psikolinguistik dan sematik assignment)

Upload: fatimah-azzahra

Post on 13-Jul-2015

503 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011 HBML3303 PSIKOLINGUISTIK dan SEMANTIK

TUTOR : ENCIK ROSLI BIN ABD GHANI

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

MOHAMAD BIN SAID 680103115487002 680103-11-5487 013-9105023 [email protected] Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan.Besut Terengganu.

Isi Kandungan Isi Kandungan 1. Penganalan i - ii 1

2. Latar Belakang Kajian 3. Objektif Kajian 4. Definisi Operesional 4.1 4.2 Pemerolehan Bahasa Teori Behaviouris 4.2.1 Pavlo 4.2.2 Skinner 4.2.3 Bloomfield 4.3 Teori Mentalis 4.3.1 Gestalt 4.3.2 Lennerberg 5. Skop Kajian 6. Tahap Penghasilan Bahasa Kanak-Kanak. 7. Kaedah Kajian 8. Sample Kajian 9. Anilisis Dapatan Kajian

2 3

3 4 5 6 6 7 7 8

8

9 10 10 11 (i)

10. Faktor-Faktor Keluarga yang Mempengaruhi Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak. 10.1 10.2 10.3 10.4 Sikap Ibu Bapa Sosioekonomi Keluarga Umur Ibu Bapa Tahap Pendidikan Ibu Bapa 16 16 17 18 18 19 20

11. Rumasa dan Cadangan 12. Kesimpulan

Rujukan

(ii)

1. PENGENALAN

Pemerolehan bahasa merupakan proses yang membolehkan manusia menguasai dan membina bahasa. Pemerolehan bahasa dilakukan oleh bayi atau kanak-kanak secara semulajadi ketika berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang lain, ibu bapa, adik, kakak, datuk atau nenek. Ia merupakan bahasa pertama yang dikuasai oleh mereka tanpa sebarang pengajaran dan sering disifatkan sebagai sesuatu dapatan yang natural. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh beberapa pengkaji bahasa, kanak-kanak memperolehi bahasa secara berperingkat dan wujud sejak mereka bayi lagi. memperoleh bahasa melalui persekitaran mereka. Kanak-kanak juga

Pemerolehan bahasa biasanya berlaku secara tidak formal dalam kalangan kanakkanak yang masih kecil kerana pada masa itu, tidak ada gangguan daripada bahasa kedua dan ketiga.Menurut Lyons ( 1994 ), bahasa ialah nurani. Oleh hal demikian, bahasa tidak diperolehi secara semulajadi tetapi tumbuh atau menjadi matang secara organik. Kamus Linguistik ( 1997 ), mentakrifkan pemerolehan bahasa sebagai proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga keseluruhannya. Maksudnya, proses seseorang penutur seperti kanak-kanak menjadi penutur jati bagi bahasa natifnya, atau proses seseorang kanak-kanak ataupun dewasa menjadi penutur bahasa kedua. Mengantar Simunjuntak ( 1987 ), Dalam bidang berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. bahasa pertama. psikolinguistik , konsep pemerolehan bahasa selalunya dikaitkan dengan pembelajaran

(1)

Menurut seorang linguis Amerika, Chomsky, beliau berpendapat bahawa kanakkanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang beliau namai sebagai LAD (language acquisition device ). Menurut beliau lagi, di dalam lingkungan umur tiga tahun, kanak-kanak sudah boleh bercakap dengan menggunakan tatabahasa transformasigeneratif. Transformasi- generatif dibuat berdasarkan kepada penutur ibunda sesuatu bahasa yang berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah didengari mereka kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semulajadi berbahasa.

2. LATAR BELAKANG KAJIAN

Pemerolehan bahasa merupakan satu proses yang berlaku di dalam otak kanak-kanak sewaktu memperolehi bahasa ibundanya. Sehubungan dengan itu, asas utama dalam bagi seseorang manusia memporlehi bahasa pertama mereka dipengaruhi oleh keluarga terdekat iaitu ibubapa dan ahli keluarga yang lain. Dalam hal ini, pengkaji ingin menkaji tentang pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak dengan menaplikasikan teori mentalis dan behaviouris serta sejauh mana factor latar belakang maempengaruhi permerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini dijalankan terhadap murid-murid pra sekolah yang dalam lingkungan usia 5 hingg 6 tahun. Pra sekolah ini terletak di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, Kuala Krai, Kelantan. Seramai 8 orang kanak-kanak dinilai oleh penkaji iaitu 4 orang kanakkanak lelaki dan 4 orang kanak-kanak perempuan yang tinggal di Kampung Chuchoh Puteri Kuala Krai Kelantan. Responden yang dikaji terdiri daripada pelbagai latar belakang sosiso ekonomi dan pendidikan.

(2)

3. OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk

mengenal pasti pemerolehan bahasa di

kalangan kanak-kanak yang belajar di pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, Kuala Krai Kelantan.Bagi mencapai tujuan ini, kalian ini juga akan menghuraikan beberapa objektif kajian seperti berikut : 1. Mengenal pasti teori-teori mentalis dan behaviorisme berkaitan dengan pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. 2. Meninjau pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. 3. Mengkaji latar belakang keluarga dapat mempengaruhi perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak.

4. DEFINISI OPERASIONAL

4.1 Pemerolehan Bahasa

Pemerolehan bahasa merupakan satu proses yang membolehkan manusia mempelajari, menguasai dan membina bahasa. Menurut Manganta Simuntuntak (1987), berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku did ala otak seseorang kanak-kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Dalam bidang psikolinguistik, konsep pemerolehan bahasa selalunya dikaitkan dengan pembelajaran bahasa pertama. Ahli teori natif percaya kanak-kanak dilahirkan secara fitrah mempunyai kemampuan ini memungkinkan mereka belajar bahasa pertama mereka dengan lebih mudah. Kemampuan yang tersembunyi ini membolehkan kanak-kanak menggangar tatabahasa yang betul dan salah dalam bahasa natif mereka dan seterusnya membolehkan mereka menguasai (3)

tatabahasa dalam usia kira-kira tiga tahun. Ahli teori natif turut berpandangan

bahasa

sebagai sebahagian fundamental yang menghasilkan kematangan manusia secara ilmiah.

Kebanyakan pemerolehan bahasa natif menunjukkan ia berlaku pada peringkat umur awal kanak-kanak, iaitu kanak-kanak mula menampakkan kecekapan pada tatabahasa natif mereka. Pada peringkat ini mereka dapat membezakan fonem yang mempunyai pasangan minimal seperti bah dengan dah. Kanak-kanak bawah tiga tahun lazimnya tidak bercakap dalam bentuk ayat yang penuh seperti Saya hendak makan atau makan sahaja. Mereka mengasingkan stuktur sintaktik kepada frasa yang merupakan komponen kepada tatabahasa universal.Kanak-kanak juga kelihatan seperti terhindar daripada pembetulan kesalahan nahasa oleh orang dewasa.

4.2 Teori Behaviouris

Teori Behaviouris oleh Skinner juga dikenali sebagai teori mekanis yang berasaskan permerolehan bahasa pertama oleh kaanak-kanak.Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruandaripada ahli keluarganya, khususnya daripada ibu bapanya.Oleh itu, ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka.kanak-kanak menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh. betul. Behaviorisme

Dalam teori ini ianya menekankan peri laku dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Teori ini juga tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang dikaji dalam teori ini ilah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Teori ini juga berpandangan bahawa bahasa terhasil daripada operasi rangsangan (4)

dan gerak balas yang bergantung pada cirri-ciri naluri manusia. Jesteru bahasa ialah proses peri laku yang berdasarkan operasi rangsangan dan tindak balas .Golongan behaviouris berpendapat bahawa pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu.

Perlakuan seperti latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan. Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diterima dan gunakan. Behaviorisme juga berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh. Antara pengkaji teori behaviouris ialah ahli psikologi juga termasuk Pavlov, Thorndike, Hull dan Skinner. Mereka mengajukan teori ini untuk menghuraikan pemerolehan bahasa.

4.2.1. Pavlo Pelapor teori behavioris seperti Pavlov, menggunakan adanya tindakan terlazim. teori gerak balas

terlazim di dalam kajiannya. Beliau menganggap gerak balas akan berlaku apabila Di dalam pemerolehan bahasa, kanak-kanak dapat memperoleh bahasa denganbaik apabila mereka mendapat gerak balas terlazim, iaitu apabila sering mendengar bunyi dan perkataan yang sama beberapa kali.

4.2.2. Skinner Skinner ulang. memperkukuhkan teori tersebut dengan menyatakan bahawa

pembelajaran akan berlaku sekiranya terdapat rangsangan dan tindak balas yang berulangBeliau menjalankan kajian terhadap seekor merpati dan tikus. Tikus telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan terdapat sebuah alat yang boleh mengeluarkan makanan untuk tikus tersebut. Pada awalnya, tikus tersebut hanya melakukan yang biasa sahaja. Namun, setelah beberapa lama, tikus tersebut telah belajar untuk (5)

mendapatkan makanan hasil daripada pengulangan lakuannya itu. Golongan pemegang teori behaviourisme telah mengimplikasikan teori Skinner ini di dalam proses Contohnya, seseorang kanak-kanak akan pemerolehan bahasa. Mengikut teori ini, ganjaran yang diperoleh selepas pembelajaran akan memberikan kesan yang lebih baik. menyebut perkataan mama untuk menyatakan ibunya apabila bunyi sering kedengaran di telinganya. Apabila diberi ganjaran oleh ibu kepada si bayi, peneguhan akan berlaku. Contohnya, bayi tersebut akan menerima ciuman daripada ibunya atau mendapat susu.

4.2.3. Bloomfield Menurut Bloomfield pula, bahasa adalah tingkah laku manusia, sama dengan tingkah laku lain yang disempurnakan di dalam hidup seharian. Sekiranya tingkah laku manusia yang yang harus dikaji lain itu berpunca daripada rangsangan, maka bahasa dapat dilahirkan ialah tingkah laku yang terjadi ketika ucapan terlahir daripada mulut sebagai gerak balas terhadap rangsangan tersebut. Di samping itu, menurut beliau, perkara seseorang hingga ucapan tersebut diterima dan difahami oleh pendengarnya. Oleh itu, menurut pengkaji dan ahli behavioris, melalui pemerolehan bahasa, kanakkanakmemperoleh bahasa ibundanya melalui peniruan tingkah laku dan pengucapan kata-kata oleh ibu bapa mereka. Tingkah laku daripada rangsangan beserta dengan pengukuhan yang dilakukan akan menyebabkan mereka melakukan aktiviti tertentu secara berulang- ulang. Oleh itu kanak-kanak memperoleh bahasa melalui pendengaran hasil daripada pertuturan orang lain di sekeliling mereka. Jadi, pemerolehan bahasa menerima pengaruh daripada interaksi orang sekeliling. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting sekali di dalam pemerolehan bahasa. Ibu bapa perlu sentiasa berbual dengan anak-anak kecil mereka dan menggunakan bahasa yang sopan dan baik.

(6)

4.3 Teori Mentalis

Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental . otak. Ahli kognitivis atau mentalis terdiri daripada Chomsky, Piaget, Miller, Gestalt, Lenneberg dan Kohler. Menurut beliau, perkembangan bukan lahir daripada hasil kematangan organisma dan bukan daripada pengaruh alam sekitar, tetapi interaksi keduaduanya. Beliau juga berpendapat bahawa manusia mempunyai peringkat otak dan saraf tertinggi. Melalui otak tersebut, manusia diberi kebolehan untuk mempelajari pelbagai perkara. Proses pembelajaran merupakan proses mental dan bukannnya proses mekanis. Ini bermakna, kanak-kanak menyesuaikan pengetahuan sedia ada di dalam mental mereka dengan data yang diperoleh daripada persekitarannya. Teori ini yang juga dikenal sebagai teori kognitf menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam

4.3.1 Gestalt Gestalt pula menganggap teori pembelajaran menjadi bermakna sekiranya fikiran dimasukkan ke dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan. Konsep Gestalt ini berbeza dengan Chomsky yang mengatakan bahawa seseorang kanakkanak dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk menguasai bahasa apabila sampai pada peringkat kematangan tersebut, mereka akan membuat hipotesis terhadap pertuturan ahli masyarakatnya. Chomsky juga menyatakan bahawa sejak kanak-kanak itu dilahirkan, mereka sudah pun mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi, yakni sudah memiliki sistem bahasa. Di sebaliknya pula, sekiranya kanak-kanak tersebut tidak dapat diberi pendedahan kepada penguasaan bahasa, proses penguasaan bahasa akan terbantut dan mungkin tidak berkembang dengan baik. Teori penguasaan bahasa yang dinyatakan ini mempunyai hubungan yang rapat dengan teori psikologi kognitif pembelajaran. (7)

4.3.2. Lennerberg Lennerberg pula menyatakan bahawa perkembangan dan kebolehan berbahasa berlaku secara biologi. Ini bermakna perkembangan bahasa bergantung kepada jadual biologi atau perkembangan biologi dan bukannya hadir daripada rangsangan yang datang daripada lingkungan. Ini kerana tahap perkembangan dan pemerolehan bahasa setiap individu itu adalah berbeza mengikut tahap perkembangan biologinya. Kanak-kanak juga mempelajari sesuatu perkara secara keseluruhan terlebih dahulu, barulah dapat mengkhususnya. Sebagai contoh, apabila mereka menyebut maman bagi semua makanan dan setelah mencapai tahap perkembangan tertentu, kemudian barulah mereka dapat mengkelaskannya dan menyebut mengikut jenis makanan seperti nasi, roti dan sebagainya.

5. SKOP KAJIAN

Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah 8 orang kanak-kanak pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, Kuala Krai, Kelantan yang terletak di kawasan pedalaman di daerah Kuala Krai. Pengkaji mensasarkan 4 orang murid lelaki dan 4 orang perempuan dari pelbagai latar belakang keluarga. Kanak-kanak dari pra sekolah ini dipilih kerana sekolah ini berada di dalam lokasi yang memudahkan pengkaji membuat kajian dalam jangka masa yang terbatas. Di samping itu, Sekolah ini merupakan tempat pengkaji menjalankan tugas rasmi Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan maklum balas dari borang soal selidik. Oleh yang demikian kebolehpercayaan dapatan kajian ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama dan keikhlasan serta kejujuran dari responden yang menjawab item-item yang terdapat di dalam borang soal selidik yang diedarkan. Dapatan kajian juga adalah menggambarkan masalah yang terdapat di Sekolah ini sahaja,bukannya menggambarkan masalah yang berlaku ditempat lain. (8)

6. TAHAP PENGHASILAN BAHASA KANAK-KANAK

Menguasai kemahiran bahasa pertama dengan baik amat mustahak untuk faedah pembelajara selanjutnya. Hal ini kerana bahasa ibunda dikatakan asas kepada pemikiran walaupun ia merupakan isu yang kontroversial. kemahiran bahasa pertama Kanak-kanak yang tidak menguasai lazimnya menyebabkan pembelajaran bahasa yang lain

menjadi sukar. Justeru, pendapat yang mengatakan bahasa ibunda menjadi pusat penting pendidikan memang ada benarnya.

Tahap

Umur Tipikal

Huraian

Babbling

6-8 bulan

Pengulangan dan vokal

pola

konsonan

Kata/Morfem/ kata

Unit 9-18 bulan

Perkataan

sukukata

terbuka

atau kata dasar Frasa yang mempunyai

Holofrasa ( suku kata ) 18-24 bulan

hubungan semantik mudah

Telegrafik

(

tahap 24-30 bulan

Struktur ayat leksikal lebih daripada fungsional atau morfem gramatikal

awal pelbagai kata )

Tahap akhir pelbagai 30 bulan ke atas kata

Struktur

gramatikal

dan

fungsional disatukan

Pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak pada umumnya mengikut urutan yang dapat diramalkan. Terdapat beberapa variasi umur kanak-kanak ini dapat mencapai tahap tertentu pemerolehan bahasa. Walau bagaimanapun, perkembangan setiap kanak-kanak lazimnya dicirikan melalui pemerolehan bahasa secara beransur-ansur sesuai dengan kemampuan tertentu. Dari segi pemerolehan bahasa yang berhubung dengan penghasilan bahasa, tahap yang digunakan berfokus kepada pengetahuan leksikel dan sintaksis seperti Jadual di atas.

7. KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang dikaji berkaitan dengan pemerolehan bahasa kanak-kanak ialah melalui kaedah pemerhatian kepada beberapa orang kanak-kanak .

9. SAMPEL KAJIAN Dalam kajian tentang pemerolehan bahasa, pengkaji telah memilih seramai 8 orang kanak-kanak yang tinggal berhampiran dengan rumah pengkaji serta belajar di pra sekolah Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri Kuala Krai Kelantan di mana pengkaji bertugas sebagai sampel. Sampel kajian terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. (10)

Jadual 9.1 : Senarai nama responden yang terlibat dalam kajian pemerolehan bahasa

Nama Murid

Umur

Pekerjaan ibu bapa

Pendapatan ibu bapa RM 3500

Bil. adikberadik 3 orang

Md. Akram bin 5 tahun Mat Anuar Md. Raziman bin 6 tahun Md. Yusof Md.aidil bin Zul Akram Danial bin 6 tahun Md. Razi Hafiz 6 tahun

Guru

Kerani

RM 1500

4 orang

Peniaga

RM 2500

3 orang

Polis

RM 2000

5 orang

Fatin Akilah bt. 5 tahun Mat Som

Pemandu

RM 1000

4 orang

Elma Najwa bt. 5 tahun Khairul Anuar Aina Farisha bt. Ruzunazman 6 tahun

Guru

RM 4000

3 orang

Penoreh

RM 1500

5 orang

Nur Anuar

Emilia

bt. 6 tahun

Penoreh

RM 1000

6 orang

9. ANALISA DAPATAN KAJIAN

Melalui kajian pemerolehan bahasa yang dijalankan terhadap 8 orang kanak-kanak, hasil kajian mendapati faktor latar belakang keluarga dapat mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak.

Jaadual 10.1 : Taburan umur ibu bapa responden Umur 50 Tahun ke atas 35 49 25 34 24 Tahun ke bawah Jumlah Frekuansi 2 4 2 0 8 Peratus(%) 25 50 25 0 100

(12)

Jadual 10.2 : Taburan pekerjaan ibu bapa responden Pekerjaan Guru Kerani Polis Perniaga Pemandu Penoreh Jumlah Frekuansi 2 1 1 1 1 2 8 Peratus (%) 25 12.5 12.5 12.5 12.5 25 100

Jadual 10.3 : Taburan Pendapatan keluarga responden Pendapatan (RM) 3000 ke atas 2000 2999 1000 1999 500 999 100 499 Jumlah Frekuansi 2 2 4 0 0 8 Peratus(%) 25 25 50 0 0 100

(13)

Jadual 10.4 : Taburan kelulusan akademik ibu bapa responden Kelulusan Diploma / Ijazah /PHD STPM SPM SRP/PMR UPSR/Tamat Darjah 6 Tidak Bersekolah Jumlah Frekuansi 2 1 2 2 1 0 8 Peratus(%) 25 12.5 25 25 12.5 0 100

Jadual 10.5 : Taburan bilangan adik beradik responden Bil.Adik beradik 8 10 57 14 0 Jumlah Frekuansi 0 3 5 0 8 Peratus(%) 0 37.5 62.5 0 100

(14)

Jadual 10.6 : Taburan responden yang dapat bercerita tentang gambar yang diberikan. Nama Md. Anuar Md. Yusof Md. Aidil Hafiz b. Zul Md. Akram Danial Som Elma Najwa K.Anuar Aina Ruzunazman Nur Emilia bt. Anuar PERATUS (%) Penoreh 37.5 % * 37.5 % 25 % 1 8 Guru * * 1 1 Farisha Penoreh Peniaga Polis * * * 1 1 1 Raziman b.Md Kerani * 1 Akram b. Pekaejaan Ibu Bapa Mat Guru Baik * Tahap Kebolahan Sederhana Lemah 1 Frikuansi

Fatin Akilah bt. Mat Pemandu

Jadual 10.1 hingga 10.5 di atas menunjukkan latar belakang sampel kajian yang terdiri daripada murid-murid pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, Kuala Krai, Kelantan.Bilangan mereka seramai 8 orang kesemuanya iaitu 4 orang murid lelaki (50 %) dan 4 orang murid perempuan(50%). Berdasarkan jadual taburan yang diperolehi, didapati bahawa faktor latar belakang ibu bapa atau keluarga ada perkaitan dengan pemerolehan bahasa di dalam sesebuah keluarga terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Faktor usia ibu bapa atau pengaja, pendapatan ibu bapa, bilangan ahli keluarga, pekerjaan ibu bapa, dan tahap pendidikan ibu bapa dan keluarga antara penyumbang ke arah pemerolehan bahasa yang baik bagi seseorang individu. (15)

Jika dilihat dari taburan responden yang dapat manceritakan tentang gambar buahbuahan yang diberikan didapati kanak-kanak yang ibu bapanya berpendidikan, mempunyai pekerjaan yang baik serta berpendapatan melebihi RM 2000 dapat menghasilkan kecerdesan otak anak-anak dalam menerokai penerimaan bahasa adalah lebih baik berbanding dengan yang lain. Ini berdasarkan peratusan yang dapat dikesan iaitu 37.5% responden dapat bercerita dengan baik yang terdiri dari ibu bapa berpendidikan tinggi, 37.5% dapat becerita dalam ketogori sederhana yang terdiri dari ibu bapa berpendidikan sederhana dan 25 % berpendidikan. tidak dapat bercerita dengan baik akibat ibu bapa kurang

10. FAKTOR-FAKTOR KELUARGA YANG MEMPENGARUH PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK

10.1

Sikap Ibu bapa Tanpa campur tangan ibu bapa yang ekslusif dalam hal pendidikan ini akan

mempengaruhi pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak perlukan sokongan yang padu daripada orang yang terdekat dengannya dalam menjalani tempoh suai kenal dengan dunia barunya. Oleh itu, segala yang berlaku di ruang lingkung Menurut kajian, persekitarannya akan memberi kesan langsung kepada kanak-kanak. daripada abang dan kakaknya. Anak-anak yang membesar dalam keadaan yang penuh kasih sayang dan perhatian daripada kedua ibu bapanya lazimnya mempunyai tahap kepercayaan diri yang tinggi dan berani dalam melontarkan patah-patah perkataannya. Galakan dan semangat yang sentiasa diberikan oleh kedua ibu bapa menjadikan anak ini selamat dan tiada gangguan dalam fasa pembelajarannya. (16)

kanak-kanak ini akan lebih banyak belajar bercakap dengan ibu bapanya berbanding

Ibu bapa yang kerap bertutur dan berbual dengan anak-anak mereka sejak kecil lagi dapat mempertingkat keupayaan pemerolehan bahasa. Pada masa yang sama, mereka dapat menambah perbendaharaan kata di samping mempelajari struktur bahasa dan tatabahasa yang betul. Kanak-kanak yang bernasib baik sedemikian, akan lebih cepat memperoleh bahasa. Sebaliknya, kanak-kanak daripada latar belakang keluarga dan persekitaran yang tidak mendorong ke arah interaksi dan komunikasi antara satu sama lain menyebabkan lebih lambat memperoleh bahasa. Banyak perkara yang boleh diatur oleh ibu bapa untuk menggalakkan perkembangan pemerolehan bahasa. Antaranya, bacakan buku bersama anak-anak, memberi ruang untuk dia melontarkan pandangannya tentang sesuatu perkara dan tidak cepat membantah dengan apa yang cuba disampaikan. Berdasarkan pernyataan ini, ianya adalah berkaitan dengan teori behaviorisme yang menyatakan kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ahli keluarganya khususnya daripada ibu bapanya. Kanak-kanak menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara berulangkali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul. Behaviorisme berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh. Dalam kajian ini, 2 orang kanak-kanak iaitu Afiq Iman dan Sabila Imana merupakan kanak-kanak yang petah berbicara dan dapat mengeluarkan banyak idea apabila ditanya. Keadaan ini disebabkan oleh faktor keluarganya iaitu kedua ibubapanya yang sering berbual dan sentiasa melayan pertanyaan anaknya. Mereka memperolehi bahasa pertama adalah disebabkan oleh rangsangan oleh ibu bapa dan gerakbalas yang ditunjukkan oleh anaknya. Berdasarkan kenyataan ini ianya adalah berkaitan dengan teori behaviorisme yang menyatakan bahawa apabila berlakunya rangsangan dan gerakbalas maka berlakulah pembelajaran. Teori Behaviorisme juga menyatakan,

(18)

10.2 Sosioekonomi Tahap sosioekonomi secara tidak langsung turut mempengaruhi pemerolehan

bahasa. Hal ini kerana ibu bapa yang mempunyai tahap sosialekonomi yang tinggi dapat menyediakan segala kemudahan pembelajaran bahasa kepada anak-anak mereka. Sebagai contoh, mereka mampu menyediakan kemudahan televisyen, buku-buku dan perisian pembelajaran bahasa untuk mempertingkat keupayaan pemerolehan bahasa kepada anakanak mereka. Anak-anak mereka juga dihantar ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak yang lebih baik yang menyediakan kurikulum yang lebih baik. Di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak, mereka terdedah dengan pergaulan dan interaksi dengan rakan-rakan di samping terdapat kemudahan pembelajaran yang terkini. Dengan ini anak-anak mereka dapat memperolehi bahasa pada peringkat umur lebih awal. Hal ini berbeza daripada kanak-kanak yang mempunyai sosioekonomi rendah yang tidak terdedah dengan kemudahan sedemikian, menyebabkan penguasaan pemerolehan bahasa mereka berlaku mengikut perkembangan yang biasa sahaja.

10.3 Umur ibu bapa Umur ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kanakkanak. Bagi lelaki atau perempuan yang baru berkahwin, mereka tidak mempunyai pengalaman tentang pendidikan anak-anak untuk tujuan pemerolehan bahasa. Hal ini berbeza dengan perempuan atau lelaki yang sudah lama berkahwin dan mempunyai bilangan anak yang ramai. Pengalaman tentang pendidikan anak-anak amat penting untuk pemerolehan bahasa dalam kalangan anak-anak.

10.4 Tahap pendidikan ibu bapa Tahap pendidikan dalam kalangan ibubapa juga memainkan peranan yang sangat besar dan menjadi salah satu factor yang menyumbang kepada keberkesanan pemerolehan (19)

bahasa bagi kanak-kanak. Ibu bapa yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi serta berilmu boleh mendidik anak-anak mereka dengan cara yang betul serta berkomunikasi sesama ahli keluarga dengan baik dan terancang. Ini sekali gus akan menjadi titik tolak kepada pemerolehan bahasa yang baik dalam kalangan sesebuah keluarga. Ini kerana kanak-kanak mudah terikut dengan apa yang dilihat, didengar dan dialami terutamanya terhadap perkara-perkara yang berlaku dipersekitarannya. Pertuturan yang baik, jelas dan sebagainya membolehkan kanak-kanak dapat menerima apa yang didengar.

11. RUMUSAN DAN CADANGAN

Sebagai rumusannya kajian ini menunjukkan bahawa pada umumnya pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak di tempat pengkaji membuat kajian banyak dipengaruhi oleh faktor latar belakang sesebuah keluarga. Faktor sosioekonomi, faktor sikap ahli dalam sesebuah keluarga, factor ekonomi serta pendidikan menjadi asas yang membolehkan seseorang kanak-kanak menguasai dan membina bahasa. Bayi atau kanakkanak yang sihat dikatakan memperolhi bahasa dengan lebih cepat berbanding bayi yang kurang sihat. Lantaran itu, pengkaji berharap di masa akan datang ada kajian dibuat untuk mencari punca-punca lain yang boleh mempengaruhi penerimaan bahasa oleh seseorang kanakkanak dengan memberi fokus pada faktor-faktor lain. Faktor komunikasi antara ahli keluarga, penggunaan bahan-bahan rangsangan dan sebagainya boleh diberi perhatian untuk dikaji dalam menangani masalah pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak.

(20)

12. KESIMPULAN

Sebagai penutup, kajian ini merupakan merupakan peringkat permulaan tentang pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak-kanak bagi membantu mereka memperolehi bahasa pertama seterusnya memperolehi bahasa kedua. Kanak-kanak akan lebih mudah menguasai bahasa kedua andainya pemerolehan bahasa pertama dapat diterima dengan baik. Ahli linguistic Erik Lenneberg pada tahun 1964 mengatakan masa genting pemerolehan bahasa akan berakhir sekitar umur 12 tahun. Beliau berpendapat jika bahasa tidak dipelajari sebelum itu bermakna kanak-kanak tidak belajar bahasa secara normal dan berfungsi sepenuhnya.

(21)

Rujukan Abdul Rahman Ab Rashid, et al. (1997). Pengajian Melayu 1. Longman Sdn. Bhd : Petaling Jaya (Bab 6: Psikolinguistik). Dr Adnan Ayob & Dr Nathesan Sellapan. (2010). Psikolinguistik dan Semantik. Meteor Doc, Sdn. Bhd: Selangor. Field, J. (2003). Psycholinguistics: A resource book for students. Routledge: London. Kamarudin Hj Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Longman Petaling Jaya (Bab 3 & 4). Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Noor Aina Dani. (2007). Pengantar psikolinguistik. Sasbadi Sdn. Bhd: Petaling Jaya. Zulkifley Hamid. (200). Bahasa Konsep, Fungsi, dan penguasaannya oleh penutur. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

BAHAGIAN A

Panduan kepada responden: 1. Jawab semua soalan. 2. Sila isikan jawapan yang terbaik yang anda fikirkan. 3. Semua jawapan hanya digunakan untuk menjalankan penyelidikan ilmiah sahaja. 4. Segala maklumat diri anda adalah SULIT dan DIRAHSIAKAN.

Latar belakang ibu bapa dan keluarga Sila berikan maklumat yang paling tepat berhubung dengan diri anda dengan menandakan ( ) pada petak-petak yang disediakan dalam item (1) hingga item (7) berikut:

1. Umur ibu bapa atau penjaga

Kurang daripada 30tahun

Di antara 30 tahun hingga 40 tahun

41 tahun ke atas

2. Pekerjaan Bapa atau penjaga

Guru

Jururawat

Berniaga

Lain-lain (nyatakan) _________________

Penoreh

3. Pendapatan ibu bapa atau penjaga

RM 3000 ke atas

RM 1000 RM 1999

RM 2000 RM 2999

RM 100 - 999

4. Bilangan ahli keluarga

8 orang ke atas

1 hingga 74orang

5 hingga 7 orang

0 orang

5. Kelulusan akademik ibu bapa atau penjaga.

Diploma/Ijazah/PHD

PMR

STPM

URSR/Tamat Darjah 6

SPM

Tidak Bersekolah

BAHAGIAN B

Berpandukan gambar buah-buahan di bawah. Cuba anda ceritakan tentang gambar tersebut.