punca kecacatan -...

26

Upload: dangdan

Post on 01-Feb-2018

323 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan
Page 2: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

PUNCA KECACATAN

• Punca kecacatan kepada kanak-kanak berkeperluan bergantung kepada kategori-kategori.

• Walau bagaimanapun secara umumnya terdapat tiga punca kecacatan iaitu faktor biologi, psikologi dan persekitaran.

Baka/ Genetik

Jangkitan Pranatal, Perinatal Dan Pascanatal

Metabolisme

Persekitaran

Trauma

Page 3: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Punca Kecacatan Dan Pencegahan

Peringkat Prenatal(sebelum kelahiran bayi)

Peringkat Perinatal(semasa kelahiran bayi)

Peringkat pasca natal / postnatal ( selepas kelahiran bayi)

Page 4: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Peringkat Prenatal

Baka

Ini disebabkan di dalam kromosom yang

menyebabkan Sindrom Down ataupun

Mongoloid.

Kanak-kanak DS ini mempunyai 47

kromosom berbanding kanak-kanak normal

iaitu 46 kromosom. ( Istilah Sindrom merujuk

kepada symptom atau ciri-ciri yang

menentukan sesuatu penyakit ataupun

keadaan )

Page 5: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Peringkat Prenatal

Jangkitan

Kecacatan di bahagian otak @ sistem saraf

yang berlaku sewaktu proses mengandung.

Ibu yang menghidap campak, rubella, atau

siflis. Jangkitan ini akan memnyebabkan

kecacatan embrio. ( Rubella sejenis demam

campak. Siflis sejenis penyakit berjangkit

melalui hubungan sulit)

Page 6: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Peringkat Prenatal

Dadah dan alkohol

Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti

bahan pembekuan, pencegahan pembekuan,

steroid, kuinina, hormon, antibodi dan autihistamin.

• Penggunaan dan pengambilan barang ini oleh ibu

mengandung mestilah mendapat nasihat dan

persetujuan doctor. Alkohol boleh membantutkan

perkembangan janin. ( contoh dadah dan ubatan

yang berbahaya ialah rokok, alcohol, dan logam

berat plumbum.)

Page 7: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Peringkat Prenatal

Pemakanan- kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada pemakanan seimbang, kekurangan, vitamin dan protein.

Bahan kimia/ sinaran X- Pencemaran alam sekitar oleh bahan kimia memberi kesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk kedalam tubuh melalui air, makanan, dan udara.

Cubaan menggugurkan kandungan

Mikroorganisma- Terdapat juga pelbagai masalah mikroorganisma yang menganggu perkembangan janin@ fetus dan menyebabkan keabnormalan yang kekal seperti kerencatan mental

Page 8: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Peringkat Perinatal

Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang @ berat badan kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan.

Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21-34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi.

Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang juga penggunaan dadah dan merokok oleh ibu.

Page 9: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Peringkat Perinatal

Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep dan vakum semasa proses kelahiran.

Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi melahirkan bayi cacat.

Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang bayi sehingga menyebabkan kerencatan mental.

Page 10: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Peringkat Posnatal/ pasca natal

Penyakit-

Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis

virus yang menyerang otak dan jika tidak dirawat

menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa

oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies.

Meningitis disebabkan oleh virus dan bakteria

yang menyerang tisu otak dan tulang belakang.

Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala,

sakit mata dan muntah. Jika tidak dirawat dengan

segera kerencatan akal akan berlaku.

Page 11: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Peringkat Posnatal/ pasca natal

Persekitaran- kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan bahan memperkembangkan fizikal dn mental. Kebanyakkan saintis berpendapat IQ seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam sekeliling.

Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanak-kanak ynag terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui makanan @ pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalh emosi dan sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh keracunan plumbum ialah lead poisoning seperti cat rumah, paip air dan petrol.

Page 12: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

CARA MENGATASI

Pencegahan pelalian rubella kepada ibu sebelum proses kehamilan.

Ibu yang dijangkiti siflis dapat melahirkan anak melalui pembedahan caeseran.

Ibu-ibu dinasihatkan mengurangkan pengambilan alcohol terutamanya di peringkat 12-18 minggu mengandung iaitu semasa sel otak sedang terbentuk.

Sering berjumpa doctor sewaktu proses kehamilan. Ujian-ujian penyaringan seperti penyaringan metabolic, air kencing, dan ujian darah dapat dilakukan untuk mengesan kewujudan penyakit.

Page 13: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

CARA MENGATASI

Umur ibu sewaktu mengandung/melahirkan anak biarlah dibawah usia 45tahun keatas kerana risiko mendapatkan anak cacat adalah 1:16 kelahiran.

Menjarakkan kelahiran untuk menentukan ibu bapa mampu menyara hidup anak-anak dengan diri mereka.

Selepas kelahiran kanak-kanak mereka perlu diberi perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan mereka.

Keselamatan perlu dijaga untuk mengelakkan diri daripada mendapat kemalangan tertentu dibahagian kepala.

permainan yang bahaya seperti permainan kasut roda yang tidak digalakkan.

pengguan yang tidak memakai tali pinggang kaledar yang direka khas kepada bayi apabila membawa mereka bersiar-siar.

Page 14: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Kesan Baka Ke Atas Perkembangan

Manusia

Setiap individu -gen-gen adalah berpasangan

dan di mana dua gen dalam satu pasang itu

berlainan kesannya satu gen dominan

menindasi yang lemah yang dipanggil gen

resesif.

Gen adalah penentu utama dalam perwarisan

ciri-ciri biologi.

Page 15: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

FIZIKAL

Teori biologi William H. Sheldom dalam

Mohammad Aziz Shah (1924:73)

bentuk badan

Warna kulit, warna mata dan warna rambut

Umur

Page 16: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Kajian Buss dan Plomin (1985)

mendapati kanak-kanak yang kembar seuri

mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti,

emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan

kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak

kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka

mempunyai pengaruh yang besar ke atas

pertumbuhan dan perkembangan individu.

Page 17: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Mental /Kognitif (Kecerdasan)

Perkembangan mental seseorang itu banyak

dipengaruhi oleh faktor baka. Kecerdasan tinggi

atau rendah, biasanya telah ditentukan oleh

baka yang diwarisi daripada ibu bapanya.

Kajian-kajian tentang kecerdasan menunjukkan

bahawa nisbahnya ialah baka 51% dan

persekitaran 40%. Setiap individu dilahirkan

mewarisi beberapa ciri dari kedua ibu bapa

serta saudara sedarah sebelumnya.

Page 18: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti

Alfred Binet (1857-1911), Theodore Simon (1873-1961),

dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2004)

percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan

percaya bahawa kecerdasan tidak dapat

dipertingkatkan melalui pengajaran, Borich dan

Tombari, (1997).

Pendapat mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli

psikologi yang mengkaji kecerdasan dari tradisi

revisionist seperti Howard Gardner (1983) dan

Sternberg (1985) yang mengatakan kecerdasan yang

diwarisi boleh dipertingkatkan melalui pembelajaran .

Page 19: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Mental /Kognitif (Kecacatan mental)

Kecacatan mental juga disebabkan oleh

perwarisan genetik, misalnya ketololan (idiocy)

kedua-dua ibu bapa terjadi apabila ibu dan bapa

ini mempunyai tali persaudaraan yang rapat.

Penyakit phenylkeyonuria oleh kekurangan

enzim yang menyebabkan penghasilan kimia

beracun di dalam badan yang akhirnya

merosakkan mental kanak-kanak, Tang Chee

Yee (1990:34).

Page 20: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Down Syndrome

Penyakit tersebut disebabkan oleh pembahagian dan

percantuman sel yang tidak sempurna semasa

meiosis, Lefrancois (1999).

Sindrom ini berlaku satu dalam setiap 680 kelahiran.

Kebanyakan kanak-kanak sindrom ‘down’ adalah

terencat akal, pendek dan otot-ototnya lembik.

Salah satu faktor kecacatan baka ialah umur ibu atau

bapa yang terlalu tua. Oleh kerana itulah wanita yang

telah melebihi umur 40 tahun tidak digalakkan hamil.

Page 21: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Penyakit kebakaan (Hemophilia)

Penyakit-penyakit kebakaan lebih banyak diturunkan

melalui kromosom X. Antaranya Hemophilia iaitu

sejenis kelainan sel darah.

Mangsa hemophilia tidak mempunyai bahan pembeku

di dalam sel darahnya, iaitu AHG. Pendarahan yang

dialaminya tidak berhenti kerana pembekuan pada

tempat luka tidak terjadi

Page 22: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Rabun warna

Mata mengandungi pigmen-pigmen warna

merah, hijau dan biru.

Kelainan dan kekurangan pigmen ini akan

mengakibatkan rabun warna.

Rabun warna yang kerap dihidapi ialah merah

dan hijau.

Lelaki jauh lebih kerap mengalaminya dari

kaum perempuan.

Page 23: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Muscular Dystrophy

Muscular dystrophy ialah keadaan otot-otot

menjadi lemah dan lama kelamaan tidak boleh

berfungsi.

Penyakit ini boleh berlaku pada peringkat

kanak-kanak umur 4 hingga 10 tahun, iaitu

pada anak lelaki.

Jenis kedua melibatkan kanak-kanak remaja

dibahagian muka dan lengan. Pengidap

penyakit ini merasa lemah otot-ototnya yang

jelas kelihatan bila berjalan.

Page 24: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Talasemia

Talasemia ialah sejenis anemia yang diwarisi oleh

sebilangan kecil orang-orang keturunan Mediterranean

dan timur.

Tanda-tanda penyakit ini kekuningan kekuningan kulit

dan mata putih, demam, lemah, lesu serta tidak selera

makan.

Penyakit ini biasanya disedari apabila bayi berumur 3

hingga 4 bulan. Bayi akan terbantut pertumbuhan dan

perkembangannya malah boleh membawa maut jika

tidak dirawat.

Pertukaran darah diperlukan selalu oleh pesakit

berpenyakit ini.

Page 25: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Kerdil (Dwarfism)

Kerdil berlaku pada kadar 1 :1000. ’Cartilage’

yang biasanya terdapat pada tulang-tulang

kaki dan tangan tidak lengkap kejadiannya.

Pertumbuhan tulang yang sedang berlaku

terbantut menyebabkan tangan dan kaki

pengidapnya pendek.

Page 26: PUNCA KECACATAN - amaljaya.comamaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2012/03/3-punca-dan-pencega... · Jangkitan Pranatal, ... perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan

Soalan Tutorial

Huraikan etiologi kecacatan dan kaedah pencegahan terbaik yang boleh dilakukan dengan mengambil kira peranan anda selaku ibu bapa, keluarga dan masyarakat.