bm zon 1.doc

26
SULIT 011 Bahasa 011 Melayu SNS 1 2015 50 MINIT UJIAN BERSAMA SEKOLAH-SEKOLAH ZON A ----------------------------------------------- KERTAS PERCUBAAN UPSR 011 KERTAS 1 50 Minit SEKOLAH ZON A --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan , pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru Kertas ini mengandungi 13 halaman bercetak. 011 SEKOLAH ZON A PPD LIMBANG [ Lihat sebelah] 1

Upload: bus2970

Post on 02-Feb-2016

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bm Zon 1.doc

SULIT011Bahasa 011Melayu SNS 1201550 MINIT

UJIAN BERSAMA SEKOLAH-SEKOLAH ZON A-----------------------------------------------

KERTAS PERCUBAAN UPSR011

KERTAS 1

50 Minit

SEKOLAH ZON A

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.2. Jawab semua soalan.3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap

soalan , pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.Kemudian hitamkan jawapan yang baru

Kertas ini mengandungi 13 halaman bercetak.

011 SEKOLAH ZON A PPD LIMBANG [ Lihat sebelah]

SULIT

1

Page 2: Bm Zon 1.doc

Soalan 1 – 19.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Tiga orang murid sedang beratur untuk membeli makanan_________seorang murid lagi sedang minum air di kantin sekolah.

A dan B atauC supayaD sementara

2. “_________pergaduhan itu boleh berlaku?” tanya Cikgu Rahmat.

A ManakahB SiapakahC ApakahD Bagaimanakah

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

33. Kapal terbang Boeing 707 itu telah____________ di Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur.

A berhentiB berlepasC mendaratD berlabuh

4. Beberapa __________kayu api yang dijual oleh Mak Temah telah dibeli oleh seorang pengusaha kantin.

A tangkai B berkas C biji D batang

2

Page 3: Bm Zon 1.doc

Soalan 5 berdasarkan gambar dibawah.

5. Atan _________pulut itu bulat-bulat sebelum disuapkan ke dalam mulutnya.

A mengepalB meramasC menguliD mengadun

6. Puan Ani berasa________apabila melihat anaknya makan dengan________di hadapan para tetamu.

A malu...gelojohB sedih...ligatC muram...lajuD kecewa...kencang

Soalan 7 berdasarkan gambar dibawah.

7. Perempuan itu________anaknya sambil meminta sedekah di kaki lima bangunan kedai itu.

A menatangB membimbitC mengusungD mendukung

3

Page 4: Bm Zon 1.doc

8. “_________lagi Shakir sudah pergi ke kebun sayur bersama-sama ayahnya,” kata Mak Limah kepada Razif.

A Lama-lamaB Sudah-sudahC Bila-bilaD Awal-awal

9. Orang ramai_________supaya berjimat cermat ketika berbelanja.

A berseruB menyeruC diseruD terseru

10. Shakinah menjadi________untuk memilih baju yang sesuai dengannya kerana baju di pasar raya itu cantik-cantik belaka.

A cuci mataB rambang mataC gelap mataD putih mata

Soalan 11 hingga 13 berdasarkan gambar dibawah.

11. “_________, luas sungguh ladang teh yang terdapat di Tanah Tinggi Cameron ini!” kata Nina.

A EhB OhC WahD Nah

4

Page 5: Bm Zon 1.doc

12.Murid-murid yang menyertai lawatan ke Tanah Tinggi Cameron itu masing-masing memakai____________.

A baju sejuk B baju kesejukkan C baju tersejuk D baju menyejuk

13._________ orang murid mencatat sesuatu di dalam buku catatan apabila guru pengiring memberi penerangan tentang ladang teh itu.

A Setengah B Seluruh C Beberapa D Suku

14.Encik Asmat selalu dijemput menjadi pengadil perlawanan bola sepak kerana beliau tidak pernah_____________

A kepala angin B berat sebelah C putih hati D mulut tempayan

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15.Oleh sebab cuaca panas, nenek tidur di serambi dengan____________ tikar mengkuang.

A beralas B dialas C mengalas D beralaskan

5

Page 6: Bm Zon 1.doc

16.Anggota polis trafik terpaksa_____________lalu lintas di jalan yang sibuk itu disebabkan lampu isyarat yang rosak.

A mengawal selia B menyusun atur C mengatur cara D menambah baik

17.Kompang dipukul__________bagi menyambut ketibaan pasangan pengantin itu.

A berkali-kaliB bertubi-tubiC bertalu-taluD berulang-ulang

18.Kata-kata wanita yang_________itu sukar dipercayai.

A dalam tanganB hidung tinggiC lidah bercabangD berat mulut

19._________ mulut adik ketika mendengar pengalaman manis abang menyelam ke dasar laut.

A Terpukau B Terbeliak

C TerbukaD Terlopong

20.Tindakan peragut yang bermotosikal itu telah mengancam nyawa mangsanya.Kata seerti bagi mengancam ialah....

A memusnahkan B membahayakan C memudaratkan D mematikan

21.Nur Huda menerima berita buruk itu dengan perasaan yang sebak.Kata berlawan bagi sebak ialah....

A marah B girang C sedih D kagum

6

Page 7: Bm Zon 1.doc

Soalan 22 hingga soalan 23

Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

22. I Badan Adilyah lebih besar daripada badan Amena.II Dahulu beliau orang susah. Kini, dia sudah jadi orang besar.III Rombongan itu datang dengan membawa hajat yang besar.IV Majlis perkahwinan kakak dibuat secara besar kerana dia anak perempuan tunggal.

A I dan II B II dan III C III dan IV D I, II, dan III

23. I Mak Cik Leha jatuh sakit selepas kematian anaknya dua bulan yang lalu. II Cincin itu jatuh daripada genggaman SyahirahAlia.III Perbuatan pegawai yang makan rasuah itu jatuh imej syarikat.IV Penjahat itu telah jatuh hukuman penjara selama 17 tahun.

A I dan II B II dan III C II dan IV D III dan IV

Soalan 24 hingga soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

24. Peraturan baru yang diperkenalkan itu sedikit banyak dapat mengawal masalah disiplin dalam kalangan murid.A Masalah disiplin dalam kalangan murid berjaya diatasi sejak peraturan baru itu diperkenalkan.B Peraturan baru itu diperkenalkan untuk mengawal masalah disiplin yang meruncing.C Masalah pengawalan disiplin dalam kalangan murid akan dapat diatasi sekiranya peraturan baru itu berjaya dilaksanakan. D Sejak peraturan baru itu diperkenalkan, masalah disiplin murid-murid sedikit banyak berjaya dikawal.

7

Page 8: Bm Zon 1.doc

25.“Pulut panggang yang saya beli pagi tadi sudah basi,” kata Encik Badrul kepada isterinya.

A Isteri Encik Badrul berasa hairan kerana pulut panggang yang baru dibeli oleh suaminya itu sudah basi.B Encik Badrul memberitahu isterinya bahawa pulut panggang yang dibelinya pagi tadi sudah basi.C Pulut panggang yang sudah basi itu dibeli oleh Encik Badrul pagi tadi.D Isteri Encik Badrul diingatkan supaya tidak makan pulut panggang yang sudah basi itu.

Soalan 26

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

26.Bilakah penceramah motivasi itu akan sampai?

A Penceramah motivasi itu menyampaikan ceramah di sekolah lain dahulu.B Penceramah motivasi itu akan tiba tiba sebentar lagi.C Penceramah motivasi itu masih berada di rumahnya.D Penceramah motivasi itu selalu tiba tepat pada masanya.

Soalan 27

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

27.Cikgu Azizah menasihati murid-muridnya supaya mengulang kaji pelajaran semasa cuti sekolah.

A Adakah Cikgu Azizah menasihati murid-muridnya supaya mengulang kaji pelajaran semasa cuti sekolah?B Bilakah Cikgu Azizah menasihati murid-muridnya mengulang kaji pelajaran?C Apakah nasihat Cikgu Azizah kepada murid-muridnya?D Mengapakah selalu Cikgu Azizah menasihati murid-muridnya supaya mengulang kaji pelajaran semasa cuti sekolah?

8

Page 9: Bm Zon 1.doc

Soalan 28 hingga soalan 30

Pilih ayat yang betul.

28. I Sejak bekerja di bandar Kuching, dia jarang pulang ke kampung. II Murid baru di kelas saya itu sangat pendiam orangnya. III Encik Harjit akan berlepas ke India pada bulan lepas. IV Ketupat adalah antara hidangan istimewa semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.A I dan II sahajaB I dan IV sahajaC II dan III sahajaD I, II, dan IV sahaja

29. I Rahmat suka makan mi goreng dan kakaknya suka makan mi rebus.II Nina keluar bermain setelah hujan reda.III Rakyat diarah supaya mengamalkan budi bahasa dengan pelancong asing.IV Lukisan corak batik itu dilukis oleh seorang pelukis terkenal.

A I dan II sahajaB II dan IV sahajaC I, II dan III sahajaD II, III, dan IV sahaja

30. I Wah, besar sungguh rumah baru Adila!II Makanan yang diawet itu tahan lama.III Saya bukan suka akan perangai budak itu.IV Berbagai buku cerita terdapat di perpustakaan itu.

A I dan II sahajaB II dan IV sahajaC I, II, dan IV sahajaD II, III, dan IV sahaja

9

Page 10: Bm Zon 1.doc

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

7, Jalan Nauran, Kampung Pelita B,98700 Limbang,Sarawak. 20 Mac 2013

Menemui sahabatku yang diingati selalu, Natasha yang kini berada di Kuantan Pahang. Semoga saudari berada dalam keadaan sihat.

Saudari, Surat saudari yang bertarikh 17 Mac 2013 telah selamat saya terima. Saya berasa gembira apabila membaca surat saudari itu.Saya tertarik membaca tentang pengalaman saudari sekeluarga ketika bercuti di Pulau Redang.

Untuk pengetahuan saudari, pada cuti persekolahan yang lalu, saya sekeluarga juga telah bercuti di sebuah pulau. Pulau itu terkenal dengan panggilan Pulau Mutiara. Tentu saudari tahu nama pulau yang saya maksudkan itu. Kami ke Pulau Pinang menaiki kapal terbang . Perjalanan ke sana memakan masa hampir lima jam. Walaupun penat, kami tetap berasa gembira apabila selamat sampai ke Pulau Pinang.

Kami berada di sana selama tiga hari dua malam. Banyak tempat menarik yang kami kunjungi. Antaranya Padang Kota Lama, Bukit Bendera, Taman Bunga, Pantai Batu Feringghi, Bukit Jambul, dan lain-lain lagi.

Pulau Pinang bukan sahaja sebuah pulau yang mempunyai pantai yang cantik, malah makanan yang dijual di situ enak-enak belaka. Tentu tidak lengkap jika sesiapa yang berkunjung ke Pulau Pinang tidak merasa nasi kandar. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang makan nasi kandar di Jalan Pinang. Rasanya memang enak daripada masakan nasi kandar di tempat-tempat lain.

Hotel penginapan kami berdekatan pantai. Bilik hotel kami juga menghadap ke arah laut. Oleh itu, saya dapat melihat keindahan laut pada waktu pagi, senja, dan menjelang malam.

Cukup rasanya saya coretkan buat kali ini. Semoga kita berjumpa lagi pada masa lain. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari di sana.

Sahabatmu,Husna

10

Page 11: Bm Zon 1.doc

30. Tujuan utama penulis menulis surat tersebut adalah untuk

A membalas surat sahabatnya tempoh hari.B bertanyakan tentang percutian rakannya di Pulau Redang.C mengajak rakannya bercuti bersama-samanya di Pulau Pinang.D menceritakan tentang keenakan makanan di Pulau Pinang.

31. Di manakah penulis dan keluarganya dapat melihat keindahan pantai di Pulau Pinang?

A Bukit BenderaB Batu FeringghiC Bukit JambulD Padang Kota Lama

32. Perkataan kunjungi dalam petikan bermaksud

A hadiriB laluiC datangiD lawati

33. Yang berikut adalah perkara-perkara yang diceritakan oleh penulis tentang Pulau Pinang, kecuali

A keenakan makananB keindahan pantaiC pembangunan Pulau PinangD keistimewaan nasi kandar

34. Mengapakah penulis menyatakan bahawa tidak lengkap jika sesiapa yang berkunjung ke Pulau Pinang tidak merasa nasi kandar?

A Nasi kandar Pulau Pinang dijual dengan harga murah.B Nasi kandar Pulau Pinang senang didapati di Pulau Pinang.C Nasi kandar Pulau Pinang lebih enak berbanding nasi kandar di tempat lain.D Nasi kandar Pulau Pinang boleh dimakan di tepi pantai yang cantik.

11

Page 12: Bm Zon 1.doc

Soalan 36 hingga soalan 40

Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Adik masih berkurung di dalam biliknya. Sejak tengah hari tadi, Adik tidak menjamah sebarang makanan. Sudah berkali-kali Mama memujuk Adik. Ayam yang baru digoreng oleh Mama tidak dapat melenturkan hati Adik. Rajuknya kali ini panjang sekali. Oleh sebab itulah, Mama dan Abah jarang-jarang menolak kemahuan Adik. Jika boleh, semua kehendak Adik akan dituruti.

“Jangan berkeras sangat dengan Adik. Tentu Adik berkecil hati apabila Angah menegur dia tadi. Sekarang dia langsung tak mahu makan. Kalau Adik sakit, kita semua yang susah,” tegur Abah.

“Abah, bukan Angah sengaja hendak menyekat kemahuan Adik. Angah cuma hendak Adik makan nasi, sayur, dan ikan. Macam Abah, Mmam, Along, dan Angah juga. Bukannya makan ayam goreng, ais krim, dan coklat. Pagi petang siang malam, itu saja yang dimakannya. Makanan itu banyak kolesterol dan tinggi kalorinya. Tidak baik jika diamalkan selalu,” jelas Angah.

“Betul kata-kata Angah itu. Tapi Adik kecil lagi. Manalah dia tahu tentang makanan yang sihat dan seimbang. Yang dia tahu, dia suka makan benda itu,” kata Mama pula.

Itulah Mama dan Abah. Mama pelembut dan penyayang orangnya. Abah pula tegas tetapi terlalu menyayangi Adik. Kasih sayang yang berlebih-lebihan itu membuatkan Adik semakin manja.

Angah bukannya cemburu akan perhatian Abah dan Mama terhadap Adik. Angah pun sayang akan adik. Angah kasihan melihat Adik. Masih segar dalam ingatannya kata-kata Mak Cik Siti tidak lama dahulu.

“Eh, gemuknya Adik sekarang! Abangnya kurus saja. Berapa umur Adik?”

“Enam tahun,” pantas Angah menjawab.

“Enam tahun? Tapi dah macam budak 10 tahun,” kata Mak Cik Siti sambil mencuit pipi Adik. Adik tersenyum suka. Tetapi hati Angah yang terluka.

Adik rasa Mak Cik Siti memujinya sebaliknya Angah rasa Mak Cik Siti memerli Adik. Sememangnya Angah mudah tersinggung apabila ada orang memperkatakan saiz badan Adik.

12

Page 13: Bm Zon 1.doc

36. Siapakah yang menyebabkan Adik merajuk?

A AngahB MamaC AbahD Mak Cik Siti

37. Apakah maksud frasa tidak menjamah sebarang makanan dalam petikan? A tidak makan langsungB makan sedikit sajaC terlalu memilih makananD terlupa hendak makan

38. Apakah persamaan sikap yang ada pada Abah dan Mama?

A penyabarB penyayangC pemarahD penyedih

39. Yang berikut ialah Punca Angah melarang Adik makan makanan kurang berkhasiat, kecuali.... A tidak mahu Adik dipersendakan kerana badannya yang besar.B Adik dikatakan tidak padan dengan umurnya.C kesihatan Adik akan terjejas kelak.D tidak suka melihat Adik yang begitu gelojoh semasa makan.

40. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Angah.

A sangat sayang akan Adik.B mengambil berat terhadap kesihatan Adik.C cemburu akan perhatian Abah dan Mmam terhadap Adik.D prihatin akan pandangan orang kepada Adik.

SOALAN TAMAT

13

Page 14: Bm Zon 1.doc

SULIT

UJIAN BERSAMA SEKOLAH-SEKOLAH ZON A KERTAS PERCUBAAN UPSR

012-BAHASA MELAYU – PENULISAN

KERTAS 2

SEKOLAH ZON A

2015

14

Page 15: Bm Zon 1.doc

LIHAT SEBELAH SULIT

Bahagian A[ 10 markah ]

[ Masa dicadangkan : 15 minit ]

Gambar di bawah menunjukkan situasi di sebuah tempat perkelahan di tepi pantai.Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.

012 SNS 2 SULIT

15

Page 16: Bm Zon 1.doc

SULIT 012

Bahagian A

16

Page 17: Bm Zon 1.doc

Bahagian B

[ 30 markah ][ Masa dicadangkan : 40 minit ]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1. Ceritakan suasana majlis perkahwinan yang pernah kamu hadiri.

ATAU

2. Sekolah kamu telah mengadakan gotong-royong sempena Kempen Bebas Denggi .Tulis laporan lengkap tentang program tersebut.

ATAU

3. Tuliskan faedah-faedah menggunakan komputer.

012 SULIT

17

10

Page 18: Bm Zon 1.doc

SULIT 012

Bahagian B

18

No. Soalan

Page 19: Bm Zon 1.doc

19

Page 20: Bm Zon 1.doc

20

Page 21: Bm Zon 1.doc

30

012 [ Lihat sebelah]

Bahagian C[ 20 markah ]

[ Masa dicadangkan : 20 minit ]

Tulis beberapa nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

21

Page 22: Bm Zon 1.doc

Arina asyik memerhatikan lelaki yang berjalan dengan menggunakan

tongkat itu. Di sisi lelaki itu, ada seorang budak perempuan. Budak perempuan

itu memimpin tangan lelaki itu.

Arina mendapati lelaki itu tidak dapat melihat. Budak perempuan itulah

yang menjadi penunjuk arah. Timbul rasa kasihan di hatinya. Pada usia semuda

itu, budak itu sudah memikul tanggungjawab yang berat.

Arina termenung. Dia membandingkan dirinya dengan nasib budak itu.

Dia mempunyai ibu bapa yang sangat menyayanginya dan mengambil berat

akan dirinya. Apa-apa saja yang diingininya akan dipenuhi oleh orang tuanya.

Sungguhpun dia hidup mewah, dia sentiasa memberontak. Misalnya, dia

akan merajuk jika ayahnya tidak membelikannya jam tangan. Ayahnya bukan

tidak mahu membeli jam tangan tersebut tetapi beliau agak sibuk belakangan

ini.

Timbul rasa kesal di hati Arina kerana terlalu mementingkan diri. Arina

bergegas pulang ke rumahnya. Dia mahu meminta maaf daripada ayahnya

kerana terlalu mengikut kata hati.

.

012 SULIT

012 SULIT

Bahagian C

22

Page 23: Bm Zon 1.doc

23

Page 24: Bm Zon 1.doc

20

KERTAS SOALAN TAMAT

012 SULIT

24

Page 25: Bm Zon 1.doc

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU UPSRDAN

SKEMA JAWAPAN

Idea cadangan Kertas Bahasa Melayu – Penulisan.Bahagian A-orang ramai berkelah di tepi pantai bersama-sama keluarga.-kanak-kanak riang dapat mandi-manda di tepi pantai sambil diperhatikan oleh keluarga masing-masing.-membawa bekalan untuk dijamu bersama-sama ahli keluarga.-mengambil kesempatan dengan menaiki perahu layar bagi menikmati pemandangan di tengah lautan.-menjamu selera di bawah pohon yang redup sementara kanak-kanak mengambil kesempatan membeli ais-krim yang dijual di situ.

Soalan Bahagian C : (Aras Tinggi)

Pengajaran – 1. Insaf/kesal/taubat2. Kasih sayang/perihatin3. Amanah (bertanggungjawab)4. Mohon ampun5. Rasional6. ….dan mana-mana jawapan yang sesuai.

Jawapan Bahagian A

1. D

2. D

25

Page 26: Bm Zon 1.doc

3. C

4. B

5. A

6. A

7. D

8. D

9. C

10. B

11. C

12. A

13. C

14. B

15. D

16. A

17. C

18. C

19. D

20. B

21. B

22. D

23. A

24. D

25. B

26. B

27. C

26

Page 27: Bm Zon 1.doc

28. D

29. D

30. A

31. A

32. B

33. D

34. C

35. C

36. A

37. A

38. B

39. D

40. C

BAHAGIAN B

Terima mana-mana yang sesuai.

27