kehadiran bulan Ramadhan kali ini amat memberi erti kepada warga Labuan khususnya mereka yang kurang bernasib baik termasuklah anak-anak yatim ,ibu tunggal dan warga emas. Lantaran kesusahan dan beban yang mereka tanggung maka mereka mengharapkan perhatian dan bantuan masyarakat untuk membuat persediaan bagi menyambut kehadiran Syawal. Atas keprihatinan tersebut, YB Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Zulhasnan Bin Rafique telah menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper makanan kepada golongan tersebut sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Menteri �ilayah Persekutuan pada 16 Oktober

2006 bertempat di Dewan Serbaguna,PL. Seramai 60 orang anak-anak yatim, 110 orang warga emas dan 250 orang kakitangan sokongan PL terdiri daripada pemandu dan pembantu am rendah telah menerima sumbangan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Datuk �ira Abu Seman Bin Yusop Timbalan Menteri �ilayah dan Dato’ Hj Suhaili Abd Rahman, P e n g e r u s i Perbadanan Labuan.

Sempena lawatan kerja YB Menteri dan isteri ke �P Labuan pada 16 Oktober 2006, isteri YB

Menteri Y.Bhg Datin Noriah Ana Binti Razak turut mengadakan program lawatan ke Hospital Labuan.

Lawatan ini turut disertai oleh isteri Timbalan Menteri �ilayah, Datin �ira Rahimi Binti Yeop serta wakil dari Jabatan Belia dan Sukan (JBS), �anita Umno Labuan dan Puspanita. Dalam program tersebut , Y.Bhg Datin Noriah telah dibawa melawat ke beberapa wad pesakit termasuk wad bersalin dan wad kanak-kanak dan seterusnya menyampaikan

sumbangan hamper makanan, wang tunai serta sumbangan peribadi beliau sendiri. Beliau juga sempat meninjau kemudahan di bilik rawatan pesakit buah pinggang dan turut menyampaikan sumbangan yang sama kepada pesakit yang sedang

menjalani rawatan. Lawatan selama satu jam setengah itu diakhiri dengan majlis penyampaian cendera kenangan daripada pihak Puspanita dan JBS kepada isteri YB Menteri �ilayah.

Oleh: Jah Murniwaty M

Oleh: Jah Murniwaty M

Page 11: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Menjelang Bulan Ramadhan Al Mubarak Perbadanan Labuan telah mengambil kesempatan mengadakan satu ceramah yang berkonsepkan Islam Hadhari Sesi ceramah yang mengambil masa lebih kurang dua jam ini telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Ustaz Ahmad Sharizal bin Mohd Sofian daripada Pusat Pungutan Zakat WP Labuan di samping dua orang tetamu jemputan khas yang telah didatangkan dari Kuala Lumpur. �eramah ini�eramah ini telah diadakan pada 20 September 2006 bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.Seramai lebih kurang 500 orang pegawai serta kakitangan termasuk agensi Kerajaan yang dijemput turut hadir pada majlis tersebut. Ketua Pegawai

Eksekutif, Perbadanan Labuan Tuan Haji Abidin Arshad turut hadir pada majlis yang sama bersama pegawai - pegawai kanan Perbadanan Labuan yang lain. Pengisian ceramah pada pagi tersebut berfokus kepada ketakwaan dan keikhlasan dalam melaksanakan pekerjaan terutama bagi kakitangan awam. Secara keseluruhannya sambutan terhadap majlis tersebut amat menggalakkan.

Oleh: Dyg Salmah A

Pada 16 hingga 19 Ogos 2006, Perbadanan Labuan telah mengadakan retreat yang bertajuk Hala Tuju Pembangunan �P Labuan di Kota Kinabalu Sabah. Retreat ini telah dirasmikan oleh Menteri �ilayah Persekutuan YB Dato’ Zulhasnan bin Rafique. Program yang berlangsung selama dua hari ini turut

dihadiri oleh Timbalan Menteri �ilayah Persekutuan dan Pengerusi Perbadanan Labuan serta tetamu khas yang lain termasuk peserta kursus dari agensi Kerajaan dan swasta di �P Labuan, Sabah dan Kuala Lumpur. Seramai lebih kurang 120 orangSeramai lebih kurang 120 orang peserta turut serta pada retreat ini yang diadakan julung kailnya pada tahun ini.

Secara amnya objektif retreat ini diadakan adalah bagi mendapatkan input / pandangan mengenai Potensi Labuan sebagai Hab Industri minyak dan Gas, Potensi Labuan sebagai Hab Halal dan Labuan sebagai pusat Pelancongan. Pengendalian sesi diadakan secara bengkel dan setiap bengkel dipengerusikan oleh fasilitator jemputan. Secara keseluruhannya retreat yang diadakan selama dua hari ini mendapat sambutan yang baik daripaa pelbagai pihak dalam memberikan input dan pandangan mereka demi pembangunan Labuan pada masa akan datang.

Oleh: Dyg Salmah A

Penyampaian Sijil Penyertaan.

Sesi Sidang Akhbar.

Majlis Penutupan Retreat.

Page 12: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

�Oleh: Fadzilah H.M

Borneo International Yachting Challenge 2006 (BIY�) mencatat satu kejayaan apabila

mendapat penyertaan paling ramai semenjak ia dianjurkan pada tahun 2002. BIY� mencatat rekod baru apabila manarik penyertaan sebanyak 21 buah perahu layar melibatkan lebih 100 peserta profesional dari seluruh pelusuk dunia. SenaraiSenarai peserta adalah seperti berikut :

BIY� yang berlangsung selama seminggu telah dilancarkan secara rasmi oleh Y.B Dato’ Hj. Suhaili Abd Rahman pada malam 3 September 2006 bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Turut hadir pada malam tersebut ialah Y.B Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak. Dalam ucapannya, Y.B Dato’ Suhaili mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penganjur kerana

telah berjaya menarik perhatian peserta dari seluruh dunia. Ujarnya lagi, BIY� kini sudah setaraf dengan pertandingan sukan kapal layar yang lain di rantau ini.

Terdahulu, pada pagi 3 september 2006 Y.B Dato’ Suhaili telah hadir untuk membuat pelepasan bagi pertandingan Labuan Harbour Regatta.

Pada 4 september pula para peserta meneruskan pertandingan Labuan – september pula para peserta meneruskan pertandingan Labuan –september pula para peserta meneruskan pertandingan Labuan – Miri Passage Race dan berakhir di Miri pada 6 September 2006. BIY� merupakan program tahunan yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Pelancongan Sarawak, Lembaga Pelancongan Sarawak, Persatuan Pelayaran Sarawak, Perbadanan Labuan, Majlis Tindakan Pelancongan Labuan.

Majlis Pelancaran BIYC Oleh YB Dato’ Suhaili dan YB Lee Kim Shin.

Page 13: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Bazar Tahun Melawat Malaysia telah berlangsung selama dua hari bermula pada 18 Disember hingga 19 Disember 2006 bertempat di ruang legar Kompleks Ujana Kewangan Labuan. Bazar ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Hj. Suhaili Abd Rahman, Pengerusi PLBazar ini telah dirasmikan oleh Y.B Dato’ Hj. Suhaili Abd Rahman, Pengerusi PL merangkap Ahli Parlimen Labuan yang diwakili oleh Y. Bhg. Tn Hj Yunus Kurus, Pengerusi Majlis Penasihat PL. Program ini dilaksanakan di bawah projek Peningkatan Kesedaran Minda Pelancongan Masyarakat Setempat yang merupakan salah satu program “Malaysia Welcomes The World” Kementerian Pelancongan Malaysia.

Bazar yang berlangsung selama dua hari ini dimuatkan dengan pelbagai acara menarik yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat kampung dan pengunjung.Antara acara yang dianjurkan ialah Pertandingan Koleksi Barangan Antik, persembahan artis jemputan dan Badan Budaya Perbadanan Labuan, Pertandingan Karaoke Veteran, Kursus ‘Think Tourism’ dan Pertandingan Busana Pengantin. Selain itu, pengunjung juga berkesempatan mengunjungi gerai-gerai jualan produk tempatan yang diusahakan oleh penduduk kampung selain gerai-gerai pengusaha pelancongan.

Sesuai dengan matlamat program ini iaitu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai Tahun Melawat Malaysia 2007, sambutan yang diberikan adalah amat menggalakkan terutama daripada penduduk-penduduk kampung di seluruh Labuan.

Oleh: Fadzilah H.M

Majlis Pelancaran Bazar Ramadhan 2006

Oleh : Rozana A

Seperti tahun-tahun yang sudah, PL bersama JKN (Jabatan Kesihatan Negeri �P Labuan) menganjurkan Bazar Ramadhan. Pada tahunPada tahun ini, Majlis Pelancaran Bazar Ramadhan telah diadakan pada pukul 2 petang, 24 September 2006 bertempat di Jalan Dewan dan Jalan Bandaran �P Labuan.

Pada tahun ini, seramai 110 gerai perniaga telah turut serta dalam menjayakan Bazar Ramadhan. PL melalui Unit Perlesenan dan Kesihatan berganding bahu dengan JKN dalam memantau operasi dan kebersihan para peniaga bazaar tersebut.

Page 14: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Bengkel ini merupakan bengkel yang

kedua pernah dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Awam, Perbadanan Labuan, dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. Bengkel yang pertama telah diadakan pada bulan November 2005. Sebagai Kesinambungan bengkel ini kelak pihak Perpustakaan Awam PL, bercadang untuk mengadakan Pertandingan Perpustakaan Keluarga peringkat �P Labuan.

BENGKEL PERPUSTAKAAN KELUARGA 2006

Oleh: Sazali. T

Bagi tahun 2006, Perpustakaan Negara Malaysia telah memberi peruntukan sebanyak RM 20,000.00 dengan 2 pecahan program iaitu RM 10,000.00 untuk Bengkel Perpustakaan Keluarga dan RM 10,000.00 untuk melaksanakan Pertandingan Perpustakaan Keluarga.

Bengkel ini yang bertema ‘Keluarga Membaca Keluarga Berjaya”, bertujuan untuk mendedahkan dan menggalakkan orang ramai (keluarga) untuk membudayakan minat membaca bermula dari rumah atau peringkat akar umbi, serta memberi tunjuk ajar bagaimana mengwujudkan sebuah perpustakaan di rumah (susun atur) dengan jumlah bahan bacaan sedia ada.

Ia juga memberi pengetahuan kepada peserta mengenai asas katalog untuk bahan bacaan, koleksi Audio-Visual (V�D dan �D) serta peralatan permainan seperti catur, sahibba dan yang seumpamanya.

Bengkel ini telah diadakan pada 6 – 7 November 2006, bertempat di Hotel SARA, �P Labuan. Seramai 22 orang peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan latar belakang dan pendidikan dengan jayanya menamatkan bengkel tersebut. Bengkel ini dibimbing sepenuhnya oleh penceramah jemputan iaitu Puan Rosenah bt. Abd. Karim, Penolong Pengarah Bhg. Literasi Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia.

Suasana Sepanjang bengkel berlangsung.

Keasyikan para peserta mendengar ceramah.

Page 15: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

“Syabas dan tahniah kepada tuan-tuan yang terpilih menjadi wakil masyarakat kampung…semoga usaha yang lebih gigih dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam menjadikan masyarakat di peringkat kampung cemerlang, gemilang dan terbilang sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan negara ini sebuah Negara yang lebih bermaruah. Kepada ketua-ketua kampung merangkap pengerusi JKKK kampung masing-masing…selamat bertugas’

Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh YB Menteri �ilayah Persekutuan Dato’ Zulhasnan Rafique ketika berucap di Majlis penyampaian watikah pelantikan ketua-ketua kampung merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Majlis tersebut yang berlangsung pada 14 Disember 2006 bertempat di Bilik Persidangan Perbadanan Labuan. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri �ilayah Dato’ �ira Abu Seman dengan disaksikan oleh Pengerusi Perbadanan Labuan Y.B Dato’ Suhaili Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif YBhg. Dato’ Basiran Saban dan pegawai-pegawai kanan Perbadanan Labuan. Pelantikan kali ini telah menyaksikan beberapa perubahan pucuk pimpinan di peringkat kampung. Syabas kepada semua ketua kampung merangkap Pengerusi JKKK Kampung yang dilantik…selamat bertugas. Oleh: Zulkifely M

WATIKAN PELANTIKAN KK MENYAKSIKAN BEBERAPAPERUBAHAN KEPIMPINAN DI PERINGKAT AKAR UMBI......

Bil. Nama Kampung

01. Tuan Hj. Hassan B. Salim Sungai Bangat

02. Tuan Hj. Sahari B. Amdan Sungai Bedaun

03. Tuan Hj. Kula B. Abdul Ghani Bukit Kalam

04. Tuan Hj. Sudin B. Omar Lajau

05. Tuan Hj. Abdul Majid B. Hj. Magal Layang-Layangan

06. Tuan Hj. Alias B. Hj. Mohamad Sungai Lada

07. Tuan Hj. Mustaffa B. Tangkim Bukit Kuda

08. Tuan Haji Hassin @ Hasshim B. Abdullah Sungai Labu

09. En. Ismail B. Pg. Hj. Mohd. Yassin Batu Manikar

10. Tuan Haji Sulaiman B. Mat Said Bebuloh

11. Tuan Haji Sulaiman B. �an �hi Patau-Patau 2

12. Tuan Haji Gutak B. Ag. Besar Patau-Patau 1

13. En. Hamzani B. Haji Yacoob Sungai Buton/Sungai Sembilang

14. En. Ismail Yussof Pantai

15. En. Matali B. Ibrahim Durian Tunjong

16. En. Bair B. Sidup Tanjung Aru

17. En. Ronnie Tan Beng Hian Sungai Keling

18. En. Mazlan B. Mohd. Din Batu Arang

19. Tn. Hj. Rakim B. Durasat Nagalang / Kerupang

20. En. Rusli B. Hj. Sapar Rancha-Rancha

21. En. Abdul hassan B. Hj. Abd. Ghani Ganggarak / Merinding

22. En. Jumahat B. Kadir Pohon Batu

23. Tn. Hj. Alias B. Husin Lubok Temiang

24. En. Suhili B. Hj. Razali Gersik / Saguking

25. Tn. Hj. Brahim B. Malan Kilan / Pulau Akar

26. Tn. Hj. Tajudin B. Umar Sungai Miri / Sungai Pagar

27. En. Saminan B. Ismail Belukut

Page 16: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Kesinambungan daripada Bengkel Perpustakaan Keluarga yang telah diadakan, Perpustakaan Awam PL, melalui peruntukan daripada Perpustakaan Negara Malaysia telah menganjurkan pertandingan Perpustakaan Keluarga 2006.

Pertandingan telah diadakan pada 27 – 30 November 2006. Sebanyak 21 penyertaan telah diterima yang terdiri beberapa buah kampung di �P Labuan. Pihak penganjur telah menyediakan 5 hadiah utama dengan nilai RM 7,000.00 untuk keseluruhan hadiah. Pemenang pertandingan ini akan mewakili �P Labuan dalam pertandingan peringkat kebangsaan.

Oleh: Sazali T.

Bukit Kuda Menang ADC Peringkat Kebangsaan 2006

Pada 5 September 2006, penilaian Anugerah Desa �emerlang Peringkat

Kebangsaan telah dibuat ke atas Kampung Bukit Kuda bagi menilai beberapa aspek yang dipertandingkan.

Kampung Bukit Kuda adalah merupakan pemenang AD� peringkat negeri tahun 2005 dan sekaligus menjadi wakil �. P. Labuan keperingkat Kebangsaan. Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan �ilayah (KKL�) dan Perbadanan Labuan merupakan agensi yang diberi mandat selaku urus setia pertandingan peringkat negeri.

Pertandingan AD� bertujuan untuk mengwujudkan sebuah kampung yang berdaya saing, cemerlang dan seterusnya menyumbang ke arah pengwujudan produk pelancongan

Negara. Bagi menjadikan hasrat kerajaan tersebut tercapai, pihak kementerian menerusi program Gerakan Daya �awasan telah membuat penilaian sembilan aspek penting.

Pada 25 November 2006 Kampung Bukit Kuda telah diisytiharkan sebagai Johan dalam Kategori Kerohanian dan Sivik dengan mendapat peruntukan sebanyak RM80 ribu dan wang tunai sebanyak RM 10 ribu. Hadiah telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia di Kampung Kundang, Kuala Langat Selangor sempena Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa �emerlang Peringkat Kebangsaan 2006.

Sesi Temuduga oleh pihak juri. Pemenang Tempat Pertama, Puan Tse Mee Lin.

Koleksi pemenang pertama.

Oleh: Zulkifely M

Page 17: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Program �itrawarna dan �itrarasa Malaysia peringkat �P Labuan telah berlangsung selama dua hari bermula 29 hingga 30 Julai 2006 bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Selain PL dan MTPL, program ini juga turut dianjurkan bersama oleh pelbagai agensi lain seperti Jabatan Pertanian, KEMAS, Jabatan Pelajaran, lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Persatuan Pengembara.

Antara pengisian program selama dua hari acara ini diadakan ialah Pertandingan Buah-buahan, Orkid, Sayur-sayuran dan herba, Pertandingan Menumpah Ambuyat, kuih tradisional dan Juadah Pencuci Mulut, Pertandingan Tarian Rampaian Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah, Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma, Pertandingan Tarik Tali Berperahu, Pertandingan Kayak Sprint, Pertandingan Lumba Perahu, Pertandingan Memancing Pesisir Pantai dan Pertandingan Mewarna Ibu dan Murid Tadika.

Selain gerai-gerai jualan makanan dan minuman, penganjur juga turut menjemput pelbagai pihak dari Jabatan Kerajaan dan Syarikat Swasta untuk menyertai pameran produk-produk dan pekhidmatan mereka. Lebih 30 syarikat swasta telah mengambil bahagian dalam pameran ini dan 10 daripadanya datang dari Negeri Sabah dan juga Sarawak.

Majlis Perasmian program ini berlangsung pada malam 29 Julai 2006 dan telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Yusof Hj Mahal, Timbalan Pengerusi PL, mewakili YB Dato’ Hj Suhaili Abd Rahman, Ahli Parlimen Labuan merangkap Pengerusi PL. Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis jemputan Misha Omar dan Adam AF2.

Pihak PL mengucapkan terima kasih kepada pihak yang turut menjayakan program ini seperti pihak Polis Diraja Malaysia, RELA, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan, JPA3, Tentera Laut Diraja Malaysia dan mana-mana pihak yang terlibat.

Perbadanan Labuan adalah sebuah agensi yang ditubuhkan pada Julai 2001 dengan menggabungkan tiga agensi pentadbir di Pulau ini iaitu Majlis Perbandaran Labuan (MPL), Lembaga Pembangunan Labuan (LPL) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Perbadanan Labuan diwujudkan di bawah akta 609 Akta Perbadanan Labuan.

Kerajaan kita telah berusaha untuk menjadikan Negara ini sebuah Negara yang bermaruah dan berdaya saing. Mampu berdiri di atasMampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bergantung kepada Negara lain yang lebih maju. Dalam menjadikan hasrat kerajaan tersebut tercapai, kerajaan telah menyediakan kemudahan yang cukup mantap dari pelbagai aspek seperti pendidikan, kesihatan, kepakaran, keselamatan dan sebagainya. Sejajar dengan arus pembangunan Negara, kerajaan telah bersikap adil. Bukan sahaja menuntut masyarakat menjadi lebih proaktif dalam memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan Negara…ia diiringi dengan penyediaan kemudahan awam dan asas kepada rakyatnya agar lebih selesa dan teratur.

Laut �ina Selatan yang memisahkan pulau ini dengan tanah besar Semenanjung tidak menjadi penghalang untuk rakyat di Pulau ini merasai kemudahan dari pihak kerajaan di bawah naungan Kementerian �ilayah Persekutuan. Ia telah terbukti dengan usaha kerajaan melalui Perbadanan Labuan dalam pelaksanaan projek kecil pembangunan kampung di bawah RMKe9 yang dilaksanakan secara berterusan oleh Bahagian Pelaburan dan Sosio Ekonomi dengan menggunakan peruntukan daripada Kemeterian Kemajuan Luar Bandar dan �ilayah (KKL�) dan Projek Infrastruktur Asas/ Awam PIA/ PIAS yang diperuntukan di bawah Pejabat Pembangunan Negeri �ilayah Persekutuan (PPN�P) di Pulau ini.

Pada tahun 2006, Kerajaan telah membelanjakan RM3.6 juta melalui RMKe9 dan RM15 juta melalui PPN�P yang merangkumi projek naiktaraf dan senggaraan jalan simen kampung, jambatan kayu/ titi, perhentian bas, tempat permainan/ riadah, balai raya, masjid dan surau, pejabat kerajaan seperti IPD, Kastam, Bomba dan Penyelamat, Hospital, Sekolah Menengah/ Rendah dan kuaters untuk kakitangan kerajaan.

Kerajaan berharap dengan usaha sebegini, masyarakat di �ilayah ini akan dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa dan sekaligus menjadikan Pulau ini antara destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa dan mampu meyakinkan pelabur luar untuk melabur di sini.

Bersama mengekalkan keindahan Pulau ini……

Oleh: Fadzilah H.M

Oleh: Zulkifely M

Persembahan Kebudayaan. Gimik Pelancaran Program.

Page 18: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Kempen Bulan Membaca Kebangsaan diadakan pada bulan Julai setiap tahun di bawah pengajur utama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Tema yang

dipilih pada tahun ini ialah BANGSA MEMBA�A, BANGSA BERJAYA. Perpustakaan Awam, Perbadanan Labuan tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti peringkat �.P. Labuan sepanjang bulan Julai 2006, bersesuaian dengan Kempen Bulan Membaca Kebangsaan dan Kembara Ilmu 2006.

Sebanyak lima buah kampung di Labuan telah dipilih sebagai lokasi utama program ini dengan kerjasama pihak JKKK di setiap kampung yang terlibat. Pada 1 Julai 2006, Perpustakaan Desa Kampung Durian Tunjung merupakan lokasi pertama program ini. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Harun bin Hj. Pudin wakil Ketua Kampung Durian Tunjung. Program Seterusnya telah diadakan di Kampung Tanjung Aru, Kampung Belukut, Kampung Patau-Patau 1 pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Julai. Majlis Penutupan program ini berlangsung pada 23 Julai 2006 diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Sungai Labu. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Kamal bin Yan, Pustakawan, Perpustakaan Awam, Perbadanan Labuan.

Oleh: Sazali. T

Lebih dari sepuluh aktiviti yang diadakan sebagai pengisian sepanjang program berkenaan. Aktiviti yang diadakan adalah seperti Pertandingan Membaca, Uji IQ, Pertandingan Bercerita, Pertandingan Mewarna, Meneka Jumlah Muka Surat Buku, Masakan Makanan Laut, Kraftangan Bahan-Bahan Terbuang, Gubahan Bunga Plastik, Sukaneka di samping beberapa acara lain lagi.

Kempen Bulan Membaca sememangnya sentiasa mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada masyarakat Labuan, Pada tahun ini ia dilaksanakan dalam suasana kampung yang dapat mendekatkan lagi penduduk kampung dengan pihak penganjur, Program tahun ini berkonsepkan Kembara Ilmu dengan objektif utama untuk membudayakan Minat Membaca serta Pembelajaran Sepanjang Hayat, sesuai dengan tema tahun ini Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya.

Suasana sepanjang program.

Sesi Penyampaian hadiah oleh Pustakawan PL.

Antara acara yang dipertandingkan.

Page 19: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Satu ketika dulu namanya menjadi sebutan di bibir-bibir peminat sukan Bola Sepak. Satu ketika dulu juga beliau digeruni pasukan lawan sehingga diberikan gelaran ‘Tank Boy’. Pemain di barisan pertahanan ini tidak mengenal erti lelah dan pantangPemain di barisan pertahanan ini tidak mengenal erti lelah dan pantang menyerah sebelum keringat dibelasah habis-habisan. Juniday Tuah nama yang tidakJuniday Tuah nama yang tidak asing lagi bagi peminat bola sepak Sabah sekitar tahun 80an dan 90an.

Mendapat gelaran ‘Personality Of The Year’ Piala Malaysia 1984, ‘Best Player’ di Singapura 1984/1985 ‘Anchor �up’, ‘Best Player’ di Brunei 1985 ‘Brunei �up’ dan ‘Malaysia Tiger’ Piala Merdeka 1984. Anugerah dan gelaran ini telah menjulang nama beliau dalam sukan yang sangat digemarinya ini sejak kecil lagi. Selain ayah beliau yang menjadi pendukung utama, Encik Dilbagh Sing juga merupakan orang penting yang membawa bintang bola sepak ini dan sekaligus pasukan bola sepak Labuan diketengahkan dan dikenali. Tambah beliau lagi yang banyak menghabiskan masa lapangnya di padang untuk beriadah terluang, walaupun tidak bergiat aktif lagi dalam sukan ini sejak 1995. Pada masa ini beliau memberi sumbangan sebagai jurulatih dalaman untuk pasukan bola sepak Perbadanan Labuan dan memancing ikan jika ada masa.

kenangan manis beliau sepanjang penglibatan dalam sukan bola sepak ini ialah ketika bermain untuk merebut Piala FA dalam tahun 1995, pasukan beliau mendapat gelaran ‘Sabah Best Team’. Antara pemain bola sepak yang menyertai pasukan tersebut ialah Matlan Marjan, Scott, Milomil, Ravi �handran, Khairul Azman, Gerard M, Jainin Tinin, Ong Kim Swe dan Yap �ai Loon. Kenangan pahit pula apabila beliau tidak dapat menyertai pasukannya dalam perlawanan Sabah Vs Johor untuk merebut Piala Malaysia pada tahun 1984 kerana mengalami kecederaan di bahu dan pada tahun 1983 apabila beberapa pemain pasukan beliau terlibat kemalangan jalan raya menyebabkan pasukan beliau tidak dapat menyertai pertandingan untuk merebut Piala SAFA dalam/ pada pertandingan akhir.

Berusaha bersungguh-sungguh dan disiplin diri yang kuat merupakan tonggak kejayaan jika ingin meraih kejayan baik dalam bidang sukan mahupun dalam bidang kerjaya tambah beliau yang sekarang telah berkhidmat di Perbadanan Labuan di Bahagian Harta dan Penilaian. Beliau telah berumahtangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata namun belum ada yang menampakkan bakat sebagai pewarisnya tambah beliau lagi yang gemar makanan laut terutama ikan masak rebus kunyit ini.

Syabas buat beliau dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Oleh: Maszanah S

Page 20: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Oleh: Hjh Simai J

Page 21: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

01. Seekor kuda yang mempunyai berat 540 kg mengambil makanan 7 kali ganda daripada beratnya setiap tahun.

02. Tompk hitam pada lembu susu seperti juga cap jari atau emping salji. Tidak ada dua ekor lembu susu yang mempunyai corak tompok yang sama.

03. KI�I, burung kebangsaan New Zealand, tidak boleh terbang dan hidup di dalam lubang di bawah tanah. Burung Kiwi hampir buta sepenuhnya dan mengeram hanya sebiji telur setahun. Sehingga kini usia spesies Kiwi mencecah 70 tahun. (sumber : San Diego Zoo)

04 Tahukah anda bahawa buah labu mengandungi kandungan A, B Komplels dan � serta meneral kalium dan mangnesium. Selain berfungsi untuk membersihkan sistem perjalanan darah, ia juga mampu untuk membersihkan toksik di dalam perut

05. James Buchanan satu-satunya Presiden USA yang tak pernah berkahwin.

06. Mengikut kajian dari pakar Jerman, hari Isnin merupakan hari yang berisiko tinggi untuk seseorang itu terkena serangan jantung.

07. �impanzi mampu mengecam wajahnya di hadapan cermin, tetapi monyet tidak mampu berbuat demikian.

08. Berdasarkan penyelidikan National Geographic, ketinggian Gunung Everest meningkat 4 milimeter setiap tahun.

Oleh: Sazali T

Oleh: Hjh Simai J

Page 22: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

PersaraanBagi tahun 2006, BPSM telah menguruskan urusan persaraan bagi sembilan (9) orang pegawai / kakitangan (seperti dalam jadual). Selain itu, BPSM juga turut menganjurkan program lawatan kerja bagi bakal pesara. Sepanjang tahun tahunSepanjang tahun tahun 2006, sebanyak 2 program lawatan telah diadakan bagi bakal pesara Perbadanan Labuan.

Latihan/ Kursus/ Bengkel/ CeramahBerikut adalah data-data bagi kursus dan latihan dalaman yang telah dilanjurkan oleh:-

Gambar : Pegawai dan Kakitangan Perbadanan Labuan Yang Bersara Pada Tahun 2006

Taklimat Pinjaman Perumahan pada 22.11.2006.

Ceramah Agama (Jawi) Pada 22.9.2006/ Penceramah Ustaz Sharudin bin Salleh

Ceramah Agama Pada 29.9.2006 / PenceramahPenceramah Ustaz Ahmad Sharizal Bin Mohd Safflan.

Penceramah Ustaz Ahmad Sharizal bin Mohd Saffian.

Gambar : Kursus Bahasa Inggeris Anjuran BPSM Bagi Pegawai dan Kakitangan PLPegawai dan Kakitangan PL

Oleh: Azali A

Page 23: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

1. Aktiviti perkhemahan di Pulau Kuraman pada 14 hingga 15 Julai 2006

2. Membuka gerai KSKK sempena Karnival �itrawarna pada 29 hingga 30 Julai 2006

3. Pertandingan FUTSAL lelaki antara kakitangan Perbadanan Labuan pada 5 hingga 6 Ogos 2006

4. Pertandingan Bola Tampar lelaki dan wanita antara bahagian dan unit PL pada 11 dan 12 Ogos 2006

5. Pertandingan Akhir Karaoke Remaja dan Veteran antara bahagian dan unit PL pada 13 ogos 2006

6. 5th BIMP EAGA Friendship Games, MAKASSAR di Sulawesi Selatan pada 23 hingga 26 November 2006

7. Lawatan Ahli KSKK ke Tawau pada 26 November hingga 1 Disember 2006

Oleh: Rosni ANukilan OlehBujang C. Gandam31 Ogos 2006.

Bagi semua pengguna jalan raya yang ingin berurusan di �isma Perbadanan Labuan, aliran masuk lalu lintas di kawasan perkarangan ini telah diubah berkuatkuasa pada 2 Disember 2006. Setiap kenderaan yang masuk dari kawasan pintu masuk utama hendaklah membelok ke sebelah kanan bangunan dan seterusnya melalui bangunan Perpustakaan Awam menuju ke tempat letak kenderaan yang disediakan. Aliran lalu lintas ini diubah setelah pihak pengurusan PL mengambilkira kesesuaian protokol untuk kenderaan yang membawa golongan kenamaan bagi majlis-majlis rasmi yang diadakan di wisma ini.

Oleh: Rosni A

Oleh: Jah Murniwaty M

Page 24: Oleh: Mahathir A.H dipilih menjadi tema - Labuan

Untuk menarik lebih ramai pengunjung, mendapatkan suasana kondusif dan lebih hygenik serta seragam, Perbadanan Labuan dengan menggunakan sumber dalaman yang terhad telah memulakan langkah pertama projek ini sejak penghujung tahun 2004 tanpa banyak halangan dan rintangan.

Kemudiannya pada 19 Disember 2005 Projek Pembinaan Gerai Makan di Jalan Batu Arang ini dilestarikan dan telah dapat disiapkan dalam tempoh pelaksanaan yang ditetapkan iaitu selama 48 minggu. Ia merupakan sebahagian dari Program Pembinaan Gerai / Pusat Penjaja dan merupakan projek sambungan dari RMKe8.

Projek yang menelan belanja RM1.0 juta ini merupakan pembinaan semula gerai makan di tapak sama yang sebelum ini dibina atas inisiatif peniaga sendiri di tapak milik Perbadanan Labuan yang tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan. Gerai-gerai yang dibina tersebut kebanyakkannya dibuka pada waktu malam dan menyediakan hidangan makanan laut dan Thailand selain dari menjual kuih muih sebagai hidangan petang.

Komponen pembinaan projek ini ialah 8 unit gerai, 1 unit surau, 2 unit tandas awam, tempat letak kereta dan diserikan dengan adanya landskap lembut dan kejur. Pembinaannya juga mengambilkira kemudahan bagi OKU.

Kaki lima gerai.

Pandangan sisi kiri hadapan.

Pandangan dari sisi kiri gerai.

Pada 23 November 2006, seramai 12 orang kakitangan PL telah dipilih mewakili MAKSAK �ilayah Persekutuan Labuan dalam kejohanan boling padang di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Kontinjen ini diketuai oleh En. Sudin B. Samad, selaku Setiausaha MAKSAK �P Labuan. �arga Perbadanan Labuan beraksi dalam 4 acara iaitu:

�alaupun ia dijalankan dalam suasana cuaca terik matahari dan sejuk malam , pemain tetap meneruskan cabaran tanpa mahu menyerah dengan mudah kepada lawan. Perlawanan ini juga turut disertai oleh pemain-pemain kebangsaan yang sering mewakili negara dalam pelbagai kejohanan boling padang antarabangsa termasuk Sukan Komanwel dan sukan SEA.

Berbanding penyertaan pada Sukan Badan Berkanun terdahulu, pada kali ini warga PL hanya membawa pulang pengalaman serta skil permainan baru yang dikutip semasa perlawanan dengan lawan yang lebih berpengalaman dan boleh dianggap profesional.

Sesuatu yang menarik dalam kejohanan tersebut ialah kebanyakkan pemain mengetahui mengenai gelanggang boling padang tertutup di �P Labuan yang sedang dalam pembinaan. Mereka juga berharap kejohanan Boling Padang MAKSAK akan datang dapat diadakan di �P Labuan.

Oleh: Norhanani I.

Oleh: Norhanani I.

* Pandangan *Berita Perbadanan Labuan akan menjadi sumber informasi mengenai perkhitdmatan dan aktiviti-aktiviti PL Khususnya kepada warga �P Labuan dan orang ramai amnya.Pandangan anda mengenai perkhitdmatan PL hendaklah dialamatkan kepada:Unit Perhubungan Awam, Perbadanan Labuan, Peti Surat 235, 87008 �P Labuan.Sila nyatakan nama, jawatan, alamat surat-menyurat, nombor telefon, faksimili dan alamat e-mel semasa menghantar pandangan anda, Terima Kasih.Diterbitkan Oleh: Unit Perhubungan Awam PL Dicetakkan Oleh: IE Digital Printing Services, Labuan F.T.