psp 3302 : 3 (2+1) pengurusan kredit dan risiko pengguna...

12
8/25/2014 1 FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email: [email protected] Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia Objektif kursus Pada akhir kursus pelajar dapat: Memahami pendekatan dan teori perubahan Mengenalpasti faktor-faktor yang membawa perubahan dan kesan terhadap pengurusan sumber Menganalisis perubahan dalam kehidupan Mengaplikasi pelbagai pendekatan perubahan ke arah pengurusan sumber yang cekap dan berkesan

Upload: buinhan

Post on 16-Jul-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/25/2014

1

FEM 4205 : 3 (3+0)

Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah

Resource Management in Changing Environment

HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM

BILIK A2-14

Email: [email protected]

Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

Objektif kursus

Pada akhir kursus pelajar dapat:

Memahami pendekatan dan teori perubahan

Mengenalpasti faktor-faktor yang membawa perubahan dan kesan terhadap pengurusan sumber

Menganalisis perubahan dalam kehidupan

Mengaplikasi pelbagai pendekatan perubahan ke arah pengurusan sumber yang cekap dan berkesan

8/25/2014

2

SINOPSIS

Kursus ini memberi tumpuan kepada faktor-faktor yang

menyumbang kepada perubahan dan kesannya ke atas

individu, keluarga, organisasi dan masyarakat. Perbincangan

pelbagai teori perubahan. Aplikasi pelbagai pendekatan

perubahan ke arah pengurusan sumber yang cekap dan

berkesan.

(This course emphasises on factors that cause change and impacts

to individual, families, organisation and society. Discussion on various

theories of change. Application of various approaches of changed

towards effective and efficient management of resources).

Kuliah

Tajuk Jam

1. Pengenalan 1

Konsep Pengurusan Sumber

Aspek-aspek Pengurusan Sumber

2. Faktor-faktor Perubahan Dalaman dan Luaran 4

Nilai, moral dan etika

Alam sekitar

Globalisasi

Migrasi penduduk

Teknologi komunikasi dan pengangkutan

Identifikasi supranasional

8/25/2014

3

Kuliah

Tajuk Jam

3. Prinsip dan Teori Perubahan 8

Teori perubahan organisasi

Teori Kurt Lewin

Tahap perubahan

4. Kesan Persekitaran Berubah 6

Individu dan keluarga

Organisasi

Masyarakat

Kuliah

Tajuk Jam

5. Pengurusan Perubahan 10

Organisasi

Sumber

Keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja

6. Keselamatan dan kesihatan Persekitaran

Kehidupan 6

Penggunaan lestari

Polisi dan perundangan

8/25/2014

4

Kuliah

Tajuk Jam

7. Pengurusan Alam Sekitar 4

Pembangunan lestari

Pengurusan sumber semulajadi

8. Cabaran-cabaran 3

Jumlah jam 42

Penilaian

Kerja kursus 60%

Tugasan Individu 30%

Ujian 30%

Peperiksaan Akhir 40%

Jumlah 100%

8/25/2014

5

Rujukan

Burke, W. W. (2002). Organisation Change: Theory and Practices. California: Sage Publication.

French, W. L. (1999). Organisation Development and Transformation: Managing Effective Change. New York: McGraw Hill.

Goldsmith, E. B. (2005). Resource Management for Individuals and Families. 3rd Ed. Belmont, C. A. : Thomson/ Wadsworth.

Morris, D. (2003). Changing Environments (Ed.). Chichester: John Wiley.

Mumtazah, O. (2002). Pengenalan Pengurusan Sumber Individu dan Isirumah: Pendekatan Sistem. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Tajuk 1

Pengenalan

Konsep Pengurusan Sumber

Aspek-aspek Pengurusan Sumber

8/25/2014

6

Konsep Pengurusan Sumber

Definisi pengurusan :

Cara untuk mendapatkan sesuatu, atau membuat

penentuan ke atas pengagihan sumber

Proses menggunakan sumber-sumber untuk mencapai

matlamat

Konsep Pengurusan Sumber

Sumber:

Segala punca atau cara-cara tersedia ada pada diri

individu, keluarga dan di dalam persekitaran yang

disedari atas potensinya atau kebolehannya memenuhi

sesuatu permintaan.

Jenis-jenis sumber:

Sumber manusia: individu dalam keluarga, kakitangan

organisasi

Sumber bukan manusia: kewangan organisasi, masa

(jadual dan jenis aktiviti organisasi)

8/25/2014

7

Konsep Pengurusan Sumber

Proses pengurusan melibatkan beberapa aktiviti:

Memikir, merancang, menyelaras, mengambil tindakan,

mengawal dan menilai tindakan yang telah dilakukan

sepanjang masa.

Ringkasnya, pengurusan melibatkan aktiviti mental

(berfikir-kognitif) dan fizikal (tindakan)

Konsep Pengurusan Sumber

Definisi Pengurusan Sumber:

Satu proses merancang penggunaan sumber-sumber

dengan berlandaskan nilai-nilai, dan melaksanakan

rancangan itu supaya matlamat dapat dicapai.

Ia melibatkan rangkaian membuat keputusan, menilai,

mengawal dan mengubahsuai.

Dengan sumber terhad dan pilihan yang tidak terbatas,

proses pengurusan sumber menjadi agak rumit.

8/25/2014

8

Konsep Pengurusan Sumber

Pendekatan sistem dalam pengurusan sumber:

Pengurusan sumber merupakan proses dinamik yang

memerlukan individu, isi rumah ataupun organisasi

berinteraksi dengan persekitarannya bagi mengurus.

Pendekatan bagi menjelaskan proses dinamik ini adalah

melalui pendekatan ekosistem

Konsep Pengurusan Sumber

Pendekatan Ekosistem

Menggabungkan perspektif sistem dan ekologi yang

diperkenalkan oleh Deacon dan Firebaugh (1988)

Pendekatan ini memudahkan proses pengurusan

sesebuah sistem dan interaksi serta saling hubungan

antara sistem dan unit dalam persekitaran yang dikaji

dapat dibincangkan dengan lebih sistematik dan jelas

8/25/2014

9

Konsep Pengurusan Sumber

Sistem:

Kumpulan unit atau individu yang saling berkoodinasi,

berinteraksi, saling bergantung, mempengaruhi dan

bekerjasama bagi mencapai matlamat. Contoh:

isirumah, masyarakat, organisasi, kenderaan

Ekologi:

Kajian mengenai bagaimana unit-unit kehidupan

berinteraksi dengan persekitaran. (ekologi manusia –

interaksi antara manusia dengan persekitaran.

Persekitaran - fizikal, sosiobudaya, biologi dan lain)

Konsep Pengurusan Sumber

Ekosistem:

Sistem dalam persekitaran yang saling berhubung dan berinteraksi yang memberi kesan terhadap kehidupan individu, isirumah, masyarakat, atau organisasi.

Terdapat 3 unsur utama ekosistem keluarga:

Organisma atau unit kehidupan – individu, ahli keluarga

Persekitaran iaitu samada semulajadi atau rekaan manusia

Organisasi yang berperanan sebagai sistem pengurusan yang mengubah bahan, tenaga, maklumat untuk keluarga membuat keputusan atau tindakan

8/25/2014

10

Aspek-aspek Pengurusan Sumber

Persekitaran:

Segala bentuk bahan yang mengelilingi unit kehidupan

Ia menyediakan pelbagai sumber yang diperlukan

individu bagi kehidupan khususnya mengurus

Dikelaskan kepada persekitaran mikro dan makro

Aspek-aspek Pengurusan Sumber

Persekitaran mikro:

Persekitaran terdekat yang terdiri dari keadaan fizikal

dan sosial yang mengelilingi kehidupan individu atau isi

rumah atau organisasi

Termasuk sistem semulajadi terdekat seperti peralatan,

pakaian, makanan; sistem biologi seperti manusia,

tumbuhan, haiwan, kehidupan lain; sistem sosial

terdekat seperti jiran, saudara-mara

8/25/2014

11

Aspek-aspek Pengurusan Sumber

Persekitaran makro:

Persekitaran luas yang mengelilingi persekitaran mikro

Termasuk sistem sosial iaitu sistem teknologi, sistem

ekonomi, sistem politik, sistem sosiobudaya, sistem

semulajadi, sistem rekaan manusia

Aspek-aspek Pengurusan Sumber

Kepentingan pengetahuan dan kemahiran pengurusan

sumber:

Perubahan gaya hidup merupakan antara faktor yang

menyebabkan pentingnya pengetahuan mengenai

pengurusan sumber perlu ditingkatkan

Sumber kewangan dalam hal ini terhad sedangkan

berlakunya peningkatan permintaan barangan dan

perkhidmatan akibat dari gaya hidup yang berubah

8/25/2014

12

Aspek-aspek Pengurusan Sumber

Kepentingan pengetahuan dan kemahiran pengurusan

sumber (samb.):

Bagi aktiviti pengurusan yang mudah seperti kerja rutin

dalam kehidupan harian seperti menguruskan diri,

kemahiran pengurusan yang khusus mungkin tidak

diperlukan

Pengurusan sumber lain seperti kewangan adalah

kritikal untuk memperoleh pengetahuan yang khusus.

Aspek-aspek Pengurusan Sumber

Pengurusan sumber dan persekitaran berubah

Dalam persekitaran berubah seperti kecanggihan

teknologi, perubahan sosiobudaya seperti supranasional

(budaya nasional), perubahan sistem politik dan lain-

lain, pengurusan sumber yang diamalkan oleh individu

menghadapi cabaran yang perlu ditangani oleh mereka

Pengurusan sumber hendaklah seiring dengan

perubahan pada persekitaran untuk menghasilkan

output yang optima dari pengurusan berkenaan