proses perkembangan zigot

3
Proses Persenyawaan dan Perkembangan Zigot Air mani yang dimasukkan ke dalam faraj semasa perhubungan seks antara suami isteri mengandungi kira-kira 300 hingga 400 juta sperma. Daripada bilangan sperma yang begitu banyak, hanya 50 hingga 100 sperma berjaya sampai berdekatan dengan oosit sekunder di dalam tiub Fallopio. Anda telah mengetahui bahawa oosit sekunder di dalam tiub Fallopio berada pada peringkat metafasa II. Ini bermakna proses meiosis Il belum lengkap. Sebaik sahaja satu sperma menembusi oosit sekunder, meiosis II akan berlaku dengan sempurna dan satu ovum dihasilkan. Persenyawaan berlaku antara nukleus sperma dengan nukleus ovum untuk membentuk zigot di dalam tiub Fallopio. Perubahan berlaku pada membran ovum yang sudah disenyawakan dan membran ini menghalang kemasukan sperma yang lain.

Upload: yudha

Post on 17-Feb-2016

453 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

GJGJGJGJGJGJGGJGJ

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Perkembangan Zigot

Proses Persenyawaan dan Perkembangan Zigot

Air mani yang dimasukkan ke dalam faraj semasa perhubungan seks antara suami isteri mengandungi kira-kira 300 hingga 400 juta sperma. Daripada bilangan sperma yang begitu banyak, hanya 50 hingga 100 sperma berjaya sampai berdekatan dengan oosit sekunder di dalam tiub Fallopio.

Anda telah mengetahui bahawa oosit sekunder di dalam tiub Fallopio berada pada peringkat metafasa II. Ini bermakna proses meiosis Il belum lengkap. Sebaik sahaja satu sperma menembusi oosit sekunder, meiosis II akan berlaku dengan sempurna dan satu ovum dihasilkan. Persenyawaan berlaku antara nukleus sperma dengan nukleus ovum untuk membentuk zigot di dalam tiub Fallopio. Perubahan berlaku pada membran ovum yang sudah disenyawakan dan membran ini menghalang kemasukan sperma yang lain.

Hasil daripada persenyawaan, ovum dan sperma yang haploid bersatu membentuk zigot yang diploid. Maka, separuh daripada bilangan kromosom yang terdapat di dalam zigot berasal daripada ibu dan separuhh lagi daripada bapa. Zigot akan mengalami mitosis secara berterusan untuk membentuk embrio sambil bergerak ke uterus melalui tiub Fallopio. Embrio yang sampai

Page 2: Proses Perkembangan Zigot

ke uterus dikenal sebagai morula . Morula merupakan bebola sel yang padat. Walaupun morula terdiri daripada banyak sel tetapi saiz morula adalah sama dengan saiz zigot. Morula akan mengalami mitosis dan menjadi blastosista. Blastosista merupakan struktur berbentuk bebola yang berongga di tengahnya dan terdiri daripada kira-kira 100 sel. Rongga ini berisi cecair. Blastosista akan menempel pada endometrium. Proses ini dikenal sebagaipenempelan. Penempelan blastosista mula berlaku antara hari kelima hingga hari kelapan selepas persenyawaan. Rajah di atas menunjukkan peringkat perkembangan zigot hingga peringkat blastosista dan penempelan.

Selepas itu, sel-sel pada blastosista akan mengalami pembezaan, pertumbuhan, dan perkembangan yang cepat untuk menjadi fetus. Fetus akan terus membesar di dalam uterus ibu. Jangka masa antara proses persenyawaan sehingga kelahiran bayi ialah 38 minggu.