trial bm 1 melaka

22
SULIT PRA PERCUBAAN UPSR 2013 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 Julai 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan yang baharu. 011 [Lihat halaman sebelah SULIT

Upload: share-with-me

Post on 19-Jun-2015

481 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Trial bm 1 melaka

SULIT

PRA PERCUBAAN UPSR 2013

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011

Julai

50 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan

objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian,

hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas ini mengandungi 13 halaman bercetak dan tiga halaman tidak bercetak.

011 [Lihat halaman sebelah SULIT

Page 2: Trial bm 1 melaka

SULIT 0112

1 Misi Bantuan Kemanusiaan ke Gaza kali ini telah disertai seramai 56 orang

______________ yang terdiri daripada kalangan doktor, paramedik dan pengamal media.

A budiman

B ilmuan

C cendekiawan

D sukarelawan

2 “Sultan menitahkan _______________ supaya datang menghadap _______________ di

istana segera”, kata Bendahara Tun Perak kepada Hang Tuah.

A hamba … beta

B tuan hamba … baginda

C kakanda … patik

D adinda … tuanku

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Iskandar sedang _______________ dua baldi berisi air yang diambilnya dari sungai

berdekatan.

A mengelek

B menjinjing

C menjunjung

D mengandar

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 3: Trial bm 1 melaka

SULIT 0113

4 Kami _______________ di bawah pondok yang usang ketika hujan lebat pada pagi tadi.

A berteduh

B berpayung

C berlindung

D berhenti

5 Barang-barang tembaga yang kusam itu _______________ oleh datuk sehingga berkilat.

A disental

B digilap

C dilap

D digosok

6 Rumah di hujung kampung itu _______________ selepas ditimpa sebatang pokok yang

besar dalam kejadian ribur petir semalam.

A senget

B rosak

C condong

D ranap

7 Nenek merebus seperiuk ubi kayu sehingga _______________ untuk dicicah dengan

kelapa parut dan sambal tumis.

A lembut

B lembik

C empuk

D masak

8 Kita ______________ menaiki kereta atau kapal terbang jika _______________ ke Pulau

Langkawi.

A harus … baru

B mungkin … belum

C patut … akan

D boleh … hendak

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 4: Trial bm 1 melaka

SULIT 0114

9 _______________ Gunung Kinabalu tidak terdaki olehnya, _______________ Gunung

Everest.

A Jangankan … pun

B Sama ada … ataupun

C Bukan sahaja … bahkan

D Sedangkan … inikan pula

10 Suhu tubuhnya meningkat _______________ 37 darjah Celcius _______________

39 darjah Celcius.

A dari … kepada

B dari … hingga

C daripada … kepada

D daripada … ke

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.

11 Pelita itu digantung pada _______________ rumah.

A pepintu

B sesiku

C bebendul

D tetingkap

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 5: Trial bm 1 melaka

SULIT 0115

12 Pokok-pokok lalang yang tumbuh di lereng bukit itu _______________ apabila ditiup

angin.

A berbuai-buai

B beroleng-oleng

C bergoyang-goyang

D berayun-ayun

13 Semua peserta sayembara puisi itu diminta mematuhi _______________ yang telah

ditetapkan oleh pihak penganjur.

A tatacara

B tatertib

C prakata

D prasyarat

14 _______________ murid sekolah rendah sekarang sudah celik komputer.

A Setengah

B Kebanyakan

C Segelintir

D Seluruh

15 Puan Fatihah hanya menggunakan _______________ benang untuk menjahit

______________ baju kurung.

A selembar … sepotong

B segulung … sehelai

C seurat … sepersalinan

D sebuku … sepasang

16 Kalsium penting untuk _______________ tulang dan gigi yang kuat.

A bina

B membina

C terbina

D pembinaan

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 6: Trial bm 1 melaka

SULIT 0116

17 Amalan bergotong-royong perlu dipupuk sejak murid-murid di bangku sekolah lagi.

Berikan perkataan seerti bagi perkataan dipupuk.

A disemai

B dibentuk

C dilakukan

D disemarakkan

18 Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada kebijaksanaan pemimpinnya dalam

mentadbir negara.

Perkataan berlawan bagi kemajuan ialah _______________.

A kemusnahan

B kejatuhan

C kemunduran

D keruntuhan

Soalan 19 – 20

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

19 I Kisah pengembaraan Panglima Awang sangat lanjut.

II Datuk masih kuat bekerja di kebun walaupun usianya telah lanjut.

III Abang telah mendapat tawaran untuk lanjut pelajaran di salah sebuah universiti

terkemuka dunia.

IV Buah cempedak yang masak itu telah lanjut hingga mencecah tanah.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 7: Trial bm 1 melaka

SULIT 0117

20 I Seorang pelanggan ternama telah menempah karangan bunga yang cantik itu.

II Karangan rumah nenek dipenuhi dedaun kering setelah lama ditinggalkan.

III Ramai penyelam terpesona dengan keindahan terumbu karangan di Pulau Sipadan.

IV Karangan yang ditulis oleh Amin mendapat pujian daripada Cikgu Hamidah.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

21 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Adakah kamu pernah berkunjung ke Planetarium Negara?

A Ya, terdapat banyak pameran berkaitan angkasa lepas di sana.

B Tidak, saya belum pernah menjejakkan kaki ke Planetarium Negara.

C Saya dapat mengetahui tentang sejarah dan perkembangan sains angkasa di

Planetarium Negara.

D Rumah sepupu saya terletak tidak jauh daripada Planetarium Negara.

22 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk menjaga kesihatan tubuh

badan.

A Siapakah yang perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang?

B Apakah maksud amalan pemakanan yang seimbang?

C Mengapakah kita perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang?

D Bagaimanakah cara untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang?

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 8: Trial bm 1 melaka

SULIT 0118

Soalan 23 – 24

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

23 “Pandanglah ke kiri dan ke kanan sebelum kamu melintas jalan”, kata Cikgu Aznirawati

kepada kami.

A Cikgu Aznirawati menasihati kami agar melihat ke kiri dan kanan dahulu sebelum

melintas jalan.

B Cikgu Aznirawati mengatakan bahawa kami perlu memandang ke kiri dan kanan

sebelum melintas jalan.

C Cikgu Aznirawati menyuruh kami memandang ke kiri dan kanan semasa melintas

jalan.

D Cikgu Aznirawati memberitahu kami supaya berhati-hati semasa melintas jalan.

24 Iqmal memberitahu adiknya bahawa dia akan pulang lewat pada petang ini kerana

menghadiri kelas tambahan.

A “Abang akan pulang pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan”, kata Iqmal.

B “Abang akan pulang lewat pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan”, kata

Iqmal.

C “Abang ada kelas tambahan pada petang ini”, kata Iqmal.

D “Saya akan pulang lewat pada petang ini kerana menghadiri kelas tambahan”, kata

adiknya.

Soalan 25 – 28

Pilih ayat yang betul.

25 A “Aduh, sungguh sedih hatiku melihat keluarga yang miskin itu”, kata Sarah.

B Minta tolong tuan-tuan dan puan-puan bersabar sebentar.

C Yang datang ke rumah kita semalam siapa?

D Dia tidak hendak belajar, tetapi asyik hendak bermain sahaja.

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 9: Trial bm 1 melaka

SULIT 0119

26 A Hadiah ini ialah untuk para pemenang Minggu Bahasa.

B Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat.

C Pemandangan sewaktu matahari terbenam nian indah.

D Sudah satu jam suku kami menunggu jurulatih baru itu di padang.

27 I Isu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat esok.

II Kebanyakan ubat tradisional diperbuat daripada akar kayu.

III Mereka sedang berbincang demi program perkhemahan di Sungai Congkak.

IV Di antara faktor yang menyumbang kepada gejala vandalisme ialah pengaruh media

massa.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

28 I Kesemua hutang itu akan ku jelaskan nanti.

II Sekumpulan kanak-kanak itu kena kejar oleh anjing.

III Pak Mat memperbesar dapur rumahnya yang kecil.

IV Sultan Melaka mengurniakan Hang Tuah pingat kebesaran.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 10: Trial bm 1 melaka

SULIT 01110

Soalan 29 – 30

Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

29 Izzah seorang yang _______________ kerana dia akan merajuk setiap kali ditegur oleh

ibu bapanya.

A telinga kuali

B telinga lintah

C telinga nipis

D telinga capang

30 Mak Andeh menganyam tikar yang diperbuat daripada daun mengkuang dengan tekun

seperti _______________.

A bertih direndang

B halilintar membelah bumi

C gunting makan di hujung

D anai-anai makan kayu

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 11: Trial bm 1 melaka

SULIT 01111

Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pendeta Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh bahasa dan cendekiawan Melayu. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Beliau bersekolah pada usia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir dan kemudiannya bertukar ke Sekolah Melayu Linggi. Beliau merupakan pelajar Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menamatkan Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun.

Perjuangan tokoh ini lebih menjurus kepada bidang penulisan. Artikel pertama beliau iaitu “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” telah dua kali diterbitkan oleh Utusan Melayu. Kelebihan Za’ba yang amat dikagumi ialah beliau berupaya menghasilkan karya yang menggabungkan pelbagai aspek seperti bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik. Malah, beliau turut menggunakan mata pena untuk menentang penjajahan British dan mengetengahkan masalah kemunduran masyarakat Melayu.

Selain itu, Za’ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, beliau telah menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu. Beliau turut menggunakan aturan tersebut dalam menghasilkan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum.

Di samping itu, Za’ba aktif dalam aktiviti sosial. Beliau pernah menjadi Penasihat Umum Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (1937), Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (1945) dan ahli jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO (1946). Malah, Za’ba juga pernah menjawat jawatan pensyarah Bahasa Melayu di University of London (1947) dan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Singapura (1953).

Sumbangan Za’ba dalam bidang penulisan dan Bahasa Melayu sememangnya amat besar. Beliau telah dianugerahkan gelaran pendeta pada tahun 1956 dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 23 Oktober 1973.

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 12: Trial bm 1 melaka

SULIT 01112

31 Nama penuh Za’ba ialah

A Pendeta Za’ba

B Pendeta Zainal Abidin bin Ahmad

C Za’ba bin Ahmad

D Zainal Abidin bin Ahmad

32 Za’ba amat dikagumi kerana

A kelebihan beliau menghasilkan karya yang menggabungkan pelbagai aspek seperti

bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik.

B menghasilkan banyak karya seperti rencana, buku tatabahasa, buku teks sekolah dan

bahan bacaan umum.

C memberikan sumbangan besar dalam bidang Bahasa Melayu dan penulisan.

D menerima gelaran pendeta.

33 Mengapakah Za’ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu?

A Merupakan tokoh bahasa dan cendekiawan Melayu

B Pernah menerbitkan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum

C Menggabungkan tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu

D Menerbitkan banyak buku Bahasa Melayu

34 Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai Za’ba.

A Buku pertamanya ialah “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling”

B Mula bersekolah pada usia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir

C Menerima gelaran pendeta dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di

Johor Bahru pada tahun 1956

D Meninggal dunia ketika berusia 78 tahun pada 23 Oktober 1973

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 13: Trial bm 1 melaka

SULIT 01113

35 Rangkai kata mengetengahkan isu kemunduran masyarakat dalam petikan bermaksud

A mengemukakan masalah kemiskinan masyarakat.

B mendedahkan hal penderitaan masyarakat.

C mengutarakan situasi masyarakat yang ketinggalan dalam segenap aspek.

D memaparkan keadaan perpecahan masyarakat.

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 14: Trial bm 1 melaka

SULIT 01114

Soalan 36 – 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering terdengar tentang kejadian gempa bumi. Walaupun Malaysia terletak di luar zon Lingkaran Api Pasifik, namun kedudukannya yang berjiran dengan negara-negara seperti Indonesia dan Filipina menyebabkan kita tidak terkecuali daripada merasai gegaran tersebut. Malah, berdasarkan kajian, Malaysia berpotensi mengalami gempa bumi tahap sederhana pada masa hadapan.

Gempa bumi ialah fenomena pergerakan permukaan bumi secara tiba-tiba, yang terhasil daripada pelepasan tenaga dari dalam kerak bumi. Apabila kerak bumi bergeser antara satu sama lain, tekanan akan terhasil pada batuan dalam kerak bumi tersebut. Akibatnya, batuan ini akan merekah dan tenaga yang terhasil daripada geseran tersebut akan meletus. Letusan itulah menyebabkan berlakunya gempa bumi.

Kekuatan gempa diukur dengan menggunakan alat yang dinamakan seismograf. Ia boleh digredkan kepada nombor satu hingga sepuluh berdasarkan skala Richter. Skala tujuh hingga sepuluh menujukkan gempa bumi yang paling kuat.

Gempa bumi ini sememangnya suatu fenomena yang menggerunkan. Ia boleh menyebabkan tanah runtuh, kerosakan serta kehilangan nyawa. Jika terjadi di dasar laut, ia boleh menghasilkan siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami. Terbaru, kejadian gempa bumi di Jepun pada 11 Mac 2011 yang berskala 8.9 Richter, telah menghasilkan tsunami yang mengakibatkan seramai 15,845 orang maut, 3,339 hilang dan lebih 125,000 bangunan rosak atau binasa serta kemalangan nuklear iaitu peleburan pada tahap tujuh.

Gempa bumi sebenarnya berlaku pada setiap hari. Namun begitu, kebanyakannya bersifat kecil dan kita tidak merasainya. Walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa bersedia dan tidak panik apabila gempa berlaku. Sekiranya berada dalam bangunan, jangan tergesa-gesa keluar. Sebaliknya, kita perlu duduk dan mendapatkan perlindungan di bawah meja atau bangku sehingga gegaran berhenti. Jauhkan diri daripada tingkap, almari dan benda berat yang tergantung serta elakkan menggunakan lif. Jika berada di luar bangunan, pergilah ke kawasan yang lapang.

[Lihat halaman sebelah011 SULIT

Page 15: Trial bm 1 melaka

SULIT 01115

36 Mengapakah gempa bumi dianggap sebagai fenomena yang menakutkan?

A Ia berlaku pada setiap hari

B Menghasilkan siri ombak besar pemusnah yang dikenali sebagai tsunami

C Menyebabkan berlakunya tanah runtuh, kerosakan serta kehilangan nyawa

D Menyebabkan kemalangan nuklear

37 Kejadian tsunami di Jepun berlaku kerana

A terletak di dalam zon Lingkaran Api Pasifik.

B mengalami gempa bumi sekuat 8.9 skala Richter.

C mengalami gempa bumi di dasar laut.

D pergerakan permukaan bumi.

38 Antara langkah keselamatan yang perlu kita lakukan semasa gempa bumi berlaku ialah

A keluar segera dari rumah atau bangunan.

B menghubungi pihak berkuasa seperti polis dan bomba.

C pergi ke kawasan yang lebih tinggi.

D duduk dan berlindung di bawah meja dan bangku.

39 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan.

A Malaysia turut mengalami gegaran kerana terletak dalam zon Lingkaran Api Pasifik.

B Gempa bumi berlaku hasil letusan tenaga akibat pergeseran antara kerak bumi.

C Berdasarkan skala Richter, gempa bumi di Jepun digredkan dalam skala yang kuat.

D Semua kejadian gempa bumi boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan

kehilangan nyawa.

40 Rangkai kata bersedia dan tidak panik dalam petikan bermaksud

A berwaspada dan bertenang.

B berjaga-jaga dan reda.

C bersiap dan tidak cemas.

D peka dan tidak risau.

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah011 SULIT