prosiding - ukm.my kerja/artikel abdullah azizi 2018.pdf · tujuan penerbitan prosiding ini adalah...

30

Upload: others

Post on 10-Sep-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

i

PROSIDING / PROCEEDINGS OF

PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA

THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE

ISSN: 2231-962X 2018

Editor:

Dr. Hazrul Shahiri

Dr. Mohd Adib Ismail

DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY

PUSAT PENGAJIAN EKONOMI

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DICETAK OLEH / PRINTED BY

PENERBIT UKM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Cetakan Pertama / First Printing 2018

Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ii

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any

means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and

retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

PUSAT PENGAJIAN EKONOMI

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM

43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia

http://www.ukm.my/fep

e-mel: [email protected]

Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by

PENERBIT UKM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Cataloguing-in-Publications Data

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke – 13, 2018.

Menggarap Cabaran Revolusi Industri 4.0 Menuju Negara Berpendapatan Tinggi

LATAR BELAKANG PERKEM / ABOUT PERKEM

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) merupakan siri seminar

tahunan anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Persidangan ini menyediakan platform

kepada para penyelidik, pembuat dasar dan mereka yang berminat untuk mengikuti

dan mengetahui perkembangan ekonomi Malaysia secara lebih dekat melalui

pembentangan hasil-hasil penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap pelbagai

persoalan berkaitan pertumbuhan, pembangunan ekonomi dan persekitaran

perniagaan. Melalui persidangan ini, selain menambah khazanah ilmu dalam bidang

ekonomi dan perniagaan, dapatan kajian yang dibentangkan dapat dijadikan panduan

dan rujukan kepada mereka yang terlibat dalam menyediakan rancangan-rancangan

pembangunan pada masa hadapan, khususnya yang melibatkan ekonomi Malaysia.

The Malaysian National Economic Conference (PERKEM) is an annual seminar

series organized by School of Economics, Faculty of Economics and Management,

The National University of Malaysia (UKM). This conference provides a platform for

researchers, policy makers and those who are interested to know and keep trail

regarding Malaysia's economic development through the presentation of research

findings that focus on various issues pertaining to economic development, growth and

business environment. Through this conference, apart from adding to the body of

knowledge in economics and business discipline, findings from presented papers are

useful as reference point for those involved in preparing future development plans,

especially with regards to the Malaysian economic.

Prosiding PERKEM dan Jurnal Ekonomi Malaysia

Kertas kerja persidangan akan diterbitkan di dalam prosiding PERKEM.

Kertas kerja juga boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam Jurnal Ekonomi

Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia diterbitkan oleh Penerbit UKM dan diindeks oleh

Scopus.

Conference papers will be published in PERKEM proceedings.

Papers may also be considered for publication in Jurnal Ekonomi Malaysia (the

Malaysian Journal of Economics). Jurnal Ekonomi Malaysia is published by Penerbit

UKM and indexed by Scopus.

iv

KATA PENGANTAR / PREFACE

Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan

keizinan-Nya Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia dapat

disempurnakan penerbitannya bersempena PERKEM Ke – 13 2018 yang berlangsung

di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor.

Tujuan penerbitan prosiding ini adalah sebagai bahan bacaan dan rujukan

kepada peserta PERKEM Ke – 13 2018. Selain itu, ia memberi peluang kepada yang

tidak berkesempatan untuk menghadiri persidangan kali ini untuk sama-sama

mengutip ilmu dari kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan. Persidangan ini

merupakan acara tahunan Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan

Pengurusan, UKM. Ia memberi ruang kepada para penyelidik, pembuat dasar dan

individu membentangkan hasil penyelidikan masing-masing dan berbincang

mengenai isu semasa berkaitan ekonomi Malaysia secara khususnya.

Tema PERKEM kali ini adalah ‘Menggarap Cabaran Revolusi Industri 4.0

Menuju Negara Berpendapatan Tinggi’. Tema ini menyokong usaha dalam

merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi dalam

berdepan cabaran revolusi industri 4.0. Bagi mencapai sasaran tersebut,

perkembangan ekonomi dan transformasi dasar yang digariskan perlu berlaku secara

holistik, keterangkuman kekayaan dan keterangkuman pertumbuhan tanpa

mengabaikan semua golongan sasaran serta transformasi dasar yang bersifat futuristik

yang mengetengahkan peranan belia dan golongan muda sebagai pelapis di masa akan

datang.

Sebanyak 80 kertas kerja telah dimuatkan dalam prosiding ini yang disusun

berdasarkan sesi pembentangan dan tema-tema yang ditentukan. Tema-tema tersebut

disusun dalam beberapa tema umum berasaskan bidang kajian. Ia meliputi i) Ekonomi

dan Kewangan Islam, ii) Zakat, Wakaf dan Dana Khalayak, iii) Pembangunan

Kemahiran dan Latihan Sumber Manusia iv) Kelestarian Fiskal dan Kewangan, v)

Integrasi Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa, vi) Ekonomi Pelancongan dan

Alam Sekitar, vii) B40, Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat. Kepelbagaian

tema dan bidang ekonomi yang dibincangkan dapat memberi peluang yang seluasnya

kepada peserta persidangan dan pembaca untuk menatapi pelbagai hasil penyelidikan

dan penemuan baharu. Dapatan ini amat bermanfaat kepada penggubal dasar dan

pengkaji akan datang.

Semoga prosiding ini dapat memberi manfaat kepada negara dan bangsa.

Sekian,terima kasih

v

Senarai Penilai / List of Reviewers PERKEM Ke – 13 2018

Abu Hanifah Ayob Mustazar Mansur

Azmafazilah Jauhari Nafisah Mohammed

Azrina Abdullah Al-Hadi Noorasiah Sulaiman

Doris Padmini S. Selvaratnam Norain Mod Asri

Fathin Faizah Said Norlin Khalid

Hairunnizam Wahid Norshamliza Chamhuri

Hazrul Izuan Shahiri Riayati Ahmad

Lai Wei Sieng Roziana Baharin

Liew Chei Siang Siti Hajar Mohd Idris

Mohd Adib Ismail Tamat Sarmidi

Mohd Ali Mohd Noor Zulkefly Abdul Karim

Mohd Nasir Saukani

vi

Prosiding / Proceedings of

PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA

PERKEM KE – 13 2018

THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE

13th PERKEM 2018

26 – 27 September 2018

Hotel Bangi-Putrajaya, SELANGOR, MALAYSIA

ISSN: 2231-962X 2018

PERSIDANGAN / CONFERENCE

Tema utama persidangan pada tahun 2018 ialah “Menggarap Cabaran Revolusi

Industri 4.0 Menuju Negara Berpendapatan Tinggi”.

Perkara yang akan menjadi fokus perbincangan persidangan merangkumi tiga aspek

penting yang menjadi tunjang persidangan kali ini iaitu:

pertumbuhan ekonomi yang holistik,

pertumbuhan inklusif, dan

kelestarian pembangunan.

Bertunjangkan tiga aspek penting tersebut, PERKEM 13 meneruskan kelangsungan

dengan menyediakan platform pertemuan kepada semua pihak termasuk para

penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berminat

untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dalam memperkukuhkan lagi dasar

dan program pembangunan negara.

The main conference theme in year 2017 is “Sustainable Economic Development:

Towards Holistic, Inclusive and Futuristic Policy Transformation”.

The subject matter that will be the focus of the conference discussions will cover three

important aspects that will be the cornerstone of the conference this time, namely:

holistic economic growth,

inclusive growth, and

development sustainability.

Given these three important aspects, PERKEM 13 continues to provide a platform for

all parties including researchers, administrators, policymakers, the private sector and

all interested parties to collaborate and share knowledge in strengthening national

development policies and programs.

vii

SUB-TEMA / SUB-THEMES

1. Ekonomi dan Kewangan Islam

2. Zakat, Wakaf dan Dana Khalayak

3. Pembangunan Kemahiran dan Latihan Sumber Manusia

4. Kelestarian Fiskal dan Kewangan

5. Integrasi Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa

6. Ekonomi Pelancongan dan Alam Sekitar

7. B40, Kos Sara Hidup dan Kesejahteraan Masyarakat

viii

KANDUNGAN

Kandungan

ix

Prakata

xviii

TEMA 1 : EKONOMI DAN KEWANGAN ISLAM

1

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Produk Halal Secara

Talian

Mathew Anak Ching & Mohd. Ali Mohd. Noor

1 - 13

2 Do Bankruptcy Profiles of Islamic Banks Differ Across Organizational

Structure? Evidence from Malaysia

Nik Nurul Hidayah Nik Zainuddin, S.Shahida, Ahmad Azam

Sulaiman@Mohamad

14 – 27

3 Penglibatan Pekebun Kecil Sawit dalam Perniagaan dan Keusahawanan:

Kajian di Teluk Intan, Perak

Abdullah Azizi Asnari, Hairunnizam Wahid

28 – 42

4 Bitcoin Risks from Shariah Perspective

Safiah Binti Mohamad, Mariani Abd Majid, Nik Abdul Rahim Nik

Abdul Ghani

43 – 53

5 Faktor Penentu Kecekapan dan Produktiviti Firma Pembekal Barangan

Makmal di Malaysia

Zafirah Chek, Mohd Ali Mohd Noor

54 – 60

6 Fintech (Blockchain) dan Pengurusan Zakat di Malaysia

Siti Nabihah Esrati, Shifa Mohd Nor, Mariani Abdul Majid

61 -75

7 Kefahaman Konsep Asas Takaful Terhadap Agen Takaful Di Sekitar

Bangi, Selangor

Nur Syairah Bt Mohamed Haris, Hendon Bt Redzuan

76 – 83

8 Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan Jongkong Dan Dinar

Emas Dalam Kalangan Masyarakat Islam Di Malaysia

Muhammad Syafiq Ramlan, Mohd Ali Mohd Noor

84 – 89

9 Investment Account Platform (IAP): Opportunities and Challenges

Farah Athiqah Farit, Mariani Abdul Majid, Shifa Mohd Nor

90 – 102

11 Pulangan Pelaburan Dalam Pendidikan Lanjutan Ke Atas

Perkembangan Kerjaya Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Jaswan Mulop

111 –122

ix

TEMA 2 : ZAKAT, WAKAF DAN DANA KHALAYAK

1

Persepsi Asnaf Orang Asli Terhadap Agihan Bantuan Zakat Oleh

Lembaga Zakat Selangor (LZS): Kajian Di Perkampungan Orang Asli

Daerah Sepang, Selangor. Norhapizah Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

173 - 185

2 Pola Perbelanjaan dan Cadangan Penentuan Haddul Kifayah Mahasiswa

Institusi Pengajian Tinggi: Kajian di Kuala Terengganu, Terengganu

Che Wan Maisarah Che Wan Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali

Mohd Noor

186 - 199

3 Persepsi dan Tahap Pengetahuan Peserta dan Agen Takaful Terhadap

Pelaksanaan Zakat Takaful:Kajian di Shah Alam, Selangor

Nur Amirah Binti Jaafar, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

200 - 214

4 Persepsi Golongan Miskin Terhadap Kemiskinan Dan Implikasinya

Dalam Merealisasi Pembangunan Nilai Islam: Kajian Terhadap

Penduduk Miskin Bandar Kota Bharu, Kelantan

Nor Ayuni Mohamad Zulkifli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd

Noor

215 - 227

5 Pembayaran Zakat Melebihi Kadar Kewajipan Zakat: Kajian Dalam

Kalangan Kakitangan Kerajaan Di Jabatan Agama Islam Melaka,

Melaka

Siti Zulaikha Binti Nasir, Hairunnizam Bin Wahid, Mohd Ali Mohd

Noor

228 –244

6 Persepsi Asnaf Terhadap Tadbir Urus Zakat Serta Peranan Masjid :

Kajian Terhadap Lembaga Zakat Selangor (Lzs) Cyberjaya

Nur Farahanis Abas, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

245–258

12 Gerbang Pembayaran e-Dagang dalam Segmen Pembayaran P2B

Menurut Perspektif Islam

Muhammad Azim Ismail, Mohd Adib Ismail, Muhammad Hakimi Mohd

Shafiai

123 –134

13 Does Tourism Induce Crime in Malaysia? Questing After Truth

Through Empirical Investigation

Mori Kogid, Dullah Mulok, Jaratin Lily, Rozilee Asid

135 –142

14 Permintaan Terhadap Takaful: Sorotan Literatur

Nuraeni Buwathy, Rubayah Yakob

143 - 152

15 Waqf Based Pension Model: A Conceptual Proposition

Muhammad Ubaidillah Mustaghfirin, Mohd Adib Ismail, Mohd Ali

Mohd Noor

153 –172

x

7 Potensi Aplikasi Teknologi Blockchain Dalam Pengurusan Zakat Di

Negeri Sembilan

Nur Syahirah Binti Mohd Noh, Mohd Ali Mohd Noor, Mohd Shahid Bin

Mohd Noh

259–267

9 Isu Pemilikan Dalam Amalan Pembayaran Zakat Perniagaan: Kajian

Terhadap Institusi Koperasi Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nasrul Shafiq Ashraf Jaafar, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

284–294

10 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Keberkesanan Projek Taman Desa

Asnaf Fakir Miskin di Perlis

Nor Jannatul Farhana Mohd Zambri, Mohd. Ali Mohd Noor,

Hairunnizam Wahid

295–305

11 Jangkaan Kepatuhan Membayar Zakat Perniagaan Di Kalangan

Usahawan Di Selangor: Cadangan Menggunakan Peranti Bizzakat

Ahmad Syakir bin Rurol Mukhan, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam

Wahid

306–313

13 Pembangunan Tanah Wakaf Secara Penswastaan : Kajian Terhadap

Projek Menara Imarah Wakaf oleh Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan

Norliza Md Nuruddin, Hairunnizam Wahid, Aisyah Abdul-Rahman

329 –341

14

15

16

17

18

Persepsi Pesakit terhadap Peranan Dana Zakat Membiayai Kos Rawatan

Perubatan Asnaf: Kajian di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan

Malaysia (PPUKM)

Nur Farahana Saripudin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

Pembiayaan Rawatan Pesakit Dialisis Melalui Dana Zakat: Kajian

Terhadap Asnaf Al-Gharimin Perubatan Tajaan Lembaga Zakat

Selangor

Siti Nuriatul Husna Mohd Nashruddin, Hairunnizam Wahid

Peranan Institusi Masjid Dan Pondok Dalam Memberikan Kefahaman

Tentang Fatwa Zakat Pendapatan: Satu Kajian Terhadap Masyarakat Di

Mukim Kenering Dan Gerik, Perak

Muhammad Mustaqim Mohd Tarmizi, Hairunnizam Wahid

Kefahaman dan Kesedaran Membayar Zakat Perniagaan: Kajian

terhadap Peniaga Kecil di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Nur Najihah Zilani, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor

Pengaruh Kualiti Hidup Terhadap Pendapatan Fakir Miskin: Kajian kes

Di Raub Pahang

Nur Shahida Samsudin, Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid

342 –352

353-365

366-376

377-388

389-398

xi

19

20

21

Peranan Pelaksana Pembantu Tadbir Kewangan Dalam Peningkatan

Kutipan Zakat Pendapatan Melalui Mekanisme Potongan Gaji

Kamarul Azlan Bin Mustaffa, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor

Kesan Kefahaman Fatwa Zakat Pendapatan Terhadap Gelagat

Membayar Zakat Pendapatan: Kajian di Politeknik Ungku Omar Ipoh,

Perak

Mohamed Hanif Mohamed Nor, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd

Nor

Perakaunan untuk Aset Wakaf, Zakat dan Baitulmal oleh Majlis Agama

Islam Negeri di Malaysia: Satu Cadangan Kerangka Kerja Syariah

Hairunnizam Wahid, Mohd Fairus Mohd Salleh, Azlina Ahmad, Norida

Basnan, Azizah Mohd Harun, Ainol Basirah Abdul Wahab

399-410

411-423

424-438

TEMA 3 : PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DAN LATIHAN SUMBER MANUSIA

1

Do Technological Change and Human Capital Lead to Economic

Growth? Evidence from Indonesia Mutia Wahyuni, Doris Padmini S. Selvaratnam, Roziana Bahrin

439 - 446

2 Potensi Kebolehpasaran Bakal Siswazah Fakulti Ekonomi Dan

Pengurusan (FEP), UKM

Nur Ain Darol Baha, Mustazar Mansur, Mohd Adib Ismail

447 –459

3 Analisis Hubungan Antara Pekerja Asing Dan Pengangguran Di

Malaysia

Siti Nor Silmi Nordin, Ishak Yussof , Hazrul Izuan Shahiri

460–471

4

Mismatch and Unemployed in Malaysia Labour Market

Rusmawati Said, Salwaty Jamaludin, Normaz Wana Ismail, Ahmad

Zubaidi Baharumshah

472 –484

5 Pengaruh Pusingan Kerja Terhadap Perkembangan Kerjaya Pegawai

Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia

Kamal Azri Husin, Hazrul Shariri, Azrina Abdullah Al-Hadi

485 –496

6 Pusing Ganti Pekerja Kilang Elektrik dan Elektronik (E&E)

di Pulau Pinang

Nur Alia Amalina Zainol Abidin, Abdul Rasyid Kasim, Jacqueline Liza

Fernandez

497 –507

7 Dominasi Buruh Indonesia Dalam Operasi Perladangan Di Felda:

Dekomposisi Gaji Antara Kumpulan Buruh Lain

Ahmad Fitri Hakim Ibrahim, Hazrul Izuan Shahiri , Azrina Abdullah Al-

Hadi

508-521

xii

8 Factor Accumulation vs TFP Growth in Asia: A Panel Cointegration

Analysis

Subramaniam Munusamy, Yogambigai Rajamoorthy, Seena Biju

522-528

9 Kesan Gaji Minimum Ke Atas Produktiviti Buruh: Analisis Antara

Industri

Mohd Khairol Rasit, Noorasiah Sulaiman, Mohd Nasir Saukani

529-543

10 Determining Factors Of Labour Participation In The Agriculture Sector

In Malaysia

L Vani Loganathan, Lai Wei Sieng, Ishak Yusoff

544-553

TEMA 4 : KELESTARIAN FISKAL DAN KEWANGAN

1

Determinants of Capital Expenditure (CAPEX) in Malaysian Palm Oil

Industries: Panel Data Analysis

Afza Asyura Mohd Hisham, Zulkefly Abdul Karim, Norlin Khalid

554-565

2 Fiscal Discipline In The ASEAN-3: New Evidence From Nonlinear

ARDL Approach

Lee Chee Loong, Riayati Ahmad, Norlin Khalid, Zulkefly Abdul Karim

566 –588

3 Pengurusan Kewangan Efektif Tadika

Izad Firdaus Yaakob, Aisyah Abdul Rahman, Syajarul Imna Mohd Amin

589 - 602

4 Penilaian Prestasi Perbankan Islam Melalui Pendekatan Analisis Camel

Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad, Nur Syakirah Mustapha Kamal,

Wardah Al-Hamra Kamaruzaman

603 –614

5

The Fiscal Policy Reaction Function in Malaysia: The Asymmetric

Impact of Debt and Output Gap to Primary Balance

Wan Farisan Wan Sulaiman, Zulkefly Abd. Karim, Norlin Khalid,

Riayati Ahmad

615 - 625

6 Impak Skim Subsidi Terhadap Pengeluaran Padi Di Kawasan Muda:

Pendekatan ARDL

Zulkifli Abdul Rahim, Nor Asmat Ismail

626 –634

7 Personal Bankruptcy and Household Consumption Patterns in Malaysia

Toh Siaw Mien, Rusmawati Said

635 –652

8 Factors Affecting Microcredit Quality In Malaysia

Thilagarani Selvaraj, Zulkefly Abdul Rahim, Aisyah Abdul-Rahman,

Norshamliza Chamburi

653 –660

9 The Government Revenue and Expenditure Causal Nexus: A Bootstrap

Rolling Window Approach

Riayati Ahmad, Norlin Khalid

661 –672

xiii

TEMA 5 : INTEGRASI EKONOMI DAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

1 Indeks Keterangkuman Kewangan: Kaedah Bukan-Parametrik Dan

Parametrik

Rosmah Nizam, Zulkefly Abdul Karim, Tamat Sarmidi, Aisyah Abd

Rahman

673 –685

2 Kejayaan Dan Kegagalan Francais Malaysia Di Pasaran Antarabangsa

Noor Diyanti Adzhari, Mohd Hizam Hanafiah, Noorasiah Sulaiman

686 –699

3 Determinants Of Online Shoppping Behaviour Among Generation Y

Towards Taobao

Annie Yong Ing Ing, Nuraishah binti Raimee, Wong Teck Keong,

Mahendra Kumar a/l Chelliah, Jeya Santhini a/p Appannan, Chan Kar

Wai, Lee Wan Joey

700 –707

4 Driving Forces for SMEs in Thriving the Digital Economy in Malaysia

Raymond Ling Leh Bin, Aye Aye Khin, Yogambigai a/p Rajamoorthy ,

Goh Yann Ling

708 - 714

5 Customs Tax And Its Role In Iraq Budget

Ahmed Kadhum Jawad Al-Sultani, Tamat Sarmidi, Junaidah Hasan

715- 725

6 Impact of the Global Financial Crisis on Foreign Direct Investment in

Malaysia

Mustafa Ibrahim, Lai Wei Sien, Harul Izwan

726– 735

7 Kesan Upah Minimum ke atas Guna Tenaga dan Harga Pengguna:

Peranan Pengubahsuaian Produktiviti Buruh dan Jam Bekerja

Nur Hazwani Jamaluddin, Chung-Khain Wye, Tamat Sarmidi

736 –753

8 Produk Negara Thailand sebagai Jualan Utama di Sempadan:

Satu Tinjauan di Arked Niaga Padang Besar, Perlis

Siti Noridayu Abd. Nasir

754 –760

TEMA 6 : EKONOMI PELANCONGAN DAN ALAM SEKITAR

1

Persepsi Masyarakat Terhadap Status Hotel Patuh Shariah Berdasarkan

Piawaian Malaysia: Satu Kajian Di Hotel Tenera Bangi, Selangor

Abdul Rahman Hamzah, Hairunnizam Wahid

761 –774

2 Malaysia Sebagai Negara Oic Dalam Industri Pelancongan Islam : Satu

Kajian Empirikal

Muhammad Aminuddin Abdul Majid, Norlin Khalid

775– 789

xiv

TEMA 7 : B40, KOS SARA HIDUP DAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT

1

Assessing On The Impact Of Higher Housing Price On Fertility

Wang Li Wong, Chin Lee, Kelly Kai Seng Wong

790– 801

2 An Analysis On Income Distribution Among Household In Malaysia

Using Multilevel Modelling

Imee Shahnaz Mohd Bashah, Noorasiah Sulaiman, Mohd Nasir Mohd

Saukani

802- 814

3 Kemudahan Asas Peralatan Rumah Dalam Kalangan Isirumah Fakir

Dan Miskin: Kajian Di Selangor

Siti Nasibah Md Nor, Hairunnizam Wahid

815– 828

4 Persepsi Pelajar Fakulti FEP Terhadap Perkhidmatan Bas UKM”

Wan Nuur Wan Mansor, Norain Binti Mod Asri, Norshamliza Binti

Chamhuri

829 – 842

5 Faktor-Faktor Budaya Dan Sosial Ke Atas Perbelanjaan Belia Melayu

Bandar

Nur Jannah Bukhari, Kim Keum Hyun, Aida Idris

843 – 853

6 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Jumlah Pinjaman Isi Rumah Di

Malaysia

Fatin Syarmimi Hasan, Norlin Khalid

854 – 866

7 Perkhidmatan Berasaskan Teknologi Kewangan (Fintech): Kajian Ke

Atas Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I Plus)

Siti Madiah Binti Salim, Rubayah Yakob, Mohd Hafizuddin Syah B.A.M

867 – 883

8 Analisis Tahap Pengetahuan Golongan Isi Rumah B40 Terhadap

Perlindungan Takaful Mikro

Suriadi Uddin, Hafizuddin-Syah, B.A.M1, Rubayah Yakob

884 – 898

9 Kesan Upah Minimum Ke Atas Guna Tenaga Dan Harga Pengguna:

Peranan Pengubahsuaian Produktiviti Buruh Dan Jam Bekerja

Nur Hazwani Jamaluddin, Chung-Khain Wye , Tamat Sarmidi

899 – 917

10 Cabaran Penyediaan Rumah Mampu Milik Oleh Koperasi

Di Malaysia

Mohd. Nusi Abdul Rahman, Shahida Shahimi, Mohd. Adib Ismail

918-927

Prosiding PERKEM Ke 13 (2018)

ISSN: 2231-962X

28

Penglibatan Pekebun Kecil Sawit dalam Perniagaan dan Keusahawanan:

Kajian di Teluk Intan, Perak

ABDULLAH AZIZI ASNARI

Universiti Kebangsaan Malaysia

HAIRUNNIZAM WAHID

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRACT

Oil palm plantation is the largest commodity crop in Malaysia while palm oil smallholder is a major contributor to the country's

palm oil production, accounting for almost 16.9 percent of the total palm oil yields of 979,758 hectares of land MPOB (2017).

There are various types of independent palm oil smallholders and the degree of dependence on palm oil yields is also different.

Various activities have been done by smallholder palm oils to increase their income through business and entrepreneurial

activities. The involvement of oil palm smallholders in business activities is important to increase their household income and

the living standard of smallholder families that are easily affected by uncertainty and fall in palm oil commodity prices in

global markets. The question of the study is how far the strategy through business activities and entrepreneurship has succeeded

in increasing the income and living standards of palm oil smallholder. Hence this study aims to identify the success rate of

palm oil plantation involvement in this activity as well as to identify the various factors that are likely to drive their involvement

in business and entrepreneurship. About 100 smallholders of oil palm in Teluk Intan, Perak were used as samples in this study

using structured random sampling techniques and data were analyzed using descriptive methods. The findings show that the

main factor of the involvement of palm oil smallholder in business activities is due to the deep interests in entrepreneurship

which ultimately has the potential to increase their income level and standard of living. The findings also show that there are

various types of businesses that have been implemented by smallholder palm oil assisted by the various incentives provided by

the government to improve the standard of living and household income. This study suggests some strategic actions that must

be undertaken by the government and relevant government agencies in the process of entrepreneurship development among

the smallholders of oil palm such as improving training and guidance facilities, financial support and business networks. Some

basic implications are also suggested in this study.

Keywords: Palm oil smallholder, MPOB, business, entrepreneurship

ABSTRAK

Tanaman kelapa sawit merupakan tanaman komoditi yang terbesar di Malaysia manakala pekebun kecil sawit pula adalah

penyumbang yang besar kepada hasil sawit negara iaitu hampir 16.9 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil sawit

merangkumi sebanyak 979,758 hektar tanah MPOB (2017). Terdapat pelbagai jenis pekebun sawit persendirian dan tahap

kebergantungan kepada hasil sawit juga adalah berbeza. Pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh pekebun kecil sawit untuk

menambah hasil pendapatan antaranya adalah melalui kegiatan perniagaan dan keusahawanan. Penglibatan pekebun kecil

kelapa sawit dalam aktiviti perniagaan adalah penting untuk meningkatkan pendapatan isi rumah dan taraf hidup keluarga

pekebun kecil yang mudah terjejas akibat ketidaktentuan dan kejatuhan harga komoditi minyak sawit di pasaran global.

Persoalan kajian ialah sejauhmanakah strategi melalui kegiatan perniagaan dan keusahawanan telah berjaya meningkatkan

pendapatan dan taraf hidup pekebun kecil sawit. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status kejayaan penglibatan

pekebun kelapa sawit dalam kegiatan ini dan juga mengenal pasti pelbagai faktor yang berkemungkinan dapat memacu

penglibatan mereka dalam perniagaan dan keusahawanan. Seramai hampir 100 pekebun kecil kelapa sawit di Teluk Intan,

Perak dijadikan sampel dalam kajian ini menggunakan teknik pensampelan secara rawak berstruktur dan data dianalisis

menggunakan kaedah diskriptif. Hasil kajian ini mendapati faktor utama penglibatan pekebun kecil kelapa sawit dalam aktiviti

perniagaan disebabkan oleh minat pekebun kecil sawit yang mendalam dalam bidang keusahawanan yang akhirnya berpotensi

meningkatkan tahap pendapatan dan taraf hidup mereka. Hasil kajian juga mendapati terdapat pelbagai jenis bentuk

perniagaan yang telah dilaksanakan oleh pekebun kecil sawit dibantu oleh pelbagai insentif yang diberikan oleh pihak

kerajaan bagi meningkatkan taraf kehidupan dan pendapatan isi rumah. Kajian ini mencadangkan beberapa tindakan strategik

yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan serta agensi kerajaan yang berkaitan dalam proses pembangunan usahawan

dalam kalangan pekebun kecil kelapa sawit seperti menambahbaik kemudahan latihan dan bimbingan, sokongan kewangan

dan rangkaian perniagaan. Beberapa implikasi dasar turut dicadangkan dalam kajian ini.

Abdullah Azizi Asnari, Hairunnizam Wahid

29

Kata Kunci: Pekebun kecil sawit, MPOB, perniagaan, keusahawanan

PENGENALAN

Jumlah kawasan yang diusahakan untuk tanaman kelapa sawit di Malaysia merangkumi 5,811,145 hektar dan di negeri Perak

sahaja kawasan tanaman kelapa sawit adalah sejumlah 406,469 hektar. Jumlah keluasan tanaman kelapa sawit ini didahului

oleh estet-estet swasta dan persendirian yang lain iaitu merangkumi 61 peratus atau 3,543,429 hektar mengikut kepada satatistik

jumlah kawasan kelapa sawit mengikut kategori, BEPI (2017). Pekebun kecil sawit persendirian merupakan yang kedua

tertinggi merangkumi 16.9 peratus dan sejumlah 979,758 hektar dan diikuti dengan Felda, Felcra, Risda dan agensi-agensi

kerajaan yanag lain (Rujuk Jadual 1). Jumlah pekebun kecil sawit di daerah Hilir Perak sahaja berjumlah 10,145 orang dan di

Teluk Intan sahaja seramai 5,938 orang pekebun kecil persendirian yang berdaftar dengan Bahagian Perlesenan dan

Penguatkuasaan MPOB pada tahun 2017. Jumlah pekebun kecil sawit yang besar ini menunjukkan golongan ini mempunyai

kepentingan tersendiri dalam menyumbang kepada hasil sawit negara dan golongan ini tidak perlu dipinggirkan kerana mereka

memberikan impak yang signifikan. Jika pekebun kecil sawit tidak lagi berminat dalam meneruskan lagi penglibatan dalam

industri kelapa sawit, hal ini menjadi sesuatu kerugian dalam negara. Oleh yang demikian, penglibatan pekebun kecil sawit

dalam sektor kelapa sawit harus dijaga dengan penambahbaikan.

Pekebun kecil sawit merupakan penyumbang besar hasil sawit negara. Hasil kelapa sawit merupakan komoditi

terpenting kerana ianya merupakan penyumbang kepada hasil negara kerana Malaysia merupakan antara pengeksport terbesar

minyak kelapa sawit selain negara pengeluar lain. Pekebun kecil sawit pula menyumbang lebih 40 peratus daripada jumlah

hasil sawit negara dan ini membuktikan kepentingan pekebun kecil sawit negara terhadap hasil pendapatan negara. Antara

kebimbangan pekebun kecil sawit pada masa kini adalah tentang harga kelapa sawit yang tidak menentu. Menurut statistik

yang dikeluarkan oleh Bahagian Ekonomi dan Pembanguanan Industri MPOB menunjukkan harga buah tandan segar (BTS)

yang dijadikan panduan oleh pekebun kecil sawit menunjukkan ketidaktentuan harga iaitu sekitar RM450 hingga RM490 per

tan metrik pada bulan Jun 2018 dan sekitar Januari 2018 harga diantara RM550 hingga RM570 per tan metrik bagi gred buah

A iaitu pada kadar perahan minyak 20 peratus di zon utara semenanjung Malaysia, BEPI (2017). Hal ini menunjukkan harga

kelapa sawit untuk pekebun kecil amat tidak menentu ditambah lagi dengan harga input pertanian seperti baja dan racun yang

semakin meningkat. Hal ini belum ditambah dengan masalah harga yang ditawarkan oleh orang tengah seperti kilang-kilang

dan pusat-pusat timbang sekitar mereka.

Oleh yang demikian kepentingan pekebun kecil sawit yang signifikan ini menjadi penyebab mengapa golongan ini

perlu diambil perhatian agar mereka tidak terjejas daripada ketidaktentuan harga sawit yang melanda industri kelapa sawit pada

masa kini. Pelbagai insentif daripada pihak kerjaan amat perlu agar pekebun kecil sawit dapat bertahan dalam keadaan ekonomi

yang tidak menentu dan kenaikan taraf hidup akibat harga barang yang semakin naik. Pekebun kecil perlu didedahkan dengan

alternatif lain untuk memperoleh pendapatan agar tidak sepenuhnya bergantung kepada hasil sawit mereka. Pelbagai insentif

daripada pihak kerajaan seperti bantuan-bantuan perlu dikekalkan dan ditambah baik agar mereka dapat dibantu terutama

mereka yang berpendapatan rendah. Bantuan kerajaan melalui agensi mereka seperti MPOB diperluaskan seperti skim-skim

bantuan sedia ada seperti Skim Tanam Semula Sawit (TSSPK), Skim Tanam Baru Sawit (TBSPK), Skim Integrasi Tanaman

(ITa), Skim Integrasi Ternakan (ITe), Skim Bantuan Baja dan skim bantuan tambahan yang lain bagi membantu pekebun kecil

menambah pendapatan. Selain itu, pihak agensi lain dapat memberi modal permulaan untuk pekebun kecil memulakan

perniagaan yang boleh menjana pendapatan mereka.

Dalam konteks penyertaan pekebun kecil sawit dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, perkara pokok yang

menjadi tumpuan perbincangan ialah berkenaan dengan tahap peglibatan. Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa tahap

penglibatan pekebun kecil dalam bidang keusahawanan terutamanya di kawasan luar bandar adalah masih rendah. Faktor-

faktor ini perlu dikenal pasti dan diteliti memandangkan bidang perniagaan dan keusahawanan bakal memberikan impak yang

besar dan mampu membawa perubahan terutamanya kepada perkembangan aspek sosioekonomi dan fizikal komuniti tempatan

terutamanya pekenun kecil sawit di Malaysia. Oleh sebab itu, kajian yang lebih lanjut tentang penglibatan pekebun kecil sawit

terhadap bidang perniagaan dan keusahawanan perlu lebih diketengahkan agar dijadikan rujukan pelbagai pihak bagi

memperkasakan lagi bidang perniagaan di Malaysia. Pelaburan dalam bidang ini terbuka luas kepada sesiapa sahaja terutama

bagi mereka yang berkemampuan dari segi modal, kemahiran dan juga kadang-kala kuasa politik bagi menzahirkan agenda

pembangunan tersebut.

Bidang perniagaan dan keusahawanan juga boleh menjadikan pekebun kecil sawit lebih berdaya saing. Hal ini kerana

kebergantungan penuh kepada hasil kelapa sawit sahaja tidak seharusnya diamalkan namun penambahbaikan ekonomi pekebun

kecil amat digalakkan. Oleh itu, adalah keperluan bagi pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia untuk terlibat dalam pelbagai

aktiviti ekonomi yang lain sebagai strategi untuk meningkatkan pendapatan, khususnya untuk menghadapi kesan perubahan

dalam harga pasaran. Salah satu strategi yang dikenalpasti adalah penglibatan pekebun kecil kelapa sawit dalam aktiviti

perniagaan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat status penglibatan pekebun kelapa sawit dalam aktiviti perniagaan,

dorongan penglibatan mereka dalam perniagaan dan mengenal pasti bentuk-bentuk kemudahan dan sokongan yang diperlukan

oleh pekebun kecil untuk mengukuhkan kemajuan mereka dalam menjalankan perniagaan mereka. Faktor-faktor dan penyebab

penglibatan turut dikaji dan pekebun kecil juga mengetengahkan masalah yang dihadapi serta cadangan untuk mengatasi

masalah tersebu

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)

30

KAJIAN LEPAS

Bidang perniagaan dan keusahawanan adalah salah satu strategi yang boleh dilakukan dalam meningkatkan kepelbagaian

ekonomi komuniti setempat Steiner & Atterton (2014). Penglibatan ahli komuniti setempat dalam aktiviti perniagaan memberi

peluang kepada untuk menjana peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan keluarga dan menyumbang kepada kepelbagaian

ekonomi dalam masyarakat. Untuk tujuan ini, Fereidouni, et al., (2010) menjelaskan bahawa persekitaran perniagaan

merupakan faktor utama dalam menentukan penglibatan anggota masyarakat dalam menjalankan perniagaan. Hal ini kerana

peniaga bakal perlu menganalisis persekitaran ekonomi semasa dan mengenal pasti keperluan bakal pelanggan. Ini juga

diperkatakan Watsone, et al. (1998) bakal peniaga atau usahawan berpotensi boleh memanfaatkan persekitaran ekonomi semasa

dan mengeksploitasikan peluang pasaran

Collins et al. (2004) menegaskan bahawa kesukaran untuk menjalankan perniagaan oleh seseorang adalah disebabkan

tidak mempunyai pengetahuan asas yang mendalam mengenai perniagaan. Oleh itu, dalam sesebuah komuniti, latihan

merupakan satu proses yang sistematik khusus untuk memberikan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang bersesuaian

bagi sesuatu tugas atau pekerjaan Faizuniah et al., (2002). Keberkesanan sesuatu latihan penting bagi memastikan kemahiran

dan pengetahuan yang disampaikan dapat diterima dan diguna pakai untuk diri sendiri dan pekerja. Perniagaan dan

keusahawanan melibatkan keupayaan untuk meneroka peluang dan membangunkan kesedaran tentang risiko, kreativiti dan

inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan seperti yang dikatakan Husaini et al, (2008).

Bakat kepimpinan dan disiplin diri pula dapat dibentuk melalui pengalaman mengurus dan mengendalikan usaha niaga

sendiri. Hal ini kerana mereka sendiri adalah majikan yang menentukan perjalanan kerjaya yang diceburi. Kecenderungan

terhadap bidang perniagaan dan keusahawanan juga berkaitan dengan sikap individu berkenaan terhadap risiko dan berdikari.

Douglas Shepherd, (2002) mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kecenderungan keusahawanan yang tinggi akan

mempamerkan sikap yang lebih positif terhadap diri sendiri dan lebih berdikari. Menurut Manthei (2005) mengenai kesan masa

ke atas pelajaran apabila pelajar bekerja sambil belajar di universiti. Ini menunjukkan mereka lebih cenderung untuk mencari

pendapatan sendiri bagi mendapat kepuasan diri. Dengan itu kejayaan yang dicapai akan dapat memberi kepuasan kerana

kejayaan itu ialah hasil daripada usaha dan kesungguhannya sendiri.

Usahawan sebenarnya melihat cabaran dan halangan sebagai peluang dalam usaha mereka untuk mencapai kejayaan

dalam perniagaan dan kehidupan. Para peniaga dan usahawan dikatakan termasuk dalam kategori sederhana, tidak berani

mengambil risiko yang besar dan cuba untuk meminimakannya atau cuba menguruskannya sebaik mungkin semasa merebut

peluang-peluang yang sedia ada. Allen (2003) menyatakan kebanyakan usahawan menunjukkan bahawa mereka bukanlah

golongan yang hanya merebut peluang tanpa menilai risiko yang perlu dihadapi sebaliknya mereka akan menghitung risiko

yang perlu mereka ambil dan akan dihadapi. Kajian Klapper (2004) terhadap pelajar Universiti Grande Ecole di Perancis

mendapati alasan pelajar untuk tidak menyertai bidang keusahawanan adalah kerana terlalu berisiko, terlalu banyak cukai,

kurang pengalaman, kurang idea, tiada masa untuk diri sendiri dan juga orang lain serta tidak mempunyai idea. Risiko

merupakan perkara yang wajib ditanggung dan tidak boleh dielakkan dalam usaha mendapatkan keuntungan. Sebagai contoh

seperti yang disebut oleh Saiful (2005), peniaga yang menjalankan perniagaannya harus menanggung risiko sekiranya terdapat

kerosakan, kecacatan atau susut nilai terhadap barangan jualannya sebelum barang tersebut diserahkan kepada pembeli. Inilah

perkara yang perlu ditanggung oleh seseorang usahawan itu apabila terlibat dalam bidang perniagaan.

METODOLOGI KAJIAN

KAEDAH PENSAMPELAN

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mengumpul maklumat dan data daripada pekebun kecil kelapa sawit sekitar

Teluk Intan. Teluk Intan dikenal pasti mempunyai banyak pekebun kelapa sawit seperti yang dipandukan oleh Lembaga

Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Pilihan sampel dilakukan melalui persampelan rawak. Jumlahnya ditentukan berdasarkan

justifikasi bahawa ia dianggap mencukupi untuk mewakili penduduk pekebun kecil kelapa sawit di setiap daerah. Pengedaran

kaji selidik dilakukan bersama pegawai TUNAS kawasan di Teluk Intan dengan mengikuti program-program yang dilakukan

oleh pihak MPOB. Selain itu, kaedah lain yang dilakukan adalah mengedarkan borang kaji selidik di pusat pengumpilan buah

di sekitar kawasan Teluk Intan kerana ianya lebih dekat dengan pekebun kecil sawit setempat. Dengan cara ini, pengedaran

responden lebih komprehensif dan dapat memberikan penilaian faktor-faktor penglibatan pekebun kecil dalam perniagaan.

Secara keseluruhannya, seramai 100 responden menyertai kajian ini.

Kajian soal selidik ini mempunyai tiga bahagian. Bahagian pertama berkaitan dengan maklumat demografi pekebun

kecil kelapa sawit. Soalan termasuk umur, jantina, bangsa, status perkahwinan, bilangan anak, tahap pendidikan, dan

pendapatan bulanan selain kelapa sawit. Bahagian kedua berkaitan dengan profil perniagaan dan keushawanan pekebun kecil

kelapa sawit. Soalan-soalan tersebut jenis perniagaan dan keusahawanan yang dilakukan, tempoh penglibatan, jenis

pendaftaran perniagaan, sumber permulaan modal, jumlah modal permulaan, anggaran keuntungan bulanan pekebun kecil dan

penyebab penglibatan pekebun kecil sawit dalam perniagaan. Akhir sekali, bahagian ketiga berkaitan dengan penglibatan

faktor-faktor penglibatan pekebun kecil dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Faktor penglibatan dibahagikan kepada

Abdullah Azizi Asnari, Hairunnizam Wahid

31

tujuh faktor utama seperti faedah dan peluang, keluarga, pendapatan, pengetahuan dan kemahiran, risiko/ cabaran pengurusan,

kemahiran kepimpinan dan juga faktor luaran. Semua faktor diambil kira berdasarkan hujah-hujah dalam kajian-kajian lepas

dan diubahsuai mengikut kesesuaian dan objektif kajian. Semua soalan menggunakan lima skala pilihan iaitu daripada 1

bermaksud “Sangat Tidak Bersetuju” hingga skala 5 bermaksud “Sangat Bersetuju”.

KAEDAH ANALISIS DATA

Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis deskriptif yang meliputi nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan

piawai. Skor min adalah nilai purata yang mewakili pelbagai nilai dan merupakan kaedah pengukuran kecenderungan pusat.

Nilai min digunakan untuk menjelaskan tahap persetujuan dengan responden dan membaca bersamaan dengan sisihan piawai

untuk menentukan tahap persetujuan mengenai perkara yang dibangkitkan dalam soalan. Untuk skala lima mata, skala tahap

persetujuan iaitu kurang 2.4 adalah ‘Rendah’; 2.41-3.80 adalah ‘Sederhana’ dan akhir sekali lebih 3.81 adalah ‘Tinggi’seperti

yang dikatakan oleh Bahril B. Balli dan Wahid Razzaly (2010) dalam Jadual 2.

Kaedah analisis kebolehpercayaan instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kestabilan dalaman

dengan menggunakan nilai pekali alpha. Menurut Zaidatul (2003), kaedah ini baik untuk melihat aras konsisten dalaman yang

dipunyai oleh instrumen. Nilai pekali alpha yang maksimum ialah 1. Sekiranya nilai pekali alpha kurang daripada 0.6, maka

instrumen yang digunakan di dalam kajian mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Pekali Alpha Cronbach telah

diklasifikasikan mengikut indeks kebolehpercayaan oleh Norizan (2003) seperti dalam Jadual 2. Sekiranya nilai pekali alpha

yang melebihi indeks di atas menunjukkan item-item kajian dalam kajian ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi

dan boleh digunakan untuk kajian sebenar. Walau bagaimanapun, sekiranya indeks yang lebih rendah dari nilai tersebut, item

tersebut perlu diubahsuai atau diganti. Berikut adalah Jadual 1 yang menunjukkan indeks pekali Alpha Cronbach.

Kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada

kecacatan. Semakin tinggi nilai pekali Alpha Cronbach dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, maka semakin

jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik. Semua data dianalisis menggunakan pakej

statistik untuk Sains Sosial (SPSS).

KAEDAH KUALITATIF

Kajian juga menggunakan kaedah kualitatif sebagai rujukan kepada kajian yang dilakukan. Data kualitatif berbentuk deskriptif,

berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati Taylor (1984). Data kualitatif terhasil

daripada tiga jenis data sebagaibagai mana Patton (1990) Pertama adalah hasil pemerhatian dan huraian terperinci tentang

situasi, kejadian, interaksi, dan tingkah laku yang diamati di lapangan. Yang kedua adalah hasil pembicaraan dari pernyataan

orang-orang tentang pengalaman, sikap, keyakinan, dan pemikiran mereka dalam kesempatan temubual mendalam dan yang

terakhir adalah daripada bahan tertulis seperti petikan atau keseluruhan dokumen, surat-menyurat, rakaman, dan kes sejarah.

Kajian ini juga menggunakan kaedah menemu ramah yang menjalankan temu bual yang terperinci berdasarkan garis panduan

yang telah ditetapkan. Apa-apa yang disebutkan oleh responden merupakan data penting kajian. Maklum balas yang relevan

akan dicatatkan dalam kajian. Melalui kaedah ini seseorang pengkaji boleh memperoleh kefahaman yang meluas dan sempurna

dengan cara yang lebih mendalam dalam sesebuah topik tertentu.

HASIL KAJIAN

DEMOGRAFI PEKEBUN KECIL SAWIT DI TELUK INTAN, PERAK

Kajian ini mendapat sejumlah 100 orang pekebun kecil sawit di Teluk Intan sebagai responden untuk mengkaji tentang

penglibatan pekebun kecil sawit terhadap perniagaan dan keusahawanan. Menurut hasil kajian ini, umur pekebun yang paling

banyak terlibat terlibat dalam perniagaan dan keusahawanan adalah dalam lingkungan 51 hingga 60 tahun iaitu sebayak 26

peratus diikuti dengan golongan yang berumur 41-50 tahun iaitu sebanyak 24 peratus. Dari segi jantina, lelaki mewakili 82

peratus berbanding perempuan sebayak 18 peratus. Selain itu, dari segi bangsa Melayu mewakili 68 peratus diikuti dengan

kaum Cina sebayak 20 peratus dan India sebayak 12 peratus. Majoriti status perkahwinan responden adalah sudah berkahwin

iaitu sebanyak 92 peratus berbanding bujang iaitu 9 peratus sahaja seperti dalam Jadual 3. Dari segi bilangan anak, kebanyakan

respondan mempunyai anak seramai 1 hingga 6 orang anak. 10 daripada jumlah responden memiliki Ijazah/Sarjana dan 40

peratus daripada responden memiliki SPM dan setaraf sebagai tahap pendidikan mereka. Tambahan lagi, jenis pekerjaan yang

kebanyakan dilakukan oleh mereka adalah kerja sendiri iaitu sebanyak 65 peratus. Dari segi jumlah pendapatan pekebun kecil

sawit, rata-rata mereka memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM1000 hingga RM3000. 18 orang responden mempunyai

pendapatan selain kelapa sawit kurang dari RM 1000 manakala 29 orang mempunyai pendapatan antara RM1001 hingga

RM2000 serta 26 peratus dari mereka memperoleh pendapatan antara RM2001 hingga RM3000. Hanya 13 orang daripada

responden memperoleh pendapatan lebih daripada RM4000. Hal ini menunjukkan masih terdapat ramai jurang pendapatan

antara pekebun kecil sawit di kawasan Teluk Intan.

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)

32

PROFIL PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN PEKEBUN KECIL SAWIT

Seperti dalam Jadual 4 jenis perniagaan dan keushawanan yang dijalankan oleh responden adalah berkaitan dengan kelapa

sawit iaitu sebanyak 32 orang dan diikuti dengan dalam perniagaan berasaskan pertanian iaitu sebanyak 31 orang merangkumi

31 peratus. Selain itu seramai 20 orang menjalankan perniagaan dalam makanan dan minuman serta 7 orang dalam peruncitan.

Seramai 62 orang daripada jumlah respondan menjalankan perniagaan dan keusahawanan ini lebih dari 5 tahun. Hal ini

menunjukkan bidang perniagaan dan keushawanan ini telah diceburi oleh responden dengan masa yang agak lama iaitu lebih

lima tahun. Setelah diwajibkan oleh pihak KPDNKK lebih separuh daripada pihak responden telah mendaftarkan perniagaan

mereka iaitu seramai 51 orang manakala 49 orang lagi masih belum mendaftarkan perniagaan mereka. Modal yang diperolehi

oleh responden untuk memulakan perniagaan adalah daripada simpanan sendiri iaitu 56 orang daripada mereka. Seramai 24

pekebun kecil juga menggunakan pinjaman daripada ahli keluarga dan seramai 19 orang menggunakan pinjaman bank sebagai

sumber pemulaan modal mereka memulakan perniagaan dan keushawanan. Majoriti jumlah modal permulaan bulanan melalui

perniagaan ini adalah sebanyak RM3000 hingga RM5000 iaitu seramai 30 orang dan seramai 25 orang responden pula

memulakan perniagaan dengan modal sebanyak RM1000 hingga RM3000. Dari segi keuntungan pula hampir 80 peratus

daripada responden memperoleh keuntungan dibawah RM 5000 iaitu seramai 42 orang responden memperoleh keuntungan

antara RM1000 hingga RM3000 diikuti dengan responden seramai 19 orang memperoleh keuntungan antara RM3000 hingga

RM5000 dan sebanyak 17 orang responden memperoleh keuntungan dibawah RM1000 sahaja.

PENYEBAB PENGLIBATAN PEKEBUN KECIL SAWIT KEPADA PERNIAGAAN

Kajian soal selidik mendapati bahawa skor min sebab mengapa pekebun kecil sawit terlibat dalam bidang perniagaan dan

keusahawanan adalah antara 2.49 dan 4.2 seperti dalam Jadual 5. Menurut soal selidik tersebut skor min responden tidak

berpuas hati dengan kerja sebelum ini adalah 2.88 iaitu ditahap yang sederhana bersama dengan 2 penyebab lain iaitu tradisi

keluarga dan kehilangan pekerjaan iaitu mencatatkan skor min 3.46 dan 3.49. Penyebab utama penglibatan responden dengan

perniagaan dan mencatatkan skala skor min yang tinggi adalah ingin menambahkan pendapatan. Daripada hasil kajian ini

mendapati pekali Alpha Cronbach menunjukkan nilai sebanyak 0.55 mendapati terdapat instrumen/sebab yang dikaji dalam

kajian ini adalah kurang sesuai kerana memperoleh alpha kurang dari 0.6 yang mendapati kebolehpercayaan instrumen dalam

kajian agak rendah. Apa yang boleh dicadangkan adalah supaya menukarkan penyebab lain tentang penglibatan pekebun kecil

sawit dalam perniagaan dan keusahawanan.

FAKTOR PENGLIBATAN PEKEBUN KECIL SAWIT DALAM PERNIAGAAN

DAN KEUSAHAWANAN

Jadual 6 menunjukkan terdapat 7 faktor yang dikenalpasti sebagai penyebab penglibatan pekebun kecil sawit dalam bidang

perniagaan dan keusahawanan. Antara 7 faktor tersebut adalah faktor faedah dan peluang perniagaan/keusahawanan, faktor

keluarga, faktor pendapatan, faktor pengetahuan dan kemahiran, faktor risiko/cabaran pengurusan, faktor kemahiran

kepimpinan dan akhir sekali adalah faktor luaran. Skor min faktor faedah dan peluang perniagaan dan keusahawanan adalah

diantara 3.87 hingga 4.25 dan ianya menunjukkan faktor faedah dan peluang mempunyai purata faktor tahap yang tinggi.

Antara yang tertinggi adalah responden mempunyai minat dalam perniagaan dan terdapat kebebasan dalam membuat keputusan

sendiri iaitu skor min 4.25 dan 4.21 berdasarkan dari Jadual 6. Selain itu, dari segi faktor yang mencatatkan purata tahap yang

sederhana iaitu skor min 3.77 adalah segi faktor keluarga kerana faktor keluarga mencatatakan tahap skor min yang tinggi dan

sederhana. Antara fakor keluarga yang merekodkan skor min yang tinggi adalah ingin mewariskan perniagaan kepada anak-

anak iaitu skor min 4.06 diikuti dengan mendapat galakan dan dorongan daripada keluarga iaitu sebanyak 3.94. Mempunyai

perniagaan keluarga sedia ada dan meneruskan perniagaan tradisi keluarga mencatatkan skor min di tahap yang sederhana dari

segi faktor keluarga iaitu 3.49 dan 3.52.

Antara faktor yang dikaji adalah faktor pendapatan dan melalui kaji selidik mendapati tahap purata skor min yang

tinggi iaitu 4.31. Faktor pendapatan yang mempunyai kesuluruhan tahap yang tinggi pada skor min dan antaranya adalah

menambah pendapatan tambahan iaitu sebanyak 4.47 dan ingin meningkatkan pendapatan isirumah memperoleh skor min

sebanyak 4.44. Faktor pendapatan lain yang mempunyai tahap skor min yang tinggi adalah menjangkakan pendapatan dan

keuntungan yang tinggi iaitu 4.23, untuk menampung pendidikan anak-anak iaitu 4.35 dan untuk simpanan menunaikan haji

dan umrah juga mencatatkan skor min di tahap yang tinggi iaitu 3.85. Tahap tersebut hampir kepada sederhana kerana terdapat

responden lain yang bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam seperti di Jadual 3. Faktor pengetahuan dan kemahiran

merekodkan purata skor min di tahap yang tinggi iaitu 3.91 dan ianya merekodkan skor min antara 3.67 hingga 4.14 daripada

5 penerangan dibawah faktor tersebut. Hanya responden yang pernah menyertai kursus perniagaan/keusahawanan mencatatkan

skor min yang tahap sederhana iaitu 3.67 dan faktor lain mencatatkan tahap skor min yang tinggi seperti mengetahui dan peka

terhadap kedudukan kewangan iaitu 4.14 dan ianya diikuti dengan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam selok belok

perniagaan & keusahawanan sebanyak 4.01

Faktor risiko/cabaran pengurusan turut dikaji dalam kajian ini dan menurut soalan kaji selidik yang diberi faktor

tersebut memperoleh tahap purata skor min yang tinggi iaitu 3.97. Keseluruhan faktor risiko mencatatkan tahap skor min yang

Abdullah Azizi Asnari, Hairunnizam Wahid

33

tinggi seperti mampu untuk memikul tanggungjawab mencatatkan skor min yang paling tinggi iaitu 4.14 dan sanggup

menempuh cabaran dalam perniagaan merekodkan skor min sebanyak 4.1. Faktor risiko iaitu tidak takut menempuh kegagalan

mempunyai skor min 4.06 dan faktor lain juga mencatatkan tahap skor min yang tinggi iaitu 3.83 hingga 3.95 seperti dalam

Jadual 6. Selain itu, faktor kemahiran kepimpinan merekodkan tahap purata skor min yang tinggi iaitu 4.1. Skor min faktor

kemahiran dan kepimpinan mencatatkan sebanyak 3.98 hingga 4.25 dan semuanya di tahap yang tinggi dengan para responden

tekad dan teguh dengan pendirian sebagai skor min tertinggi disusuli dengan mempunyai keyakinan yang tinggi pada diri

sendiri sebanyak 4.19. Tambahan lagi, para responden yang mempunyai semangat kerjasama yang tinggi, tidak bergantung

dengan orang lain, mampu berinteraksi dengan pekerja dengan baik dan lain-lain faktor mencatatkan skor min yang tidak jauh

berbeza dan di tahap yang tinggi

Bagi faktor luaran, terdapat lima faktor luaran yang merekodkan purata nilai skor min yang sederhana iaitu 3.02 hingga

3.62. Faktor mudah mendapatkan pekerja yang mahir merekodkan skor min 3.02 dan para pekebun kecil sawit di Teluk Intan

mudah mendapatkan bahan untuk urusan perniagaan juga merekodkan skor min masih sederhana iaitu 3.62. Keseluruhannya,

faktor luaran tidak memberikan impak yang besar dalam faktor penglibatan pekebun kecil sawit dalam bidang perniagaan dan

keusahawanan kerana purata skor min faktor luaran sebagai faktor penglibatan pekebun kecil sawit hanya berada di tahap yang

sederhana. Daripada hasil kajian ini mendapati pekali Alpha Cronbach menunjukkan nilai antara 0.8 sehingga 0.911 yang

menunjukkan kesemua faktor-faktor yang dicadangkan sebagai pemboleh ubah boleh diterima berdasarkan nilai tersebut.

Kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi membolehkan sesebuah kajian boleh diterima dengan baik. Semakin tinggi

nilai pekali Alpha Cronbach maka kebolehpercayaan instrument yang dicadangkan lebih baik dan ianya ditunjukkan dalam

hasil kajian yang didapati.

PERBANDINGAN NILAI MIN DENGAN JUMLAH MODAL PERMULAAN

Bahagian ini melaporkan keputusan mengenai perbandingan nilai min dengan jumlah modal permulaan iaitu meninjau sama

ada wujud perbezaan di antara jumlah modal permulaan perniagaan dan faktor penglibatan pekebun kecil sawit dalam

perniagaan. Bagi mengkaji perbezaan faktor penglibatan di antara modal perniagaan, ujian ANOVA satu hala digunakan.

Keputusan ujian ANOVA satu hala membuktikan bahawa responden yang mempunyai modal permulaan RM1000-RM3000

memiliki skor min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.43 (S.P=.50) berbanding dengan responden yang mempunyai modal

RM9000 keatas yang mempunyai skor min sebanyak 4.10 (S.P=.61) dan responden yang memiliki modal bawah dari RM1000

yang mempunyai skor min sebanyak 3.93 (S.P=.93). Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang

signifikan dalam faktor faedah dan peluang keusahawanan mengikut modal perniagaan pada aras keertian 10 peratus. Ini

bermakna faktor faedah dan peluang keusahawanan berbeza antara modal perniagaan dan semua skala skor min bagi jumlah

modal permulaan pada tahap yang tinggi.

Selain itu, berdasarkan analisis ANOVA satu hala bagi jumlah modal permulaan dan faktor keluarga, membuktikan

pekebun yang mempunyai jumlah modal permulaan antara RM1,000 hingga RM3,000 mempunyai skor min yang paling tinggi

iaitu skor min sebanyak 4.11 (S.P=.0.64) berbanding dengan jumlah modal permulaan antara RM5000 hingga RM7000

mempunyai skor min yang juga di tahap yang tinggi tinggi iaitu skor min sebanyak 3.83 (S.P=.0.93). Hanya dua jumlah modal

permulaan mempunyai tahap skor min yang tinggi dan jumlah modal permulaan modal yang lain mempunyai skor min yang

sederhana. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam faktor keluarga mengikut

jumlah permulaan modal. Ini bermakna faktor keluarga adalah tidak berbeza antara jumlah permulaan modal.

Keputusan ujian ANOVA satu hala membuktikan bahawa responden yang mempunyai modal permulaan RM1,000-

RM3,000 memiliki skor min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.55 (S.P=.0.48) berbanding dengan responden yang mempunyai

modal RM3,000 hingga RM5,000 yang mempunyai skor min sebanyak 4.33 (S.P=.63) dan responden yang memiliki modal

bawah dari RM1000 yang mempunyai skor min sebanyak 3.93 (S.P=.83). Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan dalam faktor pendapatan mengikut modal permulaan perniagaan pada aras keertian 10 peratus. Ini

bermakna faktor pendapatan berbeza antara modal perniagaan dan semua skala skor min bagi jumlah modal permulaan pada

tahap yang tinggi. Untuk kajian faktor pengetahuan dan kemahiran terhadap modal permulaan perniagaan mencatatkan tahap

skor min yang tinggi bagi semua jumlah modal permulaan. Namun begitu, keputusan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan

yang signifikan antara faktor pengetahuan dan kemahiran terhadap jumlah modal permulaan untuk para responden. Ini

bermakna faktor pengetahuan dan kemahiran adalah tidak berbeza antara jumlah modal permulaan mengikut keputusan kajian

dengan tiada satu jumlah modal permulaan yang signifikan pada aras keertian 10 peratus. Antara skor min yang tertinggi adalah

modal permulaan sebanyak RM1000 hingga RM3000 yang memperoleh skor min 4.15 (S.P=.53) dan dikuti dengan modal

permulaan RM9000 keatas mempunyai skor min 3.89 (S.P=.66).

Untuk faktor risiko dan cabaran pengurusan serta faktor kemahiran kepimpinan berdasarkan Jadual 7 menunjukkan

kedua-dua faktor tersebut mempunyai purata skor min yang tinggi berbanding dengan jumlah modal permulaan. Keputusan

kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam faktor risiko dan kemahiran kepimpinan mengikut

jumlah permulaan modal. Ini bermakna kedua –dua faktor ini adalah tidak berbeza antara jumlah permulaan modal mengikut

keputusan kajian dengan tiada satu jumlah modal permulaan yang signifikan pada aras keertian 10 peratus. Tahap skor min

yang paling tinggi untuk faktor risiko dengan jumlah permulaan modal responden sebanyak RM1,000 hingga RM3,000 yang

memperoleh skor min 4.15 (S.P=.50). Untuk faktor kemahiran kepimpinan pula mencatatkan skor min yang tertinggi dengan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)

34

jumlah modal permulaanyang sama iaitu RM1,000 hingga RM3000 yang memperoleh skor min 4.37 (S.P=.54). Tambahan

lagi, berdasarkan analisis ANOVA satu hala bagi jumlah modal permulaan dan faktor luaran, membuktikan pekebun yang

mempunyai jumlah modal permulaan antara RM1,000 hingga RM3000 mempunyai skor min yang paling tinggi namun di tahap

yang sederhana iaitu skor min sebanyak 3.53 (S.P=1.0) berbanding dengan jumlah modal permulaan RM9,000 keatas

mempunyai skor min 3.28 (S.P=.85). Keputusan kajian menunjukkan tahap skor min bagi faktor luaran terhadap jumlah modal

permulaan adalah pada tahap yang sederhana. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan

dalam faktor luaran mengikut jumlah permulaan modal pada aras keertian 10 peratus. Ini bermakna faktor luaran adalah tidak

berbeza antara jumlah permulaan modal.

Hasil kajian perbandingan nilai min dengan jumlah modal permulaan berdasarkan Jadual 7 menunjukkan faktor faedah

dan peluang keusahawanan menunjukkan faktor yang signifikan berdasasarkan nilai min disamping faktor pendapatan yang

juga menunjukkan impak yang signifikan dengan jumlah modal permulaan. Walaupun faktor-faktor lain yang menunjukkan

tahap purata min yang tinggi seperti faktor pengetahuan dan kemahiran, faktor risiko/ cabaran pengurusan, faktor kemahiran

kepimpinan dan faktor luaran, faktor tidak menunjukkan faktor yang signifikan kepada kajian. Faktor pendapatan secara

keseluruhannya memang memberi impak kepada para responden namun begitu berbanding dengan jumlah modal permulaan

sebanyak antara RM1001 hingga RM3000 memberikan nilai min yang paling tinggi berbanding jumlah modal permulaan yang

lain dan ianya tidak menunjukkan jumlah modal permulaan yang besar tidak memberikan impak yang besar kepada faktor

pendapatan. Ianya juga turut sama dengan faktor faedah dan peluang keusahawanan yang mana jumlah modal permulaan yang

tinggi bukan sebagai faktor penglibatan pekebun kecil kepada bidang perniagaan dan keusahawanan. Hal ini menunjukkan

modal permulaan yang besar tidak menjadi penyebab penglibatan responden kepada perniagaan dan keusahawanan.

Antara faktor lain yang menunjukkan purata nilai min yang sederhana adalah faktor keluarga dan faktor luaran. Untuk

faktor keluarga, perbandingan nilai min dengan jumlah modal permulaan menunjukkan jumlah modal permulaan antara RM

1,000 hingga RM3,000 menunjukkan nilai min yang tinggi namun tidak menunjukkan faktor yang signifikan terhadap faktor

penglibatan responden. Untuk faktor luaran, semua jumlah modal permulaan menghasilkan nilai min yang sederhana sama ada

nilai modal permulaan yang rendah sehingga yang nilai modal permulaan yang tinggi. Hal ini menunjukkan faktor luaran

kurang memberi impak kepada faktor penglibatan responden dalam perniagaan dan keusahawanan berdasarkan tahap nilai min

yang diperoleh daripada kajian adalah sederhana secara keseluruhannya dan tidak menunjukkan nilai yang signifikan kepada

hasil kajian. Secara keseluruhannya faktor yang menjadi penyebab atau faktor kepada penglibatan responden dalam perniagaan

dan keusahawanan merupakan faktor faedah dan peluang yang diperoleh oleh para responden sendiri. Antara yang terkandung

dalam faktor tersebut adalah seperti minat, mempunyai kebebasan dalam membuat keputusan, mempunyai kemudahan dan

peluang tersendiri untuk menjalankan perniagaan dan keusahawanan tersebut. Faktor pendapatan memang sudah dijangka

sebagai faktor utama penglibatan responden namun nilai modal permulaan yang sederhana tidak dijangka sebagai hasil kajian.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR

Maklumbalas daripada responden yang menyatakan masalah-masalah yang dihadapi dan cadangan cara untuk mengatasinya

ada disediakan dalam borang soal selidik berkenaan penglibatan pekebun kecil sawit dalam perniagaan seperti di ringkaskan

dalam Jadual 8. Antara masalah yang sering dihadapi oleh responden adalah daripada soal untuk mendapatkan pekerja sama

ada pekerja tempatan atau asing. Masalah yang dihadapi oleh mereka ini amat serius kerana hal ini boleh mengakibatkan urusan

harian perniagaan mereka terjejas. Mendapatkan pekerja yang mahir merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam

sesebuah perniagaan kerana pekerja terutama yang mahir dapat membantu meneruskan perniagaan agar lebih berdaya saing

dan seterusnya membantu mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan pekebun kecil sawit. Oleh yang demikian aspek

mendapatkan pekerja yang mahir perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib dan kajian tentang kekurangan pekerja yang mahir

perlu dipertingkatkan seperti yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Kajian tentang sumber tenaga buruh dari

pelbagai sektor terutama sektor perladangan dan pertanian telah dijalankan dan hasil kajian menunjukkan sumber bilangan

penduduk bekerja di sektor pertanian adalah seramai 1,609.9 ribu orang, menurun 8.2 peratus. Bilangan penduduk bukan

warganegara yang bekerja di sektor pertanian adalah seramai 600.4 ribu orang, menurun 7.1 peratus berbanding tahun 2015.

Peratusan lelaki yang bekerja di sektor ini pada 2016 adalah 76.9 peratus manakala selebihnya adalah perempuan, Perangkaan

(2017).

Hal ini menunjukkan sektor pertanian mengalami kekurangan pekerja yang boleh mengakibatkan produktiviti sektor

pertanian menurun terutamanya dalam industri kelapa sawit Malaysia. Oleh yang demikian pelbagai strategi boleh dilaksanakan

oleh pihak kerajaan agar meningkatkan minat terutama kepada belia negara agar terlibat dalam sektor pertanian. Pelbagai

inisiatif boleh dilakukan oleh pihak kerjaan seperti bantuan modal permulaan atau projek pertanian berkelompok yang boleh

menarik minat para belia sekarang untuk menceburi bidang pertanian terutamanya dalam sektor kelapa sawit. Mereka perlu

didedahkan bahawa industri sawit tidak hanyan tertumpu kepada hasil sawit sahaja tetapi pelbagai aktiviti lain boleh dilakukan

dalam kebun sawit seperti tanaman, ternakan dan juga pelbagai jenis perniagaan dan keusahawanan lain. Kebergantungan

hanya kepada pekerja asing juga dapat dikurangkan dengan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru dalam sektor

pertanian sekaligus masalah pengangguran dapat dikurangkan. Kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar utama boleh

dijadikan sebab para belia untuk menetap di kampong halaman kerana pelbagai sumber pendapatan boleh didapati disamping

taraf sara hidup yang bepatutan standing dengan hasil usaha mereka.

Abdullah Azizi Asnari, Hairunnizam Wahid

35

Terdapat pelbagai usaha daripada pihak kerajaan agar minyak kelapa sawit kita dapat dieksport kenegara EU termasuk

dengan mewajibkan pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MSPO) kepada semua pekebun kecil supaya minyak sawit yang

dihasilkan oleh negara mempunyai piawaian terbaik dan negara kita mengambil berat usaha memerap amalan pertanian yang

terbaik dan kemampanan dalam pertanian dan pengeluaran minyak sawit Pelbagai kempen kesedaran telah diberikan kepada

wakil negara EU tersebut yang membuktikan negara kita menghasilkan sawit tanpa mengenepikan soal-soal alam sekitar seperti

yang dilaporkan oleh media-media eropah lain. EU adalah rakan perdagangan yang penting kepada Malaysia. Perdagangan dua

hala pada tahun 2016 merekodkan sebanyak RM149.1 bilion (10 peratus daripada jumlah perdagangan) dengan eksport dan

import masing-masing berjumlah RM79.8 bilion dan RM69.2 bilion. Eksport ini termasuk produk minyak kelapa bernilai

RM10.3 bilion atau 12.9 peratus daripada jumlah eksport ke EU pada tahun 2016. EU bukan sahaja pasaran eksport yang besar

untuk Malaysia malah menjadi penetap trend dalam segala perkara membabitkan minyak kelapa sawit berdasarkan

pengaruhnya, Datuk Mah (2017).

Jadual 8 juga menunjukkan antara masalah lain yang dihadapi oleh pekebun kecil adalah tiada yang dapat mewarisi

mengusahakan kebun kelapa sawit dan perniagaan yang dijalankan oleh pekebun kecil kerana anak- anak mereka lebih berminat

untuk bekerja di Kuala Lumpur. Oleh yang demikian pekebun kecil sawit yang menjalankan perniagaan serta hasil kebun

kelapa sawit mereka kurang bermotivasi kerana hasil usaha mereka tidak diteruskan oleh anak-anak mereka. Oleh yang

demikian produktiviti mereka berkurang dan ini menjadi suatu kerugian bagi industri sawit khususnya apabila produktiviti

pekebun kecil kelapa sawit berkurangan. Pihak yang terlibat seperti Kementerian Industri Utama, Kementerian Pertanian dan

agensi-agensi kerajaan yang lain bekerjasama dengan pihak media agar dapat menyedarkan golongan belia tentang keuntungan

terlibat dalam aktiviti pertanian khususnya kelapa sawit kerana mereka juga boleh terlibat dengan aktiviti lain seperti

perniagaan, ternakan dan lain-lain lagi. Agensi-agensi tersebut juga boleh bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan

yang ada di negara ini bagi memudahkan belia terutamnya untuk membuat pinjaman kewangan bagi memulakan perniagaan

dan juga memiliki tanah atau kebun kelapa sawit mereka sendiri.

Didalam kaji selidik juga terdapat soalan kepada para responden berkenaan masalah-masalah yang dihadapi dan

cadangan untuk mengatasinya. Antara masalah utama yang dihadapi oleh pekebun kecil adalah masalah kekurangan pekerja

sama ada pekerja tempatan atau luar negara. Antara sebab utama adalah kerana masalah permit untuk mendapatakan pekerja

asing adalah sangat tinggi dan sukar untuk mendapatkan pekerja tempatan. Antara masalah lain yang dihadapi oleh pekebun

kecil adalah kerana sukar untuk mendapatkan bahan mentah untuk keperluan perniagaan. Selain itu, masalah yang dihadapi

responden dalam menjalankan perniagaan adalah masalah saingan daripada pasaraya-pasaraya besar yang telalu hampir dengan

kedai/premis perniagaan mereka terutama pekebun kecil yang menjalankan perniagaan dalam bidang peruncitan. Dalam bidang

perniagaan pertanian, harga input pertanian dan mesin yang meningkat memberikan tekanan kepada peniaga.

Untuk mengatasi masalah tersebut terdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh para responden. Antaranya adalah

dengan pihak berwajib menjalankan satu inisiatif untuk para peniaga untuk mendapatkan pekerja dengan mudah dan

menggalakkan para belia tempatan menceburi bidang perniagaan dengan mengadakan program-program kesedaran tentang

peluang-peluang pekerjaan yang ada terutamanya dalam bidang pertanian yang jika diusahakan dengan baik boleh

mendatangkan keuntungan yang amat baik. Selain itu, harga kelapa sawit juga perlu dipantau dengan lebih kerap agar sumber

pendapatan pekebun kecil tidak terjejas dengan harga kelapa sawit yang tidak menentu. Masalah sekatan import kelapa sawit

oleh negara EU (European Union) perlu diselesaikan dengan cepat dan mencari alternatif lain supaya harga kekal proaktif

sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan industri kelapa sawit sebagai industri yang mampan.

Untuk meningkatkan taraf hidup pekebun kecil, kerajaan juga perlu menggalakkan mereka untuk menambah

pendapatan dengan menjalankan perniagaan dan keusahawanan seperti industri kecil kecilan seperti indusri makanan ringan.

Pekebun kecil boleh menjalankan integrasi tanaman dan ternakan dalam kebun kelapa sawit mereka seperti yang disarankan

oleh MPOB. Hasil tanaman tersebut boleh dijual atau membuka peluang untuk menjalankan industi kecil dan sederhana seperti

industri kerepek seperti pisang, ubi, keladi dan pelbagai jenis tanaman lain. Integrasi ternakan juga boleh diadaptasikan oleh

pekebun kecil supaya mereka boleh menambah pendapatan hasil jualan ternakan yang mereka pelihara dalam kebun kelapa

sawit mereka.

KESIMPULAN

Secara rumusannya terdapat pelabagai faktor penglibatan pekebun kecil kepada bidang perniagaan dan keusahawanan. Antara

faktor terpenting adalah faedah dan peluang dan bakal diperolehi oleh pekebun kecil. Pelbagai faedah seperti mempunyai

kebebasan untuk membuat keputusan dan tidak terikat dengan masa bekerja pejabat. Dengan minat yang mendalam disokong

dengan faktor pendorong dari keluarga boleh membuatkan seseorang berjaya dalam bidang yang ingin diceburi. Keluarga

adalah amat penting bagi seseorang dan responden mengatakan bahawa antara sebab penglibatan mereka adalah ingin

mewariskan perniagaan yang mereka ceburi kepada anak-mereka. Keupayaan kepimpinan dan keupayaan responden sendiri

secara langsung menguatkan penguasaan mereka dalam usaha mencari perniagaan. Kepimpinan bukan sahaja merupakan asas

dalam pengurusan operasi perniagaan, malah memberi manfaat kepada perkembangan perniagaan pada masa akan datang.

Selain itu, tahap pengetahuan atau kemahiran asas dalam menjalankan perniagaan walaupun pada tahap yang sederhana, telah

membantu pekebun kecil ini merangsang minat dalam menjalankan perniagaan. Ini khususnya disebabkan oleh pengalaman

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)

36

yang dimiliki oleh mereka. Walau bagaimanapun, latihan dan kursus-kursus kperniagaan dan keusahawanan perlu

dipertingkatkan lagi supaya mereka lebih terdedah dengan pengurusan perniagaan yang lebih efektif.

Menurut hasil kajian mendapati antara sebab tertinggi penglibatan pekebun kecil sawit terhadap bidang perniagaan

dan keusahawanan adalah faktor pendapatan. Untuk meningkatkan sosio ekonomi keluarga itu sendiri, mereka perlu melakukan

kerja tambahan dan tidak terlalu bergantung kepada kelapa sawit. Hal ini kerana terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan

para pekebun kecil tidak dapat bergantung penuh kepada pendapatan daripada kelapa sawit sahaja. Antaranya adalah faktor

harga kelapa sawit yang tidak menentu, kenaikan harga input pertanian seperti racun dan baja serta masalah kekurangan pekerja

sama ada pekerja tempatan atau pekerja luar. Dengan melibatkan diri dengan perniagaan dan keushawanan, pendapatan

keluarga dan isirumah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam membantu

pekebun kecil sawit sama ada dalam bidang kelapa sawit dan juga bidang perniagaan dan keusahawanan. Pelbagai organisasi

perlu beganding bahu seperti MPOB, Jabatan Pertanian dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta organisasi yang

terlibat dapat memainkan peranan penting secara kolektif untuk menyokong dan menggalakkan aktiviti keusahawanan di

kalangan pekebun kecil kelapa sawit di Malaysia

RUJUKAN Allen, Robert C. (2003) “Progress and Poverty in Early Modern Europe.” Economic History Review 56, no. 3 (2003): 403–43.

Bahagian Ekonomi & Pembangunan Industri, BEPI (2017), Oil Palm Planted Area 2017 & Harga Panduan Harian BTS

Mengikut Wilayah (RM/Tan) dimuat turun daripada http://bepi.mpob.gov.my/index.php/en/statistics/area/188-area-

2017/856-oil-palm-planted-area-as-at-dec-2017.html & http://bepi.mpob.gov.my/index.php/en/statistics/area/188-

area-2017/856-oil-palm-planted-area-as-at-dec-2017.html

Bahril B. Balli dan Wahid Razzaly (2010). Kerangka Kaedah Penilaian untuk Pengiktirafan Penilaian terdahulu (PPPT) dalam

Konteks Pembelajaran Sepanjang Hayat: Transformasi Pendidikan Politeknik di Malaysia. Persidangan Kebangsaan

Penyelididkan dan Inovasi dalam Pendidikan dan latihan Teknik dan Vokasional CIE-TVT 2011, 16-17 November

2011, Pulau Pinang.

Collins et. al (2004). “Entrepreneurship Education”. Education+Training. 43(5), 35- 39

Datuk Seri Mah Siew Keong (2017) Keadilan bagi pekebun kecil kelapa sawit. Berita Harian Online

https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2017/07/301735/keadilan-bagi-pekebun-kecil-kelapa-sawit (3 Ogos

2018)

Douglas, E. J. & Shepherd, D. A. (2002). “Self-Employment as A Career Choice: Attitudes, Entrepreneurial Intentions, And

Utility Maximization”. Entrepreneurship Theory and Practice, 25: 81-90.

Fereidouni, H. G., Masron, T. A., Nikbin, D., & Amiri, R. E. (2010). Consequences of external environment on entrepreneurial

motivation in Iran. Asian Acad. Manage. J, (15), 175-196.

Husaini, M.H. and K.A. Ahmad, (2008). Kemahiran keusahawanan; Satu kajian analisis kandungan buku-buku teks. Seminar

Kenbangsaan Kemahiran Insaniah dan Sejahteraan Sosial (SKIKS) 2008. 18-19 Ogos, 2008: Hotel Mahkota, Melaka

Klapper, R. 2004. Government Goals and Entrepreneurship EducationAninestigation at a Grande Ecole in France. Education

and Training 46(3): 127-137.

Manthei & Gilmore, A. (2005). “The Effect of Paid Employment on University Students’ Lives”. Journal Education and

Training. 47(3): 202-215.

Norizan Abdul Razak (2003) Computer competency of in-service ESL teachers in Malaysian secondary school. Tesis Dr.

Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia

Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.). Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc

Pejabat Ketua Perangkawan Malaysia Jabatan Perangkaan Malaysia, Perangkaan (2017), Indikator Pertanian Terpilih,

Malaysia, 2017, dimuat turun daripada

https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=72&bul_id=MDNYUitINmRKcENRY2FvM

mR5TWdGdz09&menu_id=Z0VTZGU1UHBUT1VJMFlpaXRRR0xpdz09

Saiful Azhar Rosly (2005). Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets, Kuala Lumpur: Dinamas Publication

Steiner, A., & Atterton, J. (2014). The contribution of rural businesses to community resilience. Local Economy, 29(3), 228-

244.

Taylor, SJ dan R Bogdan. (1984) Introduction to Qualitative Research Methods: The Search for Meanings. Second Edition.

John Wiley and Sons. Toronto.

Watson, K., Hogarth-Scott, S., & Wilson, N. (1998). Small business start-ups: success factors and support implications.

International Journal of Entrepreneurial Behaviour & Research, 4(3), 217-238.

Zaidatun Tasir dan Mohd Salleh Abu, (2003). Analisis data berkomputer SPSS 11.5 for Windows, Kuala Lumpur: Venton

Publishing

Abdullah Azizi Asnari, Hairunnizam Wahid

37

JADUAL 1: Saiz kawasan tanaman sawit di Malaysia tahun 2017

Kategori Saiz (Hektar) Peratusan (%)

Estet swasta & persendirian 3,543,429 61.0

Pekebun kecil persendirian 979,758 16.9

Felda, Felcra, Risda dan lain-lain 1,287,958 22

Malaysia 5,811,145 100.0

Sumber: BEPI (2017)

JADUAL 2: Interpretasi skor min bagi melaporkan dapatan deskriptif statistik

Skor Min Interpretasi

1 hingga 2.40 Rendah

2.41 hingga 3.8 Sederhana

3.81 hingga 5 Tinggi

Sumber: Bahril B. Balli & Wahid Razzaly (2010)

JADUAL 3: Profil demografi responden

Item Kekerapan Peratus

Umur

20-30 Tahun 13 13

31-40 Tahun 17 17

41-50 Tahun 24 24

51-60 Tahun 26 26

61-70 Tahun 14 14

71 Tahun Keatas 6 6

Jantina:

Lelaki 82 82

Perempuan 18 18

Bangsa:

Melayu 68 68

Cina 20 20

India 12 12

Lain-lain

Status Perkahwinan:

Bujang 8 8

Berkahwin 92 92

Bilangan anak:

Tiada 8 8

1-3 orang 46 46

4-6 orang 38 38

7-9 orang 3 3

10 ke atas 2 2

Tahap Pendidikan:

Ijazah /Sarjana 10 10

Diploma 14 14

STPM 10 10

SIJIL 5 5

SPM 40 40

PMR 12 12

UPSR 4 4

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)

38

Tidak bersekolah 5 5

Pekerjaan:

Kerajaan 9 9

Swasta 14 14

Kerja Sendiri 65 65

Pencen 10 10

Tiada Pekerjaan 2 2

Pendapatan Bulanan (selain kelapa sawit):

RM1,000 ke bawah 18 18

RM1,000-RM2,000 29 29

RM2,001-RM3,000 26 26

RM3,001-RM4,000 14 14

RM4,001 dan ke atas 13 13

Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018

JADUAL 4: Profil perniagaan responden

Item kekerapan Peratusan

Jenis Perniagaan:

Makanan dan minuman 20 20

Peruncitan 7 7

Pertanian 31 31

Pakaian 3 3

Kelapa Sawit 32 32

Lain-lain 7 7

Tempoh penglibatan perniagaan:

1 tahun dan ke bawah 11 11

2 tahun - 5 tahun 27 27

5 tahun ke atas 62 62

Pendaftaran Perniagaan:

Tidak berdaftar 49 49

Berdaftar 51 51

Sumber permulaan modal:

Simpanan sendiri 56 56

Pinjaman Bank 19 19

Pinjaman dari keluarga 24 24

Institusi kerajaan 1 1

Jumlah Modal Permulaan:

RM1,000 kebawah 9 9

RM 1,001- RM3,000 25 25

RM 3,001-RM5,000 30 30

RM 5,001 – RM,7000 12 12

RM 7,001 - RM9,000 8 8

RM 9,001 ke atas 16 16

Anggaran Keuntungan Bulanan

RM1,000 dan kebawah 17 17

RM 1,001- RM3,000 42 42

RM 3,001-RM5,000 19 19

RM 5,001 – RM,7000 11 11

RM 7,001 - RM9,000 4 4

RM 9,001 ke atas 7 7

Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018

Abdullah Azizi Asnari,Hairunnizam Wahid

39

JADUAL 5: Penyebab responden dalam perniagaan

Item Skor Min Sisihan

Piawai

Tahap1 Alpha

Cronbach2

Tidak berpuas hati dengan kerja sebelum ini 2.88 1.17 Sederhana 0.55

Tradisi keluarga/ Menyambung perniagaan keluarga 3.46 1.25 Sederhana

Kehilangan pekerjaan 2.49 1.26 Sederhana

Ingin menambahkan sumber pendapatan 4.20 1.11 Tinggi

Nota: 1Skala Skor Min; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi 2Nilai Alpha Cronbach; 0-0.29; Rendah; 0.3-0.69; Sederhana; 0.7-0.89; Tinggi; 0.9-1; Sangat Tinggi

Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018

JADUAL 6 : Faktor penglibatan responden dalam perniagaan dan keusahawanan

Skor Min Sisihan

Piawai

Tahap1 Alpha

Cronbach2

(1) Faktor Faedah dan Peluang Perniagaan/Keusahawanan:

Mempunyai minat dalam perniagaan 4.25 .702 Tinggi 0.896

Terdapat kebebasan membuat keputusan sendiri 4.21 .671 Tinggi

Mengambil peluang terhadap ekonomi negara yang baik 4.17 .682 Tinggi

Tidak mahu terikat dengan waktu kerja pejabat 4.00 1.00 Tinggi

Mendapat peluang menjalankan perniagaan/

keusahawanan

4.14 .766 Tinggi

Mempunyai premis perniagaan / tapak perniagaan 3.87 1.05 Tinggi

Mencari pengalaman dalam perniagaan/ keusahawanan 4.06 .708 Tinggi

Memenuhi minat dan cita-cita untuk terlibat dalam

perniagaan/keusahawanan

4.10 .759 Tinggi

Purata 4.10 Tinggi

(2) Faktor Keluarga:

Mendapat galakan dan dorongan daripada rakan- rakan 3.86 .955 Tinggi 0.834

Mempunyai perniagaan keluarga sedia ada 3.49 1.25 Sederhana

Mendapat galakan dan dorongan daripada keluarga

terdekat

3.94 .886 Tinggi

Meneruskan perniagaan tradisi keluarga 3.52 1.34 Sederhana

Ingin mewariskan perniagaan kepada anak-anak 4.06 1.11 Tinggi

Purata 3.77 Sederhana

(3) Faktor Pendapatan:

Ingin meningkatkan pendapatan isirumah 4.44 .671 Tinggi 0.8

Menjangkakan pendapatan dan keuntungan yang tinggi

hasil dari perniagaan/ keusahawanan

4.23 .750 Tinggi

Menambah pendapatan tambahan 4.47 .674 Tinggi

Untuk menampung pendidikan anak-anak 4.35 .757 Tinggi

Simpanan untuk masa hadapan/waktu tua 4.5 .704 Tinggi

Simpanan menunaikan haji/umrah 3.85 1.31 Tinggi

Purata 4.31 Tinggi

(4) Faktor Pengetahuan & Kemahiran:

Mengetahui dan peka terhadap kedudukan kewangan 4.14 .697 Tinggi 0.851

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam selok

belok perniagaan & keushawanan

4.01 .798 Tinggi

Pernah menyertai kursus perniagaan/keusahawanan 3.67 .922 Sederhana

Mempunyai pengalaman dalam perniagaaan dan

keusahawanan

3.86 .932 Tinggi

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)

40

Mempunyai kemahiran khusus dalam bidang tertentu 3.88 .913 Tinggi

Purata 3.91 Tinggi

(5) Faktor Risiko / Cabaran Pengurusan:

Melihat risiko sebagai peluang perniagaan 3.95 .821 Tinggi 0.864

Sanggup untuk menempuh cabaran dalam perniagaan 4.1 .689 Tinggi

Mampu menganalisa posisi perniagaan 3.88 .756 Tinggi

Mempunyai kefahaman tentang potensi sesebuah

perniagaan

3.87 .747 Tinggi

Mempunyai kekuatan perniagaan dalam mencari peluang

dalam pasaran tertentu

3.83 .817 Tinggi

Mampu untuk memikul tanggungjawab 4.14 .682 Tinggi

Tidak takut untuk menempuh kegagalan dalam

perniagaan/keusahawanan

4.06 .814 Tinggi

Purata 3.97 Tinggi

(6) Faktor Kemahiran Kepimpinan:

Mempunyai semangat kerjasama pasukan yang tinggi 4.12 .808 Tinggi 0.911

Tidak terlalu bergantung dengan orang lain 3.98 .765 Tinggi

Mampu berinteraksi dengan baik dengan pekerja 4.14 .739 Tinggi

Mampu mengarahkan pekerja mengikut arahan dengan baik 4.03 .758 Tinggi

Mempunyai kemahiran kepimpinan yang membantu dalam

perniagaan

4.04 .790 Tinggi

Mempunyai keyakinan yang tinggi pada diri sendiri 4.19 .631 Tinggi

Tekad dan teguh pada pendirian 4.25 .657 Tinggi

Mampu mengukur tahap keupayaan sendiri 4.12 .715 Tinggi

Purata 4.10 Tinggi

(7) Faktor Luaran:

Mudah mendapat bantuan dari pihak kerajaan 3.13 1.22 Sederhana 0.873

Mudah mendapat bantuan kewangan daripada pihak bank 3.06 1.22 Sederhana

Mempunyai aset atau tanah dari keluarga yang boleh

dijadikan sebagai modal atau permulaan perniagaan

3.44 1.25 Sederhana

Mudah mendapat pekerja yang mahir 3.02 1.28 Sederhana

Mudah mendapatkan bahan untuk urusan perniagaan/

keusahawanan yang diceburi

3.62 1.12 Sederhana

Purata 3.25 Sederhana 1Skala Skor Min; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi 2Nilai Alpha Cronbach; 0-0.29; Rendah; 0.3-0.69; Sederhana; 0.7-0.89; Tinggi; 0.9-1; Sangat Tinggi

Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018

JADUAL 7: Perbandingan nilai Min dengan Jumlah Modal permulaan

Faktor N Nilai Min Tahap1 Sisihan

Piawai

Ralat

piawai

(1) Faedah dan Peluang Keusahawanan

RM1,000 kebawah 9 3.93* Tinggi 0.93 0.31

RM 1,001- RM3,000 25 4.43* Tinggi 0.50 0.10

RM 3,001-RM5,000 30 3.95* Tinggi 0.61 0.11

RM 5,001 – RM,7000 12 4.02* Tinggi 0.57 0.16

RM 7,001 - RM9,000 8 4.06* Tinggi 0.34 0.12

RM 9,001 ke atas 16 4.04* Tinggi 0.58 0.15

Purata 100 4.10* Tinggi 0.61 0.06

(2) Faktor Keluarga

RM1,000 kebawah 9 3.80 Sederhana 0.91 0.30

RM 1,001- RM3,000 25 4.11 Tinggi 0.64 0.13

RM 3,001-RM5,000 30 3.67 Sederhana 1.07 0.20

RM 5,001 – RM,7000 12 3.83 Tinggi 0.93 0.27

RM 7,001 - RM9,000 8 3.63 Sederhana 0.74 0.26

RM 9,001 ke atas 16 3.46 Sederhana 0.74 0.18

Purata 100 3.77 Sederhana 0.88 0.09

Abdullah Azizi Asnari, Hairunnizam Wahid

41

(3) Faktor Pendapatan

RM1,000 kebawah 9 3.93* Tinggi 0.83 0.28

RM 1,001- RM3,000 25 4.55* Tinggi 0.48 0.10

RM 3,001-RM5,000 30 4.33* Tinggi 0.63 0.11

RM 5,001 – RM,7000 12 4.32* Tinggi 0.43 0.13

RM 7,001 - RM9,000 8 4.29* Tinggi 0.55 0.19

RM 9,001 ke atas 16 4.09* Tinggi 0.58 0.15

Purata 100 4.31* Tinggi 0.60 0.06

(4) Faktor Pengetahuan & Kemahiran

RM1,000 kebawah 9 3.73 Tinggi 0.95 0.32

RM 1,001- RM3,000 25 4.15 Tinggi 0.53 0.11

RM 3,001-RM5,000 30 3.82 Tinggi 0.72 0.13

RM 5,001 – RM,7000 12 3.85 Tinggi 0.75 0.22

RM 7,001 - RM9,000 8 3.85 Tinggi 0.48 0.17

RM 9,001 ke atas 16 3.89 Tinggi 0.66 0.17

Purata 100 3.91 Tinggi 0.68 0.07

(5) Faktor Risiko / Cabaran Pengurusan

RM1,000 kebawah 9 3.63 Sederhana 0.73 0.24

RM 1,001- RM3,000 25 4.15 Tinggi 0.50 0.10

RM 3,001-RM5,000 30 3.89 Tinggi 0.60 0.11

RM 5,001 – RM,7000 12 4.00 Tinggi 0.53 0.15

RM 7,001 - RM9,000 8 3.86 Tinggi 0.45 0.16

RM 9,001 ke atas 16 4.09 Tinggi 0.53 0.13

Purata 100 3.98 Tinggi 0.57 0.06

(6) Faktor Kemahiran Kepimpinan

RM1,000 kebawah 9 4.04 Tinggi 0.69 0.23

RM 1,001- RM3,000 25 4.37 Tinggi 0.54 0.11

RM 3,001-RM5,000 30 4.03 Tinggi 0.55 0.10

RM 5,001 – RM,7000 12 3.98 Tinggi 0.48 0.14

RM 7,001 - RM9,000 8 4.00 Tinggi 0.31 0.11

RM 9,001 ke atas 16 4.04 Tinggi 0.73 0.18

Purata 100 4.11 Tinggi 0.58 0.06

(7) Faktor Luaran

RM1,000 kebawah 9 2.87 Sederhana 1.00 0.33

RM 1,001- RM3,000 25 3.53 Sederhana 1.00 0.20

RM 3,001-RM5,000 30 3.17 Sederhana 1.09 0.20

RM 5,001 – RM,7000 12 3.27 Sederhana 1.12 0.32

RM 7,001 - RM9,000 8 3.08 Sederhana 0.75 0.26

RM 9,001 ke atas 16 3.28 Sederhana 0.85 0.21

Purata 100 3.25 Sederhana 1.00 0.10

Nota: 1Skala Skor Min; < 2.4; Rendah; 2.41-3.80; Sederhana; >3.81 Tinggi

* signifikan pada aras keertian 10%

Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik 2018

JADUAL 8: Maklum balas responden tentang masalah yang dihadapi dan cara mengatasinya

Responden Maklumbalas Masalah dan Cara Mengatasinya

Responden 1 -Masalah kekurangan modal permulaan

-Memudahkan pinjaman dilakukan tanpa syarat yang ketat

Responden 2 -Harga input pertanian semakin tinggi dan harga komoditi

semakin rendah

-Menstabilkan harga komoditi terutama kelapa sawit

Responden 3 -Tiada yang dapat mewarisi kerana anak-anak berhijrah ke Kuala

Lumpur

-Menggalakan anak-anak muda bertani dan menyedarkan kos

sara hidup di bandar tinggi

Responden 4 -Kekangan masa untuk menjaga gerai, kurang tenaga pekerja dan

pekerja sedia ada kurang mahir

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke 13 (2018)

42

Responden 5 -Menghadapi pekerja yang tidak tetap dan masalah kecurian

Responden 6 -Masalah pekerja warga asing dan masalah permit mendapatkan

pekerja asing.

Responden 7 -Masalah kekurangan pekerja tempatan yang dapat membantu

Responden 8 -Kos pengurusan yang tinggi seperti pembajaan dan pembersihan

-Perbanyakkan subsidi kerajaan bagi membantu meringankan

beban pekebun kecil

Responden 9 -Harga sawit tidak menentu akibat resolusi eropah

-Pihak kerjaan perlu membuat perancangan dengan teliti

bagimeningkatkan hasil sawit dan dapat dieksport ke luar negara

Responden 10 -Pembekalan ikan (bahan mentah) tidak menentu pada musim-

musim tertentu.

-Membuat kerja lain selain jual ikan

Sumber: Berdasarkan maklumat soal selidik dan temubual responden 2018