prosedur operasi standard (sop) pengoperasian …

33
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN KAMPUS KESIHATAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) (Berkuatkuasa 16 April 2021) Dikeluarkan oleh: Nerve Centre COVID-19 Kampus Kesihatan & Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC) Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM

Upload: others

Post on 21-Oct-2021

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN KAMPUS KESIHATAN DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

(Berkuatkuasa 16 April 2021)

Dikeluarkan oleh:

Nerve Centre COVID-19 Kampus Kesihatan &

Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC)

Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM

Page 2: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

SOP PENGOPERASIAN KAMPUS KESIHATANDALAM TEMPOH PKP (DIKEMASKINI 16 APRIL 2021)

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

1. Prosedur Operasi Standard (SOP) berikut disediakan sebagai panduan pengoperasian Kampus Kesihatan dalamtempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 16 April 2021 seperti diumumkanoleh Menteri Kanan (Keselamatan) pada 14 April 2021.

2. SOP ini perlu dibaca, dirujuk dan difahami bersama SOP, garis panduan serta arahan-arahan lain daripada MajlisKeselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), JabatanPerkhidmatan Awam Malaysia (JPA) pengurusan Universiti Sains Malaysia (USM), Pihak Berkuatkuasa Tempatanserta lain-lain agensi berkaitan.

3. Pemantauan serta penguatkuasaan oleh pihak pengurusan USM akan dilaksanakan sepanjang waktu bagipematuhan kepada semua SOP. Mana-mana warga kampus yang didapati ingkar boleh diambil tindakanberdasarkanperaturan-peraturan sedia ada.

4. Seluruh warga Kampus Kesihatan digesa memainkan peranan serta tanggungjawab masing-masing bagimembantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 melalui disiplin serta kawalan kendiri. InsyaAllah kita akanberjaya melalui detik getir ini atas semangat kebersamaan.

5. Menyembunyikan maklumat penting atau memberikan maklumat yang tidak betul dan tidak benar atau tidakbekerjasama atau enggan memberikan maklumat yang dikehendaki berkenaan COVID-19 adalah merupakan satukesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 mengikut seksyen 22 (c) & 22 (d)dan apabila disabitkan boleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

PROFESOR DR. SHAIFUL BAHARI ISMAILPengarah Kampus19 April 2021

Page 3: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

A. ARAHAN KAEDAH & WAKTU BEKERJA

1. Arahan kaedah & waktu bekerja ini merujuk kepada Hebahan Pendaftar Bil. 18/ 2021 bertarikh 15April 2021.

2. Susulan kepada pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Kelantan, pihakPengurusan Kampus Kesihatan menyarankan kepada Ketua PTJ mengamalkan konsep ‘Bekerja DariRumah’ dan menggalakkan kehadiran staf ke pejabat secara giliran bagi staf yang dikenalpasti olehKetua Jabatan untuk terlibat dengan perkhidmatan perlu (essential services), tugasan kritikalpenyelidikan serta penjagaan peralatan di makmal sepanjang tempoh PKP dan Ramadan 1442H.

3. Staf yang ditentukan oleh Ketua Jabatan untuk ‘Bekerja Dari Rumah’ perlu berdasarkan justifikasibersesuaian (termasuk staf berisiko tinggi) dan tugasan dipastikan boleh dilaksanakan dari rumahserta mudah dipantau. Bilangan staf yang perlu hadir ke pejabat bergantung kepada Ketua Jabatanbagi memastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas.

4. Semua staf termasuk yang WFH diingatkan untuk melengkapkan Sistem Kehadiran Kerja Fleksi(SKKF) sama ada menerusi portal Campusonline USM atau aplikasi telefon bimbit.

5. Staf juga diingatkan untuk sentiasa membawa bersama Kad Staf bagi pemeriksaan oleh pihakberwajib, termasuk di sekatan jalan raya. Surat kebenaran hadir bertugas (jika perlu) boleh dimuatturun untuk dicetak daripada portal Campusonline USM.

6. Sebarang isu berkaitan kaedah serta waktu bekerja serta perkara berkaitan pengurusan sumbermanusia, wargakampus diminta merujuk ke Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 4: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

B. AKSES KELUAR/ MASUK KE KAMPUS KESIHATAN DAN HOSPITAL USM

1. Semua laluan KELUAR/ MASUK beroperasi seperti biasa.

2. Pintu E dibuka sebagaimana berikut:

▪ Ahad - Rabu (12.00 tengah hari – 2.30 petang/ 4.00 petang – 5.30 petang/ 6.30 petang hingga selesai SolatSunat Tarawih)

▪ Khamis (12.00 tengah hari – 5.30 petang/ 6.30 petang hingga selesai Solat Sunat Tarawih).

3. Pintu F dibuka sebagaimana berikut.

▪ Ahad - Rabu (12.00 tengah hari – 2.00 petang/ 4.00 petang – 5.30 petang)

▪ Khamis (12.00 tengah hari – 4.30 petang)

4. Pintu sekatan PPSP dibuka antara jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

5. Laluan menerusi Kabin hanya dibuka antara jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah malam untuk pergerakan pelajardari kawasan penginapan ke/ dari Hospital USM untuk tujuan pengajaran& pembelajaran sahaja.

6. Pelajar yang tinggal di dalam kampus perlu mendapat kebenaran Nerve Centre Kampus Kesihatan untuk keluarmelalui Pintu A SAHAJA. Tempoh yang dibenarkan hanya dua (2) jam sahaja antara jam 7.00 pagi hingga 9.00malam untuk sekali sehari.

7. Anggota keselamatan atau pegawai USM akan membuat pemeriksaan suhu badan serta gejala di setiap pintumasuk. Mana-mana individu yangbergejala dan suhu badan 37.5°C ke atas TIDAK DIBENARKAN MASUK.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 5: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

C. DEKLARASI RISIKO COVID-19 (WARGA USM)

1. Seluruh warga kampus perlu melengkapkan Deklarasi Risiko COVID-19 Kampus Kesihatan buat kali pertama danmengemaskini deklarasi (walaupun telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin) setiap kali ada perubahanseperti berikut:

a. Bergejala - demam, sejuk/menggigil, sakit badan, sakit kepala, sakit tekak, loya/muntah, cirit birit, keletihanmelampau, selesema akut, batuk, sesak nafas, hilang deria bau (Anosmia) akut, hilang deria rasa (Ageusia)akut dan sakit mata (conjunctivitis)

b. Risiko COVID-19i. Pesakit positif COVID-19ii. Individu yang sedang dalam siasatan COVID-19

c. Risiko perjalanan (dalam masa14 hari)

i. Dari zon merah/ kawasan PKPD/ PKP Diperketatkan Secara Pentadbiranii. Dari kawasan yang baharu dikenal pasti sebagai kawasan wabakiii. Dari negeri yang mempunyai pelbagaikluster aktif (dua daerah atau lebih)

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 6: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

C. DEKLARASI RISIKO COVID-19 (WARGA KAMPUS)… samb.

d. Risiko kontak (dalam masa 14 hari lepas)

i. Kontak rapat kepada individu yang baru pulang dari luar negara/ zon merah/ kawasan PKPD/ PKPdiperketatkan secara pentadbiran

ii. Ahli keluarga serumah anda disyaki atau masih dalam siasatan atau telah disahkan positif COVID-19iii. Berada di dalam bilik berhawa dingin yang tertutup dalam jangkamasa melebihi dari dua (2) jam

bersama individu yang disyaki atau masih dalam siasatan atau telah disahkan positifCOVID-19

iv. Bersemuka dalam ruang yang tertutup dengan jarak kurang dari 1 meter melebihi 15 minit denganindividu yang disyaki atau masih dalam siasatan atau telah disahkan positifCOVID-19

v. Menaiki kenderaan yang sama melebihi 2 jam dengan individu yang syaki atau masih dalam siasatanatau telah disahkan positif COVID-19

vi. Menghadiri perhimpunan atau majlisyang dikenal pasti berlaku kluster wabak COVID-19

vii. Menghadiri perhimpunan atau majlis yang melibatkan ramai orang (contohnya: kenduri, majlis tahlilatau perjumpaan agama)

viii. Tinggal bersama individu yang baru pulang dari luar negara

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 7: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

C. DEKLARASI RISIKO COVID-19 (WARGA KAMPUS)… samb.e. Risiko pekerjaan (dalam tempoh 14 hari lepas)

i. Baru pulang dari penempatan di fasiliti atau Hospital COVID-19/ Hospital Hybrid

2. Sila rujuk Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan risiko COVID-19 semasa pandemik bagi staf dan pelajarKampus Kesihatan USM (versi 3 bertarikh 20 Januari 2021)

3. Deklarasi boleh diisi secara dalam talian menerusi pautan https://bit.ly/crrsusmkk3

4. JANGAN TERUS DATANG KE TEMPAT KERJA. Panjangkan salinan deklarasi terkini anda kepada Ketua Jabatanterlebih dahulu. Bagi warga kampus berisiko kontak (ii/iii/iv/v), Ketua Jabatan perlu memaklumkan kepada BilikGerakan menerusi whatsapp di talian 01112959745/01112959753.

5. Hubungi Hotline COVID-19 untuk konsultasi/ penasihatan kesihatan (bagi risiko selain daripada risiko kontakii/iii/iv/v). Waktu operasi Hotline adalah seperti berikut:

▪ 09-7673131 (8.30 pagi – 4.30 petang [Ahad-Rabu]) / (8.30 pagi – 3.00 petang [Khamis])

▪ 09-7673132 (9.00 pagi – 1.00 tengah hari) (hari kelepasan & cuti umum)

▪ 019-694 7836 (talian whatsapp dalam tempoh operasi sahaja)

(Untuk operasi sepanjang bulan Ramadan, sila rujuk hebahan bertarikh 15 April 2021)

6. JANGAN TERUS KE KLINIK SRI SEBELUM MENGHUBUNGI HOTLINE. Patuhi sepenuhnya saranan/ arahan yangdiberikan oleh Hotline/ Klinik SRI-KRK. Panjangkan salinan sijil sakit atau apa-apa slip status kesihatan anda yangdikeluarkan oleh Klinik SRI-KRK kepada Ketua Jabatan.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 8: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

D. DEKLARASI RISIKO COVID-19 (PELAWAT)

1. Pelawat adalah merujuk kepada mana-mana individu atau kumpulan (bukan warga Kampus Kesihatan) yangperlu masuk ke kawasan Kampus Kesihatan atas apa-apa tujuan sama ada lawatan, vendor penghantaranbarangan/ bekalan/ keperluan, kontraktor pemasangan dan penyelenggaraan peralatan, menghadiri mesyuarat,bengkel, seminar, kursus, peperiksaan, majlis, acara dan sebagainya.

2. Semua pelawat perlu memperoleh kebenaran/ kelulusan khas daripada Pengarah Kampus menerusi wakil PusatPengajian/ PTJ/ Jabatan/ Unit yangterlibat.

3. Pelawat yang telah memperoleh kebenaran perlu melengkapkan Borang Deklarasi Risiko COVID-19 Pelawat keKampus Kesihatan [versi 01/2021 (P11)] dan mengembalikannya kepada wakil Pusat Pengajian/ PTJ/ Jabatan/Unit yang terlibat untuk penilaian risiko selewat-lewatnya dalam tempoh tiga (3) hari sebelum tarikh lawatan.Pegawai yang bertanggungjawab (PIC) perlu mendapatkan konsultasi dari Klinik SRI-KRK berkenaan penilaianBorang Deklarasi tersebut di talian 09-7673139/3140.

4. Pengurusan USM menetapkan mana-mana pelawat yang tiba dari Zon Merah atau lain-lain kawasan berisikoyang diisytiharkan oleh MKN perlu mengemukakan salinan slip keputusan ujian ‘swab RT-PCR/ RTK-Ag’ terkini(sehari sebelum tarikh hadir) dengan keputusan negatif bersama-sama borang deklarasi.

5. Pengurusan USM berhak membatalkan kebenaran lawatan sekiranya didapati pelawat mempunyai risiko(berdasarkan borang deklarasi serta salinan keputusanujian ‘swab RT-PCR’) yang dikemukakan.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 9: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

D. DEKLARASI RISIKO COVID-19 (PELAWAT)… samb.

6. SEMUA PELAWAT yang mempunyai urusan/aktiviti/program di Hospital USM perlu melapor diri di JabatanKeselamatan dan bagi yang mempunyai urusan di Kampus Kesihatan, perlu melapor diri di Pusat Pengajian/ PTJ/Jabatan/ Unit berkenaan.

7. Pelawat perlu mendaftar kehadiran menerusi imbasan kod QR MySejahtera atau buku rekod kehadiran yangdisediakan.

8. Pelawat perlu memakai pelitup muka sepanjang masa dan mematuhi SOP serta amalan-amalan norma baharuyang dipraktikkan di dalam kawasan Kampus Kesihatan, khususnya mencuci tangan menggunakan pembasmikuman, penjarakan fizikal dan lain-lain.

9. Sebagai peringatan, menyembunyikan maklumat penting atau memberikan maklumat yang tidak betul dantidak benar atau tidak bekerjasama dengan mana-mana staf USM yang bertugas atau enggan memberikanmaklumat yang dikehendaki berkenaan COVID-19 adalah merupakan satu kesalahan di bawah AktaPencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 mengikut seksyen 22 (c) & 22 (d) dan apabila disabitkanboleh dikenakan penalti di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 10: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

E. DEKLARASI RISIKO COVID-19 (PENEMAN PESAKIT)

1. Hospital USM tidak menerima pelawat dan tidak membenarkan peneman pesakit sepanjang tempoh PKPkecuali bagi kes-kes kecemasan serta yang memerlukan bantuan. Pelawat/ peneman yang diberi kelonggaranperlu melapor diri di Kaunter Saringan & Khidmat Pelanggan berhampiran Pintu Utama Pelawat untuk saringanrisiko sebelum dibenarkan masuk.

2. Pelawat/ peneman pesakit yang tidak berisiko akan diberikan pelekat khas yang akan diperiksa oleh anggotakeselamatan sebelum dibenarkan masuk. Pelekat adalah dikhususkan kepada individu yang telah disaring dantidak boleh bertukar tangan.

3. Pelawat/ peneman yang baru tiba dari Zon Merah atau lain-lain kawasan berisiko (dalam tempoh 14 hari) tidakdibenarkan masuk. Sekiranya ada keperluan untuk masuk, pelawat/ peneman akan dirujuk ke Klinik SRI terlebihdahulu untuk penilaian risiko.

4. Pelawat/ peneman perlu memakai pelitup muka sepanjang masa semasa berada dalam kawasan Hospital USM,mematuhi jarak fizikal serta amalan- amalan norma baharu untuk mengelak penularan COVID-19.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 11: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

F. DEKLARASI RISIKO COVID-19 (PEKERJA KONTRAK)

PTJ yang mengurus pekerja kontrak (pekerja yang bekerja dalam kawasan Kampus Kesihatan tetapi bukan dilantikoleh pihak USM) bertanggungjawab :

1. Memastikan semua pekerja mengisi Borang Deklarasi Risiko COVID-19 buat kali pertama dan mengemaskinideklarasi secara berkala sepanjang tempoh berada di dalam Kampus Kesihatan USM.

2. Menyaring borang deklarasi dan mengarahkan individu yang bergejala atau berisiko tidak memasuki kawasanKampus Kesihatan dan segera mendapatkan penasihatan/ rawatan di fasiliti perubatan berhampiran terlebihdahulu.

3. Semua pekerja perlu mendapatkan pas keselamatan/ pas harian/ pas bulanan di Jabatan Keselamatan,membawa bersama dan menunjukkan pas tersebut kepada anggota keselamatan apabila diminta semasapemeriksaan.

4. Pekerja perlu merekodkan pergerakan keluar/masuk menerusi imbasan aplikasi MySejahtera atau buku rekodyang disediakan. Pekerja yang berisiko, mempunyai gejala serta suhu badan 37.5°C ke atas, TIDAK DIBENARKANdatang bekerja di dalam kawasan kampus.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 12: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

G. PENGANJURAN MAJLIS & ACARA

1. Majlis & acara merujuk kepada penganjuran apa-apa aktiviti, program atau majlis (termasuk seminar, bengkel,kursus, latihan, persidangan, ceramah dan sebagainya) yang melibatkan keramaian sepanjang tempoh PKPadalah TIDAK DIBENARKAN selaras dengan ketetapan pihak MKN.

2. Majlis-majlis serta acara-acara yang telah dirancang untuk diadakan dalam tempoh yang berkenaan perluditangguh atau dilaksanakan secara ‘Mode Dalam Talian’ sepenuhnya dengan kelulusan Pengurusan USM.

3. Aktiviti-aktiviti melibatkan penyampaian perkhidmatan dan aktiviti akademik termasuk pengajaran &pembelajaran, sesi klinikal, penyelidikan serta lain-lain rutin biasa dibenarkan berlangsung dengan kawalanpematuhan SOP yang ketat oleh Ketua Jabatan serta pembudayaan norma baharu. Mesyuarat bersemukadengan kehadiran ahli dari luar Kampus Kesihatan TIDAK DIBENARKAN.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 13: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

H. LARANGAN PERJALANAN KE/ DARI KAWASAN BERISIKO

1. Warga kampus diminta memberi perhatian terhadap larangan rentas negeri yang dikuatkuasakan oleh pihakMKN serta mematuhi arahan-arahan terkini pihak berkuasa berkenaan pengembara dari luar masuk ke negeriKelantan.

2. Pengurusan turut meneruskan LARANGAN perjalanan ke mana-mana Zon Merah atau lain-lain kawasanberisiko, kecuali atasurusan rasmi dengan arahan/ perakuan/ kelulusan Ketua Jabatan.

3. Mana-mana warga yang kembali dari Zon Merah atau lain-lain kawasan berisiko/ kawasan kluster aktif/kawasan kluster baharu (di negeri Kelantan) diingatkan untuk tidak terus kembali bertugas. KemaskiniDeklarasi Risiko COVID-19 dan hubungi Hotline COVID-19 untuk saringan risiko/ penasihatan terlebih dahulu(rujuk Bahagian C).

4. Sekiranya perjalanan atas urusan peribadi, warga kampus perlu menanggung sendiri kos ujian swab dantempoh menjalani kuarantin/ isolasi akan ditolak daripada kelayakan Cuti Rehat Tahunan bergantung kepadapertimbangan pihak pengurusan. Warga kampus juga perlu menanggung sendiri caj penginapan serta makan-minum sekiranya menjalani kuarantin/ isolasi di bilik penginapan dalam kampus.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 14: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

I. OPERASI MASJID & SURAU

1. Solat Jumaat, Solat Fardu, Solat Sunat Tarawih dan Qiamullail bagi masjid mukim dibenarkan dengan kehadiran

lima puluh peratus (50%) mengikut kapasiti sebenar masjid dengan penjarakan fizikal satu (1) meter dan boleh

dilaksanakan lapan (8) rakaat dengan bacaan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak melebihi 45 minit

tidak termasuk solat Isyak.

2. Surau/ruang solat di PTJ dibenarkan dalam waktu 1 jam pada setiap waktu solat tertakluk kepada kapasiti ruang

dengan mengambilkira penjarakan fizikal1 meter.

3. Pengurusan masjid/ surau perlu menyediakan laluan MASUK/ KELUAR khusus dengan kemudahan hand

sanitizer, alat pemeriksaan suhu badan serta Kod QR aplikasi MySejahtera atau buku rekod untuk merekodkan

kehadiran Jemaah (WAJIB). Jemaah dengan suhu badan 37.5°C ke atas atau bergejala TIDAK DIBENARKAN

masuk ke kawasan masjid/ surau

4. Jemaah perlu memakai pelitup muka pada setiap masa. Jemaah juga perlu membawa sejadah/ telekung solat

sendiri serta mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum datang ke masjid/ surau.

5. Jemaah tidak dibenarkan berehat, berbaring atau tidur di kawasanmasjid/ surau.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 15: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

J. OPERASI KANTIN DAN KAFETERIA

1. Kantin/ Kafeteria di dalam kampus akan beroperasi bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 pagi setiap hari sepanjang

bulan Ramadan bagi memudahkan staf dan pelajar membeli juadah untuk berbuka dan bersahur. (Rujuk hebahan

bertarikh 14 April 2021).

2. Pengusaha perlu menyediakan laluan khusus KELUAR/ MASUK ke premis dengan kemudahan hand sanitizer, alat

pemeriksaan suhu badan serta Kod QR MySejahtera untuk merekodkan kehadiran pelanggan. Pelanggan juga wajib

memakai pelitup muka.

3. Pengusaha kantin/ kafeteria digalakkan menjual makanan siap bermasak yang berpaket sahaja. Kemudahan sarung

tangan pakai buang perlu disediakan jika pelanggan perlu mengambil sendiri makanan. Perkongsian penggunaan

peralatan mengambil makanan seperti senduk dan sebagainyaperlu dielakkan.

4. Pengusaha kantin/ kafeteria diminta menyediakan utensil makanan pakai buang sahaja (bukan jenis polisterin) dan

pelanggan digalakkan membawa bekas makanan sendiri.

5. Pengusaha perlu menanda jarak 1 meter di kawasan pengambilan makanan/ barangan serta kaunter pembayaran.

6. Makan di premis TIDAK DIBENARKAN.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 16: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

K. KEMUDAHAN SUKAN & REKREASI

1. Aktiviti sukan dan rekreasi di dalam Kampus dibuka kepada WARGA KAMPUS SAHAJA (staf dan pelajar).

2. Kelonggaran hanya diberikan kepada aktiviti joging dan berjalan dalam kumpulan tidak melebihi dua (2) orang

sahaja.

3. Sebarang perlawanan atau kejohanan sukan/ rekreasi masih TIDAK DIBENARKAN.

5. Semua pengguna kemudahan sukan/ rekreasi perlu mematuhi SOP dan mengamalkan norma baharu serta

merekodkankehadiranmenerusi imbasan aplikasi MySejahtera ataubuku rekod yang disediakan.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 17: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

L. PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

1. Warga Kampus diminta berhati-hati semasa melayari media-media sosial dan elakkan daripada terjebak dengan

penularan berita palsu, khabar angin serta apa-apa siaran yang boleh mengganggu gugat keharmonian kaum,

sentimen agama, bangsa termasuk yang berpotensi mencetus panik dalam masyarakat.

• Praktikkan ‘tabayyun’ iaitu menyemak dahulu kesahihan sesuatu siaran sebelum mempercayainya atau

menyebarkannya kepada pihak lain. Jika tidak pasti, jangan kongsi. Semakan boleh dibuat menerusi portal

https://sebenarnya.my yang dikendalikan oleh pihak kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (SKMM).

3. Mana-mana individu yang dikesan terlibat dengan penyebaran berita palsu boleh dituduh di bawah Akta

Komunikasi &Multimedia 1998 dan berhadapan dengan hukuman berat di bawah akta yang sama.

4. Warga USM yang dikesan terlibat juga boleh dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib berdasarkan peraturan

sedia ada.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 18: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

M. BANTUAN SOKONGAN PSIKOLOGI

1. Pengurusan USM turut menyediakan kemudahan bantuan dan sokongan kesihatan mental serta emosi kepada

warga kampussepanjang tempoh krisis COVID-19 ini.

2. Perkhidmatan yang dikendalikan oleh Kumpulan PFA USM dengan kerjasama Jabatan Psikiatri, Klinik Psikologi,

Unit Klinikal, Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi serta Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan

Alumni ini dikendalikan secara profesional dansegala maklumat yang dikongsi dikategorikan sebagai SULIT.

3. Pasukan Sokongan Psikososial COVID-19 Kampus Kesihatan boleh dihubungi menerusi talian 09-7671188 atau

emel [email protected]

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 19: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

N. PENGURUSAN MESYUARAT

1. Pusat Tanggungjawab (PTJ) digalakkan melaksanakan kaedahkomunikasi alternatif (mesyuarat maya/ secara

dalam talian).

2. Sekiranyamesyuarat secara bersemuka perlu diadakan (warga Kampus Kesihatan USM sahaja), urusetia

mesyuarat perlu memastikan perkaraberikut dipatuhi:

i. Kehadiran ahli mesyuarat mengikut keluasan bilik mesyuarat dengan penjarakan fizikal sekurang-

kurang 1 meter.

ii. Jika mesyuarat diadakan di dalam bilik/ ruang tertutup dengan pendingin hawa, tempoh mesyuarat TIDAK

MELEBIHI dua (2) jam.

iii. Semua ahli mesyuarat yang hadir WAJIB memakai pelitup muka.

iv. Menyediakanhand sanitizer dan kod QR kehadiranuntuk diisi oleh peserta mesyuarat.

3. Tidak digalakkan menyediakan jamuan berhidang/buffet. Jamuan seeloknya disediakan secara siap berbungkus.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 20: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

O. PENGGUNAAN PANTRI

1. Staf digalakkan membeli makanan secara bungkus dan dimakan secara bersendirian di ruang kerja

masing-masing atau di pantri, terhad kepada kapasiti ruang dengan mematuhi jarak fizikal satu (1)

meter antara satu sama lain.

2. Ketua Jabatan/ Penyelia perlu memastikan tanda jarak fizikal di pantri dibuat untuk pematuhan warga

kerja.

3. Elakkan sama sekali perkongsian penggunaan peralatan makan minum termasuk cawan, pinggan,

sudu, garfu dan lain-lain.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 21: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

P. PENGGUNAAN LIF

1. Penggunaan lif hanya dihadkan maksimum empat orang/ mengikut keluasan lif pada satu-satu masa bagi

mengamalkan penjarakan fizikal.

2. Setiap lif perlu ditanda dengan standing spot pada jarak yang sesuai. Pengguna perlu berdiri pada lokasi yang

ditanda dan garispanduan penjarakan fizikal ditampal di setiap lif.

3. Elakkan kontak rapat (direct contact) dengan permukaan pada lif seperti

bersandar atau memegang susur tangan (railing).

4. Basuh tangan menggunakan sabun atau gunakan hand sanitizer secara kerap selepas menggunakan lif.

5. Pengguna perlu mematuhi penjarakan fizikal semasa menunggu lif denganberatur mengikut tanda jarak garisan

satu (1) meter yang perlu disediakan di ruang menunggu lif.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 22: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

Q. PENGGUNAAN TANDAS

1. Membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas menggunakan tandas.

2. Memastikan tandas dipam selepas digunakan.

3. Pemegang pintu perlu kerap disanitasi.

4. Elakkan berbual-bual di dalam tandas.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 23: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

R. URUSAN DI KAUNTER PERKHIDMATAN

1. Mengelak bersalaman atau bersentuhan dengan pelanggan/ orang lain dan gantikan dengan salam hormat

(meletakkan tangan di dada).

2. Melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain.

3. Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan manakala pemakaian face shield serta lain-lain kelengkapan

perlindungan diri (PPE) adalah mengikut tatacara tugas masing-masing. (Rujuk Unit Kawalan Jangkitan &

Epidemiologi Hospital, UKJEH)

4. Kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer.

5. Mengelakkan perkongsian alat tulis dan peralatan.

6. Jangan bertugas di kaunter sekiranya anda bergejala atau berisiko jangkitan COVID-19.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 24: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

S. PENGGUNAAN AUTO TELLER MACHINE (ATM)

1. Mengamalkan penjarakan fizikal 1 meter antara satu sama lain. Standing spot yang bersesuaian di lantai perlu

ditanda untuk memudahkan kawalan penjarakan fizikal.

2. Hadkan jumlah pengguna di dalam kawasan mesin ATM yang bertutup.

3. Sentiasa memakai pelitup muka semasa beratur menunggu giliran.

4. Sentiasa mencuci tangan dengan hand sanitizer sebelum dan selepas menggunakan mesin ATM.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 25: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

T. PERKHIDMATAN PENGHANTARAN

1. Perkhidmatan penghantaran (delivery services) termasuk penghantaran parsel dan makanan masih dibenarkan

dan warga kampus diberi peringatan untuk sentiasa menitik beratkan keselamatan.

2. Staf digalakkan menggunakan perkhidmatan operator penghantaran yang melaksanakan pembayaran secara

tanpa tunai (cashless payment) dan penghantaran tanpa sentuh (contactless delivery).

3. Pusat Tanggungjawab (PTJ) dinasihatkan menyediakan sudut khas penerimaan pesanan di luar kawasan pejabat

bagi mengelakkan pekerja penghantaran memasuki kawasan pejabat.

4. Semua pekerja penghantaran perlu memakai pelitup muka dan melalui pemeriksaan suhu badan serta gejala

oleh anggota keselamatan di pintu masuk.

5. Pekerja penghantaran wajib mendaftar kehadiran menerusi imbasan kod QR MySejahtera atau buku rekod

kehadiran yangdisediakan.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 26: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

U. PERKHIDMATAN E-HAILING

1. Pengurusan kampus juga masih membenarkan perkhidmatan e-hailing mengambil serta

menurunkan penumpang dalam kawasan kampus.

2. Warga kampus yang menggunakan perkhidmatan e-hailing dinasihatkan menitikberatkan aspek

keselamatan sepanjang perjalanan.

3. Duduk di tempat duduk belakang dan pakai pelitup muka sepanjang masa dan daftarkan penggunaan

kemudahan menerusi imbasan kod QR yang disediakan oleh pengendali perkhidmatan.

4. Gunakan hand sanitizer sebelum dan selepas menaiki kenderaan pengendali e-hailing.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 27: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

HOTLINE COVID-19 KLINIK SRI-KRK (PENASIHATAN KESIHATAN)

1. Jaga diri anda dan sentiasa perhatikan orang-orang tersayang. COVID-19 mungkin ada di mana-mana dan boleh

menjangkiti sesiapa sahaja yang kurang berwaspada.

2. Sekiranya terdedah kepada mana-mana risiko baharu, sila kemaskini Deklarasi Risiko COVID-19 Kampus Kesihatan

menerusi pautan https://bit.ly/crrsusmkk3 dan segera hubungi Hotline COVID-19 untuk penasihatan

selanjutnya. Waktu operasi Hotline adalah seperti berikut:

▪ 09-7673131 (8.30 pagi – 4.30 petang [Ahad-Rabu]) / (8.30 pagi – 3.00 petang [Khamis])

▪ 09-7673132 (9.00 pagi – 1.00 tengah hari) (hari kelepasan & cuti umum)

▪ 019-694 7836 (talian whatsapp dalam tempoh operasi sahaja)

(Untuk operasi sepanjang bulan Ramadan, sila rujuk hebahan bertarikh 15 April 2021)

3. Warga kampus diminta merujuk pengumuman-pengumuman terkini oleh pengurusan Universiti Sains Malaysia

berkenaan situasi COVID-19 serta perubahan/ tindakan yang perlu dari semasa ke semasa menerusi emel rasmi

atau sila rujuk kepada Ketua Jabatan masing-masing.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 28: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

BILIK GERAKAN COVID-191. Tempat : Makmal Klinikal Perubatan Masyarakat, Jabatan Perubatan Masyarakat (JPM), Aras 1, Pusat Pengajian Sains

Perubatan (PPSP)

2. Pusat aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19 Kampus Kesihatan termasuk Hospital USM3. Penyelaras : Ketua Jabatan Perubatan Masyarakat, PPSP

4. Petugas : Pensyarah, Staf dan Pelajar Pasca Siswazah JPM

5. Fungsi utama : Menyelaras dan mengkoordinasi aktiviti-aktiviti pengurusan wabak dan kes COVID-19 dalam kalanganstaf dan pelajar Kampus Kesihatan

6. Peranan dan tanggungjawab :

a) Penyiasatan kes COVID-19 dalam kalangan staf dan pelajar Kampus Kesihatanb) Pengesanan kontak rapat termasuk pengurusan senarai dan data ujian swab

c) Koordinasi aktiviti dan pengurusan data berkaitan kes dan kontak dengan pasukan SRI/ Hotline/ ED serta NerveCentre Kampus Kesihatan

d) Koordinasi aktiviti berkaitan COVID-19 antara jabatan-jabatan dalam kampus termasuk pengesanan kontak,dekontaminasi, rujuka PFA dan sebagainya

e) Koordinasi dengan Pejabat Kesihatan Daerah/ CPRC/ JKNKelantan termasuk notifikasi dan pengurusan kontak

f) Kempen kesedaran risiko dan pengurusan COVID-197. Warga kampus boleh menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 di no. telefon 09-7676653 atau 09-7676648 untuk

pertanyaan berhubung aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19.

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 29: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

1. Tempat : Bilik Mesyuarat Pusat Perumahan dan Penginapan (HAC), Kampus Kesihatan2. Pusat penyelarasan pengoperasian/ pentadbiran berkaitan pengurusan wabak COVID-19 di Kampus Kesihatan3. Penyelaras : Timbalan Pendaftar, Bhg. Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA)4. Jawatankuasa : Wakil-wakil PTJ utama termasuk Pejabat Pengarah Kampus, Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC),

Jabatan Pendaftar, Jabatan Bendahari, Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan & Pengurusan Aset, HAC, Desasiswa, Pej.Penolong Penasihat Undang-Undang (PPUU), Pusat-pusat Pengajian, Pusat Islam, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(UKKP), Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi Hospital (UKJEH), COVID-19 Response and Rediness Centre (CRRS), KlinikSRI-KRK, Pakar Penyakit Berjangkit, Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi Perubatan, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan lain-lain.

5. Fungsi utama : Sebagai pusat koordinasi pengoperasian (pentadbiran) kampus serta menjadi penghubung antara wargakampus dengan pengurusan. Nerve Centre Kampus Kesihatan menyelaras perlaksanaan keputusan/ arahan pihak berwajibyang disalurkan menerusi Nerve Centre USM, termasuklah dalam hal ehwal :a) Akademikb) Penyampaian perkhidmatanc) Keselamatan dan kesejahteraan warga kampusd) Kebajikan warga kampuse) Pengurusan serta agihan sumbangan

6. Warga kampus boleh menghubungi Nerve Centre Kampus Kesihatan di no. telefon 09-7671306 atau [email protected]

7. Waktu operasi Nerve Centre Kampus Kesihatan sepanjang bulan Ramadan bermula jam 7.30 pagi hingga 6.30 petang (Ahad –Khamis)/ 10.00 pagi hingga 5.00 petang (Jumaat/ Sabtu/ Cuti Umum).

NERVE CENTRE KAMPUS KESIHATAN

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 30: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 31: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 32: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

SOP Pengoperasian Kampus Kesihatan

Dalam Tempoh PKP (Berkuatkuasa 16 April 2021)

Page 33: PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGOPERASIAN …

Kami Memimpin We Lead

TERIMA KASIH