psv peraturan beri markah

54
PERATURAN MEMBERI MARKAH Holistik dan Analitik Pemilihan Kriteria Borang Penilaian Penggredan Rubrik

Upload: attoae-ochre

Post on 04-Aug-2015

4.126 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Psv Peraturan Beri Markah

PERATURAN MEMBERI MARKAH

• Holistik dan Analitik• Pemilihan Kriteria• Borang Penilaian

• Penggredan• Rubrik

Page 2: Psv Peraturan Beri Markah
Page 3: Psv Peraturan Beri Markah

1) PEMARKAHAN HOLISTIK

• Skema yg disediakan secara umum sbg panduan utk beri markah kpd jawapan pelajar.

• Sesuai utk esei.1.memerlukan pemeriksa membaca terlebih

dahulu jawapan secara keseluruhan 2.mengelas pencapaian mengikut kelompok

pencapaian3.menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu

soalan.

Baca anggar kelaskan

Page 4: Psv Peraturan Beri Markah

• Pelajar bebas beri jawapan asalkan tidak menyeleweng drp kehendak soalan.

• memerlukan pemeriksa yg berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.

• boleh dikelaskan kpd 6 kriteria berdasarkan dari markah 0 sehingga 6.

Page 5: Psv Peraturan Beri Markah

Markah Kriteria5 Cemerlang – menguasai semua objektif

serta dapat berhujah dengan baik dan berkesan

4 Baik – menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan hujah dengan dan berkesan

3 Memuaskan – hampir sebahagian objektif dan memberikan hujah dengan memuaskan

2 Lemah – menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah adalah lemah

1 Kurang memuaskan – belum menguasai sebarang objektif dan hujah adalah lemah

0 Gagal – gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah

Page 6: Psv Peraturan Beri Markah

LANGKAH-LANGKAH YANG TERLIBAT:

1. Pemeriksa menentukan bilangan kategori gred atau prestasi yang akan digunakan dalam pemarkahan

2. Huraikan kriteria yang menentukan tahap kualiti bagi setiap kategori atau gred

3. Baca setiap kertas jawapan dengan cepat dan berdasarkan kriteria yang tetapkan dapatkan satu gambaran keseluruhan mengenai kualiti jawapan;

Page 7: Psv Peraturan Beri Markah

4. Letakkan kertas jawapan pada kategori prestasi (gred) yang sepadan dengan kualiti kertas jawapan;

5. Selepas semua kertas jawapan telah diperiksa, baca semula semua kertas jawapan yang diletak dalam setiap kategori prestasi untuk memastikan ianya telah diletakkan dalam kategori prestasi yang betul

6. Kertas jawapan yang salah dikategorikan hendaklah dipindah ke kategori yang betul.

Page 8: Psv Peraturan Beri Markah

KAEDAH PEMARKAHAN HOLISTIK• Kaedah yang lazim digunakan untuk

pemarkahan holistik ialah kaedah ordinal dan nominal.

Kaedah Ordinal:• Sekiranya pemarkahan secara holistik

dibuat dengan menggunakan kaedah ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:

Page 9: Psv Peraturan Beri Markah

LANGKAH-LANGKAH KADEAH ORDINAL

1. Memeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan.

2. Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut prestasinya, iaitu prestasi terbaik diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan di bawah.

3. Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred A, B, C, D dan E sebagainya.

4. Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan pelajar yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.

Page 10: Psv Peraturan Beri Markah

KAEDAH NOMINAL

Dalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:1.Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada menggunakan markah atau gred. Misalnya, gred A = Cemerlang, B= Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gred berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.

Page 11: Psv Peraturan Beri Markah

• Kriteria kandungan : penguasaan pengetahuan.

• Kriteria pengolahan : kemahiran menghuraikan idea secara logik dan

matang serta penguasaan bahasa yang tepat

• Kriteria proses : aspek ketepatan, kemunasabahan,

kelengkapan, ketekalan, keaslian dan kreativiti.

Page 12: Psv Peraturan Beri Markah

2. Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar sekali lalu untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar, berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.

3. Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan.

4. Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yang telah diberikan.

Page 13: Psv Peraturan Beri Markah

KELEBIHAN PEMARKAHAN HOLISTIK

• Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan.

• Pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang

• Pemeriksaan skrip jawapan dibuat oleh lebih drp seorang pemeriksa

Page 14: Psv Peraturan Beri Markah

• Pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dlm kumpulan (pastikan setiap pemeriksa beri markah yg sama).

• Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dlm aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yg lain terutamanya kemahiran aras tinggi

• Pemeriksa mengikhtiraf dan beri ganjaran kepada pelajar yang beri jawapan secara kreatif dan inovatif.

Page 15: Psv Peraturan Beri Markah

KELEMAHAN PEMARKAHAN HOLISTIK

• Memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan sebagai pemeriksa.

• Pemarkahan secara umum tanpa memberi perhatian kepada aspek khusus penulisan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain.

• Kemungkinan perselisihan dalam memberikan markah antara pemeriksa dan sukar hendak dijelaskan.

Page 16: Psv Peraturan Beri Markah

• Pemarkahan holistik juga kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan.

• Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar.

Page 17: Psv Peraturan Beri Markah

situasi pemeriksa memberikan markah

tinggi untuk satu jawapan yang

sederhana atau kurang baik kerana calon

dikenalinya sebagai pelajar yang cergas.

KESAN HALO

keadaan satu jawapan baik diberi markah

yang rendah kerana jawapan itu datangnya

daripada calon yang dianggap kurang berkebolehan.

KESAN HORN

Page 18: Psv Peraturan Beri Markah

2) PEMARKAHAN ANALITIK

• Beri markah secara point iaitu ia perlukan skema pemarkahan yg terperinci & setiap unit jawapan diberi perhatian & pemberatan.

• Beri perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kpd organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenanan.

• Kaedah ini paling sesuai digunakan untuk soalan esei jawapan terhad.

Page 19: Psv Peraturan Beri Markah

• Penyediaan skema pemarkahan:

(a) Kaedahan ini memerlukan:penyediaan satu garis panduan/senarai unsur

utama yg perlu dikemukakan sbg jawapan yg paling baik bagi soalan itu

Penentuan bilangan point yg akan diberi utk setiap unsur utama

Page 20: Psv Peraturan Beri Markah

(b) Jawapan pelajar yang menepati jawapan yang dikehendaki akan diberi markah penuh; jawapan yang langsung tidak menepati tidak akan diberi sebarang markah;

(c) Sebahagian daripada markah penuh boleh diberi sekiranya jawapan tidak tepat sepenuhnya;

(d) Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan menentukan berapakah markah akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang tepat.

Page 21: Psv Peraturan Beri Markah

KELEBIHAN PEMARKAHAN ANALITIK

• Boleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang berpengalaman dan tidak begitu menguasai bidang berkenaan.

• Pemarkahan diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang telah disediakan.

• Pemeriksa tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan pelajar sama ada tepat, kurang tepat atau tidak betul.

• Skrip jawapan diperiksa sekali sahaja oleh pemeriksa.

Page 22: Psv Peraturan Beri Markah

• Cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi atau rendah.

• Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar dan menyampaikan maklumat ini kepada pelajar.

• Pelajar juga akan dapat melihat serta menilai di mana dan apa kelemahan mereka dengan jelas

• Lebih objektif dan ketekalannya dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.

Page 23: Psv Peraturan Beri Markah

KELEMAHAN PEMARKAHAN ANALITIK

• Pengambilan masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan terutamanya apabila bilangan calon terlalu ramai.

• Memerlukan pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar dengan skrip jawapan satu persatu.

• Melibatkan pemeriksaan yang dilakukan secara fakta dan kurang memberi penekanan pada kemahiran penulisan.

Page 24: Psv Peraturan Beri Markah

• Apabila penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata, secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar hanya terlalu bergantung kepada skema jawapan dalam mengulangkaji pelajaran.

• Mereka tidak akan mengambil kira aspek kemahiran apabila menjawab soalan berbentuk esei.

• Pemeriksaan boleh bersifat negatif kerana apabila pelajar membuat kesilapan dalam sesuatu aspek, maka markah yang diperuntukkan untuk aspek tersebut akan ditolak.

• Pelajar cenderung untuk mendapat skor yang rendah bagi soalan esei atau subjektif

Page 25: Psv Peraturan Beri Markah

PERBEZAAN ANTARA PEMARKAHAN HOLISTIK DAN ANALITIK

Perkara Permakahan Holistik Permakahan Analitik

SKEMA PEMARKAHAN

Sangat subjektif (Berdasarkan andaian bahawa pelajar mempunyai pandangan menyeluruh ke atas keseluruhan soalan)

Sangat terperinci berdasarkan unsur-unsur yang terkandung di dalam jawapan

KRITERIA PEMERIKSA

Hanya guru yang berpengalaman dan menguasai bidang berkenaan mampu menggunakan teknik ini

Semua guru boleh menggunakan teknik ini termasuk yang kurang pengalaman

Page 26: Psv Peraturan Beri Markah

Perkara Permakahan Holistik Permakahan Analitik

UNSUR-UNSUR PENTING DALAM

JAWAPAN

Apa sahaja aspek baik yang terdapat di dalam jawapan

Kandungan, pengelolahan dan proses

PENYELARASAN PERMARKAHAN

Mesyuarat penyelarasan oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa berkenaan diperlukan

Skema permarkahan dihuraikan secara terperinci (meningkatkan keobjektifan dan kebolehpercayaan) boleh disediakan secara bertulis

Page 27: Psv Peraturan Beri Markah

Perkara Permakahan Holistik Permakahan Analitik

BENTUK SOALAN

Sesuai untuk soalan karangan atau esei

Berstruktur (setiap soalan diperuntukkan markah tertentu secara terperinci)

BENTUK JAWAPAN

Jawapan tidak semestinya seragam spt skema yg disediakan (sesuatu esei beri pelbagai bentuk luahan pemahaman pelajar)

Perlu dijawab secara terperinci, seragam dan berstruktur

BENTUK MARKAH

A, B, C, D, E atau pangkat 1-5 (Cemerlang – gagal)

Secara pecahan.Contohnya: 7/10

MASA Bergantung kepada tahap kemahiran pemeriksa

Panjang

Page 28: Psv Peraturan Beri Markah

3) PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIA

• Satu pendekatan pemarkahan memperihalkan pencapaian seseorang pelajar dgn merujuk kepada objektif dan kandungan ujian.

• Memeriksa jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan memerlukan kriteria tertentu.

• Kriteria yang digunakan berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan.

• Cth: seorang guru mengajar murid dlm kelas ttg corak tidak terancang melalui teknik tiupan.

• Kriteria yg diperlukan dm pembahagian markah: ialah dari segi warna, kemasan, alat & bahan, gubahan dan motif.

Page 29: Psv Peraturan Beri Markah

KELEBIHAN PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIA

• Perbandingan antara pelajar tidak diperlukan.• Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar tidak

dikaitkan dengan skor pelajar lain.

• Guru tidak akan menggunakan maklumat seperti skor tertinggi, skor terendah, min atau sisihan piawaian untuk menafsirkan pencapaian pelajar tertentu.

• Prestasi pelajra boleh diuji secara terperinci.

Page 30: Psv Peraturan Beri Markah

KELEMAHAN PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIA

• Untuk membolehkan pemarkahan dilakukan dengan saksama, bilangan item untuk setiap bidang pengetahuan atau kemahiran yang diuji perlulah mencukupi.

• Sekurang-kurang enam item dikemukakan untuk menguji setiap bidang pengetahuan atau kemahiran.(MCMillan 1997).

• Jika kriteria kurang spesifik, sekurang-kurangnya 10 item perlu diadakan untuk setiap objektif.

Page 31: Psv Peraturan Beri Markah

4) PENGGREDAN

• Gred yang diberi hendaklah menunjukkan setakat mana pelajar telah mencapai objektif instruksional dan selaras dengan dasar pemberian gred sekolah berkenaan.

• Pelbagai jenis alat pengukuran: ujian objektif, ujian esei, skala kadar, kertas kerja dan persembahan, digunakan untuk menaksir pembelajaran cara untuk merumuskan pelbagai maklumat ini

kepada satu gred huruf merupakan satu masalah penggredan.

Page 32: Psv Peraturan Beri Markah

• Beberapa pertimbangan semasa penggredan:

1.Apakah rangka rujukan atau standard yang perlu digunakan untuk melaporkan tahap prestasi ?

2.Bagaimana menggabungkan data-data prestasi untuk penggredan ?

3.Apakah garispanduan yang perlu dipatuhi untuk memastikan system penggredan itu adil dan berkesan ?

Page 33: Psv Peraturan Beri Markah

• Gred huruf boleh digunakan untuk membandingkan prestasi pelajar dengan piawai prestasi yang telah ditetapkan (penggredan mutlak) atau dengan prestasi pelajar lain dalam sesuatu kumpulan (penggredan relatif);

• Penggredan mutlak penggredan rujukan kriteria• penggredan relatif penggredan rujukan norma;

Page 34: Psv Peraturan Beri Markah

• Kadang-kadang gred yang diberi adalah berdasarkan: (a) kebolehan belajar pelajar(b) penambahbaikan yang ditunjukkan oleh pelajar dalam tempoh instruksional(c) usaha pelajar;

• Dicadangkan gred yang diberi hendaklah berdasarkan pencapaian dan bukan berdasarkan (a), (b) atau (c) di atas.

Page 35: Psv Peraturan Beri Markah

Penggredan Rujukan Kriteria (Penggredan Mutlak):

• dilaksanakan ialah guna gred-gred huruf yang ditakrifkan dengan sistem 100-point.

• Gred-gred huruf mungkin ditakrifkan seperti salah satu daripada sistem poin berikut:

Page 36: Psv Peraturan Beri Markah

• Apabila digunakan pada ujian individu, sistem 100-poin ini boleh menunjukkan peratus item yang dapat dijawab dengan betul atau jumlah skor yang diperolehi dalam ujian;

• Apabila digunakan sebagai gred akhir, ia menunjukkan satu gabungan skor daripada pelbagai ujian dan keputusan penaksiran yang lain.

• Kaedah ini sesuai digunakan apabila:

a) tugasan pembelajaran telah dinyatakan dengan jelas dan tepatb) standard telah ditakrifkan berdasarkan tugasan pembelajaranc) ujian serta teknik penaksiran lain telah dibina dgn cara yg

benarkan tafsiran rujukan kriteria;

Page 37: Psv Peraturan Beri Markah

Penggredan Rujukan Norma (Penggredan Relatif):

• Apabila memberi gred berdasarkan prestasi relatif, pelajar disusun mengikut prestasi.

• pelajar yg punya rank paling tinggi diberi Gred A, yg kedua tinggi diberi Gred B dan seterusnya.

• Nisbah/kadar pelajar yg mendapat sesuatu gred adlh ditentukan terlebih dahulu spt berikut:

Page 38: Psv Peraturan Beri Markah

• Apabila nisbah atau kadar peratus yg akan mendapat gred-gred tertentu telah ditetapkan di sekolah, guru tidak ada pilihan dan perlu patuhi amalan sekolah.

• Utk memastikan sistem penggredan rujukan-norma dilaksanakan dengan berkesan pengukuran pencapaian pelajar hendaklahmenghasilkan julat skor yg luas.

• Julat skor yg luas bolehkan gred-gred ditentukan tanpa banyak kesilapan klasifikasi.

• Apabila nisbah/kadar peratus yg akan dapat gred-gred tertentu telah ditetapkan di sekolah, guru tidak ada pilihan dan perlu patuhi amalan sekolah.

• Utk pastikan sistem penggredan rujukan-norma dilaksanakan dgn berkesan, pengukuran pencapaian pelajar perlu hasilkan julat skor yg luas.

• Julat skor yang luas bolehkan gred-gred ditentukan tanpa banyak kesilapan klasifikasi.

Page 39: Psv Peraturan Beri Markah

Penggredan Berdasarkan Kebolehan Pelajar, Penambahbaikan & Usaha

• Penggredan kadang-kadang dibuat berdasarkan:

• Kaedah in kurang sesuai v gambaran dan pengertian yg kurang tepat mengenai maksud gred yg diberi.

• Sukar utk dapatkan satu ukuran bagi kebolehan belajar selain daripada pencapaian; kedua-dua alat pengukuran akan mengandungi item yang sama;

(a) Kebolehan belajar; (b) Tahap penambahbaikan pencapaian (c) Tahap usaha yang digunakan.

Page 40: Psv Peraturan Beri Markah

Pertimbangan Semasa Memeriksa Jawapan:

• Periksa jawapan calon berdasarkan respons yang dikehendaki oleh soalan;

• Bagi soalan yang menguji pengetahuan, jawapan hendaklah diperiksa mengikut susunan pemarkahan dengan kaedah analitik;

• Periksa jawapan semua calon kepada satu soalan sebelum meneruskan pemarkahan bagi soalan yang berikutnya;

• Periksa jawapan calon tanpa mengetahui nama calon.

Page 41: Psv Peraturan Beri Markah

5) RUBRIK

Page 42: Psv Peraturan Beri Markah

Definisi Rubrik

• Rubrik merupakan salah satu sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru-guru.

• Sistem ini berfungsi sebagai penunjuk (indicator) yang diperlukan untuk menilai tahap pencapaian pelajar berdasarkan kriteria khusus dan jelas.

• Penaksiran secara subjektif dijalankan berdasarkan set kualiti yang dihasilkan berdasarkan objektif pembelajaran.

Page 43: Psv Peraturan Beri Markah

• Kualiti dan tahap pencapaian pelajar ditaksirkan guru berdasarkan tugasan yang diberikan seperti tugasan bertulis, projek, esei dan amali.

• Guru seterusnya memberikan markah berdasarkan pematuhan garis kriteria.

• Biasanya terdiri daripada 3 iaitu tahap cemerlang, sederhana atau memuaskan (perlu penambahbaikan).

Page 44: Psv Peraturan Beri Markah

Contoh rubrik pemarkahan

• Pemarkahan pelajar diberi berasarkan rubrik pemarkahan yang telah disediakan.

• Berikut merupakan contoh rubrik pemarkahan bagi subjek mata pelajaran.......

Tajuk/ Kemahiran/ Komponen/ Tugasan yang

dinilai

INDIKATOR PRESTASI DAN PERMARKAHAN

BAIK SEDERHANA LEMAH

(MARKAH = 20 - 15 ) (MARKAH = 14- 10 ) (MARKAH = 9- 5)

Page 45: Psv Peraturan Beri Markah

Ciri-ciri umum rubrik

• Rubrik secara umumnya mempunyai ciri-ciri berikut:-

– Memfokuskan pengukuran berdasarkan objektif dengan jelas.

– Menggunakan skala dalam menentukan pencapaian tiap-tiap tahap.

– Mengandungi spesifikasi tentang kriteria dan kualiti yang dipenuhi untuk mendapatkan markah.

Page 46: Psv Peraturan Beri Markah

Contoh asas rubrik:Projek penghasilan model jambatan

CRITERIA

QUALITY

Excellent Good Needs Improvement

Load supported greater than 12 kg 6 to 12 kg less than 6 kg

Weight of bridge less than 30 grams 30 to 60 grams over 60 grams

Bridge span greater than 385 mm 360 to 385 mm less than 360 mm

Ability of matchbox car to roll across bridge

does not stop stops 1 or 2 timesstops 3 or more times or

cannot roll entire length of bridge

RUBRIK ANALITIK

Page 47: Psv Peraturan Beri Markah

Contoh asas rubrikMelukis muka kartun

HAPPY FACE QUALITY EXAMPLE

4 - Displays amazing detail and color; highly elaborate theme; unique and original

3 - Displays detail and color; theme is present with some elaboration; displays initiative to develop original work

2 - Displays some detail and/or color; theme is present but not fully developed; evidence of some initiative to develop original work

1 - Displays a lack of detail, color, and theme; very little or no initiative in developing original work

RUBRIK HOLISTIK

Page 48: Psv Peraturan Beri Markah

Jenis- Jenis Rubrik

Rubrik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :-

Holistik Analitik Umum Tugasan spesifik

Page 49: Psv Peraturan Beri Markah

a) Holistik

Rubrik holistik menyediakan markah keseluruhan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid terhadap tugasan yang diberikan.

Kelebihan – menyediakan markah dengan cepat berdasarkan pencapaian pelajar.

Kelemahan – tidak menyediakan maklumat secara terperinci

Page 50: Psv Peraturan Beri Markah

b) Analitik

• Rubrik analitik menyediakan maklum balas sepanjang tempoh pengukuran dijalankan. Rubrik analitik berlawanan dengan rubrik holistik.

• Kelebihan – mendapat maklum balas yang lebih terperinci.

• Kelemahan – mengambil masa yang lama untuk dikira

• Kegunaan - untuk melihat kekuatan dan kelemahan pelajar. - untuk mendapat maklum balas dengan lebih terperinci. - untuk mentaksir kebolehan dan pencapaian pelajar.

Page 51: Psv Peraturan Beri Markah

c) Umum

• Rubrik umum mengandungi kriteria yang umum berdasarkan tugasan. rubrik umum bertentangan dengan tugasan spesifik.

• Kelebihan – boleh digunakan rubrik yang sama pada tugasan yang berlainan.

• Kelemahan – maklum balas tidak cukup terperinci.

• Kegunaan – untuk mentaksir sebab, kebolehan dan juga pencapaian setiap pelajar melakukan tugasan yang berlainan.

Page 52: Psv Peraturan Beri Markah

d) Tugasan Spesifik• Rubrik tugasan spesifik adalah tersendiri

berdasarkan tugasan. Rubrik ini berbeza dengan rubrik umum.

• Kelebihan – lebih dipercayai untuk mentaksir pencapaian pelajar.

• Kelemahan – sukar untuk digunakan untuk semua tugasan.

• Kegunaan – untuk mentaksir pengetahuan pelajar.

Page 53: Psv Peraturan Beri Markah

Rubrik Penskoran• Tahap 3

ialah tahap di mana pelajar tersebut telah membuktikan bahawa beliau telah memenuhi kriteria yang ditetapkan itu tanpa apa-apa bantuan daripada pihak ketiga

• Tahap 2ialah tahap di mana pelajar tersebut telah membuktikan bahawa beliau hanya memenuhi sebahagian daripada kriteria yang ditetapkan dengan sedikit bantuan daripada pihak ketiga untuk memenuhi sebahagian lagi kriteria tersebut.

• Tahap 1ialah tahap di mana pelajar tersebut memerlukan banyak bantuan daripada pihak ketiga bagi memenuhi kriteria tersebut.

• Tahap Yialah tahap di mana pelajar tersebut menunjukkan sifat dalaman yang hendak ditaksir itu wujud dalam dirinya.

• Tahap Tialah tahap di mana pelajar tidak menunjukkan sifat dalaman yang hendak ditaksir itu wujud dalam dirinya.

Page 54: Psv Peraturan Beri Markah

Kegunaan

• Rubrik selalu digunakan sebagai kaedah alternatif untuk mentaksir kebolehan dan pencapaian pelajar didalam pembelajaran.

• Didalam mentaksir, rubrik direka untuk memberi maklum balas kepada guru mengenai tahap kebolehan dan pencapaian pelajar dalam satu- satu mata pelajaran itu.

• Rubrik beri fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu pelajar kuasai dimana hasil pembelajaran ini akan digunakan untuk menghasilkan soalan ujian/tugasan untuk dinilai setakat mana pemahaman dan pengetahuan pelajar.