psmb prolus bm-1

43
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT Pengenalan 1 Pendaftaran Penyedia Latihan 1 Program-program Latihan Yang Diluluskan (PROLUS) 2 Terma-terma dan Syarat-syarat Bagi Pemberian Taraf PROLUS 4 Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS 6 Senarai Program-program Latihan PROLUS 6 Tanggungjawab Penyedia Latihan 7 Kriteria Kelayakan Majikan 8 Pendaftaran Program E-Learning 9 Pembaharuan Program PROLUS 11 Pembayaran Geran Latihan 12 Carta Alir Permohonan Pendaftaran Program Latihan Di Bawah Skim PROLUS 13 Proses Kerja Permohonan Pendaftaran Program Latihan Di Bawah Skim PROLUS 15 Carta Alir Permohonan Menukar Kandungan / Maklumat Program Latihan 18 Proses Kerja Permohonan Menukar Kandungan / Maklumat Program Latihan 19 Lampiran-lampiran 21

Upload: amyruel-shariz

Post on 04-Jul-2015

268 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSMB PROLUS BM-1

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 1

Pendaftaran Penyedia Latihan 1 Program-program Latihan Yang Diluluskan (PROLUS) 2 Terma-terma dan Syarat-syarat Bagi Pemberian Taraf PROLUS

4

Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS 6 Senarai Program-program Latihan PROLUS 6 Tanggungjawab Penyedia Latihan 7 Kriteria Kelayakan Majikan 8 Pendaftaran Program E-Learning 9 Pembaharuan Program PROLUS 11 Pembayaran Geran Latihan 12 Carta Alir Permohonan Pendaftaran Program Latihan Di Bawah Skim PROLUS

13

Proses Kerja Permohonan Pendaftaran Program Latihan Di Bawah Skim PROLUS

15

Carta Alir Permohonan Menukar Kandungan / Maklumat Program Latihan

18

Proses Kerja Permohonan Menukar Kandungan / Maklumat Program Latihan

19

Lampiran-lampiran 21

Page 2: PSMB PROLUS BM-1

1

PENGENALAN

Skim PROLUS (Program Latihan Yang Diluluskan) adalah

merupakan salah satu daripada skim latihan di bawah KWPSM. Di bawah skim ini, penyedia-penyedia latihan hendaklah berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) terlebih dahulu di mana mereka perlu mengemukakan program-program latihan untuk dipertimbangkan bagi pemberian taraf PROLUS.

Untuk program latihan/kursus tersebut, majikan-majikan

tidak perlu mendapatkan kelulusan PSMB terlebih dahulu untuk memulakan latihan. Sebaliknya, majikan-majikan dengan mudah boleh memilih mana-mana program latihan/kursus di bawah Skim PROLUS untuk melatih pekerja masing-masing. Selepas latihan disempurnakan dengan jayanya, majikan-majikan bolehlah mengemukakan tuntutan untuk pembayaran kos yang dibenarkan kepada PSMB. Kos-kos yang dibenarkan adalah seperti yang ditetapkan dalam ‘GARIS PANDUAN AM MENGENAI KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA’.

PENDAFTARAN PENYEDIA LATIHAN

Sebelum sesuatu program latihan diberi status PROLUS, penyedia latihan, sama ada penyedia latihan swasta atau awam, hendaklah berdaftar di bawah PSMB terlebih dahulu. Penyedia latihan boleh memilih untuk berdaftar mengikut kategori seperti berikut;

(i) Kategori A : Penyedia Latihan dibenarkan untuk melaksana program-program “soft skill” dan “hard skill” di bawah semua skim latihan PSMB seperti Skim SBL, SBL-KHAS, PROLUS (termasuk E-

Page 3: PSMB PROLUS BM-1

2

Learning), PERLA dan Perantisan. Yuran pendaftaran adalah RM1,300.

(ii) Kategori B : Penyedia Latihan dibenarkan untuk melaksana program-program di bawah Skim SBL, SBL-KHAS, & PROLUS (Sijil kehadiran). Yuran pendaftaran adalah RM800.

Sila rujuk Pekeliling Penyedia Latihan Bil. 1/2009, berkenaan Prosedur baru Pendaftaran Penyedia Latihan dengan PSMB untuk syarat-syarat kelayakkan yang lebih terperinci serta semakan semula terhadap terma-terma serta syarat-syarat pendaftaran.

PROGRAM-PROGRAM LATIHAN YANG DILULUSKAN (PROLUS)

Permohonan bagi pemberian taraf PROLUS bolehlah

dikemukakan oleh penyedia-penyedia latihan selepas mendapatkan Sijil Pendaftaran Penyedia Latihan Kategori A atau B sahaja .

Program-program latihan/kursus yang ditawarkan secara

umum dan memenuhi keperluan latihan majikan adalah layak dipertimbangkan untuk diberi taraf PROLUS di bawah Skim PROLUS. Program-program latihan/kursus tersebut bolehlah dikategorikan seperti berikut:-

• Kemahiran Pengurusan/Pentadbiran/Penyeliaan • Kemahiran Teknikal • Kemahiran yang berkaitan dengan kualiti/produktiviti • Kemahiran yang berkaitan dengan Komputer • Program perantisan sepenuh masa (Sila rujuk Lampiran ‘A’ untuk senarai terperinci)

Page 4: PSMB PROLUS BM-1

3

Pendaftaran Program Latihan Di Bawah Skim Prolus Se cara Online Bermula 3 Mei 2007, PSMB telah memperluaskan perkhidmatan ‘online’ yang disediakan kepada penyedia latihan untuk Pendaftaran Program Latihan mereka secara ‘Online’. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh penyedia latihan dalam mendaftarkan program latihan secara ‘online’; i. Membuat bayaran sebanyak RM300 bagi setiap satu

program latihan yang ingin didaftarkan di mana-mana cawangan Public Bank. Sila bawa bersama slip bayaran PSMB bagi memudahkan pihak bank mengenalpasti tujuan pembayaran;

ii. Oleh kerana pendaftaran program latihan dilakukan secara ‘online’, penyedia latihan perlu mempunyai katalaluan (password) sebelum boleh memasuki TPIS (Training Provider Information System);

iii. Setelah memasuki TPIS, penyedia latihan boleh mengikuti langkah-langkah yang telah disediakan bersama dengan contoh-contoh bagi mengisi borang pendaftaran secara ‘online’ tersebut;

iv. Sila pastikan borang tersebut lengkap diisi dan sebarang dokumen yang perlu disertakan di‘scan’ dan disertakan bersama-sama permohonan secara ‘online’ tersebut; dan

v. Permohonan pendaftaran program latihan di bawah Skim PROLUS hanya akan diproses setelah semua butir-butir tersebut disediakan :-

• Bayaran proses sebanyak RM300.00 bagi setiap program latihan

• 1 set manual latihan yang komprehensif yang mengandungi:- - Objektif kursus/ program latihan - Kumpulan sasaran - Kandungan kursus - Metodologi Latihan

Page 5: PSMB PROLUS BM-1

4

- biodata tenaga pengajar (sekurang-kurangnya 2 orang bagi setiap satu kursus)

• Salinan sijil Train-The-Trainer/Surat pengecualian pengajar.

• Borang penilaian atau senarai kehadiran pelatih bagi satu (1) kursus yang telah dijalankan.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT BAGI PEMBERIAN TARAF PROLUS

Bagi memastikan program latihan yang ditawarkan adalah pada standard yang diharapkan, berkualiti dan bersesuaian dengan keperluan majikan, syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi; (i) Penyedia latihan perlu berdaftar di bawah PSMB terlebih

dahulu dan mesti mengemukakan program-program latihan untuk diluluskan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh sijil pendaftaran dikeluarkan.

(ii) Program-program latihan yang dikemukakan mestilah

sekurang-kurangnya telah dilaksanakan satu (1) kali dan disokong dengan borang penilaian sebagai bukti (Sila rujuk Lampiran ‘C’) . Bagi program latihan diperingkat Sijil, ia perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali. Walau bagaimanapun, syarat ini dikecualikan bagi program-program teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) diperingkat kepakaran, teknologi baru, program diploma dan bahasa. Pembelajaran terbuka atau jarak jauh hanya boleh dipertimbangkan di peringkat Diploma sahaja. Kesemua program latihan akan dinilai oleh Ahli Jawatankuasa penganugerahan status PROLUS yang bersidang sebulan sekali. Setiap program latihan PROLUS mempunyai tempoh sah laku selama 3 tahun.

(iii) Program latihan/kursus mestilah relevan dengan

keperluan latihan majikan.

Page 6: PSMB PROLUS BM-1

5

(iv) Setiap program mestilah mempunyai sekurang-

kurangnya dua (2) orang pengajar berkelayakan dan jika salah seorang tenaga pengajar adalah warganegara asing tenaga pengajar yang seorang lagi hendaklah tenaga pengajar tempatan.

(v) Setiap program latihan/kursus mestilah ditawarkan

secara umum dan dijalankan dipremis penyedia latihan, hotel dan sewa tempat latihan. Bagi program teknikal/komputer program latihan/kursus mestilah dijalankan dipremis penyedia latihan yang diluluskan sahaja.

(vi) Bagi memastikan keberkesanan sesuatu program

latihan/kursus, bilangan pelatih hendaklah di antara 15 hingga 35 orang bagi program “Soft Skills” dan 15 hingga 25 orang bagi program “Hard Skills”;

(vii) Program latihan/kursus mestilah mempunyai mekanisme

bagi menilai keberkesanan. Sesebuah penyedia latihan yang memohon taraf PROLUS mesti memberi bukti tentang wujudnya perkara-perkara berikut:-

a) Ujian selepas kursus bagi mengukur

kefahaman pelatih terhadap bahan-bahan rujukan kursus; dan

(b) Penilaian pelatih pada penghujung setiap

program latihan/kursus untuk menilai keberkesanan keupayaan dan jurulatih-jurulatih / tenaga pengajar.

(viii) Tempoh latihan bagi sesuatu program latihan di bawah

skim PROLUS hendaklah;

(i) tujuh (7) jam sehari termasuk waktu rehat di belah pagi dan petang bagi program-program latihan di bawah kategori Sijil Kehadiran ;

Page 7: PSMB PROLUS BM-1

6

(ii) sekurang-kurangnya 36 jam bagi program latihan di peringkat Sijil ; dan

(iii) sekurang-kurangnya 600 jam bagi program latihan

di peringkat Diploma .

(ix) Hanya satu (1) yuran latihan dibenarkan bagi setiap program latihan.

Bagi program latihan yang telah diberikan taraf PROLUS dan telah ditawarkan kepada majikan, penyedia latihan adalah dikehendaki mengemukakan satu salinan borang penilaian bagi setiap pelatih ke PSMB untuk tujuan Kajian Keberkesanan. Borang-borang tersebut hendaklah dihantar ke PSMB pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

JAWATANKUASA PEMBERIAN TARAF PROLUS

Bagi memastikan program-program latihan yang diberi

taraf PROLUS mempunyai kualiti dan bersesuaian dengan keperluan latihan majikan, semua permohonan taraf PROLUS akan dipertimbangkan oleh sebuah jawatankuasa yang digelarkan ‘JAWATANKUASA PEMBERIAN TARAF PROLUS (ATP)’. Jawatankuasa ini terdiri daripada wakil-wakil majikan, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif / Timbalan Ketua Eksekutif PSMB atau Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Sumber Latihan, PSMB.

SENARAI PROGRAM-PROGRAM LATIHAN PROLUS

Satu senarai program-program latihan/kursus-kursus

bertaraf PROLUS yang ditawarkan oleh penyedia-penyedia latihan akan dipaparkan di dalam laman web PSMB. Senarai ini

Page 8: PSMB PROLUS BM-1

7

merupakan satu senarai yang dinamik dan akan berubah dari masa ke semasa mengikut pengetahuan/kemahiran yang diperlukan oleh majikan.

TANGGUNGJAWAB PENYEDIA LATIHAN

Penyedia latihan perlu mengagihkan borang tuntutan PSMB/PRO/T/06 (Sila rujuk Lampiran ‘D’) dan senarai kehadiran PSMB/PRO/4/06 (Sila rujuk Lampiran ‘D1’) kepada pelatih-pelatih berkenaan pada penghujung program latihan. Setelah kursus itu tamat, borang PSMB/PRO/4/06 mestilah dilengkapkan dan disahkan oleh penyedia latihan. Syarikat-syarikat perlu mengemukakan borang tuntutan dan senarai kehadiran kepada PSMB bagi tujuan tuntutan geran latihan. Resit yang dikeluarkan oleh penyedia latihan bagi tujuan pembayaran yuran hendaklah dikepilkan bersama semasa mengemukakan borang tuntutan.

Penyedia latihan hendaklah memastikan bahawa syarikat-

syarikat yang menaja pekerja-pekerja mereka untuk menjalani kursus perlu dimaklumkan tentang peraturan-peraturan PSMB berikut:-

(a) Pelatih-pelatih mestilah berwarganegara Malaysia

untuk layak mendapatkan bantuan kewangan; (b) Pelatih-pelatih mestilah menamatkan kursus dan

menghadiri latihan sekurang-kurangnya 75% dari setiap modul dan mestilah menduduki semua peperiksaan dan/atau menyempurnakan semua kertas kerja yang ditetapkan jika kursus berkenaan merupakan kursus bersijil;

(c) Tuntutan bayaran bantuan kewangan hendaklah

dibuat dalam borang tuntutan rasmi PSMB/PRO/T/06;

Page 9: PSMB PROLUS BM-1

8

(d) Borang-borang tuntutan dan senarai kehadiran asal hendaklah diserahkan kepada PSMB hanya setelah sesuatu kursus itu tamat ; dan

(e) Geran latihan hanya akan dibiayai selepas tamatnya

kursus dan semua peperiksaan dan/atau kertas kerja jika kursus berkenaan kursus bersijil.

Taraf PROLUS bagi sesuatu program tidak boleh

dipindahmilik. Kebenaran dari Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum apa-apa perubahan boleh dibuat kepada butir-butir berikut:-

(a) Tajuk Kursus; (b) Tempoh Kursus; (c) Kandungan Kursus; (d) Yuran Kursus - Permohonan untuk kenaikkan harga

yuran kursus tidak akan dipertimbangkan sekiranya kelulusan terdahulu masih belum melebihi 2 tahun dan kadar kenaikan yuran hanya diterima setakat 10% sahaja; dan

(e) Pengajar/jurulatih - Permohonan pertukaran atau penambahan pengajar/jurulatih boleh dikemukakan pada bila-bila masa dengan menghantar surat serta biodata untuk mendapatkan kelulusan dari PSMB.

KRITERIA KELAYAKAN MAJIKAN

Semua majikan yang berdaftar dengan PSMB dan telah membayar levi Pembangunan Sumber Manusia selepas pendaftaran adalah layak untuk memohon geran latihan, tertakluk kepada kadar bantuan kewangan yang telah ditetapkan bagi membiayai sepenuhnya atau sebahagian daripada kos latihan bagi para pekerja. Majikan-majikan juga mestilah mematuhi syarat-syarat seperti berikut:-

Page 10: PSMB PROLUS BM-1

9

(i) Semua perbelanjaan yang dilakukan hendaklah ditanggung oleh syarikat dan bukannya oleh pelatih. Bantuan kewangan adalah bertujuan membiayai sepenuhnya atau sebahagian daripada kos latihan yang ditanggung oleh syarikat dan bukan untuk membolehkan individu-individu menjalani latihan untuk mempertingkatkan kemahiran peribadi. Ini adalah untuk mengurangkan pembaziran dalam latihan kemahiran yang tiada kaitan di tempat kerja;

(ii) Majikan-majikan tidak boleh membiayai kos program

luaran hanya apabila program berkenaan disempurnakan dengan jayanya oleh pelatih-pelatih. Pembayaran balik seperti ini yang lazimnya dibuat kepada pekerja di bawah ‘Skim Bantuan Pendidikan’ adalah dianggap oleh PSMB sebagai sebahagian daripada pakej faedah syarikat kepada pekerja;

(iii) Pelatih-pelatih mesti menyempurnakan kursus dengan

kehadiran sekurang-kurangnya 75% bagi setiap program atau modul dan menduduki semua peperiksaan dan / atau menyempurnakan semua tugasan yang dinyatakan, jika diwajibkan. Pembayaran geran hanya akan dibuat apabila kedua-dua syarat tersebut dipatuhi.

PENDAFTARAN PROGRAM E-LEARNING

a) Bagi menggalakkan pembelajaran berterusan di kalangan majikan-majikan dan pekerja-pekerja yang diliputi di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, program E-Learning telah diperkenalkan pada tahun 2001.

Penyedia-penyedia latihan boleh memohon untuk mendaftar program E-Learning di bawah tiga (3) kategori seperti berikut: -

Page 11: PSMB PROLUS BM-1

10

(i) Program ‘Full E-learning’; (ii) Program ‘Blended E-Learning’; dan (iii) E-Learning melalui langganan

Penyedia latihan perlu mengemukakan borang PSMB/PRO/EL/06 untuk mendaftarkan program E-Learning (Sila rujuk Lampiran ‘E’) .

Program ‘ Full E-Learning’

(i) Tempoh latihan yang minimum bagi program E-Learning adalah sekurang-kurangnya 48 jam dan memenuhi struktur berikut: -

• Pembelajaran sendiri (60%) • Pembelajaran interaktif (30%) • Pembelajaran bersemuka (10%)

(ii) Penyedia-penyedia latihan yang berkenaan dikehendaki membuat demonstrasi mengenai perlaksanaan program E-Learning dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS (ATP).

Program ‘ Blended E-Learning’

(i) Program ‘Blended E-Learning’ ini meliputi kombinasi pembelajaran E-Learning dalam bilik latihan melalui ‘Local Area Network (LAN)’ dan ‘Full E-Learning’ melalui Wide Area Network (WAN);

(ii) Bagi E-Learning dalam bilik latihan, pengajar akan melatih peserta mengenai cara-cara menggunakan komputer sebagai alat untuk pembelajaran sendiri. Sebagai contoh, jika terdapat 10 modul dalam program E-Learning, peserta kursus kehendaki menghadiri tiga (3) modul dalam bilik latihan selama tiga (3) hari yang mana mereka akan dibimbing oleh pengajar pada hari pertama. Bagi hari ke dua dan ketiga, mereka dikehendaki untuk melaksanakan

Page 12: PSMB PROLUS BM-1

11

pembelajaran secara bersendiri. Selepas menamatkan latihan tiga modul tersebut, mereka dikehendaki meneruskan latihan bagi tujuh (7) modul yang lain secara berdikari sama ada di rumah ataupun di pejabat. Sebaik sahaja menyempurnakan latihan sebanyak 10 modul peserta akan ditauliahkan Sijil Kehadiran atau Sijil Kekompetenan yang mana berkaitan; dan

(iii) Penyedia latihan perlu mengemukakan borang PSMB/PRO/EL/06 untuk mendaftarkan program E-Learning.

Program E-Learning Melalui Langganan

(i) Penyedia-penyedia latihan juga boleh menawarkan program-program E-Learning melalui langganan kepada majikan-majikan yang berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. Di bawah pendekatan ini, majikan-majikan akan ditawarkan program latihan dalam pelbagai pakej, tertakluk kepada jumlah program latihan yang diperlukan (contoh 50 atau 100 program) dan jumlah pengguna (contoh 10 atau 50 atau 100) untuk satu jangka masa (contoh 3 atau 6 atau 12 bulan); dan

(ii) Penyedia latihan perlu mengemukakan borang PSMB/PRO/EL/06 untuk mendaftarkan program E-Learning.

PEMBAHARUAN PROGRAM PROLUS

Kelulusan untuk sesuatu program latihan adalah bagi

tempoh tiga tahun dan ianya hendaklah diperbaharui selepas tamat tempoh tersebut. Pembaharuan program latihan hendaklah dilakukan secara ‘online’ di laman web PSMB iaitu di ruangan TPIS (Training Provider Information System).

Page 13: PSMB PROLUS BM-1

12

Dalam melaksanakan pembaharuan program secara online, penyedia latihan dikehendaki untuk mempunyai katalaluan (password) dan mempunyai akses ke laman web PSMB iaitu www.hrdf.com.my.

Bayaran bagi pembaharuan program tersebut hendaklah

dilakukan di mana-mana cawangan Public Bank atas nama Pembangunan Sumber Manusia Berhad melalui nombor akaun 3-99906000-3.

Bagi memastikan program PROLUS yang didaftarkan

mendapat sambutan dikalangan majikan yang berdaftar dengan PSMB, hanya program yang aktif sahaja akan dipertimbangkan untuk tujuan pembaharuan. AKTIF disini bermaksud program tersebut hendaklah dijalankan kepada majikan yang berdaftar dengan PSMB sekurang-kurangnya sekali (1) kali sepanjang tempoh tiga (3) tahun.

PEMBAYARAN GERAN LATIHAN

Pembayaran geran latihan hanya akan dibuat berasaskan

kepada tuntutan yang dikemukakan selepas tamatnya sesuatu program latihan/kursus itu. Sila rujuk kepada GARIS PANDUAN AM untuk maklumat lanjut. URUSETIA, PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

Page 14: PSMB PROLUS BM-1

13

CARTA ALIR PERMOHONAN PENDAFTARAN PROGRAM

LATIHAN DI BAWAH SKIM PROLUS

Tidak

Ya

Menerima/mengecop/ merekod tarikh penerimaan surat

Merekod dan menyemak permohonan dan Dokumen Sokongan

Permohonan Lengkap

Memasukkan maklumat ke dalam komputer

Menilai dan membuat cadangan

Membuat persediaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS

Membentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS

Meminta Maklumat Tambahan Daripada Penyedia Latihan Atau Menolak Permohonan

A

MULA

1

3

2

3.1

4

5

6

7

Page 15: PSMB PROLUS BM-1

14

Lulus Bersyarat

Tolak Meminta maklumat tambahan yang dikehendaki

Perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa PROLUS

Tolak

Lulus

Lulus

Memasukkan status program ke dalam komputer

Mengeluar Surat Kelulusan/Penolakan Berasaskan keputusan Jawatankuasa

Keputusan Pengerusi

TAMAT

A

8 8.1

9

10

11

12

Keputusan Mesyuarat

Page 16: PSMB PROLUS BM-1

15

PROSES KERJA PERMOHONAN PENDAFTARAN PROGRAM LATIHAN DI BAWAH SKIM PROLUS

Langkah Proses Kerja

1

Menerima/mengecop dan merekod tarikh penerimaan borang permohonan PSMB/TPe/PRO/2/06

2

Menyemak permohonan dari penyedia latihan. Perkara-perkara yang disemak adalah seperti berikut: � Satu set manual latihan yang mengandungi

tajuk kursus, objektif kursus, kumpulan sasar, kandungan kursus, biodata pengajar dan metodologi kursus);

� Salinan sijil Train-The-Trainer/Surat pengecualian pengajar;

� Senarai kehadiran atau borang penilaian kursus; dan

� Salinan slip bayaran sebanyak RM300 bagi setiap program latihan/kursus.

3

3.1

Permohonan lengkap atau tidak lengkap Sekiranya tidak lengkap Urusetia akan meminta maklumat tambahan dari penyedia latihan Sekiranya lengkap, permohonan tersebut akan diproses ke peringkat selanjutnya

Page 17: PSMB PROLUS BM-1

16

4

Maklumat kursus/program latihan dimasukkan ke dalam pengkalan data melalui komputer

5

Menilai dan membuat cadangan terhadap program latihan/kursus untuk dibentangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS (ATP)

6

Menyusun borang PSMB/TPe/PRO/2/06, dokumen-dokumen sokongan, manual latihan, maklumbalas mesyuarat yang lepas serta hal-hal lain mesyuarat

7

Membentangkan cadangan program kepada Ahli Jawatankuasa Pemberian Taraf PROLUS

8

8.1

Keputusan mesyuarat adalah seperti berikut: (i) Lulus bersyarat; (ii) Tolak; dan (iii) Lulus. Bagi kelulusan bersyarat Urusetia akan mengeluarkan surat Kelulusan Bersyarat bagi meminta maklumat tambahan yang dikehendaki daripada penyedia latihan

9

Urusetia akan mengadakan perbincangan dengan pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS mengenai maklumbalas yang dikemukakan oleh penyedia latihan berkenaan maklumat tambahan bagi kelulusan bersyarat yang diberikan

Page 18: PSMB PROLUS BM-1

17

10

Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS akan membuat keputusan sama ada meluluskan atau menolak permohonan penyedia latihan. Permohonan akan ditolak jika:- (i) Maklumbalas yang dikemukakan melebihi

tempoh sebulan dari tarikh surat dikeluarkan atau maklumbalas yang dikemukakan tidak lengkap.

Permohonan akan diluluskan jika:- (ii) Maklumbalas yang dikemukakan adalah

dalam tempoh sebulan dari tarikh surat dikeluarkan dan maklumbalas tersebut adalah lengkap

11

Memasukkan status sesuatu program latihan ke dalam pengkalan data sama ada diluluskan atau tidak

12

Mengeluarkan surat kelulusan atau penolakan kepada penyedia latihan

Page 19: PSMB PROLUS BM-1

18

CARTA ALIR PERMOHONAN MENUKAR KANDUNGAN / MAKLUMAT PROGRAM LATIHAN

3a

Membentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS

Menerima/mengecop/ merekod tarikh penerimaan surat permohonan

Mengkaji/membuat cadangan

Dibawa kepada Ketua Eksekutif /Timbalan Ketua Eksekutif atau Ketua Bahagian

Mengeluar surat penolakan

Tolak Lulus

Bersyarat

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS / Ketua Bahagian / Ketua Eksekutif

Lulus

Meminta maklumat tambahan

Perbincangan dengan Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa

Keputusan Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS

Lulus Tolak Mengeluar surat

kelulusan/penolakan

MULA

TAMAT

1

2

4

3b

4.1

4.2

4.3

4.4

5

Page 20: PSMB PROLUS BM-1

19

PROSES KERJA PERMOHONAN MENUKAR KANDUNGAN / MAKLUMAT PROGRAM LATIHAN

Langkah Proses Kerja

1

Menerima/mengecop dan merekod tarikh penerimaan surat permohonan

2

Mengkaji dan membuat cadangan terhadap permohonan perubahan maklumat program latihan/kursus seperti berikut:- (i) Kadar yuran; (ii) Tajuk kursus; (iii) Tempoh Latihan; dan (iv) Tenaga Pengajar.

3

(a) Membentangkan di dalam Mesyuarat

Pemberian Taraf PROLUS sekiranya perubahan tersebut melibatkan tajuk kursus, kadar yuran dan tempoh latihan

(b) Mengemukakan cadangan kepada Ketua

Eksekutif/Timbalan Ketua Eksekutif atau Ketua Bahagian sekiranya perubahan melibatkan tenaga pengajar sahaja

4

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS/ Ketua Eksekutif atau Ketua Bahagian adalah seperti berikut:- (i) Lulus; (ii) Lulus Bersyarat; dan (iii) Tolak.

Page 21: PSMB PROLUS BM-1

20

4.1

4.2

4.3

4.4

Permohonan akan ditolak sekiranya:- i. Kadar Yuran – Kenaikan kadar yuran melebihi

10% dan program latihan tersebut tidak mempunyai status PROLUS lebih dari 2 tahun

ii. Tempoh Latihan – Perubahan tempoh latihan menjejaskan sukatan kandungan kursus yang telah diluluskan

iii. Tenaga Pengajar – Tiada kelulusan akademik atau pengalaman yang bersesuaian dengan kursus yang hendak diajar

Permohonan akan dikuiri sekiranya Mesyuarat memerlukan maklumat tambahan selain yang dikemukakan oleh penyedia latihan Perbincangan dengan pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS bagi maklumbalas yang diberikan oleh penyedia latihan atas kelulusan bersyarat Keputusan Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa PROLUS. Pengerusi akan memberikan kelulusan sekiranya maklumbalas yang dikemukakan oleh penyedia latihan adalah lengkap dan akan menolak permohonan sekiranya maklumbalas yang dikemukakan adalah tidak lengkap

5

Mengeluarkan surat kelulusan/penolakan

Page 22: PSMB PROLUS BM-1

21

Lampiran ‘A’

A. Kemahiran Pengurusan/Pentadbiran/Penyeliaan

(1) Perakaunan Dan Kewangan (2) Pengurusan Perniagaan (3) Pengurusan Dan Perancangan Pengeluaran (4) Perhubungan Perusahaan (5) Penjualan/Pemasaran (6) Latihan Dan Pembangunan/Latihan Pengajar (7) Kemahiran Pengurusan/Penyeliaan (8) Pengawasan Pembelian Dan Pendaftaran

Barang-barang (9) Pengurusan Bahan-bahan

B. Kemahiran Teknikal

(1) Elektrik/Elektronik/Jentera (2) Hidrolik dan Pneumatik (3) Keselamatan dan Kesihatan Perindustrian (4) Kepersian Optik (5) Percetakan (6) Pemesenan Yang Persis (7) Elektronik Yang Berdigit dan Baikpulih (8) Pengawal Logik Aturcara (9) Kawalan Berangka Terkomputer (10) Elektronik Keadaan Padu Perindustrian

Page 23: PSMB PROLUS BM-1

22

C. Kemahiran Berkaitan Dengan Kualiti/Produktiviti

(1) Kawalan Proses Statik Dan Kawalan Mutu (2) Kesedaran Dan Kawalan Mutu (3) Teknik Kawalan Bagi Peningkatan Muta (4) Kawalan Mutu Untuk Pengeluaran

D. Kemahiran Berkaitan Dengan Komputer

(1) Rekabentuk Terbantu Komputer (2) Perkilangan Berasaskan Komputer (3) Kejuruteraan Terbantu Komputer (4) Aturcara Komputer (5) Kuasa Teknologi Maklumat (6) Prosesan Data (7) Penggunaan Komputer Untuk Perniagaan (8) Sistem Perakaunan Berkomputer (9) Penggunaan Dan Aturcara Komputer Mikro

E. Perantisan Jangka Masa Penuh

(1) Pemesinan Kayu (2) Kimpalan/Kimpalan Arka/Kimpalan Gas (3) Percetakan (4) Penyejukbekuan Dan Penyaman Udara (5) Pemesinan Bilik Perkakas

Page 24: PSMB PROLUS BM-1

23

Lampiran ‘B’

SENARAI SEMAKAN

PERMOHONAN UNTUK MENDAFTAR PROGRAM LATIHAN DENGAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

DI BAWAH SKIM PROLUS

Nama Program Latihan : ____________________________ _______________ Bersama-sama ini disertakan borang permohonan dan dokumen berkaitan untuk mendaftarkan program latihan dengan PSMB di bawah Skim PROLUS [sila tandakan ( ����) dalam kotak yang berkaitan] .

Slip Bayaran Bank (Lampiran “F”) sebanyak RM300.00 untuk setiap program latihan yang dibayar di Public Bank Berhad (PBB)

1 salinan Lampiran B1 program latihan / ringkasan kursus yang

merangkumi:-

i. Tajuk program / kursus; ii. Kumpulan sasaran; iii. Objective program / kursus; dan iv. Methodologi Latihan

1 salinan Lampiran B3 untuk biodata Tenaga Pengajar (sekurang-kurangnya 2 orang tenaga pengajar untuk setiap program latihan lengkap dengan tandatangan mereka)

1 salinan Sijil “Train-The-Trainer PSMB” / Surat Pengecualian

daripada menghadiri Program “Train-The-Trainer PSMB” 1 salinan manual latihan yang komprehensif. hantar ke PSMB secara

pos / tangan) Surat kelulusan untuk menggunakan manual latihan daripada :-

_________________________________________________________ (jika manual latihan telah disediakan/yang dimiliki oleh pihak lain) 1 salinan Borang Penilaian Program Latihan / Senarai Kehadiran dengan

sekurang-kurangnya satu sesi.

Page 25: PSMB PROLUS BM-1

24

Surat penurunan kuasa daripada Kementerian Pendidikan / MQA / institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara (untuk Program Diploma dan Program Francais)

Pecahan jam latihan dan yuran kursus untuk setiap modul bagi

Program Latihan di peringkat Sijil / Diploma (Rujuk kepada contoh dalam LampiranB2) Kaset video atau peralatan simulasi lain yang digunakan semasa

program latihan dijalankan (sekiranya digunakan semasa sesi latihan) ♦ Senarai semak ini mesti dikemukakan oleh Penyedia Latihan bagi setiap

program latihan/kursus yang dipohon untuk mendapatkan status PROLUS/ATP.

♦ Sila lihat contoh format seperti di Lampiran B1, B2, B3 & B4.

Page 26: PSMB PROLUS BM-1

25

Lampiran ‘B1’

RINGKASAN CONTOH PROGRAM LATIHAN

KAWAL SELIA DAN PENGURUSAN PROJEK 1.0 SIAPA PATUT HADIR Program ini bersesuaian dengan personal dikalangan Pengurusan

Pertengahan, Pengurus Projek, Jurutera-jurutera Projek yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan projek-projek baru syarikat-syarikat mereka.

2.0 OBJEKTIF Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pada akhir program

latihan ini, pelatih-pelatih boleh menggunakan teknik-teknik merancang secara sistematik untuk merancang dan menyelaraskan semua projek yang berkaitan bagi mengurangkan masa dan kos secara efisyen.

3.0 RANGKA PROGRAM LATIHAN

3.1 Pengenalan kepada Projek dan Aktiviti Pengurusan serta Rangkaian Logik.

3.2 Anggaran tempoh masa aktiviti – tempoh masa – “Critical Route-

Deferment” dan “Floats”. 3.3 Mengira kebarangkalian ke atas 3 kali anggaran projek

berasaskan kepada tempoh masa yang diberi. 3.4 Masalah-masalah dalam Agihan Sumber. 3.5 Kawalselia Projek-Status Laporan-Maklumbalas yang

dikemaskini.

4.0 METODOLOGI 4.1 Penyampaian latihan meliputi ceramah, perbincangan secara

berkumpulan, latihan praktikal dan persembahan video.

Page 27: PSMB PROLUS BM-1

26

Lampiran ‘B2’

CONTOH MODUL, YURAN LATIHAN KURSUS, PENGAJAR DAN PE CAHAN JUMLAH JAM UNTUK PROGRAM LATIHAN DIPLOMA

MODUL TAJUK TEMPOH MASA

LATIHAN (JAM)

YURAN LATIHAN KURSUS UNTUK SETIAP MODUL

(RM)

1. Teknologi dan Sistem Komputer

252 725

2. Komunikasi Perniagaan 252 725

3. Sistem Perniagaan 252 725

4. Metodologi Pengaturcaraan Komputer

252 725

5. Projek Pengaturcaraan Bersepadu

252 725

6. Pembangunan Multimedia 252 725

7. Teknik Kuantitatif untuk Sistem Maklumat

252 650

JUMLAH 1764 5000

SENARAI PENGAJAR

Bil. Nama Pengajar

Modul Kelayakan (Bidang

Pengajian)

Nama Institusi Pengajian

Tinggi

1.

Ahmad bin Ismail

i. Sistem

Perniagaan ii. Teknik

Kuantitatif untuk Sistem Maklumat

MSc Information Technology BSc (Education) Diploma in Management

Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia Malaysian Institute of Management

Page 28: PSMB PROLUS BM-1

27

2.

Ahmad bin Jaafar

i. Sistem

Perniagaan Pembangunan

Multimedia

MSc (Information Technology) BSc Information Technology

Universiti Sains Malaysia Universiti Utara Malaysia

3.

Chong Ah Kau

i. Teknologi dan

Sistem Komputer

ii. Projek

Pengaturcaraan Bersepadu

MSc (Information Technology) BA (Hons)

Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia

4.

Ang Mei Mei

i. Metodologi

Pengaturcaraan Komputer

MSc Information Technology BSc Information Technology

Universiti Sains Malaysia Universiti Sains Malaysia

Page 29: PSMB PROLUS BM-1

28

Lampiran ‘B3’

STANDARD BIODATA

A. LATARBELAKANG PENGAJAR NAMA : NO. KAD PENGENALAN : KEWARGANEGARAAN : NO. TELEFON : NO. FAKS : B. KELAYAKAN AKADEMIK : merangkumi kelayakkan, institusi serta tahun C. KELAYAKAN PROFESIONAL : D. KURSUS JANGKA PENDEK YANG PERNAH DIHADIRI : E. TEMPOH TAHUN PENGALAMAN BEKERJA : merangkumi jawatan, syarikat serta tahun F. PENGALAMAN DALAM LATIHAN : subjek / program yang pernah dikendalikan G. PEKERJAAN TERKINI : H. LAIN-LAIN MAKLUMAT :

TANDATANGAN PENGAJAR : _______________________________ TARIKH : ____________________________

Page 30: PSMB PROLUS BM-1

29

Lampiran ‘C’

PSMB/PRO/E/06

(BORANG INI UNTUK SKIM PROLUS SAHAJA)

BORANG PENILAIAN PROGRAM LATIHAN AKTA PEMBANGUNAN

SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001 (AKTA 612)

Penyedia Latihan yang telah berdaftar di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) hendaklah memastikan semua peserta dari majikan-majikan terbabit mengisi borang ini. Borang-borang ini (setelah diisi) hendaklah disimpan dan dihantar kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) pada Januari dan Julai setiap tahun. Pendaftaran anda akan dibatalkan sekiranya anda gagal menyediakan borang ini. Objektif borang ini adalah untuk menilai kualiti program latihan yang ditawarkan. Borang ini disimpan secara sulit.

MAKLUMAT AM

* Sila tanda (�) diruangan berkaitan

1. Nama Peserta : _____________________________________________ Lelaki

Perempuan

2. Jawatan Peserta : Tahap

Pengurusan Tahap

Perkeranian Tahap

Eksekutif Operator/

Tahap Bukan

Perkeranian Lain-lain

(sila

nyatakan) : 3. Kategori Syarikat Peserta :

Perkilangan Perkhidmatan

Page 31: PSMB PROLUS BM-1

30

4. Saiz Syarikat Kecil (10 – 49 pekerja)

Besar (200 & lebih pekerja)

Sederhana

(50 – 199

pekerja) 5. Nama Program Latihan : ______________________________________ 6. Nama Penyedia Latihan : _____________________________________ Tarikh : _____________ Tempat : ______________________ 7. Adakah ini merupakan kali pertama anda ditaja oleh organisasi anda di

bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM)? Tidak Ya

ISI KANDUNGAN PROGRAM LATIHAN

* Sila tanda (�) diruang berkaitan

1 2 3 4 5 Sangat

lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlangan

1. Sejaun mana program

latihan ini memenuhi objektif?*

2. Bagaimana anda

penilai keberkesanan kandungan kursus?*

2.1 Menepati

kehendak

saya 2.2 Membantu

meningkat

kualitit kerja saya

2.3 Meningkatkan

produktiviti

kerja saya

Page 32: PSMB PROLUS BM-1

31

3. Bagaimana anda menilai bahan pembelajaran program latihan?*

3.1 Bahan latihan

adalah

komprehensif 3.2 Menambah

pengetahuan

dan pemahaman saya

3.3 Boleh apa

yang telah

dipelajari ke arah kerja saya

4. Bagaimana anda

menilai kandungan program latihan

4.1 Tajuk yang

mengikut

urutan 4.2 Kandungan

berkaitan

dengan kerja saya

4.3 Contoh diberi

adalah

mencukupi 4.4 Sesi

perbincangan

mencukupi

Page 33: PSMB PROLUS BM-1

32

PENGAJAR PROGRAM LATIHAN

1. Nama Pengajar Pertama : ________________________________________ Nama Pengajar Kedua : __________________________________________ (jika berkaitan)

* Sila tanda (�) diruang berkaitan

1 2 3 4 5 Sangat

lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlangan

2. Bagaimana anda menilai pengajar berdasarkan kriteria berikut:-

2.1 Persediaan

Pengajar :-

Pengajar 1

Pengajar 2

2.2 Pengetahuan

terhadap tajuk :-

Pengajar 1

Pengajar 2

2.3 Kemahiran

merujuk kepada tajuk:-

Pengajar 1

Pengajar 2

Page 34: PSMB PROLUS BM-1

33

2.4 Kemahiran persembahan:-

Pengajar 1

Pengajar 2

2.5 Kebolehan

menarik perhatian penyertaan peserta :-

Pengajar 1

Pengajar 2

2.6 Penilaian

keseluruhan terhadap pengajar:-

Pengajar 1

Pengajar 2

Page 35: PSMB PROLUS BM-1

34

PENILAIAN AM KE ATAS PROGRAM LATIHAN

* Sila tanda (�) diruang berkaitan

1 2 3 4 5 FAKTOR-FAKTOR Sangat

lemah Lemah Sederhana Baik Cemerlangan

1. Bagaimana anda menilai program latihan berdasarkan kriteria berikut:

1.1 Tahap

pemahaman

1.2 Pentadbiran

dan lain-lain

kemudahan 1.3 Tempat

latihan yang

bersesuaian 1.4 Keselesaan

persekitaran

1.5 Yuran latihan

yang

berpatutan 1.6 Makan dan

minum (jika

ada)

2. Adakah anda akan mengesyorkan rakan-rakan anda untuk menghadiri program latihan ini?

Tidak Ya

URUSETIA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD TINGKAT 7, WISMA CHASE PERDANA OFF JALAN SEMANTAN BUKIT DAMANSARA 50490 KUALA LUMPUR

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA

Page 36: PSMB PROLUS BM-1

35

Lampiran ‘D’

PSMB/PRO/T/06

UNTUK SKIM PROLUS

NO. KOD MAJIKAN :

TUNTUTAN BAYARAN DI BAWAH AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD, 2001 (AKTA 612)

1. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR SYARIKAT :

Pegawai untuk dihubungi: No. Tel : _____________

2.

Tajuk Kursus/Program :

3.

Nama Institusi/Penyedia Latihan :

4.

Tarikh Bermula : _____________ Tarikh Akhir : _____________ Tempoh Masa Latihan : __________ jam / _________ hari

Adakah latihan diadakan pada waktu kerja pelatih-pelatih?*

Ya Tidak

5.

MAKLUMAT JAWATAN PELATIH

JAWATAN SEMASA

BILANGAN PELATIH

JANTINA KAUM

Lelaki Perem puan

Bumi putera

Cina India Lain-lain (sila

nyatakan) ________ _________ ___ ____ ___ ___ ___ _____ ________ _________ ___ ____ ___ ___ ___ _____ ________ _________ ___ ____ ___ ___ ___ _____ ________ _________ ___ ____ ___ ___ ___ _____ ________ _________ ___ ____ ___ ___ ___ _____ Jumlah (Sila sertakan berasingan sekiranya perlu)

+ Sila tanda (�) di ruang berkenaan

Page 37: PSMB PROLUS BM-1

36

6. Adakah Penyedia Latihan menyediakan

kemudahan makan/minum semasa latihan? Ya Tidak

7. Bilangan pelatih berkelayakan : _______________________________ (Sila sertakan Senarai Kehadiran ASAL PSMB/PRO/4/06 disediakan oleh institusi/penyedia latihan )

Yuran Kursus :

@ RM _______ seorang pelatih x bilangan pelatih _______

RM ___________

Elaun Harian Pelatih :

@ RM _______ seorang pelatih x bilangan pelatih _______

RM ___________

Tambang Kapalterbang Kelas Ekonomi, jika

berkaitan : @ RM _______ seorang pelatih x bilangan pelatih _______

RM ___________

Bahan latihan guna habis, jika berkaitan :

Sila nyatakan : _________________________ _____________________________________

Jumlah Kos Latihan RM ___________

Page 38: PSMB PROLUS BM-1

37

8. PENGAKUAN MAJIKAN (a) Kami mengaku bahawa semua pelatih adalah pekerja yang

tersenarai dalam senarai gaji syarikat kami. (b) Kami faham dan sekiranya kami memperolehi geran latihan

melalui kenyataan palsu atau tidak benar, kami boleh didakwa di bawah Seksyen 41, Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 (Akta 612) dan di samping itu, Pembangunan Sumber Manusia Berhad atas budibicaranya, menarik balik geran latihan ini dan dengan serta merta menuntut sebarang amaun yang telah dibayar kepada kami sebelum ini.

(c) Kami mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberi

berhubung dengan tuntutan ini dan juga maklumat yang disertakan adalah benar dan segala perbelanjaan yang dituntut telah dibiayai oleh kami dan selain dari tuntutan ini, tidak ada apa-apa tuntutan lain dibuat mengenai perbelanjaan tersebut. Semua dokumen yang berkaitan dengan tuntutan ini adalah disimpan oleh kami dan boleh diperiksa oleh Urusetia Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

(d) Kami mengaku bahawa terma-terma dan syarat-syarat untuk

penganugerahan geran tersebut telah kami patuhi. COP SYARIKAT TANDATANGAN : _________________________ NAMA : _________________________________

JAWATAN : ______________________________ (Pengerusi/Pengarah Urusan/Pemilik

Tunggal/Rakan Kongsi/Akauntan/Pegawai Bertanggungjawab – sila nyatakan jawatan) +

TARIKH : ________________________________

+ Potong mana yang tidak berkenaan

Page 39: PSMB PROLUS BM-1

38

Lampiran ‘D1’

UNTUK SKIM PROLUS SAHAJA

PSMB/PRO/4/06

SENARAI KEHADIRAN

(Untuk diisi oleh Penyedia Latihan)

Senarai kehadiran ini mestilah disertakan

bersama apabila mengemukakan borang

tuntutan PSMB/PRO/T/06

Tajuk ____________________ Kursus : ___________________

Modul/Sijil : ______________________ (jika berkaitan) Nama Majikan : ___________________

Tarikh Mula ____________ Tempat Latihan : __________________ Kursus : Tamat ___________

Bilangan Jam ___________ Jam latihan :

Jarak tempat latihan dengan premis majikan :

Bilangan hari ___________ Hari <50KM >50KM sebenar latihan (Tandakan mana yang berkaitan) Cara latihan dijalankan (nyatakan bilangan hari) : 1) (a) Kelas

Petang : Hari (b) Kelas Hujung

Minggu Hari

2) (b) 4 jam dan ke

atas sehari : Hari (c) Kurang dari 4 jam

sehari Hari

Makan disediakan oleh Penyedia Latihan :

YA TIDAK (Tanda mana berkenaan)

Bil. Nama No. Kad

Pengenalan Warganegara

Malaysia (Ya/Tidak)

Tarikh Latihan dan Tandatangan

Pelatih*

* Ruangan tandatangan perlu ditandatangani pada setiap hari latihan. Sila buat lampiran sekiranya ruangan tidak mencukupi.

Page 40: PSMB PROLUS BM-1

39

Saya mengisytiharkan bahawa fakta-fakta dalam borang ini dan juga maklumat-maklumat yang disertakan bersama adalah benar dan saya tidak menyembunyikan atau memutarbelitkan sebarang fakta penting. Saya mengisytiharkan bahawa segala terma dan syarat di bawah Skim PROLUS telah kami patuhi. Saya juga mengesahkan bahawa kesemua tandatangan di atas telah dibuat oleh pelatih sendiri selaras dengan kehadiran sebenar mereka. NAMA : ________________________ TANDATANGAN : _____________ JAWATAN & : ___________________ TARIKH : ____________________ COP PENYEDIA LATIHAN AMARAN : Seksyen 40, Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 (Akta 612) memperuntukan bahawa: Mana-mana orang yang – (a) membuat secara bertulis atau menandatangani apa-apa pengisytiharan,

penyata atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini, atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir; dan

(b) tidak atau enggan memberikan atau mengemukakan apa-apa

pengisytiharan, penyata atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini supaya diberikan atau dikemukakan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Borang ini boleh diperolehi dari laman web PSMB www.hrdnet.com.my

Page 41: PSMB PROLUS BM-1

40

Lampiran ‘E’

PERMOHONAN PENDAFTARAN PROGRAM E-LEARNING DI BAWAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD

PSMB/PRO/EL/06

NO. RUJUKAN PSMB :

SENARAI SEMAK

1. Kemukakan satu (1) set borang PSMB/PRO/EL/06 yang telah

dilengkapkan. 2. Yuran pemprosesan sebanyak RM300 bagi setiap program latihan di

bawah “Full E-Learning, Blended E-Learning dan E-Learning by Subcription”. Bayaran dalam bentuk cek, wang pos atau kiriman wang atau deraf bank.

3. Kemukakan kertas cadangan yang mengandungi maklumat mengenai

tujuan, kandungan, kaedah penyampaian, yuran latihan dan faedah-faedah e-learning kepada pelatih.

1. Nama Program Latihan : 2. Jenis E-Learning [sila tandakan (�) dalam ruang yang berkaitan] Full E-Learning

(1) Blended E-

Learning (2) E-Learning by

Subscription (3)

3. Bahasa Penghantar * Bahasa

Melayu (1) Bahasa

Inggeris (2) Lain-lain (3)

Sila sebutkan:

___________

Page 42: PSMB PROLUS BM-1

41

4. Jumlah Jam Latihan (tidak berkenaan untuk E-Learning melalui

langganan)

(i) Belajar Bersendirian : _________ jam (ii) Belajar Secara Interaktif : _________ jam (iii) Belajar Secara Bersemuka : _________ jam

5. Kelayakan Akademik Minimum Pelatih *

SPM/SPMV/MCE atau setaraf (1)

MLVK asas/pertengahan/ tinggi + (2)

Sijil Politeknik atau setaraf (3)

STPM/HSC atau setaraf (4)

Diploma atau setaraf (5)

Ijazah dan ke atas (6)

Lain-lain, sila nyatakan

(7) : _______________

6. Yuran Latihan :

(a) Setiap pelatih di bawah “Full E-Learning”/”Blended E-Learning” : ________________________

(b) Untuk “E-Learning by Subscription” berdasarkan pakej

pembelajaran dipersetujui : _______________________________ 7. Jumlah pengajar bagi program “Blended E-Learning” sahaja :

_____________________________________ (sila kemukakan biodata pengajar) 8. Alamat laman web : _____________________________________

Page 43: PSMB PROLUS BM-1

42

Kami mengaku bahawa semua fakta yang dinyatakan dalam permohonan ini dan maklumat-maklumat yang disertakan adalah benar dan betul dan kami tidak menyimpan/memutarbelitkan sebarang fakta. Kami memahami jika sekiranya memperolehi status PROLUS dengan memberi maklumat-maklumat yang salah atau mengelirukan, tindakan terhadap kami boleh diambil di bawah Seksyen 41, Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad, 2001 (Akta 612) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad boleh membatalkan status PROLUS tersebut dengan serta merta. Tandatangan : _________________

Tandatangan : _________________

Nama & Jawatan : ______________ Nama & Jawatan : ______________

(Pengerusi/Pengarah Urusan/ Pengurus Besar/Pengarah) +

(Pegawai Bertanggungjawab)

Cop Syarikat : Tarikh : ______________________

+ Sila potong jika tidak berkaitan