tun mahathir mohamed

Upload: obelicks

Post on 06-Apr-2018

309 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    1/20

    TAJUK: MAKLUMAT TENTANG TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMED

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    2/20

    Latar Belakang

    TUN DATO' SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMMADDK(Joh) DK(Perlis) DK(Kel) DK(Ked) DK(Sel) DKNS DUK SMN SSAPSPCM SSMT SPNS SPMJ SPMS DSBS DUNM DUPN SPDK DP DSDK

    PIS

    Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925.

    Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandardan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini

    dilahirkan di rumah bernombor18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai,

    Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    3/20

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    4/20

    Perkahwinan

    Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr.

    Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of

    Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat

    yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan

    sebagai suami isteri pada Ogos 1956.

    Anak-anak beliau ialah :

    1. Marina Mahathir (kini Datin Paduka Marina),

    2. Mirzan Mahathir,

    3. Melinda Mahathir,

    4. Mokhzani Mahathir (kini Datuk Mohzani),

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    5/20

    5. Mukhriz Mahathir( kini Datuk Mukriz),

    6. Maizura,

    7. Mazhar

    Kerjaya

    Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan

    dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA,

    di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri

    Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk

    beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat. Keperihatinan beliau

    terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencanayang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950.

    Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945,

    semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman,

    majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting

    sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan

    semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau

    menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu" yang diterbitkan

    dalam tahun 1970.

    Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang rajin membaca dan

    berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran adalah proses seumur hidup. Tuntutan

    profesional dan politik juga tidak menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu

    sebagai satu hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah mengikuti

    kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan tahap kemahiran beliau.

    Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    6/20

    dianugerahkan Honorary Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British

    Carpenters Society.

    Penglibatan Politik

    Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara dalam tahun-tahun 1950an

    disebabkan beliau masih menuntut di Universiti. Walau bagaimanapun, beliau terus menulis

    esei dan komentar mengenai isu-isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times.

    Perletakan jawatan sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir

    bergiat dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada pilihanraya negeri tahun

    1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum tahun 1964, Dr.Mahathir diberi

    kepercayaan menjadi calon dan seterusnya berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di

    atas tiket Parti Perikatan. Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat

    dan senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun 1964, Dr.

    Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau hilang kerusi pilihan raya umum

    berikutnya iaitu pada tahun 1969.

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    7/20

    Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan beliau

    dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli MajlisPenasihat Pendidikan Tinggi pada tahun 1972, Member Of the University Court and University

    of Malaya Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974. Dr.

    Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan jawatan ini untuk

    membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun 1974 yang mana beliau menang

    tanpa bertanding. Berikutan daripada pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri

    Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan beliau adalah

    mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya menggambarkan usaha-usaha ke arah

    menghapuskan kemiskinan dan mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua

    individu diberi peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran,

    beliau memberi peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran di Institut

    Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan beberapa kriteria kemasukan ke pusat-

    pusat tersebut, mengadakan biasiswa dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

    Beliau juga bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang

    ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Sebagai seorang

    yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan.

    Kini semua pusat pengajian tinggi diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.

    Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam Perhimpunan Agung

    UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun 1975 telah menyumbang kepada

    kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh

    Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan

    Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri Pendidikan, Dr.

    Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan Industri dalam tahun 1978. Beliau juga

    adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus

    menggalakkan perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam pilihanraya

    umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan jawatannya di dalam kabinet dan

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    8/20

    parti Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" atas perjuangannya yang tidak

    mengenal lelah untuk memartabatkan Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan merupakan

    pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai

    1981 hingga 31 Oktober 2003 iaitu selama 22 tahun.

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    9/20

    Pencapaian dan Sumbangan

    Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir sebagai antara 50 individuyang paling berkuasa di Asia, dimana beliau menduduki tempat kedua dalam senarai yang

    dikeluarkan oleh majalah tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia

    ketika itu berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan negara di

    dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir

    berjaya mengawal kegawatan ekonomi dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu

    pendekatan yang mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti

    Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya, Malaysia adalah satu-

    satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada belenggu kegawatan tersebut tanpa

    perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada

    negara-negara lain di Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan

    yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan beliau sebagai Chief

    Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan tepat dengan visi yang beliau rancang dan

    sasarkan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara

    yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian. Detik-detik awal

    beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia, sektor ekonomi negara pada ketika itu

    banyak bergantung kepada bahan komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan

    industri petroleum yang masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.

    Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan,

    maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah membuat keputusan untuk mempelbagaikan

    kegiatan ekonomi negara dan sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan

    komoditi. Keputusan yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an,

    harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula dengan peningkatan

    nilai matawang Yen yang menyebabkan berlaku kegawatan ekonomi selama beberapa tahun.

    Dr. Mahathir telah memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana

    Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja dan pemegang

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    10/20

    saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk meringankan bebanan kewangan

    kerajaan diantaranya Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sebagai

    korporat awam. Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya pengeluaran

    serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah peningkatan pembagunan industri berat

    seperti penubuhan industri otomotif negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal

    nasional adalah yang terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaanbumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan dengan penubuhan

    Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional serta Amanah Saham

    Bumiputera dan beberapa saham amanah dalam porfolio PNB. Masalah kewangan sering

    menjadi perhatian beliau dan antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan

    kewangan negara berada dalam keadaan terkawal. Dasar penswastaan negara ialah contoh

    pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan walaupun mencetus kontroversi

    di awal perlaksanaannya. Dasar yang diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan

    mengurangkan perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang lebih

    baik.

    Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya dalam bidang teknologi

    kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi untuk

    memastikan 888perkhidmatan yang ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek

    kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya

    Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan direalisasikan

    memandangkan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia

    perdagangan masa kini dan masa depan. Projek-projek besar yang dibangunkan dan

    direalisasikan semasa pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa

    Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat

    perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara BerkembarPetronas(KLCC). Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai

    sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan

    ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan

    negara ini disegani dunia. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir

    telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai

    pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan

    dihormati di pentas dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara

    Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia.

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    11/20

    Anugerah

    TAHUN NAMA ANUGERAH STATE

    2008 Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) WilayahPersekutuan

    2006 Certificate of ExecellentDari Multimedia University

    Malaysia

    2006 Anugerah Minda AgungDari Malaysian Invention & Design Society (MINDS)

    Malaysia

    2005 Grand FellowDari Institut Kelautan Malaysia (IKMAL)

    IKMAL(Malaysia)

    2004 Grand Fellow

    Dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur(DPMMKL)

    DPMMKL

    (Kuala Lumpur)

    2004 Honorary Doctor of Philosophy in Development StudiesDari University Malaysia Sarawak

    UNIMAS

    2004 Wira Perdana NegaraDari Persatuan Kebajikan Keluarga Bekas Polis dan Tentera(POLTERA) WP dan Selangor

    POLTERA(WP& Selangor)

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    12/20

    2004 FIABCI Award of Distinction 2004 for Nation Building Malaysia

    2004 Honorary Doctor of Philosophy in EconomicsDari University Malaysia Sabah

    UMS, Sabah

    2004 Honorary Doctor of Philosophy in Leadership and Humanity

    DevelopmentDari University Pendidikan Sultan Idris, Perak

    UPSI, Perak

    2004 Honorary Doctor of Philosophy in ScienceDari University Sains Malaysia, Penang

    USM, Penang

    2004 Honorary Doctor of Philosophy in Knowledge ScienceDari Multimedia University, Cyberjaya

    MMU

    2004 Honorary Doctor of Philosophy in ScienceDari University Putra Malaysia, Serdang, Selangor

    UPM

    2004 Honorary Doctor of Philosophy in Management ofDevelopment

    Dari University Utara Malaysia, Sintok, Perlis

    UUM

    2004 Honorary Doctor of Philosophy in LawDari University Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

    UKM

    2004 Institute of Engineers Distinguished Honorary FellowDari Institute of Engineers Malaysia

    IEM

    2004 Honorary Doctor of Philosophy in Government and PoliticalScienceDari University Teknologi MARA (UITM), Shah Alam, Selangor

    UiTM

    2004 Honorary Doctor of Philosophy in Engineering andTechnology

    Dari University Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak

    UTP

    2004 Sports Personality Award 2003Dari National Sports Award 2003

    Malaysia

    2004 Doctor of Islamic Thought Honorary DegreeDari University Malaya, Kuala Lumpur

    UM

    2004 Honorary Degree of Doctor of LettersDari International Islamic University of Malaysia

    IIUM

    2003 Honorary FellowDari Acedamy of Science of Malaysia Kuala Lumpur

    Kuala Lumpur

    2003 The Father of Modern MalaysiaDari Malaysian Government Malaysia

    2003 Honorary Doctorate of Management and EngineeringDari University Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor

    UTM

    2003 S.M.NSeri Maharaja Mangku Negara

    Malaysia

    2003 D.K Selangor

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    13/20

    Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor

    2003 The Father of National Unity AwardDari Parti Bersatu Sabah

    Sabah

    2003D.S.B.S.

    Darjah Satria Bintang Sarawak

    Sarawak, Malaysia

    2003D.K. The Most Honourable Order Of The Royal Family OfKedah

    Kedah, Malaysia

    2002D.K. The Most Esteemed Order Of The Royal Family OfKelantan

    Kelantan, Malaysia

    1997 Tuanku Syed Putra Of Perlis Royal Outstanding Award Perlis, Malaysia

    1997 S.S.A.P. Knight Commander Of The Sultan Ahmad Shah Pahang, Malaysia

    1996 Fellowship of The International College of Surgeons Malaysia

    1996 Anugerah Cemerlang Perlis, Malaysia

    1995D.K.The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of TuankuSyed Putra

    Perlis, Malaysia

    1994 Wira KeadilanPasir MasFoundation

    1992 Melaka Historical Citys Honorary Citizen Award Melaka

    1991 Wira Nusa Raya UMNO, Sabah

    1989D.K.(I)The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Johor

    Johor, Malaysia

    1988 D.U.K.Kedah Order Of Merit

    Kedah, Malaysia

    1985 FAR, Father of Modern Development By the Pasir SalakUMNO Division

    Pasir Salak

    1985 P.I.S Sultan Ibrahim Medal I Johor, Malaysia

    1982D.U.N.M Knight Grand Commander Of The Most HonourableOrder Of Melaka

    Melaka, Malaysia

    1982S.S.M.TSeri Setia Sultan Mahmud Terengganu

    Terengganu

    1982 D.K.N.S The Most Esteemed Order Of The Royal Family OfNegeri Sembilan

    Negeri Sembilan,Malaysia

    1981D.U.P.N Knight Grand Commander Of The Most HonourableOrder Of Pulau Pinang

    Pulau Pinang,Malaysia

    1981S.P.N.S Knight Commander Of The Most Honourable Order OfNegeri Sembilan

    Negeri Sembilan,Malaysia

    1981 S.P.D.K Sabah, Malaysia

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    14/20

    Seri Panglima Darjah Kinabalu

    1981S.P.C.MSeri Paduka Cura Si Manja Kini

    Perak, Malaysia

    1980D.P.Sarawak

    Dato Patinggi Bintang Kenyalang

    Sarawak, Malaysia

    1979S.P.M.J.Dato Seri Paduka Mahkota Johor

    Johor, Malaysia

    1978S.P.M.S.Seri Paduka Mahkota Selangor

    Selangor, Malaysia

    1977D.S.D.K.Seri Setia DiRaja Kedah, Kedah

    Kedah, Malaysia

    1977 SSAP Pahang, Malaysia

    1976 The Second Tun(Dr) Ismail Oration Academy of Medical Malaysia

    1965 Pingat Perak Perak, Malaysia

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    15/20

    Anugerah Antarabangsa

    TAHUN NAMA ANUGERAH NEGARA

    2007 Honorary Membership Dari IIUM Alumni Chapter of Bosnia andHerzegovina

    Bosnia andHerzegovina

    2007 Honorary Doctorate Dari Universitas Syiah Kuala Darussalam, BandaAceh

    Indonesia

    2006 Mother Teresa Award India

    2005 Gaddafi International Prize for Human Rights Libya

    2005 Huesped de Honor Dari Alcalde de Medellin Republic of Colombia

    2005 Orden Del Congress Grado Republic of Colombia

    2005 Orden De La Democracia Simon Bolivar En El Grado de GranCruz Extraordinaria Con Placa de Oro

    Republic ofColombia

    2005 Diplome-Pocasnog Clana Nastavnickog Vijeca Skole Sarajevo

    2005 Honorary Citizen of the Municipality of Travnik Dari the MunicipalCouncil Travnik

    Travnik

    2005 The Linus Pauling Award Dari the International League of Humanistsfor Peace and Tolerance

    BosniaHerzegovina

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    16/20

    Kronologi Tun Dr. Mahathir

    1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.

    1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.

    1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.

    1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang kemudiannyadikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;

    1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor Star, Hospital Langkawi,

    Hospital Jitra dan Hospital Perlis. 1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHAKlinik di Alor Setar.

    1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas beliaumenewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; DrMahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat 8196 undi.

    1965: Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.

    1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.

    1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusoff Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei,dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undiCina" apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangidalam pilihanraya;

    o Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan

    pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;o Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.

    1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (TheMalay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.

    1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;o Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan Malaysia (FIMA).

    1973: Dilantik sebagai senator.

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    17/20

    1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;o Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974, yang

    mana beliau menang tanpa bertanding;o Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.

    1975: Menjadi salah satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangidengan majoriti sebanyak 47 undi.

    1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.

    1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun HusseinOnn pada 15 September;

    o Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri

    Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);

    1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana Menteri Malaysia ke-empatpada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;

    o Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang

    jawatan Perdana Menteri;o Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah", "Kepimpinan Melalui

    Teladan", the "Dasar Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan

    polisi pemulauan barang UK ("Buy British Last");o Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung Malaysia untuk

    menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;o Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;

    o Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma)

    o Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie

    Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa SahamLondon pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang200,000 ekar tanah pertaniankepada rakyat Malaysia.

    1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rangundang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dapatmenjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan

    negeri masing-masing;o Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.

    1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteripada 27 Februari;

    o Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;

    o Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang jawatan

    Perdana Menteri;o Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang lawatan

    rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.

    1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNOdengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;

    o

    Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri DalamNegeri dan Perdana Menteri Malaysia.

    1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun Salleh Abas keranamenghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa kehadapan UMNO akandiputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO telah diharamkan olehMakhamah Tinggi);

    1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.

    1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    18/20

    o Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan, selepas

    peristiwa Douglas Gomez;o Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot

    apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang yang degil("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.

    1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September supayamengatasi Krisis Kewangan Asia 1997.

    1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dandalam UMNO pada 2 September;

    o Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasanya;

    Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November;o Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al Gore, Naib

    Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia diPersidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.o Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Perdana Menteri;

    o Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

    di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;o

    Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang mempunyai 88tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;o Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.

    1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di samping memegangjawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;

    o Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang memainkan

    peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.

    2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001)disamping memegang jawatan Perdana Menteri.

    2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan matapelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;

    o Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri

    dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhanselama 18 bulan.

    2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 danmenamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliaumemegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu daripadapemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama perkhidmatannya;

    o Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.

    2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran"Datuk Seri Utama".

  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    19/20

    Rujukan :

    ___,(1975). Dr. Mahathir Mohamad : a brief biography. Kuala Lumpur : Jabatan Penerangan

    Malaysia.

    ___,(2004). Biografi Dr. Mahathir. Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia.

    http://www.ipdm.uum.edu.my/Tun/BiodataTun.htm

    Sumber: : Buku Majlis Konvokesyen Khas Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor

    Falsafah (Pengurusan Pembangunan) Kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan

    Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kerja Sosial) kepada Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti

    Hasmah binti Mohd Ali.

    http://tirmidzi.diaryland.com/balaiwaris.html

    http://sejarahmalaysia.pnm.my/

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

    Dr. Mahathir masuk semula ke ICU, Utusan Online.

    Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta, Bernama. Dicapai 19 Mei

    2007

    [1], Malaysian Insider, 19 Mei 2008

    Musa: 'Duri dalam daging sudahpun terkeluar', Malaysiakini, 19 Mei 2008

    Nur Jazlan, The Umno curse strikes, again, Malaysian Insider, 19 Mei 2008

    http://dr-chedet.blogspot.com/ , Blog lama.

    http://www.ipdm.uum.edu.my/Tun/BiodataTun.htmhttp://tirmidzi.diaryland.com/balaiwaris.htmlhttp://sejarahmalaysia.pnm.my/http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamadhttp://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htmhttp://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=333937http://www.themalaysianinsider.com/mni/dr-ms-final-move-to-topple-abdullah.htmlhttp://www.malaysiakini.com/news/83099http://www.themalaysianinsider.com/mni/the-umno-curse-strikes-again.htmlhttp://dr-chedet.blogspot.com/http://www.ipdm.uum.edu.my/Tun/BiodataTun.htmhttp://tirmidzi.diaryland.com/balaiwaris.htmlhttp://sejarahmalaysia.pnm.my/http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamadhttp://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htmhttp://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=333937http://www.themalaysianinsider.com/mni/dr-ms-final-move-to-topple-abdullah.htmlhttp://www.malaysiakini.com/news/83099http://www.themalaysianinsider.com/mni/the-umno-curse-strikes-again.htmlhttp://dr-chedet.blogspot.com/
  • 8/3/2019 Tun Mahathir Mohamed

    20/20

    Victor A. Pogadaev. 20 Tahun Yang Mengubah Wajah Malaysia. Berita Harian, 13. 3. 2002