prosedur kendalian standard penyediaan bahan e...

7
VERSI 1.0 MAC 2015 Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e-Seminar DBP

Upload: trinhkhue

Post on 07-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/sop_eseminar2015.pdf · sebagai pusat sehenti rujukan dan capaian bahan dan maklumat seminar, wacana,

VERSI 1.0 MAC 2015

Prosedur Kendalian

Standard Penyediaan

Bahan e-Seminar

DBP

Page 2: Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/sop_eseminar2015.pdf · sebagai pusat sehenti rujukan dan capaian bahan dan maklumat seminar, wacana,

Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e-Seminar 2

Seuntai kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah mengurniakan kekuatan kepada hamba-Nya. Tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Sistem Maklumat yang telah menyediakan portal e-Seminar dan Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e-Seminar bagi mewujudkan pusat sehenti seminar, wacana, kolokium dan yang seumpamanya. Kewujudan pusat sehenti ini akan mengupayakan pengoptimuman sumber

yang ada di DBP untuk meningkatkan repositori khazanah ilmu dan seterusnya dapat disebarkan dengan lebih efisien. Saya menyeru semua pihak di DBP untuk memanfaatkan portal e-Seminar ini sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan imej DBP dan seterusnya menghasilkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang unggul. Semoga usaha murni ini diberkati Allah S.W.T. (PROF DR. ZAHARANI BIN AHMAD) Timbalan Ketua Pengarah Dasar Merangkap Ketua Pegawai Maklumat Dewan Bahasa dan Pustaka 15 Mei 2015

Page 3: Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/sop_eseminar2015.pdf · sebagai pusat sehenti rujukan dan capaian bahan dan maklumat seminar, wacana,

Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e-Seminar 3

Tinta Ketua Bahagian Sistem Maklumat,

Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah mengizinkan dokumen ini disiapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. e-Seminar yang merupakan sebahagian daripada e-Buana ialah pusat sehenti maklumat dan bahan seminar, kolokium, wacana dan sebagainya. Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e-Seminar disediakan untuk panduan kepada bahagian dan jabatan di DBP menyediakan portal

seminar dan seterusnya menyediakan bahan yang berkaitan. Semoga usaha kecil ini merupakan salah satu sumbangan untuk menjayakan kerangka besar DBP dalam menghasilkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu global. Wassalam. Sekian. Terima Kasih (SULAIMAN BIN KAIAT) Ketua Bahagian Sistem Maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka. 15 Mei 2015

Page 4: Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/sop_eseminar2015.pdf · sebagai pusat sehenti rujukan dan capaian bahan dan maklumat seminar, wacana,

Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e-Seminar 4

1. PENDAHULUAN

DBP telah menyediakan portal e-Seminar yang merupakan sebahagian daripada e-Buana

sebagai pusat sehenti rujukan dan capaian bahan dan maklumat seminar, wacana,

kolokium dan lain-lain yang dianjurkan oleh DBP atau kerjasama DBP dengan pihak luar.

2. TUJUAN

Prosedur Kendalian Standard ini disediakan untuk:

2.1 Menyediakan panduan kepada bahagian/jabatan yang dipertanggungjawabkan menguruskan seminar, wacana, kolokium dan sebagainya untuk mewujudkan portal e-Seminar.

2.2 Menyediakan bahan secara dalam talian

2.3 Mewujudkan pusat sehenti maklumat dan bahan seminar, kolokium, wacana dan

lain-lain untuk pelbagai manfaat lain.

3. LATAR BELAKANG

3.1 Mesyuarat Pengurusan 3/2015 telah bersetuju e-Seminar dilaksanakan di DBP.

3.2 Pusat sehenti seminar, kolokium, wacana dan seumpamanya disediakan bagi

membolehkan bahan yang wujud dalam pusat sehenti berkaitan dimanfaatkan

untuk pelbagai projek seperti korpus, portal dan sebagainya.

4. PROSEDUR PELAKSANAAN

4.1 Bahagian atau jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan seminar, kolokium dan sebagainya memaklumkan kepada Bahagian Sistem Maklumat berserta maklumat berkaitan untuk menyediakan portal.

4.2 Bahagian Sistem Maklumat akan menyediakan ruang kerja dalam pusat sehenti maklumat dan bahan DBP.

4.3 Bahagian Sistem Maklumat (BSM) akan membangunkan portal piawai yang berkaitan.

4.4 Urus Setia seminar diwajibkan untuk mendapatkan kebenaran hak cipta daripada penulis kertas kerja sebelum dimuat naik dalam pusat sehenti.

4.5 Urus Setia seminar akan memuat naik dokumen dan metadata ke dalam pusat sehenti maklumat dan bahan DBP.

4.6 Bahagian Sistem Maklumat (BSM) akan paparkan bahan dan maklumat seminar dalam portal berkaitan.

Carta Alir berkaitan ditunjukkan dalam Jadual 1.

Page 5: Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/sop_eseminar2015.pdf · sebagai pusat sehenti rujukan dan capaian bahan dan maklumat seminar, wacana,

Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e-Seminar 5

5. SOKONGAN TEKNIKAL : Pegawai di Bahagian Sistem Maklumat yang boleh dihubungi untuk mendapatkan sokongan dan bantuan teknikal ialah:

Puan Zulaini binti Yahya Pegawai Teknologi Maklumat Telefon : 03-2147 9376 e-mel : [email protected]

Puan Zarah binti Abd. Rahman Pegawai Teknologi Maklumat Telefon : 03-2147 9378 E-mel : [email protected] Puan Noorawati binti Jalaludin Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Telefon : 03-2147 9382 E-mel : [email protected] Puan Nurul Fadhilah binti Awang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Telefon : 03-2147 9390 E-mel : [email protected]

6. TARIKH KUAT KUASA

6.1 Ujian Beta

1 Jun 2015 semua urus setia seminar wacana, kolokium dan sebagainya diwajibkan untuk melaksanakan ujian pelaksana e-Seminar.

6.2 Pelaksanaan

1 Januari 2016 semua urus setia seminar, wacana, kolokium dan sebagainya diwajibkan menggunakan e-Seminar sebagai pusat sehenti seminar, wacana, kolokium dan yang seumpamanya.

7. PENUTUP

Semua pihak di DBP yang terlibat sebagai urus setia seminar, kolokium dan sebagainya diwajibkan untuk memanfaatkan e-Seminar untuk perkongsian maklumat yang lebih berkesan.

Page 6: Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/sop_eseminar2015.pdf · sebagai pusat sehenti rujukan dan capaian bahan dan maklumat seminar, wacana,

Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e-Seminar 6

Disediakan Oleh:

…………………………….

Nurul Fadhilah binti Awang Penolong Pegawai Teknologi

Maklumat

Tarikh:

Disemak Oleh:

…………………………….

Sulaiman bin Kaiat Ketua Bahagian Sistem

Maklumat

Tarikh:

Disahkan Oleh:

…………………………….

Prof. Dr. Zaharani bin Ahmad Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

Merangkap Ketua Pegawai Maklumat DBP

Tarikh:

Page 7: Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/sop_eseminar2015.pdf · sebagai pusat sehenti rujukan dan capaian bahan dan maklumat seminar, wacana,

Prosedur Kendalian Standard Penyediaan Bahan e-Seminar 7

Carta Aliran Mengurus Bahan Seminar Menggunakan e-Seminar

Urus setia Repositori BSM

JADUAL 1

e-mel/memo

permohonan

pendaftaran

seminar dan

hantar

bahan(pengenalan

, aturcara & lain-

lain)

Muat naik

kertas

kerja

Sedia metadata

bahan

Terima

Daftar seminar dan

sediakan ruang

penyediaan bahan dalam

pusat sehenti maklumat

Pangkalan

data pusat

sehenti

maklumat &

bahan DBP

Sedia portal

14 hari bekerja

sebelum seminar

2 hari bekerja

12 hari

bekerja

Portal e-Seminar

akan paparkan

bahan mengikut

templat yang

ditentukan oleh

urus setia Dapatkan

kebenaran hak

cipta daripada

penulis kertas

kerja