beri peluang kepada teamadenan

44
Manifesto Barisan Nasional Sarawak 2016 Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 Beri Peluang Kepada Team Adenan #theAdenanWay BARISAN NASIONAL UNDILAH BARISAN NASIONAL

Upload: doankien

Post on 31-Jan-2017

241 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Manifesto Barisan Nasional Sarawak 2016Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11

Beri Peluang Kepada TeamAdenan # t heAdenanWay

BARISAN NASIONALUNDILAH BARISAN NASIONAL

Page 2: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Sekali lagi, kita akan menjalankan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju negeri Sarawak yang tercinta.

Dalam usaha kita mewujudkan negara yang lebih sejahtera, kita tidak seharusnya lupa akan perjalanan yang telah ditempuhi bersama selama 52 tahun dalam mencapai keamanan, kemajuan dan kemakmuran.

Seperti yang kita semua ketahui, perjalanan tersebut tidak selalunya lancar. Namun, kita berjaya mengatasi detik-detik yang mencabar, berkat keazaman rakyat kita yang telah bekerjasama rapat dan berkeyakinan penuh terhadap kepimpinan Barisan Nasional. Usaha kita ini telah mewujudkan persekitaran yang stabil dan harmoni di negeri ini.

Sentiasa ingat; perpaduan adalah tunjang kekuatan kita.

Kita lebih kukuh sebagai Sarawak yang bersatu padu.

Negara Malaysia pastinya kukuh dengan Sarawak yang bersatu padu.

Perpaduan di Sarawak telah mewujudkan masyarakat yang aman damai dan telah membolehkan setiap generasi baharu menikmati kemakmuran.

Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi bersama adalah hasil titik peluh dan pengorbanan generasi terdahulu; yang juga terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa dan kepercayaan tetapi tetap bersatu padu.

Sejak dahulu lagi, Kerajaan Barisan Nasional telah mengutamakan perpaduan kerana kami sentiasa memahami betapa pentingnya kita mencapai aspirasi bersama melalui satu barisan yang bersatu.

TeamAdenan telah dibentuk untuk mencapai aspirasi ini.

Pasukan saya akan terus bekerja keras untuk rakyat Sarawak bagi memastikan anda terus menikmati keamanan, kemajuan dan kemakmuran.

Rakyat Sarawak sekalian,

Undilah untuk Sarawak yang bersatu paduUndilah Barisan Nasional

Yang Benar,

Kami juga akan terus melindungi hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

Berasaskan perpaduan yang juga merupakan sumber kekuatan kita, Kerajaan Barisan Nasional akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Sarawak.

Kami akan terus menjana lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan sehingga tahun 2030 dan selanjutnya melalui pelan pembangunan, strategi dan inisiatif yang diyakini dan ternyata berkesan.

Kami akan mewujudkan lebih banyak peluang pendidikan

untuk generasi muda bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai untuk masa depan Sarawak yang lebih baik.

Kami juga akan terus memastikan infrastruktur asas dan kemudahan awam dipertingkatkan terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

TeamAdenan akan bekerja keras untuk mentransformasi masyarakat di luar bandar, supaya dapat menikmati manfaat perkhidmatan dan kemudahan awam yang lebih baik di seluruh negeri ini, tidak kira di mana mereka tinggal.

Bagi menjamin keamanan dan kemakmuran Sarawak, Kerajaan Barisan Nasional akan terus mengekalkan perpaduan kerana kami sedar bahawa matlamat ini tidak akan tercapai jika tidak ada kerjasama di antara satu sama lain.

Sebagai Ketua Kerajaan Barisan Nasional Negeri, hasrat saya adalah untuk bekerjasama dengan anda dan seluruh rakyat Sarawak.

Saya ada Rancangan untuk mentransformasi Sarawak menjadi negeri maju yang akan membawa kita menuju masa depan yang lebih cerah.

Marilah kita semua bersama-sama, bersatu padu dan berusaha ke arah membangunkan Negeri Sarawak yang boleh kita banggakan.

#theAdenanWay

Adenan SatemPengerusi Barisan Nasional Sarawak

Page 3: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

BARISAN NASIONAL SARAWAK1. Menegakkan Hak Sarawak dan Rakyatnya2. Mempertahankan Keamanan dan Keharmonian Negeri Kita3. Memelihara Budaya, Warisan dan Kepercayaan Pelbagai Kaum di Sarawak4. Menjamin Hak Rakyat ke Atas Tanah Mereka5. Melindungi dan Memulihara Alam Semulajadi6. Mempertingkatkan Kebajikan Golongan yang Kurang Bernasib Baik7. Menyediakan Lebih Banyak Rumah Mampu Milik untuk

Golongan Berpendapatan Rendah dan Sederhana8. Mempercepatkan Pembangunan Jaringan Jalan, Liputan Bekalan Air, Elektrik dan Telekomunikasi 9. Meningkatkan Akses kepada Perkhidmatan Kesihatan 10. Meningkatkan Penyertaan Wanita dalam Aktiviti Sosio-Ekonomi11. Mengiktiraf dan Membangunkan Potensi Belia Demi Masa

Depan Kita 12. Memajukan Pendidikan dan Latihan Teknikal 13. Mewujudkan Lebih Banyak Peluang Pekerjaan untuk

Rakyat Sarawak 14. Membangunkan Persekitaran Perniagaan yang Kondusif

untuk Pelaburan dan Keusahawanan15. Industrialisasikan Negeri Melalui Sektor Pembuatan,

Pelancongan dan Transformasi Luar Bandar

MANIFESTO 2016

Page 4: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

#theAdenanWay53 Prinsip dan Tindakan Ketua Menteri ANAK SARAWAK

1. Bumiputera di Sarawak tidak boleh diklasifikasikan sebagai ‘Lain-lain’.

2. Masyarakat Cina bukan ‘Pendatang’.3. Putrajaya diingatkan bahawa apabila

membuat rujukan kepada, atau menentukan Bumiputera dalam mana-mana dokumen atau komunikasi, mestilah meliputi semua peribumi Sarawak selain daripada Melayu.

4. Ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir – Jabatan Imigresen diarah untuk sentiasa berwaspada dan bertindak lebih aktif.

PEMANSUHAN DAN PENGURANGAN CAJ

5. Pengurangan tarif elektrik berdasarkan unit penggunaan:~ Pengurangan antara 2% hingga 40%

untuk pengguna Domestik – berkuatkuasa 1 Januari 2015;~ Pengurangan antara 15% hingga 50%

untuk pengguna Komersial – berkuatkuasa 1 Jun 2015; dan~ Pengurangan antara 8% hingga 11%

untuk pengguna Industri – berkuatkuasa 1 Jun 2015.

6. Semua tambang feri di seluruh negeri diseragamkan ke RM1 (daripada RM5, RM10 atau RM15), mulai 1 Julai 2015.

7. Pemansuhan bayaran tol Jambatan Lanang di Sibu (24 Mei 2015), Jambatan ASEAN di Miri (1 Jun 2015) dan Jambatan Tun Salahuddin di Kuching (1 Januari 2016).

8. Tiada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikenakan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

9. Pemansuhan cukai tanah untuk rumah kediaman dan tanah pertanian yang kurang daripada 100 ekar.

10. Pengurangan kadar cukai pintu antara 10% hingga 100% untuk tempat kediaman.

JANJI KERAJAAN KEPADA SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA

11. Sebagai pengiktirafan kepada Sekolah Persendirian Cina, peruntukan telah disalurkan sebanyak:

RM3 juta pada tahun 2014; RM4 juta pada tahun 2015; dan RM5 juta pada tahun 2016.

12. Kerajaan Negeri mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) dengan menerimanya sebagai syarat kelayakan memohon pinjaman/ biasiswa Yayasan Sarawak dan memasuki Perkhidmatan Awam Negeri.

4 Barisan Nasional Sarawak

Page 5: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

#theAdenanWay KOMITMEN PETRONAS13. Kontrak akan diberi kepada syarikat dari

Sarawak ~ RM2.1 bilion setiap tahun.14. Memperkasakan tanggungjawab sosial

korporat (CSR) ~ RM10 juta setahun.15. Dana pendidikan PETRONAS untuk

pendidikan dan latihan sekolah teknikal ~ bernilai RM420 juta untuk 5 tahun.16. PETRONAS bersetuju membekal

450 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) gas asli pada harga khas yang telah dirundingkan untuk sektor tenaga dan sektor bukan tenaga di Sarawak.

TRANSFORMASI LUAR BANDAR17. Kerajaan menambahbaik perkhidmatan

di kawasan luar bandar dengan menubuhkan:~ Serian sebagai Bahagian baharu dan

9 Daerah baharu:~ Tebedu ~ Subis~ Beluru ~ Telang Usan~ Sebauh ~ Bukit Mabong~ Tanjung Manis ~ Pusa~ Kabong

7 Daerah Kecil baharu:~ Siburan ~ Bario~ Tinjar ~ Long Bedian~ Mulu ~ Nanga Budu~ Nanga Merit

18. Tambahan RM1.5 bilion untuk pembangunan luar bandar bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar.

TIADA PARTI POLITIK DARI LUAR SARAWAK

19. Sarawak menolak parti politik dari Semenanjung Malaysia.

20. UMNO bersetuju tidak akan membuka cawangan di Sarawak.

LEBIH AUTONOMI DAN PENURUNAN KUASA KEPADA SARAWAK

21. 22 Julai diisytiharkan sebagai cuti umum, sebagai pengiktirafan kepada Sarawak menjadi sebuah negeri yang mempunyai kerajaan sendiri pada 22 Julai 1963.

22. Kerajaan Negeri komited untuk meneruskan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan mengenai kenaikan royalti minyak daripada

5% ke 20%.

23. Sarawak mahu lebih kuasa autonomi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

24. Kejayaan rundingan fasa pertama mengenai 13 perkara perjanjian dengan Kerajaan Persekutuan tentang penurunan kuasa melalui pemerkasaan tadbir urus Kerajaan Negeri.

25. Rundingan fasa kedua memberi tumpuan kepada undang-undang yang bercanggah dengan hak-hak Negeri berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

26. Rundingan fasa ketiga penurunan kuasa kepada Sarawak melibatkan perkara yang berkaitan dengan kewangan.

Barisan Nasional Sarawak 5

Page 6: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

DASAR-DASAR PENTADBIRAN BAHARU

27. Sarawak merupakan negeri pertama di mana semua Menteri, Menteri Muda, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri BN dan Setiausaha Politik telah menandatangani Ikrar Integriti.

28. Lesen menangkap ikan laut dalam yang diguna secara ‘alibaba’ telah dikaji semula dan dibatalkan, dan pengeluaran lesen baharu akan dirujuk kepada Kerajaan Negeri.

29. Semua penerima di bawah Program Bantuan Kebajikan akan mendapat tambahan RM50 setiap bulan.

30. Dasar perumahan ditambahbaik bagi menyediakan lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Sarawak.

31. Memansuh undang-undang dan dasar-dasar di Sarawak yang mendiskriminasi wanita, untuk memberi mereka peluang yang sama rata.

PENGUNAAN BAHASA INGGERIS

32. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah bukan jenis kebangsaan masih di peringkat rundingan. Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia digunakan dalam urusan rasmi Kerajaan Negeri.

33. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua negeri Sarawak.

ALAM SEKITAR, PENGUATKUASAAN DAN PENGURUSAN HUTAN MAPAN

34. Penangguhan sementara (moratorium) pembinaan empangan Baram.

35. Penyelidik antarabangsa dan pengkaji alam sekitar dipelawa membuat penyelidikan di taman negara kita.

36. Kerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) digalakkan.

37. Tiada lagi lesen pembalakan baharu dan tanah kerajaan untuk perladangan komersial.

38. Usaha memerangi pembalakan haram akan diteruskan. 84 Lesen Sijil Pendudukan Sementara (OT) dibatalkan atau tidak diperbaharui.

39. Hasil usaha memerangi pembalakan haram, 36 buah kilang papan telah tutup.

40. 10% daripada keluasan tanah negeri akan diwartakan sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA).

SARAWAK HARMONI

41. Sarawak tidak ada toleransi terhadap sikap perkauman.

42. Rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing.

43. Tiada sekatan ke atas penggunaan Kalimah ‘Allah’ asal ia digunakan dengan penuh hormat.

44. Tiada sekatan ke atas penggunaan Bible versi Bahasa Malaysia di Sarawak.

45. Tiada undang-undang Hudud di Sarawak.

46. Golongan fanatik dan pelampau tidak diterima di Sarawak kerana negeri ini mengamalkan kepelbagaian budaya, perpaduan dan harmoni.

6 Barisan Nasional Sarawak

Page 7: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

PENDIDIKAN TEKNIKAL

47. Sarawak mengutamakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan telah memulakan pusat latihan teknikalnya sendiri iaitu Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS – Centre of Technical Excellence).

LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK

48. Jalan raya dari Telok Melano, Lundu ke Merapok, Lawas sepanjang 1,089 km akan dinaiktaraf dan memberi manfaat berikut:~ Mempercepat proses pembangunan

ekonomi di seluruh Negeri;~ Pembinaan jalan raya daripada dua

lorong kepada lebuhraya empat lorong di seluruh Sarawak;

~ Jambatan moden, kawasan rehat dan hentian sebelah (lay-bys);

~ Masa perjalanan yang singkat;~ Meningkatkan tahap keselamatan di

jalan raya; dan~ Bebas tol.

GURU-GURU DI SARAWAK49. Kerajaan Persekutuan telah bersetuju

dengan permintaan Sarawak bahawa menjelang tahun 2018, 90% daripada guru yang mengajar di Sarawak adalah anak-anak Sarawak.

TANAH DI SARAWAK

50. Mengisytiharkan lebih banyak tanah komunal untuk menaiktaraf kehidupan dan kebajikan rakyat.

51. Pengiktirafan untuk tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) menerusi survei perimeter tanah (perimeter survey) dan survei individu berterusan telah menghasil banyak tanah didaftarkan yang memberi peluang kepada Bumiputera membangunkan tanah mereka secara komersial.

52. Pindaan terbaharu ke atas Seksyen 5 (5A) Kanun Tanah Negeri membolehkan kaum Bumiputera di Sarawak memperolehi tanah NCR di tempat lain selain dari komuniti sendiri, sekaligus meningkatkan peluang pembangunan tanah NCR berkenaan.

53. Mengekalkan syarat pegangan asal ke atas lot-lot baharu setelah pecah bahagi tanah sama seperti tempoh pegangan lot asal supaya tidak ada keresahan di kalangan pemilik tanah.

Barisan Nasional Sarawak 7

Page 8: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

MAJU KE HADAPANKOMITMEN BN SARAWAK

Terus Menegakkan Hak Sarawak dan Rakyatnya• Kami komited melindungi hak-hak rakyat Sarawak seperti yang termaktub dalam

Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

• Kami berjaya dalam rundingan fasa pertama dengan Kerajaan Persekutuan mengenai penurunan kuasa, dan memperkasa tadbir urus Kerajaan Negeri.

• Kami akan meneruskan rundingan fasa kedua yang melibatkan hal berkaitan perundangan dan fasa ketiga yang melibatkan hal kewangan.

• Kami juga akan meneruskan rundingan untuk meningkatkan bayaran royalti minyak dan gas dari 5% kepada 20% untuk Sarawak.

8 Barisan Nasional Sarawak

Page 9: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

MAJU KE HADAPAN

Terus Mempertahankan Keamanandan Keharmonian Negeri Kita• Keharmonian dan keamanan adalah cara hidup rakyat Sarawak dan Kerajaan BN

Sarawak akan memastikan tiada elemen negatif merosakkannya.

• Untuk melindungi keamanan dan keharmonian di Sarawak, kami tidak akan teragak-agak menggunakan undang-undang Imigresen untuk menghindarkan tindakan golongan pelampau dan unsur-unsur negatif.

Barisan Nasional Sarawak 9

Page 10: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Terus Memelihara Budaya, Warisandan Kepercayaan Pelbagai Kaum di Sarawak• Kami akan terus mengukuhkan amalan hormat-menghormati di kalangan

masyarakat berbilang kaum dan membenarkan setiap individu mengamalkan agama masing-masing.

• Kepelbagaian adalah kekuatan kita dan kami akan terus memelihara perpaduan dan keharmonian untuk keamanan dan kemajuan serta kemakmuran.

MAJU KE HADAPAN

Page 11: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Terus Menjamin Hak RakyatKe Atas Tanah Mereka• Kami tetap melindungi hak rakyat ke atas tanah mereka.

• Kami akan meneruskan kerja-kerja survei perimeter semua tanah NCR, dan akan menjalankan kerja survei individu sehingga surat hak milik tanah dikeluarkan untuk semua lot individu.

Majlis penyampaian surat hak milik tanah di Kuching

Barisan Nasional Sarawak 11

KOMITMEN BN SARAWAK

Page 12: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Terus Melindungi dan MemuliharaAlam Semulajadi

Pengurusan Hutan yang Mapan• Kami komited untuk mewarta sekurang-

kurangnya 10% daripada keluasan tanah negeri sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA). Sarawak telah menetapkan sasaran untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu juta hektar TPA menjelang tahun 2020.

• Kami akan terus melindungi alam semulajadi melalui penguatkuasaan yang lebih berkesan dan menggunapakai teknologi terkini.

MAJU KE HADAPAN

Page 13: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

• Sebagai kerajaan yang prihatin, kami komited untuk meningkatkan lagi kualiti hidup golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat dan tidak akan membiarkan mereka tercicir dari jaringan keselamatan sosial.

Terus Mempertingkatkan KebajikanGolongan yang Kurang Bernasib Baik

KOMITMEN BN SARAWAK

Page 14: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

• Kami akan mempermudahkan kelayakan bagi membolehkan lebih ramai rakyat Sarawak untuk memiliki rumah mampu milik.

• Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami menetapkan sasaran untuk membina 15,000 rumah di bawah projek PR1MA, Rumah Mampu Milik (RMM), Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Skim Pembesaran Kampung• Kami akan terus menyediakan lebih

banyak lot kediaman di bawah Skim Pembesaran Kampung.

Program Bantuan Rumah (PBR)• Kami akan terus membaikpulih kediaman

atau membina rumah baharu untuk golongan miskin. 3,678 unit rumah akan dibina atau dibaikpulih pada tahun 2016 di bawah PBR.

Kediaman PR1MA• Rumah mampu milik yang berkualiti

akan dibina di bawah projek PR1MA. Golongan sasar projek ini adalah mereka yang berpendapatan sederhana. Harga rumah yang ditawarkan adalah sehingga 20% lebih rendah daripada harga pasaran.

Rumah Mampu Milik (RMM) di Kanowit

9,185 unit

Terus Menyediakan Lebih Banyak Rumah MampuMilik untuk Golongan Berpendapatan Rendahdan Sederhana

14 Barisan Nasional Sarawak

MAJU KE HADAPAN

Page 15: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Terus Mempercepatkan PembangunanJaringan Jalan, Liputan Bekalan Air, Elektrikdan Telekomunikasi• Projek infrastruktur terbesar di Sarawak, Lebuhraya Pan Borneo sejauh 1,089 km akan

menghubungkan Telok Melano, Lundu di selatan dan Merapok, Lawas di utara.

• Kami juga akan membina lebih banyak jambatan dan jalan raya feeder dalam tempoh lima tahun akan datang.

• Kami akan menambahbaik jaringan jalan pesisir melalui pembinaan Jambatan Batang Sadong dan Jambatan Batang Lupar.

• Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami akan: ~ membina 1,625 km jalan baharu;~ membekalkan 39,000 isi rumah baharu

dengan bekalan elektrik 24 jam, bagi meningkatkan liputan kepada 98% isi rumah di Sarawak;

~ menyediakan bekalan air terawat kepada 79,000 isi rumah baharu, untuk meningkatkan liputan kepada 96% isi rumah di Sarawak; dan

~ meningkatkan liputan jalur lebar kepada 95% di Sarawak.

Jambatan Baleh, Kapit

Cadangan persimpanganbertingkat di Petra Jaya, Kuching

KOMITMEN BN SARAWAK

Page 16: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Gambaran artis, Hospital Sri Aman baharu

Terus Meningkatkan Akses kepadaPerkhidmatan Kesihatan

Perkhidmatan doktor udara

Gambaran artis, Hospital Petra Jaya baharu

Gambaran artis, Hospital Lawas baharuKlinik Bergerak 1Malaysia

• Kami komited dalam meningkatkan infrastruktur dan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih baik di bandar dan luar bandar.

• Dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan mempunyai nisbah 1 doktor bagi setiap 400 pesakit.

• Nisbah doktor kepada pesakit:~ 2010 - 1 doktor bagi setiap 2,000 pesakit~ 2015 - 1 doktor bagi setiap 980 pesakit

MAJU KE HADAPAN

Page 17: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

• Kami komited meningkatkan peranan wanita dalam bidang industri dan perniagaan serta dalam pembangunan negara.

• Pada tahun 2015, lebih daripada 20% jawatan pembuat keputusan dipegang oleh wanita. Kami akan memastikan bahawa peratusan ini akan meningkat di peringkat negeri dan persekutuan di masa hadapan.

• Kami akan memansuhkan semua undang-undang dan dasar-dasar yang mendiskriminasikan wanita.

Terus Meningkatkan Penyertaan Wanitadalam Aktiviti Sosio-Ekonomi

KOMITMEN BN SARAWAK

Page 18: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Terus Mengiktiraf dan MembangunkanPotensi Belia Demi Masa Depan Kita• Kami mengiktiraf bahawa golongan belia

adalah pemimpin-pemimpin masa hadapan.

• Belia di Sarawak akan diberi lebih banyak peluang dalam bidang: ~ pendidikan;~ perniagaan;~ pekerjaan; dan~ aktiviti sosial,

dengan melibatkan mereka dalam program-program pembangunan.

MAJU KE HADAPAN

Page 19: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Terus Memajukan Pendidikandan Latihan Teknikal• Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami akan membina lebih banyak pusat

kemahiran teknikal dan pusat pendidikan:~ Centre of Technical Excellence

(CENTEXS);~ Pusat Pembangunan Kemahiran

Sarawak (PPKS); ~ Institut Latihan Perindustrian (ILP); dan~ Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

• Dalam tempoh lima tahun akan datang kami akan membina: ~ 16 sekolah rendah; dan~ 6 sekolah menengah.

• Kami akan membaiki dan menaiktaraf 34 sekolah rendah dan menengah.

Kampus UCTS di Sibu

Kampus baharu UiTM Mukah

Gambaran artis Kampus CENTEXS Lundu

Barisan Nasional Sarawak 19

KOMITMEN BN SARAWAK

Page 20: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Terus Mewujudkan Lebih BanyakPeluang Pekerjaan untuk Rakyat Sarawak• Kami mempunyai Pelan Pembangunan yang komprehensif untuk

mentransformasikan ekonomi Sarawak melalui pembangunan sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian.

• Menerusi SCORE sahaja, lebih satu juta pekerjaan baharu akan diwujudkan menjelang tahun 2030 di mana lebih daripada 50% adalah pekerjaan mahir dan separa mahir.

Program GETS• Program Graduate Enhancement

Training Sarawak (GETS) selama tiga tahun dari 2016 hingga 2018 akan melatih sehingga 5,000 pemegang diploma dan ijazah yang menganggur untuk mempertingkatkan peluang mereka mendapat pekerjaan.

MAJU KE HADAPAN

Page 21: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Terus Membangunkan Persekitaran Perniagaanyang Kondusif untuk Pelaburan dan Keusahawanan• Kami komited dalam menyediakan persekitaran yang mesra perniagaan bagi para

pelabur dan usahawan menerusi kestabilan politik dan ekonomi di negeri ini.

• Menerusi program pengindustrian yang terancang, kami akan menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta mewujudkan ekosistem yang lebih baik untuk pembangunan usahawan.

Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan

KOMITMEN BN SARAWAK

Page 22: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Industrialisasikan Negeri MelaluiSektor Pembuatan, Pelancongandan Transformasi Luar Bandar• KerajaanBNSarawaktelahmeluluskanperuntukan pembangunansebanyakRM20 biliondibawahRancanganMalaysiake-11,selain

daripadaperuntukanKerajaanPersekutuan.

• Daripadajumlahtersebut,kamimemperuntukkanRM1.5 bilionbagiProjekTransformasiLuarBandar(RTP).

• Kamiakanmempromosidanmenariklebihbanyakpelaburandalam:~ aktivitihiliransektorpembuatandiSCORE;~ mentransformasikanBintulusebagaihabpetrokimiadirantauini;dan~ industriberteknologitinggidiZonPerindustrianBebasSamaJaya.

MOVING FORWARD

Taman Perindustrian Samalaju

MENJAMIN MASA DEPAN SARAWAK

MAJU KE HADAPAN

Page 23: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

• Kamiakanmembangunkaninfrastrukturpelancongandanjugamenyediakanlebihbanyakinsentifuntukmenyokongpertumbuhansektorpelancongandinegeriini.

• BagimembangunkanPerusahaanKecildanSederhana(PKS),kamiakanmembinalebihbanyakestetperindustriantermasukdiperingkatdaerah.

• BantuankewangandanbukankewanganakanjugadiberikankepadaPKSdiSarawak.

Pusat Transformasi Luar Bandar, Betong

BarisanNasionalSarawak23 MENJAMIN MASA DEPAN SARAWAK

KOMITMEN BN SARAWAK

Page 24: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

BARISAN NASIONAL

Barisan NasionalUndilah

#theAdenanWay

Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Page 25: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Barisan Nasional SarawakPilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11

PENCAPAIAN KITA

BARISAN NASIONAL

Beri Peluang Kepada TeamAdenan # t heAdenanWay

UNDILAH BARISAN NASIONAL

Page 26: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

PENCAPAIAN KITA

Kami berjaya dalam rundingan Penurunan Kuasa kepada Negeri Sarawak dan 13 kuasa pentadbiran telah diperturunkan.

Untuk melindungi kedaulatan negara, kami telah mengusir pendatang asing tanpa izin dan akan terus berbuat demikian.

Kerajaan Persekutuan bersetuju yang Bumiputera di Sarawak tidak akan diklasifikasi sebagai ‘Lain- lain’.

Menegakkan Hak SarawakKerajaan Persekutuan telah bersetuju bahawa semua peribumi Sarawak dikategorikan dalam dokumen dan borang rasmi Kerajaan.

Kami juga telah menyatakan bahawa masyarakat Cina tempatan tidak akan dirujuk sebagai golongan ‘Pendatang’.

Page 27: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

PENCAPAIAN KITA

Kami telah memutuskan bahawa setiap orang bebas mengamalkan agama masing-masing. Tiada sekatan ke atas penggunaan Kalimah ‘Allah’ dengan syarat ia dilakukan dengan penuh hormat.

Tiada sekatan dalam penggunaan Bible dalam Bahasa Malaysia di Sarawak.

Kami telah memberi bantuanuntuk pembinaan kuil, masjid dan gereja.

Kami tidak akan bertolak ansur denganindividu-individu yang bersikap perkauman dan golongan fanatik dan pelampautidak dibenarkan masuk ke negeri ini.

Mempertahankan Keharmonian Sarawak

Page 28: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Melindungi Alam Sekitar

903,769.40 hektar atau 90%daripada sasaran satu juta hektar yang akan diisytiharkan sebagai

Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) telah dicapai.

90% 10%Kerajaan BN Sarawak telah menghentikan pengeluaran lesen pembalakan baharu serta tanah kerajaan untuk perladangan komersial.

84 Sijil Pendudukan Sementara (Lesen OT) untuk pembalakan tidak diperbaharui atau telah pun dibatalkan.

36 kilang papan telah tutup.

Penyelidik antarabangsa dan pengkaji alam sekitar telah membuat penyelidikan di taman negara kita.

NGO telah bekerjasama dengan Negeri Sarawak untuk melindungi alam sekitar termasuk memerangi pembalakan haram.

Page 29: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Menjamin Hak Rakyat ke Atas Tanah448,947 hektar tanah NCRtelah diluluskan untuk pembangunan.

Seksyen 5 (5A) Kanun Tanah Sarawak telah dipinda.Ini telah membolehkan Bumiputera Sarawak memiliki tanah NCR di luar komuniti mereka sendiri dan ini meningkatkan peluang untuk pembangunan tanah NCR.

Tempoh pegangan tanah ke atas lot-lot baharu telah dikekalkan setelah pecah bahagi tanah.Ini telah menghilangkan keresahan di kalangan pemilik tanah.

748,167 hektar tanah NCR telah disurveidan melebihi sasaran 730,000 hektar.

Setakat 31 Mac 2016:• 218,381 surat hakmilik tanah telah dikeluarkan di

bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak;• 416,029 surat hakmilik tanah telah dikeluarkan di bawah Seksyen 13 Kanun

Tanah Sarawak; dan• 373 kawasan berkeluasan 538,945 hektar telah diwarta sebagai Rizab Tanah

Komunal Bumiputera.

Barisan Nasional Sarawak 5

PENCAPAIAN KITA

Page 30: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Menyediakan Kemudahan Perumahan

Perumahan untuk Golongan Miskin33,871 rumah kediamantelah dibina untuk keluarga miskin dan miskin tegar* sejak lima tahun lepas.

* Kira-kira RM600 juta telah dibelanjakan di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) dalam tempoh lima tahun, untuk membina atau membaik pulih rumah.

Tambahan 6,147 rumah kediamantelah dibina di bawah program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Skim Pembesaran Kampung52,045 lottelah disediakan menerusi Skim Pembesaran Kampung dan Skim Penempatan Semula di seluruh Negeri.

Skim Pembesaran Kampung diKampung Sungai Bedaun di Santubong

6 Barisan Nasional Sarawak

Page 31: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Meningkatkan Bantuan kepadaGolongan Miskin dan Kurang Bernasib BaikKami telah meningkatkan bantuan kebajikan sebanyak RM50 setiap bulan bagi golongan yang kurang bernasib baik.

Hampir 8,500 keluarga telah terkeluar dari belenggu kemiskinan melalui program 1AZAM di antara tahun 2011 dan 2015.

Skim Pinjaman Rumah Panjang• RM50 juta telah diluluskan untuk skim ini;• Had pinjaman telah ditambah daripada RM10,000

kepada RM50,000; dan• 2,891 pemohon telah mendapat manfaat daripada skim

ini dengan peruntukan sebanyak RM30.9 juta sejak 2010.

Usahawan Wanitadaripada golongan berpendapatan rendah di Sarawak telah diberi kemudahan kredit mikro melebihi RM188 juta daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) pada tahun 2015.

PENCAPAIAN KITA

Page 32: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Kita telah menubuhkan 54 institusi Pendidikan

dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

awam dan 34 institusi TVET swasta di negeri ini

dengan jumlah kapasiti kira-kira 30,000 pelatih.

PETRONAS telah bersetuju melaksanakan

program dan kemudahan pendidikan dan

pembangunan kemahiran teknikal di Sarawak yang

bernilai RM420 juta bagi tempoh lima tahun.

Institusi Latihan Kemahiran

1980 2016

Awam 3 54Swasta 1 34Institusi Pengajian Tinggi

1980 2016

Awam 3 5Swasta 0 7

Sekolah Rendah

1963 981

2000 1,260

2016 1,263

Sekolah Menengah

1963 67

2000 163

2016 189

Menambah PeluangPendidikan dan Latihan

UNIMAS

CENTEXS

Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS)

Page 33: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Kerajaan BN Sarawak telah memberi bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah persendirian Cina bagi mengiktiraf sumbangan mereka kepada negeri ini:

~ RM3 juta pada tahun 2014~ RM4 juta pada tahun 2015~ RM5 juta pada tahun 2016

Bantuan untuk Pendidikan CinaKami telah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi pinjaman dan biasiswa Yayasan Sarawak.

Pemegang UEC boleh memohon untuk memasuki Perkhidmatan Awam Negeri.

Lebih banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran diuniversiti awam dan swasta Sarawak

UNIMAS

Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak

UiTM Kampus Samarahan 2

Universiti Curtin Sarawak

PENCAPAIAN KITA

Page 34: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Lebih Banyak Peluang Pekerjaandan Perniagaan Diwujudkan

RM31 bilion pelaburantelah diluluskan dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

16,000 pekerjaan barutelah diwujudkan dalam SCORE sejak dilancarkan pada tahun 2008.

Pada tahun 2014 dan 2015, Sarawak mencatatkan jumlah pelaburan kedua tertinggi di Malaysia selepas Johor, yang bernilai RM9.6 bilion (2014) dan RM11.8 bilion (2015).

Page 35: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

TERAJUDari tahun 2012 ke 2015, 37 projek dengan dana mudahcara berjumlah RM138.05 juta telah diluluskan.

SME BankPinjaman melebihi RM233 juta telah diberikan kepada usahawan di Sarawak pada tahun 2015.

TEKUN NasionalPinjaman melebihi RM20 juta telah diberikan kepada 3,417 usahawan di seluruh Negeri, pada tahun 2015.

Sarawak telah terlibat secara lebih aktif dalam industri minyak dan gas. PETRONAS telah memberi kontrak kepada syarikat-syarikat tempatan diSarawak dengan nilai asas sebanyakRM2.1 bilion sejak 2014.

Barisan Nasional Sarawak 11

PENCAPAIAN KITA

Page 36: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Projek TransformasiLuar Bandar1,349projek telah siapdilaksanakan.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10, lebih daripada 1,400 km jalan luar bandar telah dibina di seluruh Sarawak.

Bekalan Elektrik

Jalan Luar Bandar Bekalan Air

513,170 isi rumah atau 90% isi rumah di Sarawak telah menerima bekalan elektrik 24 jam. Daripada jumlah tersebut, 66,000 isi rumah baharu telah mendapat bekalan elektrik 24 jam di bawah Rancangan MalaysiaKe-10.

Transformasi Luar BandarMenyediakan Lebih Banyak Jalan Raya, dan Bekalan Air dan Elektrik

Lebuhraya Pan BorneoPembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak sepanjang 1,089 km telah pun bermula seperti yang dijanjikan dalam PRU13. Ia dijangka siap pada tahun 2021.

471,425 isi rumah atau 80% isi rumah di Sarawak telah menerima bekalan air terawat di negeri ini.Daripada jumlah tersebut,84,339 isi rumah baharutelah mendapat bekalanair terawat di bawahRancangan MalaysiaKe-10.

Page 37: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Untuk perhubungan telekomunikasi yang lebih baik di Sarawak, kami telah meningkatkan kadar penembusan selular daripada 40 bagi setiap 100 orang pada tahun 2010 kepada 113 bagi setiap 100 orang pada tahun 2015.

Jalur Lebar untuk 1,237.4 kmOrang Ramai

Menara 352 lokasi

Pusat Internet 93 lokasi1Malaysia (PI1M)

Komuniti WiFi 835 lokasi

Perluasan 3G 395 lokasi

Jalur Lebar Luar Bandar 448 port

Liputan Jalur Lebar2010 40.2%2015 78.3%

Telefon bimbit

Projek USP

Internet

Telekomunikasi yang Lebih Baik

705Menara telekomunikasitelah dibina

9,000 kmRangkaianOptik Fiber

PENCAPAIAN KITA

Page 38: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Sepanjang lima tahun yang lepas, Kerajaan BN sentiasa berusaha meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan untuk rakyat dan mempertingkatkan akses kepada kemudahan kesihatan bagi mereka yang memerlukan.

Meningkatkan Akses kepadaPenjagaan Kesihatan

Perkhidmatan Doktor Udara108 lokasi diliputi27,936 pesakit diterima

1980 2016Hospital

Kerajaan 15 23Doktor

Kerajaan 165 2,581

Jenis Klinik 2012 2016

Klinik Kesihatan 194 203Ibu dan Anak

Klinik Kesihatan 14 32Klinik 1Malaysia 8 32

Page 39: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

1Harga 1SarawakMenerusi program ini kami telah memastikan bahawa harga barangan tertentu kekal pada kadar yang sama terutama di kawasan luar bandar.

KR1MMenerusi Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh Sarawak kami telah membantu rakyat dengan menawarkan harga yang lebih rendah bagi kebanyakan barang kegunaan harian.

Sewa TanahKami telah memansuhkan sewa tanah untuk membantu meringankan beban pemilik tanah, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

BR1MBantuan kepada NelayanKerajaan BN sentiasa menambahbaik dan memperluaskan skim ini dari tahun 2012 sehingga kini bagi merangkumi lebih ramai penerima yang sangat memerlukan.

Kami telah memberi bantuan kepada lebih daripada 8,500 nelayan di seluruh Sarawak pada tahun 2015.

Kami telah mengurangkan kadar cukai pintu untuk tempat kediaman antara 10% hingga 100%.

Cukai Pintu

Menangani Peningkatan Kos Sara HidupPENCAPAIAN KITA

Page 40: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup

Kerajaan BN Sarawaktelah Menjadikan Sarawak Negeri Bebas TolTIADA LAGI TOL untuk ~ Jambatan Lanang di Sibu ~ Jambatan ASEAN di Miri ~ Jambatan Tun Salahuddin di Kuching

Semua tambang feri telah DIKURANGKAN daripada RM5, RM10 atau RM15 kepada hanya RM1

Kerajaan BN Sarawak telah Mengurangkan Tambang Feri

Kesemua pondok tol di Jambatan Tun Salahuddin dirobohkan

16 Barisan Nasional Sarawak

Page 41: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Kerajaan BN Sarawak telah Mengurangkan Tarif Elektrik

Mengurangkan Tarif Elektrik

Tarif Domestik telah DIKURANGKAN antara 2% dan 40% Tarif Komersial telah DIKURANGKAN antara 15% dan 50%Tarif Industri telah DIKURANGKAN antara 8% dan 11%

Anda tidak dicajkan GST untuk perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan kerana kos tersebut telah ditanggung oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan BN Sarawak Menanggung Caj GSTke atas Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan

Secara purata, 100,000 pengguna di Sarawak kini menikmati

bekalan elektrik secara percuma*.* Subsidi kerajaan bagi penggunaan bil elektrik

bulanan yang kurang daripada RM20

Barisan Nasional Sarawak 17

PENCAPAIAN KITA

Page 42: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

KeusahawananJefri Musa, 47Kampung Penakub, Ulu Mukah

Dahulu, Jefri memperolehi sekitar RM400 hasil jualan sayur-sayuran dan membaiki kasut. Dengan bantuan AZAM Niaga, dia kini menjalankan perniagaan katering dan kedai runcit serta menghasilkan dan menjual makanan

ringan tradisional. Dia turut menjalankan perniagaan sampingan menyewa sistem

PA, dan pendapatan keseluruhannya kini RM10,000 sebulan.

PertanianWesley Penyangkai, 52Rumah Umping, Baleh, Kapit

Selepas menyertai program AZAM Tani, Wesley mampu membeli sebidang tanah seluas tiga ekar untuk menanam sayur-sayuran. Pendapatan daripada jualan sayur-sayurannya melonjak daripada

RM300 ke RM3,000 sebulan, dan dia kini juga dapat menawarkan lebih

banyak jenis sayur-sayuran untuk pelanggannya.

PerniagaanAhmad Budiyaman bin Fauzi, 38Kampung Gersik, Kuching

Ahmad Budiyaman dan isterinya Mira binti Musa memulakan perniagaan kek lapis dari rumah mereka, pada tahun 2008. Dengan bantuan TEKUN, beliau kini mempunyai sebuah kilang kek lapis. Kejayaan ini juga telah membolehkannya membuka lebih banyak cawangan di Kuching dan Samarahan.

PekerjaanNoor Huzaimah binti Salleh, 25

Kampung Tengah Bakong, Sri Aman

Noor Huzaimah dahulu menerima upah RM15 sehari bekerja di kantin. Selepas menyertai program AZAM Kerja, dia berjaya mendapat kerja sebagai pembantu jurujual di pasar raya dan

kemudian dinaikkan pangkat menjadi penyelia dengan pendapatan melebihi RM1,400 sebulan.

Latihan kemahiranYusuf Lumpak, 47Kampung Baru, Kota Samarahan

Semasa mula menjalankan perkhidmatan kimpalan pada tahun 2000, Yusuf memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan. Pendapatannya kini melebihi RM2,500 selepas dia menamatkan kursus teknikal intensif dan menerima bantuan mendapatkan peralatan kimpalan menerusi AZAM Khidmat.

PertanianChang Kueh Kiong, 50Kampung Tanjung Parang,Kota Samarahan

Kueh Kiong mula menanam tembikai susu (honeydew) dan sayur-sayuran pada tahun 2000, di sebidang tanah seluas enam ekar. Melalui bantuan teknikal dan kewangan daripada kerajaan selama ini, dia telah berjaya mengembangkan perniagaannya.

18 Barisan Nasional Sarawak

KISAH-KISAH KEJAYAAN

Page 43: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

Sekolah CinaRichard WeeNaib Presiden, Lembaga Pengurusan Sarawak United Association of Private Chinese Schools

“(Bagi lulusan UEC) Adenan telah meletakkan syarat lebih rendah (untuk permohonan menjadi penjawat awam), iaitu dari kepujian kepada lulus dalam Bahasa Malaysia, dan juga menerangkan bagaimana untuk memohon, seperti yang tersiar dalam akhbar. Ini menunjukkan keikhlasan Adenan bersikap adil kepada masyarakat Cina.”(Petikan dari The Borneo Post)

Luke TarangKuching

“Dengan tiga orang anak bersekolah, adalah penting bagi saya untuk mula menabung demi masa depan mereka. Keluarga saya bersyukur kerana kerajaan menyerap caj elektrik bagi bil kami yang kurang daripada RM20. Penjimatan tersebut dapat digunakan sebagai simpanan untuk keperluan kecemasan dan keperluan anak-anak.”

Pengurangan Tarif Elektrik

Pemansuhan Bayaran TolAdrian Chung

Penjawat Awam, Kuching

“Saya telah membayar tol di Jambatan

Tun Salahuddin sejak ia mula beroperasi,

jadi sangat dialu-alukan apabila melihat

penghadang tol dialihkan dan tiada lagi

kutipan tol. Saya berterima kasih

kepada Ketua Menteri kerana

memahami keperluan rakyat. Ini

adalah langkah praktikal demi

kesejahteraan kita semua.”

Tambang Feri RM1Penghulu Haji Ayub bin HassanKetua Masyarakat, Marudi

“Saya menggunakan feri Marudi empat hingga lima kali seminggu. Setiap kali ke Miri, ia menelan belanja kira-kira RM100 termasuk minyak. Tetapi sekarang tidak lagi, kerana hanya memerlukan sekitar RM40 sahaja. Langkah oleh Tok Nan ini sangat dialu-alukan kerana ia benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.”

Tanah NCRK K MerlinPenerima Warta Seksyen 6, Samarahan

“Kami amat gembira menerima Warta Tanah ini dan mengetahui bahawa tanah ini telah diiktiraf sebagai milik kami. Bila tanah diwarta tidak bermakna kerajaan akan

mengambilnya. Tanah itu sentiasa milik kita. Kami berterima kasih kepada kerajaan.”

Barisan Nasional Sarawak 19

KISAH-KISAH KEJAYAAN

Page 44: Beri Peluang Kepada TeamAdenan

BARISAN NASIONAL

Barisan NasionalUndilah

#theAdenanWay

Beri Peluang Kepada TeamAdenan