prosiding - ukm.my kerja/prosiding perkem 2017 fatin atirah.pdf · o teknologi hijau o kelestarian...
TRANSCRIPT
i
PROSIDING / PROCEEDINGS OF
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
ISSN: 2231-962X 2017
Editor:
Prof. Madya Dr. Mariani Abdul Majid
Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi
Dr. Mohd Adib Ismail
Dr. Roziana Baharin
En. Liew Chei Siang
DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DICETAK OLEH / PRINTED BY
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
ii
Cetakan Pertama / First Printing 2017
Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada
dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any
means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
PUSAT PENGAJIAN EKONOMI
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM
43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia
http://www.ukm.my/fep
e-mel: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by
PENERBIT UKM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysia
Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Cataloguing-in-Publications Data
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke – 12, 2017.
Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan
Futuristik
iii
LATAR BELAKANG PERKEM / ABOUT PERKEM
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) merupakan siri seminar
tahunan anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Persidangan ini menyediakan platform
kepada para penyelidik, pembuat dasar dan mereka yang berminat untuk mengikuti
dan mengetahui perkembangan ekonomi Malaysia secara lebih dekat melalui
pembentangan hasil-hasil penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap pelbagai
persoalan berkaitan pertumbuhan, pembangunan ekonomi dan persekitaran
perniagaan. Melalui persidangan ini, selain menambah khazanah ilmu dalam bidang
ekonomi dan perniagaan, dapatan kajian yang dibentangkan dapat dijadikan panduan
dan rujukan kepada mereka yang terlibat dalam menyediakan rancangan-rancangan
pembangunan pada masa hadapan, khususnya yang melibatkan ekonomi Malaysia.
The Malaysian National Economic Conference (PERKEM) is an annual seminar
series organized by School of Economics, Faculty of Economics and Management,
The National University of Malaysia (UKM). This conference provides a platform for
researchers, policy makers and those who are interested to know and keep trail
regarding Malaysia's economic development through the presentation of research
findings that focus on various issues pertaining to economic development, growth and
business environment. Through this conference, apart from adding to the body of
knowledge in economics and business discipline, findings from presented papers are
useful as reference point for those involved in preparing future development plans,
especially with regards to the Malaysian economic.
Prosiding PERKEM dan Jurnal Ekonomi Malaysia
Kertas kerja persidangan akan diterbitkan di dalam prosiding PERKEM.
Kertas kerja juga boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam Jurnal Ekonomi
Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia diterbitkan oleh Penerbit UKM dan diindeks oleh
Scopus.
Conference papers will be published in PERKEM proceedings.
Papers may also be considered for publication in Jurnal Ekonomi Malaysia (the
Malaysian Journal of Economics). Jurnal Ekonomi Malaysia is published by Penerbit
UKM and indexed by Scopus.
iv
Senarai Penilai / List of Reviewers PERKEM Ke – 12 2017
Dr. Azrina Abdullah Al-Hadi Junaidah Hasan
Dr. Ali Mohd Noor Dr. Hazrul Izuan Shahiri
Dr. Hairunnizam Wahid Dr. Norshamliza Chamhuri
Liew Chei Siang Prof. Madya Dr. Rubayah Yakob
Mustazar Mansur Prof. Madya Dr. Mariani Abdul
Majid
Norain Mod Asri Dr. Mohd Adib Ismail
Norlaila Abu Bakar Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi
Aminudin Mokhtar Dr. Suhaili Alma’mun
v
Prosiding / Proceedings of
PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA
PERKEM KE – 12 2017
THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE
12th PERKEM 2017
12 – 13 September 2017
Hotel Bangi-Putrajaya, SELANGOR, MALAYSIA
ISSN: 2231-962X 2017
PERSIDANGAN / CONFERENCE
Tema utama persidangan pada tahun 2017 ialah “Kelestarian Pembangunan
Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik”.
Perkara yang akan menjadi fokus perbincangan persidangan merangkumi tiga aspek
penting yang menjadi tunjang persidangan kali ini iaitu:
pertumbuhan ekonomi yang holistik,
pertumbuhan inklusif, dan
kelestarian pembangunan.
Bertunjangkan tiga aspek penting tersebut, PERKEM 12 meneruskan kelangsungan
dengan menyediakan platform pertemuan kepada semua pihak termasuk para
penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berminat
untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dalam memperkukuhkan lagi dasar
dan program pembangunan negara.
The main conference theme in year 2017 is “Sustainable Economic Development:
Towards Holistic, Inclusive and Futuristic Policy Transformation”.
The subject matter that will be the focus of the conference discussions will cover three
important aspects that will be the cornerstone of the conference this time, namely:
holistic economic growth,
inclusive growth, and
development sustainability.
Given these three important aspects, PERKEM 12 continues to provide a platform for
all parties including researchers, administrators, policymakers, the private sector and
all interested parties to collaborate and share knowledge in strengthening national
development policies and programs.
vi
SUB-TEMA / SUB-THEMES
Program Transformasi Negara o Transformasi Nasional 50
o Program transformasi kerajaan
o Program transformasi ekonomi
o Program reformasi fiskal
o Dasar Pencukaian dan Program Pembangunan Sosial
National Tranformation Program o Transformasi Nasional 50
o Government Transformation Program
o Economic Transformation Program
o Fiscal Reformation Program
o Taxation Policy and Social Development Program
Ekonomi Holistik o Kos Sara Hidup dan Kualiti Hidup
o Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan
o Agihan Pendapatan
o Kesihatan dan Jaminan Sosial
o Kesejahteraan Warga Emas, Kanak-kanak dan Wanita
o Isu Gelandangan dan Orang Kelainan Upaya
o Kelestarian Kualiti Alam Sekitar
o Pembangunan Wilayah, Luar Bandar dan Komuniti
o Pengurusan Zakat oleh Institusi zakat
o Pengurusan Harta Waqaf
o Crowdfunding
o Objektif Pembangunan Mampan/ Sustainable Development Goal
Holictic Economics o Cost of Living and Quality of Life
o Education and Human Capital Development
o Income Distribution
o Health and Social Security
o Well-being of Senior Citizen, Children and Women
o Homeless and Disabilities
o Sustainability of Enviromental Quality
o Rural, Regional and Community Development
o Zakat Management in Zakat Institutions
o Waqf Management
o Crowdfunding
o Sustainable Development Goals
Pertumbuhan Inklusif o pertumbuhan holistik dan mapan
o agihan dan ketakseimbangan
o pembangunan modal insan dan Pengurusan Sumber Manusia Berkualiti
o produktiviti, inovasi, teknologi dan transformasi ekonomi
vii
o kestabilan makroekonomi dan pendapatan
o dasar fiskal dan monetari
o perdagangan antarabangsa, kewangan antarabangsa dan pelaburan
o muamalat dan kewangan Islam
o ekonomi monetari, kewangan dan perbankan
o Kewangan dan Perbankan Islam
o pengukuhan peranan institusi- struktur pasaran, daya saing
Inclusive Growth o Sustainable and Holistic Growth
o Distribution and Inequilibrium
o Human Capital Development and Quality Human Resource Management
o Productivity, Innovation, Technology and Economic Transformation
o Income and Macroeconomic Stability
o Monetary and Fiscal Policies
o International Trade, International Finance and Investment
o Islamic Finance and Muamalat
o Banking, Monetary and Financial Economics
o Islamic Banking and Finance
o Strengthening Institutional Role: Market Structure and Competitiveness
Kelestarian pembangunan o teknologi hijau
o kelestarian kualiti alam sekitar
o resilient city dan Greater Kuala Lumpur
o ekonomi alam sekitar
o sektor komoditi utama
o sektor perindustrian
o sektor perkhidmatan- rekreasi, hospitaliti, pengangkutan, komunikasi
o sektor minyak, gas, tenaga dan sumber
Sustainable Development o Green Technology
o Sustainability of Environmental Quality
o Resilient City and Greater Kuala Lumpur
o Environmental Economics
o Main Commodity Sector
o Industrial Sector
o Services Sector - Recreation, Hospitality, Transportation, Communication
o Oil and Gas, Energy and Resource Sectors
Isu-Isu Terkini dan masa hadapan dalam Ekonomi o isu makroekonomi
o isu golongan mudah terancam
o dasar belanjawan
o dasar monetari
o kejutan luaran- harga minyak, krisis kewangan antarabangsa, krisis harga
makanan
viii
o dasar pembangunan ekonomi- model ekonomi baru, negara ekonomi
berpendapatan tinggi
o dasar perdagangan antarabangsa dan pelaburan
o pembangunan keusahawanan Bumiputra dan kredit mikro
o sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
Current and Future Issues in Economics o Macroeconomic Issues
o Vulnerable Groups
o Budgetary Policy
o Monetary Policy
o External Shocks: Oil Price, International Financial Crisis, Food Price Crisis
o Economic Development Policy: New Economic Model, High Income Economy
o Investment and International Trade Policies
o Micro Credit and Bumiputra Entrepreneural Development
o Private Sectors and Government-Linked Companies
ix
KANDUNGAN
Kandungan
ix
Prakata
xviii
TEMA 1 : EKONOMI ISLAM: ZAKAT & WAKAF
1
Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi
Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam
Wahid
1 - 13
2 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang
Baru
Siti Norhidayah Hamzah, Hairunnizam Wahid
14 - 28
3 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran
Zakat Harta: Kajian di Negeri Sembilan
Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali
Mohd Noor
29 - 38
4 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal ke
Atas Pendekatan yang Digunakan
Suhaili Alma’amun
39 - 43
5 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan
Atiah Ahmad, Hairunnizam Wahid
44 - 54
6 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Kolej
Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Nur Liana ‘Aqilah Derus, Mohd Ali Mohd Noor
55 -63
7 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:
Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,
Putrajaya
‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Hairunnizam Wahid
64 - 73
8 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian
dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Nor
74 - 83
9 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) terhadap Kaedah Agihan
Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor
Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah, Hairunnizam Wahid
84 - 94
x
10 Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan
Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia
Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Hairunnizam Wahid
95 - 107
11 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung
Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di
Bintulu, Sarawak
Abdul Hayy Haziq Mohamad, Hairunnizam Wahid
108 - 118
12 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat daripada Perspektif Penerima:
Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid
119 - 130
13 Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan Terhadap Usahawan Asnaf
dalam Konteks Maqasid Al-Syari’ah: Kajian di Daerah Kuala
Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu
Nurmaizura Marzuki, Solehuddin Zulkifli, Hairunnizam Wahid
131 - 141
14 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu
Kajian Semula terhadap Majlis Agama Islam Negeri
Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid, Azrina Abdullah Al-Hadi
142 - 152
15 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat
Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia
Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
153 - 163
16 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:
Kajian di Malaysia
Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
164 - 175
17 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta
Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor
Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor,
Abdul Halim Abu Bakar
176 - 189
18 Factors Affecting Disclosure Practices of Annual Report Zakat
Institutions in Malaysia
Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid
190 - 199
19 Brotherhood Concept, Islamic Accountability Concept and Agency
Theory in Relation to Disclosure of Annual Report Zakat Institutions: A
Proposed Framework
Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid
200 - 210
20 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan
Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor
Mohd Azlan Bunasir, Hairunnizam Wahid
211 - 220
xi
TEMA 2 : PERBANKAN & KEWANGAN ISLAM
1
Faktor yang Mempengaruhi Penerimaan Perkhidmatan Perbankan Islam
di Selatan Thailand
Noorasikin Mohd Sidek, Shahida Shahimi, Latifa Bibi Musafar Hameed
251 - 264
2 Hubungan di Antara Kecenderungan Pengguna Perkhidmatan
Perbankan Islam, Niat Penarikan dan Penarikan Deposit
Siti Nor Asmath Wan Hassan, Aisyah Abdul Rahman, Azman Ismail
265 - 274
3 Risiko Tidak Patuh Syariah: Kajian di Hong Leong Islamic Bank
Berhad
Nur Maizatul Dina Mukhtar, S.Shahida, Aisyah Abdul Rahman
275 - 287
4 Insolvency Risk and Bankruptcy of Malaysian Islamic Banks: Full-
Fledged vs Islamic Subsidiaries
Nik Nurul Hidayah Nik Zainuddin, S.Shahida
288 - 298
5 Rebat Pembiayaan dalam Keseimbangan Kadar Fleksibeliti Keuntungan
Jualan Bertangguh
Muhamad Zuhaili Saiman, Ahmad Dahlan Salleh
299 - 307
6 Kajian Mengenai Tahap Persepsi Masyarakat Terhadap Pelan Takaful
Fatin Nabilah Musanif, Hendon Redzuan
308 - 319
7 Takaful Berkaitan Pelaburan: Penerimaan Masyarakat di Kuala
Terengganu
Nur Dhia Marsya Muhammad Najib
320 - 331
8 Kesahan Konstruk dan Kebolehpercayaan dalaman Pengukuran Tahap
Pengetahuan Takaful Mikro
Maisarah Mohd Shahrain, Rubayah Yakob, Hendon Redzuan
332 - 342
9 Faktor Penentu kepada Pulangan Pelaburan Unit Amanah Islam - Satu
Kajian Kes Terhadap Pelabur Dana Dali 1.
Zool Fazlee Nordin, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
343 - 353
21 Zakat Contribution to National Income in Malaysia (1984-2015)
Nur Hidayah Anuar, Mohd. Ali Mohd Noor
221 - 229
22 Kawalan Dalaman Tadbir Urus Wakaf di Malaysia
Rabiatul Hasanah Mahmood, S.Shahida, Latifa Bibi Musafar Hameed
230 - 238
23 Waqf World Growth Foundation (WWGF): Tinjauan Awal Penubuhan
Hafizah Shamshuddin, Suhaili Alma`Amun
239 - 250
xii
10 Pelaburan Patuh Syariah di KWSP: Tular dan Persoalan yang Timbul
Mohd Syafiq Mat Nor, Suhaili Al Ma’amun
354 - 359
11 Factors Affecting Crowdfunding for Research in Islamic Finance and
Banking
Shofiyyah Moidin, Aisyah Abdul Rahman, Shifa Mohd Nor
360 - 368
12 Integrating Donation-Based Blockchain as Potential Source of Funds in
Islamic Microfinance
Nurusysyifa Datuk Haji Mohamad Nordin, Salina Hj. Kassim
369 - 376
13 Root Issues in Islamic Banking: Content Analysis of Reported Cases of
High Court in Malaysia
Nor Qathrunnada Kamarul Baharin, Mariani Abdul-Majid, Khairul
Akmaliah Adham
377 - 400
14 Inclusion of Islamic Socio Financial Institutions for the Unbankable
Hard Core Poor {A Model Worth Attention}
Magda Ismail A. Mohsin, Shaikh Hamzah Abdul Razak, Syed Othman
Alhabshi, Seyed Kazem Sadr
401 - 410
TEMA 3 : EKONOMI FISKAL, MONETARI & ANTARABANGSA
1
Sistem Matawang Bersandarkan Emas: Tinjauan Menurut Perspektif Al
Quran
Sa’diah Abdul Karim, Mohd Ali Mohd Noor
411 - 421
2 Reexamine of Twin Deficit Hypothesis: Malaysia Case Study
Ahmed M. Saidam, Tamat Sarmidi
422 - 433
3 The Relationship Between Financial Development and Monetary Policy
Effectiveness in Malaysia
Danie Eirieswanty Kamal Basa, Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan
Shah Zaidi
434 - 441
4 Monetary Policy, Bank Ownership, and the Lending Channel: Evidence
from Banks in ASEAN Countries
Fazelina Sahul Hamid, Muhamed Zulkhibri
442 - 455
5 The Fragmentation in International Production, Financial Market
Openness and Output Correlation: Panel Evidence of Oecd and Briic
Economies
Norrana Khidil, Mohd Azlan Shah Zaidi, Zulkefly Abdul Karim
456 - 466
xiii
6 The Southeast Asia Analysis on Trade Openness Towards Economic
Growth
Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Yong Yoke Chuan, Nurul Shakira
Zainal Abidin
467 - 472
7 Oil Price Shock and U.S. Dollar: Evidence from ASEAN and BRICS
Hadrry Rony
473 - 482
8 The Impacts of Malaysian Free Trade Agreements on Margins of Trade
Rashidi Said, Normaz Wana Ismail
483 - 492
9 A Nexus Between Intra-ASEAN FDI, Intra-ASEAN Exports and
Economic Growth of ASEAN-10: Evidence Using Panel Causality
Analysis
Wong Koi Nyen, Tan Bee Wah, Goh Soo Khoon
493 - 503
10 Digital Trade Related in Selected Asian Countries
Normaz Wana Ismail
504 - 510
11 Economic Effects of Export Tax on Malaysia’s Cessable Rubber
Medical Devices Export: A Gravity Model Approach
Lee Siu Ming, Radziah Adam, Ku’ Azam Tuan Lonik
12 Does Exchange Rate Important Determinant Affecting Export Demand?
Sarah Nursyazmin Mohamad Kamal, Normaz Wana Ismail, Norazwa
Mohamed Hariri
511 - 520
13 Do Sustainability Certifications Matter for Exporting Palm Oil
Companies?
S. Shahida, Hafizuddin-Syah B.A.M, Siti Hanisah Fuad
521 - 530
14 The Determinants of Foreign Direct Investment (FDI) Across Provinces
in ChinaA Panel ARDL Study
Ruan Meng Juan, Zulkefly Abdul Karim
531 - 545
15 Modelling The Volatility of International Tourism Demand and
Macroeconomic Variables
Kasmaroni Hj Makawi, Norlida Hanim Mohd Salleh, Sharmila
Thinagar
546 - 558
16 The Influence of Inbound Tourism for Education on Economic Growth
in Malaysia: A Macroeconomics Viewpoint
Chor Foon Tang, Yong Kang Cheah, Soo Yean Chua
559 - 567
17 Does Country with Multi-Ethnic, Multi-Linguistic and Multi-Religious
Society Induce Tourist Arrivals? Worldwide Evidence
Muzafar Shah Habibullah, Badariah Haji Din, Siow-Hooi, Tan
568 - 576
xiv
TEMA 4 : EKONOMI PEMBANGUNAN
1
Dilema Pengeluaran Makanan dengan Pemeliharaan Sumber Alam
dalam Pembangunan Lestari Islam
Nurul Suhada Ismail
577 - 582
2 Kesan Perbezaan Kadar Inflasi Terhadap Perbelanjaan Kumpulan
Utama Masyarakat di Malaysia
Mohd Khalid Ribuan, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
583 - 595
3 The Sources of Cost of Living Pressure and an Expensive City to Live
in Malaysia Capital Cities: A Descriptive Analysis of Basic Needs
Budget for Middle Income Earners
Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail
596 - 606
4 Kos Sara Hidup: Pendapatan Rendah atau Taraf Hidup Meningkat
Mohd Aqmin Abdul Wahab, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur
607 - 621
5 Perceptions of Public University Students towards the Rising Cost of
Living in Malaysia
Zurina Kefeli
622 - 632
6 The Basic Needs Budget of Middle Income Earners in the Capital Cities
with a High Cost of Living in Malaysia using OLS Regression Analysis
Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail
633 - 641
7 Pengaruh Modal Sosial ke Atas Peningkatan Pendapatan Kumpulan Isi
Rumah B40 di Malaysia
Syahrin Suhaimee, Mohd Azlan Shah Zaidi, Mohd Adib Ismail
642 - 651
8 The Determinants of Housing Prices: An Empirical Study Based on
Provincial Panel Data in China
Yang Fan, Zulkefly Abdul Karim
652 - 665
9 Hubungan Antara Perubahan Harga Petrol dengan Jualan Kenderaan
Persendirian di Malaysia
Nizam Ahmat, Nor Ermawati Hussain
666 - 672
10 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi
Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob, Aisyah Abdul Rahman
673 - 685
11 Explaining Poverty Persistence in Sabah: The Role of Economic
Growth and Public Policy
M. Niaz Asadullah, Jeron Joseph
686 - 696
xv
12 Penganggaran Kecekapan Teknikal dan Faktor Penentu Kecekapan pada
Perusahaan Kecil Sederhana Sektor Perdagangan dalam Penggunaan
Kredit Usaha Rakyat untuk Pengurangan Kemiskinan di Jawa Timur
Atik Purmiyati
697 - 709
13 Measuring Genuine Progress of Malaysia’s Economic Growth, 1986-
2015
Muhamad Azhan Mohd Nor, Jamal Othman
710 - 723
14 Analisis Impak Output Pengganda dan Rantaian Sektor Dalam NKEA
Malaysia
Florand Anak Jacob, Noorasiah Sulaiman
724 - 735
15 Privatization, An Alternative to Economic Growth in The Difficulties of
The State Budget; Indonesian Case
Syanti Dewi
736 - 743
16 The Impact of IQ on Globalization-Income Inequality Relationship
A.R Mazlina, Saifuzzaman Ibrahim, W.N.W Azman-Saini
744 - 751
17 Impak Modal Manusia dan Inovasi Terhadap Produktiviti Faktor
Keseluruhan (TFP) Industri Pembuatan Minyak Sawit di Malaysia
Naiimah Mohd Sofi , Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail
18 Relative Social Standing – An Adaptation of Social Comparison Theory
in Explaining Economic Behaviour of Saving and Wealth Accumulation
Poh Boon Lian, Nor Ghani Md. Nor, Jamal Othman
752 - 765
19 Kemeruapan Kadar Pertukaran dan Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia:
Analisis NARDL
Nur Idayu Ibrahim, Tamat Sarmidi, Roziana Baharin
766 - 775
20 The effect of islamic and conventional banking efficiency on economic
growth
Mohd Shawal Sidek, Mariani Abdul Majid, Azrina Abdullah Al-Hadi
776 - 787
TEMA 5 : EKONOMI BURUH & SUMBER MANUSIA
1
Education Level and Economic Growth: Study on High-Income Nations
in East Asia
Lai Wei Sieng, Ishak Yusoff
788 - 798
2 Economic Returns to Schooling in Malaysia: A Gender Analysis
Norlin Khalid, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain, Hakimah Nur Ahmad
Hamidi, Nur Fakhzan Marwan
799 - 806
xvi
3 Unjuran Keperluan Tenaga Manusia dalam Sektor Perkhidmatan
Terpilih: Analisis Input-Output
Bawani Lelchumanan, Rahmah Ismail, Noorasiah Sulaiman
807 - 822
4 Potensi Tenaga Kerja dalam Sektor Hijau Malaysia: Analisis Input-
Output
Saidatul Akma Zakaria, Noorasiah Sulaiman
823 - 836
5 Keperluan Tenaga Kerja dan Rantaian Guna Tenaga dalam Sektor
Pertanian di Malaysia
Nur Syairah Ismail, Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail
837 - 845
6 Penentu Kemampuan Pekerja dalam Sektor Pembuatan di Malaysia
Farisha Nadiah Mohd Shah, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain
846 - 861
7 Penentu Kemampuan Pekerja dalam Sektor Perkhidmatan di Malaysia
Rabiatul Adawiyah Ismail, Wye Chung Khain, Rahmah Ismail
862 - 876
8 Ketaksamaan Pencapaian dalam Firma Bola Sepak: Analisis
Keseimbangan Bersaing Liga Super Malaysia dengan Kehadiran Buruh
Berkemahiran Tinggi
Zanareyah Salim, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur
877 - 890
9 Kaedah Penghargaan Sebagai Kaedah Pengurusan Motivasi Pekerja:
Analisis dari Perspektif Islam
Noor Hidayah Samsudin
891 - 896
10 Input-Output Analysis of Manpower Skills Requirement and Job
Generating Industries in Malaysia Services Sector
Mohd Shaiful Hizam Bin Johan, Noorasiah Sulaiman
897 - 905
TEMA 6 : EKONOMI PENGURUSAN & KEUSAHAWANAN
1
Entrepreneurial Marketing and Characteristics of Animation
Technopreneurs: The Mediating Role of Self-Efficacy
Hanis Syazwani Kamarudin, Mohar Yusof
906 - 915
2 Faktor Penglibatan Usahawan dalam Perusahaan Runcit di Sepang
Muhammad Fazli Razali, Suhaili Alma’amun
916 - 924
3 Small Medium Enterprises (SMEs)’ Harmony Culture in Indonesia
Syanti Dewi, Ishak Ramli
925 - 931
4 A Study on Role of Leadership and Green Technology towards
Malaysian Economy Growth
Selvi Narayanan, Soorianarayanan
932 - 937
xvii
5 Elemen-Elemen Persekitaran IPTA yang Menyumbang Kepada
Pemikiran Keusahawanan Pelajar
Armanurah Mohamad, Norashidah Hashim, Awanis Ku Ishak
938 - 945
6 Amalan Pengurusan Kewangan dalam Kalangan Usahawan PKS
Bumiputera
Anwar Nabi Alam, Halimah Harun
946 - 954
7 Peranan Aktiviti Integrasi Pertanian dalam Meningkatkan Produktiviti
Pekebun Kecil Kelapa Sawit
Nurul Atiqah Shahril, Mohd Adib Ismail, Muhammad Hakimi Mohd
Shafiai
955 - 965
8 Kejayaan Perniagaan dan Pencapaian Maqasid Al-Syariah dalam
Kalangan Usahawan Penerima Pembiayaan atau Geran Usahawan
MARA (GUM): Kajian di Negeri Sembilan
Shahzihan Mohamad @ Mohd Noor, Hairunnizam Wahid
966 - 978
9 Hubungan Antara Latarbelakang Pentadbir Masjid, Pengurusan
Kewangan dan Keaktifan Aktiviti Masjid : Kajian di Hulu Terengganu,
Terengganu
Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor
979 - 990
10 Perusahaan Sosial dalam Pendidikan: Kajian Terhadap Kompleks
Pendidikan Islam Bangi, Selangor
Zirwatul 'Isyqi Mohd Nazri, Hairunnizam Wahid
991 -
1001
11 Faktor Penentu Kejayaan Perniagaan dalam Kalangan Usahawan Orang
Asli: Kajian Perbandingan Antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan
Mohd Naim Abd Karim, Mohd Fadzli Che Rus, Hairunnizam Wahid
1002 -
1013
12 Keberkesanan Bantuan Geran Bimbingan Usahawan Orang Asli: Kajian
di Negeri Sembilan & Selangor
Mohd Fadzli Che Rus, Mohd Naim Abd Karim, Hairunnizam Wahid
1014 -
1027
13 Challenges to Sustainable Safeguarding Halal Food Raw Materials
Integrity
Mohd Helmi Ali, Norhidayah Suleiman
1028 -
1034
TEMA 7 : EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN
1
The Effect of Oil Price and US Factors Volatility on Metal Market
Volatility
Chan Weng, Zulkefly Abdul Karim, Norlin Khalid
1035 -
1047
xviii
2 Performance of Malaysian General Insurance Industry; From the Firm’s
Perspective
Nisaparma Anestya, Mustazar Mansur, Hazrul Izuan Shahiri
1048 -
1057
3 Prestasi Unit Amanah di Malaysia
Yasmin Azuddin, Hawati Janor, Hairunnizam Wahid
1058 -
1069
4 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA): Peluang dan Cabaran Ke
Atas Syarikat Unit Amanah Dd Malaysia
Sahudin Ma’anam @ Saat, Aisyah Abdul Rahman, Rosmah Mat Isa
1070 -
1081
5 Gelombang Penggabungan dan Pengambilalihan di Dunia dan Malaysia
Ria Amaliena Azamuddin, Mohd Hasimi Yaacob
1082 -
1087
6 The Impact of Bank Competition on Liquidity Risk: Comparison
between Conventional and Islamic Banking in Malaysia
Nur Aqilah Abdul Rahman, Aisyah Abdul Rahman, Nafisah Muhammed
1088 -
1098
7 Penentuan Kadar Faedah di Malaysia Menggunakan Pendekatan
Persamaan Peraturan Taylor
Abdul Karim Mhd Sarif, Norlin Khalid
1099 -
1109
8 Pengaruh Norma Subjektif dan Manfaat Tanggapan Kepada Niat
Melanggan Mikro Kredit: Sikap Sebagai Perantaraan (Mediator)
Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai, Salmy Edawati Yaacob, Syahrul
Anuar Ali
1110 -
1123
9 Pembiayaan Kos Rawatan Pesakit Kanser Melalui Dana Sadaqah
Crowdfunding: Kajian Kes di Terengganu
Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
1124 -
1138
10 Portfolio Returns’ Characteristics in Indonesia During The Global Crisis
Ishak Ramli
1139 -
1148
11 The Functional Expense Reporting Practice Among Non-Profit
Organisations
Noor Raudhiah Abu Bakar, Teh Suhaila Tajuddin, Norlia Abdul Karim,
Ridzwana Mohd Said
1149 -
1158
TEMA 8 : ISU-ISU LAIN DALAM EKONOMI
1
Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam
Urusan Pembayaran Fidyah di MAINJ: Kajian di Muar, Johor
Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd
Noor
1159 -
1171
xix
2 Pindaan Akta GSA (2002) dan Cadangan Model Pembahagian Harta
Pusaka Tanah Rancangan Felda
Noorizan Mohamed Hasnan, Hairunnizam Wahid, Mohd Zamro Muda,
Mohd Yassin Mohd Yusuf
1172 -
1180
3 Perbelanjaan Kesihatan dan Penuaan Populasi: Analisis Empirik
menggunakan Pendekatan Autoregresi Susulan Teragih
Suhaila Saad, Roziana Baharin
1181 -
1188
4 Multi-Factor Crime Activities in Malaysia: Further Evidence from
Bounds Testing of Level Relationships and Granger Non-Causality
Dullah Mulok, Mori Kogid, Rozilee Asid, Jaratin Lily
1189 -
1198
5 Gelagat Tabungan dan Tahap Pengetahuan Pembeli Rumah Terhadap
Proses Kelayakan Pembiayaan Perumahan: Kajian di Lembah Klang
Eh Run Eh Noi, Hairunnizam Wahid
1199 -
1209
6 The Economic Valuation of Environmental Resources in Malaysia: A
Case Study of Taman Tasik Cempaka in Bandar Baru Bangi
Mohd Syauqi Nazmi, Muhammad Taufiqurrahman Ramli, Nik Nor
Rahimah Nik Ab Rahim
1210 -
1217
7 Prospects, Demand-Supply Mismatch of Green or Sustainable Investing
in Malaysia
Raymond Ling Leh Bin, Aye Aye Khin
1218 -
1226
8 Kajian Impak Pembangunan Semula Tebingan Sungai di Malaysia
Azlina Md. Yassin, Haryati Shafii
1227 -
1234
9 Pembangunan Penunjuk dan Indeks Kualiti Hidup Masyarakat Luar
Bandar untuk Kesejahteraan Hidup dan Kelestarian Alam Sekitar
Haryati Shafii, Azlina Md Yasin, Nursyikin Miskam
1235 -
1245
xx
KATA PENGANTAR / PREFACE
Dengan Nama Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala Puja
dan puji hanya Bagi-Nya Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan
Nabi Muhammad S.A.W., Rasul akhir zaman.
Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan
keizinan-Nya jua Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia dapat
disempurnakan penerbitannya bersempena PERKEM Ke – 12 2017 yang berlangsung
di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor.
Tujuan penerbitan prosiding ini adalah sebagai bahan bacaan dan rujukan
kepada peserta PERKEM Ke – 12 2017 dan juga kepada yang tidak berkesempatan
untuk menghadiri persidangan kali ini. Persidangan ini merupakan acara tahunan
Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Ia memberi ruang
kepada para penyelidik, pembuat dasar dan individu membentangkan hasil
penyelidikan masing-masing dan berbincang mengenai isu semasa berkaitan ekonomi
Malaysia secara khususnya.
Tema PERKEM kali ini adalah ‘Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah
Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik’. Tema ini menyokong
usaha dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan
tinggi melangkaui wawasan 2020 dan ke arah TN 2050. Bagi mencapai sasaran
tersebut, perkembangan ekonomi dan transformasi dasar yang digariskan perlu
berlaku secara holistik, keterangkuman kekayaan dan keterangkuman pertumbuhan
tanpa mengabaikan semua golongan sasaran serta transformasi dasar yang bersifat
futuristik yang mengetengahkan peranan belia dan golongan muda sebagai pelapis di
masa akan datang.
Sebanyak 122 kertas kerja telah dikumpulkan dan 105 daripadanya dimuatkan
dalam prosiding ini yang disusun berdasarkan sesi pembentangan dan tema-tema yang
ditentukan. Tema-tema tersebut disusun dalam beberapa tema umum berasaskan
bidang kajian. Ia meliputi i) Ekonomi Islam: Zakat & Wakaf, ii) Perbankan &
Kewangan Islam, iii) Ekonomi Fiskal, Monetari & Antarabangsa, iv) Ekonomi
Pembangunan, v) Ekonomi Buruh & Sumber Manusia, vi) Ekonomi Pengurusan &
Keusahawanan, vii) Ekonomi Kewangan & Perbankan viii) Isu-isu Lain Dalam
Ekonomi. Kepelbagaian tema dan bidang ekonomi yang dibincangkan dapat memberi
peluang yang seluasnya kepada peserta persidangan dan pembaca untuk menatapi
pelbagai hasil penyelidikan dan penemuan baharu. Dapatan ini amat bermanfaat
kepada penggubal dasar dan pengkaji akan datang.
Semoga prosiding ini dapat memberi manfaat kepada negara dan bangsa.
Sekian,terima kasih
PROSIDING PERKEM 12, (2017) 1124 - 1138
ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-12 (PERKEM 12)
"Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik"
Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Selangor, 12 - 13 September 2017
Pembiayaan Kos Rawatan Pesakit Kanser Melalui Dana Sadaqah Crowdfunding:
Kajian Kes di Terengganu Financing The Cost of Treatment for Cancer Patients Through Sadaqah Crowdfunding
Fund: A Study in Kuala Terengganu
SITI NUR FATIN ATIRAH ROSLI1
HAIRUNNIZAM WAHID2
MOHD ALI MOHD NOR3
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan ramai pesakit di Malaysia menghidap pelbagai penyakit
kronik terutamanya penyakit kanser. Hal ini menyebabkan kualiti hidup masyarakat semakin menurun. Isu ketidakcukupan
wang bagi menampung kos rawatan penyakit dan perbelanjaan sara hidup isi rumah sering berlaku apabila ketua isirumah
sebuah keluarga tidak dapat meneruskan kerjaya mereka akibat menghidap penyakit kanser. Secara umumnya, terdapat
banyak saluran bantuan kewangan yang disediakan oleh pelbagai pihak kepada pesakit kanser untuk mendapatkan bantuan
pembiayaan kos rawatan. Namun begitu persoalan yang timbul ialah mengapa masih wujud masalah ketidakcukupan wang
bagi menampung pembiayaan perubatan dan perbelanjaan isi rumah tersebut? Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji
masalah kewangan yang mungkin dihadapi oleh sesebuah isirumah kesan daripada ahli isirumah mengidap penyakit
kanser. Kajian ini menggunakan data primer melalui borang soal selidik dimana sampel kajian adalah terdiri daripada
pesakit kanser yang berada di Terengganu dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Hasil kejadian
menunjukkan pesakit kanser menghadapi masalah ketidakcukupan wang disebabkan oleh kos rawatan penyakit kanser
yang agak tinggi dan bantuan yang diterima adalah amat kecil. Tambahan pula, pembiayaan rawatan dan peralatan yang
perlu digunakan untuk merawat penyakit ini adalah agak mahal dan melebihi daripada jumlah pendapatan bulanan
mereka. Hasil kajian mendapati majoriti pesakit kanser berharap supaya diwujudkan satu dana khas yang boleh menampung
kos rawatan perubatan terutamanya dalam kalangan isirumah yang tidak berkemampuan. Cadangan penyelesaian bagi
masalah ini adalah dengan mewujudkan dana sadaqah crowdfunding melalui institusi Majlis Agama Islam dan Adat
Melayu (MAIDAM) Terengganu supaya dana tersebut dapat membiayai kos rawatan pesakit secara berterusan. Beberapa
cadangan serta implikasi dasar turut dibincangkan dalam kajian ini.
Kata Kunci : Pesakit Kanser, sadaqah crowdfunding, MAIDAM
ABSTRACT
Statistics from the Ministry of Health in Malaysia showed that many patients suffering from chronic diseases, especially
cancer. This causes the quality of life of the community to decline. The inadequacy of money to cover the cost of living and
household living expenses often occurs when the head of a household is unable to continue their careers due to
cancer. Generally, there are many channels of financial assistance provided by the various parties to cancer patients for
cost of treatment. But the question arises is why there is still a problem of money insufficiency to cover the medical
financing and household expenses? Therefore, the study aims to examine the financial problems that a household may face
as a result of a household member suffering from cancer.
________________________________________
1 Pelajar Sarjana Ekonomi Islam. Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, UKM. [email protected] 2 Pensyarah. Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. [email protected] 3 Pensyarah. Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi & Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia. [email protected]
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1125
This study used primary data through questionnaires which is the sample were cancer patients lives in Terengganu and
seek treatment for cancer at Hospital Sultanah Nur Zahirah. The results show that cancer patients face the insufficiency of
money due to the relatively high cost of cancer treatment and the rate of receiving financial assistance is very
small.Furthermore, the financing of treatments and equipment that should be used to treat this disease is quite expensive
and exceeds their monthly income. The findings show that the majority of cancer patients hoping the special funds should
be created and that can cover the cost of medical treatment, especially among household who is incapable to pay all of the
treatments and household expenses. The proposed solution to this problem is to create crowdfunding sadaqah funds
through Terengganu Islamic Religious and Customs Institutions (MAIDAM) institutions so that the funds can finance the
cost of patient treatments continuously. Several suggestions and policy implications were also discussed in this study.
Keynotes: Cancer patients, sadaqah crowdfunding, MAIDAM
PENGENALAN
Kanser merupakan penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal oleh sel-sel abnormal atau tidak
normal. Hal ini disebabkan oleh kegagalan imunisasi badan berfungsi dengan baik. Malah jika tidak dirawat akan membawa
maut. Penyakit kanser menyumbang satu per empat kematian di negara membangun. Statistik Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) mendapati kira-kira 19,000 daripada 100,000 rakyat di Malaysia menghidap pelbagai jenis kanser.
Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan juga menunjukkan berlakunya peningkatan kes setiap tahun bagi
pesakit kanser. Kanser menyerang individu pada pelbagai tingkat umur tidak kira tua, muda, kaya atau miskin. Sebagaimana
asas sebagai seorang mukmin, wajib bagi setiap muslim mempercayai bahawa sakit ini merupakan ujian daripada Allah.
Sebagaimana firman Allah bermaksud:
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan
yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.”
(Surah al-Baqarah: 286)
Walaupun ujian ini dianggap sebagai satu ujian kepada pesakit, namun ia juga sebagai ujian kepada mukmin yang sihat kerana
setiap mukmin adalah bersaudara. Malah harta yang ada pada individu muslim juga, sebahagiannya adalah milik saudara yang
lain. Justeru, hikmahnya Allah menjadikan setiap orang berbeza dari sudut kesihatan, harta dan darjat adalah untuk saling
membantu antara satu sama lain. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud :
“Sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara”
Di dalam surah al-Maidah, ayat ke-2 pula menyeru kepada setiap mukmin untuk saling membantu antara satu sama lain
“Dan tolong menolonglah kami dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong
dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat
siksa- Nya”
Ayat ini menekankan perlunya mukmin membantu mukmin yang lain dari sekecil-kecil perkara hingga ke
besar-besar perkara. Bantuan yang boleh dilakukan boleh diberi dalam bentuk motivasi, harta mahupun aset. Terdapat
beberapa inisiatif rawatan yang boleh dilakukan oleh pesakit kanser bagi menyembuhkan penyakit mereka samada melalui
radioterapi, kimoterapi, pembedahan dan ubat-ubatan. Pengambilan rawatan adalah bergantung kepada tahap kanser tersebut
dan atas nasihat pegawai perubatan. Persoalan yang timbul, bagaimana pesakit kanser yang tidak mempunyai keupayaan
fizikal mendapatkan wang bagi menampung perbelajaan yang banyak? Dalam keadaan ekonomi yang menekan pada masa
ini, perbelanjaan yang semakin meningkat amat membebankan masyarakat. Malah, Goods and Sevices Tax (GST) yang
diperkenalkan oleh masyarakat menyebabkan kos rawatan dan kos barangan semakin meningkat telah membebankan
masyarakat. Kumpulan yang paling terkesan dengan GST ini adalah kumpulan B40 kerana wang yang mereka ada hanya cukup
untuk menampung keperluan harian mereka sahaja. Oleh sebab itu, pentingnya bagi institusi yang terlibat untuk membantu
pesakit kanser ini dari sudut kewangan bagi menampung rawatan. Bagi pesakit kanser yang menghidap kanser pada tahap 3
dan tahap 4, sangat memerlukan belanjawan yang besar bagi menampung keperluan rawatan dan peralatan.
Dalam Islam, kewujudan dana yang bersifat jaminan sosial dan kebajikan seperti zakat dan wakaf perlu
dimanfaatkan oleh umat Islam terutamanya dalam menampung kekurangan kewangan dalam menanggung kos rawatan
pesakit yang agak tinggi setiap bulan. Dana zakat contohnya mempunyai satu bahagian asnaf iaitu al-gharimin yang
1126 Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
membantu asnaf yang menghidapi pesakit kronik. Namun kajian ini berpandangan, kewujudan dana wakaf juga boleh
dimanfaatkan dalam kes kajian ini iaitu bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan pesakit dan penjaga kepada
pesakit kanser. Ini adalah kerana dana wakaf agak mudah diagihkan berbanding zakat yang tertakluk kepada kaedah fiqh yang
khusus dalam agihan. Tambahan lagi, pada era semasa menunjukkan kerancakan penubuhan dana crowdfunding untuk tujuan
kebajikan yang berkemungkinan boleh diteroka oleh badan-badan kebajikan dan institusi agama negeri yang apat membantu
meringankan beban kewangan pesakit. Namun begitu, kajian ini berpandangan penubuhan dana crowdfunding juga perlu
dilakukan dengan teliti mengikut undang-undang Islam dalam sesebuah negeri. Ini kerana segala pengurusan harta orang
Islam di sesebuah negeri adalah tertakluk kepada enakmen dan bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Kajian ini
mendapati terdapat antara pesakit kanser yang sebenarnya telah menerima bantuan daripada institusi tertentu seperti bantuan
kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), institusi zakat, tabung MAKNA dan sebagainya, namun menurut
pesakit, nilai bantuan kewangan yang diterima dikatakan masih lagi tidak mencukupi dan memerlukan tambahan dana
daripada sumber lain untuk membantu pesakit kanser. Justeru kajian ini akan (1) menganalisis nilai dana bantuan yang
diterima, jumlah kos rawatan serta nilai defisit pembiayaan kos rawatan pesakit kanser (2) menganalisis tahap kepuasan
penerima bantuan kewangan terhadap institusi yang membantu pesakit kanser; dan (3) mencadangkan satu model dana
crowdfunding diuruskan oleh pihak MAIDAM, untuk membantu pesakit kanser.
KAJIAN LEPAS
Beberapa kajian pernah dilakukan sebelum ini menyatakan bahawa golongan asnaf dan miskin sentiasa akan ada. Munawar
(1985) contohnya berpendapat (1) kecenderungan untuk mengambil zakat-penerima adalah lebih tinggi daripada pembayar
zakat. (2) selalu ada orang miskin di negara Islam untuk menerima zakat. Pengurangan kemiskinan merupakan salah satu
cabaran terbesar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia Sejak penubuhan Dasar Ekonomi Baru pada 1970-an, pertempuran
yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia menentang kemiskinan terus meningkat sehingga hari ini. Walaupun semasa Dasar
kerajaan yang digunakan untuk membasmi kemiskinan telah membawa kepada keputusan yang menggalakkan, namun
kerajaan, Sektor swasta dan NGO sentiasa mencari strategi baru yang boleh digunakan sebagai salah satu alat untuk
meringankan kemiskinan. Kemunculan wakaf tunai di Malaysia merupakan satu strategi yang dapat digunakan untuk
meningkatkan kualiti hidup mereka yang dibebani oleh kemiskinan (Farhah et al, 2014)
Ekonomi Islam menggalakkan infaq atau amal sukarela. Tanggungjawab ahli masyarakat adalah dengan membayar
zakat sahaja. Nabi saw bersabda bermaksud:
"Ada, dalam harta, hak (orang lain) lebih dan lebih zakat". (Tirmidhi: Kitab Al zakah). Oleh itu, adalah
munasabah untuk menganggap bahawa kaum Muslim yang kaya akan melaksanakan beberapa amal
sukarela sebagai tambahan kepada kewajiban zakat
(Munawar, 1985)
Menurut Kuti & Madarász (2014), Crowdfunding adalah tindak balas kepada panggilan terbuka di mana orang ramai dari
satu kelompok yang besar secara sukarela membuat keputusan untuk membiayai beberapa tujuan secara langsung. Biasanya,
setiap individu yang berminat untuk membantu mencapai matlamat tertentu memberikan sejumlah kecil sumbangan dalam
pertukaran untuk keuntungan atau produk atau perkhidmatan yang akan dihasilkan. Adakalanya, individu menyumbang
berdasarkan amalan murni atau atas dasar keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dana melalui kaedah
Crowdfunding telah diketengahkan sebagai mekanisme pembiayaan yang baru. Konsep asal Crowdfunding adalah satu
sumbangan kepada masyarakat yang mana pihak terlibat akan membentangkan idea kepada orang yang yang berpontensi
besar dan sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan pembiayaan daripada mereka. Menurut Agerfalk & Fitzgerald (2008),
Pisano & Verganti (2008), Poetz & Schreier (2012), Grivenics et al. (2014) dan Amir & Adib (2016), amalan ini dikenali
sebagai crowdsourcing. Crowdfunding yang dibiayai melalui sumbangan kecil daripada sebilangan besar individu, ia juga
sesuai dengan konsep pembiayaan mikro mengikut Morduch (1999) dan Calveri & Esposito (2013).
Kebanyakan penyelidik mengkategorikan Crowdfunding kepada sekurang-kurangnya empat model iaitu model
berasaskan ekuiti, berasaskan pinjaman, berasaskan sumbangan dan berasaskan ganjaran Hemer (2011), Calveri dan
Esposito (2013), Kuti & Madarász (2014) dan Grivenics Et al. (2014). Bank Dunia (2013) menambah satu lagi model, iaitu
model berasaskan royalty, Amir & Adib (2016). Crosetto & Regner (2014) berhujah bahawa di antara semua model, model
sumbangan muncul sebagai model terpenting sebagai satu inisiatif yang bijak untuk digunkan. Keputusan mereka juga
menunjukkan bahawa terdapat nilai- nilai altruisme yang ada di dalam komuniti internet yang boleh melaksanakan
mekanisme Crowdfunding. Antara kelebihan Crowdfunding adalah usahawan akan menerima galakan dan maklum balas
daripada pihak penaja atau penyokong (Kuti dan Madarász, 2014). Di samping itu, para pembiaya meletakkan kepercayaan
kepada usahawan kerana mereka akan dipantau atas kemajuan projek mereka melalui media sosial. Oleh itu, Crowdfunding
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1127
boleh berfungsi sebagai platform ujian dan permintaan pengukuran pasaran. Dalam hal ini, Grivenics et al. (2014)
berpendapat bahawa peluang kejayaan sesuatu projek dapat dinilai melalui prestasi semasa pembiayaan dalam beberapa hari
pertama selepas pelancaran. Ini boleh mengelakkan perbelanjaan yang tidak berfaedah pada projek ini. Valanciene &
Jegeleviciute (2013) telah membuat kesimpulan di dalam kajian mereka bahawa salah satu manfaat Crowdfunding adalah
usahawan mempunyai hak untuk membuat keputusan sendiri tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.
Dalam kebanyakan kes, gangguan mungkin akan memberi kesan negatif kepada prestasi perniagaan kerana ia
menimbulkan konflik kepentingan. Oleh itu, kebebasan daripada campur tangan pihak lain telah memberi usahawan insentif
untuk menumpukan perhatian kepada pembangunan produk dan inovasi. Selain itu, ia boleh menjadi peluang yang baik
untuk menguji kebolehpasaran. Ia akan meningkatkan persaingan di dalam pasaran dan kualiti produk Amir & Adib (2016).
Menurut Calveri & Esposito (2013), kemajuan di dalam sektor telekomunikasi menyumbang kepada kejayaan Crowdfunding.
Peningkatan kelajuan internet memudahkan pembiayaan di dalam talian. Oleh itu, kebanyakan individu lebih suka
menggunakan perkhidmatan dalam talian dan tempat komunikasi sosial interaktif untuk membantu platform Crowdfunding
untuk mencari calon pembiaya dan mempromosikan projek itu. Ciri ini meningkatkan potensi Crowdfunding sebagai
sumber pembiayaan perniagaan.
Dalam kajian ini, kami mencadangkan model sadaqah. Model ini menggabungkan konsep pembiayaan mikro untuk
usahawan menggunakan kontrak qard al-hasan. Sadaqah adalah bentuk amal yang dinamik, yang berbeza dengan zakat atau
waqaf. Zakat ditubuhkan untuk kegunaan kumpulan tertentu, sementara Waqaf mempunyai ciri bahawa asetnya tetap kekal
dan tidak dapat dipertahankan (Ismail et al., 2015). Manakala aset Sadaqah sebaliknya. Platform crowdfunding yang
berasaskan Sadaqah diwujudkan untuk memantau dan mempromosikan projek PKS yang mematuhi Syariah. Berdasarkan
tinjauan literatur kami, tidak ada kajian lepas yang telah dibincangkan mengenai crowdfunding berkaitan dengan isu-isu
Syariah. Malah, terdapat beberapa projek yang telah dilakukan tidak memberi manfaat kepada komuniti dan pada masa yang
sama melanggar undang- undang Syariah seperti pornografi. Sebaliknya, terdapat permintaan pasaran untuk produk patuh
Syariah. Ini adalah isu segera kerana ramai yang memerlukan dana Syariah. Penduduk Islam di Malaysia membentuk
populasi terbesar, kira-kira 61 peratus daripada jumlah penduduk. Cabaran dalam menjalankan sadaqah crowdfunding ini
adalah untuk supaya projek usahawan yang dilakukan adalah mengikut undang-undang syariah yang sebenar tanpa ada unsur
yang tidak sepatutnya (Amir & Adib, 2016). Sebagai umat Islam, mereka dilarang melakukan sebarang transaksi yang
mengandungi elemen riba (Morsid & Abdullah, 2014).
Adalah penting bagi umat Islam, sama ada usahawan atau pelabur untuk melanggan produk-produk Syariah. Oleh
itu, platform crowdfunding berasaskan sadaqah yang ditawarkan dan mempromosikan projek dan kontrak patuh Syariah
(Amir & Adib, (2016).. Model yang dicadangkan itu juga akan menggabungkan beberapa kontrak sampingan seperti
kontrak wakalah (agensi) dan kontrak wa'ad (janji). Wakalah adalah kontrak agensi antara platform dan pembiaya. Ia
memberikan pulangan kewangan kepada platform yang berfungsi sebagai perkhidmatan perantaraan untuk menghubungkan
seorang usahawan untuk berpotensi crowdfunders (Grivenics et al., 2014).
METODOLOGI
Pensampelan: Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menjalankan temubual
dengan 10 orang informan yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Terengganu. Kesemua informan merupakan
individu yang menghidap penyakit kanser. Temubual ini dijalankan pada bulan March 2017 di sekitar Kuala Terengganu.
Pertanyaan yang diajukan kepada informan mempunyai 5 bahagian iaitu Bahagian A, mengenai maklumat responden,
Bahagian B mengenai maklumat perubatan/rawatan, Bahagian C mengenai kepuasan terhadap bantuan perubatan, Bahagian
D mengenai perbelanjaan kesihatan atau ubatan asas, dan akhirnya Bahagian E adalah mengenai komen dan cadangan
informan. Bahagian B mengenai maklumat rawatan adalah sangat penting supaya dapat mengetahui rawatan yang diambil
oleh setiap informan dan di analisis secara lebih mendalam pada bahagian D iaitu mengenai perbelanjaan kesihatan dan
perubatan khas. Bagi pertanyaan di bahagian C lebih berfokus untuk melihat respon oleh informan terhadap bantuan
perubatan yang diperoleh sepanjang menghidap kanser. Di dalam bahagian C ini, terdapat 6 konstruk utama iaitu (1) Jumlah
bantuan perubatan, (2) mutu bantuan peralatan, (3) Jadual masa penyerahan bantuan, (4) prosedur permohonan bantuan, (5)
prosedur penyerahan bantuan; dan (6) keberkesanan bantuan.
Kaedah Analisis Data: Kajian ini menggunakan analisis secara deskriptif menggunakan nilai min bagi setiap soalan dan
konstruk. Kesemua konstruk ini adalah berbentuk skala likert bernilai 1 iaitu sangat tidak setuju hingga nilai 5 iaitu sangat
setuju. Kajian akan mengadaptasi kajian Mokhhtari dan Sheorey (2002) dalam mengukur tahap min kepuasan dimana tahap
responden yang berpuas hati tahap tinggi dengan sesuatu perkhidmatan adalah bernilai 3.5 dan ke atas, manakala nilai min
antara 2.5 hingga 3.4 adalah tahap kepuasan sederhana dan akhirnya min bernilai 2.4 dan ke bawah adalah berpuas hati
tahap rendah.
1128 Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
Kajian ini telah menemubual pesakit kanser atau penjaga pesakit kanser yang terdiri daripada anak dan ibu.
Informan terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jantina. Setiap informan mempunyai latar belakang pekerjaan,
pendapatan dan bantuan yang berlainan. Malah informan yang dipilih adalah dalam kalangan pesakit kanser yang
menghadapi kanser yang kritikal iaitu kanser pada tahap 3 dan tahap 4. Sepanjang menjalankan kajian, kajian ini mendapati
agak sukar untuk mendapatkan sampel informan kerana kebanyakan informan tidak mahu ditemubual memandangkan
kesihatan mereka yang lemah dan emosi yang tidak stabil. Malah sepanjang kajian ini dilakukan, dua daripada sepuluh orang
informan telah meninggal dunia. Semasa temubual ini dijalankan, kajian mendapati setiap informan melalui rawatan yang
hampir sama tetapi menghadapi kesakitan yang berbeza kerana jenis kanser yang informan hidapi adalah berbeza.
HASIL KAJIAN
Hasil kajian dimulakan dengan demografi responden di Jadual 1 yang mana informan terdiri daripada empat perempuan dan
enam lelaki. Status bagi setiap informan adalah lapan orang telah berkahwin manakala dua orang masih bujang. Bagi taraf
pendidikan bagi informan yang mana seramai enam orang daripada pesakit mempunyai taraf pendidikan Sijil Rendah
Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke bawah. Seorang daripada informan daripada Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Hanya dua
orang informan sahaja yang mempunyai latar belakang pendidikan sijil atau diploma. Kajian ini juga mendapati
informan mempunyai pelbagai latarbelakang dalam sektor pekerjaan. Antaranya, seramai dua orang bekerja dalam sektor
kerajaan, seramai dua orang bekerja dalam sektor swasta atau badan berkanun dan hanya seorang sahaja yang bekerja
sendiri. Manakala, selebihnya iaitu seramai lima orang informan bekerja daripada pelbagai sektor selain daripada sektor
yang telah dinyatakan. Kajian mendapati jenis rawatan kepada pesakit ini ialah mengambil ubat-ubatan sebagai rawatan
(31%). Manakala sebanyak 24 peratus mendapat rawatan dalam bentuk pembedahan dan hanya 17 peratus mendapatkan
rawatan radioterapi dan kimoterapi. Seterusnya, sebanyak 7 peratus informan mengambil rawatan berbentuk psikologi dan
sebanyak 4 peratus mengambil rawatan selain yang dinyatakan. Informan juga menerima pelbagai jenis bantuan di mana
seramai enam orang informan mendapat bantuan daripada ahli keluarga, seramai dua orang mendapat bantuan daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hanya seorang sahaja mendapat bantuan daripada dana zakat. Akhir sekali
seramai lima orang mendapat bantuan selain daripada jenis bantuan yang disenaraikan iaitu Majlis Kanser Nasional
(MAKNA), majikan, Yang Berhomat Dun dan Tabung Darul Iman (SUK)
Kajian ini mendapati kebanyakan informan menerima bantuan sama ada daripada pihak kerajaan, majikan, JKM,
zakat mahupun Majlis Kanser Nasional (MAKNA). Berdasarkan kepada Jadual 3, informan mendapat bantuan antara RM200
hingga RM2,500 daripada pihak-pihak terlibat. Merujuk kepada Informan 1, penjaga informan mempunyai pendapatan
sebanyak RM2,050 sebulan dan setelah ditolak dengan jumlah perbelanjaan bulanan, masih terdapat lebihan pendapatan
sebanyak RM192. Walaupun terdapat lebihan daripada pendapatan yang ada, namun dengan baki sebanyak RM192 tersebut
masih belum mencukupi untuk menampung perbelanjaan keperluan harian isi rumah yang lain. Bagi informan ke-2,
merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 3 tahun, yang menghidap kanser testicular. Penjaganya iaitu ibunya bekerja
sebagai Guru Pasti hanya mempunyai pendapatan sebanyak RM400 dan menghadapi defisit pendapatan sebanyak RM40.
Manakala bagi Informan 3, yang menghidap kanser thyroid pula, lebihan pendapatan bulanan beliau adalah defisit sebanyak
RM1,898. Namun keadaan ini berbeza kepada Informan 9, informan mempunyai lebihan kewangan yang agak banyak iaitu
sebanyak RM3,780. Kajian mendapati informan tersebut adalah merupakan seorang pekerja dalam sektor kerajaan dan
kelebihan yang ada kepada beliau ialah boleh menggunakan Guarantee Letter (GL) sebagai pembiayaan kewangan.
Berdasarkan Jadual 4, purata ketidakpuasaan hati dalam kalangan informan adalah tidak konsisten. Kajian
mendapati kepuasan informan terdiri daripada dua tahap kepuasan iaitu tahap kepuasan rendah dan tahap kepuasan
sederhana. Purata kepuasan yang sederhana yang boleh dicapai adalah yang bernilai antara 2.36 hingga 2.67. Seramai lima
orang mencapai tahap kepuasan sederhana dan lima orang mencapai tahap kepuasan rendah. Nilai purata yang paling rendah
adalah 2.36 iaitu seorang informan yang berumur 18 tahun dan menghidap penyakir kanser tahap ke-3. Informan pernah
menjalani pembedahaan yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM30,000 dan masih menjalani rawatan fisoterapi. Purata
kepuasan sederhana yang paling tinggi yang boleh dicapai adalah bernilai 2.67 dan 2.62 yang mana menghampiri nilai 3.5
berbanding informan lain. Merujuk kembali kepada latar belakang informan, kedua-dua informan adalah daripada individu
yang bekerja dalam sektor kerajaan dan sektor berkanun. Kajian juga mendapati tahap kepuasan informan yang paling
rendah ialah bernilai 1.53 dan 1.20. Bagi responden yang mempunyai nilai min 1.53 merupakan seorang informan yang
tidak mempunyai pekerjaan dan merupakan warga emas. Beliau hanya mendapat bantuan sebanyak RM500 daripada
keluarga dan menghadapi defisit kewangan bulanan sebanyak RM1,898. Semasa menjalankan temubual dengan informan
ini, kajian mendapati informan tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang bantuan yang boleh diminta. Kebanyakan
rawatan yang dilakukan oleh informan adalah menggunakan bantuan daripada ahli keluarga terdekat.
Berdasarkan Jadual 5, menunjukkan tahap kepuasan informan terhadap konstruk bantuan rawatan pesakit kanser
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1129
yang dianalisis dengan tahap kepuasan tinggi, sederhana dan rendah. Nilai min tertinggi ialah bernilai 3.15 menunjukkan
informan memberi respon pada kategori sederhana terhadap soalan peralatan yang dibiayai adalah berkeadaan baik dan
berkualiti tinggi. Namun begitu konstruk ini agak kurang penting disebabkan kebanyakan informan tidak mendapat bantuan
peralatan. Konstruk yang paling rendah adalah pada konstruk jumlah bantuan iaitu dengan nilai purata sebanyak 1.89.
Dalam konstruk tersebut, nilai purata yang paling rendah adalah pada item kontrak informan tidak memerlukan bantuan lain
iaitu purata sebanyak 1.4. Hal ini menunjukkan informan masih memerlukan bantuan lain bagi menampung rawatan kanser.
Bagi nilai purata kedua terendah adalah pada nilai 1.93 iaitu pada konstruk keberkesanan bantuan. Secara keseluruhan,
konstruk keberkesanan bantuan ini adalah untuk melihat adakah bantuan yang diterima oleh informan dapat memenuhi
keseluruhan keperluan informan dan dapat mengubah kehidupan informan. Daripada jadual tersebut, analisis menunjukkan
nilai min bagi konstruk ini adalah rendah. Manakala nilai purata konstruk masa yang diperlukan untuk pemprosesan
permohonan bantuan adalah bernilai 2.26 menunjukkan tahap kepuashatian informan juga adalah rendah. Hal ini berlaku
kerana, beberapa informan yang tidak berkemampuan mengambil masa yang agak lama untuk menunggu bantuan daripada
pihak yang berwajib.
Berdasarkan Jadual 2, merupakan maklumat yang diperoleh daripada temubual yang dilakukan dengan informan,
memetik beberapa ayat daripada Informan 2 ,
“….Kite dok dang terima bantuan sebab kanser cepat merebok, lepas 6 bulan anak meninggal….”
Informan 1 juga menyatakan perkara yang sama
”….. kite mitok setahun, lepah setahun tu baru dapat bantuan….”
Setelah menemubual informan 1 dan informan 2, kajian mendapati kedua-dua informan mendapat bantuan
agak lewat daripada tempoh rawatan yang sepatutnya. Oleh sebab kanser merebak dengan cepat, informan 2
memerlukan bantuan dengan segera dan cepat. Beliau menggunakan wang daripada ahli keluarga yang
menghulurkan bantuan bagi menampung kos rawatan yang diperlukan. Begitu juga dengan informan 1 yang
memohon bantuan dan memperoleh bantuan setelah setahun permohonan dilakukan. Respon daripada informan ini,
menunjukkan nilai min konstruk jadual masa penyerahan bantuan adalah rendah iaitu 2.27.
Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan respon responden terhadap bantuan yang diperoleh.Beberapa
responden tidak mempunyai maklumat tentang bantuan yang boleh diminta. Daripada temubual yang dilakukan,
informan 5 ada menyebut tentang kenyataan di bawah :
“….kite dok tahu sangat pasal bantuan nok kene mitok,mugo dok belajor tinggi dik erh….”
Malah, informan 1 dan informan 2 juga ada menyebut bahawa bantuan yang diperoleh diharapkan boleh
dinaikkan sebagaimana yang disebutkan seperti di Jadual 3. Hal ini bertepatan dengan respon dari soal selidik pada
items konstruk “saya tidak memerlukan bantuan lain” yang mana tahap kepuasan adalah rendah iaitu 1.4 sahaja.
Hal ini menunjukkan hampir semua informan memerlukan bantuan lain lagi bagi menampung perbelanjaan
rawatan dan menjalani kehidupan. Seterusnya, bagi konstruk keberkesanan bantuan, nilai min jawapan yang
diberikan oleh informan adalah rendah iaitu 1.6, menunjukkan respon responden terhadap “Bantuan yang saya
terima dapat memenuhi keseluruhan keperluan saya”. Respon ini membuktikan bahawa bantuan yang diterima
oleh responden mampu membantu mereka namun masih tidak mencukupi untuk menampung keseluruhannya.
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI DASAR
Bantuan yang diperoleh informan masih membantu informan bagi menjalankan rawatan. Setelah diteliti semula
temubual yang dijalankan dengan Informan 5 yang mempunyai purata kepuasan bernilai 1.20, kajian ini mendapati
informan tersebut sebenarnya tidak mempunyai banyak maklumat berkenaan dengan pelbagai jenis bantuan yang
boleh dimohon oleh beliau. Malah informan mempunyai pengalaman tidak mendapat bantuan daripada orang
kenamaan setelah memohon bantuan beberapa kali. Bagi informan ke 3 pula, informan juga tidak mendapat
maklumat berkenaan dengan bantuan yang boleh diminta. Kedua-dua informan mempunyai kekangan
mendapatkan maklumat secukupnya. Berikutan dengan maklumat yang diberikan oleh informan, kajian dapat
membuat kesimpulan bahawa masalah kewangan yang berlaku hanyalah berlaku kepada informan yang
mempunyai pendapatan yang rendah dan bekerja sendiri. Bagi pegawai kerajaan pula, masalah kewangan daripada
sudut perubatan tidak berlaku kerana pegawai kerajaan boleh menggunakan “Guarantee Letter”. Bagi golongan
yang tidak berkemampuan seperti dinyatakan sebelum ini, walaupun nilai bantuan yang diperoleh adalah sedikit
namun bantuan yang mereka perolehi masih dapat membantu walaupun tidak mencukupi sepenuhnya.
Beberapa responden memaklumkan bahawa bantuan yang diperoleh dari pusat zakat agak lambat
1130 Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
diperoleh. Oleh sebab itu, satu temubual dengan pihak MAIDAM dijalankan secara atas talian bagi mendapatkan
respon ke atas pesakit kanser. Menurut MAIDAM, peruntukan bagi zakat perubatan adalah cukup untuk diagihkan
kepada pesakit. Malah MAIDAM telah membuat kerjasama dengan Tabung Darul Iman untuk membantu pesakit
kanser yang memerlukan dana yang besar seperti untuk kos pembedahan sebanyak RM30,000. Mengikut rekod
MAIDAM yang lepas, MAIDAM turut membantu beberapa orang pesakit kanser yang meminta bantuan
kewangan. Apabila kajian ini menjelaskan beberapa respon daripada informan kepada pegawai, pegawai telah
memberi respon yang positif terhadap kenyataan daripada pihak informan. Beliau berpendapat, kemungkinan
pesakit kanser tidak memohon dan tidak mengetahui wujudnya zakat perubatan untuk asnaf. Malah nilai had
kifayah bagi orang yang mempunyai penyakit kronik juga diberi kelonggaran dan keringanan berdasarkan ahli
mesyuarat yang faqih dalam zakat. Beliau turut menceritakan tentang bantuan yang telah diberikan oleh MAIDAM
kepada pesakit kanser yang mana MAIDAM pernah memberi zakat al-gharimin kepada pesakit yang membuat
pembedahan. Malah, MAIDAM turut memberikan wang saku kepada pesakit kanser yang terpaksa berulang alik
ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Pihak MAIDAM turut menjelaskan tentang waqaf am yang dijalankan oleh
MAIDAM dan pembahagian hasil waqaf kepada orang yang memerlukan. MAIDAM akan mengutip waqaf tunai
dari masyarakat. Kemudian, MAIDAM akan membeli satu aset untuk menjana pendapatan. Pendapatan yang
diperoleh daripada hasil tersebut akan dilaburkan dan akan diberikan kepada pesakit. Sebagai contoh tunai yang
diberikan kepada MAIDAM sebanyak RM100,000, MAIDAM akan membeli aset dengan duit tersebut dan hasil
yang diperoleh daripada aset tersebut akan dilaburkan dan akan diberikan kepada pesakit kanser.
Hasil kajian mendapati, kos rawatan untuk pesakit kanser adalah sangat tinggi dan hampir tidak
mencukupi sepenuhnya bagi menampung kehidupan dan perbelanjaan rawatan. Apabila dilihat secara realiti, tahap
kewangan sesebuah keluarga akan sedikit terjejas apabila salah seorang ahli keluarga menghidap penyakit kronik
seperti kanser. Hal ini kerana, apabila perbelanjaan terhadap seseorang bertambah, maka perbelanjaan terhadap isi
rumah yang lain akan menyusut. Pesakit kanser bukan sahaja memerlukan bantuan untuk kos rawatan malah turut
memerlukan bantuan bagi menampung makanan tambahan bagi memastikan kelangsungan hidup mereka. Sebagai
contoh, kebanyakan pesakit kanser memerlukan susu khas yang berharga RM89 sebagai makanan tambahan.
Kebanyakan pesakit memerlukan 2 tin susu dalam masa sebulan kerana susu menggantikan makanan ruji bagi
mereka dan membekalkan tenaga. Dalam keadaan makanan tambahan yang mahal, dan kuantiti yang diperlukan
adalah banyak, maka perbelanjaan hidup mereka akan bertambah. Oleh sebab itu, perlunya setiap pihak
memainkan peranan bagi membantu pesakit dan isi rumah supaya kehidupan mereka tidak terbeban dan mengubah
kualiti hidup mereka. Setiap pihak berperanan bagi membantu pesakit kanser supaya mempunyai keazaman yang
kuat untuk sembuh dan mendapat rawatan yang secukupnya.
Berdasarkan hasil kajian, satu cadangan inisiatif baru dicadaangkan bagi membantu pesakit kanser iaitu
dengan mengadakan sadaqah crowdfunding yang diuruskan oleh pihak MAIDAM. Pengumpulan sedeqah atau
sadaqah crowdfunding ini dipilih kerana bersifat lebih dinamik dan fleksibel berbanding menggunakan waqaf. Di
Terengganu, kajian ini mencadangkan supaya sadaqah crowdfunding ini diletakkan di bawah pengurusan
MAIDAM kerana ianya adalah berkaitan dengan undang-undang Islam dalam sesebuah negeri. Dalam enakmen
pentadbiran Hal ehwal Agama Negeri Terengganu menyebut bahawa segala jenis kutipan wakaf, sedeqah dan
zakat adalah dibawah bidang kuasa hal ehwal agama negeri. Enakmen yang dimaksudkan adalah di bahagian
Seksyen 58 yng berkaitan dengan penubuhan kumpulan wang majlis agama Islam4. Disamping itu juga, Seksyen
63 telah memperuntukkan bahawa majlis agama Islam negeri menjadi pemegang amanah tunggal wakaf, nazar
dan amanah.Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana suratcara
atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi
pemegang amanah yang tunggal- (a) semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas; (b) semua nazar am; dan
(c) segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam
atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, bagi apa-apa harta yang tersentuh oleh wakaf, nazar
am atau amanah itu dan terletak di dalam Negeri Terengganu.
Rajah 1 menunjukkan carta alir cadangan sadaqah crowndfunding yang melibatkan tiga pihak iaitu
usahawan, MAIDAM, orang ramai dan penerima bantuan. Ilustrasi sadaqah-based crowdfunding ini pernah
dicadangkan dalam kajian Amir & Adib (2016) namun kajian ini membuat sedikit pengubahsuaian yang praktikal
dengan masalah yang dihadapi oleh pesakit kanser di negeri Terengganu. __________________________________________________________
4 (1) Suatu kumpulan wang bernama Kumpulan Wang Majlis adalah dengan ini ditubuhkan. (2) Kumpulan Wang Majlis hendaklah terdiri
daripada semua wang dan harta, alih atau tak alih, yang menurut Hukum Syarak atau di bawah Enakmen ini atau peraturan-peraturan atau
kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, terakru, atau disumbangkan oleh mana-mana orang, kepada Kumpulan Wang Majlis. (3) Semua
wang dan harta dalam Kumpulan Wang Majlis hendaklah terletak hak pada Majlis yang hendaklah mentadbirkan semua wang dan harta itu
mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini. (4) Walau apa pun peraturan yang disebut dalam subseksyen (3), mana-mana
pelaburan, aset atau kumpulan wang yang terletak hak pada Majlis boleh dijual, dihasil dan dilupuskan, dan hasil-hasil daripadanya boleh
dilaburkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa bagi pelaburan wang amanah dan
Hukum Syarak. (5) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini, Majlis, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh
membuat peraturan-peraturan tentang pemungutan, pentadbiran dan pembahagian semua harta Kumpulan Wang Majlis.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1131
Daripada Rajah 1, penerangan adalah seperti berikut :
1) Usahawan merupakan antara pemain utama dalam proses sadaqah crowdfunding ini. Usahawan akan
membentangkan dan mencadangkan beberapa projek baru kepada pihak MAIDAM. Pihak MAIDAM akan
menjadi satu platform dalam menguruskan sadaqah crowdfunding yang dicadangkan. Melalui
pembentangan yang diadakan, penasihat syariah dari MAIDAM akan menapis setiap projek supaya
projek yang dicadangkan mengikut syariah dan tidak mempunyai unsur gharar, riba, tidak terlibat dengan
perjudian dan sebagainya. MAIDAM juga menjadi penyampai maklumat kepada orang lain.
2) MAIDAM menjadi satu platform penyampaian maklumat atau dengan kata lainnya menjadi wakil untuk
mempromosikan idea-idea yang dibentangkan oleh usahawan tadi. Penyampaian maklumat akan
disampaikan kepada orang ramai yang berminat untuk menderma MAIDAM akan mendapat yuran
wakalah bertepatan dengan kontrak yang digunakan iaitu kontrak wakalah bil ujrah.
3) Orang ramai atau nama lainnya pelabur akan memberi sedeqah atau sumbangan kepada projek melalui
MAIDAM.Orang ramai yang dimaksudkan adalah fleksibel seperti masyarakat, syarikat Government
Linked Company (GLC) atau Corporate Sosial Responsibility (CSR). Bagi memudahkan pengumpulan
dana melalui orang ramai, dana ini boleh dikumpul melalui atas talian atau potongan gaji. Setelah
pengumpulan wang adalah banyak dan mencukupi 60% daripada dana tersebut akan disalurkan kepada
usahawan untuk menjalankan projek melalui MAIDAM menggunakan kontrak qard hassan. Manakala
40 peratus lagi akan disalurkan terus kepada tabungan pesakit kanser.
4) Usahawan adalah tertakluk kepada kontrak waad dalam membuat pembayaran semula kepada pihak
MAIDAM tanpa keuntungan dan riba. Sepanjang proses projek dijalankan, penasihat syariah dari
MAIDAM akan memantau keseluruhan projek supaya projek tersebut berada pada landasan yang betul
dan mengikut undang-undang syariah.
5) Setiap pembayaran yang dibayar semula oleh usahawan dan daripada pengumpulan sedeqah tadi akan
diagihkan kepada tabungan pesakit kanser. Tabungan pesakit kanser ini juga diuruskan oleh pihak
MAIDAM. Kajian mencadangkan supaya pihak MAIDAM melantik seorang agen di hospital dan
menambah skop tugas amil dengan budi bicara amil sebagai rujukan ke-2 pesakit kanser untuk
mendapatkan bantuan. Proses meminta bantuan ini adalah tidak rumit, cepat dan effektif. Hal ini
disebabkan oleh penyakit kanser yang mudah merebak dan memerlukan rawatan segera. Pihak MAIDAM
akan menguruskan dana yang ada supaya sentiasa telus dan sistematik.
6) Pengumpulan dana daripada sedeqah tadi akan digunakan untuk perbelanjaan rawatan berterusan seperti
duit poket harian untuk berulang alik ke hospital, rawatan utama seperti pembedahan, kimoterapi,
radioterapi dan psikologi. Dana ini juga akan diagihkan juga untuk perbelanjaan semasa kecemasan.
Cadangan ini akan menguntungkan banyak pihak sama ada pihak usahawan, pihak MAIDAM sebagai platform dan
juga orang ramai. Pihak usahawan sebagai orang yang ingin menjalankan projek perniagaan tetapi kekurangan
dana akan mendapatkan dana daripada MAIDAM dan boleh menghasilkan keuntungan untuk perniagaan mereka.
Bagi orang ramai pula akan mendapat pahala yang berpanjangan atas sedeqah yang dihulurkan. Cabaran dalam
menjalankan sadaqah crowdfunding ini adalah untuk supaya projek usahawan yang dilakukan adalah mengikut
undang-undang syariah yang sebenar tanpa ada unsur yang tidak sepatutnya (Amir & Adib, 2016). Namun,
daripada pandang sisi yang positif, sadaqah merupakan satu platform yang bersifat lebih fleksibel dan tidak
mempunyai syarat yang ketat. Tambahan pula, rakyat Malaysia yang majoritinya menganut Agama Islam adalah
sangat pemurah dalam memberikan sadaqah.
Sadaqah crowdfunding hanya salah satu cadangan penyelesaian kepada pesakit kanser yang memerlukan
bantuan. Satu cadangan lagi yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan waqaf khas. Bagi wakaf khas,
dana boleh diperoleh daripada pelbagai pihak seperti Government Linked Company (GLC), Corporate Sosial
Responsibility (CSR), dan individu. Bagi mendapatkan senarai syarikat yang boleh memberikan sumbangan,
MAIDAM boleh bekerjasama dengan pusat zakat seperti MAIWP kerana mereka mempunyai klien yang tetap.
Bagi GLC dan CSR ini, MAIDAM boleh melakukan wakaf korporat dengan cara membeli aset menggunakan
wakaf tunai kemudian menjana pendapatan melalui aset tersebut. Hasil pendapatan asset tersebut akan dilabur dan
10 peratus akan diberi kepada syarikat tersebut dan 80 peratus lagi akan disalurkan khas kepada pesakit kanser.
Bagi individu pula, boleh dilakukan melalui wakaf ahli yang mana bagi menaikkan motivasi individu yang ingin
berwaqaf, wakaf yang diberikan akan memberikan pulangan kepada keluarga pewakaf. Prosedur adalah sama
dengan membeli asset, dilabur tetapi yang membezakannya adalah ahli keluarga akan mendapat 3 peratus
pulangan dan 93 peratus lagi akan diberikan terus kepada pesakit kanser. Walaupun cadangan penyelesaian
masalah bantuan kewangan ini adalah untuk pesakit kanser, namun cadangan ini juga boleh digunakan untuk
membantu pesakit kronik lain yang memerlukan bantuan supaya masyarakat mendapat manfaat yang lebih besar
hasil daripada kontrak syariah yang disediakan.
1132 Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
KESIMPULAN
Dengan bantuan daripada sadaqah crowdfunding ini diharap dapat membantu pesakit kanser dan isi rumah pesakit
dengan lebih baik. Daripada kajian yang dilakukan di atas, tidak dapat dinafikan banyak bantuan yang diperoleh
daripada pelbagai pihak oleh pesakit kanser. Walaupun tidak dapat membantu pesakit sepenuhnya, namun bantuan
ini masih membantu pesakit untuk mengurangkan bebanan mereka.Pesakit kronik seperti pesakit kanser ini
memerlukan pelbagai makanan tambahan dan rawatan yang menelan belanja yang sangat banyak. Oleh itu, diharap
dengan bantuan ini mampu memberi semangat yang positif kepada isi rumah yang masih berada di bawah
tanggungan dan tidak menjejaskan pembelajaran mereka. Justeru, bantuan ini mungkin tidak mampu
mengurangkan kesakitan yang penghidap hadapi tetapi dapat memberi motivasi kepada ahli keluarga untuk
mendapat kualiti hidup yang terjamin. Malah dengan ujian yang ALLAH beri ini dapat membuka mata semua
pihak perlunya membantu muslim yang lain supaya bebanan dapat dikurangkan.
RUJUKAN
Agerfalk, P.J. & Fitzgerald, B. (2008). Outsourcing to an unknown workforce: Exploring open sourcing as a
global sourcing strategy. MIS Quarterly, 32(2), 385-409.
Amir. L & Adib. I (2016). Sadaqah-based crowdfunding model for Microfinancing and health care, JMFIR V ol.
13. Desember 2016
Calveri, C. & Esposito, R. (2013). Crowdfunding World 2013: Report, Analysis & Trends. DeRev.
Ismail, M.A., Nik Ab Malik, N.M.A. & Mohd Shafiai, M.H. (2015). Empowering the peripheral ummah through
waqf. Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 12(1), 32-43.
Grivenics, D., Sprovieri, D., Zwimpfer, C., Dornberger, R. & Hil, D. (2014). Crowdfunding IT research and
business ideas:Predicting the chances of success of a crowdfunding project. Retrieved on 3rd June 2016
from:http://www.sprovieri.eu/crowdfunding_paper.pdf.
Hemer, J. (2011). A Snapshot on Crowdfunding. Working Papers Firms and Region No. R2/2011.
Kuti, M. & Madarász, G. (2014). Crowdfunding. Public Finance Quarterly, 59(3), 355-366.
Morsid, N. & Abdullah, R. (2014). The effectiveness of Islamic microfinance in Brunei Darussalam: A case study.
Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 11(1), 33-58.
Munawar iqbal (1985). Zakah, Moderation and Aggregate Consumption in An Islamic Economy. J. Res. Islamic
Econ., Vol.3, No. 1, pp. 45-61 (1405/1985)
Morduch, J. (1999). The Microfinance Promise. Journal of Economic Literature, XXXVII, 1569-1614.
Mokhtari, K., & Sheorey, R. (2002). Measuring ESL students reading strategies. Journal of Developmental
Education, 25 (3),pp. 2-10
Pisano, G.P. & Verganti, R. (2008). Which kind of collaboration is right for you? Harvard Business
Review,86(12). Retrieved on 19th June 2016 from: https://hbr.org/2008/12/which-kind-of-collaboration-is-
right-for-you.
Poetz, M.K. & Schreier, M. (2012). The value of crowdsourcing: Can users really compete with professionals in
generating new product ideas? Journal of Product Innovation Management, 29(2), 245-256.
Valanciene, L. & Jegeleviciute, S. (2013). Valuation of crowdfunding: Benefits and drawbacks. Economic and
Management,18(1), 39-48.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1133
LAMPIRAN
JADUAL 1: Latarbelakang Responden
Item Bilangan Peratusan (%)
Jantina
Lelaki 6 60.0
Perempuan 4 40.0
Status
Bujang 2 20.0
Berkahwin 8 80.0
Taraf Pendidikan
SRP/PMR ke bawah 6 60.0
SPM 1 10.0
STPM/STAM 1 10.0
Sijil/Diploma 2 20.0
Sektor Pekerjaan
Kerajaan 2 20.0
Swasta/berkanun 2 20.0
Bekerja Sendiri 1 10.0
Lain-Lain 5 50.0
Jenis Rawatan
Kimoterapi 5 17.2
Radioterapi 5 17.2
Pembedahan 7 24.1
Ubat Ubatan 9 31.0
Psikologi 2 6.9
Lain-lain 1 3.5
Bantuan
Keluarga 6 42.9
JKM 2 14.3
Zakat 1 7.1
Lain-lain 5 35.7
Tahap Kanser
Tahap 3 2 20.0
Tahap 4 8 80.0 Sumber: berdasarkan maklumat soal selidik
JADUAL 2: Respon Responden terhadap masa bantuan
Informan Maklumbalas
Informan 1 ….. kite mitok setahun, lepah setahun tu baru dapat bantuan…. Informan 2 ….kite mitok zakat, tapi lepah anok ninggal baru dapat…
Sumber: Maklumat soal selidik
1134 Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
JADUAL 3 : Respon Responden terhadap Bantuan
Informan Maklumbalas
Informan 1 …..untuk jangka masa panjang, molek wat naik lagi bantuan…. Informan 2 …..kalau die hidup lagi,kak rase memang dok cukup bantuan, memang perlu
bantuan lagi….. Informan 5 ….kite dok tahu sangat pasal bantuan nok kene mitok,mugo dok belajor tinggi dik
erh…. Sumber: Maklumat soal selidik
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1135
JADUAL 4: Tahap Kepuasan responden terhadap Bantuan berdasarkan demagrafi responden
Responden
(Informan)
Umur
(penjaga/
pesakit)
Pendapatan
Penjaga/
Pesakit
Sebulan
Bantuan Pihak
Terlibat (RM)5
Anggaran perbelanjaan
sebulan (RM)
Kurangan/
lebihan
(RM)
Jenis Penyakit
Kanser
Min
kepuasan
Keseluruhan
Responden2
Tahap
Kepuasan1
(RM) 1 52 tahun3/ 2,050 200 1,858 192 Tulang 2.36 Sederhana
18 tahun 2 38 tahun3/ 400 400 440 -40 Testicular 2.08 Rendah
3 tahun 3 64 tahun 500 500 2,398 -1,898 Thyroid 1.53 Rendah
4 72 tahun 500 500 2,580 -2,080 Usus 2.56 Sederhana
5 59 tahun 500 500 100 400 lymphoma 1.20 Rendah
6 51 tahun 500 2,500 14,700 -14,200 cancer hati 1.95 Rendah
7 53 tahun 12,000 0 4,470 7,530 kanser pundi 2.38 Sederhana
8
51 tahun
5,000
0
20,0004
-15,000 kencing
Advanced soft
2.62
Sederhana
tissue sarcoma 9 53 tahun 4,000 0 220 3,780 Breast Cancer 2.67 Sederhana
10 35 tahun 900 400 1,080 900 Kanser Usus 2.18 Rendah
Nota: 1 Tahap kepuasan: Kepuasan Tinggi = nilai min kepuasan 3.5 ke atas; Kepuasan sederhana = nilai min kepuasan 2.5 – 3.4; Kepuasan rendah = nilai min kepuasan 2.4 dan ke bawah 2 Nilai min keseluruhan berdasarkan Jadual 5 3 Umur
penjaga yang menjaga pesakit
kanser 4 pesakit ini mendapatkan rawatan di KPJ 5 bantuan daripada pihak JKM, MAIDAM, MAKNA dan lain-lain
Sumber: berdasarkan maklumat soal selidik
1136 Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
JADUAL 5: Tahap Kepuasan responden terhadap konstruk bantuan rawatan penyakit kanser
Item Konstruk Informan
1
Informan
2
Informan
3
Informan
4
Informan
5
Informan
6
Informan
7
Informan
8
Informan
9
Informan
10
Purata
Keseluruhan
Tahap
Kepuasan1
1. Jumlah Bantuan (1) bantuan mencukupi memenuhi
semua keperluan pembayaran perubatan
4 2 2 2 1 2 4 4 3 1 2.5 Sederhana
(2) Tidak memerlukan bantuan lain 1 1 1 2 1 1 1 2 3 1 1.4 Rendah
(3) Tidak mengharapkan agar nilai bantuan ini dinaikkan lagi
1 1 1 2 1 2 5 1 3 1 1.8 Rendah
Purata 2 1.33 1.33 2 1 1.67 3.33 2.33 3 1 1.89 Rendah
2. Mutu/ Kualiti Bantuan Peralatan (sekiranya ada)
(1) Peralatan yang dibiayai semuanya
berkeadaan baik dan berkualiti tinggi
4 4 2 4 3 3 4 3 3 3 3.3 Sederhana
(2) Tidak pernah mengalami kerosakan peralatan yang dibekalkan
1 5 1 4 2 3 5 3 3 3 3 Sederhana
Purata 2.5 4.5 1.5 4 2.5 3 4.5 3 3 3 3.15 Sederhana
3. Kekerapan / Jadual Masa Penyerahan Bantuan
(1) Berpuas hati dengan masa yang
ditentukan untuk penyerahan bantuan
4 1 2 3 1 2 3 3 4 2 2.5 Sederhana
(2) Bantuan yang diberikan tidak pernah terlewat dari jadual sepatutnya
2 1 2 2 2 1 2 3 5 1 2.1 Rendah
(3) Masa yang ditetapkan untuk
mendapat bantuan adalah masa yang
sesuai
2 1 2 2 1 1 4 3 4 2 2.2 Rendah
Purata 2.67 1 2 2.33 1.33 1.33 3 3 4.33 1.67 2.27 Rendah
4. Cara/ Prosedur Permohonan Bantuan
(1) Prosedur permohonan bantuan amat
mudah
3 2 1 3 1 2 1 2 4 2 2.1 Rendah
(2) Masa diambil untuk memproses
permohonan dan mendapat keputusan
amat cepat dan cekap.
1 2 1 3 2 2 1 2 2 2 1.8 Rendah
(3) Pemprosesan permohonan adalah
telus dan adil kepada semua asnaf.
1 4 2 3 2 1 2 3 2 3 2.3 Rendah
(4) Permohonan bantuan tidak memerlukan banyak borang sokongan
yang menyulitkan
4 2 2 2 2 2 1 3 3 2 2.3 Rendah
(5) Proses pemohonan untuk menyambung/ meneruskan bantuan
adalah mudah
3 2 2 2 1 2 1 2 4 3 2.17 Rendah
Purata 2.4 2.4 1.6 2.6 1.6 1.8 1.2 2.4 3 2.4 2.14 Rendah
5. Prosedur Penyerahan Bantuan
Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 1137
Nota: 1 Tahap kepuasan: Kepuasan Tinggi = nilai min kepuasan 3.5 ke atas; Kepuasan sederhana = nilai min kepuasan 2.5 – 3.4; Kepuasan rendah = nilai min kepuasan 2.4 dan ke bawah
Sumber: berdasarkan maklumat soal selidik
(1) Bantuan mudah diserahkan tepat
pada masanya tanpa karenah birokrasi
4 2 2 2 1 2 1 3 3 3 2.3 Rendah
(2) Bantuan diserahkan dengan cepat semasa tuntutan tanpa menunggu lama
4 1 2 2 1 2 1 3 3 3 2.2 Rendah
(3) Jumlah bantuan diserahkan sama dengan jumlah yang diluluskan
4 1 2 1 1 3 2 4 3 3 2.4 Rendah
(4) Prosedur ditentukan untuk mengambil bantuan adalah mudah dan
cepat
1 1 1 2 1 2 1 2 3 3 1.7 Rendah
Purata 3.25 1.25 1.75 1.75 1 2.25 1.25 3 3 3 2.15 Rendah
6. Keberkesanan Bantuan (1) Bantuan yang diterima dapat
memenuhi keseluruhan keperluan saya
4 1 1 2 1 1 1 2 2 1 1.6 Rendah
(2) Bantuan yang saya terima telah dapat mengubah kehidupan saya
4 3 1 3 1 2 1 2 2 2 2.1 Rendah
(3) Tidak mempunyai sebarang
rungutan terhadap bantuan yang saya terima
3 2 1 3 1 2 1 2 3 3 2.1 Rendah
Purata 3.67 2 1 2.67 1 1.67 1 2 2.33 2 1.93 Rendah
Purata Keseluruhan 2.36 2.08 1.53 2.56 1.20 1.95 2.38 2.62 2.67 2.18 2.26 Rendah
1138 Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor
Rawatan Harian Rawatan
Utama
Tabungan DANA PESAKIT
KANSER
Kecemasan
Penerangan
Kontrak
Informasi dan komunikasi
Transaksi Kewangan
RAJAH 1 : Carta Alir Sadaqah Crowdfunding
MAIDAM
USAHAWAN
Orang Ramai/GLS/CSR