perkembangan bandar baru dalam membantu proses pembangunan wilayah di malaysia

30
1 Bincangkan Perkembangan Bandar Baru Dalam Membantu Proses Pembangunan Wilayah Di Malaysia 1.0 Pengenalan “Menurut Frederick J. Osborn (dalam Goloni, 1976;25) , definisi Bandar baru dikaitkan dengan istilah ‘Bandar Taman’ iaitu sebuah Bandar yang direka atau dirancang untuk memenuhi keselesaan kehidupan penduduk mengikut saiz yang ditetapkan, mempunyai kawasan industri, dikelilingi kawasan desa yang kebanyakannya dipunyai oleh orang awam. Secara ringkasnya, pewujudan Bandar baru adalah untuk menyelerakkan pembangunan ke kawasan mundur dan supaya pembangunan tidak hanya tertumpu kepada satu kawasan sahaja. Bandar baru merupakan suatu kawasan yang dibangunkan dengan mempunyai segala kemudahan seperti tempat tinggal, tempat bekerja, kawasan beriadah, pusat membeli-belah dan sebagainya. Dengan adanya segala kemudahan ini, penduduk tidak perlu keluar ke tempat lain untuk menikmati kemudahan-kemudahan tersebut. Oleh itu, segala kemudahan disediakan untuk menampung permintaan penduduk dan supaya penduduk lebih selesa untuk tinggal di bandar baru. Terdapat juga bandar-bandar baru yang muncul dengan sendirinya tanpa dibantu oleh bandar sedia ada. Bandar baru seperti ini sering wujud di luar bandar dan mempunyai hasil ekonominya sendiri untuk berkembang. Sumber yang dimilikinya ini akan dapat menarik minat orang luar untuk berkunjung atau menetap di bandar baru seperti ini. Perancangan Bandar-bandar baru hendaklah mengambil kira keperluan penduduk setempat. Dalam ertikata yang lain, perancangan kemudahan dan infrastruktur perlulah menepati kehendak-kehendak penduduk yang bakal mendiami kawasan bandar tersebut. Bandar baru itu perlulah bersifat

Upload: musliha-ismail

Post on 24-Sep-2015

98 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pembangunan wilayah

TRANSCRIPT

1

Bincangkan Perkembangan Bandar Baru Dalam Membantu Proses Pembangunan Wilayah Di Malaysia1.0 PengenalanMenurut Frederick J. Osborn (dalam Goloni, 1976;25) , definisi Bandar baru dikaitkan dengan istilah Bandar Taman iaitu sebuah Bandar yang direka atau dirancang untuk memenuhi keselesaan kehidupan penduduk mengikut saiz yang ditetapkan, mempunyai kawasan industri, dikelilingi kawasan desa yang kebanyakannya dipunyai oleh orang awam. Secara ringkasnya, pewujudan Bandar baru adalah untuk menyelerakkan pembangunan ke kawasan mundur dan supaya pembangunan tidak hanya tertumpu kepada satu kawasan sahaja. Bandar baru merupakan suatu kawasan yang dibangunkan dengan mempunyai segala kemudahan seperti tempat tinggal, tempat bekerja, kawasan beriadah, pusat membeli-belah dan sebagainya. Dengan adanya segala kemudahan ini, penduduk tidak perlu keluar ke tempat lain untuk menikmati kemudahan-kemudahan tersebut. Oleh itu, segala kemudahan disediakan untuk menampung permintaan penduduk dan supaya penduduk lebih selesa untuk tinggal di bandar baru.Terdapat juga bandar-bandar baru yang muncul dengan sendirinya tanpa dibantu oleh bandar sedia ada. Bandar baru seperti ini sering wujud di luar bandar dan mempunyai hasil ekonominya sendiri untuk berkembang. Sumber yang dimilikinya ini akan dapat menarik minat orang luar untuk berkunjung atau menetap di bandar baru seperti ini. Perancangan Bandar-bandar baru hendaklah mengambil kira keperluan penduduk setempat. Dalam ertikata yang lain, perancangan kemudahan dan infrastruktur perlulah menepati kehendak-kehendak penduduk yang bakal mendiami kawasan bandar tersebut. Bandar baru itu perlulah bersifat self contained' supaya ia dapat bergerak dengan sendiri tanpa di bantu oleh bandar sedia ada dari segi ekonomi atau sebaliknya. Dengan ini penduduk bandar baru tersebut tidak perlu keluar ke bandar sedia ada untuk mendapatkan keperluan harian mereka kerana segala keperluan dan perkhidmatan boleh didapati di bandar baru tersebut. Dengan ini juga penduduk dapat menjimatkan masa dan wang untuk ke bandar utama.

2.0 Ciri-Ciri Bandar BaruTerdapat beberapa ciri-ciri yang ditekankan dalam perancangan pembangunan Bandar Baru iaitu Cukup diri dan perseimbangan.

2.1.Cukup DiriPembentukan Sebuah Bandar baru harus berupaya menampung keperluan penghuni Bandar itu. Saranan yang dibuat oleh Jawatankuasa Reith yang menggubal Akta Bandar Baru 1946 supaya Bandar-bandar baru perlu dirancang dan dilaksanakan sebagai Cukup Diri dan sebagai satu komuniti yang seimbang. (Albert,1976). Cukup diri ini berhubung rapat dengan tiga faktor asas iaitu:i. Kepelbagaian dalam aktiviti ekonomi Bandar, ini mengelakan daripada Bandar ini mempunyai ciri ekonomi yang homogenis. Ia juga mempercepatkan lagi pertumbuhan Bandar ini dengan luar. Ciri ini dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi Bandar ini dengan peningkatan tarikan penduduk dari luar.ii. Penyediaan peluang pekerjaan yang seimbang dengan keperluan pekerjaan penduduk dalam lingkungan umur bekerjaiii. Aktiviti dalam Bandar ini perlu diseimbangkan dengan tahap keperluan semasa, supaya perjalanan keluar masuk dapat diminimakan.2.2. PerseimbanganPerseimbangan dalam Bandar baru bermaksud jumlah pekerjaan dalam Bandar baru dan jumlah peluang-peluang pekerjaan yang disediakan perlu seimbang. Ini bagi mengurangkan kadar keluar masuk penghuni Bandar-bandar ini untuk mencari pekerjaan. Pengalaman pembangunan Bandar baru di Britain dilihat dalam pengubalan menjadikan ciri perseimbangan sebagai salah satu dasar dalam perancangan pembangunan bandaar baru dimana aspek yang ditekankan ialah kawalan terhadap kepadatan penduduk dengan kemudahan asas dan peluang-peluang pekerjaan. Ciri ini tidak hanya menekankan kepada aspek keseimbangan aktiviti industry dan kediaman sahaja, sebaliknya sebagai sebuah komuniti yang majmuk dari segi nisbah antara kaum juga ditekankan. Di Malaysia khususnya sebuah Negara yang mempunyai penduduk makmuk perlumenimbangkan ciri ini dalam pembangunan Bandar baru.

3.0. Jenis- Jenis Bandar BaruBandar- Bandar baru yang dirancang pada hari ini adalah agak berbeza dengan Bandar baru pertama yang dibangunkan melalui idea Ebenezer Howard di British. Bandar-bandar ini mempunyai ciri-ciri reka bentuk dan elemen-elemen Bandar yang berbeza. Berdasarkan ciri-ciri ini, seperti fungsi ekonomi dan lokasi Bandar, Bandar-bandar ini boleh dikelaskan kepada empat jenis iaitu Bandar baru dalam Bandar raya, Bandar baru pingir Bandar, Bandar baru luar Bandar dan Bandar baru berasaskan fungsi khas (Dani Salleh, 2008)3.1 Bandar baru dalam Bandar RayaDi Malaysia, Bandar-bandar seperti Bandar baru Tun Abdul Razak adalah contoh Bandar jenis ini. Ia dibangunkan dalam sempadan Bandaraya Kuala Lumpur. Bandar ini dibangunkan dalam tapak penduduk yang sedia ada. Disamping membangunkan kawasan-kawasan kediaman dan tapak-tapak industry, tumpuan pembangunan bagi banndar-bandar ini adalah membangunkan pusat-pusat Bandar dengan tujuan menyediakan kemudahan membeli belah, perkidmatan dan kemudahan awam.bandar-bandar ini juga dirancang sebagai pusat yang cukup diri atau sebagai pusat perkidmatan tempatan. Dari segi perspektif ekonomi dan sosial pula,strategi-strategi penyelerakan fungsi-fungsi seperti ini akan menjamin kesampaiaan yang lebih baikuntuk penghuni-penghuni dalam mendapatkan perkidmatan tersebut di samping mengurangkan kos dan masa perjalanan.3.2. Bandar Baru Pinggir Bandar (Satelite Towns)Kedudukan Bandar-bandar ini adalah dalam lingkungan 10-20 batu dari Bandar-bandar metropolitan. Ia dibina sebagai langkah untuk mengagihkan kesesakan industri dan penduduka yang pesat di Bandar metropolitan. Komponen Bandar seperti tapak kilang dan kawasan perindustrian diadakan dikawasan ini.kebanyakan Bandar-bandar ini dirancang sebagai komuniti yang cukup diri dan tidak bergantung kepada asas ekonomi dari Bandar lain (Sulong Muhamad,1985). Di Malaysia selaras dengan DEB, matllamat pembangunan Bandar ini adalah untuk menempatkan penduduk dari pelbagai kumpulan sosioekonomi dan etnik supaya menjadi satu komuniti yang seimbang. Contoh Bandar baru jenis ini ialah Bandar baru Bangi, Shah Alam dan Subang Jaya yang dibina sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

3.3 Bandar Baru Luar BandarKebanyakan Bandar baru jenis ini dibangunkan dikawasan luar Bandar sebagai satu strategi untuk memerbandarkan kawasan-kawasan yang mudur diluar Bandar. Pembangunanya adalah berasaskan kepada sumber asli seperti pertanian dan perhutanan. Dalam konteks pembangunan wilayah di Malaysia, Bandar-bandar jenis ini telah banyak dibangunkan di kawasan pembangunan wilayah seperti Jengka Tiga Segi, Pahang Tenggara, dan Johor Tenggara. Ciri- ciri Bandar ini adalah dirancang dengan mengekalkan ciri-ciri asal keadaan dimana bakal penghuni Bandar berada sebelum ia dating kebandar ini. Ini menunjukan Bandar-bandar ini masih mengekalkan ciri-ciri kedesaan dengan mempunyai tahap kepadatan yang rendah. Susun atur Bandar-bandar ini dirancang khusus bagi menggalakan wujudnya interaksi sosial antara penghuni-penghuni di suatu kawasan perumahan. Kebanyakan rumah yang dibina di Bandar-bandar ini berbentuk rumah sebuah dan reka bentuk yang sama dengan rumah-rumah tradisional di kampung. Dari segi penghuninya kebanyakan adalah terdiri daripada mereka yang bekerja di sektor asas seperti pertanian, perhutanan atau perlombongan. Ini banyak bergantung kepada kegiatan ekonomi asas Bandar itu dibangunkan.

3.4 Bandar Baru Berasaskan Fungsi KhasBandar baru seperti ini adalah dibina dengan tujuan untuk memenuhi satu-satu objektif utama sahaja, seperti perlombongan, pelajaran pelabuhan, perindustrian, pelancongan dan sebagainya.ciri-ciri Bandar ini tidak banyak beza dengan Bandar diatas. Perbezaanya hanya berkisar dari segi asas ekonomi. Bandar-bandar ini dibangunkan. Contoh Bandar baru Kerteh di Terengganu merupakan berasaskan sumber petroleum. Ciri-ciri Bandar ini agak sama dengan Bandar baru yang dibina di pinggir Bandar dan Bandar baru dalam Bandar.

4.0. Perkembangan Bandar Baru Di Malaysia. 4.1Bandar Baru Nilai4.1.1Perkembangan Bandar Baru NilaiSejarah bandaraya nilai bermula sebagai pusat perkhidmatan untuk ladang-ladang yang dibangunkan pada zaman British. Bandar Nilai bermula dengan menyediakan barangan harian yang diperlukan. Kini Bandar nilai telah banyak mengalami perubahannya namun fungsi asalnya masih tidak banyak berubah dimana kesampaian yang baik melangsungkan kelestarian Bandar itu walaupun dengan adanya sebuah Bandar baru. Pada pertengahan 1990- an apabila ekonomi Malaysia dirangsang kuat oleh globalisasi, perancangan Bandar di Malaysia mengambil langkah membentuk satu rangkaian Bandar-bandar baru yang secara khusus mengambil peluang dari kuasa baru ini.Nilai adalah kawasan perbandaran baru yang berasaskan berasaskan kepada limpahan yang dijangka dari pembangunan industri logistik bersandarkan lapangan terbang baru KLIA. Ia juga bertujuan mengambil peluang dari industri pendidikan yang baru digerakkan secara besar-besaran pada akhir 1990-an. Nilai juga dijadikan pusat petempatan besar ala Subang Jaya, Bandar yang berkembang pesat akibat pembangunan lapangan terbang. Bandar nilai baru dibentuk pada waktu kegawatan ekonomi amat nyata dan perasaan optimis terhadap pembangunan ekonomi amat nyata diserata tempat. Ia dirancang berdasarkaan beberapa faktor, antaranya kewujudan lapangan terbang KLIA yang akan memerlukan perkidmatan langsung dan tidak langsung. Kedua disebabkan kewujudan Putrajaya dan Cyberjaya yang dijangka akan membentuk suatu hub konurbasi yang memerlukan sebuah Bandar perantara yang menjalin kaitan antara pasaran luar yang mewakili KLIA dan keperluan Nasional mewakili Putrajaya. Nilai dilihat sebagai komponen lokal perhubungan itu, yang ditambah pula dengan elemen pusat pendidikan yang bertujuan mengerakan ekonomi setempat. Ini ditambah pula dengan aktiviti- aktiviti asas ekonomi lain dalam bentuk pelbagai industri yang juga menjana pekerjaan untuk penduduk setempat. Melihat keadaan ini Bandar Baru Nilai diangap sebagai komponen utama dalam metropolitan baru yang diwujudkan(Abdul Samad Hadi,2006)4.1.2Fungsi Bandar Baru Nilai Bandar Baru Nilai yang dibina adalah untuk mengurangkan kesesakan penduduk di Bandar-bandar besar dan mengurangkan kadar pertumbuhan ekonomi dengan mengagihkannya di kawasan-kawasan pingir. Di malaysia strategi ini telah digunakan sebagai salah satu strategi utama dalam pembangunan wilayah.Salah satu objektif dasar pengagihan penduduk ialah untuk mengurangkan kesesakan penduduk di bandar-bandar besar dengan mengimbangi kadar pertumbuhan dimana kawasan wilayah dan bandar baru secara terancang boleh melaksanakan objektif ini. Bandar baru Nilai merupakan bandar yang telah melaksanakan objektif ini dengan kewujudan banyak pusat petempatan. Selain itu, bandar baru ini juga memainkan peranan mengurangkan kesesakan pembangunan akibat pengelompokan aktiviti ekonommi di bandar besar dengan mengagihkan dan menyelerakan aktiviti- aktiviti inni kewilayah-wilayah sekitar bandar utama Kuala Lumpur. bandar baru ini juga bertindak sebagai Counter Magnet untuk menarik pergerakan penduduk dari bandaraya Kuala Lumpur ke kawasan ini.Selain itu, Pengagihan dan pertumbuhan ekonomi secara adil dan saksama adalah salah satu tujuan utama pembangunan ekonomi sesebuah negara bagi mencapai tujuan ini, strategi pengagihan pembangunnan secara reruang adalah penting dalam konteks pembangunan wilayah, masalah ketidakseimbangan boleh diatasi dengan membangunkan lebih banyak pusat-pusat pertumbuhan baru. Pembangunan bandar baru tidak dibangunkan semata-mata untuk memenuhi satu fungsi sahaja,sebaliknya bandar- bandar ini dibangunkan bagi melaksanakan beberapa fungsi diatas. Sehubungan dengan itu, peranan yang dimainkan oleh bandar baru berupaya merangsang pembangunan kawasan-kawasan dalam wilayah di negara ini. Pendekatan ini melalui perancangan ekonomi bersepadu dengan keupayaan sektor ekonomi setempat berupaya mencapai matlamat pembangunan.

4.2Bandar Baru kulim4.2.1Perkembangan Bandar Baru KulimKulim merupakan sebuah bandar yang besar di negeri Kedah. Ia terletak di kawasan tenggara negeri Kedah, berdekatan dengan sempadan negeri Pulau Pinang, yang terletak di bahagian barat. Kulim asalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim.Bandar Baru Kulim merupakan Bandar yang berkembang akibat daripada aktiviti perindustrian. Ramai ahli ekonomi menganggap perindustrian sebagai suatu pemangkin untuk menggerakkan pembangunan ekonomi secara keseluruhan. Projek-projek pembangunan ini yang biasanya bercorak intensif modal menjadi pendorong kepada pembangunan sesuatu kawasan. Kawasan sekitar sesebuah projek perindustrian akan mendapat faedah melalui proses yang dikenali sebagai 'kesan limpahan'. Kesan yang terhasil daripada aktiviti perindustrian di kawasan Kulim terdapatnya perubahan sosio-budaya, ekonomi dan ekologi terhadap kawasan persekitaran. Perubahan dari segi sosio-budaya dapat di lihat kerana semakin ramai penduduk luar datang bekerja di Kulim. Selain itu, perindustrian di Kulim juga telah bertanggungjawab mempercepatkan lagi proses pemodenan dan pembandaran yang menyebabkan kemunculan bandar-bandar baru. Ini kerana, kawasan perindustrian telah menyebabkan kesesakan dari aspek petempatan di Bandar Kulim.Antara kawasan perindustrian yang utama di kawasan kulim ialah taman perindustrian kulim (Kulim Hi-Tech Park) iaitu Taman Teknologi Tinggi Yang Pertama di Malaysia. Kawasan ini berfungsi sebagai pusat untuk mempromosikan aktiviti perindustrian berteknologi tinggi yang menghasilkan produk-produk era angkasa, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan sebuah Bandar baru yang mempunyai segala kemudahan seperti pusat komersial, pusat rawatan kesihatan institusi pengajian dan kemudahan rekreasi dan riadah.

4.2.2Fungsi Bandar Baru KulimBandar Baru Kulim yang dibina bertujuan menampung jumlah penduduk yang pesat di bandaraya utama Pulau Pinang. Salah satu objektif dasar pengagihan penduduk ialah untuk mengurangkan kesesakan penduduk di bandar-bandar besar dengan mengimbangi kadar pertumbuhan dimana kawasan wilayah dan bandar baru secara terancang boleh melaksanakan objektif ini. Bandar baru Kulim merupakan bandar yang telah melaksanakan objektif ini dengan kewujudan banyak pusat petempatan. Selain itu, bandar baru ini juga memainkan peranan mengurangkan kesesakan pembangunan akibat pengelompokan aktiviti ekonommi di bandar besar dengan mengagihkan dan menyelerakan aktiviti- aktiviti ini kawasan baru. Bandar baru ini juga bertindak sebagai Counter Magnet untuk menarik pergerakan penduduk dari bandaraya Pulau Pinang ke kawasan ini.Selain itu, Bandar Baru Kulim juga berperanan Sebagai Alat Dalam Perancangan Nasioal dan Dasar Pembandaran Negara. Pengagihan dan pertumbuhan ekonomi secara adil dan saksama adalah salah satu tujuan utama pembangunan ekonomi sesebuah negara bagi mencapai tujuan ini, strategi pengagihan pembangunnan secara reruang adalah penting dalam konteks pembangunan wilayah, masalah ketidakseimbangan boleh diatasi dengan membangunkan lebih banyak pusat-pusat pertumbuhan baru. Strategi inni dalam pembangunan wilayah telah dijalankan oleh DARA,KEJORA, dan KETENGAH. Setrusnya Bandar baru Kulim juga diwujudkan untuk tujuan Perindustrian dimana banyak Kawasan perindustrian yang di bina terutamanya taman perindustrian kulim (Kulim Hi-Tech Park) iaitu Taman Teknologi Tinggi Yang Pertama di Malaysia. Melalui pembinaan taman ini ianya telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan memajukan sektor perkidmatan di kawasan tersebut. Sektor pembuatan menjadi satu pemacu pertumbuhan kukuh bagi Koridor Utara. Sektor ini merupakan penyumbang kedua terbesar KDNK Koridor Utara dengan sumbangan sebanyak 34% kepada KDNK wilayah pada tahun 2000 - setanding dengan gambaran keseluruhan Malaysia di mana sektor ini menyumbangkan 35% kepada KDNK nasional.

4.3Bandar Baru Bangi4.3.1Perkembangan Bandar Baru BangiBandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit (West Country Estate) yang berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan pada tahun 1974 setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 1972-1978. Proses pengambilannya dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan 11,040 unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat.Perancangan bandar satelit ini yang juga merupakan bandar kedua terbesar selepas Shah Alam, adalah berdasarkan perancangan bersepadu yang dijangka mampu meneruskan pembangunan yang bukan sahaja dapat menampung kediaman 60,000 orang penduduk, tetapi juga menyediakan aktiviti komersil, perindustrian, perniagaan, institusi latihan, rekreasi dan pendidikan. Ini adalah sesuai dengan saranan Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada masa itu, untuk mengubah perspektif masyarakat, dan ekonomi Malaysia daripada Pertanian kepada Industri. Dengan itu, Ladang-ladang kelapa sawit dalam daerah Hulu Langat ini dipilih sebagai kawasan penempatan baru. Berkonsepkan Bandar Taman, kawasan lapang seluas 82 ekar dilengkapi dengan sistem dua lengkongan jalan besar dan lorong-lorong jalan kaki dan berbasikal yang menyambungkan aktiviti-aktiviti di antara satu sektor dengan yang lain. Bandar Baru Bangi telah dibahagikan kepada 16 Seksyen.Sebagai sebuah bandar terancang yang dibina pada tahun 1970-an, bandar ini dilengkapi dengan zon perumahan, zon perniagaan, zon rekreasi dan zon perindustrian. Zon perindustrian ini dinamakan Kawasan Perindustrian Bandar Baru Bangi. Banyak kilang didirikan di sini kerana premium tanah yang rendah dan dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih. Antara kilang yang ada di sini ialah Sony, Hitach,Upha, Sapura, Datapos dan sebagainya. Bandar Baru Bangi menjadi pusat petempatan kerana terdapat pelbagai jenis ekonomi seperti perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. 4.3.2Fungsi Bandar Baru BangiSebagai sebuah bandar satelit, kerajaan telah merancang kawasan ini sebagai kawasan yang berfungsi sebagai pusat pendidikan. Sebagai contohnya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dibina di kawasan ini iaitu di Bandar Baru Bangi. Selain UKM, banyak pusat latihan turut dibina iaitu Malaysian France Institute, German Malaysian Institute, Institut Kemahiran Mara, NIOSH, ILKAP dan sebagainya. Beberapa buah sekolah menengah juga terdapat di kawasan ini seperti SMK Jalan Tiga, SMK Jalan Empat dan SMK Bandar Baru Bangi dan lain-lain. Pembinaan pusat pendidikan ini turut meningkatkan migrasi luar ke Bandar Baru Bangi.Bandar Baru Bangi telah menjadi pusat pentadbiran daerah bagi semua kawasan kampung dan bandar-bandar kecil di Mukim Kajang. Hal ini dapat dilihat dengan wujudnya Majlis Daerah Hulu Langat yang ditempatkan di Seksyen 16. Majlis Daerah Hulu Langat menjalankan fungsi mengutip cukai tanah dan hal-hal lain yang bersangkutan dengan pentadbiran di sekitar kawasan Hulu Langat. Antara kawasan yang ditadbir melalui Majlis Daerah ini termasuklah kawasan Bangi Lama, Semenyih, Beranang, Bukit Mahkota dan sebagainya. Di sini juga terletaknya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) iaitu di Seksyen 8. Perbadanan ini menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran perumahan, perparitan, susun atur bandar dan sebagainya bagi seluruh Daerah Hulu Langat.Satu lagi fungsi kawasan petempatan di Bandar Baru bangi adalah sebagai kawasan perindustrian. Hal ini terbukti dengan wujudnya Zon Kawasan Perindustrian yang terletak di Seksyen 16. Antara syarikat yang mendirikan kilang di kawasan perindustrian ini ialah Sony, Hitachi, Upha, Sapura, Onkyo, Denso dan sebagainya. Satu lagi kawasan perindustrian yang baru dimajukan ialah Kawasan Perindustrian Selaman. Pembinaan kawasan industri ini telah menarik penduduk dari kawasan lain untuk berhijrah ke Bandar Baru Bangi dan meningkatkan jumlah penduduk di kawasan ini. Akibatnya saiz kawasan petempatan di kawasan ini semakin berkembang.

4.4 Bandar Jengka, Pahang4.4.1Perkembangan Bandar JengkaPembangunan Bandar baru akibat daripada pembangunan wilayah yang berlaku di kawasan pantai timur ialah Bandar Jengka, Pahang Darul Makmur. Kebanyakan bandar baru jenis bandar baru luar bandar dibangunkan di kawasan luar bandar sebagai satu strategi untuk memperbandarkan kawasan-kawasan yang mundur di luar bandar. Pembangunannya adalah berasaskan kepada sumber asli seperti pertanian dan perhutanan. Bandar Jengka merupakan Bandar baru luar bandar yang telah dibangunkan oleh kerajaan. Ciri- ciri bandar ini dirancang dengan mengekalkan ciri-ciri asal keadaan di mana penghuni bandar berada sebelum ia datang ke bandar baru ini. Ini menunujukkan bandar ini masih mengekalkan ciri-ciri kedesaan atau kekampungan. Bandar Jengka ini merupakan sebuah bandar baru di negeri Pahang. Dikenali sebagai Segi Tiga Jengka atau FELDA Jengka. Bandar Jengka juga dikenali sebagai Bandar Tun Razak. Bandar ini terletak 55 kilometer dari Bandar Maran dan 127 kilometer dari Bandar Kuantan. Keseluruhan bandar ini merupakan kawasan operasi Majlis Daerah Maran. Bandar Jengka terdapat yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25 berdasarkan pembukaan kawasan yang baru. Setiap kawasan penempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai peneroka felda manakala isterinya dipanggil Penerokawati dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pengurusan Felda. Bandar Jengka Segi Tiga, menurut Howard (1985), ialah perancangan yang menyelerak secara seimbang, dalam mana menggalakkan migrasi industri yang terancang dan penduduk ke bandar-bandar yang bersaiz seimbang dengan kemudahan asas, peluang-peluang pekerjaan dan kemudahan riadah.

4.4.2Fungsi Bandar JengkaMenurut Golany (1978), bandar baru dapat menolong pembangunan Negara dalam pelbagai cara. Proses pembandaran yang pesat berlaku pada Bandar Jengka membantu proses pembangunan wilayah di Malaysia.dahulunya, Bandar Jengka ialah kampung kecil yang telah diterokai secara besar-besar akibat pembukaan tanah yang dilaksanakan oleh kerajaan. Oleh sebab itu, pembukaan kawasan ini telah menarik minat migrasi penduduk dari pelbagai tempat dan negeri untuk mendiami kampung baru ini. Bandar Jengka merupakan tanah pamah yang luas dan ini memudahkan penerokaan tanah. Bandar Jengka menjadi bandar pertanian iaitu pengeluaran kelapa sawit dan getah. Fungsi utama Jengka ialah penanaman kelapa sawit dan getah untuk menjanakan pendapatan Negara Malaysia. Pembinaan kilang yang banyak untuk memproseskan getah dan kelapa sawit. Selain itu, perkembangan bandar Jengka yang cepat ini telah memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Ini sekali gus dapat mengurangkan kadar pengganguran dan kemiskinan di bandar Jengka ini. Sebagai contoh, pekerjaan yang ditawarkan ialah pengait kelapa sawit, pemandu lori, pekerja kilang dan sebagainya. Pembangunan ekonomi yang ketara mempercepatkan proses pembandaran sehingga membantu proses pembangunan wilayah Jengka menjadi lebih maju. Disamping itu, Bandar Jengka juga mempunyai pusat pendidikan iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka di Pahang. Pembukaan IPTA ini telah membantu proses pembangunan wilayah Jengka. Kehadiran pelajar dari pelbagai negeri memberi penumpuan kepada pembangunan Jengka itu sendiri kerana pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk Felda seperti kemudahan kesihatan, premis perniagaan, perpustakaan dan sebagainya telah memudahkan segala urusan kehidupan masyarakat luar bandar ini.Pembinaan jalan raya telah menggantikan jalan merah atau denai mempermudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat lain. Pembinaan lebuh raya menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Pantai Barat telah mempercepatkan kadar pegerakan penduduk. Ini memudahkan penduduk berhubungan dengan penduduk luar yang lebih maju. Hal ini sekali gus, telah meningkatkan mobiliti penduduk dan darjah ketersampaian lebih tinggi. Perkembangan ini juga telah membantu pembangunan wilayah di Jengka. 4.5 Bandar Kerteh, Terengganu4.5.1 Perkembangan Bandar KertehKerteh diklasifikasikan sebagai bandar baru berasaskan fungsi khas. Bandar baru jenis ini dibina dengan tujuan untuk memenuhi objektif utama sahaja seperti perlombongan, pelabuhan, perindustrian dan sebagainya. Ciri-ciri bandar ini tidak banyak berbeza dengan bandar lain. Perbezaannya hanya berkisar dari segi ekonomi bandar ini. Bandar Kerteh merupakan bandar baru yang berasaskan petroleum. Ciri-ciri bandar ini agak sama dengan bandar baru yang dipinggir bandar dan bandar baru dalam bandar raya. Kerteh, Kemaman terdapat beberapa kampung yang didiami oleh kaum melayu. Merupakan kampung nelayan yang dihuni oleh penduduk yang yang bekerja sebagai nelayan. Kerteh membangun hasil daripada hasil penemuan petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh. Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai City of Light di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari kawasan Perindustrian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.4.5.2 Fungsi Bandar KertehPelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh. Antaranya, ialah Bandar Seri Kerteh, Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan perindustrian Petronas, Pelabuhan Kerteh, Loji Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Rantau Mall Kerteh, Stadium, dan sebagainya. Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di seluruh negeri Pantai Timur.Bandar Kerteh juga adalah bandar baru hasil pembangunan wilayah Koridor Kemaman-Dungun, Terengganu. Kerteh menjadi tumpuan peluang pekerjaan kerana pembukaan pelantar-pelantar minyak di laut dan darat. Ini menggalakkan migrasi penduduk dari seluruh Malaysia dan juga luar Negara. Sektor perlombongan petroleum dan gas asli yang pesat telah menggalakkan pertumbuhan penduduk sehingga telah mewujudkan Kerteh sebagai bandar baru. Kemajuan yang pesat ini membantu proses pembangunan wilayah di sekitar Kerteh termasuklah bandar Paka juga yang turut tempiasnya. Sumber alam yang kaya iaitu petroleum dan gas asli telah menjadikan Kerteh sebagai bandar perlombongan dan perindustrian yang maju. Perlombongan ini yang telah mewujudkan Kerteh sebagai bandar baru di Malaysia kerana pada zaman dahulunya hanyalah sebuah kampung nelayan. Kerana faktor penemuan petroleum dan gas asli, dasar kerajaan telah memajukan bandar ini sehingga menjadi bandar baru. Dasar kerajaan dan PETRONAS yang banyak membantu proses pembangunan wilayah di Kerteh ini. Selain itu, Kerteh juga telah menjadi maju dengan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur dibina. Pelbagai kemudahan infrastruktur dibina telah memenuhi kehendak penduduk di Kerteh sehingga meningkatkan status kehidupan penduduk disana. Ini telah membantu proses pembangunan wilayah di bandar Kerteh. 4.6Bandar Bintulu, Sarawak4.6.1 Perkembangan BintuluBahagian Bintulu merupakan bahagian ketiga terbesar di Sarawak menghadap Laut China Selatan. Bintulu pada asalnya, hanya sebuah Kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk, dan belacan. Bintulu kini muncul sebagai bandar baru dan kini telah menjadi Bandaraya Bintulu. Bandaraya Bintulu telah membangun dengan pesat kerana penemuan gas asli di perairan pantainya. Bintulu mempinyai keluasan 7,220.4 km persegi. Sebuah loji pemprosesan gas asli iaitu Malaysia LNG Sdn Bhd telah dibina di Bintulu. Malaysia telah menjadi pengeksport gas asli terbesar dunia dan MLNG turut memiliki loji bagi penukaran gas asli kepada produk minyak sintetik terbesar di dunia yang dikenali sebagai Shell Middle Distillate Synthesis (SMDS). Ia menggalakkan kepada pembangunan lain-lain sektor yang diperlukan. Pelabuhan Bintulu di Bandar Tanjung Kidurong turut dibina dan berkembang maju. Dahulunya, hanyalah sebuah hutan rimba. Pelabuhan ini bersebelahan dengan loji MLNG. Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada tahun 1981 bagi melicinkan pembinaan pelabuhan serta tanggungjawab dalam pengendalian dan penjagaan pelabuhan. Semua kontrak pembinaan utama telah disiapkan mengikut jadual dengan memakan kos berjumlah RM600 juta.Terdapat juga kilang Asean Bintulu Fertilizer yang membekalkan baja urea dan lain-lain kepada petani di Malaysia dan juga Negara ASEAN. Penemuan simpanan gas asli di pesisiran pantai Bintulu pada tahun 1969, kajian telah dibuat pada tahun 1975 mendapati Tanjung Kidurong adalah tempat yang sesuai bagi pelabuhan laut yang pertama di Sarawak. Menyedari potensi perindustrian dan perlombongan di Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada tahun 1978 untuk menjalankan pembangunan infrastruktur, juga sebagai penyelaras dan penggalak pelaburan kawasan perindustrian. Bermula tahun 1979, Bintulu telah mengalami pembangunan industry yang luar biasa. Terkini, Bintulu telah menjadi pusat pertumbuhan industri di Sarawak dan telah mencapai status sebagai Bandar Raya Bintulu. Bintulu kini dalam perancangan untuk dijadikan sebagai Bandaraya Metropolitan terbesar , teratur, terancang, dan selesa oleh BDA. Bintulu telah menjadi bandaraya ketiga selepas Bandaraya Kuching dan Bandaraya Miri. Kini denga pelaksanaan Koridor Tenaga Yang Telah Diperbaharui Sarawak (SCORE), ia dilihat mempercepatkan lagi transformasi bandar Bintulu menjadi sebuah bandaraya. Perkembangan bandar Bintulu ini telah membantu dalam proses pembangunan wilayah amnya di Malaysia kerana telah meningkatkan pendapatan Negara. 4.6.2Fungsi Bandar BintuluDi bawah kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang akan menarik minat pelaburan berbilion ringgit dan pastinya, pelabuhan Bintulu akan memperolehi manfaat. Pelabuhan Bintulu dikawal selia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu termasuklah untuk industri petroleum dan gas asli di samping menguruskan pelbagai kargo seperti kontena, kargo am, pukal dan lain-lain lagi. Sebagai pelabuhan bertaraf dunia, khususnya dirantau BIMP-EAGA, pelabuhan Bintulu sentiasa mempertingkatkan kualiti serta kemudahan sedia ada. Pelabuhan ini ialah pelabuhan serbaguna paling moden dan cekap di rantau Asia Tenggara.Di Bintulu juga, terdapat pusat pendidikan iaitu Kampus Universiti Putra Malaysia cawangan Bintulu. Ini merupakan destinasi pendidikan tinggi di Negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Kampus ini berasaskan matlamat ketiga pelan Strategi UPM 2001-2010 iaitu meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian serta boisumber terkemuka di peringkat antarabangsa. Selain itu, SMK Bintulu merupakan sekolah tertua dan terbesar dan dapat menampung pelajar dari tingkatan 1 sehinggan tingkatan 6. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang menunjukkan prestasi yang terbaik di Sarawak dalam peperiksaan umum.Bandaraya Bintulu juga mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi. Bintulu mempunyai lebih daripada 40 gelanggang badminton, tenis, skuash, sepak takraw, bola sepak, bola tampar dan hoki. Selain itu, Bintulu juga mempunyai 3 buah kolam renang awam termasuklah kolam renang BDA berdekatan Dewan Suarah, sebuah stadium tertutup dan stadium terbuka yang terletak di Jalan Tanjung Kidurong.Padang golf 18 lubang di Bintulu bukan sahaja sebuah padang golf yang mencabar tetapi mempunyai pemandangan yang menarik di sini. Padang Golf ini dikendalikan oleh Kelab Golf Bintulu yang mempunyai bangunan sendiri sebagai pusat operasi.Bintulu juga terkenal dengan pelancongannya. Pelancong akan singgah di Bintulu dahulu sebelum berkunjung ke Taman Negara Niah atau Taman Negara Similajau. Selain itu, mempunyai Tugu Dewan Undangan Negeri, City Point Mall, Pasar Utama Bintulu, Taman Tumbina, dan sebagainya. Ini menarik pelancong asing dan dalam negeri untuk berkunjung ke BIntulu.Perkembangan Bandar Bintulu sehingga menjadi Bandaraya Bintulu adalah akibat penemuan sumber alam gas asli telah mennyebabkan Bintulu menjadi begitu maju. Perkembangan ini telah membantu proses pembangunan wilayah di Malaysia terutama dalam SCORE. Dimana, Bintulu terlibat dalam SCORE dan sekali gus mempercepatkan perkembangan bandar.5.0 Implikasi Perkembangan Bandar Baru Dalam Membantu Proses PembangunanWilayah5.1 Meningkatkan KDNK dan Pendapatan NegaraPerkembangan bandar baru yang sangat pesat dipengaruhi oleh sektor ekonomi di setiap bandar baru di Malaysia. Struktur ekonomi yang pesat terutama di Bandar Jengka, Bandar Kerteh dan Bandaraya Bintulu telah membantu meningkatkan pendapatan Negara dan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Penemuan petroleum di luar pantai Terengganu dan Sarawak telah memberi peluang kepada untuk struktur ekonomi diubah semula. Perubahan ekonomi yang berlaku di bandar ini telah memberi impak terhadap sosioekonomi penduduk yang menyumbang kepada proses pembangunan yang giat sehinggakan mewujudkan bandar baru. Sebagai contoh, KDNK Terengganu mangalami peningkatan KDNK dari RM 2.1 billion pada tahun 1980 kepada hamper RM 14.3 bilion pada tahun 2000 adalah suatu pencapaian yang baik akibat daripada perlombongan petroleum dan gas asli di Kerteh. Hal ini juga telah meningkatkan pendapatan Negara. Selain itu, Bintulu juga merupakan mengeksport gas asli terbesar Asia Tenggara sekali gus menarik perhatian pelaburan asing dan dapat meningkatkan kadar pendapatan Negara. Bandar Jengka pula mengeluar antara kawasan pengeluar terbesar hasil kelapa sawit dan getah. Malaysia merupakan pengeksport terbesar dunia kelapa sawit dan ini meningkatkan pendapatan Negara. Kesannya, peningkatan pendapatan ini dapat membantu proses pembangunan wilayah. 5.2 Infrastruktur Dan Kemudahan Sosial MajuPelbagai kemudahan telah dibangunkan di Kerteh. Antaranya, ialah Bandar Seri Kerteh, Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan perindustrian Petronas, Pelabuhan Kerteh, Loji Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Rantau Mall Kerteh, Stadium, dan sebagainya. Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk Felda Jengka seperti kemudahan kesihatan, premis perniagaan, perpustakaan, klinik 1 Malaysia dan sebagainya telah memudahkan segala urusan kehidupan masyarakat luar bandar ini.Pembinaan jalan raya telah menggantikan jalan merah atau denai mempermudahkan pergerakan penduduk dari satu tempat ke tempat lain. Lapangan terbang Bintulu banyak mengendalikan penerbangan para kakitangan yang terlibat dalam industri petroleum dan gas asli. Kemudahan kewangan seperti bank, perumahan, hiburan dan sebagainya dapat diperolehi di setiap bandar kerana ini merupakan usaha kerajaan dalam membangunkan wilayah dan bandar tersebut. Kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan telah akibat perkembangan bandar baru telah membantu proses pembangunan wilayah di Malaysia.5.3 Mengurangkan Jurang Pembangunan Antara WilayahDalam sistem bersepadu, pusat-pusat bandar saling bertindak dan bergantung fungsi sebagai fungsi antara satu sama lain dalam keadaan masing-masing mendapat faedah pusat yang lain. Menurut Venables (2005) ,Globalisasi ekonomi telah menggalakkan pembangunan menumpu di pusat pertumbuhan utama. Ini menyebabkan meningkatnya jurang pembangunan wilayah dan kelas sosial. Bagi megurangkan jurang pembangunan antara wilayah, pelbagai usaha dilakukan termasuklah menggalakkan pelaburan di kawasan yang kurang maju. Pembukaan kawasan Bandar jengka dan Bandar Kerteh yang mempunyai sumber asli sendiri telah menggunakan pendekatan pusat pertumbuhan. Konsep koridor pembangunan adalah satu pendekatan untuk memajukan sebuah wilayah yang berbentuk jaluran. Semenanjung Barat Malaysia ialah bandar Nilai, Bandar Bangi dan Kulim lebih cepat maju disebabkan sektor perkhidmatan dan perniagaan. Hal ini kerana, Semenanjung Barat Malaysia lebih maju berbanding Pantai timur, Sabah dan Sarawak. Justeru, penemuan sumber asli seperti petroleum, gas asli, kelapa sawit dan getah dapat mennyeimbangi pembangunan wilayah di Malaysia. 5.4 Pelbagai Sektor Ekonomi Yang WujudPerkembangan bandar baru akibat daripada pembangunan wilayah telah menghasilkan pelbagai sektor ekonomi. Sebagai contoh, bandar Jengka mempunyai sektor pertanian, perniagaan, sektor perkilangan, dan sebagainya. Pelbagai sektor ini telah mweujudkan sektor hiliran sebagai contoh kilang kasut, minyak masak, marjerin, kilang sabun dan sebagainya hasil daripada pengeluaran kelapa sawit dan getah. Pengeluaran kilang kimia pula hasil daripada perlombongan petroleum dan gas asli. Manakala, berbeza pula dengan bandar Bangi dan Nilai yang lebih memfokuskan kepada sektor perkhidmatan dan perniagaan seperti, firma peguaman, spa, salun, klinik, dan sebagainya yang lebih memberi keuntungan kepada penduduk di sekitarnya. Bandar Kulim pula merupakan terkenal dengan sektor perindustrian terutama pengeluaran automobil utama di Malaysia. Bandar Kulim merupakan bandar kedua tertinggi KDNK selepas Pulau Pinang dalam wilayah utara. Kewujudan pelbagai sektor ini telah menyebabkan bandar menjadi maju dan membantu proses pembangunan wilayah di sesuatu tempat itu.5.5 Keseimbangan Pembangunan NegaraSecara umumnya, pembangunan wilayah adalah menyelesaikan masalah ketidakseimbangan pembangunan Negara antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pembangunan Negara tidak seimbang antara Negeri Pantai Barat dan Negeri Pantai Timur. Faktor ketidakseimbangan ini adalah disebabkan oleh penjajah yang telah mengeksploitasikan sumber alam Negara ketika itu. Selain itu, ketidakseimbangan ekonomi antara kaum juga dimana kaum Melayu miskin berbanding kaum Cina dan India. Selepas kemerdekaan, kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru(DEB) bagi menyusun semula masyarakat dan mengimbangi semula pembangunan Negara dengan pembukaan tanah baru. Penerokaan tanah secara besar-besaran terutama kawasan Felda telah mengimbangi pembangunan Negara terutama di kawasan pedalaman dan ekonomi kaum melayu. Kini, bandar baru Jengka mempunyai pelbagai kemudahan dan peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat. Justeru itu, perkembangan bandar baru adalah untun mengatasi masalah ketidakseimbangan pembangunan melalui pembangunan wilayah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan.

6.0 KesimpulanProses pembangunan wilayah di Malaysia semakin maju dan cepat akibat daripada perkembangan bandar baru yang pesat terutama dari sudut ekonomi. Pembangunan Bandar-bandar baru dalam kawasan pembangunan wilayah merupakan salah satu alternatif kepada pendekatan pembangunan bamdar dan wilayah. Konsep pembangunan wilayah adalah berasaskan kepada konsep pemusatan yang mana Bandar-bandar baru dibangunkan di tengah-tengah tapak sesuatu kawasan tadahan yang terdiri daripada beberapa projek oleh pihak kerajaan. Segala kemudahan infrastrutur Bandar dan kemudahan sosial disediakan di pusat Bandar. Keberkesanan dan kejayaan pendekatan Bandar baru dalam pembangunan Negara bergantung kepada sejauh manakah perancangannya. Bandar baru sangat maju terutama dalam segi sektor ekonomi.Bandar baru Bangi, Kulim, Nilai, Jengka, Bintulu, dan Kerteh telah membuktikan bahawa sesbuah tempat itu dapat mencapai kemajuan jika mempunyai perancangan yang baik terutama dari pihk kerajaan. Perkembangan setiap Bandar ini telah membantu proses pembangunan wilayah di Malaysia. Secara keseluruhannya, pendekatan pembangunan Bandar baru yang dilaksanakan di wilayah ini telah menunjukkan bahawa Bandar baru boleh memainkan peranannya dalam pembangunan wilayah seperti meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di kawasan mundur, membandarkan penduduk-penduduk di kawasan desa atau pendalaman wilayah ini. Kesimpulannya, perkembangan Bandar baru telah membantu proses pembangunan wilayah di Malaysia terutama dari segi sosial, dan ekonomi. Pembangunan wilayah ini menyebabkan berlaku pertumbuhan penduduk yang cepat. Dengan pesatnya Bandar baru menyebabkan keseimbangan pembangunan Negara di semua negeri di Malaysia terutama kawasan pedalaman untuk menjadi kawasan maju. Dengan ini, harapan Malaysia menjadi status Negara maju dan pendapatan tinggi menjelang tahun 2020 dan mencapai Wawasan 2020 akan tercapai.

7.0 RujukanAbdul Samad Hadi, Abdul Hadi Harman Shah, Ahmad Fariz Mohamed dan Shaharudin Idrus (2006). Mencari kelesterian bandar kecil. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Dani Salleh (2008). Urbanisasi perancangan dan kawalan. Kedah: Universiti Utara Malaysia.Ghani Salleh (2000). Urbanisation and regional development in Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.Hasnah Ali (1991). Ekonomi wilayah : teori dan amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Ngah dan Rahmat Azam Mustafa (1991). Pengenalan perancangan pembangunan wilayah. Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia.Katiman Rostam, Asmah Ahmad, Sulong Mohamad, Mohd Fuad Mat Ali Dan Mohd Azlan Abdullah (2006). Transformasi desa-bandar : koridor Kemaman- Dungun, Terengganu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.Lim Heng Kow (1979). The evolution of the urban system in Malaya. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.Rosli Buyung (1985). Dasar, halacara, dan strategi bagi pembangunan bandar-bandar baru. Kuala Lumpur: JPBD.