112147083 psv peraturan beri markah

Upload: ong-rouharn

Post on 14-Jan-2016

102 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

  • PERATURAN MEMBERI MARKAH Holistik dan Analitik Pemilihan Kriteria Borang Penilaian Penggredan RubrikDisediakan oleh:

    Ng Chin ErOng Rou HarnTan Zee Ying Taye Zhi Hui

  • 1) PEMARKAHAN HOLISTIKSkema yg disediakan secara umum sbg panduan utk beri markah kpd jawapan pelajar. Sesuai utk esei.memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaianmenganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Baca anggar kelaskan

  • Pelajar bebas beri jawapan asalkan tidak menyeleweng drp kehendak soalan.

    memerlukan pemeriksa yg berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan.

    boleh dikelaskan kpd 6 kriteria berdasarkan dari markah 0 sehingga 6.

  • MarkahKriteria5Cemerlang menguasai semua objektif serta dapat berhujah dengan baik dan berkesan4Baik menguasai kebanyakan objektif dan dapat memberikan hujah dengan dan berkesan3Memuaskan hampir sebahagian objektif dan memberikan hujah dengan memuaskan2Lemah menguasai sebahagian kecil objektif dan hujah adalah lemah1Kurang memuaskan belum menguasai sebarang objektif dan hujah adalah lemah0Gagal gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah amat lemah

  • LANGKAH-LANGKAH YANG TERLIBAT:

    Pemeriksa menentukan bilangan kategori gred atau prestasi yang akan digunakan dalam pemarkahanHuraikan kriteria yang menentukan tahap kualiti bagi setiap kategori atau gredBaca setiap kertas jawapan dengan cepat dan berdasarkan kriteria yang tetapkan dapatkan satu gambaran keseluruhan mengenai kualiti jawapan;

  • 4.Letakkan kertas jawapan pada kategori prestasi (gred) yang sepadan dengan kualiti kertas jawapan;

    Selepas semua kertas jawapan telah diperiksa, baca semula semua kertas jawapan yang diletak dalam setiap kategori prestasi untuk memastikan ianya telah diletakkan dalam kategori prestasi yang betul

    6.Kertas jawapan yang salah dikategorikan hendaklah dipindah ke kategori yang betul.

  • KAEDAH PEMARKAHAN HOLISTIKKaedah yang lazim digunakan untuk pemarkahan holistik ialah kaedah ordinal dan nominal.

    Kaedah Ordinal:Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan kaedah ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:

  • LANGKAH-LANGKAH KADEAH ORDINALMemeriksa setiap skrip jawapan pelajar secara keseluruhan.Menyusun skrip-skrip jawapan pelajar mengikut prestasinya, iaitu prestasi terbaik diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan di bawah.Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberi gred A, B, C, D dan E sebagainya.Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan pelajar yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.

  • KAEDAH NOMINALDalam pemarkahan yang menggunakan kaedah nominal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut:Menentukan skema pemarkahan terlebih dahulu sama ada menggunakan markah atau gred. Misalnya, gred A = Cemerlang, B= Kepujian, C = Lulus, D = Gagal. Gred berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.

  • Kriteria kandungan : penguasaan pengetahuan.

    Kriteria pengolahan : kemahiran menghuraikan idea secara logik dan matang serta penguasaan bahasa yang tepat

    Kriteria proses : aspek ketepatan, kemunasabahan, kelengkapan, ketekalan, keaslian dan kreativiti.

  • Pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan pelajar sekali lalu untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar, berdasarkan kriteria kandungan, kriteria pengolahan, dan kriteria proses.Pemeriksa kemudian dikehendaki membaca skrip kali kedua untuk menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip tersebut berdasarkan skema pemarkahan yang disediakan.Pemeriksa dikehendaki membaca skrip kali ketiga untuk membuat pengubahsuaian, jika ada, pada gred-gred yang telah diberikan.

  • KELEBIHAN PEMARKAHAN HOLISTIKPelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan.

    Pemeriksaan skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang

    Pemeriksaan skrip jawapan dibuat oleh lebih drp seorang pemeriksa

  • Pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dlm kumpulan (pastikan setiap pemeriksa beri markah yg sama).

    Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dlm aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yg lain terutamanya kemahiran aras tinggi

    Pemeriksa mengikhtiraf dan beri ganjaran kepada pelajar yang beri jawapan secara kreatif dan inovatif.

  • KELEMAHAN PEMARKAHAN HOLISTIKMemerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan sebagai pemeriksa.

    Pemarkahan secara umum tanpa memberi perhatian kepada aspek khusus penulisan seperti isi, tatabahasa, gaya dan lain-lain.

    Kemungkinan perselisihan dalam memberikan markah antara pemeriksa dan sukar hendak dijelaskan.

  • Pemarkahan holistik juga kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan.

    Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar.

  • situasi pemeriksa memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana calon dikenalinya sebagai pelajar yang cergas.KESAN HALOkeadaan satu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada calon yang dianggap kurang berkebolehan.KESAN HORN

  • 2) PEMARKAHAN ANALITIKBeri markah secara point iaitu ia perlukan skema pemarkahan yg terperinci & setiap unit jawapan diberi perhatian & pemberatan.

    Beri perhatian bukan sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kpd organisasi dan kesepaduan unsur-unsur berkenanan.Kaedah ini paling sesuai digunakan untuk soalan esei jawapan terhad.

  • Penyediaan skema pemarkahan:

    (a) Kaedahan ini memerlukan:penyediaan satu garis panduan/senarai unsur utama yg perlu dikemukakan sbg jawapan yg paling baik bagi soalan ituPenentuan bilangan point yg akan diberi utk setiap unsur utama

  • Jawapan pelajar yang menepati jawapan yang dikehendaki akan diberi markah penuh; jawapan yang langsung tidak menepati tidak akan diberi sebarang markah;

    Sebahagian daripada markah penuh boleh diberi sekiranya jawapan tidak tepat sepenuhnya;

    (d) Keobjektifan pemarkahan boleh ditingkatkan dengan menentukan berapakah markah akan diberi kepada pelbagai jenis jawapan yang kurang tepat.

  • KELEBIHAN PEMARKAHAN ANALITIKBoleh diperiksa oleh pemeriksa baru yang kurang berpengalaman dan tidak begitu menguasai bidang berkenaan. Pemarkahan diberi berdasarkan kepada skrip jawapan yang telah disediakan. Pemeriksa tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menimbang jawapan pelajar sama ada tepat, kurang tepat atau tidak betul. Skrip jawapan diperiksa sekali sahaja oleh pemeriksa.

  • Cara pemarkahan ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian pelajar tinggi atau rendah. Guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan prestasi pelajar dan menyampaikan maklumat ini kepada pelajar. Pelajar juga akan dapat melihat serta menilai di mana dan apa kelemahan mereka dengan jelasLebih objektif dan ketekalannya dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.

  • KELEMAHAN PEMARKAHAN ANALITIKPengambilan masa yang agak lama untuk memeriksa setiap skrip jawapan terutamanya apabila bilangan calon terlalu ramai. Memerlukan pemeriksa untuk membandingkan jawapan pelajar dengan skrip jawapan satu persatu. Melibatkan pemeriksaan yang dilakukan secara fakta dan kurang memberi penekanan pada kemahiran penulisan.

  • Apabila penekanan hanya diberikan kepada fakta semata-mata, secara tidak langsung akan menyebabkan pelajar hanya terlalu bergantung kepada skema jawapan dalam mengulangkaji pelajaran. Mereka tidak akan mengambil kira aspek kemahiran apabila menjawab soalan berbentuk esei.Pemeriksaan boleh bersifat negatif kerana apabila pelajar membuat kesilapan dalam sesuatu aspek, maka markah yang diperuntukkan untuk aspektersebut akan ditolak. Pelajar cenderung untuk mendapat skor yang rendah bagi soalan esei atau subjektif

  • PERBEZAAN ANTARA PEMARKAHAN HOLISTIK DAN ANALITIK

    Perkara Permakahan Holistik Permakahan AnalitikSKEMA PEMARKAHANSangat subjektif (Berdasarkan andaian bahawa pelajar mempunyai pandangan menyeluruh ke atas keseluruhan soalan)Sangat terperinci berdasarkan unsur-unsur yang terkandung di dalam jawapanKRITERIA PEMERIKSAHanya guru yang berpengalaman dan menguasai bidang berkenaan mampu menggunakan teknik iniSemua guru boleh menggunakan teknik ini termasuk yang kurang pengalaman

  • Perkara Permakahan Holistik Permakahan AnalitikUNSUR-UNSUR PENTING DALAM JAWAPANApa sahaja aspek baik yang terdapat di dalam jawapan

    Kandungan, pengelolahan dan prosesPENYELARASAN PERMARKAHANMesyuarat penyelarasan oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa berkenaan diperlukanSkema permarkahan dihuraikan secara terperinci (meningkatkan keobjektifan dan kebolehpercayaan) boleh disediakan secara bertulis

  • Perkara Permakahan Holistik Permakahan AnalitikBENTUK SOALAN Sesuai untuk soalan karangan atau eseiBerstruktur (setiap soalan diperuntukkan markah tertentu secara terperinci)BENTUK JAWAPANJawapan tidak semestinya seragam spt skema yg disediakan (sesuatu esei beri pelbagai bentuk luahan pemahaman pelajar)Perlu dijawab secara terperinci, seragam dan berstrukturBENTUK MARKAHA, B, C, D, E atau pangkat 1-5 (Cemerlang gagal)Secara pecahan.Contohnya: 7/10MASA Bergantung kepada tahap kemahiran pemeriksaPanjang

  • 3) PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIASatu pendekatan pemarkahan memperihalkan pencapaian seseorang pelajar dgn merujuk kepada objektif dan kandungan ujian.

    Memeriksa jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan memerlukan kriteria tertentu.Kriteria yang digunakan berkaitan rapat dengan tujuan dan tugasan soalan.

    Cth: seorang guru mengajar murid dlm kelas ttg corak tidak terancang melalui teknik tiupan.Kriteria yg diperlukan dm pembahagian markah: ialah dari segi warna, kemasan, alat & bahan, gubahan dan motif.

  • KELEBIHAN PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIAPerbandingan antara pelajar tidak diperlukan.Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar tidak dikaitkan dengan skor pelajar lain.

    Guru tidak akan menggunakan maklumat seperti skor tertinggi, skor terendah, min atau sisihan piawaian untuk menafsirkan pencapaian pelajar tertentu.

    Prestasi pelajra boleh diuji secara terperinci.

  • KELEMAHAN PEMARKAHAN PEMILIHAN KRITERIAUntuk membolehkan pemarkahan dilakukan dengan saksama, bilangan item untuk setiap bidang pengetahuan atau kemahiran yang diuji perlulah mencukupi.

    Sekurang-kurang enam item dikemukakan untuk menguji setiap bidang pengetahuan atau kemahiran.(MCMillan 1997).

    Jika kriteria kurang spesifik, sekurang-kurangnya 10 item perlu diadakan untuk setiap objektif.

  • 4) PENGGREDANGred yang diberi hendaklah menunjukkan setakat mana pelajar telah mencapai objektif instruksional dan selaras dengan dasar pemberian gred sekolah berkenaan.

    Pelbagai jenis alat pengukuran: ujian objektif, ujian esei, skala kadar, kertas kerja dan persembahan, digunakan untuk menaksir pembelajaran cara untuk merumuskan pelbagai maklumat ini kepada satu gred huruf merupakan satu masalah penggredan.

  • Beberapa pertimbangan semasa penggredan:

    Apakah rangka rujukan atau standard yang perlu digunakan untuk melaporkan tahap prestasi ?Bagaimana menggabungkan data-data prestasi untuk penggredan ?Apakah garispanduan yang perlu dipatuhi untuk memastikan system penggredan itu adil dan berkesan ?

  • Gred huruf boleh digunakan untuk membandingkan prestasi pelajar dengan piawai prestasi yang telah ditetapkan (penggredan mutlak) atau dengan prestasi pelajar lain dalam sesuatu kumpulan (penggredan relatif);

    Penggredan mutlak penggredan rujukan kriteria penggredan relatif penggredan rujukan norma;

  • Kadang-kadang gred yang diberi adalah berdasarkan: (a) kebolehan belajar pelajar(b) penambahbaikan yang ditunjukkan oleh pelajar dalam tempoh instruksional(c) usaha pelajar;

    Dicadangkan gred yang diberi hendaklah berdasarkan pencapaian dan bukan berdasarkan (a), (b) atau (c) di atas.

  • Penggredan Rujukan Kriteria (Penggredan Mutlak):dilaksanakan ialah guna gred-gred huruf yang ditakrifkan dengan sistem 100-point.Gred-gred huruf mungkin ditakrifkan seperti salah satu daripada sistem poin berikut:

  • Apabila digunakan pada ujian individu, sistem 100-poin ini boleh menunjukkan peratus item yang dapat dijawab dengan betul atau jumlah skor yang diperolehi dalam ujian;

    Apabila digunakan sebagai gred akhir, ia menunjukkan satu gabungan skor daripada pelbagai ujian dan keputusan penaksiran yang lain.Kaedah ini sesuai digunakan apabila:

    tugasan pembelajaran telah dinyatakan dengan jelas dan tepatstandard telah ditakrifkan berdasarkan tugasan pembelajaranujian serta teknik penaksiran lain telah dibina dgn cara yg benarkan tafsiran rujukan kriteria;

  • Penggredan Rujukan Norma (Penggredan Relatif):Apabila memberi gred berdasarkan prestasi relatif, pelajar disusun mengikut prestasi.pelajar yg punya rank paling tinggi diberi Gred A, yg kedua tinggi diberi Gred B dan seterusnya.Nisbah/kadar pelajar yg mendapat sesuatu gred adlh ditentukan terlebih dahulu spt berikut:

  • Apabila nisbah atau kadar peratus yg akan mendapat gred-gred tertentu telah ditetapkan di sekolah, guru tidak ada pilihan dan perlu patuhi amalan sekolah.

    Utk memastikan sistem penggredan rujukan-norma dilaksanakan dengan berkesan pengukuran pencapaian pelajar hendaklahmenghasilkan julat skor yg luas.

    Julat skor yg luas bolehkan gred-gred ditentukan tanpa banyak kesilapan klasifikasi.

    Apabila nisbah/kadar peratus yg akan dapat gred-gred tertentu telah ditetapkan di sekolah, guru tidak ada pilihan dan perlu patuhi amalan sekolah.

    Utk pastikan sistem penggredan rujukan-norma dilaksanakan dgn berkesan, pengukuran pencapaian pelajar perlu hasilkan julat skor yg luas.

    Julat skor yang luas bolehkan gred-gred ditentukan tanpa banyak kesilapan klasifikasi.

  • Penggredan Berdasarkan Kebolehan Pelajar, Penambahbaikan & UsahaPenggredan kadang-kadang dibuat berdasarkan:

    Kaedah in kurang sesuai v gambaran dan pengertian yg kurang tepat mengenai maksud gred yg diberi.

    Sukar utk dapatkan satu ukuran bagi kebolehan belajar selain daripada pencapaian; kedua-dua alat pengukuran akan mengandungi item yang sama;

    (a) Kebolehan belajar; (b) Tahap penambahbaikan pencapaian (c) Tahap usaha yang digunakan.

  • Pertimbangan Semasa Memeriksa Jawapan:Periksa jawapan calon berdasarkan respons yang dikehendaki oleh soalan;

    Bagi soalan yang menguji pengetahuan, jawapan hendaklah diperiksa mengikut susunan pemarkahan dengan kaedah analitik;

    Periksa jawapan semua calon kepada satu soalan sebelum meneruskan pemarkahan bagi soalan yang berikutnya;

    Periksa jawapan calon tanpa mengetahui nama calon.

  • 5) RUBRIK

  • Definisi RubrikRubrik merupakan salah satu sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru-guru.Sistem ini berfungsi sebagai penunjuk (indicator) yang diperlukan untuk menilai tahap pencapaian pelajar berdasarkan kriteria khusus dan jelas.Penaksiran secara subjektif dijalankan berdasarkan set kualiti yang dihasilkan berdasarkan objektif pembelajaran.

  • Kualiti dan tahap pencapaian pelajar ditaksirkan guru berdasarkan tugasan yang diberikan seperti tugasan bertulis, projek, esei dan amali.Guru seterusnya memberikan markah berdasarkan pematuhan garis kriteria.Biasanya terdiri daripada 3 iaitu tahap cemerlang, sederhana atau memuaskan (perlu penambahbaikan).

  • Contoh rubrik pemarkahanPemarkahan pelajar diberi berasarkan rubrik pemarkahan yang telah disediakan.Berikut merupakan contoh rubrik pemarkahan bagi subjek mata pelajaran.......

    Tajuk/ Kemahiran/ Komponen/ Tugasan yang dinilaiINDIKATOR PRESTASI DAN PERMARKAHANBAIKSEDERHANALEMAH(MARKAH = 20 - 15 )(MARKAH = 14- 10 )(MARKAH = 9- 5)

  • Ciri-ciri umum rubrikRubrik secara umumnya mempunyai ciri-ciri berikut:-

    Memfokuskan pengukuran berdasarkan objektif dengan jelas.Menggunakan skala dalam menentukan pencapaian tiap-tiap tahap.Mengandungi spesifikasi tentang kriteria dan kualiti yang dipenuhi untuk mendapatkan markah.

  • Contoh asas rubrik:Projek penghasilan model jambatanRUBRIK ANALITIK

    CRITERIAQUALITYExcellentGoodNeeds ImprovementLoad supportedgreater than 12 kg6 to 12 kgless than 6 kgWeight of bridgeless than 30 grams30 to 60 gramsover 60 gramsBridge spangreater than 385 mm360 to 385 mmless than 360 mmAbility of matchbox car to roll across bridgedoes not stopstops 1 or 2 timesstops 3 or more times or cannot roll entire length of bridge

  • Contoh asas rubrikMelukis muka kartunRUBRIK HOLISTIK

    HAPPY FACE QUALITYEXAMPLE4 - Displays amazing detail and color; highly elaborate theme; unique and original3 - Displays detail and color; theme is present with some elaboration; displays initiative to develop original work2 - Displays some detail and/or color; theme is present but not fully developed; evidence of some initiative to develop original work1 - Displays a lack of detail, color, and theme; very little or no initiative in developing original work

  • Jenis- Jenis RubrikRubrik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :-

    Holistik Analitik Umum Tugasan spesifik

  • a) HolistikRubrik holistik menyediakan markah keseluruhan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid terhadap tugasan yang diberikan.

    Kelebihan menyediakan markah dengan cepat berdasarkan pencapaian pelajar.

    Kelemahan tidak menyediakan maklumat secara terperinci

  • b) AnalitikRubrik analitik menyediakan maklum balas sepanjang tempoh pengukuran dijalankan. Rubrik analitik berlawanan dengan rubrik holistik.

    Kelebihan mendapat maklum balas yang lebih terperinci.

    Kelemahan mengambil masa yang lama untuk dikira

    Kegunaan - untuk melihat kekuatan dan kelemahan pelajar. - untuk mendapat maklum balas dengan lebih terperinci. - untuk mentaksir kebolehan dan pencapaian pelajar.

  • c) UmumRubrik umum mengandungi kriteria yang umum berdasarkan tugasan. rubrik umum bertentangan dengan tugasan spesifik.

    Kelebihan boleh digunakan rubrik yang sama pada tugasan yang berlainan.

    Kelemahan maklum balas tidak cukup terperinci.

    Kegunaan untuk mentaksir sebab, kebolehan dan juga pencapaian setiap pelajar melakukan tugasan yang berlainan.

  • d) Tugasan SpesifikRubrik tugasan spesifik adalah tersendiri berdasarkan tugasan. Rubrik ini berbeza dengan rubrik umum.

    Kelebihan lebih dipercayai untuk mentaksir pencapaian pelajar.

    Kelemahan sukar untuk digunakan untuk semua tugasan.

    Kegunaan untuk mentaksir pengetahuan pelajar.

  • Rubrik PenskoranTahap 3 ialah tahap di mana pelajar tersebut telah membuktikan bahawa beliau telah memenuhi kriteria yang ditetapkan itu tanpa apa-apa bantuan daripada pihak ketiga

    Tahap 2 ialah tahap di mana pelajar tersebut telah membuktikan bahawa beliau hanya memenuhi sebahagian daripada kriteria yang ditetapkan dengan sedikit bantuan daripada pihak ketiga untuk memenuhi sebahagian lagi kriteria tersebut.

    Tahap 1 ialah tahap di mana pelajar tersebut memerlukan banyak bantuan daripada pihak ketiga bagi memenuhi kriteria tersebut.

    Tahap Y ialah tahap di mana pelajar tersebut menunjukkan sifat dalaman yang hendak ditaksir itu wujud dalam dirinya.

    Tahap T ialah tahap di mana pelajar tidak menunjukkan sifat dalaman yang hendak ditaksir itu wujud dalam dirinya.

  • KegunaanRubrik selalu digunakan sebagai kaedah alternatif untuk mentaksir kebolehan dan pencapaian pelajar didalam pembelajaran.

    Didalam mentaksir, rubrik direka untuk memberi maklum balas kepada guru mengenai tahap kebolehan dan pencapaian pelajar dalam satu- satu mata pelajaran itu.

    Rubrik beri fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu pelajar kuasai dimana hasil pembelajaran ini akan digunakan untuk menghasilkan soalan ujian/tugasan untuk dinilai setakat mana pemahaman dan pengetahuan pelajar.