buletin psp - bil 2

9
1 Audit MQA 4 - 5 Merentas kampus 12- 13 Reverse Parking 16

Upload: lamkhuong

Post on 31-Jan-2017

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin PSP - Bil 2

1

Audit MQA 4 - 5

Merentas kampus 12- 13

Reverse Parking 16

Page 2: Buletin PSP - Bil 2

32

Sebagai peneraju TVET, para pelajar, ibu bapa, masyarakat dan industri adalah pelanggan dan individu yang berkepentingan kepada kita. Dengan mengamalkan budaya kerja responsif, kita akan menawarkan perkhidmatan yang konsisten kepada pelanggan dari segi kualiti serta menepati piagam yang ditetapkan. Perkhidmatan yang diberikan juga perlu menepati standard masa yang telah ditetapkan dalam Piagam Pelanggan. Seterusnya segala maklumat dan perkhidmatan perlulah disampaikan dengan tepat dan betul untuk memudahkan urusan pelanggan.

Mudah diperoleh adalah salah satu ciri budaya kerja responsif. Perkhidmatan yang kita berikan kepada pelanggan perlu mudah dicapai oleh pelanggan di mana sahaja, sesuai dengan dunia digital dan segalanya berada di hujung jari. Ia juga perlu mudah difahami. Penyediaan arahan perlu jelas, maklumat serta panduan perkhidmatan yang diberikan perlu ditulis dalam bentuk yang mudah dan tidak mengelirukan pelanggan. Sebagai contoh, kita mempunyai Portal PSP sebagai pusat sebaran maklumat yang mudah dan cepat. Maklumat yang diperlukan oleh semua pelanggan kita boleh diperolehi tanpa kos tambahan. Dari segi proses pengajaran dan pembelajaran pula, kita mempunyai Portal e-pembelajaran CIDOS yang membolehkan perkongsian maklumat dipermudahkan antara para pensyarah dan pelajar. Oleh itu, saya menyeru semua pensyarah menggunakan sepenuhnya ruang e-pembelajaran yang telah disediakan ini.

Seterusnya, saya mahukan semua staf PSP kompeten dan berpengetahuan dalam menjalankan tugas masing-masing. Carilah peluang untuk memperbaharui pengetahuan dan kemahiran anda kepada versi yang terkini. Mungkin kita adalah pakar dalam sesuatu bidang suatu ketika dahulu. Namun itu tidak semestinya sesuai dengan teknologi masa kini. PSP sentiasa mementingkan aspek latihan staf supaya semua warganya kompeten dalam melaksanakan tugas masing-masing. Setelah semua ciri tersebut dipenuhi, pasti kita dapat menunjukkan kredibiliti sebagai penjawat awam dan staf PSP dalam menyampaikan perkhidmatan kepada para pelanggan kita.

Saya pasti, semua orang mempunyai keluarga. Oleh itu seimbangkanlah tugas di pejabat dengan kehidupan sosial berkeluarga. Kedua-duanya saling memerlukan komitmen kita. Jangan jadikan salah

satunya sebagai alasan untuk kita tidak memberikan komitmen kepada yang satu lagi. Tiada dunia yang tiada masalah. Sebaliknya bagaimana sikap kita terhadap masalah yang dihadapi adalah lebih utama. Lakukan yang terbaik untuk kedua-duanya, kerja dan keluarga.

Akhir kata, Dunia ini hanya ada 3 hari : 1. Semalam telah berlalu dan tidak akan kembali.2. Hari ini sedang berlalu dan tidak akan kekal.3. Esok, kita tidak tahu dimana kita akan berada.

Peliharalah Syahadah Kita Sebaiknya...Wallahu’alam.

Haji Zulkifli bin Ariffin

PenaungTN HJ ZULKIFLI ARIFFIN

Editor & GrafikRAFIZAH SHAHARUDDIN

Sumbangan BeritaNORISNIYATI ABDUL HAMIDWAKIL JABATAN URUSETIA PROGRAM

FotografiAHMAD YUSOFROSWADA AHMADHASRUL ABDUL HALIM

Pengurus Edaran dan PromosiAZAHAR YAHAYA

VISIPENERAJU

KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN

LATIHAN MENJELANG 2015

MISIMENGHASILKAN MODAL INSAN CEMERLANG

BAGI MEMACU EKONOMI NEGARA

SELARAS PELAN TRANSFORMASI

POLITEKNIK

Selesai sudah audit MQA. Tahniah buat semua warga PSP. Kepada semua Ketua Program, semoga semua program dibawah pimpinan tuan dan puan akan mendapat akreditasi MQA.

~ sidang redaksi Buletin PSP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, kita telah dikurniakan kesihatan yang baik dan masih berada di tempat kita sekarang. Tahun 2013 telah pun sampai di pertengahan. Kita telah melalui tempoh-tempoh yang agak kritikal sebagai sebuah pusat pendidikan dan latihan yang berkualiti. Proses mendapat akreditasi MQA untuk program-program pengajian adalah agenda utama dalam memastikan kita mencapai visi menjelang tahun 2015. Saya pasti, semua pihak telah berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan Politeknik Seberang Perai mendapat akreditasi MQA untuk semua program yang ditawarkan.

Perjalanan kita menuju kejayaan sebenarnya masih jauh. Saya ingin menyentuh elemen ketiga dalam Nilai Teras Sepunya Perkhidmatan Awam iaitu RESPONSIF. Ciri utama budaya kerja responsif adalah kebolehpercayaan, menepati masa, ketepatan, mudah diperolehi, kompeten dan kredibiliti.

Tinta Pengarah

Page 3: Buletin PSP - Bil 2

54

Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh dan Penilaian Audit Pematuhan oleh MQA

Bermula 27 Mac hingga 19 April 2013, Politeknik Seberang Perai(PSP) telah melalui fasa kritikal dalam usaha mendapatkan akreditasi MQA bagi program-program pengajian di PSP. Seluruh warga PSP amat berbesar hati menerima kunjungan pihak MQA untuk Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh dan Lawatan Penilaian Audit Pematuhan.

PSP telah menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi tiga program pengajian iaitu Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB) (MQA/FA 0972) pada 27 dan 28 Mac 2013, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP) (MQA/FA 0974) pada 1 dan 2 April 2013 dan Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) (DNS) (MQA/FA 0973) pada 18 dan 19 April 2013.

Panel-panel berpengalaman terdiri daripada PM Dr Mohd Fuad Mohd Salleh (UNISEL) dan PM Ezani Yaakub (UiTM Shah Alam) sebagai panel DIB, PM Dr Nor Kamariah Noordin (UPM) dan Ir Zulkeflee Khalidin(UMP) sebagai panel DEP serta Dr Jafreezal Jaafar (UTP) dan Dr Shukor Abd Razak (UTM) sebagai panel DNS.

Disamping penilaian akreditasi penuh, PSP turut menerima Lawatan Penilaian Audit Pematuhan bagi program-program berstatus “Deemed Accredited” yang mana para auditor akan membuat semakan dan penilaian dokumen asal, lawatan ke premis, makmal, bilik kuliah, melihat peralatan dan sumber pendidikan berkaitan program yang dinilai serta mengadakan temu bual dengan pihak pengurusan, staf akademik dan pelajar.

Lawatan Penilaian Audit Pematuhan telah berlangsung serentak pada 8 dan 9 April 2013 untuk empat program pengajian iaitu Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan (DLS) (MQA/FA 3287), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) (DJL) (MQA/FA 3281)Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil) (DMT) (MQA/FA 3283) dan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) (DIP) (MQA/FA 3284). Panel auditor yang terlibat adalah En Abdul Aziz Othman (UUM) sebagai panel DLS, PM Dr Fakhruldin Mohd Hashim (UTP) sebagai panel DJL dan DMT serta En Mohd Norafizal Abdul Aziz (UiTM Jengka Pahang) sebagai panel DIP.

Semoga PSP berjaya mendapat akreditasi untuk semua program yang ditawarkan.

Persediaan menghadapi kunjungan pihak MQA bukanlah usaha yang mudah. Ia adalah hasil kerja beberapa tahun dan melibatkan pelbagai pihak khususnya warga PSP. Oleh itu, Ucapan penghargaan ini adalah daripada Timbalan Pengarah Akademik, Pn Ainiza Amin, kepada semua warga Politeknik Seberang Perai.

Ucap

an P

engh

arga

an d

arip

ada T

PA

Page 4: Buletin PSP - Bil 2

76

Pengarah Politeknik Seberang Perai (PSP), Tuan Haji Zulkifli bin Ariffin telah mewakili PSP bagi menerima sijil penghargaan dan trofi pencapaian Portal PSP. Anugerah telah disampaikan dalam Majlis Penyampaian Piala dan Sijil Penghargaan bagi Penilaian Portal/Laman Web Sektor Awam 2012 Kementerian Pengajian Tinggi pada 22 Februari 2013 di Putrajaya.

Portal PSP menduduki tempat ketiga terbaik bagi politeknik seluruh Malaysia dengan skor 87 mata dan penarafan lima bintang.

Portal PSP bertaraf LIMA BINTANG!

Kit Asas Latihan Elektronik (BEST-Kit), produk penyelidikan Politeknik Seberang Perai (PSP) iaitu telah menerima anugerah penghargaan pada Malam CITRA Inovasi anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Hotel Marriot, pada 5 Mac 2013. Penghargaan ini dianugerahkan atas sumbangan PSP dalam menjayakan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif Peringkat Tertiari.

MALAM CITRA INOVASI KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Politeknik Seberang Perai (PSP) dilanda hujan berwarna ungu sempena Program 1Million Women Purple Walk yang telah berlangsung serentak di seluruh negara pada 17 Mac 2013. PSP telah terpilih sebagai tuan rumah peringkat negeri Pulau Pinang. Semua peserta dikehendaki mengenakan pakaian berwarna ungu pada hari itu sebagai tanda sokongan. Ia telah dirasmikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Acara kemuncak adalah ‘kembara wanita’ pejalan kaki dari PSP ke Bandar Perda dan kembali semula ke PSP. Pelbagai acara lain turut diadakan telah disertai oleh masyarakat seluruh negeri Pulau Pinang.

Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia

Majlis Penyampaian Baucer Buku 1 Malaysia Politeknik Seberang Perai (PSP) telah diadakan pada 4 Februari 2013, jam 11.00 pagi di Dewan Seri Mutiara PSP. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ariff Shah bin Omar Shah ADUN Seberang Jaya. Seramai 4139 orang pelajar telah menerima baucer buku yang bernilai RM 250.00 setiap seorang yang membabitkan peruntukan berjumlah RM 1,034,750.00.

Page 5: Buletin PSP - Bil 2

98

Satu program gotong royong telah diadakan di Kampung Kota Permatang Pasir pada 17 Mac 2013 yang lalu. Ia telah disertai oleh 43 orang para pelajar PSP bersama-sama dengan penduduk setempat. Program ini adalah salah satu usaha untuk membantu mengekal dan memulihara tapak bersejarah makam Kerabat Diraja Kedah.

Para peserta yang terlibat bukan sahaja dapat bergotong-royong, malah dapat sama-sama menghayati sejarah dan memupuk semangat cintakan negara.

Satu majlis solat hajat dan bacaan Yaasin telah diadakan di Pusat Islam Politeknik Seberang Perai. Majlis ini telah dihadiri oleh staf dan pelajar PSP untuk bersama-sama mendoakan keselamatan anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan negara. Di samping solat hajat dan bacaan yaasin, satu ceramah mengenai isu-isu keselamatan telah disampaikan oleh Supt. Zahari bin Osman dari IPK Pulau Pinang.

Politeknik Seberang Perai juga telah berbesar hati mengadakan kutipan Tabung Lahad Datu bagi membantu keluarga mangsa yang terlibat .

PSP dengan kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad telah menganjurkan Kursus Pemantapan Nilai Muamalah Dalam Pendidikan pada 20 Februari 2013 bertempat di Dewan Seri Mutiara. Kursus ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari rancangan realiti popular iaitu Imam Muda Arrazi.

Tajuk ceramah yang disampaikan adalah Pemantapan dan Penerapan Nilai Muamalah di Dalam Pendidikan. Kursus ini telah dihadiri oleh 100 orang staf PSP.

Ceramah Imam Muda

SOLAT HAJAT & BACAAN YASSIN SERTA CERAMAH ISU-ISU KESELAMATAN

Oleh : Sulaiman Abdullah

Gotong Royong Kerabat DiRaja KedahOleh : Sulaiman Abdullah

Satu larian amal telah diadakan pada hari Sabtu, 2 Mac 2013. Ia adalah acara yang dijalankan serentak seluruh Malaysia sempena pelancaran ‘Politeknik Kasih’ 1 Malaysia. Larian amal ini telah disertai oleh kira-kira 1000 orang sukarelawan iM4u, pelajar dan staf PSP. Larian amal ini juga telah berjaya mengumpul sumbangan untuk anak-anak yatim sebanyak RM 2,657.40. Kesemua wang tersebut telah disumbangkan kepada Pusat Jagaan Permata Kasih (Rumah Anak-anak Yatim Permatang Pauh).

Politeknik Kasih akan meneruskan program-program untuk masyarakat seperti pembangunan sosio-ekonomi, operasi khidmat masyarakat, pendidikan dan keusahawanan.

LARIAN AMAL ‘POLITEKNIK KASIH’ 1 MALAYSIA

Page 6: Buletin PSP - Bil 2

1110

Career Preparation Workshop

Bengkel Penggunaan Geogebra secara Berkesan (A Workshop for Effective Use of Geogebra) anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Seberang Perai telah berlangsung dengan jayanya pada 28 hingga 29 Mei 2013 bertempat di Makmal G2 dan Makmal G3, JMSK, PSP. Peserta bengkel ini terdiri daripada 50 orang pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dari seluruh Politeknik Malaysia dan Institut Pendidikan Guru sekitar Wilayah Utara. Tenaga pengajar untuk bengkel ini dijemput khas dari pihak Institut GeoGebra Malaysia, SEAMEO RECSAM, Penang iaitu Dr. Daniel Leong yang mempunyai kelayakan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkenaan.

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk memberi pendedahan kepada pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer bagi meningkatkan kemahiran dalam penggunaan perisian sumber terbuka GeoGebra di samping memberi nilai tambah kepada pensyarah dalam meningkatkan kualiti P&P dalam usaha memupuk minat yang mendalam terhadap Matematik kepada pelajar. Melalui kemahiran yang diperolehi, pensyarah dapat menghasilkan bahan P&P yang menarik seterusnya meningkatkan pemikiran kritikal di kalangan pelajar.

Dengan berlangsungnya program seperti ini, pensyarah dapat memanfaatkan peluang untuk mendalami satu perisian yang amat berguna dalam meningkatkan mutu P&P dalam Matematik khususnya. Selain itu, kolaborasi antara PSP dengan pihak luar seperti SEAMEO RECSAM, seluruh Politeknik Malaysia dan Institut Pendidikan Guru dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Satu bengkel persediaan kerjaya “Career Preparation Workshop 2013” telah diadakan pada 11 dan 12 Mac 2013 anjuran Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi dan Kerjaya. Bengkel ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar semester lima dari semua jabatan. Penceramah jemputan dari MSU telah mengendalikan bengkel ini dengan baik dan dapat menarik minat para peserta.

Bengkel Geogebra Politeknik Malaysia

Gambar kenangan semua peserta bersama Penceramah dan Pengarah PSP

Penceramah: Dr Daniel Leong

Peserta tekun mengikuti kursusRabu, 26 Mac 2014, satu program bersama UNISEL telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama PSP. Program ini memberi pengetahuan kepada para pelajar berkaitan kepelbagaian program yang ditawarkan di UNISEL dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik serta teknologi maklumat. Selain itu ia juga memberi peluang kepada para pelajar untuk bertanya berkenaan perancangan masa depan mereka setelah tamat program diploma kejuruteraan elektrik dan teknologi maklumat disamping dapat meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan panduan pemilihan bidang yang sesuai selepas menamatkan program diploma di politeknik. Seramai 94 orang Pelajar (JKE) dan 161 pelajar (JTMK) telah terpilih mengikuti progam berkenaan dimana kesemuanya adalah para pelajar semester akhir. Seramai 4 orang wakil dari UNISEL telah hadir bagi menyampaikan taklimat antaranya ialah Dr. Raja Mohd. Tariqi bin Raja Lope Ahmad , Dekan Fakulti Sains Komp & Teknologi Maklumat -FSKTM , En. Muhammad bin Hashim, Timbalan Dekan (Sumber & Pembangunan) FSKTM , En. Zuraidy bin Adnan, Ketua Program dan Puan Rohaya binti Abu Hassan.

Program Bersama Unisel

Page 7: Buletin PSP - Bil 2

1312

Merentas Kampus Bersama Kombo RTM

Serentak dengan program merentas kampus bersama kombo RTM, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) telah menganjurkan Program Maths, Science and Computer eXplorace melibatkan aktiviti di luar bilik kuliah yang berkait dengan kursus BA101 Engineering Mathematics 1, BB101 Engineering Science dan BC101 Computer Application. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih mewakili kelas masing-masing berdasarkan purata keputusan cemerlang Ujian 1 BA101 dan BB101. Para pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan mengikut nama tokoh bidang matematik, sains dan komputer. Terdapat sembilan “check point” yang perlu dilengkapkan oleh pelajar melibatkan soalan-soalan matematik, sains dan komputer.

Program ini diadakan bagi memberikan kesedaran tentang pentingnya ilmu matematik, sains dan komputer dalam kehidupan seharian di mana ianya perlu dipupuk di kalangan pelajar dari peringkat awal lagi. Antara objektif program ini adalah untuk memotivasi pelajar-pelajar semester satu supaya mereka lebih yakin pada diri sendiri serta dapat meningkatkan pengetahuan pelajar. Malah dengan terlaksananya program seperti ini pelajar secara tidak langsung dapat beraktiviti sambil belajar dan dapat menggalakkan semangat bekerjasama dalam kalangan mereka.

Politeknik Seberang Perai bersama Mutiara FM (RTM Pulau Pinang) telah bekerjasama dalam mengadakan Program Merentas Kampus Bersama Kombo RTM di Sekitar PSP pada 19 Mac 2013. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti program derma darah, gerai jualan, ceramah motivasi dan tidak lupa persembahan khas kombo RTM.

Program derma darah bermula seawal jam 8.00 dan telah mendapat sambutan daripada para pelajar dan staf. Persembahan Kombo RTM telah mengisi slot petang dan diikuti sesi penyampaian netbook 1Malaysia dari SKMM kepada pelajar terpilih. Para pelajar dan staf juga berpeluang mendengar ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Dr Ahmad Lothfi bin Ibrahim. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Datuk Arif Shah Omar Shah, ADUN Seberang Jaya.

Maths Science & Computer eXplorace

Page 8: Buletin PSP - Bil 2

1514

PSP-Popeye Rugby Club adalah kelab ragbi Politeknik Seberang Perai yang aktif melibatkan diri dalam perlawanan ragbi terutama di sekitar Pulau Pinang. Buat pertama kalinya, PSP-Popeye telah menganjurkan Kejohanan Ragbi 10’s Jemputan PSP pada 2 dan 3 Mac 2013 di padang PSP. Kejohanan ini melibatkan dua kategori iaitu kategori Sekolah dan kategori IPTA/IPTS/Kelab.

Antara pasukan yang terlibat untuk kategori Sekolah adalah SMK Pauh Jaya, SM Teknik Seberang Perai, SM Sains Kepala Batas, MRSM Kepala Batas, SM Tinggi Bukit Mertajam, MRSM PDRM Kulim dan MSK Penanti. Bagi kategori IPTA/IPTS/Kelab pula, pasukan yang terlibat adalah PSP, PTSB, PTSS, POLIMAS, UNIKIL-MSI, KMPP DAN SRC.

KEJOHANAN RAGBI 10’s JEMPUTAN PSP 2013

Oleh : Suhaimi Hassan

Simbolik penyerahan bola ragbi oleh Pengarah PSP.

Satu Program Pensyarah Pelawat Industri (PPI) melibatkan staf Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang (ILPKBPP) dan peserta dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Mac 2013. Peserta Politeknik Seberang Perai terdiri daripada empat orang staf akademik iaitu En Mohamad Fadzil Basir Ahmad, En Kamarul Ariffin Abd Rashid, Puan Misida Senon dan Puan Masturina Natalia Mohd Noor. Tenaga pengajar ILP yang terlibat dengan Program Pensyarah Pelawat Industri ialah Ketua Bahagian Telekomunikasi, Puan Azliana Ali serta tenaga pengajar lain iaitu En Nasir Saad, Pn Noraila M. Noor dan En Ayub Rasidi.

Seramai 37 orang pelajar Semester 5, Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) DEP turut menyertai program ini. Tujuan program ini dilaksanakan ialah untuk memberi pendedahan kepada staf dan pelajar PSP mengenai teknologi dan peralatan terkini yang digunakan dalam applikasi kejuruteraan melibatkan fiber optik. Ia dikongsikan oleh staf ILP yang rata-ratanya mempunyai kompetensi, pengalaman industri dan terlibat dengan konsultasi dengan Telekom Malaysia.

MAKMAL TELEKOMUNIKASI DI ILP KEPALA BATAS

Oleh: Mohamad Fadzil Basir Ahmad

Antara perkongsian termasuklah penerangan mengenai jenis-jenis kabel fiber optik serta rangkaian fiber optik terkini, melibatkan ibusawat di utara Semenanjung Malaysia. Peserta didedahkan dengan pengenalan peralatan, teknik-teknik fusion splicing dan penggunaan Optical Time Domain Reflectometer (OTDR). Disamping itu, pelajar berpeluang untuk mendapatkan pengalaman secara hands-on untuk menyiapkan amali Kursus EP501 Fiber Optic Communication System melibatkan splicing dan penggunaan OTDR.

Program ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu memberi pendedahan teknologi terkini fiber optik kepada staf dan pelajar PSP dalam Sesi Pensyarah Pelawat Industri disamping menyiapkan amali Kursus EP501 Fiber Optic Communication System untuk memenuhi keperluan pihak MQA. Program ini juga memupuk kerjasama di antara Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai dan Jabatan Telekomunikasi, Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas. Kedua-dua institusi juga merancang untuk mengadakan program peningkatan kompetensi fiber optik untuk staf akademik dan pelajar pada masa hadapan iaitu penganjuran ujian kompetensi fiber optik dimana Sijil Kompetensi Fiber Optik dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Sekitar Karnival Klik Dengan Bijak di SMK Tasek Glugor~bersama kelab multimedia~

Page 9: Buletin PSP - Bil 2

16

The Benefits Of Reverse Parking

Reversing into a parking space as offers numerous advantages.

The first is financial. • It has been estimated that reversing into a parking

space so that you can drive away forwards can save £2 per week on fuel.

• It takes the engine from an average five year old car around one and a half minutes to warm up and reach maximum fuel efficiency.

• The most effective way to warm the engine is by driving it smoothly away.

REVERSE PARKING CAMPAIGNBy : OSH Unit

Reversing out of a parking space

when the engine is cold uses

around twenty to twenty five times

more fuel in the first seconds than it

does when warm.

Reverse parking, also know

as bay parking, is also widely

considered to be safer.

Firstly at slow speeds a car has greater maneuverability going backwards than it does going forwards..

It is also a lot easier to control a car going

forwards than it is backwards when it is first

started and attempting a high risk manoeuvre

such as reversing when you have just entered

a car are not necessarily concentrating to the

best of your abilities is more dangerous..