proses pembentukan kata dalam bahasa melayu

12
1.0 Proses Pembentukan Kata Menurut Ab. Razak Ab. Karim. (1997), bentuk kata ialah unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan sesuatu kata. Pembentukan kata pula menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) dalam buku Tatabahasa Dewan edisi baharu ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kata lain yang lebih mudah, proses ini bermaksud cara sesuatu morfem disusun untuk diterbitkan daripada bentuk dasarnya kepada perkataan yang bermakna. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses mengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) lagi, terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itu melalui proses- proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan. 1.1 Proses Pengimbuhan Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan,

Upload: alhaadi-ismail

Post on 11-Jan-2016

115 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Morfologi - Proses Pembentukan Kata

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

1.0 Proses Pembentukan Kata

Menurut Ab. Razak Ab. Karim. (1997), bentuk kata ialah unit tatabahasa sama ada

berbentuk tunggal atau hasil daripada pengimbuhan, penggandaan atau pemajmukan

sesuatu kata. Pembentukan kata pula menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) dalam buku

Tatabahasa Dewan edisi baharu ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan

sistem morfologi bahasa itu. Dalam kata lain yang lebih mudah, proses ini bermaksud cara

sesuatu morfem disusun untuk diterbitkan daripada bentuk dasarnya kepada perkataan

yang bermakna.

Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi itu

dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan,

dan pengakroniman. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai

proses mengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh

diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Nik Safiah Karim et.al (2008) lagi, terdapat

empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu bentuk kata tunggal,  bentuk kata

terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya

dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu

perkataan itu melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.

1.1 Proses Pengimbuhan

Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk

dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau

bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk

dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang

dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-

bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam

imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan,

morfem kosong dan bentuk fleksi. (Tatabahasa Dewan:2004)

Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar

untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,

akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan

Page 2: Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata

kerja, dan kata adjektif. (Abdullah Hassan:2004)

Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses

penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam

kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan

pengimbuhan. (Nik Safiah Karim:1996)

Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya,

imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu

proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan

dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu

perkataan yang membawa konsep yang baharu. (Raminah Hj. Sabran dan Rahim

Syam:1985)

1.2 Jenis-Jenis Imbuhan

Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur

yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-

imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.

1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu

Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat

dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

Page 3: Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

2.03.04.05.06.07.08.09.0

10.011.012.013.014.015.0

Rajah 1 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Bahasa Melayu Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.2.1.1 Awalan

Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya.

Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain.

Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

Bentuk-Bentuk Imbuhan

Kata Nama Kata Adjektif

Kata Nama Kata Kerja

Apitan

Fleksi

Tidak Wujud

dalam BM

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif

Tidak Wujud

dalam BM

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif

Morfem kosong

Sisipan

Akhiran

Awalan

Page 4: Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

1.2.1.2 Akhiran

Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar)

dalam pemakaian. Misalnya –kan dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i.

1.2.1.3 Apitan

Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir

serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i

dalam di+ikut+i,

1.2.1.4 Sisipan

Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-,

em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling

dan –em-, dalam g+em+uruh.

1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu

Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan

mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah :

1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit

Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke

dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah

menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua

jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.

Awalan Akhiran

maha maharaja man seniman

tata tatabahasa man budiman

pra prakata wan angkawan

Page 5: Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

swa swadaya wan jelitawan

tuna tunabusana wati olahragawati

eka ekabahasa wati seniwati

dwi dwitahunan nita karyanita

tri tribulan nita biduanita

panca pancaindera

1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi

Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam

ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab

telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi

unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-

bentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa

Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

Awalan Akhiran

bi- biadap -wi duniawi

bilazim -i abadi

binormal -iah lahiriah

-in hadirin

munafikin

-at hadirat

munafikat

-ah qariah

solehah

Page 6: Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris

Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal

daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi

sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-,

mono-, poli-, auto- dan supra-.

Awalan Akhiran

pro- probarat -isme sosialisme

anti- antikerajaan -isme nasionalisme

poli- poliklinik -ik prolifik

auto- autograf -ik saintifik

sub- subbidang -si sensasi

supra- supranasional -si revolusi

hetero- heterograf -al praktikal

heksa- heksagon -al klinikal

hidro- hidrolisis -is potensi

homo- homogen -is praktis

hiper- hiperbola

kilo- kilometer

makro- makrolinguistik

infra- intrajabatan

inter- intervokal

Page 7: Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

1.3 Kata Ganda

Menurut Ilias Zaidi (1991), penggandaan ialah pengulangan sebagaian ataupun seluruh kata

dasar bagi sesuatu perkataan dan penggandaan ini boleh dipecahkan kepada dua iaitu

penggandaan tulen dan penggandaan rentak. Siti Hajar Abdul Aziz (2008) pula berpendapat

bahawa kata ganda ialah kata dasar yang mengalami proses pengulangan dan proses

pengulangan ini berlaku dalam dua cara iaitu melibatkan seluruh kata dasar. Contohnya ialah

ayam-ayam, semut-semut, buku-buku, lelaki-lelaki dan makan-makan. Menurut Pedoman

Umum Ejaan Bahasa Melaysia (1977) kata ganda yang mengalami proses pengulangan

sepenuhnya perlu ditulis menggunakan sempang.

Proses yang kedua pula melibatkan pengulangan pada sebahagian kata dasar sahaja.

Misalnya jejari, lelaki, jejantas, pepatung dan sesiku. Semua kata dasar ini sebenarnya boleh

terdiri daripada semua golongan kata yang ada dalam bahasa Melayu iaitu kata nama, kata

kerja, kata sendi nama dan kata adjektif. Namun begitu, pengulangan kata dasar atau nama

lainnya kata ganda ini lebih banyak dilihat pada kata nama.

1.3.1 Penggandaan penuh

Menurut Abdullah Hassan (1987), penggandaan penuh ini ialah apabila sesuatu bentuk

dasar itu diulang dengan sepenuhnya tanpa sebarang perubahan. Gandaan berlaku pada

seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda

sempang (-). Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata

keterangan.

Gandaan kata nama Gandaan Kata kerja Gandaan Adjektif /sifat

Buku-buku

Lembu-lembu

Murid-murid

Kawan-kawan

Cacing-cacing

Baring-baring

Pandang-pandang

Jalan-jalan

Usik-usik

Lari-lari

Manis-manis

Besar-besar

Awal-awal

Bulat-bulat

Lazat-lazat

Jadual 1 Penggandaan penuh

Page 8: Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

1.3.2 Kata Ganda Separa

Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dab Ab. Rahim Selamat (1997), Kata ganda

separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.. Semua kata ganda

separa terdiri daripada kata nama. Contoh kata ganda separa:

Kata dasar Kata ganda separa

Kunyit

Tulang

Riang

Sendi

Lada

Kukunyit

Tetulang

Reriang

Sesendi

Lelada

Jadual 2 Penggandaan separa

1.3.3 Kata Ganda berentak

Menurut Hamedi Mohd Adnan (1992), penggandaan berentak ialah proses

menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Hal sama

dengan pendapat Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994) yang menyatakan kata ganda

berentak digandakan dengan bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu dalam sesuatu

perkataan dasar. Dalam penggandaan itu, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi

tertentu diulang dan diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikan,

maka penggandaan berentak dapat dibahagikan kepada tiga iaitu penggandaan berentak

pengulangan vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan penggandaan berentak

bebas. Penggandaan berentak bebas ini ialah penggandaan yang tidak mengandungi

persamaan pada bunyi vokal dan konsonan.

Page 9: Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu

pengulangan bunyi vokal Pengulangan Bunyi

konsonan

Pengulangan berentak

bebas

anak-pinak bolak-balik Licin-licau

calar-balar compang-camping Lintang-pukang

cerai-berai dolak-dalik Bukit-bukau

comot-momot gopoh-gapah Semak-samun

gotong-royong gunung-ganang Bengkang-bengkok

karut-marut haru-biru Porak-peranda

kaya-raya huru-hara Incang-incut

kuih-muih huyung-hayang Jongkang-jongket

pindah-randah kacau-bilau Simpang-siur

Jadual 3 Kata Ganda Berentak