assignment aswj dan muktazilah zaimah

41
ISI KANDUNGAN ISU KANDUNGAN 1 PENGHARGAAN 4 TUGASAN 1: 5 PENDAHULUAN 5 DEFINISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 5 1. Al-Imam Ibnu Hazam 5 2. Abu Al-Muzaffar Al-Asfaraini 6 3. Imam Al-Thohawi 7 4. Al-Qadi Abu al- Az 7 KELEBIHAN DAN KEKUATAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 7 1. Al-Wasatiyyah ( ة ي سط و لا) 8 2. Assawad Al-A azam ( م ظ ع واد الأ س لا) 8 3. Pendekatan Bermazhab 9 KENAPA SELAIN DARIPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TIDAK DITERIMA 10 DASAR-DASAR FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN KRITIKAN TERHADAPNYA 11 Dasar Fahaman 1: Mengisbatkan Hakikat-hakikat Dan Ilmu. 11 Dasar Fahaman 2: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Alam Ini Baru 12 Dasar Fahaman 3: Dasar Mempercayai Bahawa Segala Kejadian Ada Penciptanya Dan Pencipta Alam Ialah Pencipta Segala Jisim Dan Segala Aradh. 13 Dasar Fahaman 4: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Sifat-Sifat Ilmu, Kudrat, Hayat, Mendengar, Melihat Dan Kalam Ini Merupakan Sifat-Sifat Azali Dan Ciri-Ciri Abadi Allah S.W.T. 13 Dasar Fahaman 5: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Nama- Nama Allah 14 Dasar Fahaman 6: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Allah Taala Adalah Pencipta Segala Jisim Dan Segala Aradh Dan Dialah Yang Mencipta Segala Perbuatan Manusia Dan Tiada Pencipta Yang Lain Daripada Allah. 14 Dasar Fahaman 7: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Para Rasul Itu Adalah Utusan Daripada Allah Kepada Manusia 17 1

Upload: rashidah-abd-wahab

Post on 17-Nov-2015

66 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

vbnjkl;'ghjkl

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANISU KANDUNGAN1

PENGHARGAAN4

TUGASAN 1:5

PENDAHULUAN5

DEFINISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH5

1. Al-Imam Ibnu Hazam 5

2. Abu Al-Muzaffar Al-Asfaraini 6

3. Imam Al-Thohawi 7

4. Al-Qadi Abu al-Az 7

KELEBIHAN DAN KEKUATAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH7

1. Al-Wasatiyyah () 8

2. Assawad Al-Aazam ( )8

3. Pendekatan Bermazhab 9

KENAPA SELAIN DARIPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TIDAK DITERIMA10

DASAR-DASAR FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN KRITIKAN TERHADAPNYA11

Dasar Fahaman 1: Mengisbatkan Hakikat-hakikat Dan Ilmu. 11

Dasar Fahaman 2:Dasar Mengiktikadkan Bahawa Alam Ini Baru 12

Dasar Fahaman 3: Dasar Mempercayai Bahawa Segala Kejadian Ada Penciptanya Dan Pencipta Alam Ialah Pencipta Segala Jisim Dan Segala Aradh.13

Dasar Fahaman 4: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Sifat-Sifat Ilmu, Kudrat, Hayat, Mendengar, Melihat Dan Kalam Ini Merupakan Sifat-Sifat Azali Dan Ciri-Ciri Abadi Allah S.W.T. 13

Dasar Fahaman 5: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Nama-Nama Allah 14

Dasar Fahaman 6: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Allah Taala Adalah Pencipta Segala Jisim Dan Segala Aradh Dan Dialah Yang Mencipta Segala Perbuatan Manusia Dan Tiada Pencipta Yang Lain Daripada Allah. 14

Dasar Fahaman 7:Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Para Rasul Itu Adalah Utusan Daripada Allah Kepada Manusia17

Dasar Fahaman 8:Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Nabi Itu Mestilah Mempunyai Suatu Mukjizat Yang Membuktikan Kebenarannya. 17

Dasar Fahaman 9:Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Islam Dibina Atas Lima Rukun Iaitu Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Solat, Zakat, Puasa Dan Haji. 17

Dasar Fahaman 10: Dasar Membahagikan Perintah Dan Larangan Allah Kepada Lima Hukum Iaitu Hukum Wajib, Haram, Sunat, Makruh Dan Harus17

Dasar Fahaman 11:Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Allah Berkuasa Memusnahkan Alam Seluruhnya17

Dasar Fahaman 12:Dasar Yang Mengiktikadkan Umat Islam Wajib Menegakkan Khalifah 18

Dasar Fahaman 13: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Asas Keimanan Ialah Makrifah Dan Tasdik (Kebenaran) Di Dalam Hati Dan Nama Iman Tidak Terlucut Dengan Sebab Dosa Yang Lain Daripada Dosa Kekafiran. 18

Dasar Fahaman 14: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Para Malaikat Maksum Dari Dosa Dan 10 Orang Sahabat Nabi S.A.W. Telah Ditetapkan Allah Akan Dimasukkan Ke Dalam Syurga Iaitu Khalifah Yang Empat, Talhah, Zubir, Saad B. Abi Waqas, Said B. Zaid, Abdul Rahmah B. Auf Dan Abu Ubaidah B. Al- Jarrah.19

Dasar Fahaman 15: Dasar Yang Menentukan Hukum-Hukum Terhadap Musuh-Musuh Islam. 20

DEFINISI MUKTAZILAH21

PRINSIP AJARAN MUKTAZILAH22

1) Konsep Tauhid atau keesaan Allah, 22

2) Keadilan (adl), 22

3) Perkara yang berkait dengan hukuman atau balasan tuhan (Al-Wad wa Al- Waid) 22

4) Manzilah Bayna al-Manzilatayn (satu kedudukan diantara dua tempat).23

5) Al-amr bil maruf wa al-nahy an al-munkar 23

KRITIKAN PARA ULAMA TERHADAP AJARAN MUTAZILAH23

1. Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi23

2. Muhammad Bin Abdul Qadir al-Razi24

3. Abdullah bin Abdul Hamid al-Athari24

4. Muhammad bin Ismail Al-Sonani24

5. Drs. Wagino Hamid Hamdani25

Tokoh-Tokoh Mu'tazilah dan Beberapa Pemikirannya 26

PANDANGAN ULAMA TERHADAP FAHAMAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN MUKTAZILAH BERKENAAN 27

1. PELAKU DOSA BESAR28

2. IMAN DAN KUFUR28

3. PERBUATAN ALLAH ( )28

4. PERBUATAN MANUSIA ( )30

5. SIFAT-SIFAT ALLAH ( ) 30

TUGASAN 2: WAWANCARA32

JUSTIFIKASI PERLU TOLAK AJARAN SESAT35

1) Bahaya Terhadap Agama35

2) Bahaya Terhadap Negara35

CARA PENYELESAIAN35

1. Saranan Kepada Pihak Kerajaan 35

2. Media Massa Sebagai Agen Penyebar Maklumat Yang Berkesan36

3. Peranan Guru Pendidikan Islam dan Setiap Individu Muslim36

PENUTUP37

RUJUKAN38

PENGHARGAAN . . .Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta izinNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi subjek ini di atas bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh pembelajaran.Seterusnya, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang begitu cekal dan tabah sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana banyak berkorban masa, tenaga dan kewangan. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada individu dan institusi yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung kerana telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu. Begitu juga kepada ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina, kerana banyak dugaan serta cabaran yang telah saya tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Oleh yang demikian, saya mengharapkan agar maklumat yang diperolehi ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat kepada pembaca ataupun kepada individu yang berminat. Semoga tugasan yang tidak seberapa ini dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu-ilmu Islam hendaknya. Wallahu alam.

TUGASAN 1:PENDAHULUANMasyarakat Islam di Malaysia ini telah lama menerima dan mengamalkan Islam berdasarkan pendekatan Ahli Sunah Wal Jamaah. Dalam aspek Akidah pegangan yang dihayati dan sebati ialah fahaman Asyacirah dan maturidiah. Fahaman ini sinonim dengan Ahli Sunnah. Natijahnya telah menampakkan kesan yang baik kepada kestabilan rohani dan masyarakat. Tetapi perkembangan sunnah alam tidak mungkin dapat disekat. Dalam zaman langit terbuka dan bumi ilmu tanpa batas, keresahan tetap timbul bila fahaman-fahaman lain ditonjolkan di dalam masyarakat Islam walaupun fahaman-fahaman itu pada hakikatnya masih di bawah payung Ahli Sunah. Masyarakat Islam yang terus ligat mencari hakikat Ahli Sunah tidak harus disalurkan ke dalam jalur yang sempit menerusi doktrin dan tokoh-tokoh tertentu sahaja. Natijahnya seperti biasa, melahirkan percanggahan dan keresahan. Pemahaman tentang Ahli Sunah secara tradisi harus diubah kepada fahaman melalui manhaj, matlamat dan objektif yang tersurat dan tersirat berdasarkan Syariah dan sejarah Ahli Sunah. Di Malaysia berpegang kepada manhaj Ahli Sunah tetap diperlukan. Ia perlu dipertahankan dan disuburkan menerusi kefahaman yang betul dan tepat untuk menghapus penyelewengan yang boleh menghakisnya. Bagi menjamin kestabilan rohani, keutuhan masyarakat Islam di Malaysia maka kefahaman betulkepada manhaj Ahli Sunah amat penting.

DEFINISI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH1. Al-Imam Ibnu Hazam Ahli sunnah ialah mereka yang kita panggil Ahlul Hak (kumpulan yang berada diatas landasan yang benar) dan yang lain daripada mereka ialah ahli bidah (kumpulan yang sesat), maka sesungguhnya mereka terdiri daripada para sahabat dan siapa sahaja yang mengikuti jalan mereka daripada kalangan tabiin. Kemudian para ahli hadis dan yang mengikut mereka daripada kalangan ulama Fiqah dari satu generasi ke generasi berikutnya hinggalah ke hari ini, begitulah juga orang yang mengikut mereka daripada kalangan orang awam di segenap pelusuk dunia.Menurut Ibn Hazm dalam kitabnya al-Fasl, Ahl al-Sunnah ialah pendokong kebenaran (ahl al-haqq) dan selain mereka disebut sebagai pendokong bidaah (ahl al-bidaah). Mereka terdiri daripada para sahabat Rasulullah s.a.w dan orang-orang yang menuruti jejah langkah mereka dari kalangan para ulama tabiin terpilih, golongan ahli hadis dan orang-orang yang menuruti jejak langkah mereka daripada kalangan fuqaha dari satu generasi ke satu generasi hingga ke hari ini dan orang-orang yang menuruti jejak langkah (panduan) mereka dari kalangan orang-orang awam di belahan timur dan barat dunia ini. (Ibn Hazm, 1985) Kesimpulan yang dapat dirumuskan iaitu mereka yang berpegang dengan Quran dan Sunnah, akidah mereka sesuai dengan keterangan yang terdapat di dalam kedua-duanya mengikut fahaman salaful soleh daripada para sahabat, tabiin dan yang mengikut mereka daripada kalangan para imam dan ulama mazhab yang muktabar. (Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, 1983).2. Abu Al-Muzaffar Al-Asfaraini Ketika mengulas hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan sifat golongan yang terselamat iaitu: : : " " : : " " ( )Dari Anas bin Malik RA: rasulullah SAW bersabda: Umat ini akan berpecah kepada 73 kumpulan. Kesemua kumpulan ini akan masuk neraka kecuali satu kumpulan sahaja. para sahabat bertanya: Siapakah kumpulan itu. Jawab Rasulullah SAW: Mereka adalah golongan yang mengikut aku dan para sahabatku. Beliau mengatakan sifat ini (mengikut jalan Rasulullah dan para sahabat) menepati sifat ahli Sunnah, kerana merekalah yang menyampaikan hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah dan para sahabat. Dengan demikian tidak termasuk dalam ungkapan golongan yang terselamat seperti yang terdapat dalam hadis yang disebutkan, golongan yang mencaci para sahabat Rasulullah SAW daripada kalangan puak Khawarij dan Rafidhah. (Mohd Sulaiman Yasin, 1997)

3. Imam Al-Thohawi Ajaran yang menjadi ikutan kita ialah sunnah dan jamaah, yang kita jauhi ialah pendapat yang ganjil, menyalahi sunnah dan berpecah (daripada jamaah). (Harun Nasution, 1996).4. Al-Qadi Abu al-Az Yang dimaksudkan dengan sunnah ialah cara beragama yang diajar oleh Rasulullah SAW. Manakala jamaah pula ialah jamaah umat Islam yang terdiri daripada para sahabat dan golongan yang mengikut mereka hingga ke hari kiamat. Al-Qadi Abu al-Az seterusnya menyebut beberapa nas bagi mengukuhkan keterangan di atas antaranya sabda Nabi SAW: : : : " ( )Dari Abu Amir Abdullah bin Luhay berkata: Kami melakukan ibadah haji bersama Muawiyah bin Abu Sufiyan. Apabila kami tiba di Mekah sewaktu Solat Zuhur, maka Muawiyah berdiri lalu berkata: sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya golongan ahli dua kitab berpecah dalam agama mereka kepada tujuh puluh dua puak, dan umat ini akan berpecah kepada tujuh puluh tiga iaitu mengikut nafsu kesemuanya dalam neraka kecuali satu kumpulan iaitu yang mengikut jemaahDaripada dalil-dalil yang dihuraikan oleh para ulama dapat disimpulkan bahawa kepentingan pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah adalah sama dengan kepentingan Islam itu sendiri dalam melaksanakan tuntutan illahi supaya kita berpegang dengan agama yang benar dan diredhai olehNya serta tidak berpecah belah. Dan mempertahankan pegangan ahli Sunnah bermakna mempertahankan kesucian Islam yang diamanahkan kepada kita sebagai umat Muhammad s.a.w. dan pengikut kepada para Khulafa ar-Rasyidin selepasnya. (Muhammad 'Uthman El-Muhammady, 1996).KELEBIHAN DAN KEKUATAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAHManhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai kelebihan-kelebihan dan kekuatan yang menyebabkan ia tersebar luas dan mampu menghadapi pelbagai cabaran pada setiap zaman hingga ke hari ini. Antara kelebihan-kelebihan tersebut ialah :1. Al-Wasatiyyah () Manhaj Al-Imam al-Asyari merupakan mazhab yang wasaf dan adil antara faham muztazilah yang keterlaluan menggunakan akal hingga menjadikannya sebagai neraca dalam menentukan kebenaran nas dan menganggap naql sebagai pengikut semata-mata kepada aqla yang menjerumuskan sebahagian mereka ke lembah kekufuran dan antara manhaj sebahagian Hanabilah yang keterlaluan dalam berpegang dengan zahir nas hingga menjerumuskan mereka ke lembah tasybih dan tajsim.2. Assawad Al-Aazam ( )Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan golongan yang disebut dalam Hadis sebagai Assawad Al-Aazam (kumpulan terbesar). Dalam beberapa hadis, Rasulullah SAW memerintah umatnya berada bersama golongan ini ketika wujud perbezaan dan khilaf di kalangan umat Islam antaranya ialah : ( )

Sesungguhnya umatku tidak akan sekata (ijmak) dalam perkara yang sesat, apabila kamu melihat perbezaan pendapat maka hendaklah kamu berada bersama kumpulan terbesar (Assawad AlAazam).

( ) Sesungguhnya umatku sama sekali tidak akan bersepakat menerima perkara yang sesat, dan pertolongan Allah bersama jemaah, maka hendaklah kamu sekalian mengikuti kumpulan terbesar, sesiapa yang memencilkan diri (daripada Kumpulan terbesar), ia akan terpencil dalam neraka.Daripada hadis-hadis di atas dapat diambil kesimpulan bahawa Assawad Al-Aazam merupakan tali penyelamat ketika berhadapan dengan gelombang pemikiran, aliran fahaman dan mazhab yang berkecamuk di tengah-tengah masyarakat pada setiap zaman.(Muhammad Abdul Hadi al-Mishri, 1992)

3. Pendekatan Bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah menggunakan pendekatan bermazhab dalam memahami dan mengamalkan ajaran Quran dan Sunnah dan dalam melaksanakan prinsip ijtihad. Muhammad Said Ramadhan Al-Buthi yang telah mempertahankan pendekatan ini daripada serangan golongan Lamazhabiyyah dengan mengatakan satu hakikat yang diketahui dan diijmak oleh umat Islam dari generasi ke generasi ialah bahawa mazhab-mazhab ini merupakan pati dan hakikat Islam. Mazhab-mazhab inilah yang telah menerangkan hukum-hukum Islam kepada kaum Muslimin di setiap zaman dan memudahkan mereka berpegang dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW. (Dr Abdul Halim El-Muhammady, 1992)

KENAPA SELAIN DARIPADA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TIDAK DITERIMA

Rasulullah s.a.w. bersabda seperti yang diriwayatkan dalam hadis At-Tirmidzi yang bermaksud:

Dan umatku akan menjadi 73 golongan (millah), semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (yang tidak masuk neraka). Para sahabat bertanya: (siapakah mereka dalam) millah yang satu itu wahai Rasulullah? Sabda Baginda (mereka itu adalah golongan yang mengikuti) perjalanan hidupku dan para sahabatku.

Berdasarkan hadis ini para ulama membuat kesimpulan bahawa maksud mereka yang mengikuti sunnah Rasul dan para sahabat ialah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana pegangan hidup beragama yang dibawa oleh golongan Ahli Sunnah menepati sepertimana yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dan golongan inilah yang dikenali sebagai golongan yang selamat, perjalanan mereka benar-benar terjamin dan juga dikenali dengan perjalanan yang putih, terang benderang, tidak ada kekeliruan di dalamnya. (Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi, 1960).Sementara 72 golongan yang lain adalah tergolong di dalam golongan mereka yang keliru dan menyeleweng. Mereka mempunyai kecenderungan yang tidak baik yang memungkinkan diri mereka ke arah kebinasaan. Antara 72 golongan itu ialah:

GOLONGANALIRAN

Syiah22

Khawarij20

Muktazilah20

Murji'ah5

Najariah3

Jabariyah1

Mushabihah1

JUMLAH72

Menurut Imam Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan kita tidak dapat menemui kumpulan-kumpulan yang mengikuti para sahabat selain daripada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah, sedangkan kumpulan-kumpulan Rafidhah, Qadariyah, Khawarij, Jahmiyah, Najariah dan sebagainya tidak termasuk dalam golongan ini. Sebagai contoh, kita ambil kumpulan Qadariyah, mereka tidak boleh dimasukkan ke dalam golongan yang mengikuti para sahabat kerana ketua mereka iaitu Al-Nadham mencerca kebanyakan sahabat, memfasik iaitu mengugurkan sifat A'dalah Abdullah Ibnu Mas'ud dan menuduh beliau sebagai sesat kerana meriwayatkan beberapa hadis yang tertentu. Al-Nadham menolak fatwa-fatwa Saidina Umar, Ali, Uthman dalam perkara-perkara yang tertentu dan menuduh Abu Hurairah sebagai pembohong kerana beliau banyak meriwayatkan hadis-hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang bertentangan dengan mazhab Qadariyah. Di samping itu Al-Nadham juga menolak ijmak sahabat, sementara pemimpin mereka yang bernama Wasil b. Ataa, meragui sifat Adalah, Ali dan dua puteranya Hasan dan Husain, Abu Abbas dan semua sahabat yang menyertai peperangan Jamal daripada kedua-dua pihak. (Ahmad Amin, 1964).DASAR-DASAR FAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN KRITIKAN TERHADAPNYA

Menurut Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus (2005) yang mengemukankan pendapat Imam Abdul Qahir Al-Baghdadi (w.299H), bahawa ulama daripada kumpulah ahli sunnah telah menggariskan dasar-dasar yang menjadi kata sepakat mereka dalam akidah sebanyak 15 dasar:

Dasar Fahaman 1: Mengisbatkan Hakikat-hakikat Dan Ilmu. Menurut mereka hakikat-hakikat dan ilmu itu merupakan konsep-konsep yang wujud dalam tanggapan para ulama, mereka membahagikan ilmu itu kepada 3 bahagian:i. Ilmu-ilmu Badihi iaitu ilmu yang dicapai secara tersendiri tanpa difikirkanii. Ilmu-ilmu Hissi iaitu ilmu yang diperolehi melalui lima pancainderaiii. Ilmu lstidlali iaitu ilmu-ilmu yang dicapai melalui proses mengambil dalil dengan menggunakan akal.

Kritikan1. Jadi sesiapa yang menolak ilmu yang pertama dan kedua maka ia adalah orang yang degil, tetapi kalau menolak ilmu ketiga maka perlu dilihat dulu, jika tolak dan ingkar, sedangkan ilmu itu boleh diterima oleh akal secara langsung maka ia adalah kafir mulhid, hukumnya seperti Dahri iaitu yang mengisbat kekal wujud alam dan menafikan ada penciptanya, tetapi jika berfahaman kepada akal dalam perkara-perkara yang boleh difahami dengan akal, tetapi tidak menerima qiyas dalam masalah furu' hukum syarak seperti ahli Mazhab Zahiriyah, maka ia tidak kafir.2. Mereka membahagikan pula kumpulan hadis yang wajib diamalkan kepada 3 jenis:a. Hadis-hadis Mutawatir b. Hadis-hadis Ahadc. Hadis Pertengahan di antara hadis Mutawatir dan hadis Ahad3. Oleh kerana hadis-hadis mutawatir diriwayatkan melalui saluran-saluran yang banyak, yang mustahil diadakan secara dusta, maka ia wajib dianggap benar. Adapun hadis-hadis Ahad diriwayatkan jika sanad-sanad betul dan isi kandungannya tidak mustahil mengikut tanggapan aqliyah, maka ia wajib diamalkan dan dengan kumpulan hadis-hadis Ahad inilah para fuqaha Ahli Sunnah Wal Jemaah menghasilkan kebanyakan cabang-cabang hukum syarak mengenai cara-cara ibadat, muamalah dan halal haramnya sesuatu perkara. 4. Mereka memandang kumpulan Rafidhah, Khawarij dan kumpulan yang berpedomankan hawa nafsu sebagai kumpulan-kumpulan sesat kerana mereka tidak mewajibkan beramal dengan hadis-hadis Ahad, sementara hadis-hadis pertengahan atau mustafidh iaitu hadis yang diriwayatkan melalui lebih daripada satu saluran tetapi tidak sebanyak saluran-saluran hadis mutawatir, maka hadis-hadis itu berkongsi dengan hadis-hadis mutawatir, dari segi ia mensabitkan ilmu dan mewajibkan beramal dengannya. 5. Tetapi mutu ilmu yang dihasilkan oleh hadis-hadis ini berlainan daripada mutu yang dihasil oleh hadis muntawatir kerana ilmuilmu yang dihasilkan daripada hadis pertengahan itu merupakan ilmu secara nazari tetapi ilmu yang dihasilkan dari hadis muntawatir merupakan ilmu secara dharuri. 6. Kumpulan hadis-hadis pertengahan ini kita dapat mengetahui berbagaibagai mukjizat Rasulullah s.a.w. seperti bulan terbelah dua, anak batu bertasbih di dalarn tangannya dan sebagainya, juga mengetahui perkara-perkara syafaat, hisab, haudh, sirat, neraca amalan, azab kubur, soal dua malaikat dalam kubur, nisab-nisab zakat, hukum hudud dalam kesalahan minum arak, hukum rejam dan sebagainya. Mereka menghukumkan kumpulan yang engkar perkara-perkara ini sebagai sesat. 7. Bahkan mengkafirkan golongan yang ingkarkan rukyah Allah, adanya haudh,syafaat nabi ada azab kubur. Ahli Sunnah Wal Jarnaah telah ijmak bahawa sumber-sumber hukum syarak iaitu al-Quran, al-sunnah dan ijmak al-salaf, oleh kerana itu mereka telah mengkafirkan kumpulan-kumpulan yang mempertikaikan sumber-sumber tersebut seperti Rawafidh, Khawarij dan al-Nadzdzam.

Dasar Fahaman 2: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Alam Ini Baru

Kritikan1. Ahli Sunnah telah ijmak bahawa alam ini adalah segala sesuatu yang lain daripada Allah dan lain daripada sifatnya yang azali adalah makhluk dan pencipta alam ini bukanlah makhluk dan bukan pula daripada jenis alam yang dijadikan.2. Mereka telah ijmak bahawa juzuk-juzuk alam ini ada dua bahagian iaitu jauhar-jauhar dan aradh. Mereka mempercayai makhluk-makhluk malaikat, jin dan syaitan selaku makhluk alam yang hidup.3. Mereka telah mengkafirkan ahli falsafah dan penganut-penganut Batiniah yang mengengkarkan makhluk-makhluk tersebut.

Dasar Fahaman 3: Dasar Mempercayai Bahawa Segala Kejadian Ada Penciptanya Dan Pencipta Alam Ialah Pencipta Segala Jisim Dan Segala Aradh.Mereka mengkafirkan Ma'mar dan pengikut-pengikutnya dari Qadariyyah kerana mereka berpendapat bahawa Allah hanya mencipta jisim sahaja dan tidak menciptaaradh dan yang mencipta aradh menurut mereka adalah jisim itu sendiri.

Kritikan1. Menurut Ahli Sunnah, kejadian yang belum lagi dilahirkan ke alam wujud belum merupakan sesuatu apa, ia ticlak berupa bahan, tidak pula berupa jisim dan tidak pula berupa aradh. Ini bertentangan dengan pendapat Qadariyah yang mendakwa bahawa kejadian yang belum wujud adalah berupa sesuatu, juga bertentangan dengan penganut Qadariyah di Basrah yang menyatakan bahawa segala jisim dan segala aradh yang belum wujud itu adalah berupa jisim dan aradh. 2. Pendapat-pendapat ini membawa kesimpulan bahawa alam ini adalah qadim dan mana-mana kesimpulan yang membawa kepada kekafiran adalah kafir.3. Ahli Sunnah Wal Jamaah telah ijmak bahawa Allah tidak mengandungi tempat dan tidak pula dilalui zaman. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulankumpulan Syihamiyah dan Karamiyah yang menyatakan bahawa Allah bersentuh dengan arasy. Dalam hal ini Saidina Ali r.a. berkata: Allah telah menciptakan arash untuk mendzahirkan kudratNya bukan untuk menjadi tempat baginya. Beliau berkata lagi: Bahawa Allah Taala telah wujud tanpa bertempat dan begitulah keadaan yang wujud sehingga sekarang.

Dasar Fahaman 4: Dasar Mengiktikadkan Bahawa Sifat-Sifat Ilmu, Kudrat, Hayat, Mendengar, Melihat Dan Kalam Ini Merupakan Sifat-Sifat Azali Dan Ciri-Ciri Abadi Allah S.W.T.

Kritikan 1. Dasar ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Muktazilah yang menafikan sifat-sifat itu daripada Allah. 2. Pendapat ini telah dijawab oleh ahli sunnah bahawa penafian terhadap mausuf (yakni Allah). 3. Ahli Sunnah juga ijmak bahawa kalam Allah merupakan sifat azali bagi Allah, dan bukan bersifat makhluk dan baru. 4. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Muktazilah yang mendakwa kalam Allah adalah makhluk dan baru.

Dasar Fahaman 5: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Nama-Nama Allah

Kiritikan1. Dasar ini diambil dari al-Quran atau dari sunnah yang sahih atau dari ijmak al-ummah dan tidak boleh ditentukan dengan qias, mengikut keterangan hadis yang sahih berkenaan nama Allah sebanyak 99. 2. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Muktazilah di Basrah yang mengharuskan penentuan nama-nama Allah dengan qias.

Dasar Fahaman 6: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Allah Taala Adalah Pencipta Segala Jisim Dan Segala Aradh Dan Dialah Yang Mencipta Segala Perbuatan Manusia Dan Tiada Pencipta Yang Lain Daripada Allah.

Kritikan1. Dasar ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Qadariyah yang menyatakan bahawa Allah tidak menciptakan sebarang perbuatan manusia malah merekalah yang menciptakan perbuatan manusia, juga bertentangan dengan pendapat kumpulan Jahmiyah yang mendakwa bahawa manusia tidak berkuasa mencipta perbuatan mereka.2. Sesiapa yang mendakwa bahawa manusia berkuasa, menciptakan perbuatan, maka ia adalah pengikut Qadariyah yang mempersekutukan Allah, sebaliknya sesiapa yang mendakwa bahawa manusia tidak berkuasa menciptakan perbuatannya maka ia adalah seorang pengikut kumpulan Jabariyah, dan sesiapa yang berpendapat bahawa manusia mengusahakan perbuatannya dan Allah menciptakan maka ia adalah seorang pengikut ahli sunnah.3. Ahli Sunnah telah ijmak bahawa manusia boleh mengusahakan gerak diam, kehendak dan kemahuan, bercakap, berfikir dan sebagainya dari aradh yang telah disebutkan itu. Dari segi hidayah daripada Allah menurut ahli sunah boleh dicapai melalui dua cara. i) Melalui penerangan, dakwah dan penampilan dalil-dalil. Hidayah dengan cara ini boleh disandarkan kepada para Rasul dan kepada para pendakwah kerana merekalah yang berusaha menunjukkan manusia ke jalan Allah dan inilah maksud firman Allah yang ditujukan kepada Rasulullah S.A.W. dalam ayat 52 surah al-Syura :Maksudnya: Dan demikianlah Kami wahikan kepada mu (wahai Muhammad) AI Quran sebagai roh (yang menghidupkan hati) dengan perintah Kami; engkau tidak pernah mengetahui (sebelumnya diwahikan kepadamu): apakah Kitab (AI-Quran) itu dan tidak juga mengetahul apakah iman itu; akan tetapi Kami jadikan AI-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri pertunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi pertunjuk dengan AI-Quran itu ke jalan yang lurus.ii) Melalui limpah kurnia Allah yang menciptakan hidayah di dalam hati manusia sebagaimana diterangkan di dalam firman-Nya surah Al-An'aam, ayat: 125 : Maksudnya: Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah pertunjuk kepadanya nescaya la melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya la menjadikan dadanya sesak sempit sesempit - sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.4. Hidayah jenis pertama terbuka kepada sebahagian orang mukallaf sedangkan hidayah jenis kedua merupakan hidayah istimewa dari limpah kurnia Allah kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya menerima hidayah sebagaimana ditetapkan dalam surah Yunus, ayat 25:

Maksudnya: (Itulah dia kesudahan kehidupan dunia), dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa, dan Dia sentiasa memberi pertunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).5. Pendapat Ahli Sunnah mengenai ajal seseorang ialah setiap orang yang mati secara tabie atau dibunuh bererti mati mengikut ajal yang telah ditetapkan Allah kepadanya. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Qadariyah yang menyatakan orang yang mati kerana dibunuh itu adalah dipotong ajalnya.6. Pendapat Ahli Sunnah mengenai rezeki ialah sesiapa yang makan dan minum sesuatu maka bererti ia mengambil habuan rezekinya samada apa yang dimakan dan diminum itu adalah halal atau haram. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Qadariyah yang menyatakan bahawa seseorang itu kadangkadang makan rezeki orang lain.

Dasar Fahaman 7: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Para Rasul Itu Adalah Utusan Daripada Allah Kepada Manusia.

Kritikan1. Perbezaan antara Rasul dan Nabi ialah Nabi adalah seorang yang menerima wahyu daripada Allah melalui Malaikat dan disokong dengan sesuatu mukjizat yang ada mencarikkan adat, sedangkan Rasul adalah seorang yang mempunyai sifat yang sama dengan Nabi tetapi secara khusus ia ditugaskan membawa suatu syariat yang baru iaitu ditugaskan membatalkan setengah-setengah peraturan syariat yang telah diturunkan sebelumnya. 2. Bilangan para anbia sangat ramai, sedang bilangan para Rasul adalah sebanyak 313 orang. Rasul yang pertama adalah Adam dan Rasul yang terakhir ialah Muhammad s.a.w. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulah Khamiyah yang menyatakan Rasul itu dibangkitkan berturut tanpa akhir.3. Ahli Sunnah mengiktikadkan bahawa Isa a.s. tidak mati dibunuh malah beliau diangkat ke langit dan akan turun semula ke bumi selepas keluarnya, dajal dan beliaulah yang akan membunuh dajal dan babi, mencurahkan arak, mendirikan solat dengan mengadap kiblat, menegakkan syariat Muhammad s.a.w. dan menghidupkan apa yang dihidupkan oleh al-Quran, mematikan apa yang dimatikan oleh al-Quran.4. Menurut Ahli Sunnah, para anbia lebih tinggi darjatnya daripada malaikat. Ini bertentangan dengan pendapat kumpulan Qadariyah yang melebihkan darjat malaikat daripada para anbia.

Dasar Fahaman 8: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Nabi Itu Mestilah Mempunyai Suatu Mukjizat Yang Membuktikan Kebenarannya.

Kritikan1. Apabila berlaku sesuatu mukjizat yang membuktikan kebenarannya maka wajiblah kaumnya mempercayai dan mematuhinya. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Qadariyah yang menyatakan bahawa Nabi tidak memerlukan mukjizat yang lebih daripada kelulusan syariat yang betul yang dibawanya. 2. Ahli Sunah mengharuskan berlakunya keramat kepada para wali bertentangan dengan kumpulan Qadariyah yang mengengkari berlaku kekeramatan para wali. 3. Ahli Sunnah menyatakan mukjizat al-Quran adalah pada susunannya, bertentangan dengan Qadariyah. (Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus, 2005)

Dasar Fahaman 9: Dasar Yang Mengiktikadkan Bahawa Islam Dibina Atas Lima Rukun Iaitu Mengucap Dua Kalimah Syahadah, Solat, Zakat, Puasa Dan Haji.

Kritikan1. Mengikut Ahli Sunnah, sesiapa yang menggugurkan kewujudan salah satu rukun Islam itu maka dia menjadi kafir. Ahli Sunnah mewajibkan solat Jumaat dan mengkafirkan kumpulan Khawarij dan Rafidhah yang menyatakan bahawa solat Jumaat tidak diwajibkan sehingga zahir Imam ghaib yang ditunggu mereka. 2. Menurut Ahli Sunnah, bulan Ramdhan ditentukan dengan rukyah anak bulan Ramadhan atau dengan genapnya 30 hari bulan Syaaban, begitu juga bagi akhir bulan Ramadhan ditentukan dengan rukyah anak bulah Syawal atau dengan genapnya 30 hari bulan Ramadhan. 3. Mereka mewajibkan jihad fi sabilillah untuk menentang musuh Islam sehingga mereka memeluk Islam atau membayar jizyah.

Dasar Fahaman 10: Dasar membahagikan perintah dan larangan Allah kepada lima hukum iaitu hukum wajib, haram, sunat, makruh dan harus.

Dasar Fahaman 11: Dasar yang mengiktikadkan bahawa Allah berkuasa memusnahkan alam seluruhnya, juga berkuasa memusnahkan sebahagian dan mengekalkan sebahagian yang lain, juga mengatakan manusia dan seluruh binatang yang telah mati akan dibangkitkan kembali pada hari akhirat. Menurut Ahli Sunnah, nikmat syurga kekal kepada penghuninya dan azab neraka adalah kekal kepada orang musyrikin, munafiqin dan orang kafir.

Dasar Fahaman 12: Dasar Yang Mengiktikadkan Umat Islam Wajib Menegakkan Khalifah

Kritikan1. Iaitu mengadakan pemerintahan, mengendalikan urusan pengadilan dan pentadbiran, urusan pertahanan negara, urusan peperangan, pembahagian harta rampasan perang dan pemerintah itu hendaklah dilantik menerusi pilihan dengan menggunakan ijtihad.2. Menurut Ahli Sunnah, tidak ada satu nas pun daripada Nabi s.a.w. yang menentukan seorang imam yang tertentu sahaja. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Rafidhah yang mendakwa bahawa Nabi s.a.w. telah menentukan Ali sebagai imam al-ummah dengan nas yang sahih, sedangkan tidak terdapat hadis-hadis seperti itu. 3. Menurut Ahli Sunnah, syarat Imam Mahdi adalah dari pada keturunan Quraisy, ini bertentangan dengan kumpulan Dharawiyah bahawa jawatan imam Mahdi itu adalah layak dipegang oleh mana-mana bangsa samada Arab atau bukan Arab.4. Menurut Ahli Sunah syarat yang harus wujud kepada seseorang imam itu ialah berilmu, adil dan berkebolehan dalam menjalankan siasah dan imam itu hendaklah seorang sahaja di seluruh bumi Islam kecuali ia dipisahkan oleh lautan dan kekuatan musuh yang tidak dapat ditentang. Penduduk Islam di dua tempat itu tidak dapat membantu antara satu sama lain. Apabila wujud keadaan yang seperti ini maka setiap tempat dibolehkan mengadakan pemerintahan masing-masing.

Dasar Fahaman 13: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Asas Keimanan Ialah Makrifah Dan Tasdik (Kebenaran) Di Dalam Hati Dan Nama Iman Tidak Terlucut Dengan Sebab Dosa Yang Lain Daripada Dosa Kekafiran.

Kritikan1. Oleh itu sesiapa yang melakukan dosa yang bukan dosa kekafiran, ia masih disifatkan sebagai seorang mukmin, walaupun ia telah menjadi fasik disebabkan maksiat yang dilakukannya. Ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Qadariyah dan Khawarij bahawa nama mukmin akan terlucut daripada sesiapa yang melakukan dosa.2. Menurut Ahli Sunnah seorang mukmin tidak halal dibunuh melainkan dengan sebab salah satu daripada tiga kesalahan iaitu:i) Murtadii) Berzina dalam keadaan mohseniii) Qisas kerana membunuh3. Pandangan ini bertentangan dengan dakwaan kumpulan Khawarij yang mengharuskan membunuh setiap orang yang melakukan penderhakaan terhadap Allah.

Dasar Fahaman 14: Dasar Yang Menetapkan Bahawa Para Malaikat Maksum Dari Dosa Dan 10 Orang Sahabat Nabi S.A.W. Telah Ditetapkan Allah Akan Dimasukkan Ke Dalam Syurga Iaitu Khalifah Yang Empat, Talhah, Zubir, Saad B. Abi Waqas, Said B. Zaid, Abdul Rahmah B. Auf Dan Abu Ubaidah B. Al- Jarrah.

Kritikan1. Menurut Ahli Sunnah semua sahabat yang menyertai peperangan Badar adalah tetap menjadi ahli syurga2. Begitu juga sahabat-sahabat yang menyertai peperangan Uhud kecuali seorang yang bernama Quzman kerana ia dikatakan munafik 3. Semua sahabat yang menyaksikan Perjanjian Setia Bai'ah Al Ridzuan Hudaibiah adalah ahli syurga dan mengikut hadis yang sahih di mana terdapat 70,000 umat Islam dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab dan setiap orang daripada mereka dapat memberi syafaat kepada 70,000 orang pula. 4. Termasuk dalam golongan ini ialah Ukasyah bin Muhsin. Termasuklah umat Islam yang meninggal dunia dalam agama Islam dan yang sebelum kematiannya berada dalam bidaah daripada kesesatan pengikut hawa nafsu yang sesat. (Abdul Shukor Haji Husin, 1998)

Dasar Fahaman 15: Dasar Yang Menentukan Hukum-Hukum Terhadap Musuh-Musuh Islam.

Kritikan1. Terdapat dua jenis musuh-musuh agama Islam iaitu musuh yang wujud sebelum Islam dan musuh yang lahir di dalam negara Islam yang berselindung di sebalik tabir Islam, sedangkan mereka bekerja secara diam-diam untuk melakukan tipu daya terhadap kaum muslimin. 2. Musuh yang wujud sebelum Islam adalah terdiri daripada berbagai jenis. Di antaranya ialah penyembah-penyembah berhala, penyembah-penyembah sesama manusia seperti penyembah-penyembah Maharaja Namrud bin Kanan,3. Maharaja Fir'aun dan sebagainya, penyembah bintang-bintang dan planet-planet, penyembah-penyembah malaikat, penyembah-penyembah syaitan, penyembah-penyembah lembu dan api. Oleh kerana itu kaum muslimin diharamkanmemakan sembelihan mereka dan berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka.4. Para fuqaha' Ahli Sunnah telah ijmak menghalalkan sembelihan orang-orang Yahudi asal dan Kristian asal dan mengharuskan berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka. 5. Adapun musuh yang lahir dalam negara Islam dan berselindung di sebalik nama Islam adalah terdiri daripada berbagai kumpulan sesat seperti kumpulan-kumpulan pelampau Rafidhah, Hululiliyah, Batiniah, Khawarij, Hallajiyah, Qarmiliyah dan sebagainya dan hukum kumpulankumpulan ini adalah sama dengan kumpulan orang-orang murtad yang tidak dihalalkan sembelihan mereka dan tidak dihalalkan berkahwin dengan perempuan-perempuan mereka. 6. Adapun kumpulan-kumpulan yang mengikut hawa nafsu seperti kumpulan Jarudiyah, Hisyamiyah, Najariyah, Jahmiyah dan kumpulan Imamiah yang mengkafirkan sahabat-sahabat juga kumpulan Qadariyah, Dharawiyah, Musyabbihah dan Khawarij maka kami mengkafirkan mereka sebagaimana mereka mengkafirkan Ahli Sunnah. Oleh itu sembelihan mereka tidak halal dimakan dan perempuan mereka tidak halal dikahwini.

DEFINISI MUKTAZILAH

Nama Mu'tazilah yang diberikan kepada mereka berasal dari kata Itazala, yang bererti mengasingkan diri. Menurut suatu teori, nama itu diberikan atas dasar ucapan Hasan Al-Basri, setelah melihat Washil memisahkan diri. Hasan Al- Basri diriwayatkan memberi komentar sebagai berikut : Itazala anna (ia mengasingkan diri dari kami). Orang-orang yang mengasingkan diri disebut Mu'tazilah. Mengasingkan diri mungkin bermaskna mengasingkan diri dari majlis kuliah Hasan Al- Basri, atau mengasingkan diri dari pendapat Murjiah dan pendapat Khawarij. Menurut teori lain nama Mu'tazilah bukan berasal dari ucapan Hasan Al-Basri, tetapi dari kata Itazala yang dipakai terhadap orang-orang yang mengasingkan diri dari pertikaian politik yang terjadi pada zaman Utsman bin Affan dan Ali bin Abi Thalib. Kata Itazala dan Mu'tazilah menurut penulis sejarah al-Thabari dan Abu al-Fuda3 Memang sudah dipakai pada zaman itu. Golongan yang tidak mau turut campur dengan pertikaian politik, mengasingkan diri dan memusatkan perhatian pada ibadah dan ilmu pengetahuan. (Ahmad Amin, 1964)..Di antara orang-orang demikian terdapat cucu Nabi Muhammad, Abu Husein, Abdullah dan al-Hasan bin Muhammad bin al-Hanafi. Ada anggapan bahwa kata Mu'tazilah mengandung arti tergelincir, dan kerana tergelincirnya aliran Mu'tazilah dari jalan yang benar, maka ia diberi nama Mu'tazilah, yaitu golongan yang tergelincir. Sebenarnya kata Itazala berasal dari kata akar azala yang berartimemisahkan dan tidak mengandung erti tergelincir. Kata yang dipakai dalam bahasa Arab untuk tergelincir memang dekat bunyinya dengan azala iaitu zalla. Tetapi bagaimanapun, nama Mu'tazilah tidak berasal dari kata zalla. Orang-orang Mu'tazilah sendiri meskipun mereka menyebut diri Ahl al-Tauhid wa ahl al-Adl, tidak menolak nama Mu'tazilah itu. Bahkan dari ucapan-ucapan pemuka Mu'tazilah dapat ditarik kesimpulan bahwa mereka sendirilah yang menimbulkan nama itu. Menurut al-Qadhi Abdul Jabbar, seorang pemuka Mu'tazilah yang buku-bukunya banyak ditemui kembali pada abad kedua puluh Masehi ini, di dalam teologi terdapat kata Itazala yang mengandung arti mengasingkan diri dari yang salah dan tidak benar. Dengan demikian kata Mu'tazilah mengandung arti pujian. Menurut keterangan seorang Mu'tazilah lain, Ibn Al-Murtadha, nama Mu'tazilah itu bukan diberikan oleh orang lain, tetapi orang-orang Mu'tazilah sendirilah yang menciptakan nama itu.

Prinsip Ajaran Muktazilah

Muktazilah merupakan aliran yang sangat terkenal dengan akidah Islam. Ia mempunyai manhaj atau pendekatan tersendiri dalam memahami dan menanggani dasar akidah Islam. Mereka mempunyai lima doktrin iaitu asas agama utama atau dikenali juga sebagai usul Khamsah, yang menjadi pegangan seluruh ahlinya iaitu:

1) Konsep Tauhid atau keesaan Allah, Sebagai contoh : keesaan yang dianuti oleh golongan Muktazilah ialah keesaan yang mutlak kerana menurut pendekatan akal hakikat keesaan hakiki yang sesuai bagi Allah haruslah dijelaskan dari sebarang unsur atatu aspek yang boleh mengelirukan. Muktazilah menafikan sifat Allah berasingan dari Zat walaupun al-Quran sendiri menyatakan bahawa Allah bersifat dengan sifat-sifat tersebut. Muktazilah menetang kuat tentang banyaknya sifat-sifat Allah apabila diasingkan dari zat. Sifat azali yang dimiliki Allah seperti sifat ilmu, hidup, mendengar, melihat yang bukan Zatnya. Bagi mereka kewujudan sifat-sifat yang azali dan berasingan daripada zat boleh membawa kepada pengisbatan hakikat azali yang banyak, sedangkan ia bertentangan bahawa Allah bersifat mutlak iaitu tidak berbilang-bilang.Muktazilah tidak menafikan nusus-nusus Quran yang menjelaskan tentang sifat-sifat tersebut tetapi mereka menolak adanya sifat-sifat Allah yang azali berasingan dari zat-Nya. Oleh itu mereka takwilkan maksud nusus-nusus tersebut mengikut kefahaman akal.

2) Keadilan (adl), sebagai contoh : hanya tuhan sahaja dan tuhan tidak menindas makhluk yang diciptaNya. Allah Maha Adil dan keadilanNya mengharuskan manusia memiliki kekuasaan untuk membuat sesuatu mengikut kehendaknya sendiri.

3) Perkara yang berkait dengan hukuman atau balasan tuhan (Al-Wad wa Al- Waid) Ia juga diberi maksud janji dan ancaman. Janji dan ancaman Allah adalah sesuatu kepastian adanya Contohnya: Tuhan telah memastikan ganjaran kepada orang yang melakukan ketaatan kepadaNya dan menentukan hukuman atau balasan kepada orang yang tidak mentaatiNya, dan ia juga adalah tidak pasti tentang itu.

4) Manzilah Bayna al-Manzilatayn (satu kedudukan diantara dua tempat).Maksudnya orang yang Fasiq, (contoh, seseorang yang telah melakukan satu dosa besar seperti minum arak, berzina, atau penipu dan sebagainya). Mengikut kedua-dua kepercayaan, percaya mereka tetap mukmin dan bukan kafir. Fisq ialah orang tengah atau perantara antara kepercayaan atau kecurangan.

5) Al-amr bil maruf wa al-nahy an al-munkar Iaitu cuba untuk buat benda yang baik menurut undang-undang, dan mengerunkan apa yang dilakukan kesalahan dan bukan kerana undang-undang. Muktazilah menempatkan pelaku dosa besar dalam keadaan antara mukmin dan kafir, iaitu fasik. Menurut pandangan Muktazilah tentang kewajipan Islam ialah:1. Bahawa syariah tidak memberi makna yang khusus atau mengenalpasti tentang perkara makruf dan munkar. Ini membolehkan manusia memberi sebab, sekurang-kurangnya sikap berat sebelah, dan bebas dalam mengenalpasti pelbagai kebaikan yang terdapat pada perkara-perkara makruf dan mungkar. 2. Pelaksanaan kewajipan ini bukan sahaja memerlukan adanya Imam atau ketua, dan ia adalah meliputi kewajipan bagi semua yang bergelar muslim, tidak kira samaada Imam atau ketua pada masa sekarang ataupun bukan. Hanya sesetengah kategori yang terdapat pilihan Imam atau penguasa bagi orang-orang muslim, sepertimana yang melibatkan hukuman (hudud) yang telah ditentukan oleh syariah, pengawalan sempadan negara-negara Islam dan masalah-masalah lain mengikut pemerintahan Islam.

KRITIKAN PARA ULAMA TERHADAP AJARAN MUTAZILAH1. Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'AlwiPada ajaran Mutazilah at-Tauhid dikatakan bahawasanya Mereka menafikan/ meniadakan sifat-sifat Allah sebab bila Allah bersifat dan sifatnya itu bermacam-macam, pasti Allah itu berbilang. Sudah dijelaskan di Al-Quran bahwa Allah mempunyai sifat wajib yang sebanyak 20, iaitu wujud, qidam, baqa, muqalafatililqawatisi, dsb. Jadi sangat jelas bahwa ajaran at-Tauhid ini menyimpang dengan esensi Al-Quran. Pada kes ini, orang-orang Mutazilah salah menafsirkan sifat-sifat Allah. Sifat yang banyak tidak bererti Allah berbilang-bilang. Allah tetap Esa dengan segala sifat-sifatnya. (Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi, 1960).

2. Muhammad Bin Abdul Qadir al-RaziAt-Tauhid juga mengajarkan bahwa Allah tidak dapat diterka dan dilihat mata walaupun di akhirat nanti. Ajaran ini juga tidak sesuai dengan Al-Quran, karena di Al-Quran dikatan barang orang-orang soleh akan berjumpa dengan Allah nanti di akhiat. Aliran Mutazilah juga tidak menyebutkan atas dasar apa ajaran ini dikeluarkan, jadi kefalidannya tidak jelas. (Muhammad Bin Abdul Qadir al-Razi, 1994)

3. Abdullah bin Abdul Hamid al-AthariAjaran ketiga aliran Mutazilah adalah janji dan ancaman yang di dalamnya tertulis bahwa di akhirat tidak akan ada Syafaat karena syafaat berlawanan dengan al-Wadu wal Waid (janji dan ancaman). Di dalam Al-Quran dijelaskan bahawa siapa yang selalu berselawat atas Nabi maka di hari akhir akan mendapat Syafaatnya. Memang Syafaat ini hanya untuk orang-orang yang taat, jadi orang-orang yang berbuat dosa besar dan meninggal sebelum bertaubat sudah dipastiakan tidak akan mendapat Syafaat di hari akhir. Sesuai dengan Al-Quran, Syafaat ada di hari akhir, jadi sekali lagi ajaran ini menyimpang dari dasar-dasar agama Islam. (Abdullah bin Abdul Hamid al-Athari, 2001).

4. Muhammad bin Ismail Al-SonaniSelanjutnya iaitu ajaran tentang tempat di antara dua tempat, tempat bagi orang Fasik, yaitu orang-orang Mutazilah yang melakukan dosa besar tetapi tidak Musyrik, nanti akan ditempatkan disuatu tempat yang berada di antara surga dan neraka. Ajaran ini sangat membingungkan, kerana Mutazilah sendiri tidak mendiskripsikan bagaimana keadaan tempat tersebut. Mungkin tempat yang setengah surga dan setengah neraka, atau mungkin juga tempat yang setengah panas dan setengah indah. Kalau difikir secara logic sangat tidak rasional. Tidak adil juga jika orang yang berbuat dosa besar tidak disiksa dalam neraka, padahal dikatakan dalam Al-Quran, jangankan dosa besar, dosa sekecil man saja akan dipertanggungjawabkan iaitu berupa siksa api neraka.Dalam ajaran amar maruf nahi munkar, Mutazilah mengatakan bahwa Orang yang menyalahi pendirian mereka dianggap sesat dan harus dibenarkan atau diluruskan. Tercatat oleh sejarah bahwa kaum Mutazilah pernah membunuh ulama-ulama Islam diantaranya ulama Islam yang terkenal Syekh Buwaithi, seorang ulama pengganti Imam Syafii dalam suatu peristiwa Quran Makhluk. Pada ajaran ini kaum Mutazilah menggunakan dasar al-Hadist yang artinya siapa diantaramu yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tanganmu. Nampaknya salah penafsiran terjadi kembali pada ajaran ini. Hadist mengatakan ubahlah dengan tanganmu sendiri maksudnya tidak dengan kekerasan tangan (membunuh) seperti yang dilakukan kaum Mutazilah tersebut. Namun bagaimana kita bertindak untuk membenarkan mereka yang salah dengan halus dan sopan seperti cara Rasul menyebarkan ajaran Islam. Dari sini dapat disimpulkan bahwa yang dinamakan amar maruf atau menyuruh kebaikan itu dimaksudkan hanya maruf (kebaikan) bagi kaum Mutazilah, iaitu hanya pendapat mereka bukan maruf (kebaikan) yang sesuai dengan Quran. (Muhammad bin Ismail Al-Sonani, 1996)

5. Drs. Wagino Hamid HamdaniWalaupun golongan Mutazilah mengalami berbagai perpecahan dan paham yang berbeda, sesama mereka dalam masalah akidah, seperti halnya Syiah dan Khawarij, namun mereka memiliki asas atau prinsip yang mengikat mereka dalam suatu golongan (firqah) dan yang karena ini, mereka disebut sebagai golongan Mutazilah. Selagi mereka berpegang pada lima prinsip gelaran tersebut tetap melekat pada mereka walaupun dalam masalah rinciannya mereka berselisih. Dalam zaman washil, baru empat prinsip yang telah dirumuskan, yaitu: tauhid, keadilan Allah, manzilah baina al-manzilataini, dan penilaian bahwa ada yang salah antara pihak yang bertarung. Siapa yang bersalah dalam peristiwa-peristiwa yang berdarah itu. Dengan empat prinsip ini, golongan ini menjadi lebih jelas perbedaannya dengan golongan lain. (Drs. Wagino Hamid Hamdani. 2007)

Tokoh-Tokoh Mu'tazilah dan Beberapa Pemikirannya

1. Washil Ibn Atha' Abu Huzaifah ibn A'tha al-Ghazali(nama lengkap), lahir di Madinah tahun 80 H, dan wafat pada tahun 131 H. Mengenai pemikiran dan pendapat-pendapat Washil ibn Atha', yaitu tentang faham al-manzilah bain almanzilatain, dikarenakan ia menghindar atau tidak sependapat ketidak tuntasan golongan Murjiah serta berlebih-lebihannya golongan Khawarij. Yang kedua adalah faham qodariah yang dianjurkan oleh Mabad dan Ghailan tuhan itu bersifat adil dan tak dapat berbuat jahat atau dzalim, dan manusialah yang menciptakan perbuatan baik atau buruknya. Yang ketiag yaitu tentang nafy al-sifat dalam arti bahwa apa-apa yang disebut sifat tuhan sebenarnya bukanlah sifat yang mempunyai wujud diluar zat Tuhan, etapi sifat adalah esensi Tuhan itu sendiri.

2. Abu al-Huzail al- Allaf Nama lengkapnya adalah Abu al-Huzail Muhammad ibn Abdillah ibn Makhul al-Allaf, ia lahir pada tahun 135 H, dan wafat pada tahun 235 H, dan banyak hubungannya dengan falsafah yunani. Beliau menjelaskan tentang apa arti dari nafy al-sifat, menurut beliau sifat tuhan itu adalah dzat tuhan, sehingga persoalan adanya yang qodim selain Tuhan menjadi hilang dengan sendiinya. Selanjutnya Abu Huzail berpendapat bahwa dengan akalnya manusia dapat dan wajib mengetahui Tuhan.

3. Al-Nazzam Nama lengkap Abu Ishaq Ibrahim ibn Sayyar ibn Mani' al-Nazzam, lahir di Basrah pada tahun 185 H dan wafat pada tahun 221 H. ia adalah murid Abu Huzail al-Allaf, seorang tokoh Mu'tazilah di Basrah. Keduanya pernah sama-sama menghadiri majelis al-Makmun. An-Nazzam mempunyai pemikiran yang sangat menarik, yaitu bahwa Allah tidak bisa disifati dengan al-qudrah untuk berbuat jahat dan maksiyat. Perbuatan tersebut tidak ada dalam kekuasaan Tuhan. Dan berlawanan dengan pendapat para sahabat yang menyatakan bahwa tuhan kuasa melakukannya. Tapi tidak melakukannya karena perbuatan tersebut termasuk buruk, melainkan Tuhan tidak sanggup berbuat yang tidak baik, tuhan yang wajib berbuat hanya bagi manusia. Menurut An-Nazzam, bahwa yang menjadi hakekat manusia adalah jiwanya, badan hanya sebagai alat saja. Jiwalah yang mempunyai daya, kemampuan kehidupan dan kehendak.

4. Al-Jubba'i Abu Ali Muhammad ibn Abdul Wahab ibn Khalid ibn Imran ibn Aban al-Jubba'I, di lahirkan di Jubba', daerah Khuzistan,pada tahun 235 H dan wafat pda bulan sya'ban tahun 303 H. Diantara pemikiran yang menonjol iaitu : a. Tentang zat Allah dan sifat-sifatnya. Mengenai peniadaan sifat Tuhan, beliau berpendapat bahwa Tuhan mengetahui melalui esensi-Nya, demikian pula berkuasa dan hidup melalui esensinya.

b. Perbuatan Manusia perbuatan yang diciptakan manusia yaitu kebaikan atau kejahatan, ketaatan atau kemaksiatan, itu semua karena kebebasannya dan adanya kemampuan sebelum berbuat.

c. Kedewasaan, Akal dan Ilmu Kedewasaan manusia tidak tergantung pada umumnya, tetapi tergantung pada kesempurnaan akalnya. Yang juga disebut (al-bulugh takammulul al'aql).

PANDANGAN ULAMA TERHADAP FAHAMAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN MUKTAZILAH

1. PELAKU DOSA BESARMuktazilah1. Pada aliran mutazilah tidak menentukan status yang pasti pada bagi pelaku dosa besar, apakah ia tetap mukmin atau kafir, kecuali dengan sebutan al-manzilah bain al-manzilatun .2. Setiap pelaku pelaku dosa besar, menurut mutazilah,berada diposisi tengah antara posisi mukmin dan kafir. Jika pelakunya belum sempat bertaubat, ia akan dimasukkan dalam neeraka selama-lamanya. Namun siksanya lebih ringan daripada seksa orang kafir. 3. adi, menurut muktazilah yang dimaksud dengan dosa besar adalah segala perbuatan yang ancamannya disebutkan secara tegas dalam nas, sedangakan dosa kecil adalah sebaliknya

Ahli Sunnah1. Dosa besar menurut aliran asyariyah adalah pelaku dosa besar masih tetap sebagai beriman, akan tetapi apabila ia beranggapan bahawa dosa ini dibolehkan (halal) dan tidak diharamkan maka ia dipandang kafir. 2. Adapun balasan di akhirat kelak apabila ia meninggal tidak sempat bertaubat maka, hal itu diserahkan kepada kehendak Allah dan mendapatkan syfaat Nabi SAW, sehingga bebas dari seksaan neraka atau kebalikannya. 3. Meskipun begitu, ia tidak akan kekal di neraka seperti orang kafir lainnya. Dan boleh masuk syurga.2. IMAN DAN KUFURMuktazilah1. Aliran mutazilah sepakat bahawa amal perbuatan merupakan salah satu unsur terpenting dalam konsep iman. 2. Kerana itu merupakan salah satu dari prinsip muktazilah (alwaad wa al waid) dan marifah (pengetahuan dan akal) dalam masalah iman,yang merupakan persoalan teologi iaitu iman seseorang dapat berkurang dan bertambah tergantung pada amal ibadahnya.Ahli Sunnah1. Aliran asyariyah mendefinisikan iman dalam berbagai macam. Iman adalah qawl dan amal dan dapat bertambah dan berkurang.Dalam al-luma iman maksudnya sebagaitashdiq billah2. Jadi, bagi asyariyah dan juga al-asari sendiri iman hanyalah tashdiq yang juga diluahkan dalam bentuk syahadatain. (Muhammad Bin Shalih Al-Utsaimin, 1983)

3. PERBUATAN ALLAH ( )Muktazilah1. Aliran muktazilah, sebagai aliran kalam yang bercorak rasional, berpendapat bahawa perbuatan tuhan hanya sebatas pada hal-hal yang baik. 2. Namun , ini tidak bererti bahwa tuhan tidak mampu melakukan perbuatan buruk kerana Tuhan mengetahui keburukannya. didalam al-quran pun dijelaskan bahwa tuhan tidaklah berbuat zalim. 3. Tentang keadilan tuhan, muktazilah berpendapat bahwa tuhan mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap manusia. iaitu berbuat baik terhadap manusia.Macam-macam faham kewajipan Allah:i. kewajiban tidak memberikan beban diluar kemampuan ii. kewajiban diutuskan rasuliii. kewajiban menepati janji (al-waad) dan ancaman (al-waid)

Ahli Sunnah1. Ulama al-ghazali mengatakan bahawa Allah tidak berkewajipan berbuat baik dan terbaik kepada manusia.2. Perbuatan-perbuatan Allah bersifat (jaiz)dan tidak satupun darinya yang mempunyai sifat wajib. Dengan demikian Allah maha berkehendak terhadap makhukNya. 3. Kerana percaya pada kekuasaan mutlak Tuhan. Maka, al-asyari mengatakan dalamal-luma, bahwasannya tuhan dapat meletakkan beban yang tidak dapat dipikul oleh manusia. 4. Aliran asyariah memaklumi bahawa diutuskan rasul-rasul mempunyai erti penting, kerana mereka banyak bergantung pada wahyu untuk mengetahui tuhan dan alam ghaib. 5. Bahkan juga untuk mengetahui hal-hal yang bersangkutan dengan hidup di dunia. Namun, semuanya dikembalikan pada kekuasaan dan kehendak mutlak Allah. 6. Apabila Allah menghendaki manusia hidup dalam kekacauan. Tuhan dalam hal ini tidak berbuat untuk kepentingan manusia.7. Tentang kewajiban menepati janji dan menjalankan ancaman yang tersebut dalam al-quran dan al-hadis, alasyariah berpendapat bahwa, semua lafaz yang berertisiapa diertikan sebagai sebagian orang bukan keseluruhan. 8. Dengan kata lain yang diancam itu bukanlah semua orang tetapi sebahagian orang . adapun sebahagiannya akan terlepas dari ancaman atas dasar kekuasaan dan kehendak Allah. (Muhammad 'Uthman El-Muhammady. 1996)

4. PERBUATAN MANUSIA ( )Muktazilah1. Aliran mutazilah berpendapat bahwa manusia mempunyai daya yang besar dan bebas. Oleh kerana itu, manusialah yang menciptakan perbuatan-perbuatannya. 2. Manusia sendirilah yang berbuat baik dan buruk. Ketaatan dan kepatuhannya adalah kehendak dan kemahuannya sendiri, daya(al-istithaah) untuk mewujudkan kehendak terdapat dalam diri manusia sebelum adanya perbuatan . meskipun berpendapat bahwa Allah tidak menciptakan perbuatan dan tidak pula menentukannya, kalangan muktazilah tidak memungkiri adanya ilmu azali Allah yang mengetahui segala apa yang akan terjadi dan diperbuat manusiaAhli Sunnah1. Dalam fahaman asyari dikenal teorialkasb(perolehan) yaitu segala sesuatu yang terjadi dengan perantaraaan daya yang diciptakan, sehingga menjadi peolehan bagimuktasibyang memperoleh kasab untuk melakukan perbuatan sebagai konsekuensi nya ,manusia kehilangan daya dalam perbuatannya. (Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus, 2005)

5. SIFAT-SIFAT ALLAH ( ) Muktazilah1. Aliran muktazilah berpendapat bahwa Allah tidak mempunyai sifat. Alah bersifat negatif .Tuhan tidak mempunyai pengetahuan, kekuasaan dan hajat.2. Aliran memberikan daya yang besar kepada akal bahawa Allah tidak mempunyai sifat-sifat jasmani.oleh sebab itu mutazilah menafsirkan ayat-ayat yang memberikan kesan bahwa Tuhan bersifat jasmani secara metaformosis.3. Selanjutnya muktazilah berpendapat bahawa Allah bersifat (ghaib). Allah tidak mengambil tempat sehingga tidak dapat dilihat. Bila Allah dapat dillihat maka Allah dapat tampil didunia ini, sedangkan kenyataanya belum ada yang melihatnya.4. Mengenai hakikat al-quran, aliran muktazilah berpendapat bahawa al-quran adalah makhluk sehingga tidak kekal,Ahli Sunnah1. Aliran asyariyah berpendapat bahawa Allah mempunyai sifat-sifat, dan sifat-sifat Allah itu unik kerana tidak dapat dibandingkan dengan sifat-sifat manusia. 2. Sifat-sifat Allah berbeza dengan allah sendiri, Alasyariyah menolak bahwa Allah itu mempunyai sifat-sifat jasmani. 3. Namun ayat-ayat al-Quran menggambarkan sifat-sifat tersebut tidak boleh ditakwilkan dan diterima secara harfiahnya saja, namun semua itu dikatakanlayukayyaf wala yuhadd( tanpa di ketahui bagaimana cara dan batasnya).(Drs. Wagino Hamid Hamdani. 2007)

TUGASAN 2: WAWANCARA

BIODATA TOKOHNAMA

PEKERJAAN

ALAMAT TEMPAT KERJA

KELULUSAN AKADEMIK

BILSOALANJAWAPAN

1Boleh jelaskan apakah maksud ajaran sesat?Iaitu sesuatu ajaran itu didapati bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas. Mana-mana ajaran yang bertentangan dengan sumber di atas secara automatik tertolak. Dan boleh diklasifikasi sebagai ajaran salah atau sesat. Contohnya, seseorang mendakwa mendapat wahyu dari malaikat dan mengaku diri sebagai nabi yang diutuskan selepas kenabian Muhammad SAW.Dakwaan ini adalah sesat lagi menyesatkan kerana al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak secara tegas menjelaskan bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah penutup Nabi-Nabi dan para Rasul.

2Boleh berikan beberapa ciri ajaran sesat ini?1. Sembarangan Dalam Pengambilan Hukum Dan FatwaAktiviti ajaran sesat secara asasnya berdasarkan kepada nafsu dan semangat amalan semata-mata. Mereka tidak menjadikan ilmu sebagai wacana teras dalam ajaran mereka. Situasi ini menjadikan kepercayaan atau tindakan mereka tidak berpaksikan kepada sumber ilmu yang jelas. Malah, ia dilihat sebagai keputusan akal yang bebas dari individu atau kumpulan tertentu sahaja. Hasilnya, segala ketentuan hukum seperti wajib, sunat, harus, haram dan makruh diabaikan. Malah batasan hukum dilanggar dan dipermainkan dengan sewenang-wenangnya.Contohnya, ajaran terdapat ajaran yang mendakwa gurunya seorang Wali. Para pengikutnya terdiri dari kelompok yang istimewa dan tidak perlu lagi mendirikan solat. Malah kelompok mereka hanya perlu beratib beramai-ramai di atas rakit dengan menyusuri sungai sahaja. Sedangkan ketentuan mendirikan solat adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang mencukupi syarat-syaratnya. Dan tiada sesiapapun yang boleh menafikan kewajipannya. Sebarang penafian rukun agama menyebabkan seseorang itu dihukum kafir dan murtad dari Islam.Kesimpulannya, ternyata ajaran ini dan selainnya menjadikan hukum-hakam agama sebagai mainan dalam ajaran mereka. Berbeza dengan tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadikan syariat itu sebagai jalan kehidupan untuk menuju Allah.

2. Bersifat Tertutup Dan Banyak BerahsiaAjaran sesat kebiasaannya disebarkan secara tertutup. Mereka yang menganggotai sesuatu ajaran kebanyakannya mempunyai pertalian erat antara satu sama lain. Contohnya, hubungan di antara Ketua dengan orang kanannya adakalanya melibatkan adik-beradik, sepupu, saudara terdekat atau kenalan terdekat.Hal ini dilihat penting bagi mereka supaya segala maklumat ajaran dapat dirahsiakan dari pengetahuan awam. Dan modus operandi mereka juga tidak dapat dihidu sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Keadaan ini membolehkan mereka menyebarkan ajaran ini dengan selesa tanpa sebarang gangguan dari pihak berkuasa.Selain itu, mereka juga menjadikan tempat-tempat yang berlokasi strategik sebagai markas ajaran mereka. Kebiasaanya, lokasi yang dipilih adalah kawasan pedalaman, kawasan terpencil lagi sunyi, perumahan mewah, flat tertentu, kawasan hutan, tanah milik individu sebagai pusat aktiviti.Penganut sesuatu ajaran pula kebiasaanya bersikap pasif. Mereka kelihatan tidak suka bergaul dengan masyarakat. Bahkan tidak mengambil peduli terhadap isu-isu yang berlaku. Apa yang penting bagi mereka ialah ajaran mereka dapat diamalkan tanpa diganggu gugat oleh sesiapa. Situasi ini berbeza dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menggalakkan kita mengambil berat urusan dunia demi tujuan akhirat. Kesimpulannya, sikap seseorang yang mempelajari sesuatu secara rahsia dan tertutup boleh mengundang tafsiran yang salah terhadap agama. Dan kemungkinan besar sikap sebegini memberi peratusan yang tinggi untuk seseorang terlibat dengan ajaran sesat. Metod ini sengaja dipergunakan oleh ketua atau pemimpin ajaran sesat supaya operasi mereka tidak diganggu masyarakat dan pihak berkuasa.

3Apakah punca timbul ajaran sesat1. Kurang mengambil berat tentang sumber-sumber utama ajaran Islam yang sebenar telah mendorong seseorang individu itu mempelajari mengenai Islam dari sumber yang tidak wajar sehingga ia membuat kesimpulan dan kefahaman yang salah tentang Islam. Hasil dari kefahaman yang salah tersebut, diajarkan pula kepada orang lain. 2. Pengetahuan agama Islam yang cetek dan amalan agama yang kurang. Rata-rata mereka yang terpengaruh kepada ajaran sesat ini didapati tidak mempunyai asas agama yang kukuh dan longgarnya pegangan iman.3. Jahil tentang ilmu-ilmu seperti Aqidah, Feqah, al-Quran, al-Hadis dan usul fiqh yang membantu kepada proses kefahaman yang betul dan tepat terhadap al-Quran dan as-Sunnah.

JUSTIFIKASI PERLU TOLAK AJARAN SESAT

1) Bahaya Terhadap Agama1. Merosakkan Aqidah Seseorang2. Gejala Pencemaran Aqidah Dan Murtad Berleluasa3. Masa Terbuang Dengan Aktiviti Tidak Berfaedah4. Mengganggu Agenda Pembangunan Islam

2) Bahaya Terhadap Negara1. Minda Tertutup Dan Dikongkong2. Kehidupan Tidak Stabil3. Tanggungjawab Terabai Runtuhnya Institusi Kekeluargaan4. Mengancam Keselamatan Negara5. Menggugat Kestabilan Politik Dan Ekonomi Negara

CARA PENYELESAIAN1. Saranan Kepada Pihak Kerajaan Kerajaan juga diharap dapat mengawal sebarang bentuk penyiaran am dari unsur-unsur khurafat dan bidaah di media massa agar tidak menjadi idea pencetus ke arah berlanjutannya ajaran sesat Kerajaan digesa supaya dapat mengadakan seminar atau forum kepada penerbit-penerbit filem agar memahami unsur-unsur syirik dan bahaya amalan ajaran sesat, bidaah serta ajaran sesat terhadat agama dan negara. Setiap umat islam khususnya perlulah menimba ilmu yang mendalam melalui tokoh tokoh ulama yang mempunyi asas asas pengajian islam yang lengkap yang ditimba dari tokoh ulama yang berwibawa(mempunyai salasilah pengajian yang jelas) serta melalui kitab kitab yang muktabar serta mempelajari dari pelbagai tokoh agar luas pemikiran.

2. Media Massa Sebagai Agen Penyebar Maklumat Yang BerkesanIklan dan maklumat perlulah disebarkan melalui alat sebaran am sama ada media cetak atau elektronik kepada seluruh warga muslim dan rakyat negara ini agar tidak terikut-ikut dengan gejala ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam.Tokoh-tokoh agama hendaklah sentiasa peka dengan keadaan ini dan sentiasa memberikan pengajaran kearah bahayanya keterlibatan dengan gejala khurafat dan ajaran sesat terhadap dan negara. Sebagai umat Islam dan rakyat dalam sesebuah negara islam, kita seharusnya melihat bahawa amalan dan fahaman ajaran sesat dan bidaah adalah virus besar kepada agama dan negara, oleh itu kita sepatutnya melaporkan kejadian-kejadian khurafat yang berlaku di dalam masyarakat kepada pihak berkuasa agar terhapusnya gejala mungkar seperti yang dikehendaki oleh agama.

3. Peranan Guru Pendidikan Islam dan Setiap Individu MuslimBukan sahaja guru Pendidikan Islam malah setiap individu muslim perlulah menjadi ejen penyebar mewakili para ulama dan Jabatan Agama Islam kepada setiap individu-individu yang terlibat dengan ajaran khurafat, caranya dengan menghadiri majlis ilmu dan memahami persoalan-persoalan serta ajaran yang menyimpang dari islam seterusnya menyampaikan kepada setiap kenalan dan umat Islam. Satu talian Bebas Tol dan Kaunter Aduan perlu diadakan agar setiap aduan dapat ditangani segera oleh penguatkuasa yang dilantik bagi membendung dan seterusnya menghapuskan kemungkaran yang berlaku.

PENUTUPMasyarakat Islam di Malaysia ini telah lama menerima dan mengamalkan Islam berdasarkan pendekatan Ahli Sunah Wal jamaah. Dalam aspek Akidah pegangan yang dihayati dan sebati ialah fahaman Asyacirah dan maturidiah. Fahaman ini sinonim dengan Ahli Sunah. Natijahnya telah menampakkan kesan yang baik kepada kestabilan rohani dan masyarakat. Tetapi perkembangan sunnah alam tidak mungkin dapat disekat. Dalam zaman langit terbuka dan bumi ilmu tanpa batas, keresahan tetap timbul bila fahaman-fahaman lain ditonjolkan di dalam masyarakat Islam walaupun fahaman-fahaman itu pada hakikatnya masih di bawah payung Ahli Sunah. Masyarakat Islam yang terus ligat mencari hakikat Ahli Sunah tidak harus disalurkan ke dalam jalur yang sempit menerusi doktrin dan tokoh-tokoh tertentu sahaja. Natijahnya seperti biasa, melahirkan percanggahan dan keresahan. Pemahaman tentang Ahli Sunah secara tradisi harus diubah kepada fahaman melalui manhaj, matlamat dan objektif yang tersurat dan tersirat berdasarkan Syariah dan sejarah Ahli Sunah. Di Malaysia berpegang kepada manhaj Ahli Sunah tetap diperlukan. Ia perlu dipertahankan dan disuburkan menerusi kefahaman yang betul dan tepat untuk menghapus penyelewengan yang boleh menghakisnya. Bagi menjamin kestabilan rohani, keutuhan masyarakat Islam di Malaysia maka kefahaman betul kepada manhaj Ahli Sunah amat penting.

RUJUKANIbn Hazm, Ali bin Ahmad (1985). al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal. Juz. 2, Beirut: Dar al-Jayl.

Muhammad Bin Shalih Al-Utsaimin. (1983). Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Riyad: Pusat Penelitian Ilmu Pengetahuan, Fatwa, Dakwah, dan Bimbingan

Mohd Sulaiman Yasin. (1997). Ahlis-Sunnah Wal-Jamaah, Bangi: Yayasan Salman

Muhammad 'Uthman El-Muhammady. (1996). Sejarah dan Konsep Ahli -Sunnah wal Jama'ah. Kuala Lumpur: BAHEIS, JPM

Muhammad Abdul Hadi al-Mishri. (1992). Manhaj dan Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah Menurut Pemahaman Ulama Salaf: Jakarta: Gema Insan Press

Dr Abdul Halim El-Muhammady. (1992). Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dalam Dinamika Dakwah. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn Bhd,

Drs. Wagino Hamid Hamdani. (2007). Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bandung Propinsi Jawa Barat: Yayasan P3i Husnul Chotimah

Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus. (2005). Mengenal Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Abdul Shukor Haji Husin. (1998). Ahli Sunah Waljamaah : Pemahaman Semula. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Syeikh Syed Ab. Rahman b. Mohamad Ba'Alwi. (1960). Bughyatul Mustarsyidin Kaherah: Darul Maarif

Ahmad Amin. (1964). Fajr Al-Islam , Dar Al-kitab Al-hadits, Kairo,

Ibnu Manzur Al-Afriki. tt. Lisan al-Arab Beirut : Dar al-SoodirMuhammad Bin Abdul Qadir al-Razi . (1994). Mukhtar al-Sihah. Beirut: Maktabah Lubnan.Abdullah bin Abdul Hamid al-Athari. (2001). Al-Wajiz Fi Aqidah al-Salaf al-Soleh. Arab Saudi: Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan IrsyadMuhammad bin Ismail Al-Sonani. (1996). Al-Insaf Fi Hakikat al-Auliya Wa Ma Lahum Min al-Karamah Wa Altaaf . Kaherah: Darul Maarif

Harun Nasution. (1996). Teologi Islam: Aliran-aliran Sejarah Analisa Perbandingan. Jakarta: UI-Press.

3