proses endogenik (geografi)

24
PROSES ENDOGENIK

Upload: mamahani

Post on 25-Nov-2015

122 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pra

TRANSCRIPT

  • PROSES ENDOGENIK

  • kONsEp EnDogeNiKTenaga endogenik merupakan tenaga yang berpunca dari dalam kerak bumi.Wujud dalam lapisan mantel bumi yang menghasilkan berbagai fenomena di lapisan kerak bumi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, lipatan, gelinciran, gerakan tektonik termasuk juga proses metamorfosisme.

  • Terdapat beberapa punca utama yang menghasilkan tenaga endogenik: Tenaga graviti Tenaga haba Arus-arus perolakan yang panas Gelombang seismikGerakan dalam bumi dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Gerakan orogenik Gerakan epirogenik

  • HanYuTAn BeNUaTeoriMula diperkenalkan oleh ahli-ahli geologi dan geofizik lebih kurang 50 tahun yang lalu.Hipotesis awal diperkenalkan oleh Alfred Wegener(1910).Merupakan 1 revolusi di dalam kajian sains bumi dan telah mewujudkan 1 andaian berkenaan berlakunya proses geologi secara besar-besaran.

  • Hipotesis WegenerHanyutan benua adalah satu teori yang cuba menerangkan tentang kewujudan dan taburan benua-benua yang ada pada hari ini.Andaian Wegener : Bahawa benua-benua yang ada pada hari ini sebenarnya berasal daripada satu benu yang besar sahaja yang dinamakan sebagai PANGEA (Pan = all, Gea = earth) dan apabila berlakunya gerakan-gerakan di dalam kerak bumi Pangea akan berpecah-pecah dan bertaburan sepertimana yang ada pada hari ini.

  • Putaran bumi membekalkan tenaga tekanan yang cukup kuat untuk memisah dan menghanyutkan benua-benua selain daripada tenaga endogenik yang ada di dalam lapisan kerak bumi itu sendiri.Terdapat dua arah utama pergerakan hanyutan benua ini iaitu:Pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik yang ada di dalam bumiPergerakan dari kutub akibat tekanan ke atas benua yang seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas.

  • Terdapat dua daya utama yang wujud di dalam bumi yang boleh menggerakkan lapisan kerak bumi iaitu daya mampatan dan daya tegangan.Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas.Lapisan mantel yang panas dikenali sebagai astenosfera.Wegener mempercayai bahawa lipatan yang rencam ini adalah akibat daripada geseran menarikm yang wujud semasa benua melintasi di atas lapisan kerak batuan basalt.Wegener menyarankan bahawa apabila sesebuah benua bergerak ke hadapan maka di bahagian belakangnya akan terbentuk lautan yang baru.

  • Ahli-ahli geologi yang tertarik dengan pandangan Wegener seperti Alexander du Toit di Afrika Selatan dan Arthur Holmes di England telah mengemukakan beberapa bukti menarik bagi menyokong teori hanyutan benua ini.Bukti-bukti tersebut muncul dari pelbagai disiplin pengajian seperti:Bukti keselanjaran benuaBukti geologiBukti fosilBukti paleomagnetBukti oseanik

  • PLaT TeKtoNiKTeori Lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan yang dikenali sebagai plat. Plat ini boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu plat benua dan plat lautan. Plat benua ialah plat yang membawa benua manakala plat lautan ialah plat yang membawa lautan.

  • Terdapat 7 plat benua yang besar dan beberapa plat yang kecil.Plat benua yang besar: Plat pasifik Plat Amerika Utara Plat Amerika Selatan Plat Eurasia Plat Afrika Plat Indo-Australia Plat Antartika

  • Plat benua yang kecil: Plat Nazka Plat Cocos Plat Filipina Plat Karibia Plat Arab Plat Scotia

  • Plat lautan pula ialah seperti Plat Pasifik dan Plat Antartika.Plat-plat ini sentiasa bergerak disebabkan wujud pergerakan arus perolakan magma yang panas di lapisan astenosfera yan terletak di atas mantel bumi.Arus perolakan dalam magma mempunyai daya yang kuat untuk menggerakkan plat-plat yang terapung-apung di atas lautan magma itu.Pergerakan ini berlaku secara perlahan-lahan iaitu hanya beberapa sentimeter sahaja setahun.Kadar dan arah pergerakan tersebut juga berbeza-beza antara satu sama lain.

  • Plat-plat tektonik boleh bergerak dengan tiga cara iaitu secara pertembungan, secara pencapahan atau pemisahan, dan juga secara perselisihan.Pertembungan plat terjadi apabila 2 sempadan plat bertembung antara satu sama lain yang melibatkan pertembungan plat antara plat benua dengan plat benua, plat lautan dengan plat lautan atau plat benua dengan plat lautan.Apabila 2 plat lautan bertembung antara satu sama lain maka plat yang tumpat akan terjunam atau terbenam ke bawah.

  • Zon plat lautan yang terjunam dinamakan sebagai zon subduksi atau zon benam.Di zon ini terbentuk jurang lautan yang sangat dalam seperti Jurang Mindanao di Filipina yang terhasil menerusi pertembungan Plat Pasifik dengan plat Filipina.Plat yang terbenam ke bawah akan mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan tekanan yang sangat tinggi dalam mantel bumi.

  • Plat ini akan cair membentuk magma, magma ini pula akan bergerak ke luar ke permukaan kerak bumi di dasar laut membentuk barisan-barisan gunung berapi di dasar laut.Menerusi proses ataman(pengangkatan kerak bumi), lama kelamaan barisan-barisan gunung berapi ini akan timbul dan muncul di permukaan laut membentuk pulau dan rangkaian gunung berapi seperti di Kepulauan Jawa, Indonesia, Kepulauan Filipina & Kepulauan Jepun yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik.

  • Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua maka proses yang hampir sama juga berlaku.Plat lautan yang lebih tumpat berbanding dengan plat benua akan terbenam ke bawah dan mencair membentuk magma.Di sepanjang sempadan pertembungan antara plat lautan dengan plat benua tadi akan terdapat jurang lautan.Di bahagian plat benua akan termampat.Proses mampatan kerak bumi akan menghasilkan gunung lipat yang selari dengan jurang lautan tersebut.

  • Jika terdapat rekahan-rekahan di banjaran gunung lipat tadi, maka magma boleh keluar melaluinya sebagai fenomena gunung berapi di bahagian daratan/benua.Sebagai contoh: Pertembungan antara plat Nazca dengan plat Amerika Selatan yang menghasilkan Jurang Peru Chile dan Banjaran Andes sebagai gunung lipatnya.

  • Apabila pertembungan plat benua dengan plat benua maka pinggir kedua-dua plat tersebut akan dimampatkan dan terlipat.Proses ini berlaku kerana adanya kuasa tolakan dari kedua-dua arah plat yang bertembung tadi (tidak ada sempadan plat yang terbenam ke bawah kerana kedua-dua plat benua mempuyai ketumpatan yang sama).Lapisan kerak bumi akan terlipat membentuk banjaran gunung lipat.

  • Dalam pergerakan pencapahan, plat-plat akan terpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain.Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi, kesannya kawasan sempadan pencapahan yang akan merekah. Ini menyebabkan wujud satu garis kelemahan pada kerak bumi yang membolehkan magma yang panas dari lapisan mantel mengalir keluar.Jika plat lautan yang mengalami pencapahan ini, maka magma tersebut akan menyejuk dan membeku di dasar laut membentuk lapisan kerak yang baru dikenali sebagai pematang tengah lautan.

  • Pergerakan plat tektonik yang berlaku secara berselisih di sepanjang garis gelinciran(sesar) dinamakan sebagai sempadan neutral iaitu sempadan plat-plat yang tidak bertembung atau bergerak menjauhi antara satu sama lain tetapi sekadar berselisih dan bergeseran sahaja.Selain itu, fenomena yang sering berlaku ialah gempa bumi di mana gempa bumi merujuk kepada gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila tenaga dilepaskan akibat perselisihan atau geseran plat.Gegaran akan mengeluarkan gelombang seismik yang berbentuk bulatan bermula di pusat gempa tersebut.

  • Gegaran berlaku dalam 3 peringkat iaitu gegaran awal, gegaran utama dan gegaran penghujung.Geseran antara dua plat membolehkan tenaga terkumpul. Tenaga ini tidak boleh dipendamkan lagi dan terpaksa dilepaskan, akibatnya kerak bumi akan bergegar.

  • pERebAkaN DaSAr LaUtTeori Apabila magma yang panas dari lapisan mantel tertolak naik ke lapisan kerak bumi yang menjadi dasar lautan maka dasar lautan tersebut mengalami retakan. Tempat retakan ini dikenali sebagai sempadan pencapahan. Di sepanjang pencapahan ini, magma akan terus tertolak keluar dan memenuhi retakan tersebut dan magma ini akan membeku, seterusnya membentuk permatang di dasar laut.

  • Dasar lautan yang lama akan tertolak ke sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru terbentuk. Dengan perkataan lain, dasar lautan yang lama mengalami rebakan. Dibuktikan dengan mengkaji batuan di dasar lautan. Batuan yang terletak berhampiran dengan permatang lautan didapati lebih muda(baru) berbanding dengan batuan yang terletak lebih jauh dari permatang lautan(lama).kesimpulannya magma baru telah mengalir keluar dan membeku zon permatang atau sempadan pencapahan dasar laut tersebut.

  • THE END