mohamad zanisahli azizi bin md khalid - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi...

33
SOSIALISASI AGAMA DALAM MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dobao

Post on 10-Aug-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

SOSIALISASI AGAMA DALAM MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU

DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU

MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

PSZ l9:16 (Pind.r/97)

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyalakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiSULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Dohor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikanatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan alau Laporan Projek SarjanaMuda (PSM).

UNTVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: SOSIALISASI AGAMA DALAM MEMPENGARUHI

TINGKAHLAKU DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK JOHOR BAHRU

Saya

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

MOHAMAD ZANISAHLI AZXZI BIN MD KHALID

mengakumembenarkantesis(PSN{/@)*inidisimpandiPerpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

l. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( y'

)

nnn

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang tennaktub di dalamAKTARAHSIARASMI I972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

DT. ROHANA BTE HAMZAHNama Penyelia

Tarikh: to lg/rctt

Alamat Tetap:

Lot 501 Jalan JohorSimpang Lima 83020Batu Pahat Johor

Tarikh: 10 MEI2011

ATANGAN PENULIS)

Page 3: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ljazahSarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)"

Tandatangan :

Nama penyelia :

Tarikh : l0 MEI201t

Page 4: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

ii  

SOSIALISASI AGAMA DALAM MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU

DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU

MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID

Laporan penyelidikan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan ( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

i l l

"Saya akui bahawa ini adalah hasil penyelidikan saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang mana tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya".

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh 10 MEI20t 1

MOHAMAD ZANISAHLT AZTZI BIN MD KHALID

Page 6: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

iv  

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Junjungan Dan

Pujian Atas Limpahan Dan Kurnian Allah S.W.T Tuhan Seluruh Alam. Selawat Dan Salam

Ke Atas Junjugan Nasi Muhammad S.A.W.

Buat insan yang teristimewa dalam hidup ku ini,

ingin ku abadikan penghargaan buat kalian.

Ibu dan Ayah Tercinta

Siti Aeshah Binti Sani & Md Khalid Bin Hassan

Setiap iringan doamu menyerikan kejayaan ku, tiap gerak langkah ku akan kuingati segala

bakti mu. Walaupun mencapai usiamu, tidak mungkin anak mu ini dapat membalas segala

pengorbanan mu. Semoga allah memberkati dirimu dan mencucuri rahmat selamaya.

Buat ayahanda yang telah kembali ke rahmatullah. Tidak pernah ku lupa terhadapmu. Akan

sentiasa ku iringi doa buatmu. Wahai ayahandaku, Semoga engkau ditempatkan bersama-

sama orang yang Soleh dan mendapat rahmat Allah s.w.t.

Kekanda dan adinda tersayang

Kenangan membesar bersama tidak akan ku lupakan, segala pengorbanan kalian mengerti

kerenah diriku akan ku hargai untuk selama-lamanya.

Buat Pensyarah-pensyarah yang Disanjungi,

(Dr. Rohana Bte Hamzah dan lain-lain)

Akanku manfaatkan segala ilmu yang kalian curahkan. Semoga Allah merahmati

perjuangan murni kalian dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih untuk

segalanya.

Buat Teman Seperjuangan yang Dikasihi,

Kenangan bersama tak mungkin hilang ditelan usia, suka duka telah diharungi

bersama.

Semoga Allah memberkati usaha kita semua.

Page 7: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

v  

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani dan segala

pujian untuk Allah S.W.T serta selawat dan salam kepada junjungan mulia

Rasulullah S.A.W. Segala puji dan syukur kupanjatkan ke hadrat Illahi kerana telah

memberiku kekuatan bagi menyempurnakan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi

penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia projek sarjana muda iaitu, Dr.

Rohana Bte Hamzah yang sentiasa memberi nasihat, bimbingan dan juga sokongan

yang berterusan sehinggalah kajian ini dapat disempurnakan. Segala teguran dan

ulasan yang diberikan akan dijadikan sebagai panduan dan pegangan dalam

meneruskan cabaran hari mendatang.

Ucapan sejuta ucapan terima kasih di atas kerjasama daripada pensyarah di

Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan, Pendidikan Asas, dan Fakulti

Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia kerana telah turut membantu

menyumbangkan maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Selain itu, tanda

penghargaan ini juga dituju khas buat penaja pendidikan iaitu Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Penghargaan juga ditujukan khas buat ayah, ibu, adik-adik serta insan

istimewa yang tanpa jemu mendoakan kejayaan dan memberi dorongan yang tiada

penghujungnya. Akhir sekali buat teman seperjuangan, terima kasih di atas

kerjasama dan bimbingan dari kalian. Semoga kejayaan ini membawa rahmat kepada

kita semua.

Page 8: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

vi  

ABSTRAK

Penyebaran anasir luar yang kian berkembang pesat memberikan kesan langsung terhadap sistem pendidikan Negara. Pengaruh anasir tersebut jika tanpa bimbingan dan pegangan yang kuat terhadap ilmu agama di kalangan pelajar sekolah mampu meruntuhkan institusi sosial pada masa akan datang. Sosialisasi agama merupakan satu proses penyerapan dan penghayatan nilai-nilai agama dalam kegiatan seharian. Perkara ini dilihat mampu membantu mengurangkan permasalahan disiplin di kalangan pelajar sepertimana yang telah dibuktikan dan diamalkan oleh sekolah-sekolah pendidikan agama. Bagi mencapai hasrat tersebut, prasyarat yang paling utama adalah pengetahuan berkaitan dengan nilai-nilai agama, persekitaran dan amalan-disiplin yang mendokong kepada pembentukan perlakuan positif di kalangan pelajar. Oleh yang demikian, sosialisasi agama ini dilihat mampu untuk membantu mempertingkatkan kualiti pelajar yang cemerlang, berkemahiran, berketrampilan seterusnya mewujudkan pembentukan modal insan kelas pertama. Terdapat 3 elemen penting yang dikaji oleh penyelidik dalam pembentukan sosialisasi agama dalam kajian ini iaitu tahap kefahaman ilmu agama, persekitaran agama, dan amalan disiplin pelajar. Seterusnya dari ketiga-tiga aspek ini, penyelidik melihat pula perbezaan tahap sosialisasi agama berdasarkan jantina seterusnya melihat hubungan sosialisasi agama dengan permasalahan disiplin pelajar. Elemen persekitaran yang dikaji oleh penyelidik dapat dipecahkan kepada 2 lokasi utama iaitu persekitaran rumah dan persekitaran sekolah. Persekitaran sekolah penyelidik menggunakan elemen kemudahan dan persekitaran, peraturan, kurikulum, guru, dan rakan-rakan. Seramai 271 orang pelajar tingkatan 4 sekolah menengah teknik johor bahru telah dipilih sebagai populasi kajian. Borang soal selidik merupakan instrument kajian yang mengandungi 106 item iaitu 79 item menggunakan skala likert 5 peringkat dan 27 item pula menggunakan skala nominal ya dan tidak. Nilai kebolehpercayaan bagi instrument ini adalah α = 0.60. Analisis data adalah dengan menggunakan perisian komputer SPSS versi 16.0 untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Dapatan keputusan kajian mendapati bahawa tahap sosialisasi agama sememangnya mempengaruhi tahap amalan disipilin diri pelajar. Sekolah tempat kajian dijalankan mempunyai rekod disiplin yang baik apabila menerapkan tahap sosialisasi agama yang tinggi. Beberapa cadangan dicadangkan untuk penambaikan kajian ini. Adalah lebih baik sekiranya rekod disiplin secara menyeluruh sepanjang tahun di sekolah diperolehi. Bagi memudahkan perolehan data tersebut dicapai, proses awal permohonan surat kebenaran kajian daripada kementerian hendaklah dinyatakan sekali spesifikasi keperluan data yang diperlukan supaya tidak menimbulkan isu pihak sekolah untuk tidak membenarkan sesetengah data diperoleh oleh penyelidik. Kajian ini perlu diteruskan lagi bagi mengkaji secara menyeluruh terhadap perbezaan tahap disiplin sekolah menengah Teknik dan sekolah menengah Vokasional di Johor Bahru supaya menampakkan lagi kesan terhadap tahap sosialisasi agama di setiap sekolah berkenaan. Hal ini kerana terdapat perbezaan yang ketara dari segi disiplin pelajar sekolah menengah teknik dan sekolah menengah vokasional.

Page 9: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

vii  

ABSTRACT

Nowadays, the education system has been infected directly by negative influenced

that come from various way which is spread out widely. If the negative influence is not prevent, the bad culture could be able to destroyed a social institution among our new generation. Therefore, a good religion knowledge guidance should be inculcate to them through religion socialization process. The religion socialization is a process of absorbed and appreciation about the religion norm in each activities along the day. The Religion Socialization will be able to solve the increasing of discipline issue among new generations as applied by religious schools. The precondition for the increasing of religion socialization is knowledge of religion values, environmental structure, and discipline practice which supported the forming of positive attitude. There are three elements have been studied by researcher in religion socialization. First understanding about religion knowledge or theology, second religious environment, and third disciplinary practices. The differences of religion socialization based on gender and also a relationship between religious socialization and discipline problems have been studied. Environmental element are divided into home and school. The school environmental are measured by facilities and environment, rules, curriculum, instructor, and peers. A total of 271 form four students at Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru were selected as the population. The research instrument is a questionnaire containing 106 questions with likert scale items 5 levels and nominal Yes or No. The value of the reliability of this instrument was α = 0.60. Data has been analyze by using SPSS version 16.0 for frequencies and means. Research finding shows that discipline practice are affected by religion socialization more over the school was recorded a good discipline practice due to applying of socialization concept. There are some suggestions to improve that research. The researcher are advice to shows discipline record along a year. To help researcher getting that information, we should be specified an information required to be stated in permission letter which issued by ministry department. The specified information stated in permission letter will help researcher to get a specific information as needed. The future research need a continuous process especially to study the differences of discipline practice level between vocational school and technical school in applying of religion socialization.

Page 10: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

viii  

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

xv

xviii

SENARAI SINGKATAN xix

SENARAI LAMPIRAN

xx

BAB

PERKARA MUKA SURAT

BAB I PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 5

Page 11: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

ix  

1.2 Penyataan Masalah 8

1.3 Objektif Kajian 10

1.4 Persoalan Kajian 11

1.5 Kepentingan Kajian

1.6 Skop Kajian

12

15

1.7 Batasan Kajian 16

1.8 Kerangka Kajian

1.9 Definasi Istilah

1.9.1 Sosialisasi Agama

1.9.2 Disiplin

1.9.3 Sosialisasi

1.10 Penutup

17

21

21

22

22

24

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 25

2.1 Maksud Istilah Sosialisasi Agama 26

2.2 Kajian-Kajian yang berkaitan

2.3 Pengaruh persekitaran terhadap

pembangunan akhlak pelajar

2.4 Peranan sekolah sebagai sistem kawalan

Sosial

2.5 Perkembangan Shsiah menurut Islam

2.6 Teori-teori perkembangan sahsiah menurut

Barat

29

33

35

37

42

2.6.1 Teori Perkembangan Sahsiah 42

2.6.2 Teori perkembangan Psikoanalisis

2.2.3 Teori Perkembangan Kognitif

43

44

Page 12: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

x  

BAB III METODOLOGI KAJIAN.

3.0 Pengenalan 45

3.1 Rekabentuk Kajian 46

3.2 Lokasi Kajian 47

3.3 Populasi Kajian 48

3.4 Instrumen Kajian. 48

3.5 Kajian Rintis 57

3.6 Prosedur Kajian 58

3.7 Analisis Data

3.8 Penutup

59

61

BAB IV ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 62

4.1 Penganalisaan Data. 63

4.2 Analisis Item (Bahagian A)

4.2.1 Taburan responden berdasarkan umur

4.2.2 Taburan responden berdasarkan jantina

4.2.3 Taburan responden berdasarkan

tingkatan

4.2.4 Taburan responden berdasarkan

Tempat Tinggal

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan

Bangsa

4.2.6 Taburan Responden Berdasarkan

Agama

4.2.7 Taburan Responden Berdasarkan

64

65

66

67

68

69

70

Page 13: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

xi  

Pendidikan Agama

4.2.8 Taburan Responden Berdasarkan

Sumber Pendapatan Keluarga

71

73

4.3 Analisis bahagian B 74

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama

Tahap Kefahaman agama pelajar

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua

Tahap Persekitaran agama di rumah

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga

Tahap Persekitaran agama di sekolah

berdasarkan kepada aspek

kemudahan persekitaran, kurikulum,

4.3.3.1 Kemudahan & Persekitaran

4.3.3.2 Kurikulum & Aktiviti

4.3.3.3 Peraturan

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian keempat

Tahap Sosialisasi Agama Pelajar

4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian Kelima

Tahap Amalan disiplin diri pelajar

4.3.5.1 Skrip Temubual guru

Kaunselor

4.3.5.2 Dapatan Amalan Disiplin

Pelajar di sekolah

4.3.6 Dapatan Persoalan Kajian Keenam

Perbezaan tahap sosialisasi agama

74

78

81

81

84

86

89

91

92

96

Page 14: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

xii  

berdasarkan jantina

4.3.6 Dapatan Persoalan Kajian Ketujuh

Hubungan sosialisasi agama dan

tahap amalan disiplin diri pelajar

4.3.7 Dapatan Persoalan Kajian Kelapan

Peranan guru dan rakan dalam

pembentukan sosialisasi agama

96

96

98

4.4 Rumusan Keseluruhan analisis data 102

4.5 Penutup 106

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 108

5.1 Ringkasan Dapatan kajian 109

5.2 Perbincangan

5.2.1 Bahagian A

5.2.2 Bahagian B

5.2.2.1 Perbincangan persoalan kajian 1:

Bagaimanakah Tahap kefahaman

agama di kalangan pelajar?

5.2.2.2 Perbincangan persoalan kajian 2:

Bagaimanakah Tahap Persekitaran

agama pelajar ketika di rumah?

112

113

117

117

122

Page 15: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

xiii  

5.2.2.3 Perbincangan persoalan kajian 3:

Bagaimanakah tahap persekitaran

agama ketika berada di sekolah ?

5.2.2.4 Perbincangan persoalan kajian 4:

Bagaimanakah tahap sosialisasi agama

di kalangan pelajar?

5.2.2.5 Perbincangan persoalan kajian 5:

Bagaimanakah Tahap Amalan

Disiplin diri pelajar?

5.2.2.6 Perbincangan persoalan kajian 7:

Apakah hubungan sosialisasi agama

dengan tahap amalan disiplin diri

pelajar?

5.2.2.7 Perbincangan persoalan kajian 8:

Adakah guru dan rakan memainkan

peranan dalam pembentukan

sosialisasi agama pelajar di sekolah?

5.3 Cadangan Kajian

5.3.1 Guru-guru pendidikan Teknik

5.3.2 Pihak Pentadbiran sekolah

5.3.3 Ibu Bapa

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

5.5 Penutup

125

131

132

135

136

138

139

140

141

141

142

Page 16: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

xiv  

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN A-F

145

148

Page 17: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

xv  

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual bilangan pelajar sekolah menengah Teknik Johor Bahru.

48

3.2 Jadual Analisis jumlah item bagi instrumen soal selidik. 50

3.3 Jadual Skala Likert 5 peringkat 51

3.4 Jadual Skala Nominal 51

3.5 Jadual Soalan Item bahagian Pertama

(Kefahaman Agama)

51

3.6 Jadual Soalan Item bahagian Kedua

(Persekitaran Agama-rumah)

52

3.7 Jadual Soalan Item bahagian Ketiga

(Persekitaran Agama-sekolah)

53

3.8 Jadual Soalan Item bahagian Keempat

(Peranan guru dan rakan)

54

3.9

3.10

Jenis-jenis item mengikut persoalan kajian

Jadual skala likert lima mata kepada 3 mata.

56

60

3.11 Jadual taburan nilai min mengikut tahap. 60

4.1 Jadual Skala Likert lima mata kepada tiga mata

64

4.2 Jadual taburan nilai min mengikut tahap

64

4.3 Jadual nilai min mengikut item terhadap kefahaman

hidup beragama di kalangan pelajar seklah menengah

teknik ohor bahru.

75

Page 18: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

xvi  

4.4 Jadual taburan nilai min tahap persekitaran agama

pelajar ketika berada di rumah.

78

4.5 Jadual taburan nilai min tahap persekitaran agama

pelajar ketika berada di sekolah

(aspek kemudahan dan persekitaran)

81

4.6

4.7

4.8

4.9

4.10

4.11

4.12

Jadual taburan nilai min tahap persekitaran agama

pelajar ketika berada di sekolah

(aspek kerikulum dan aktiviti)

Jadual taburan nilai min tahap persekitaran agama

pelajar ketika berada di sekolah

(aspek peraturan)

Jadual taburan nilai min tahap persekitaran agama

pelajar ketika berada di sekolah

Jadual taburan Purata nilai min tahap sosialisasi agama

pelajar sekolah menengah teknik johor bahru

Jadual maklumat kesalahan disiplin pelajar sekolah

menengah teknik johor bahru bagi bulan Januari dan

Februari 2011.

Jadual aras perbezaan tahap sosialisasi agama pelajar

berdasarkan jantina.

Jadual hubungan perbandingan sosialisasi agama

84

86

88

89

91

96

Page 19: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

xvii  

4.13

4.14

4.15

dengan amalan disiplin diri pelajar

Jadual Taburan nilai kekerapan dan peratusan guru

dalam pembentukan sosialisasi agama di sekolah

menengah teknik johor bahru.

Jadual taburan nilai kekerapan dan peratusan rakan

dalam pembentukan sosialisasi agama di sekolah

menengah teknik johor bahru

Jadual nilai keseluruhan min bagi setiap persoalan

kajian

97

98

100

101

Page 20: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

xviii  

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Teori Pembentukan sosialisasi agama 17

1.2 Hubungan perkaitan aspek sosialisasi agama 18

3.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

5.1

Rajah carta prosedur kajian

Rajah kekerapan umur responden

Rajah Kekerapan jantina responden

Rajah Kekerapan tingkatan responden

Rajah Kekerapan tempat tinggal responden

Rajah Kekerapan bagi bangsa responden

Rajah Kekerapan bagi agama responden

Rajah Kekerapan bagi latarbelakang pendidikan agama

responden

Rajah kekerapan bagi sumber pendapatan keluarga

Rajah carta aliran salah laku pelajar.

58

65

66

67

68

69

70

71

73

134

Page 21: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

xix  

SENARAI SINGKATAN

KPM – Kementerian Pelajaran Malaysia

BPTV- Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical Package Of Science

SSDM - Sistem Semakan Disiplin Murid

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

PTV - Pendidikan Teknik Dan Vokasional

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

Page 22: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

xx  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

B

C

D

E

F

Surat kebenaran menjalankan kajian daripada Jabatan

Pelajaran Johor

Surat kebenaran menjalankan kajian daripada

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (EPRD)

Surat kebenaran menjalankan kajian daripada

Bahagian pendidikan Teknik dan Vokasional

Borang Penilaian Instrument (Soal Selidik)

Penilai pertama

Borang Penilaian Instrument (Soal Selidik)

Penilai Kedua

Tatacara disiplin murid peraturan-peraturan pelajaran

(disiplin sekolah) 1959

148

149

150

151

152

153

Page 23: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Masalah akhlak dan tingkah laku disiplin di kalangan pelajar sekolah hari ini

memberikan satu tamparan hebat pada negara dalam pembentukan falsafah pendidikan

Negara. Falsafah pendidikan Negara yang bercirikan matlamat untuk melahirkan insan

yang baik dan sempurna dalam membentuk perkembangan potensi individu secara

menyeluruh dan seimbang (Mustama Abdul Hayat,2009). Keruntuhan nilai moral masa

kini banyak dipengaruhi oleh perkembangan dan kepesatan teknologi yang tiada tembok

pemisahnya. Kehanyutan masyarakat terutamanya golongan ibu bapa yang terlalu rakus

mencari kemewahan dan kekayaan dunia menjadi salah satu faktor yang mendorong

kepada kepincangan dan keruntuhan akhlak remaja pada masa kini. Sesungguhnya ibu

bapa bertanggungjawab untuk membentuk moral dan masa depan anak-anaknya.

Rasullullah s.a.w bersabda, yang bermaksud

Page 24: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

2

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci, maka kedua ibu bapanyalah yang

menjadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi.

(Riwayat Bukhari)

Pada dasarnya, perkembangan potensi individu remaja itu dibentuk dan

ditentukan oleh acuan keluarga itu sendiri. Oleh itu hubungan ibu bapa dengan remaja

adalah penting dan menjadi penentu kepada masa depan seseorang remaja. Menurut

Abdullah Nasih Ulwan (1988:120), anak adalah amanah yang dikurniakan oleh Allah

S.W.T kepada kedua ibu bapa dan hati seorang bayi itu suci ketika baru dilahirkan. Jika

anak-anak dibiasakan dan diajar dengan kebaikan maka mereka akan membesar dengan

kebaikan tetapi jika sebaliknya, ia akan membesar dengan kejahatan.

Sebagai sebuah masyarakat yang berpegangkan kepada pegangan agama islam,

keruntuhan akhlak remaja masa kini perlu diatasi secara bersama. Tidak sepatutnya

masyarakat sepenuhnya menuding jari kesilapan tersebut kepada ibu bapa dan keluarga,

tidak boleh juga masyarakat terus mempersalahkan pihak sekolah apabila kurang

memberikan penekanan disiplin sepenuhnya pada pelajar-pelajarnya. Perkara ini juga

perlu dipertanggungjawabkan kepada masyarakat sekeliling yang sememangnya sentiasa

bersama-sama pelajar atau remaja apabila mereka berada di luar rumah ataupun sekolah.

Masyarakat perlu memiliki konsep sensitiviti kekeluargaan di mana mereka perlu

menegur remaja-remaja yang melakukan kesalahan dan tingkah laku yang tidak

sepatutnya dilakukan oleh mereka pada ketika itu. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Agama itu nasihat. Lalu bertanya sahabat: bagi siapa ya Rasullulah? Lalu

baginda menjawab: Agama itu nasihat bagi Allah, bagi kitabnya, bagi Rasulnya,

bagi imam-imam kaum muslimin, dan bagi orang ramai dari mereka.

(Riwayat Muslim)

Page 25: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

3

Hakikat propaganda sebenar kepada persoalan keruntuhan moral dan akhlak

masa kini adalah berpunca dari ketidakprihatinan masyarakat kepada keperluan

beragama dan mengamalkan agama tersebut secara sepenuhnya. Seorang evolusionis

terkenal, Theodious Dobzhansky, bersetuju bahawa idea "pilihan semula jadi", yang

menjadi asas Darwinisme, telah menyumbang ke arah kemerosotan moral di dalam

masyarakat (Harun Yahya,2006)

Tanpa disedari, pengaruh dan fahaman evolusionis atau juga dikenali sebagai

pegangan golongan ateis, sedang diperkembangkan dan dengan mudah ia tersebar

meluas kepada generasi muda yang tidak mempunyai ilmu dan pengalaman hidup yang

cukup. Fahaman ini diperluaskan melalui golongan yang mempunyai jumlah minoriti

penyokong teori Darwinisme. Banyak kepercayaan, fahaman, serta idea mereka

disalurkan melalui penayangan filem, persembahan, klip-klip muzik, serta penulisan-

penulisan majalah yang sememangnya terdedah dan suka diambil oleh golongan muda.

Antara tujuan fahaman ini adalah untuk memastikan masyarakat manusia tidak

mengambil berat tentang agama, hari qiamat, dan tanggungjawab moral, tidak mahu

berfikir, tidak beriman atau bertaqwa kepada Allah S.W.T, dan benar-benar tidak

mempercayainya walaupun apabila ditanya kepada mereka akan mengakui bahawa

mereka mempercayai tuhan dan agama (Harun Yahya,2006). Ken Ham, pengarang buku

The Lie: Evolution, menjadikan kelemahan iman yang disebabkan oleh Darwin sebagai

subjek dan berkata:

Sekiranya kamu menolak Tuhan dan menggantikanNya dengan kepercayaan lain

yang meletakkan peluang, proses-proses rawak di tempat Tuhan, tidak akan ada

asas pertimbangan yang betul dan salah. Undang-undang akan menjadi apa

yang kamu inginkan. Tidak akan ada sebarang prinsip kukuh yang dipegang.

Manusia akan menulis undang-undang mereka sendiri

(Ken Ham, the lie: Evolution 1999:132)

Page 26: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

4

Oleh yang demikian, sebagai sebuah masyakat yang mempunyai pegangan

agama, adalah penting bagi seseorang itu saling nasihat menasihati, ingat meningati dan

saling berpesan-pesan dengan kebenaran bagi menjamin sebuah masyarakat yang elok

dan cantik nilai peribadinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang

yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan

kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. di dalam

(Surah Al-Asr 1-3:103)

Manakala Baginda Rasulullah s.a.w bersabda dalam riwayat muslim yang bermaksud,

“ Siapa yang menunjukkan orang lain kepada kebajikan, ia akan mendapatkan pahala

pelakunya”.

Ibu bapa lebih cenderung memantau pencapaian akademik anak-anaknya

berbanding menegur perubahan tingkah laku dan adab mereka. Malah terdapat ibu bapa

yang meletakkan harapan pada anak-anaknya untuk pandai mengurus dan menjaga diri

sendiri tanpa terlebih dahulu membekalkan prinsip agama dan pegangan akidah yang

kukuh. Pergaulan remaja ini menjadi lebih bebas tanpa pegangan dan panduan agama

apabila berada di sekolah. Kesemua tanggungjawab itu diberikan kepada pihak sekolah

dalam mendidik dan membentuk peribadi mulia terhadap anak-anak mereka. Akibat dari

kegagalan tersebut, pihak sekolah menerima rekod dan nama buruk terhadap masalah

disiplin yang ditunjukkan oleh pelajar mereka

Sosialisasi atau dikenali juga hubungan interaksi antara pelbagai pihak perlu

diislamisasikan melalui transformasi persekitaran dan pembudayaan secara keseluruhan.

Sememangnya dapat dikenalpasti bahawa punca utama berlakunya masalah disiplin

yang dahsyat di sekolah adalah berpunca dari pengetahuan dan pendedahan agama yang

kurang (Rao, C.N Shankar.2006). Dalam kajian ini pengkaji akan memberikan fokus

Page 27: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

5

sepenuhnya pada tahap sosialisasi agama dalam mengukur tahap kesalahan disiplin yang

akan dilakukan. Kajian lepas mendapati persepsi guru-guru sekolah agama yang

mempunyai latar belakang pendidikan agama dan tidak mempunyai latarbelakang

bidang agama menyatakan bahawa sosialisasi agama yang berlaku di sekolah agama

telah menyumbang kepada kecemerlangan dan keseimbangan pencapaian pelajar-

pelajarnya di sekolah. Penekanan secara amali kepada persekitaran yang islamik mampu

memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan menuntut ilmu sekaligus

menjadi batu penghalang kepada mereka untuk melakukan kesalahan disiplin (Jaffarry

Awang, et. al, 2008).

Oleh yang demikian, kajian ini diharap mampu mencapai tujuan dan objektifnya

bagi merealisasikan matlamat falsafah pendidikan Negara dalam masa yang sama

membantu kemajuan Negara seiring dengan perkembangan nilai dan moral.

1.1 Latarbelakang Masalah

Sememangnya masalah disiplin dikalangan pelajar masa kini tidak pernah selesai

perbahasannya malah menjadi isu yang besar pada hari ini untuk di rungkaikan bersama.

Dalam pembentukan sahsiah peribadi pelajar yang unggul dan cemerlang dari segi

mental dan fizikalnya, disiplin adalah perkara penting yang perlu diambil kira dan dititik

beratkan oleh semua pihak. Pihak yang dimaksudkan ini adalah daripada peringkat

permulaan sekolah iaitu Pra-Sekolah, sekolah, sehinggalah kepada peringkat tertinggi

iaitu Universiti. Disiplin akhlak merupakan syarat kepada kejayaan pengkhususan

disiplin ilmu yang dipelajari. Penulisan kajian kali ini memberikan tumpuan sepenuhnya

kepada pelajar sekolah Menengah teknik dan vokasional untuk membantu pihak

Page 28: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

6

berkaitan meningkatkan mutu pencapaian pelajarnya agar seimbang dengan pencapaian

nilai untuk diaplikasi dalam dunia Industri (Rozzuwani Mohamad,2008).

Masalah disiplin pelajar kini tidak hanya tertumpu kepada kesalahan melanggar

peraturan sekolah, namun ia semakin serius pada hari ini apabila kesalahan yang

dilakukan di kalangan pelajar sekolah masa kini melibatkan perbuatan kesalahan

jenayah dan melanggar undang-undang Negara. Isu penglibatan pelajar secara aktif

dalam perkumpulan samseng atau senang digelar sebagai Gangsterisme adalah perkara

yang mengejutkan. Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan dasar pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan

Oktober 1999 terdapat 13 jenis salah laku jenayah yang sering melibatkan pelajar

kumpulan gengsterisme.

Mengikut respons pegetua dan guru di beberapa sekolah yang terlibat, antara

aktiviti yang sering dijalankan oleh kumpulan ini adalah seperti berjudi, mencuri,

melawan guru, melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kes pelacuran, kes salah

guna dadah, membawa senjata, mencabul kehormatan, mengancam murid, mengugut

guru, dan menceroboh. Dalam masa yang sama terdapat lima salah laku lucah yang

sering melibatkan kumpulan gangster yang dilakukan di sekolah iaitu berkhalwat,

mengintai murid perempuan, membawa bahan lucah, menggunakan kata-kata lucah, dan

melukis gambar lucah (majalah Massa,Oktober 2000) Setiap masalah-masalah perilaku

ini tidak akan dibahaskan satu persatu dalam kajian ini.

Berita harian pada 13 Julai 2000 turut melaporkan bahawa kegiatan gengsterisme

yang semakin menular berlaku di sekolah adalah disebabkan oleh kejahilan agama dan

kurangnya penerapan nilai murni oleh ibu bapa yang terlalu sibuk mencari nafkah dan

mementingkan material sehingga terabai tanggungjawab untuk mendidik dan

membimbing pergaulan anak-anak mereka. Pertembungan nilai juga menyebabkan

pelajar-pelajar sekolah menjadi keliru apabila banyak majalah-majalah hiburan yang

Page 29: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

7

tidak bermoral, filem-filem ganas dan berunsur seks yang berleluasa di pasaran

menyebabkan mereka tidak tahu untuk memilih maklumat yang terbaik untuk membina

kehidupan mereka dan mudah untuk tenggelam dalam arus keruntuhan akhlak dan moral

lantaran daripada tidak memiliki daya tahan spiritual yang mantap. Menurut syeikh

Yusof al-Qardawi (1999), kesan yang paling menonjol akibat daripada tamadun hari ini

ialah terungkainya ikatan akhlak. Dengan ini maka lahirlah masyarakat yang tidak

mempunyai kepimpinan diri dan akhlak.

Permasalahan kesalahan disiplin yang dinyatakan di atas adalah dipengaruhi oleh

persekitaran, pengetahuan, dan pemikiran yang tidak sihat. Persekitaran yang tidak sihat

ini berkembang melampaui perkembangan sosialisasi agama. Sosialisasi agama

merupakan proses yang melibatkan hubungan antara pengetahuan, persekitaran,

pemikiran, dan perlakuan dalam pembentukan watak dan diri seseorang individu, secara

mudahnya ia juga dipanggil sebagai pembentukan identiti yang selaras dengan tuntutan

agama (Jaffarry Awang et. al,2008).

Sekolah merupakan tempat berlakunya pertembungan, asimilasi, dan

pembentukan watak serta pemikiran seseorang pelajar, oleh itu sistem persekolahan

amat memainkan peranan penting dalam mewujudkan konsep sosialisasi agama dalam

usaha melahirkan insan yang berkualiti ketika berada dalam industri mahupun

masyarakat secara generalisasinya.

Antara isu dan cabaran yang dikenalpasti dalam pendidikan teknik dan

vokasional melalui kajian lepas yang dijalankan adalah kepentingan dalam menekankan

keperluan ‘kemahiran bukan teknikal’ atau ‘employbility skills’. Keperluan ini diambil

kira kerana adalah satu unit tugasan (task) yang mengintegrasikan pengetahuan teknikal,

kemahiran, dan sikap dalam menggunakan alat, bahan, keselamatan, dan kaedah atau

teknik untuk menyempurnakan tugas (duty) yang berkaitan dengan sesuatu pekerjaan.

Page 30: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

8

(Kandar, Yahya, Muhammad Rashid, 2004). Menurut Mc Daniels (1992), antara

kemahiran ‘employbility’ yang diperlukan majikan termasuklah berdikari, jujur, kemas,

menepati masa, keupayaan berhubung secara berkesan, keupayaan bekerja dalam

berkumpulan, bercita-cita tinggi, mempunyai etika kerja yang baik, setia dan juga

mampu membuat pengubahsuaian. Semua keperluan ini dapat dilihat sebagai keperluan

pembudayaan disiplin yang perlu ditekankan di peringkat sekolah lagi. Dalam masa

yang sama dilihat bahawa konsep sosialisasi agama yang banyak diterapkan di

kebanyakan sekolah-sekolah agama mampu membantu Sekolah Mengah Teknik dan

Vokasional merealisasikan peraturan dan matlamat pendidikan Negara dalam

memantapkan disiplin pelajar-pelajar sekolah menengah Teknik Vokasional.

1.2 Penyataan Masalah

Berdasarkan kepada persepsi guru-guru yang mengajar di sekolah Agama,

mereka berpendapat bahawa kewujudan sosialisasi agama di sekolah-sekolah agama

membantu kepada peningkatan tahap disiplin dan kemajuan pencapaian akademik

pelajar, sekaligus sangat relevan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari aspek

moral dan akademik (Jaffarry Awang et. al, 2008). Sosialisasi agama yang diberikan

penekanan kepada kejayaan tersebut dapat diringkaskan kepada tiga faktor iaitu

orientasi pemikiran guru dan sekolah, penekanan yang seimbang antara ilmu dunia dan

akhirat, dan budaya persekolahan agama yang bersifat praktikal iaitu mementingkan

teori dan amalan dari segi akhlak dan sahsiah. Namun begitu, pengkaji kali ini ingin

melihat tahap kerelevanannya apabila diaplikasikan pada Sekolah Menengah Teknik

Vokasional. Dalam kajian kali ini, pengkaji menekankan kepada tahap pengetahuan

agama pelajar-pelajar sekolah berkenaan, serta melihat kepada tahap sosialisasi agama

yang berlaku semasa pelajar berada di sekolah dan rumah. Seterusnya menilai tahap

Page 31: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

9

amalan disiplin dan tingkah laku pelajar tersebut secara keseluruhannya terutama ketika

berada di sekolah.

Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap perlaksanaan

sosialisasi agama dan kesannya kepada amalan disiplin diri pelajar di Sekolah

Menengah Teknik Vokasional. Sebelum ini kajian telah dijalankan ke atas sekolah

Menengah Agama yang sememangnya menjadikan pendidikan islam sebagai asas

pembentukan diri pelajar dan memberikan bukti kepada tahap pengamalan disiplin

pelajar yang baik dan pencapaian akademik yang boleh dibanggakan. Situasi ini jelas

menerangkan bahawa memang terdapatnya persekitaran atau kewujudan sosialisasi

agama di kawasan sekolah tersebut. Oleh yang demikian, bagi mengukur kewujudan

sosialisasi agama di sekolah menengah Teknik Vokasional, pengkaji menggunakan tiga

pembolehubah sebagai mengukur tahap sosialisasi agama pelajar dan kesannya ke atas

amalan disiplin diri pelajar. Pembolehubah tersebut ialah Pengetahuan Agama,

Persekitaran, dan Amalan disiplin diri pelajar. Seterusnya pengkaji melihat

pembolehubah-pembolehubah tersebut bagi mendapatkan nilai korelasinya ataupun

hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut.

Page 32: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

10

1.3 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengetahui tahap sosialisasi agama dalam

mempengaruhi pembentukan disiplin pelajar sekolah menengah Teknik Vokasional

Objektif khusus kajian ini adalah;

1.3.1 Mengukur tahap kefahaman agama di kalangan pelajar Sekolah Menengah

Teknik Johor Bahru.

1.3.2 Mengukur tahap persekitaran agama pelajar ketika berada di rumah.

1.3.3 Mengukur tahap persekitaran agama pelajar ketika berada di sekolah dari

aspek kemudahan & persekitaran, Kurikulum & aktiviti, dan peraturan.

1.3.4 Mengenalpasti tahap sosialisasi agama pelajar sekolah menengah Teknik

Johor Bahru.

1.3.5 Mengenalpasti tahap amalan disiplin diri pelajar Sekolah Menengah Teknik

Johor Bahru.

1.3.6 Mengenalpasti perbezaan tahap sosialisasi agama pelajar berdasarkan

jantina.

1.3.7 Mengenaplasti hubungan antara sosialisasi agama dengan amalan disiplin

diri pelajar.

1.3.8 Mengenalpasti sejauhmanakah peranan guru dan rakan dalam pembentukan

sosialisasi agama di sekolah dari persepsi pelajar.

      

Page 33: MOHAMAD ZANISAHLI AZIZI BIN MD KHALID - fp.utm.my · sosialisasi agama dalam mempengaruhi tingkahlaku disiplin pelajar sekolah menengah teknik johor bahru mohamad zanisahli azizi

11

     

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan berikut;

1.4.1 Bagaimanakah tahap kefahaman agama di kalangan pelajar Sekolah

Menengah Teknik Johor Bahru.

1.4.2 Bagaimanakah tahap persekitaran agama pelajar ketika berada di rumah?

1.4.3 Bagaimanakah tahap persekitaran agama pelajar ketika berada di sekolah

dari aspek kemudahan & persekitaran, Kurikulum & aktiviti, dan

peraturan?

1.4.4 Bagaimanakah tahap sosialisasi agama pelajar sekolah menengah Teknik

Johor Bahru?

1.4.5 Bagaimanakah tahap amalan disiplin diri pelajar Sekolah Menengah

Teknik Johor Bahru.

1.4.6 Apakah perbezaan tahap sosialisasi agama pelajar berdasarkan jantina?

1.4.7 Apakah hubungan antara sosialisasi agama dengan amalan disiplin diri

pelajar?

1.4.8 Sejauhmanakah peranan guru dan rakan-rakan dalam pembentukan

sosialisasi agama melalui persepsi pelajar?