prosiding kerja/prosiding perkem 2017 solehudin.pdf · pemilihan aliran pendidikan dalam kalangan...

33

Upload: others

Post on 09-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • i

    PROSIDING / PROCEEDINGS OF

    PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA

    THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE

    ISSN: 2231-962X 2017

    Editor:

    Prof. Madya Dr. Mariani Abdul Majid

    Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi

    Dr. Mohd Adib Ismail

    Dr. Roziana Baharin

    En. Liew Chei Siang

    DITERBITKAN OLEH / PUBLISHED BY

    PUSAT PENGAJIAN EKONOMI

    FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    DICETAK OLEH / PRINTED BY

    PENERBIT UKM

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

  • ii

    Cetakan Pertama / First Printing 2017

    Hak Cipta/ Copyright---Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk

    pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada

    dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada

    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM terlebih dahulu.

    All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any

    means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and

    retrieval system, without permission in writing from the Faculty of Economics and Management UKM.

    Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

    PUSAT PENGAJIAN EKONOMI

    FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN UKM

    43600 UKM BANGI, Selangor D.E, Malaysia

    http://www.ukm.my/fep

    e-mel: [email protected]

    Dicetak di Malaysia oleh / Printed in Malaysia by

    PENERBIT UKM

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    43600 UKM Bangi, Selangor D.E., Malaysia

    Perpustakaan Negara Malaysia Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

    Cataloguing-in-Publications Data

    Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke – 12, 2017.

    Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan

    Futuristik

    mailto:[email protected]

  • iii

    LATAR BELAKANG PERKEM / ABOUT PERKEM

    Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) merupakan siri seminar

    tahunan anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Persidangan ini menyediakan platform

    kepada para penyelidik, pembuat dasar dan mereka yang berminat untuk mengikuti

    dan mengetahui perkembangan ekonomi Malaysia secara lebih dekat melalui

    pembentangan hasil-hasil penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap pelbagai

    persoalan berkaitan pertumbuhan, pembangunan ekonomi dan persekitaran

    perniagaan. Melalui persidangan ini, selain menambah khazanah ilmu dalam bidang

    ekonomi dan perniagaan, dapatan kajian yang dibentangkan dapat dijadikan panduan

    dan rujukan kepada mereka yang terlibat dalam menyediakan rancangan-rancangan

    pembangunan pada masa hadapan, khususnya yang melibatkan ekonomi Malaysia.

    The Malaysian National Economic Conference (PERKEM) is an annual seminar

    series organized by School of Economics, Faculty of Economics and Management,

    The National University of Malaysia (UKM). This conference provides a platform for

    researchers, policy makers and those who are interested to know and keep trail

    regarding Malaysia's economic development through the presentation of research

    findings that focus on various issues pertaining to economic development, growth and

    business environment. Through this conference, apart from adding to the body of

    knowledge in economics and business discipline, findings from presented papers are

    useful as reference point for those involved in preparing future development plans,

    especially with regards to the Malaysian economic.

    Prosiding PERKEM dan Jurnal Ekonomi Malaysia

    Kertas kerja persidangan akan diterbitkan di dalam prosiding PERKEM.

    Kertas kerja juga boleh dipertimbangkan untuk diterbitkan dalam Jurnal Ekonomi

    Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia diterbitkan oleh Penerbit UKM dan diindeks oleh

    Scopus.

    Conference papers will be published in PERKEM proceedings.

    Papers may also be considered for publication in Jurnal Ekonomi Malaysia (the

    Malaysian Journal of Economics). Jurnal Ekonomi Malaysia is published by Penerbit

    UKM and indexed by Scopus.

    http://www.ukm.my/fep/index.php/schools/school-of-economicshttp://www.ukm.my/fep/index.php/schools/school-of-economicshttp://www.ukm.my/fep/JEM/http://www.ukm.my/fep/JEM/http://www.ukm.my/fep/JEM/

  • iv

    Senarai Penilai / List of Reviewers PERKEM Ke – 12 2017

    Dr. Azrina Abdullah Al-Hadi Junaidah Hasan

    Dr. Ali Mohd Noor Dr. Hazrul Izuan Shahiri

    Dr. Hairunnizam Wahid Dr. Norshamliza Chamhuri

    Liew Chei Siang Prof. Madya Dr. Rubayah Yakob

    Mustazar Mansur Prof. Madya Dr. Mariani Abdul

    Majid

    Norain Mod Asri Dr. Mohd Adib Ismail

    Norlaila Abu Bakar Prof. Madya Dr. Shahida Shahimi

    Aminudin Mokhtar Dr. Suhaili Alma’mun

  • v

    Prosiding / Proceedings of

    PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKONOMI MALAYSIA

    PERKEM KE – 12 2017

    THE MALAYSIAN NATIONAL ECONOMIC CONFERENCE

    12th PERKEM 2017

    12 – 13 September 2017

    Hotel Bangi-Putrajaya, SELANGOR, MALAYSIA

    ISSN: 2231-962X 2017

    PERSIDANGAN / CONFERENCE

    Tema utama persidangan pada tahun 2017 ialah “Kelestarian Pembangunan

    Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik”.

    Perkara yang akan menjadi fokus perbincangan persidangan merangkumi tiga aspek

    penting yang menjadi tunjang persidangan kali ini iaitu:

    pertumbuhan ekonomi yang holistik,

    pertumbuhan inklusif, dan

    kelestarian pembangunan.

    Bertunjangkan tiga aspek penting tersebut, PERKEM 12 meneruskan kelangsungan

    dengan menyediakan platform pertemuan kepada semua pihak termasuk para

    penyelidik, pentadbir, pelaksana dasar, pihak swasta dan semua pihak yang berminat

    untuk sama-sama berbincang dan berkongsi ilmu dalam memperkukuhkan lagi dasar

    dan program pembangunan negara.

    The main conference theme in year 2017 is “Sustainable Economic Development:

    Towards Holistic, Inclusive and Futuristic Policy Transformation”.

    The subject matter that will be the focus of the conference discussions will cover three

    important aspects that will be the cornerstone of the conference this time, namely:

    holistic economic growth, inclusive growth, and development sustainability.

    Given these three important aspects, PERKEM 12 continues to provide a platform for

    all parties including researchers, administrators, policymakers, the private sector and

    all interested parties to collaborate and share knowledge in strengthening national

    development policies and programs.

  • vi

    SUB-TEMA / SUB-THEMES

    Program Transformasi Negara o Transformasi Nasional 50 o Program transformasi kerajaan o Program transformasi ekonomi o Program reformasi fiskal o Dasar Pencukaian dan Program Pembangunan Sosial

    National Tranformation Program o Transformasi Nasional 50 o Government Transformation Program o Economic Transformation Program o Fiscal Reformation Program o Taxation Policy and Social Development Program

    Ekonomi Holistik o Kos Sara Hidup dan Kualiti Hidup o Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan o Agihan Pendapatan o Kesihatan dan Jaminan Sosial o Kesejahteraan Warga Emas, Kanak-kanak dan Wanita o Isu Gelandangan dan Orang Kelainan Upaya o Kelestarian Kualiti Alam Sekitar o Pembangunan Wilayah, Luar Bandar dan Komuniti o Pengurusan Zakat oleh Institusi zakat o Pengurusan Harta Waqaf o Crowdfunding o Objektif Pembangunan Mampan/ Sustainable Development Goal

    Holictic Economics o Cost of Living and Quality of Life o Education and Human Capital Development o Income Distribution o Health and Social Security o Well-being of Senior Citizen, Children and Women o Homeless and Disabilities o Sustainability of Enviromental Quality o Rural, Regional and Community Development o Zakat Management in Zakat Institutions o Waqf Management o Crowdfunding o Sustainable Development Goals

    Pertumbuhan Inklusif o pertumbuhan holistik dan mapan o agihan dan ketakseimbangan o pembangunan modal insan dan Pengurusan Sumber Manusia Berkualiti o produktiviti, inovasi, teknologi dan transformasi ekonomi

  • vii

    o kestabilan makroekonomi dan pendapatan o dasar fiskal dan monetari o perdagangan antarabangsa, kewangan antarabangsa dan pelaburan o muamalat dan kewangan Islam o ekonomi monetari, kewangan dan perbankan o Kewangan dan Perbankan Islam o pengukuhan peranan institusi- struktur pasaran, daya saing

    Inclusive Growth o Sustainable and Holistic Growth o Distribution and Inequilibrium o Human Capital Development and Quality Human Resource Management o Productivity, Innovation, Technology and Economic Transformation o Income and Macroeconomic Stability o Monetary and Fiscal Policies o International Trade, International Finance and Investment o Islamic Finance and Muamalat o Banking, Monetary and Financial Economics o Islamic Banking and Finance o Strengthening Institutional Role: Market Structure and Competitiveness

    Kelestarian pembangunan o teknologi hijau o kelestarian kualiti alam sekitar o resilient city dan Greater Kuala Lumpur o ekonomi alam sekitar o sektor komoditi utama o sektor perindustrian o sektor perkhidmatan- rekreasi, hospitaliti, pengangkutan, komunikasi o sektor minyak, gas, tenaga dan sumber

    Sustainable Development o Green Technology o Sustainability of Environmental Quality o Resilient City and Greater Kuala Lumpur o Environmental Economics o Main Commodity Sector o Industrial Sector o Services Sector - Recreation, Hospitality, Transportation, Communication o Oil and Gas, Energy and Resource Sectors

    Isu-Isu Terkini dan masa hadapan dalam Ekonomi o isu makroekonomi o isu golongan mudah terancam o dasar belanjawan o dasar monetari o kejutan luaran- harga minyak, krisis kewangan antarabangsa, krisis harga

    makanan

  • viii

    o dasar pembangunan ekonomi- model ekonomi baru, negara ekonomi berpendapatan tinggi

    o dasar perdagangan antarabangsa dan pelaburan o pembangunan keusahawanan Bumiputra dan kredit mikro o sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

    Current and Future Issues in Economics o Macroeconomic Issues o Vulnerable Groups o Budgetary Policy o Monetary Policy o External Shocks: Oil Price, International Financial Crisis, Food Price Crisis o Economic Development Policy: New Economic Model, High Income Economy o Investment and International Trade Policies o Micro Credit and Bumiputra Entrepreneural Development o Private Sectors and Government-Linked Companies

  • ix

    KANDUNGAN

    Kandungan

    ix

    Prakata

    xviii

    TEMA 1 : EKONOMI ISLAM: ZAKAT & WAKAF

    1

    Kodifikasi Akta Zakat Nasional: Persepsi dan Implikasi

    Mohd Suffian Mohamed Esa, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam

    Wahid

    1 - 13

    2 Penentuan Had Kifayah Zakat: Satu Cadangan Dimensi Penentuan yang

    Baru

    Siti Norhidayah Hamzah, Hairunnizam Wahid

    14 - 28

    3 Hubungan Antara Uruf, Amalan Adat Perpatih Terhadap Pembayaran

    Zakat Harta: Kajian di Negeri Sembilan

    Mohamad Nurul Azwan Mohamad Taib, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali

    Mohd Noor

    29 - 38

    4 Pendanaan Awam (Crowdfunding) dan Zakat: Satu Tinjauan Awal ke

    Atas Pendekatan yang Digunakan

    Suhaili Alma’amun

    39 - 43

    5 Kontrak Wakalah dalam Agihan Zakat: Kajian di Majlis Agama Islam

    Wilayah Persekutuan

    Atiah Ahmad, Hairunnizam Wahid

    44 - 54

    6 Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Kolej

    Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah

    Nur Liana ‘Aqilah Derus, Mohd Ali Mohd Noor

    55 -63

    7 Pembayaran Zakat Pendapatan Melebihi Kadar Kewajipan Zakat:

    Kajian dalam Kalangan Kakitangan Kerajaan di Wilayah Persekutuan,

    Putrajaya

    ‘Abdullah Khairi Mohd Asri, Hairunnizam Wahid

    64 - 73

    8 Pembayaran Zakat Pendapatan dan Tekanan Kos Sara Hidup: Kajian

    dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)

    Sharifah Nor Nadiah Syed Aluwi, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd

    Nor

    74 - 83

    9 Persepsi Asnaf Zakat Al-Gharimin (Perubatan) terhadap Kaedah Agihan

    Zakat oleh Lembaga Zakat Selangor: Kajian di Gombak, Selangor

    Nur Aliah Mohd Sukeri, Zulaikha Mohd Hanafiah, Hairunnizam Wahid

    84 - 94

  • x

    10 Dana Zakat untuk Pembiayaan Pendidikan: Tinjauan Kecenderungan

    Pemilihan Aliran Pendidikan dalam Kalangan Asnaf Mualaf di Malaysia

    Muhammad Haffiz Muhamad Isa, Hairunnizam Wahid

    95 - 107

    11 Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Agihan Zakat oleh Tabung

    Baitulmal Sarawak (TBS) dan Peranan Medium Promosi: Kajian di

    Bintulu, Sarawak

    Abdul Hayy Haziq Mohamad, Hairunnizam Wahid

    108 - 118

    12 Keberkesanan Bantuan Modal Zakat daripada Perspektif Penerima:

    Kajian di Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu

    Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid

    119 - 130

    13 Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan Terhadap Usahawan Asnaf

    dalam Konteks Maqasid Al-Syari’ah: Kajian di Daerah Kuala

    Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu

    Nurmaizura Marzuki, Solehuddin Zulkifli, Hairunnizam Wahid

    131 - 141

    14 Analisis Kecekapan Kutipan dan Agihan oleh Institusi Zakat: Satu

    Kajian Semula terhadap Majlis Agama Islam Negeri

    Ummi Amirah Alias, Hairunnizam Wahid, Azrina Abdullah Al-Hadi

    142 - 152

    15 Kecekapan Pengurusan Agihan Zakat oleh Lembaga Amil Zakat

    Swadaya Ummah (LAZSU): Satu Kajian di Pekanbaru Riau, Indonesia

    Sri Hartati, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

    153 - 163

    16 Prestasi Kutipan Serta Pematuhan Standard Prosedur Kutipan Zakat:

    Kajian di Malaysia

    Mohd Fisul Ismail, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor

    164 - 175

    17 Keberkesanan Pelaksanaan Ceramah Zakat Terhadap Kefahaman Serta

    Amalan Membayar Zakat Perniagaan: Kajian di Sepang, Selangor

    Siti Umairah Kamaruddin, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor,

    Abdul Halim Abu Bakar

    176 - 189

    18 Factors Affecting Disclosure Practices of Annual Report Zakat

    Institutions in Malaysia

    Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid

    190 - 199

    19 Brotherhood Concept, Islamic Accountability Concept and Agency

    Theory in Relation to Disclosure of Annual Report Zakat Institutions: A

    Proposed Framework

    Raedah Sapingi, Sherliza Puat Nelson, Siti Normala Sheikh Obid

    200 - 210

    20 Pembangunan Harta Aqar Zakat: Kajian Terhadap Model Pembangunan

    Harta Aqar Majlis Agama Islam Negeri Johor

    Mohd Azlan Bunasir, Hairunnizam Wahid

    211 - 220

  • xi

    TEMA 2 : PERBANKAN & KEWANGAN ISLAM

    1

    Faktor yang Mempengaruhi Penerimaan Perkhidmatan Perbankan Islam

    di Selatan Thailand

    Noorasikin Mohd Sidek, Shahida Shahimi, Latifa Bibi Musafar Hameed

    251 - 264

    2 Hubungan di Antara Kecenderungan Pengguna Perkhidmatan

    Perbankan Islam, Niat Penarikan dan Penarikan Deposit

    Siti Nor Asmath Wan Hassan, Aisyah Abdul Rahman, Azman Ismail

    265 - 274

    3 Risiko Tidak Patuh Syariah: Kajian di Hong Leong Islamic Bank

    Berhad

    Nur Maizatul Dina Mukhtar, S.Shahida, Aisyah Abdul Rahman

    275 - 287

    4 Insolvency Risk and Bankruptcy of Malaysian Islamic Banks: Full-

    Fledged vs Islamic Subsidiaries

    Nik Nurul Hidayah Nik Zainuddin, S.Shahida

    288 - 298

    5 Rebat Pembiayaan dalam Keseimbangan Kadar Fleksibeliti Keuntungan

    Jualan Bertangguh

    Muhamad Zuhaili Saiman, Ahmad Dahlan Salleh

    299 - 307

    6 Kajian Mengenai Tahap Persepsi Masyarakat Terhadap Pelan Takaful

    Fatin Nabilah Musanif, Hendon Redzuan

    308 - 319

    7 Takaful Berkaitan Pelaburan: Penerimaan Masyarakat di Kuala

    Terengganu

    Nur Dhia Marsya Muhammad Najib

    320 - 331

    8 Kesahan Konstruk dan Kebolehpercayaan dalaman Pengukuran Tahap

    Pengetahuan Takaful Mikro

    Maisarah Mohd Shahrain, Rubayah Yakob, Hendon Redzuan

    332 - 342

    9 Faktor Penentu kepada Pulangan Pelaburan Unit Amanah Islam - Satu

    Kajian Kes Terhadap Pelabur Dana Dali 1.

    Zool Fazlee Nordin, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

    343 - 353

    21 Zakat Contribution to National Income in Malaysia (1984-2015)

    Nur Hidayah Anuar, Mohd. Ali Mohd Noor

    221 - 229

    22 Kawalan Dalaman Tadbir Urus Wakaf di Malaysia

    Rabiatul Hasanah Mahmood, S.Shahida, Latifa Bibi Musafar Hameed

    230 - 238

    23 Waqf World Growth Foundation (WWGF): Tinjauan Awal Penubuhan

    Hafizah Shamshuddin, Suhaili Alma`Amun

    239 - 250

  • xii

    10 Pelaburan Patuh Syariah di KWSP: Tular dan Persoalan yang Timbul

    Mohd Syafiq Mat Nor, Suhaili Al Ma’amun

    354 - 359

    11 Factors Affecting Crowdfunding for Research in Islamic Finance and

    Banking

    Shofiyyah Moidin, Aisyah Abdul Rahman, Shifa Mohd Nor

    360 - 368

    12 Integrating Donation-Based Blockchain as Potential Source of Funds in

    Islamic Microfinance

    Nurusysyifa Datuk Haji Mohamad Nordin, Salina Hj. Kassim

    369 - 376

    13 Root Issues in Islamic Banking: Content Analysis of Reported Cases of

    High Court in Malaysia

    Nor Qathrunnada Kamarul Baharin, Mariani Abdul-Majid, Khairul

    Akmaliah Adham

    377 - 400

    14 Inclusion of Islamic Socio Financial Institutions for the Unbankable

    Hard Core Poor {A Model Worth Attention}

    Magda Ismail A. Mohsin, Shaikh Hamzah Abdul Razak, Syed Othman

    Alhabshi, Seyed Kazem Sadr

    401 - 410

    TEMA 3 : EKONOMI FISKAL, MONETARI & ANTARABANGSA

    1

    Sistem Matawang Bersandarkan Emas: Tinjauan Menurut Perspektif Al

    Quran

    Sa’diah Abdul Karim, Mohd Ali Mohd Noor

    411 - 421

    2 Reexamine of Twin Deficit Hypothesis: Malaysia Case Study

    Ahmed M. Saidam, Tamat Sarmidi

    422 - 433

    3 The Relationship Between Financial Development and Monetary Policy

    Effectiveness in Malaysia

    Danie Eirieswanty Kamal Basa, Zulkefly Abdul Karim, Mohd Azlan

    Shah Zaidi

    434 - 441

    4 Monetary Policy, Bank Ownership, and the Lending Channel: Evidence

    from Banks in ASEAN Countries

    Fazelina Sahul Hamid, Muhamed Zulkhibri

    442 - 455

    5 The Fragmentation in International Production, Financial Market

    Openness and Output Correlation: Panel Evidence of Oecd and Briic

    Economies

    Norrana Khidil, Mohd Azlan Shah Zaidi, Zulkefly Abdul Karim

    456 - 466

  • xiii

    6 The Southeast Asia Analysis on Trade Openness Towards Economic

    Growth

    Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Yong Yoke Chuan, Nurul Shakira

    Zainal Abidin

    467 - 472

    7 Oil Price Shock and U.S. Dollar: Evidence from ASEAN and BRICS

    Hadrry Rony

    473 - 482

    8 The Impacts of Malaysian Free Trade Agreements on Margins of Trade

    Rashidi Said, Normaz Wana Ismail

    483 - 492

    9 A Nexus Between Intra-ASEAN FDI, Intra-ASEAN Exports and

    Economic Growth of ASEAN-10: Evidence Using Panel Causality

    Analysis

    Wong Koi Nyen, Tan Bee Wah, Goh Soo Khoon

    493 - 503

    10 Digital Trade Related in Selected Asian Countries

    Normaz Wana Ismail

    504 - 510

    11 Economic Effects of Export Tax on Malaysia’s Cessable Rubber

    Medical Devices Export: A Gravity Model Approach

    Lee Siu Ming, Radziah Adam, Ku’ Azam Tuan Lonik

    12 Does Exchange Rate Important Determinant Affecting Export Demand?

    Sarah Nursyazmin Mohamad Kamal, Normaz Wana Ismail, Norazwa

    Mohamed Hariri

    511 - 520

    13 Do Sustainability Certifications Matter for Exporting Palm Oil

    Companies?

    S. Shahida, Hafizuddin-Syah B.A.M, Siti Hanisah Fuad

    521 - 530

    14 The Determinants of Foreign Direct Investment (FDI) Across Provinces

    in ChinaA Panel ARDL Study

    Ruan Meng Juan, Zulkefly Abdul Karim

    531 - 545

    15 Modelling The Volatility of International Tourism Demand and

    Macroeconomic Variables

    Kasmaroni Hj Makawi, Norlida Hanim Mohd Salleh, Sharmila

    Thinagar

    546 - 558

    16 The Influence of Inbound Tourism for Education on Economic Growth

    in Malaysia: A Macroeconomics Viewpoint

    Chor Foon Tang, Yong Kang Cheah, Soo Yean Chua

    559 - 567

    17 Does Country with Multi-Ethnic, Multi-Linguistic and Multi-Religious

    Society Induce Tourist Arrivals? Worldwide Evidence

    Muzafar Shah Habibullah, Badariah Haji Din, Siow-Hooi, Tan

    568 - 576

  • xiv

    TEMA 4 : EKONOMI PEMBANGUNAN

    1

    Dilema Pengeluaran Makanan dengan Pemeliharaan Sumber Alam

    dalam Pembangunan Lestari Islam Nurul Suhada Ismail

    577 - 582

    2 Kesan Perbezaan Kadar Inflasi Terhadap Perbelanjaan Kumpulan

    Utama Masyarakat di Malaysia

    Mohd Khalid Ribuan, Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

    583 - 595

    3 The Sources of Cost of Living Pressure and an Expensive City to Live

    in Malaysia Capital Cities: A Descriptive Analysis of Basic Needs

    Budget for Middle Income Earners

    Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail

    596 - 606

    4 Kos Sara Hidup: Pendapatan Rendah atau Taraf Hidup Meningkat

    Mohd Aqmin Abdul Wahab, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur

    607 - 621

    5 Perceptions of Public University Students towards the Rising Cost of

    Living in Malaysia

    Zurina Kefeli

    622 - 632

    6 The Basic Needs Budget of Middle Income Earners in the Capital Cities

    with a High Cost of Living in Malaysia using OLS Regression Analysis

    Rusli Latimaha, Zakaria Bahari, Nor Asmat Ismail

    633 - 641

    7 Pengaruh Modal Sosial ke Atas Peningkatan Pendapatan Kumpulan Isi

    Rumah B40 di Malaysia

    Syahrin Suhaimee, Mohd Azlan Shah Zaidi, Mohd Adib Ismail

    642 - 651

    8 The Determinants of Housing Prices: An Empirical Study Based on

    Provincial Panel Data in China

    Yang Fan, Zulkefly Abdul Karim

    652 - 665

    9 Hubungan Antara Perubahan Harga Petrol dengan Jualan Kenderaan

    Persendirian di Malaysia

    Nizam Ahmat, Nor Ermawati Hussain

    666 - 672

    10 Kesan Cukai Korporat dan Zakat Perniagaan Terhadap Prestasi

    Kewangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

    Sri Nooridayu Salleh, Rubayah Yakob, Aisyah Abdul Rahman

    673 - 685

    11 Explaining Poverty Persistence in Sabah: The Role of Economic

    Growth and Public Policy

    M. Niaz Asadullah, Jeron Joseph

    686 - 696

  • xv

    12 Penganggaran Kecekapan Teknikal dan Faktor Penentu Kecekapan pada

    Perusahaan Kecil Sederhana Sektor Perdagangan dalam Penggunaan

    Kredit Usaha Rakyat untuk Pengurangan Kemiskinan di Jawa Timur

    Atik Purmiyati

    697 - 709

    13 Measuring Genuine Progress of Malaysia’s Economic Growth, 1986-

    2015

    Muhamad Azhan Mohd Nor, Jamal Othman

    710 - 723

    14 Analisis Impak Output Pengganda dan Rantaian Sektor Dalam NKEA

    Malaysia

    Florand Anak Jacob, Noorasiah Sulaiman

    724 - 735

    15 Privatization, An Alternative to Economic Growth in The Difficulties of

    The State Budget; Indonesian Case

    Syanti Dewi

    736 - 743

    16 The Impact of IQ on Globalization-Income Inequality Relationship

    A.R Mazlina, Saifuzzaman Ibrahim, W.N.W Azman-Saini

    744 - 751

    17 Impak Modal Manusia dan Inovasi Terhadap Produktiviti Faktor

    Keseluruhan (TFP) Industri Pembuatan Minyak Sawit di Malaysia

    Naiimah Mohd Sofi , Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail

    18 Relative Social Standing – An Adaptation of Social Comparison Theory

    in Explaining Economic Behaviour of Saving and Wealth Accumulation

    Poh Boon Lian, Nor Ghani Md. Nor, Jamal Othman

    752 - 765

    19 Kemeruapan Kadar Pertukaran dan Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia:

    Analisis NARDL

    Nur Idayu Ibrahim, Tamat Sarmidi, Roziana Baharin

    766 - 775

    20 The effect of islamic and conventional banking efficiency on economic

    growth

    Mohd Shawal Sidek, Mariani Abdul Majid, Azrina Abdullah Al-Hadi

    776 - 787

    TEMA 5 : EKONOMI BURUH & SUMBER MANUSIA

    1

    Education Level and Economic Growth: Study on High-Income Nations

    in East Asia

    Lai Wei Sieng, Ishak Yusoff

    788 - 798

    2 Economic Returns to Schooling in Malaysia: A Gender Analysis

    Norlin Khalid, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain, Hakimah Nur Ahmad

    Hamidi, Nur Fakhzan Marwan

    799 - 806

  • xvi

    3 Unjuran Keperluan Tenaga Manusia dalam Sektor Perkhidmatan

    Terpilih: Analisis Input-Output

    Bawani Lelchumanan, Rahmah Ismail, Noorasiah Sulaiman

    807 - 822

    4 Potensi Tenaga Kerja dalam Sektor Hijau Malaysia: Analisis Input-

    Output

    Saidatul Akma Zakaria, Noorasiah Sulaiman

    823 - 836

    5 Keperluan Tenaga Kerja dan Rantaian Guna Tenaga dalam Sektor

    Pertanian di Malaysia

    Nur Syairah Ismail, Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail

    837 - 845

    6 Penentu Kemampuan Pekerja dalam Sektor Pembuatan di Malaysia

    Farisha Nadiah Mohd Shah, Rahmah Ismail, Wye Chung Khain

    846 - 861

    7 Penentu Kemampuan Pekerja dalam Sektor Perkhidmatan di Malaysia

    Rabiatul Adawiyah Ismail, Wye Chung Khain, Rahmah Ismail

    862 - 876

    8 Ketaksamaan Pencapaian dalam Firma Bola Sepak: Analisis

    Keseimbangan Bersaing Liga Super Malaysia dengan Kehadiran Buruh

    Berkemahiran Tinggi

    Zanareyah Salim, Hazrul Izuan Shahiri, Mustazar Mansur

    877 - 890

    9 Kaedah Penghargaan Sebagai Kaedah Pengurusan Motivasi Pekerja:

    Analisis dari Perspektif Islam

    Noor Hidayah Samsudin

    891 - 896

    10 Input-Output Analysis of Manpower Skills Requirement and Job

    Generating Industries in Malaysia Services Sector

    Mohd Shaiful Hizam Bin Johan, Noorasiah Sulaiman

    897 - 905

    TEMA 6 : EKONOMI PENGURUSAN & KEUSAHAWANAN

    1

    Entrepreneurial Marketing and Characteristics of Animation

    Technopreneurs: The Mediating Role of Self-Efficacy

    Hanis Syazwani Kamarudin, Mohar Yusof

    906 - 915

    2 Faktor Penglibatan Usahawan dalam Perusahaan Runcit di Sepang

    Muhammad Fazli Razali, Suhaili Alma’amun

    916 - 924

    3 Small Medium Enterprises (SMEs)’ Harmony Culture in Indonesia

    Syanti Dewi, Ishak Ramli

    925 - 931

    4 A Study on Role of Leadership and Green Technology towards

    Malaysian Economy Growth

    Selvi Narayanan, Soorianarayanan

    932 - 937

  • xvii

    5 Elemen-Elemen Persekitaran IPTA yang Menyumbang Kepada

    Pemikiran Keusahawanan Pelajar

    Armanurah Mohamad, Norashidah Hashim, Awanis Ku Ishak

    938 - 945

    6 Amalan Pengurusan Kewangan dalam Kalangan Usahawan PKS

    Bumiputera

    Anwar Nabi Alam, Halimah Harun

    946 - 954

    7 Peranan Aktiviti Integrasi Pertanian dalam Meningkatkan Produktiviti

    Pekebun Kecil Kelapa Sawit

    Nurul Atiqah Shahril, Mohd Adib Ismail, Muhammad Hakimi Mohd

    Shafiai

    955 - 965

    8 Kejayaan Perniagaan dan Pencapaian Maqasid Al-Syariah dalam

    Kalangan Usahawan Penerima Pembiayaan atau Geran Usahawan

    MARA (GUM): Kajian di Negeri Sembilan

    Shahzihan Mohamad @ Mohd Noor, Hairunnizam Wahid

    966 - 978

    9 Hubungan Antara Latarbelakang Pentadbir Masjid, Pengurusan

    Kewangan dan Keaktifan Aktiviti Masjid : Kajian di Hulu Terengganu,

    Terengganu

    Huzaifah Sulong, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Noor

    979 - 990

    10 Perusahaan Sosial dalam Pendidikan: Kajian Terhadap Kompleks

    Pendidikan Islam Bangi, Selangor

    Zirwatul 'Isyqi Mohd Nazri, Hairunnizam Wahid

    991 -

    1001

    11 Faktor Penentu Kejayaan Perniagaan dalam Kalangan Usahawan Orang

    Asli: Kajian Perbandingan Antara Negeri Selangor dan Negeri Sembilan

    Mohd Naim Abd Karim, Mohd Fadzli Che Rus, Hairunnizam Wahid

    1002 -

    1013

    12 Keberkesanan Bantuan Geran Bimbingan Usahawan Orang Asli: Kajian

    di Negeri Sembilan & Selangor

    Mohd Fadzli Che Rus, Mohd Naim Abd Karim, Hairunnizam Wahid

    1014 -

    1027

    13 Challenges to Sustainable Safeguarding Halal Food Raw Materials

    Integrity

    Mohd Helmi Ali, Norhidayah Suleiman

    1028 -

    1034

    TEMA 7 : EKONOMI KEWANGAN & PERBANKAN

    1

    The Effect of Oil Price and US Factors Volatility on Metal Market

    Volatility

    Chan Weng, Zulkefly Abdul Karim, Norlin Khalid

    1035 -

    1047

  • xviii

    2 Performance of Malaysian General Insurance Industry; From the Firm’s

    Perspective

    Nisaparma Anestya, Mustazar Mansur, Hazrul Izuan Shahiri

    1048 -

    1057

    3 Prestasi Unit Amanah di Malaysia

    Yasmin Azuddin, Hawati Janor, Hairunnizam Wahid

    1058 -

    1069

    4 Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA): Peluang dan Cabaran Ke

    Atas Syarikat Unit Amanah Dd Malaysia

    Sahudin Ma’anam @ Saat, Aisyah Abdul Rahman, Rosmah Mat Isa

    1070 -

    1081

    5 Gelombang Penggabungan dan Pengambilalihan di Dunia dan Malaysia

    Ria Amaliena Azamuddin, Mohd Hasimi Yaacob

    1082 -

    1087

    6 The Impact of Bank Competition on Liquidity Risk: Comparison

    between Conventional and Islamic Banking in Malaysia

    Nur Aqilah Abdul Rahman, Aisyah Abdul Rahman, Nafisah Muhammed

    1088 -

    1098

    7 Penentuan Kadar Faedah di Malaysia Menggunakan Pendekatan

    Persamaan Peraturan Taylor

    Abdul Karim Mhd Sarif, Norlin Khalid

    1099 -

    1109

    8 Pengaruh Norma Subjektif dan Manfaat Tanggapan Kepada Niat

    Melanggan Mikro Kredit: Sikap Sebagai Perantaraan (Mediator)

    Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai, Salmy Edawati Yaacob, Syahrul

    Anuar Ali

    1110 -

    1123

    9 Pembiayaan Kos Rawatan Pesakit Kanser Melalui Dana Sadaqah

    Crowdfunding: Kajian Kes di Terengganu

    Siti Nur Fatin Atirah Rosli, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd Nor

    1124 -

    1138

    10 Portfolio Returns’ Characteristics in Indonesia During The Global Crisis Ishak Ramli

    1139 -

    1148

    11 The Functional Expense Reporting Practice Among Non-Profit

    Organisations

    Noor Raudhiah Abu Bakar, Teh Suhaila Tajuddin, Norlia Abdul Karim,

    Ridzwana Mohd Said

    1149 -

    1158

    TEMA 8 : ISU-ISU LAIN DALAM EKONOMI

    1

    Kesedaran Masyarakat Islam Terhadap Penggunaan e-Fidyah dalam

    Urusan Pembayaran Fidyah di MAINJ: Kajian di Muar, Johor

    Muhammad Shukri Ab Ghani, Hairunnizam Wahid, Mohd Ali Mohd

    Noor

    1159 -

    1171

  • xix

    2 Pindaan Akta GSA (2002) dan Cadangan Model Pembahagian Harta

    Pusaka Tanah Rancangan Felda

    Noorizan Mohamed Hasnan, Hairunnizam Wahid, Mohd Zamro Muda,

    Mohd Yassin Mohd Yusuf

    1172 -

    1180

    3 Perbelanjaan Kesihatan dan Penuaan Populasi: Analisis Empirik

    menggunakan Pendekatan Autoregresi Susulan Teragih

    Suhaila Saad, Roziana Baharin

    1181 -

    1188

    4 Multi-Factor Crime Activities in Malaysia: Further Evidence from

    Bounds Testing of Level Relationships and Granger Non-Causality

    Dullah Mulok, Mori Kogid, Rozilee Asid, Jaratin Lily

    1189 -

    1198

    5 Gelagat Tabungan dan Tahap Pengetahuan Pembeli Rumah Terhadap

    Proses Kelayakan Pembiayaan Perumahan: Kajian di Lembah Klang

    Eh Run Eh Noi, Hairunnizam Wahid

    1199 -

    1209

    6 The Economic Valuation of Environmental Resources in Malaysia: A

    Case Study of Taman Tasik Cempaka in Bandar Baru Bangi

    Mohd Syauqi Nazmi, Muhammad Taufiqurrahman Ramli, Nik Nor

    Rahimah Nik Ab Rahim

    1210 -

    1217

    7 Prospects, Demand-Supply Mismatch of Green or Sustainable Investing

    in Malaysia

    Raymond Ling Leh Bin, Aye Aye Khin

    1218 -

    1226

    8 Kajian Impak Pembangunan Semula Tebingan Sungai di Malaysia

    Azlina Md. Yassin, Haryati Shafii

    1227 -

    1234

    9 Pembangunan Penunjuk dan Indeks Kualiti Hidup Masyarakat Luar

    Bandar untuk Kesejahteraan Hidup dan Kelestarian Alam Sekitar

    Haryati Shafii, Azlina Md Yasin, Nursyikin Miskam

    1235 -

    1245

  • xx

    KATA PENGANTAR / PREFACE

    Dengan Nama Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala Puja

    dan puji hanya Bagi-Nya Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan

    Nabi Muhammad S.A.W., Rasul akhir zaman.

    Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan

    keizinan-Nya jua Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia dapat

    disempurnakan penerbitannya bersempena PERKEM Ke – 12 2017 yang berlangsung

    di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hotel Bangi-Putrajaya, Selangor.

    Tujuan penerbitan prosiding ini adalah sebagai bahan bacaan dan rujukan

    kepada peserta PERKEM Ke – 12 2017 dan juga kepada yang tidak berkesempatan

    untuk menghadiri persidangan kali ini. Persidangan ini merupakan acara tahunan

    Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Ia memberi ruang

    kepada para penyelidik, pembuat dasar dan individu membentangkan hasil

    penyelidikan masing-masing dan berbincang mengenai isu semasa berkaitan ekonomi

    Malaysia secara khususnya.

    Tema PERKEM kali ini adalah ‘Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah

    Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik’. Tema ini menyokong

    usaha dalam merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan

    tinggi melangkaui wawasan 2020 dan ke arah TN 2050. Bagi mencapai sasaran

    tersebut, perkembangan ekonomi dan transformasi dasar yang digariskan perlu

    berlaku secara holistik, keterangkuman kekayaan dan keterangkuman pertumbuhan

    tanpa mengabaikan semua golongan sasaran serta transformasi dasar yang bersifat

    futuristik yang mengetengahkan peranan belia dan golongan muda sebagai pelapis di

    masa akan datang.

    Sebanyak 122 kertas kerja telah dikumpulkan dan 105 daripadanya dimuatkan

    dalam prosiding ini yang disusun berdasarkan sesi pembentangan dan tema-tema yang

    ditentukan. Tema-tema tersebut disusun dalam beberapa tema umum berasaskan

    bidang kajian. Ia meliputi i) Ekonomi Islam: Zakat & Wakaf, ii) Perbankan &

    Kewangan Islam, iii) Ekonomi Fiskal, Monetari & Antarabangsa, iv) Ekonomi

    Pembangunan, v) Ekonomi Buruh & Sumber Manusia, vi) Ekonomi Pengurusan &

    Keusahawanan, vii) Ekonomi Kewangan & Perbankan viii) Isu-isu Lain Dalam

    Ekonomi. Kepelbagaian tema dan bidang ekonomi yang dibincangkan dapat memberi

    peluang yang seluasnya kepada peserta persidangan dan pembaca untuk menatapi

    pelbagai hasil penyelidikan dan penemuan baharu. Dapatan ini amat bermanfaat

    kepada penggubal dasar dan pengkaji akan datang.

    Semoga prosiding ini dapat memberi manfaat kepada negara dan bangsa.

    Sekian,terima kasih

  • PROSIDING PERKEM 12, (2017) 119 - 130

    ISSN: 2231-962X

    Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-12 (PERKEM 12)

    "Kelestarian Pembangunan Ekonomi: Ke arah Transformasi Dasar yang Holistik, Inklusif dan Futuristik"

    Hotel Bangi-Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Selangor, 12 - 13 September 2017

    Keberkesanan Bantuan Modal Zakat daripada Perspektif Penerima: Kajian di Daerah Kuala

    Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu

    SOLEHUDDIN ZULKIFLI1

    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    NURMAIZURA MARZUKI2

    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    HAIRUNNIZAM WAHID3 Pusat Pengajian Ekonomi

    Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    ABSTRAK

    Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan bantuan modal zakat ke atas sosioekonomi dilihat daripada perspektif

    penerima. Penilaian dilakukan ke atas kesemua aspek keperluan kehidupan sebagaimana digariskan oleh maqasid al-

    syariah. Kajian dilakukan ke atas asnaf penerima bantuan modal zakat di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus serta

    data dianalisis menggunakan analisis CAST. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 80 dan 60 responden bagi Kuala

    Terengganu dan Kuala Nerus penerima bantuan modal zakat masing-masing umumnya merasakan bahawa bantuan modal

    yang mereka terima telah memberi impak positif ke atas taraf sosioekonomi mereka. Mengikut kriteria Maqasid Al-

    Syariah, mereka merasa bahawa bantuan telah dapat meningkatan aspek keselamatan (nyawa), kasih sayang dan

    sosial (aqal), kehormatan diri (keturunan) dan fisiologi (harta) secara sederhana. Peningkatan yang signifikan (berjaya)

    telah dirasakan pada aspek kesempurnaan diri (agama). Dapatan jelas membuktikan bahawa bantuan modal zakat yang

    diamalkan oleh pusat zakat boleh dikatakan telah berjaya meningkatkan taraf sosioekonomi asnaf dalam skala sederhana

    dan oleh itu perlu diteruskan.Namun bagi mendapatkan impak yang signifikan bagi semua aspek keperluan kehidupan

    maka penambahbaikan dalam agihan zakat masih diperlukan.

    Kata Kunci: Bantuan modal zakat, keberkesanan perspektif penerima, Maqasid Al-Syariah,

    ABSTRACT

    This study attempts to evaluate the effectiveness of zakat capital contribution on socioeconomic from receivers’ perspective.

    The evaluation will be done based on all elements required for living as outlined by maqasid al-syariah. The study was

    conducted on 80 and 60 zakat capital receivers in Kuala Terengganu and Kuala Nerus district respectively and the data

    was analyzed using CAST analysis. The study shows that generally zakat capital receivers felt that capital that they

    received has had positive impact on their socioeconomic level. According to the criteria Maqasid Al-Shariah, they

    feel that there has been increasing over the aspect of self-perfection (religion), safety (life), love and social (aqal),

    dignity (descent) and physiology (the property). Significant improvement (success) has been felt in the aspect of self-

    perfection (religion). The findings clearly prove that a given zakat capital practiced by zakat authority has succeeded in

    raising the socioeconomic status of receiver’s in a moderat scale and thefore should be continued.However for obtaining

    singnificant impact on all required elements, improvement on zakat distribution is still needed.

    Key Words: Zakat capital contribution, effectiveness from receivers’ perspective, maqasid al-syariah.

    1 Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, FEP, UKM email: [email protected] 2 Pelajar Sarjana Ekonomi Islam, FEP, UKM email: [email protected] 3 Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Ekonomi, FEP, UKM. email: [email protected]

  • 120 Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid

    PENGENALAN

    Objektif utama pihak berkuasa dan agensi yang mengendalikan urusan pengagihan zakat adalah supaya agihan yang diberikan kepada

    penerima bantuan dapat mengubah dan meningkatkan taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Justeru keberkesanan agihan zakat

    kepada golongan fakir dan miskin oleh pusat zakat Maidam Terengganu akan dianggap sebagai penanda aras oleh masyarakat bahawa

    pusat zakat menjaga kebajikan kedua golongan ini dengan sewajarnya. Sekiranya golongan asnaf fakir dan miskin berjaya meningkatkan

    tahap ekonomi (pendapatan) mereka setelah menerima bantuan zakat, maka agihan zakat oleh pusat zakat akan dinilai sebagai

    berjaya mencapai objektifnya membantu golongan berkenaan. Sebaliknya jika tingkat pendapatan gagal dinaikkan maka program

    bantuan dikatakan sebagai gagal. Akan tetapi penilaian yang dilakukan dalam menilai keberkesanan bantuan zakat tersebut adalah

    tertumpu kepada penilaian berasaskan faktor ekonomi sahaja terutama daripada aspek peningkatan pendapatan. Penilaian yang dilakukan

    berdasarkan aspek ekonomi semata-mata sebagai satu-satunya tanda aras menilai kejayaan atau kegagalan bantuan zakat adalah kurang

    tepat (Rosbi et. al, 2010). Malahan adalah tidak wajar untuk melabelkan bahawa pihak berkuasa khususnya pusat zakat dan Maidam

    Terengganu sebagai gagal memainkan peranan, dan tentunya tidak sesuai untuk juga menganggap golongan fakir dan miskin sebagai

    golongan yang tidak mahukan tranformasi kemajuan diri. Untuk itu penilaian yang lebih komprehensif merangkumi aspek fizikal dan

    kerohanian amat diperlukan diperlukan bagi memberi gambaran yang lebih adil serta komprehensif.

    Berdasarkan ajaran Islam yang murni kehidupan manusia memerlukan lima perkara asas yang disebut sebagai maqasid al-

    syariah4 yang terdiri daripada agama, nyawa, akal, keturunan dan harta (Rosbi et.al, 2010). Maqasid al-syariah itu jugalah yang menjadi

    tujuan syariah diturunkan kepada manusia maka tentunya bantuan zakat juga mempunyai maksud untuk memenuhi maqosi d al-syariah

    tersebut (Sanep & Rosbi, 2010). Maka penilaian kegagalan atau kejayaan sesuatu tindakan perlulah didasarkan kepada kegagalan atau

    kejayaan dalam memenuhi maqasid as-syariah tersebut (Rosbi &Sanep,2010). Penilaian akan dilakukan oleh penerima bantuan modal zakat

    sendiri untuk mengukur impak dan kesan yang dirasai mereka daripada aspek memenuhi keperluan yang digariskan menerusi

    pendekatan maqasid as syariah tersebut.

    Penilaian keberkesanan agihan zakat tidak boleh hanya dinilai daripada sudut ekonomi terutama penilaian yang

    diukur semata-mata berdasarkan tingkat pendapatan. Ini kerana sungguhpun penilaian berdasarkan tingkat pendapatan telah

    diterima umum sebagai kaedah untuk mengukur taraf sosiekonomi seseorang dimata masyarakat, namun pada hakikatnya

    masih terdapat banyak faktor lain lagi yang sepatutnya dipertimbangkan. Malahan kemungkinan juga berlaku bantuan modal

    zakat mungkin gagal meningkatkan pendapatan asnaf secara signifikan atau gagal mengeluarkan mereka daripada belenggu

    kemiskinan, namun kemungkinan terjadinya peningkatan atau penambahbaikan daripada aspek sosio-ekonomi yang lain.

    Lantaran itu satu kaedah ukuran yang menyeluruh perlu diterokai dan dicadangkan bagi tujuan mengukur keberkesanan

    agihan zakat secara komprehensif dan adil. Justeru objektif kajian ini adalah untuk membina satu kaedah penilaian

    keberkesanan bantuan modal zakat yang lebih komprehensif. Penilaian akan dilakukan dengan mengambil kira kesemua

    prinsip yang dinyatakan di dalam maqasid al-syariah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Dalam erti kata lain

    objektif kajian akan ditajamkan yang membabitkan pendekatan ini adalah untuk membina satu kaedah penilaian

    keberkesanan bantuan modal zakat yang lebih komprehensif yang membabitkan semua elemen dalam maqasid al-syariah.

    iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta yang membabitkan pihak penerima bantuan modal perniagaan.

    Di samping itu perspepsi berkenaan keberkesanan agihan zakat yang dinyatakan kebanyakannya adalah

    daripada perspektif pihak luar iaitu sama ada pihak pembayar atau masyarakat umum. Penilaian sebegini adalah semata-

    mata berdasarkan pemerhatian. Penilaian juga sepatutnya dilihat daripada perspektif penerima sebagai pihak yang

    sebenarnya merasakan kesan bantuan yang diterima. Pandangan dan perasaan mereka tentang bantuan yang diberikan sama

    ada berkesan atau tidak adalah lebih releven. Berdasarkan kaedah penilaian ini maka keberkesanan atau kegagalan

    agihan zakat perlu dinilai daripada persepktif penerima samada mereka merasa sebarang perubahan daripada aspek

    kehidupan khususnya dalam memenuhi kesemua keperluan yang digariskan dalam prinsip maqasid al-syariah tersebut.

    Lantaran itu objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan bantuan modal zakat ke atas taraf sosioekonomi dilihat

    daripada perspektif penerima. Penilaian akan dilakukan ke atas kesemua aspek kehidupan sebagaimana digariskan oleh

    maqasid al-syariah.

    KAJIAN LEPAS

    Didapati bahawa kajian-kajian lepas apabila membincangkan kejayaan atau kegagalan sesuatu program pembangunan

    terutama untuk golongan fakir dan miskin mengambil kira pelbagai faktor samada aspek ekonomi mahupun aspek sosial

    mengikut presepktif barat semata -mata dan agak sukar ditemui kajian yang menjurus kepada presepktif kajian daripada

    sudut pandangan Islam. Emil (1992) mengambil kira semua maklumat sosioekonomi komuniti, Ahmad Mahdzan

    (1998) pula mengambilkira semua petunjuk ekonomi dan sosial, manakala Zainal Abidin (1992) mangambilkira

    perubahan pandangan dan gaya hidup. Sesetengah pengkaji menggunakan beberapa petunjuk dalam peningkatan

    4 Maqasid Syariah secara la-teralnya boleh diterjemah sebagai tujuan syariah. Dalam erti kata yang lain merujuk kepada

    tujuan pensyariatan yang berupaya menghasilkan maslahah (kebaikan) kepada umat dan mencegah kemudaratan yang

    mampu membawa risiko mengugat kepentingan umat Islam secara amnya.

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 121

    sosial, dan petunjuk sosial politik manakala Mikkelsen (2005) mengambilkira petunjuk perbelanjaan pendapatan,

    petunjuk deskriptif5, petunjuk livehood6, petunjuk sumber dan petunjuk pengetahuan. Koirala (2005) menggunakan

    juga faktor lain selain pendapatan seperti kemudahan pendidikan, elektrik, dan jalanraya manakala Jaya S.Anand (2005)

    mengguna tiga aspek untuk dinilai iaitu aspek ekonomi, aspek politik dan aspek sosial. Ahsan & Routray (2007)

    menilai daripada aspek pendapatan, aspek aset produktif dan aset bukan produktif dan Majabean R (2008) pula

    menggabungkan petunjuk ekonomi dan sosial dalam penilaian.

    Manakala kajian-kajian mengenai keberkesanan agihan zakat juga didapati hanya mengambil kira sesetengah aspek

    sahaja. Hairunnizam et al. (2004) hanya menilai aspek kualiti hidup, Fuadah Johari (2004) melihat kesan daripada aspek

    agihan pendapatan, dan Patmawati (2005) menilai daripada aspek kesaksamaan agihan pendapatan. Mujani (2005) juga

    menilai kesan daripada aspek pendapatan tetapi ke arah pengurusan yang profesional, manakala Ahmad Fuad (2006) pula

    menilai hanya daripada aspek pendapatan sahaja. Maka dapat dirumuskan bahawa kebanyakan kajian yang lepas menangani

    kesan agihan zakat hanya menilai kejayaan atau kegagalan berdasarkan faktor-faktor tertentu secara terpisah. Ia sepatutnya

    mengambil kira beberapa faktor lain sebagaimana dilakukan dalam membuat penlaian keberkesanan sesuatu program

    pembangunan ekonomi. Maka kajian ini akan menilai keberkesanan bantuan modal zakat daripada sudut penerima

    bantuan yang akan menilai samada ianya berupaya memberikan impak yang positif dan mampu memenuhi kesemua apsek

    yang digariskan oleh maqasid al-syariah. Ini bertujuan untuk memastikan penilaian yang dilakukan menjadi lebih

    komprehensif dan menepati keperluan kehidupan berlandaskan garis panduan Islam.

    METODOLOGI KAJIAN

    Kaedah penilaian ukuran keberkesanan yang digunakan adalah penggabungan prinsip maqasid alsyariah (Rosbi et. al, 2010). Metodologi

    yang dicadangkan adalah menggunakan ukuran keberkesanan yang dinilai menerusi kaedah Kaedah `Change Assessment And Scoring

    Tool‘ (CAST).’ Kaedah CAST ini pada asalnya digunapakai oleh pengkaji dari Denmark Mikkelsen (2005) dalam kajian mengenai

    keberkesanan program-program pembasmian kemiskinan di bawah program DANIDA. Menerusi kaedah CAST ini ukuran keberkesanan

    diperolehi apabila melihat kepada perubahan yang berlaku kepada responden apabila sesuatu program dilaksanakan., menerusi kaedah

    ini ukuran keberkesanan ditentukan oleh mereka yang terlibat dalam sesuatu program yang dilaksanakan. Pilihan jawapan yang dinyatakan

    oleh responden akan dikodkan dalam bentuk ‘Change Assessment And Scoring Tool’ (CAST). Perubahan ini akan diukur dalam 5 skala iaitu

    perubahan daripada yang paling positif (nilai 5), perubahan positif(nilai 4), tiada perubahan (nilai 3), perubahan tidak positif (nilai 4) dan

    kepada perubahan yang paling negatif iaitu perubahan sangat tidak positif (nilai 1). Keberkesanan atau pencapaian golongan asnaf dalam

    memenuhi setiap kategori ini akan dikategorikan semula kepada 3 keadaan pencapaian sama ada berjaya, sederhana dan kurang berjaya.

    HASIL KAJIAN

    Latar belakang responden: Bagi menilai keberkesanan bantuan modal zakat ini, maka satu kajian telah dijalankan keatas penerima bantuan

    modal zakat. Maka seramai 80 penerima bantuan modal perniagaan di Negeri Terengganu iaitu membabitkan daerah Kuala Terengganu

    dan 60 penerima bantuan modal perniagaan di Kuala Nerus telah dikaji secara rawak berdasarkan senarai bantuan modal zakat.Kajian ini

    mengambil masa sekitar lebih 1 bulan pada iaitu hujung September 2016 hingga Oktober 2016.

    Ukuran keberkesanan bantuan modal zakat menggunakan kaedah penilaian komprehensif berlandaskan prinsip maqasid al-

    syariah.

    Selaras dengan prinsip Maqasid Al-Syariah yang menetapkan bahawa seseorang Muslim sewajarnya menjaga lima perkara utama iaitu

    agama, nyawa, akal, keturunan dan harta bagi memastikan keperluan kehidupan dapat dipenuhi, maka sewajarnya keberkesanan bantuan

    modal ini perlu dinilai daripada aspek keupayaannya memenuhi 5 keperluan berkenaan untuk melihat keberkesanan bantuan modal

    zakat dalam perspektif yang lebih tepat.

    a) Keberkesanan bantuan modal dalam memenuhi prinsip pertama maqasid-keperluan menjaga agama (ad-din)

    Keperluan menjaga kepentingan agama (ad-din) dalam Islam diletakkan sebagai tunggak paling utama yang perlu

    diutamakan. Kegagalan memenuhi keperluan paling utama ini akan menunjukkan bahawa seseorang Muslim tidak dianggap

    berjaya dalam kehidupannya. Berdasarkan Jadual 1, bagi mengukur keberkesanan bantuan modal zakat dalam memenuhi

    keperluan menjaga agama, terdapat tujuh item dan soalan yang dibentuk untuk menilai skor yang diperoleh bagi

    setiap elemen berkenaan. Maka hasil kajian di dapati bahawa skor yang diperoleh adalah pada gabungan tahap

    pencapaian sederhana dan berjaya.

    5 Petunjuk deskriptif ialah salah satu cara penelitian dengan menggambarkan serta menginterpretasi suatu objek sesuai

    dengan kenyataan yang ada, tanpa dilebih-lebihkan. 6 Livehood merujuk kepada nafkah, mata pencarian atau pekerjaan.

  • 122 Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid

    Rajah 1 menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai

    keberkesanannya oleh responden bagi memenuhi keperluan menjaga agama (ad-din)/ keperluan kesempurnaan diri. Seperti

    yang ditunjukkan dalam carta CAST, kebanyakan elemen adalah pada kategori berjaya kecuali dua item berada pada kategori

    sederhana iaitu kemampuan berdikari (D5) dan kemampuan membayar zakat (D6). Ini menunjukkan golongan asnaf

    masih tidak begitu yakin dapat berdikari sepenuhnya dan menjadi pembayar zakat pada masa akan datang. Maka golongan

    ini perlu diberi pengawasan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan mereka lebih yakin untuk berdikari

    tanpa bergantung kepada pihak lain dan pada akhirnya mampu mentransformasikan diri daripada status penerima kepada

    pembayar zakat menjaga agama bermakna mematuhi segala perintahnya dan kewajiban membayar zakat adalah satu

    tuntutan rukun Islam yang wajib ke atas umat Islam yang berkemampuan. Sekiranya mereka mampu menjadi pembayar

    zakat ini bermakna telah menunaikan keperluan rukun Islam yang menjadi tuntutan ajaran Islam.

    Didapati Jadual 6, juga daripada 80 responden di Kuala Terengganu (KT), seramai 47 orang iaitu 58.8 peratus

    berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori berjaya, seramai 26 orang (32.5%) pada tahap sederhana dan

    hanya 7 orang (8.8%) tidak berjaya. Manakala berdasarkan Jadual 7, untuk responden di Kuala Nerus (KN), seramai 35

    orang iaitu 58.3 peratus berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori berjaya, seramai 19 orang (31%) pada

    tahap sederhana dan hanya 6 orang (10%) tidak berjaya. Maka sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa lebih

    daripada separuh responden menyatakan bahawa mereka mengalami perubahan yang sangat positif daripada aspek

    memenuhi keperluan hidup yang digariskan berlandaskan prinsip Maqasid al-Syariah. Menerusi bantuan modal zakat yang

    diperolehi, mereka telah berjaya membina jati diri dan keyakinan daripada aspek memenuhi tuntutan agama (ad-din) yang

    merupakan keperluan paling penting dalam Maqasid alSyariah.

    b) Keberkesanan bantuan modal dalam memenuhi prinsip kedua maqasid-keperluan menjaga nyawa (al-nafs).

    Bagi prinsip menjaga keperluan nyawa (al-nafs) atau keperluan keselamatan, sebanyak 5 item perlu diberi pandangan dan

    penilaian oleh responden. Berdasarkan Jadual 2 didapati kebanyakan penilaian adalah pada tahap sederhana berjaya. Rajah

    1 menunjukkan carta CAST daerah KT yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya

    oleh responden bagi memenuhi setiap keperluan Menjaga Nyawa (al-nafs). Seperti yang ditunjukkan dalam carta CAST,

    daripada 5 item yang dinilai, sebanyak 3 item telah mencapai tahap kesederhanaan iaitu ketenteraman dalam kehidupan

    (B2.3), tenang dalam menjalankan pekerjaan (B2.4) dan bebas daripada merasa ketakutan untuk harungi masa depan (B2.5).

    Bagi yang memberikan skor berjaya hanya membabitkan dua elemen iaitu aspek penyediaan tempat tinggal (B2.1),

    keselesaan dan keselamatan persekitaran (B2.2). Bagi Rajah 1 untuk KN menunjukkan carta CAST yang menggambarkan

    kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh responden bagi memenuhi setiap keperluan menjaga

    nyawa (an-Nafs). Seperti yang ditunjukkan dalam carta CAST, daripada lima yang dinilai, sebanyak empat item telah

    mencapai tahap kesederhanaan iaitu daripada aspek menyediakan tempat tinggal yang terjamin keselamatan (B2.1),

    ketenteraman dalam kehidupan (B2.3), jaminan masa hadapan (B2.4) dan kebebasan dalam menjalani kehidupan (B2.5).

    Hanya satu item sahaja iaitu daripada aspek keselesaan dan keselamatan persekitaran (B2.2) yang memberikan skor berjaya.

    Maka, secara puratanya bagi prinsip menjaga keperluan nyawa (an-Nafs) masih berada pada tahap sederhana berjaya. Maka

    secara puratanya bagi prinsip menjaga keperluan nyawa (al-nafs) atau keperluan keselamatan masih berada pada tahap

    sederhana berjaya.

    Berdasarkan hasil kajian terhadap 80 responden KT, Jadual 6 menunjukkan untuk kategori maqasid elemen ke-2

    adalah sebanyak 29 orang atau 36.3 peratus mencatatkan kejayaan,manakala 36 orang (45%) adalah sederhana dan 15 orang

    18.8% adalah gagal mencapai piawai minima maqasid ke-2 itu. Bagi KN berdasarkan Jadual 7 menunjukkan bahawa

    daripada 60 responden, seramai 25 orang iaitu 41.7 peratus berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori berjaya,

    manakala seramai 28 orang (46.7%) pada tahap sederhana dan hanya 7 orang (11.7%) tidak berjaya. Sebagai rumusan

    dapat dinyatakan bahawa walaupun tahap berjaya tidaklah terlalu tinggi iaitu hanya 41.7 peratus sahaja, tapi, sekurang-

    kurangnya ia memberikan petunjuk bahawa bantuan modal perniagaan ini telah memberikan harapan baru dan

    memberikan mereka keyakinan dapat memastikan kehidupan mereka berada pada tahap yang lebih selamat. Keadaan

    ini akan dapat diubah dan diperbaiki di masa hadapan asalkan mereka sanggup untuk berubah secara fizikal dan minda

    demi memastikan pada akhirnya nanti akan berjaya memenuhi prinsip Maqasid al-Syari’ah. Sebagai rumusan dapat

    dinyatakan bahawa walaupun tahap berjaya tidaklah terlalu tinggi iaitu hanya bawah 50 peratus sahaja, tapi sekurang

    -kurangnya ia memberikan petunjuk bahawa bantuan modal zakat ini telah memberikan harapan baru dalam

    meneukusri ranjau kehidupan.

    c) Keberkesanan bantuan modal dalam memenuhi prinsip ketiga maqasid-keperluan menjaga akal & fikiran (al-aqal)

    Prinsip Maqasid al-Syariah berikutnya adalah keperluan menjaga akal dan fikiran (al-aqal). Berdasarkan Jadual 3, terdapat

    lima item atau soalan yang dibentuk untuk menilai skor yang diperolehi bagi setiap elemen berkenaan. Maka hasil kajian

    didapati bahawa skor yang diperolehi kebanyakan pada tahap pencapaian sederhana.

    Rajah 1 untuk KT menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang dinilai dalam konteks

    maqasid syariah iaitu keperluan menjaga akal. Berdasarkan rajah tersebut, hanya dua item beradan dalam kedudukan yang

    berjaya iaitu kasih sayang ahli keluarga (B3.1), keperihatinan terhadap jiran (B3.2). Selebihnya penyertaan aktiviti

    masyarakat (B3.3), kenyakinan berinteraksi (B3.4), kemampuan bersuara dan pandangan idea (B3.5) adalah dalam skala

    yang sangat sederhana.Pencapaian daerah KN Rajah 1 menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 123

    elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh responden bagi memenuhi setiap keperluan menjaga akal dan fikiran (al-

    ‘Aql). Berdasarkan rajah CAST tersebut, hanya dua item yang dikategorikan pada tahap berjaya iaitu kasih sayang

    ahli keluarga (B3.1) dan keprihatinan terhadap jiran tetangga (B3.2). manakala, lain-lain item berada pada kategori

    sederhana adalah daripada aspek penyertaan aktiviti kemasyarakatan (B3.3), keyakinan berinteraksi (B2.4) dan kemampuan

    bersuara dan memberikan idea (B3.5). Ini menunjukan bahawa golongan usahawan asnaf masih tidak begitu aktif melibatkan

    diri dalam aktiviti kemasyarakatan, kurang keyakinan dalam berinteraksi dan menyuarakan idea atau pandangan.

    Didapati kawasan KT 80 responden berdasarkan Jadual 6, tidak sampai separuh responden berjaya dalam maqasid

    al-aqal iaitu sebanyak 43.8 peratus, manakala sederhana adalah 42.5 peratus dan gagal mencapai maqasid ketiga hanya 13.8

    peratus. Kawasan daerah KN pula menunjukkan bahawa daripada 60 responden, seramai 26 orang iaitu (43.3%) berada pada

    kedudukan tahap CAST pada kategori berjaya, manakala seramai 28 orang (46.7%) pada tahap sederhana dan hanya 6 orang

    (10.0%) tidak berjaya (Lihat Jadual 7). Berdasarkan kajian ini didapati tahap berjaya hanya dinikmati tidak sampai separuh

    daripada responden (43.3%). Berdasarkan hal tersebut dapat golongan asnaf masih terbelenggu dengan ciri-ciri peribadi

    terutama golongan miskin yang merasa rendah diri,kurang bergaul dan rasa terpinggir. Golongan asnaf fakir dan miskin

    perlu dibantu bukan sahaja daripada aspek kewangan motivasi dan galakan yang berterusan wajar diketengahkan. Sekiranya

    mereka dapat ditingkatkan motivasi, elemen aqal ini pasti akan mencapai skala yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

    d)Keberkesanan bantuan modal dalam memenuhi prinsip keempat Maqasid-Keperluan menjaga maruah & keturunan (al-

    nasb).

    Prinsip Maqasid al-Syariah seterusnya adalah daripada aspek menjaga maruah dan keturunan (al-nasb) . Untuk itu,

    sebanyak 5 item perlu diberi perhatian dan penilaian oleh responden. Berdasarkan Jadual 4 didapati, kebanyakan penilaian

    adalah sederhana dan berjaya.

    Rajah 1 untuk KT menunjukkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh responden bagi

    memenuhi setiap keperluan menjaga maruah& keturunan. Rajah tersebut didapati item dalam kategori berjaya ialah

    penghargaan dan kepercayaan ahli keluarga (B4.1), penghormatan daripada ahli keluarga (B4.2), sikap tanggungjawab

    (B4.3), sikap tanggungjawab dan amanah (B4.5). Namun terdapat item yang dilihat kurang berjaya iaitu keberanian

    memegang jawatan dalam sebarang persatuan atau organisasi (B4.4). Bagi KN rajah yang sama menunjukkan carta CAST

    yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh responden bagi memenuhi setiap

    keperluan menjaga maruah dan keturunan (an-Nasl). Berdasarkan carta CAST tersebut, didapati item yang dalam kategori

    berjaya ialah penghargaan dan kepercayaan ahli keluarga (B4.1), penghormatan daripada ahli keluarga (B4.2), penghormatan

    daripada jiran (B4.3) dan sikap bertanggungjawab dan amanah (B4.5). Manakala, satu item dikategorikan pencapaian

    kurang berjaya iaitu daripada aspek keberanian memegang jawatan (B4.4). Mereka dilihat tidak mempunyai keberanian

    dan kenyakinan diri untuk menawarkan dan memegang sebarang jawatan dalam persatuan atau NGO. Hal ini dipengaruhi

    oleh pandangan peribadi dan rasa rendah diri mereka kerana kedudukan strata dalam masyarakat

    Hasil kajian juga berdasarkan Jadual 6 menunjukkan di KT didapati tahap berjaya hanya 33 orang atau 41.3 peratus

    sahaja. Ini menunjukkan ramai berada dalam lingkungan sederhana. Maka perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya bagi

    memastikan mereka dibantu dan diberi galakan untuk meningkatkan tahap kenyakinan tinggi dan memberikan penghormatan

    pada diri. Maruah adalah perkara yang sangat berharga dalam Islam. Kawasan KN berdasarkan Jadual 7 didapati tahap

    berjaya hanya dinikmati oleh seramai 26 responden (43.3%). Ini menunjukkan lebih ramai berada pada tahap sederhana.

    Maka, perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan mereka dibantu dan diberi perhatian sewajarnya

    bagi memastikan mereka dibantu dan diberi galakkan untuk meningkatkan tahap keyakinan tinggi dan memberikan

    penghormatan pada diri dan akhirnya mampu memenuhi keperluan daripada aspek menjaga nama baik dan keturunan

    (an-Nasl) yang telah digariskan dalam Maqasid al-Syari’ah.

    e)Keberkesanan Bantuan modal dalam memenuhi prinsisp kelima maqasid-Keperluan menjaga harta (al-mal)

    Aspek terakhir yang diukur adalah prinsip Maqasid al-Syariah keperluan menjaga harta (al-mal). Berdasarkan Jadual

    5 di daerah KT, terdapat lapan item atau soalan yang dibentuk untuk menilai skor yang diperolehi dan hasil kajian di

    dapati bahawa skor yang diperolehi kebanyakan pada tahap pencapaian sederhana dan sebahagian kecil yang gagal. Rajah 1

    menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh

    responden bagi memenuhi setiap keperluan Menjaga Harta (al-mal).

    Rajah 1 menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang dinilai bagi memenuhi

    setiap keperluan menjaga harta (al-mal). Berdasarkan rajah CAST tersebut, didapati terdapat satu item sahaja yang mencapai

    ketidakberjayaan secara purata iaitu kemampuan membayar sewa/ansuran rumah secara konsisten seperti yang dijadual

    secara tepat (B5.5). Manakala item lain merangkumi keperluan asasi (B5.1), stok keperluan dapur (B5.2), keperluan pakaian

    musim perayaan (B5.3), keperluan tidur dan rehat (B5.4), kemudahan bekalan utiliti (B5.5), pendidikan dan kesihatan

    masing-masing (B5.7) dan (B5.8) secara umumnya dapat dirumuskan adalah dalam lingkungan yang sederhana. Bagi KN

    rajah sama menunjukkan carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya

    oleh 60 responden bagi memenuhi setiap keperluan menjaga harta (al-Mal). Berdasarkan rajah CAST tersebut, didapati

    terdapat satu sahaja item yang mencapai tahap berjaya iaitu daripada aspek keperluan asasi (makan dan minum) (B5.1).

    manakala, lain-lain item berada pada kategori sederhana iaitu, adalah perbelanjaan dapat diuruskan dengan baik (.5.2),

    memenuhi keperluan berhemah semasa berbelanja di musim perayaan (B5.3), keperluan tidur dan rehat (B5.4),

  • 124 Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid

    kemampuan membayar bil elektrik dan air (B5.6), keperluan dan perbelanjaan pendidikan (B5.7) dan keperluan rawatan

    (B5.7). Hanya satu sahaja item yang mencapai tahap kurang berjaya iaitu kemampuan membayar sewa dan ansuran

    rumah (B5.5). Ini menunjukkan bahawa kebanyakan golongan usahawan asnaf masih tidak mampu lagi berada pada tahap

    yang lebih selesa dalam menyediakan keperluan harian keluarga mereka seperti bayaran bil, keperluan pendidikan dan

    keperluan rawatan kesihatan. Namun secara umumnya perbandingan KN dan KT menunjukkan pencapaian yang sangat

    sederhana dalam konteks keperluan menjaga harta.

    Didapati daripada 80 responden KT berdasarkan Jadual 6, kejayaan untuk konteks maqasid syariah harta adalah

    sangat kecil iaitu 30 peratus dan sederhana adalah 58.8 peratus. Bagi yang gagal seramai 9 orang atau 11.3 peratus. Selain

    itu, seramai 60 responden untuk KN. Berdasarkan Jadual 7 menunjukkan bahawa daripada 60 responden, seramai 17

    orang (28.3%) berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori berjaya, manakala seramai 37 orang (61.7%) pada

    tahap sederhana dan hanya 6 orang (10.0%) tidak berjaya. Secara keseluruhanya, golongan asnaf ini masih perlu dibantu

    dan juga perlu berusaha lebih keras dalam meningkatkan pencapaian dan kemajuan ekonomi mereka agar masalah kewangan

    tidak lagi dirantai masalah kemiskinan. Sekiranya mereka berjaya memenuhi keperluan menjaga harta, ini secara tidak

    langsung menandakan mereka berjaya melepasi had kifayah dan memenuhi keperluan asasi tahap daruriyyat sebagai

    penanda aras membolehkan mereka menjalani kehidupan yang lebih baik

    f)Rumusan keberkesanan bantuan modal dalam memenuhi lima prinsip maqasid syariah

    Rumusan hasil kajian bagi kelima-lima prinsip Maqasid al-Syari’ah untuk kawasan daerah KT dan KN yang telah

    diperolehi dapat diringkaskan menerusi Jadual 6 dan Jadual 7. Berdasarkan jadual tersebut, terdapat 30 item/soalan yang

    dibentuk untuk menilai skor yang diperolehi. Maka hasil kajian didapati bahawa purata skor bagi setiap prinsip berkenaan

    kebanyakan pada tahap pencapaian sederhana berjaya.

    Rajah 1 carta CAST yang menggambarkan kedudukan setiap elemen yang telah dinilai keberkesanannya oleh

    responden yang terlibat bagi memenuhi keperluan kelima-lima prinsip Maqasid al-Syariah. Berdasarkan carta CAST ini,

    dapat dirumuskan hasil kajian mendapati majoriti responden adalah berjaya sekurang-kurangnya pada tahap sederhana

    berjaya bagi setiap elemen yang dikaji bagi memenuhi keperluan yang kelima-lima yang telah ditetapkan oleh Maqasid

    al-Syariah. Maka secara majoritinya golongan asnaf fakir dan miskin yang mendapat bantuan modal zakat telah berupaya

    untuk mengubah taraf sosioekonominya ke arah yang lebih baik jika dinilai daripada perspektif memenuhi keperluan

    yang digariskan berdasarkan prinsip Maqasid al-Syariah itu.

    Secara umumnya berdasarkan Jadual 6 untuk analisis daerah KT jelas menunjukkan prinsip ad-din menunjukkan

    daripada sejumlah besar 80 orang responden, 47 orang iaitu hampir 58.8 peratus berada pada kedudukan CAST yang berjaya,

    kedudukan sederhana hanya 26 orang atau 32.5 peratus dan yang gagal adalah sebanyak 7 orang atau 8.8 peratus. Bagi

    prinsip yang kedua An-nafs iaitu menjaga nyawa seramai 29 orang atau 36.3 peratus menunjukkan kejayaan yang cemerlang

    bagi pengiraan CAST, seramai 36 orang responden atau 45 peratus sederhana dan tidak berjaya hanya seramai 15 orang atau

    18.8 peratus. Prinsip menjaga akal pula yang mencatatkan kejayaan seramai 35 orang atau 43.8 peratus, manakala sederhana

    34 orang atau 42.5 peratus dan tidak berjaya seramai 11 orang atau 13.8 peratus. Kategori maqasid yang keempat iaitu

    menjaga maruah dan keturunan an-nasl yang berjaya hanya 33 orang atau 41.3 peratus dan sederana 41 orang sahaja (51.3%)

    dan gagal seramai 6 orang responden atau 7.5 peratus. Bagi keategori yang terakhir iaitu kepentingan maqasid menjaga harta

    skor tertinggi dengan mencatatkan seramai 24 orang atau 30 peratus yang berjaya, 47(58.8%) sederhana dan tidak berjaya 9

    orang (4.3%) sahaja. Secara agregat,skor yang diperolehi hanya dalam lingkungan sederhana iaitu skor hanya sebanyak 4.10

    bagi pengiraan kaedah CAST.

    Bagi kawasan KN berdasarkan Jadual 7 sebagaimana kawasan KT, didapati hanya bagi prinsip menjaga agama

    (ad-Din), jelas menunjukkan bahawa daripada 60 responden, seramai 35 orang iaitu 58.3 peratus berada pada kedudukan

    tahap CAST pada kategori berjaya, seramai 19 orang (31.7%) pada tahap sederhana dan hanya 6 orang (10.0%) tidak berjaya.

    Bagi prinsip menjaga nyawa (an-Nafs) menunjukkan bahawa seramai 28 orang iaitu (46.7%) berada pada kedudukan tahap

    CAST pada kategori sederhana, manakala seramai 25 orang (41.7%) pada tahap berjaya dan hanya 7 orang (11.7) tidak

    berjaya. Begitu juga bagi prinsip menjaga akal dan fikiran (al-‘aql) menunjukkan bahawa majoriti responden iaitu, seramai

    28 orang iaitu (46.7%) berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori sederhana, manakala seramai 26 orang (43.3%)

    pada tahap sederhana dan hanya 6 orang (10.0%) tidak berjaya. Didapati juga bagi prinsip menjaga maruah dan keturunan

    (an-Nasl), seramai 30 orang (50.0%) berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori sederhana, manakala seramai

    26 orang (43.3%) pada tahap berjaya dan hanya 4 orang (6.7%) tidak berjaya. Bagi prinsip menjaga harta (al-

    Mal), iaitu seramai 37 orang (61.7%) berada pada kedudukan tahap CAST pada kategori sederhana, seramai 17

    orang (28.3%) berjaya dan 6 orang (10.0%) tidak berjaya.

    KESIMPULAN

    Berdasarkan analisis CAST ini tindakan yang tepat boleh dilakukan oleh pihak berkuasa dan institusi zakat kerana ia

    memberikan gambaran yang terperinci untuk setiap elemen yang dikaji sama ada perubahan berkenaan adalah menggalakkan

    atau sebaliknya. Maka, menerusi kaedah CAST bagi analisis yang membabitkan dua daerah penting di KT dan KN yang

    merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri, komersial dan pusat pengajian tinggi awam, secara tidak langsung memenuhi

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 125

    objektif utama kajian untuk melihat sejauh mana keberkesanan bantuan modal perniagaan daripada aspek memenuhi

    keperluan yang digariskan berdasarkan prinsip Maqasid al-Syari’ah. Ia dapat memberikan penilaian yang lebih

    komprehensif kerana mengambil kira semua faktor yang penting dalam kehidupan manusia sebagaimana digariskan oleh

    Maqasid al-Syari’ah iaitu agama, nyawa, akal dan fikiran, maruah dan keturunan dan harta. Oleh itu, kegagalan

    meningkatkan pendapatan secara signifikan tidak semestinya menggambarkan kegagalan program agihan zakat kerana

    ia mungkin dapat meningkatkan aspek lain yang juga penting untuk kehidupan di samping responden mungkin merasai

    perubahan yang positif secara keseluruhan.

    RUJUKAN

    Ahmad Fuad Mohamed (2006). Zakat Sebagai Mekanisma Pembangunan Usahawan Di Kalangan Asnaf. Kertas Ilmiah

    Sarjana Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Ahsan Ullah & Routray J.K, (2007). “Rural Poverty Alleviation Through NGO Intervention in Bangladesh”:How Far It The

    Achievement. International Journal of Social Economics. Vol 34, No 4 (2007),hlm 237-248.

    Emil J. Posavac& Raymond G. Carey,(1992). Program Evaluation Methods and Case Studies. Fourth Edition. United State

    of America: Prentice Hall.

    Fuadah Johari,2004. Keberkesanan Zakat dalam Mengatasi Masalah kemiskinan di Negeri Melaka. Disestasi Sarjana

    Syariah dan Ekonomi. Universiti Malaya.

    Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor, (2004). “Kesan bantuan Zakat terhadap Kualiti Hidup

    Asnaf Fakir dan Miskin”. Dlm Muhamad Muda et.al. Proceeding on National Seminar in Islamic Banking & Finance

    2004. Petaling Jaya: Intel Multimedia & Publication

    Jaya S. Anand,2005. “Addressing Poverty Through Self- Help Groups in Kemala”.Dlm Jak Jabes(ed). The Role of Public

    Administration in Alleviating Poverty and Improving Government. Manila: Asian Development Bank.

    Koirala, Parashar. (2005). Public service delivery mechanism and rural poverty in Nepal. Dlm.Jabes (pnyt) The role of public

    administration in alleviating poverty and improving government. Manila: Asian Development Bank.

    Mikkelsen, B. (2005). Methods of Development Work and Research. A New Guide For Practitioners.Second Edition. New

    Delhi: Sage Publications India. Pvt.Ltd

    Mujani Tarimin.(2005) Zakat Menuju Pengurusan Profesional. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distribution

    Patmawati Ibrahim, (2005). “ Potential Role of Zakat Distribution in Reducing Inequality Among the Muslim Society’.

    Dlm Abdullah Alwi Hj Hassan et al. Teori dan Applikasi Kontemporari.

    Rosbi Abd Rahman & Sanep Ahmad (2010). Pengukuran Keberkesanan Agihan Zakat: Perspektif Maqasid al-Syariah.

    Kertas Kerja dibentang di Seveth International conference; The Tawhidi Epistemelogy: Zakat and Waqf Economy.

    Organise by Institut Islam Hadhari dan Ekonis, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM di ILIM, Bangi. 6-7

    Januari 2010.

    Zainal Abidin Arshad,(1992). Kemiskinan: Kajian Keberkesanan Program- Program Kerajaan Di Perlis.Tesis Sarjana

    Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia

  • 126 Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid

    JADUAL 1: Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan dalam Memenuhi Prinsip Pertama Maqasid al-Syari’ah: Prinsip Menjaga Agama (ad-Din)

    Sumber: Maklumat soal selidik

    JADUAL 2: Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan dalam Memenuhi Prinsip Kedua Maqasid al-Syari’ah: Prinsip Menjaga Nyawa (an-Nafs)

    Kuala Terengganu Kuala Nerus

    Item Pernyataan Purata Skor/Kategori Purata Skor/Kategori

    B2.1 Kini lebih yakin rumah yang didiami adalah sesuai dan selamat untuk diduduki 4.10 (Berjaya) 4.22 (Sederhana)

    B2.2 Kini tinggal di kawasan persekitaran yang selesa dan selamat untuk didiami saya sekeluarga 4.06 (Berjaya) 4.25 (Berjaya)

    B2.3 Lebih yakin keluarga dapat menikmati kehidupan dengan lebih tenteram dan stabil. 4.09(Sederhana) 4.20 (Sederhana)

    B2.4 Kini lebih tenang dalam menjalankan pekerjaan/perniagaan 4.10(Sederhana) 4.13 (Sederhana)

    B2.5 Kini bebas daripada rasa ketakutan dan kerisauan untuk mengharungi kehidupan di masa hadapan 4.00(Sederhana) 4.07 (Sederhana)

    Purata Skor Keberkesanan Keseluruhan 4.07(Sederhana) 4.17 (Sederhana) Sumber: Maklumat soal selidik

    Item Pernyataan Purata Skor/Kategori Purata Skor/Kategori

    B1.1 Mampu melakukan yang terbaik untuk diri dan keluarga 4.53 (Berjaya) 4.47 (Berjaya)

    B1.2 Percaya kepada kebolehan diri adalah elemen penting untuk Berjaya 4.54 (Berjaya) 4.50 (Berjaya)

    B1.3 Kini lebih yakin dan mampu membebaskan diri dan keluarga daripada cengkaman kemiskinan 4.23(Sederhana) 4.23 (Sederhana)

    B1.4 Kini lebih bersemangat untuk mengikuti latihan dan juga kemahiran sekiranya diberi peluang 4.18(Sederhana) 4.15 (Sederhana)

    B1.5 Kini yakin akan mampu berdikari dan tidak perlu bergantung pada bantuan zakat di masa akan datang 3.74(Sederhana) 3.70 (Sederhana)

    B1.6 Kini yakin akan mampu menjadi pembayar zakat pada masa akan dating 3.80(Sederhana) 3.72 (Sederhana)

    B1.7 Memahami matlamat akhir makhluk adalah mencari keredaan Allah dan mencapai kejayaan di akhirat 4.69 (Berjaya) 4.75 (Berjaya)

    Purata Skor Keberkesanan Keseluruhan 4.10(Sederhana) 4.22 (Sederhana)

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 127

    JADUAL 3: Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan dalam Memenuhi Prinsip Ketiga Maqasid al-Syari’ah: Prinsip Menjaga Akal dan Fikiran (al-‘Aql)

    Kuala Terengganu Kuala Nerus

    Item Pernyataan Purata Skor/Kategori Purata Skor/Kategori

    B3.1 Kini merasakan diri lebih disayangi oleh ahli keluarga 4.54 (Berjaya) 4.22 (Sederhana)

    B3.2 Lebih prihatin terhadap keperluan jiran tetangga 4.40 (Berjaya) 4.25 (Berjaya)

    B3.3 Saya kini lebih berminat untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan di tempat saya. 4.08(Sederhana) 4.20 (Sederhana)

    B3.4 Saya kini menjadi lebih berkeyakinan untuk berinteraksi dengan orang ramai 3.94(Sederhana) 4.13 (Sederhana)

    B3.5 Saya kini mampu menyuarakan idea dan pandangan dalam perjumpaan atau forum yang dihadiri 3.75(Sederhana) 4.07 (Sederhana)

    Purata Skor Keberkesanan Keseluruhan 4.14(Sederhana) 4.17 (Sederhana)

    Sumber: Maklumat soal selidik

    JADUAL 4: Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan dalam Memenuhi Prinsip Keempat Maqasid al-Syari’ah: Prinsip Menjaga Maruah dan Keturunan (an-Nasl)

    Kuala Terengganu Kuala Nerus

    Item Pernyataan Purata Skor/Kategori Purata Skor/Kategori

    B4.1 Pekerjaan yang dilakukan kini membolehkan mendapat penghargaan dan kepercayaan dari ahli keluarga 4.39 (Berjaya) 4.50 (Berjaya) B4.2 Merasakan lebih dihormati oleh ahli keluarga 4.30 (Berjaya) 4.40 (Berjaya)

    B4.3 Merasakan lebih dihormati dan diterima oleh jiran sekeliling 4.24(Sederhana) 4.32 (Berjaya)

    B4.4 Berani menawarkan diri menjadi ketua sesuatu kumpulan/NGO yang disertai 3.38(Sederhana) 3.08 (Kurang berjaya)

    B4.5 Menganggap perniagaan yang dilakukan merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang perlu disempurnakan. 4.48(Berjaya) 4.62 (Berjaya)

    Purata Skor Keberkesanan Keseluruhan 4.19(Sederhana) 4.18 (Sederhana) Sumber: Maklumat soal selidik

  • 128 Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid

    JADUAL 5: Keberkesanan Bantuan Modal Perniagaan dalam Memenuhi Prinsip Kelima Maqasid al-Syari’ah: Prinsip Menjaga Harta (al-Mal)

    Kuala Terengganu Kuala Nerus

    Item Pernyataan Purata Skor/Kategori Purata Skor/Kategori

    B5.1 Dapat memastikan diri dan ahli keluarga menikmati hidangan makanan yang mencukupi sekurang-kurangnya 2 kali sehari 4.18 (Sederhana) 4.32 (Berjaya)

    B5.2 Memastikan mempunyai stok keperluan barangan dapur untuk sekurang-kurangnya sebulan 4.05 (Sederhana) 4.12 (Sederhana)

    B5.3 Mampu menyediakan sekurang-kurangnya sepersalinan pakaian baru untuk diri dan ahli keluarga pada musim perayaan 4.23 (Sederhana) 4.18 (Sederhana)

    B5.4 Mampu menyediakan keperluan tidur dan rehat seperti tilam dan bantal yang mencukupi untuk seisi keluarga 4.08(Sederhana) 4.17 (Sederhana)

    B5.5 Kini mampu membayar sewa bulanan/ansuran rumah tepat pada masanya 3.44(Gagal) 3.25 (Kurang berjaya)

    B5.6 Rumah yang didiami kini lengkap dengan kemudahan bekalan air dan elektrik dan saya mampu membayar bil berkenaan 3.90 (Sederhana) 3.97 (Sederhana)

    B5.7 Mampu membiayai perbelanjaan pendidikan ahli keluarga 3.94 (sederhana) 3.97 (Sederhana)

    B5.8 Berupaya memastikan keluarga mendapatkan rawatan di hospital/klinik sekiranya ada masalah kesihatan 4.08 (sederhana) 4.05 (Sederhana)

    Purata Skor Keberkesanan Keseluruhan 3.98 (Sederhana) 4.00 (Sederhana) Sumber: Maklumat soal selidik

  • Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12 2017 129

    JADUAL 6: Ringkasan Pencapaian asnaf berdasarkan Kaedah PenilaianKeberkesanan Bantuan Modal

    Perniagaan di Kuala Terengganu

    Prinsip Maqasid al-

    Syari’ah

    Bilangan Responden Kuala Terengganu Purata

    Skor Berjaya

    Sederhana

    Kurang berjaya

    Menjaga Agama

    (ad-Din)

    47

    (58.8)

    26

    (32.5)

    7

    (8.8)

    4.10

    Menjaga Nyawa

    (an-Nafs)

    29

    (36.3)

    36

    (45.0)

    15

    (18.8)

    4.07

    Menjaga Akal dan Fikiran

    (al-‘Aql)

    35

    (43.8)

    34

    (42.5)

    11

    (13.8)

    4.14

    Menjaga Maruah dan

    Keturunan (an-Nasl)

    33

    (41.3)

    41

    (51.3)

    6

    (7.5)

    4.19

    Menjaga Harta

    (al-Mal)

    24

    (30.0)

    47

    (58.8)

    9

    (4.3)

    3.98

    Purata Bagi 5 Prinsip

    Maqasid al-Syari’ah 28

    (35.0)

    47

    (58.8) 5

    (6.3) 4.10

    Nota : Berjaya: Nilai min 4.25 ke atas; Sederhana: nilai min antara 3.50 – 4.24; Kurang Berjaya: nilai min kurang daripada 3.49 ( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan responden

    Sumber: Maklumat soal selidik

    JADUAL 7: Ringkasan Pencapaian asnaf berdasarkan Kaedah PenilaianKeberkesanan Bantuan Modal

    Perniagaan di Kuala Nerus

    Prinsip Maqasid al-

    Syari’ah

    Bilangan Responden Kuala Nerus Purata

    Skor Berjaya

    Sederhana

    Kurang berjaya

    Menjaga Agama

    (ad-Din)

    35

    (58.3)

    19

    (31.7)

    6

    (10.0)

    4.22

    Menjaga Nyawa

    (an-Nafs)

    25

    (41.7)

    28

    (46.7)

    7

    (11.7)

    4.17

    Menjaga Akal dan Fikiran

    (al-‘Aql)

    26

    (43.3)

    28

    (46.7)

    6

    (10.0)

    4.18

    Menjaga Maruah dan

    Keturunan (an-Nasl)

    26

    (43.3)

    30

    (50.0)

    4

    (6.7)

    4.18

    Menjaga Harta

    (al-Mal)

    17

    (28.3)

    37

    (61.7)

    6

    (10.0)

    4.00

    Purata Bagi 5 Prinsip

    Maqasid al-Syari’ah 24

    (40.0)

    33

    (55.0)

    3

    (5.0)

    4.15

    Nota : Berjaya: Nilai min 4.25 ke atas; Sederhana: nilai min antara 3.50 – 4.24; Kurang Berjaya: nilai min kurang daripada 3.49 ( ) peratusan daripada jumlah keseluruhan responden

    Sumber: Maklumat soal selidik

  • 130 Solehuddin Zulkifli, Nurmaizura Marzuki, Hairunnizam Wahid

    RAJAH 1: Carta CAST yang menggambarkan perbandingan purata skor bagi keseluruhan responden memenuhi prinsip maqasid syariah

    Kuala Terengganu Kuala Nerus

    Sumber: Maklumat soal selidik

    0.00

    0.50

    1.00

    1.50

    2.00

    2.50

    3.00

    3.50

    4.00

    4.50

    5.00B1.1

    B1.2B1.3

    B1.4

    B1.5

    B1.6

    B1.7

    B2.1

    B2.2

    B2.3

    B2.4

    B2.5

    B3.1

    B3.2B3.3

    B3.4B3.5

    B4.1

    B4.2

    B4.3

    B4.4

    B4.5

    B5.1

    B5.2

    B5.3

    B5.4

    B5.5

    B5.6

    B5.7B5.8