kuliah 6 - proses endogenik; pergerakan di dalam kerak bumi

23
PROSES ENDOGENIK; PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI Tutorial 6

Upload: asmawi-abdullah

Post on 22-Jan-2018

644 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

PROSES ENDOGENIK;

PERGERAKAN DI DALAM KERAK BUMI

Tutorial 6

1 (a) Takrifkan maksud tenaga endogenik.[3]

Tenaga endogenik merupakan tenaga yang berpunca daripada dalam kerak bumi. Tenaga ini wujud dalam lapisan mantel bumi yang menghasilkan berbagai fenbmena di lapisan kerak bumi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, lipatan, gelinciran, dan proses metamorfosisme batuan.

1 (b) Bagaimanakah tenaga endogenik telahmenghasilkan pelbagai proses pergerakandalam kerak bumi. [6]

i. Tenaga yang terhasil dari arus perolakan yang panas di dalam mantel bumi berupaya menggerakkan plat-plat kerak bumi menyebabkan berlakunya pertembungan dan pencapahan plat yang menghasilkan gempa bumi.

ii. Tenaga haba dari magma yang panas – menyebabkan berlakunya letusan gunung berapi.

iii. Tenaga tekanan dari kiri dan kanan lapisan kerak bumi akan menyebabkan berlakunya perlipatan kerak bumi.

1 (c) (i) Apakah bentuk tenaga yang terhasil di bahagian X dalam rajah di atas? [2]

Tenaga haba dari lapisan astenosfera yang panas.

1 (c) (ii) Bagaimanakah tenaga X mempengaruhipergerakan plat-plat tektonik [4]

Arus perolakan yang panas di dalam lapisan x berupaya menggerakkan plat-plat kerak bumi menyebabkan berlakunya pertembungan dan pencapahan plat yang menghasilkan gempa bumi dan gelinciran kerak bumi.

1 (d) Takrifkan maksud hanyutan benua. [3]

Hanyutan benua adalah satu teori yang menerangkan tentang kewujudan dan taburan benua-benua yang ada pada hari ini. Benua yang wujud pada zaman dahulu mengalami pergerakan (tektonik plate), berpisah dan berpecah sehinggalah wujud taburannyaseperti hari ini.

1 (e) Selain keselanjaran benua, kenal pastiempat bukti lain yang menyokong teoriHanyutan Benua. [4]

i. Bukti geologi – kesamaan jenis dan usia batuan walaupun berada di benua yang berbeza.

ii. Bukti fosil – Fosil-fosil - haiwan yang ditemui juga mempunyai ciri-ciri yang sama dari segi jenis dan usia walaupun berada di benua yang berbeza.

iii. Bukti paleomagnet – kekutuban bumi. Penemuan perpindahan kutub utara benua ini juga membuktikan benua-benua mengalami pergerakan/hanyutan.

iv. Bukti oseanik – bukti mengenai bahan mendak/ sedimen lautan yang sama walaupun lautannya berbeza menunjukanberlakunya perluasan dasar lautan.

1 (f) Bagaimanakah daya mampatan dantegangan yang dialami oleh lapisan kerakbumi mempengaruhi proses orogenesisdan sesaran. [4]

i. Daya himpitan dan regangan yang dialami oleh lapisan kerak bumi menyebabkan terdapatnya blok bumi yang terangkat membentuk gunung bongkah dan ada blok bumf yang jatuh membentuk lurah gelinciran.

ii. Daya tolakan dari kiri dan kanan yang dialami oleh lapisan kerak bumi. Akibatnya ada lapisan kerak bumi yang akan terlipat membentuk banjaran gunung (lintap mungkum) dan ada lapisan kerak bumi yang terlendut/ lintap lendut yang membentuk lurah.

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan teoriplat tektonik. [3]

Teori yang menerangkan pergerakan lapisan kerak bumi yang dibahagikan kepada kepingan-kepingan yang disebut plat. Plat-plat ini digerakkan oleh arus-arus perolakan yang panas yang wujud di dalam lapisan mantel bumi.

2 (b) Bezakan antara plat benua dengan platlautan. [4]

I. Plat benua ialah plat yang membawa benua/daratan. Diantara plat-plat benua yang besar terdiri daripada PlatAmedlka Utara, Plat Amerika Selatan, Plat Eurasia dan Plat Afrika.

II. Manakala plat lautan ialah plat kerak bumi yang membawa lautan di atasnya. Antaranya seperti Plat Pasifik, Plat Indo-Australia dan Plat Antartika

2 (c) Jelaskan kesan yang akan terjadi ke ataslapisan kerak bumi akibat kedua-duabentuk pergerakan plat tektonik tersebut.

[4]

i. Pertembungan plat tektonik akibat pergerakan yang bertenangan akan menghasilkan gunung berapi dan gempa bumi.

ii. Percapahan plat membuatkan plat-plat terpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain. Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi. Tegangan ini menyebabkan kawasan di antar sempadan pencapahan merekah membentuk lurah dan jurang.

2 (d) Bagaimanakah gelombang seismic terhasil.[3]

Gelombang seismik ialah gelombang yang dikeluarkan oleh gempa bumi apabila kerak bumi mengalami gegaran. Akibat daripada pergerakan dan pertembungan plat tektonik, maka tenaga yang terkurung dibebaskan. Keadaan ini mewujudkan pula gelombang seismik yang melingkar keluar dari pusat gempa (epicenter).

2 (e) Bezakan fenomena gempa bumi dengantsunami. [4]

i. Gempa bumi adalah gegaran yang dialami oleh lapisan kerak bumi akibat pertembungan dan pencapahan plat-plat tektonik yang membebaskan gelombang seismik.

ii. Manakala tsunami ialah ombak besar yang terhasil apabila tenaga seismik dari gempa bumi dasar laut dipindahkan ke air laut yang mewujudkan gelombang ombak yang besar menuju ke pantai.

2 (f) Mengapakah berlakunya pelepasan tenagaseismik. [3]

Tenaga seismik yang terkurung di dalam lapisan kerak bumi akan dilepaskan apabila berlakunya pertembungan dan pencapahan plat-plat tektonik. Tenaga ini akan dilepaskan secara tiba-tiba.

2 (g) Berdasarkan rajah, jelaskan bagaimanagempa bumi dasar laut bolehmengakibatkan tsunami. [6]

i. Gegaran akibat daripada gempa bumi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan ombak yang besar yang disebut tsunami. Hal ini demikian kerana tenaga seismik yang dipindahkan ke permukaan laut mampu menghasilkan gelombang raksasa.

ii. Saiz ombak menjadi semakin tinggi apabila memasuki kawasan pantai yang cetek akibat daripada geseran dengan dasar pantai. Tenaga yang tinggi menyebabkan tsunami bergerak dengan laju ke pinggir pantai.

2 (h) Berdasarkan contoh-contoh yang khusus,jelaskan kesan tsunami terhadap alamsekitar manusia di zon pinggir pantai. [ 6]

i. Kemusnahan tempat kediaman penduduk; rumah dan bangunan akibat daripada hempasan ombak yang kuat dan besar.

ii. Nyawa penduduk terancam/kematian akibat arus ombak yang besar, kuat dan meluas.

iii. Kemusnahan infrastruktur – pelabuhan, jambatan,jalanraya dan rangkaian telekomunikasi musnah.

iv. Kemusnahan kawasan pertanian apabila dimasuki oleh air masin dari laut.

2 (i) Cadangkan langkah yang sesuai untukmengurangkan impak tsunami ke ataszon pinggir pantai. [4]

Penggunaan sistem amaran tsunami yang canggih seperti boya dan cepat menghantar maklumat kepada penduduk melalui pelbagai media terkini.

Penanaman hutan bakau di pinggir pantai untuk mengurangkan impak tsunami – kerana pokok bakau bersifat elastik.

1. Tenaga endogenik dari arus perolakan magma menghasilkan daya tolakan dari kiri dan kanan yang dialami oleh lapisan kerak bumi mempengaruhi proses perlipatan kerak bumi.

2. Tenaga endogenik dalam bumi juga menghasilkandaya himpitan dan regangan yang dialami oleh lapisankerak bumi yang mempengaruhi proses gelinciran/ sesaran.

3. Tenaga sesimik dari perlanggaran/pencapahan plat-plat tektonik. la akan membebaskan tenaga dangelombang seismik yang mampu menggegarkan danmeretakkan lapisan kerak bumi menerusi kejadiangempa bumi.

3 (a) Bagaimanakah tenaga endogenik

mempengaruhi aktiviti-aktiviti

tektonik di lapisan kerak bumi?

[10]

4. Tenaga endogenik dari haba yang panas/cairarnmagma akan mengeluakan asap, debu, piroklasdan lava dari lohong gunung berapi apabilaberlaku letusan gunung berapi/proses volkanologi.

5. Tenaga haba yang tinggi dan tekanan yang tinggijuga mempengaruhi proses metamorfosisme/ penjelmaan batuan khususnya batuan igneus danenapan yang akan berubah rupa dan bentuknya.

3 (a) Bagaimanakah tenaga endogenik

mempengaruhi aktiviti-aktiviti

tektonik di lapisan kerak bumi?

[10]

1. Bukti keselanjaran benua.

2. Bukti geologi.

3. Bukti fosil

4. Bukti paleomagnet

5. Bukti oseanik

3 (b) Huraikan bukti-bukti yang

menunjukkan kejadian hanyutan

benua pada zaman lampau dan kini.

[15]

Kejadian gempa bumi.

1. Di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi, wujud tenaga haba akibat daripada cairan batuan sehinggamenghasilkan arus-arus perolakan yang panas.

2. Arus perolakan tersebut sentiasa tertolak ke permukaanbumi dan menyebabkan lapisan kerak bumi di atasnya yang disebut plat-plat tektonik yang sentiasa bergerak.

3. Plat-plat bergerak dalam tiga cara, iaitu pertembungan,pemisahan (pencapahan), dan perselisihan plat.

4. Akibat daripada pergerakan dan pertembungan plat tektonik, maka tenaga yang terkurung dibebaskan. Keadaanini mewujudkan pula gelombang seismik yang melingkarkeluar dari pusat gempa (epicenter) menghasilkan gempabumi.

4 (a) Bagaimanakah gempa bumi dan

tsunami berlaku?

[9]

Kejadian tsunami

1. Gempa bumi yang berlaku didasar laut membebaskantenaga sesimik dan memindahkannya kepada air lautyang berada di atas lapisan kerak bumi berkenaan.

2. Tenaga seismik yang kuat ini akan mewujudkangelombang air laut yang besar dan bergerak ke pinggirpantai dengan kelajuan yang tinggi dari pusat gempa.

3. Semakin menghampin pantai, gelombang air lautmenjadi semakin besar akibat dasar pantai yang semakin cetek sehingga menghasilkan ombak yang 30 meter tingginya.

4. Ombak tsunami ini akan menghempas pinggir pantaidengan kuat.

4 (a) Bagaimanakah gempa bumi dan

tsunami berlaku?

[9]

Kesan persekitaran fizikal1. Pergerakan jisim2. Kenaikan dan penurunan aras laut3. Hakisan pinggir pantai4. Memusnahkan hutan pinggir pantai

Kesan persekitaran manusia1. Kemusnahan infrasrutktur2. Kemusnahan harta benda3. Impak ekonomi4. Kesan psikologi

4 (b) Bincangkan kesan gempa bumi dan

tsunami terhadap persekitaran

fizikal dan manusia.

[16]