pemahaman zakat harta dan jenis awqaf di …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf ·...

37
1 PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI BRUNEI DARUSSALAM Awangku Dr. Haji Md. Hasnol Alwee Pengiran Md. Salleh (Brunei Darussalam) Abstrak Sepanjang sejarah Islam, zakat dan awqaf telah memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat; sama ada penggunaan zakat untuk membasmi kemiskinan, atau penggunaan awqaf untuk mewujudkan perkhidmatan dan infrastruktur awam, kedua-dua konsep masih relevan sekarang seperti pada abad yang lalu. Walau bagaimanapun, oleh sebab-sebab tertentu, pemahaman dan persepsi zakat dan awqaf adalah berbeza. Makalah ini menunjukkan tahap pemahaman dan persepsi sampel di Brunei, terutama sekali perbezaan antara 215 orang responden yang menerima bantuan kebajikan (net deficit) dengan 216 orang responden yang tidak menerima bantuan kebajikan (net surplus). Penemuan menunjukkan pemahaman zakat dan awqaf adalah pada tahap yang rendah; hanya 10 20 peratus daripada kedua-dua kumpulan menjawab soalan asas dengan betul. Dari segi persepsi, responden mempunyai pandangan bahawa jenis zakat tradisional dan awqaf berbentuk keagamaan adalah jenis yang dominan dan terkenal di Brunei. Penemuan ini menunjukkan keperluan untuk masyarakat Islam secara umum, terutamanya kumpulan yang tidak menerima bantuan kebajikan (net surplus), untuk mempunyai pemahaman zakat dan awqaf yang lebih baik dengan niat untuk memenuhi tanggungjawab pembayaran zakat mereka, dan juga merealisasi potensi awqaf, terutamanya awqaf yang melibatkan sosioekonomi sesuatu kawasan atau negeri. Aspek ini adalah sangat relevan pada masa ini dengan kejatuhan harga minyak yang menjejaskan negara-negara Islam yang bergantung kepada sumber ini; pengendalian zakat dan awqaf secara optima akan memainkan peranan penting untuk memastikan golongan miskin dan orang ramai mempunyai sumber yang diperlukan oleh mereka, dan tidak semata- mata bergantung kepada kerajaan. Kata kunci: zakat, awqaf, membasmi kemiskinan, mewujudkan perkhidmatan dan infrastruktur awam Abstract Throughout the history of Islam, zakat and awqaf have played instrumental roles ijufulain the development of communities. Whether using zakat to alleviate poverty, or awqaf to create public services and infrastructure, these two concepts are as relevant now as they were centuries ago. Nonetheless, for one reason or another, one’s understanding and perceptions of zakat and awqaf may differ. This article highlights the current level of understanding and perceptions of a Bruneian sample on zakat and awqaf; more specifically, the study looks at the differences between 215 welfare recipients (net deficit) and 216 non-welfare recipients (net surplus). Assessing the understanding and perceptions of net surplus respondents on these concepts are valuable, as they are potentially the zakat payers, and donors of waqf assets. The findings pinpoint to a low-level understanding of zakat and awqaf, whereby only 10-20 percent of respondents were able to correctly answer basic questions on zakat and awqaf. In terms of the perceptions of these concepts in Brunei, both sets of respondents provided similar conclusions; historical forms of zakat and religious waqfs are dominant and well known in Brunei. These findings highlight the need for the general Muslim community, notably net surplus individuals, to have a better understanding of zakat and awqaf, with the

Upload: vothu

Post on 05-Mar-2018

300 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

1

PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF

DI BRUNEI DARUSSALAM

Awangku Dr. Haji Md. Hasnol Alwee

Pengiran Md. Salleh

(Brunei Darussalam)

Abstrak Sepanjang sejarah Islam, zakat dan awqaf telah memainkan peranan penting dalam

pembangunan masyarakat; sama ada penggunaan zakat untuk membasmi kemiskinan, atau

penggunaan awqaf untuk mewujudkan perkhidmatan dan infrastruktur awam, kedua-dua

konsep masih relevan sekarang seperti pada abad yang lalu. Walau bagaimanapun, oleh

sebab-sebab tertentu, pemahaman dan persepsi zakat dan awqaf adalah berbeza. Makalah ini

menunjukkan tahap pemahaman dan persepsi sampel di Brunei, terutama sekali perbezaan

antara 215 orang responden yang menerima bantuan kebajikan (net deficit) dengan 216 orang

responden yang tidak menerima bantuan kebajikan (net surplus). Penemuan menunjukkan

pemahaman zakat dan awqaf adalah pada tahap yang rendah; hanya 10 – 20 peratus daripada

kedua-dua kumpulan menjawab soalan asas dengan betul. Dari segi persepsi, responden

mempunyai pandangan bahawa jenis zakat tradisional dan awqaf berbentuk keagamaan

adalah jenis yang dominan dan terkenal di Brunei. Penemuan ini menunjukkan keperluan

untuk masyarakat Islam secara umum, terutamanya kumpulan yang tidak menerima bantuan

kebajikan (net surplus), untuk mempunyai pemahaman zakat dan awqaf yang lebih baik

dengan niat untuk memenuhi tanggungjawab pembayaran zakat mereka, dan juga merealisasi

potensi awqaf, terutamanya awqaf yang melibatkan sosioekonomi sesuatu kawasan atau

negeri. Aspek ini adalah sangat relevan pada masa ini dengan kejatuhan harga minyak yang

menjejaskan negara-negara Islam yang bergantung kepada sumber ini; pengendalian zakat

dan awqaf secara optima akan memainkan peranan penting untuk memastikan golongan

miskin dan orang ramai mempunyai sumber yang diperlukan oleh mereka, dan tidak semata-

mata bergantung kepada kerajaan.

Kata kunci: zakat, awqaf, membasmi kemiskinan, mewujudkan perkhidmatan dan

infrastruktur awam

Abstract Throughout the history of Islam, zakat and awqaf have played instrumental roles ijufulain the

development of communities. Whether using zakat to alleviate poverty, or awqaf to create

public services and infrastructure, these two concepts are as relevant now as they were

centuries ago. Nonetheless, for one reason or another, one’s understanding and perceptions

of zakat and awqaf may differ. This article highlights the current level of understanding and

perceptions of a Bruneian sample on zakat and awqaf; more specifically, the study looks at

the differences between 215 welfare recipients (net deficit) and 216 non-welfare recipients

(net surplus). Assessing the understanding and perceptions of net surplus respondents on

these concepts are valuable, as they are potentially the zakat payers, and donors of waqf

assets. The findings pinpoint to a low-level understanding of zakat and awqaf, whereby only

10-20 percent of respondents were able to correctly answer basic questions on zakat and

awqaf. In terms of the perceptions of these concepts in Brunei, both sets of respondents

provided similar conclusions; historical forms of zakat and religious waqfs are dominant and

well known in Brunei. These findings highlight the need for the general Muslim community,

notably net surplus individuals, to have a better understanding of zakat and awqaf, with the

Page 2: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

2

intention of fulfilling their zakat obligations, as well as to realize the wide-ranging

possibilities incumbent in awqaf, notably socio-economic forms of awqaf. These aspects are

notably relevant with the fall in oil prices affecting oil-producing Islamic countries who are

heavily dependent on this resource; the facilitation of the creation of philanthropic awqaf and

analyzing contemporary forms of zakatable wealth can go a long way to ensure the poor and

the public will have the relevant resources available to them, without being overly dependent

on the government.

Keywords: zakat, awqaf, alleviate poverty, create public services and infrastructure

PENGENALAN

Dengan hasil sumber minyak dan gas, Negara Brunei Darussalam yang penduduknya

kira-kira 410 000, mempunyai salah satu GDP per kapita yang tinggi di rantau

ASEAN di tahap $49,5361 pada tahun 2011 (The Statistical Economic and Social

Research and Training Centre for Islamic Countries, 2012). Islam ialah agama rasmi

negara dengan 66 peratus daripada penduduk Brunei Darussalam beragama Islam.2

Dari segi pembangunan manusia, Brunei mempunyai kadar celik huruf (literacy

rate) sebanyak 99.7 peratus untuk belia dan 96.8 peratus untuk orang dewasa. Di

samping itu, Brunei memiliki Human Development Index (HDI) pada purata 0.855

pada tahun 2012, di kedudukan ke-30 daripada 187 negara/wilayah, di bawah kategori

pembangunan manusia yang sangat tinggi (UNDP, 2013).

Seperti negara-negara lain, terutamanya negara pengeksport minyak, Brunei juga

bergantung kepada harga minyak di pasaran antarabangsa. Pada masa ini, dunia

menyaksikan kejatuhan harga minyak yang menjejaskan negara-negara pengeluar.

Dalam konteks ini, kerajaan Brunei sebagai majikan terbesar dan yang menyediakan

infrastruktur awam tentu sekali turut terjejas. Selain daripada harga minyak, seperti

juga negara-negara lain, meskipun mempunyai kekayaan dan indeks pembangunan

manusia yang tinggi, Brunei menghadapi cabaran kemiskinan, walaupun kemiskinan

tidaklah di tahap yang tinggi berbanding dengan negara-negara lain. Dari segi ini,

Page 3: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

3

terdapat potensi awqaf dan zakat untuk menyumbang dalam pengendalian

infrastruktur awam dan juga mengurangkan kemiskinan di Brunei Darussalam.

Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan persepsi

mengenai zakat dan awqaf di Brunei, sebagai landasan atau asas untuk

memperkembangkan konsep-konsep ini dengan lebih lanjut lagi. Bahagian seterusnya

menjelaskan konsep zakat dan awqaf dari segi klasifikasi, kepentingannya dalam

sejarah dan pada masa ini. Perbincangan seterusnya menerangkan amalan kedua-dua

konsep ini di Brunei Darussalam. Selain itu, perbincangan juga menerangkan

metodologi, hasil kajian, implikasi dan kesimpulan.

TINJAUAN LITERATUR

Chapra (1985), dalam menggariskan matlamat sistem kewangan Islam menekankan

keadilan sosioekonomi serta pengagihan pendapatan dan harta dengan adil sebagai

salah satu matlamat asas sistem kewangan. Yang dimaksudkan dengan pengagihan

yang tidak adil dalam konteks ini adalah jika kekayaan tertumpu dalam kalangan

golongan kaya sahaja. Sebagai contoh, al-Quran (Surah al-Hashr, 59:7) menyatakan:

“Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk

negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah,

dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan

orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang

demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari

kalangan kamu …”

Dari sudut pandangan Islam, harta dan kekayaan dimiliki oleh Allah, dan

kekayaan itu diamanahkan kepada individu yang memainkan peranan mereka sebagai

khalifah (Chapra, 1979). Dalam pada itu, sebahagian daripada kekayaan yang

dikurniakan adalah milik orang lain, seperti golongan fakir dan miskin. Pemberi

sedekah, seperti pembayaran zakat oleh golongan kaya kepada golongan miskin itu

bukan dikira sebagai satu favour atau pemberian sedekah yang dilakukan oleh orang

Page 4: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

4

kaya, tetapi lebih tepat lagi adalah hak orang miskin (Rahman, 2003). Sehubungan

dengan “hak” tersebut, al-Quran (Surah al-Ma’arij, 70:24-25) ada menyatakan: "Dan

mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang

termaklum – bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri

(daripada meminta)”. Oleh itu, zakat dan awqaf memainkan peranan penting dalam

pengagihan harta (redistribution) dalam Islam, memberi manfaat bukan sahaja

mengurangkan tahap kemiskinan, tetapi mengukuhkan struktur sosial sesuatu

masyarakat, yang menunjukkan betapa pentingnya konsep-konsep tersebut dalam

Islam.

ZAKAT

Sebagai rukun Islam yang ketiga, zakat merujuk sebahagian harta kekayaan golongan

yang berkemampuan yang mencapai nisab wajib diagihkan kepada penerima yang

layak mengikut kadar yang ditetapkan dalam Islam (Sadeq, 2002:13).

Amalan semasa zaman Nabi Muhammad (SAW) dan keempat-empat khulafa

(khalifah) adalah landasan bagi pelaksanaan zakat kini. Malangnya, kekuatan zakat

sebagai mekanisme kebajikan masyarakat telah mengalami pelbagai rintangan

sepanjang sejarah. Sebagai contoh, selepas tempoh empat orang khulafa, krisis

dalaman membawa kepada kutipan dan agihan zakat menjadi kurang teratur kerana

sebilangan ulama mengalakkan pembayaran langsung zakat daripada pembayar zakat

kepada penerima zakat (Kahf, 2000b). Pada abad ke-19, kolonialisme memberi kesan

kepada peranan negara-negara Islam dalam mengutip dan mengagihkan zakat,

sehingga hanya kerajaan Yaman sahaja yang kekal meneruskan peranan dalam

pengumpulan dan pengagihan zakat, walaupun terhad kepada zakat ternakan,

pertanian dan zakat fitrah. Walau bagaimanapun, di sebalik halangan-halangan masa

Page 5: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

5

lampau, abad ke-20 telah menyaksikan kebangkitan semula peranan zakat, dengan

sebilangan kerajaan mengambil peranan utama dalam pemungutan dan pengagihan

zakat di negara masing-masing (Ahmed, 2004).

Jenis Zakat

(a) Zakat al-Fitr

Zakat fitrah berbeza daripada zakat harta. Zakat fitrah dikenakan berdasarkan orang

ataupun individu, bukan harta. Ketika umat Islam berpuasa pada bulan Ramadan,

mereka yang mampu dikehendaki membayar zakat bagi tujuan untuk berkongsi

kebahagiaan Hari Raya Aidilfitri dengan orang miskin dan untuk menyucikan diri (al-

Qardawi n.d.-b).

(b) Zakat Harta

Dengan adanya pelbagai jenis harta kekayaan, bentuk zakat yang berkaitan dengan

harta tersebut juga mesti dikenal pasti. Jadual 1 menyenaraikan beberapa jenis zakat,

yang dikategorikan dari segi harta dalam bentuk stok atau bentuk flow,3 dan juga

dikategorikan berasaskan zakat yang berasal dari zaman Nabi Muhammad (SAW) dan

sahabatnya, berbanding dengan jenis zakat yang kontemporari.

Walaupun jenis zakat yang disenaraikan dalam Jadual 1 tidak lengkap dan tidak

semua ulama bersetuju akan wajibnya zakat bagi sebilangan jenis harta tersebut,

tujuan senarai tersebut adalah untuk menunjukkan salah satu penelitian mengenali

zakat, iaitu zakat ke atas harta kekayaan yang hanya wujud pada zaman sekarang,

seperti saham dan amanah saham. Jika harta itu memenuhi syarat-syarat pembayaran

zakat, ulama perlu memberi pertimbangan dengan menggunakan ijtihad terhadap jenis

harta kontemporari: adakah perlu dikeluarkan zakat, mengikut kepentingan dan tujuan

zakat dalam Islam?

Page 6: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

6

Jadual 1 Klasifikasi zakat mengikut tempoh masa dan jenis harta kekayaan.

Harta dalam bentuk

"Stock"

(Stock of Wealth)

Aliran Pendapatan

(Flow of Income)

Kategori

Tradisional

(mengikut sejarah)

zakat emas dan perak

(perhiasan dan barang

kemas)

zakat emas dan perak (mata

wang)

zakat ternakan

zakat inventori perniagaan

zakat khazanah dan harta

rampasan perang

zakat hasil pertanian

Kategori

Kontemporari

zakat mata wang kertas

zakat ke atas saham dan

amanah saham

zakat ke atas simpanan

persaraan

zakat ke atas takaful

keluarga

zakat pendapatan/gaji

profesional

Salah satu contoh jenis harta yang boleh diterima sebagai zakat ialah mata wang

kertas. Pada zaman Nabi Muhammad (SAW), emas dan perak dianggap sebagai mata

wang, iaitu dalam bentuk dinar dan dirham. Dalam beberapa abad kebelakangan ini,

duit dalam bentuk kertas mula diterima, sedangkan sebelum ini, konsep ini

merupakan sesuatu yang asing. Contohnya, al-Qardawi (n.d.-a) telah mengetengahkan

bahawa pada peringkat awal penghasilan mata wang kertas, pakar undang-undang

Islam menganggap duit kertas sama ada tidak boleh dizakat, atau boleh dizakat jika

boleh diganti dengan emas atau perak. Walau bagaimanapun, ekonomi pada era ini

menggunakan mata wang kertas yang mempunyai fungsi yang sama dengan emas dan

perak pada zaman dahulu. Oleh itu, adalah berpatutan untuk membolehkan mata wang

kertas dizakat.

Pada zaman kontemporari ini, pelbagai jenis harta yang baru menjadi lebih utama,

oleh itu sebahagian cendekiawan telah menyatakan bahawa jenis harta ini perlu

dizakat (Kahf, 1989). Sebagai contoh, al-Qardawi (n.d.-a) telah menekankan bahawa

Page 7: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

7

pendapatan perlu dizakat. Beliau menyatakan melalui analogi bahawa pendapatan

perlu dizakat sepertimana hasil pertanian yang layak dizakat setelah menuai. Dalam

erti kata yang lain, jikalau pendapatan tahunan ditolak dengan keperluan asas dan di

atas nisab, pendapatan tersebut layak untuk dizakat. Di sini, penulis berhujah, sejajar

dengan intipati zakat, iaitu tidak adil jikalau seorang petani dikehendaki untuk

mengeluarkan zakat hasil pertaniannya tetapi tidak dikenakan hal yang sama terhadap

pekerja profesional yang mungkin mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.

Jenis-jenis aset lain adalah seperti yang berikut:

(i) Saham The Council of the Islamic Fiqh Academy (Majlis Akademi Fiqh Islam) telah berfatwa

mengenai zakat terhadap saham perniagaan pada tahun 1988. Majlis ini menyamakan

saham perniagaan untuk tujuan berniaga dengan perniagaan yang bertujuan untuk

perniagaan inventori (Islamic Development Bank and Islamic Fiqh Academy, 2000).

Pada praktiknya, saham adalah sama dengan komoditi, misalnya di Singapura, 2.5

peratus nilai pasaran adalah digunakan untuk mengira jumlah yang boleh dizakat

(How to Calculate Zakat on Shares, 2010).

(ii) Amanah Saham Sama seperti saham, amanah saham melibatkan pelaburan dalam membeli sekuriti

tetapi dibandingkan dengan beberapa saham, amanah saham secara am adalah lebih

mudah untuk didapati dari segi kos. Ini disebabkan amanah saham melibatkan

denominasi kecil semasa pembelian awal dan pembelian seterusnya (Garman dan

Forgue, 2008). Ini bermakna pelaburan dibuat dalam amanah saham dari semasa ke

semasa, meningkatkan persoalan akan cara amanah saham patut dizakatkan.

Dalam membincangkan isu aset tersebut (accrued asset), al-Qardawi (n.d.-a) telah

menghuraikan kerja yang telah dihasilkan oleh Ibn Qudamah; beliau menekankan

Page 8: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

8

bahawa bagi aset baharu yang sama tetapi diperolehi dengan cara yang berbeza

daripada aset yang ada, ada dua pendapat berbeza dalam kalangan cendekiawan

klasik. Salah satu daripadanya menyokong bahawa aset baharu tidak dizakat.

Sementara itu, pendapat yang lain menegaskan bahawa aset baharu perlu dicampur

dengan aset sedia ada dan layak dizakat pada penghujung tahun.

(iii) Dana Persaraan Dalam memastikan sama ada dana persaraan boleh dizakat, adalah penting untuk

memastikan pemilikannya terlebih dahulu, seperti menjelaskan sama ada dana

persaraan tersebut boleh diperolehi atau dilupuskan apabila diperlukan (al-Qardawi

n.d.-a). Jika dana tersebut boleh dilupuskan apabila diperlukan (disposable at will),

pemilikan dana tersebut adalah sama seperti hutang, iaitu sama seperti dalam kes

penghutang yang berkemampuan untuk membayar hutangnya. Oleh itu, dana

persaraan adalah layak untuk dizakat setiap tahun. Walau bagaimanapun, jika dana

persaraan ini mempunyai struktur seperti geran atau hadiah, yang hanya boleh

diperolehi pada waktu tertentu, dana ini hanya boleh dizakat apabila ada pengeluaran.

Nampaknya "pemilikan sepenuhnya" (complete ownership), syarat utama dalam

mengeluarkan zakat adalah penting dalam memastikan sama ada dana persaraan

seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah layak untuk dizakat

dengan segera atau hanya apabila ada pengeluaran. Contohnya, kawasan-kawasan

bersekutu di Malaysia telah mengkhususkan bahawa para pekerja hanya perlu

menzakat KWSP mereka apabila menerima jumlah keseluruhannya. Selain itu,

mereka tidak perlu menunggu sehingga setahun untuk menzakatkannya. Jikalau sudah

mencapai nisab, dana persaraan tersebut perlu dizakat dengan segera setelah

pengeluarannya (Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus

Page 9: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

9

Pengeluaran – Satu Alternatif (2010); Zakat on Employee Provident Fund (EPF),

2009).

Oleh yang demikian, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan cendekiawan,

seperti Khaf (2007) yang menyatakan bahawa jumlah pembayaran zakat adalah

berdasarkan jumlah yang sudah menjadi hak milik seseorang individu, walaupun

terdapat beberapa syarat yang dikenakan apabila hendak melakukan pengeluaran.

Walau bagaimanapun, Majlis Ugama Islam Singapura menggabungkan kedua-dua

pendapat ini. Jikalau individu tersebut tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk

membayar zakat setiap tahun, maka zakat hendaklah dibayar setiap tahun. Sekiranya

pembayaran zakat setiap tahun menjadi satu kesukaran, maka individu tersebut

dibolehkan untuk membayar zakatnya apabila mencapai umur 55 tahun (Zakat CPF,

2010).

(iv) Sekuriti Pendapatan Tetap Sekuriti Pendapatan Tetap seperti bon juga dikenakan zakat apabila memenuhi syarat-

syaratnya. Walaupun dalam bon yang berfaedah (mengandungi riba), kebanyakkan

pakar undang-undang menganggap bon sama seperti hopeful debt, dan dengan itu

pemotongan zakat adalah pada kadar 2.5 peratus. Walaupun instrumen-instrumen

yang menanggung faedah adalah diharamkan dalam Islam, perkara ini tidak menjadi

pengecualian dalam pembayaran zakat (al-Qardawi n.d.-a). Walau bagaimanapun,

faedah atau pendapatan riba tidak dikenakan pemotongan zakat, sebaliknya riba

seharusnya didermakan kepada pertubuhan amal (Khaf, 2007).

(v) Insurans/Takaful Dalam konteks polisi takaful yang sama seperti insuran nyawa, pemotongan zakat

adalah tertakluk kepada syarat nisab dan haul, berdasarkan surrender amount polisi

Page 10: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

10

tersebut atau jumlah premium yang dibayar; merupakan jumlah yang dimiliki oleh

individu tersebut (Khaf, 2007; Zakat on Insurance, 2009).

Secara keseluruhan, saham, amanah saham atau sebarang aset adalah menjadi

kepentingan bagi para juris dan fuqaha untuk mengambil kira jenis-jenis harta yang

kontemporari sama ada dalam bentuk stok atau aliran pendapatan. Dalam konteks ini,

adalah relevan untuk mengetahui bahawa sebilangan negara, seperti Arab Saudi,

Pakistan dan Yaman menggunakan definisi klasik atau mengenakan zakat ke atas

aset-aset tradisional sahaja, mempunyai nisbah zakat-to-gross domestic products

ratios yang rendah (Khaf, 1997 dlm. Ahmed, 2004). Dalam erti kata lain, perspektif

tradisional dalam mengenal pasti aset-aset yang layak dizakat berkemungkinan

menyumbang kepada kerendahan dalam nisbah pengumpulan zakat.

AWQAF

Sama seperti zakat, awqaf (jamak bagi waqf) adalah salah satu cara untuk bersedekah

dalam Islam. Walau bagaimanapun, berbeza dengan zakat, awqaf adalah secara

sukarela. Menurut Kahf (2003:2), awqaf bermaksud "… holding certain property and

preserving it for the confined benefit of certain philanthropy and prohibiting any use

or disposition of it outside of its specific objective". Di sini, sesuatu waqf mempunyai

sifat yang khusus dan dipelihara untuk manfaat tersebut, serta dilarang untuk

penggunaan di luar objektif yang ditentukan. Aji Haqqi (1999) menyatakan istilah ini

menandakan pelarangan untuk menjual atau menggantikan sesuatu yang bermaksud

dalam awqaf; apabila satu korpus didermakan, secara prinsip mesti dikekalkan.

Di tahap spiritual atau agama, awqaf adalah sejenis derma yang istimewa kerana

berbentuk berterusan (sadaqah jariyah), yang sangat disarankan kepada orang Islam

seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW:

Page 11: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

11

The Messenger of God (pbuh) said: Whence a child of Adam dies, his/her deed comes to

an end except for three things: an ongoing sadaqah, knowledge that benefits (others), and

a righteous child who prays for him/her.4

Untuk memberi penggambaran lebih lanjut terhadap awqaf, syarat-syarat awqaf

adalah seperti yang dinyatakan oleh Kahf (n.d.) seperti yang berikut:

1. Secara abadi:5 Dalam waqf, korpus benda yang diderma (mawquf) perlu dikekalkan dan

hanya usufruk digunakan, seperti waqf berbentuk tempat beli-belah yang mana hasil

sewa kedai adalah bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan. Menurut Al-

Zarqa (1994), ciri-ciri abadi bermaksud perlunya mengutamakan hasil daripada waqf

untuk memelihara waqf tersebut terlebih dahulu, sebelum membayar gaji pengurus

waqf, dan selebihnya diberikan kepada para benefisiari waqf tersebut seperti yang

dinyatakan dalam perjanjian.

2. Diberi secara kekal: Apabila waqf diberikan, penderma (waqif) tidak boleh memungkiri

derma tersebut. Di samping itu, mawquf tersebut tidak boleh disertakan dalam mana-

mana wasiat untuk pewaris, diberi sebagai hadiah atau dijual kepada pihak yang lain.

Ini adalah disebabkan dari perspektif undang-undang, diketahui secara umum bahawa

pemilikan korpus tidak lagi dimiliki oleh waqif. Pada masa yang sama sebahagian pihak

yang lain menekankan bahawa pemilikan diberikan kepada para benefisiari, walaupun

pemilikan adalah tidak lengkap dan mereka tidak dibenarkan untuk menjual atau

menderma korpus tersebut (Kahf, 1995). Selain daripada awqaf yang berbentuk kekal,

awqaf sementara (temporary awqaf) juga diterima, yang mana boleh dilihat daripada

keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Akademi Fiqh pada tahun 2009, yang

menyatakan "[e]ndowment can be segregated into permanent and temporary

endowment, individual and common property, real property, benefit, money, estate and

movable item." (OIC Fiqh Academy 19th Session n.d.:3)

3. Penderma waqf atau waqif tersebut mestilah legally fit ataupun memenuhi syarat

undang-undang untuk membuat awqaf tersebut.

4. Waqf tersebut hendaklah untuk tujuan amal dari sudut syariah dan waqif.

5. Para benefisiari atau penerima waqf tersebut hendaklah hidup.

Dengan mengambil kira syarat-syarat di atas, salah satu ciri yang berbeza dalam

awqaf, jika dibandingkan dengan zakat adalah wujudnya fleksibiti; dalam awqaf,

tertakluk kepada waqif, dan boleh menentukan siapa yang akan menerima hasil atau

usufruk waqf tersebut, jumlah berhak untuk diterima dan bagaimana cara pengurusan

waqf. Perlu diambil maklum bahawa dalam beberapa kes, terdapat pakar undang-

undang yang tidak membenarkan beberapa syarat, seperti memberikan waqf kepada

keturunan yang kaya atau lelaki sahaja (Zarqa, 1947 dlm. Ahmed, 2004). Ini adalah

berkaitan dengan syarat keempat, iaitu niat awqaf adalah untuk menyumbang kepada

Page 12: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

12

kerja amal. Oleh itu, waqf untuk orang yang kaya sahaja bukanlah satu kerja amal

(Kahf, 1995).

Dalam sejarah Islam, populariti dan semangat dalam menubuhkan institusi awqaf

adalah jelas berdasarkan kepelbagaian perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan

oleh institusi-institusi tersebut. Sebelum abad ke-20, perkhidmatan dan kemudahan

awam di beberapa negara Islam secara umumnya adalah dibekalkan oleh institusi-

institusi awqaf dan bukannya kerajaan. Pembinaan dan pemeliharaan jalan raya,

sekolah, perpustakaan, masjid, sistem saliran, dan sebagainya, hampir kesemuanya

adalah ditanggung dan dijaga oleh institusi-institusi awqaf, dan pihak kerajaan sama

sekali tidak menanggung sebarang kos (Boudjellal, 2008; Cizakca, 1998;

Hoexter,1998).

Kategorisasi Awqaf

Awqaf boleh dikategorikan dengan beberapa cara. Ahmed (2004) mengkategorikan

institusi tertakluk kepada para benefisiari dan jenis pemberian. Dari segi para

benefisiari, awqaf boleh ditujukan untuk orang awam. Sebaliknya, awqaf boleh

ditujukan untuk para benefisiari khusus, seperti ahli keluarga. Hasil awqaf boleh juga

digabungkan kepada kedua-duanya sekali, sebagai contoh 20 peratus hasil sewa

rumah diberikan kepada ahli keluarga, sementara 80 peratus ditetapkan untuk

membantu golongan yang berkeperluan dan anak yatim. Mengenai jenis pemberian,

awqaf juga boleh dikategorikan dalam bentuk "awqaf keagamaan", seperti masjid dan

tanah yang didermakan untuk tanah perkuburan orang Islam. Selain itu, terdapat juga

"awqaf dermawan", iaitu seperti perpustakaan, hospital dan pusat beli-belah. Dalam

bentuk ini, awqaf mempunyai aspek sosioekonomi atas sebab menambah kegiatan

ekonomi dan jumlah pekerjaan di kawasan tersebut.

Page 13: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

13

Kahf (2000), seperti yang dipetik dalam Ahmed (2004), mengkategorikan awqaf

sebagai dermawan, keagamaan atau peribadi. Dalam setiap kategori ini, terdapat

pecahan selanjutnya, iaitu awqaf langsung dan awqaf pelaburan. Awqaf langsung

memberi manfaat bagi para benefisiari secara langsung, seperti hospital atau masjid.

Sementara itu, awqaf pelaburan melibatkan pelaburan mawquf (seperti tempat beli-

belah) yang mana hasilnya (seperti pendapatan) digunakan oleh para benefisiari.

KAJIAN KES: BRUNEI

Zakat di Negara Brunei Darussalam

Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) ialah satu badan koperasi yang

bertanggungjawab dalam membantu dan memberi nasihat kepada Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertua Negara Brunei

Darussalam mengenai semua aspek yang berkaitan dengan Islam di Brunei, menurut

Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Penggal 77. Dalam hal

yang berkaitan dengan zakat, MUIB merupakan badan utama yang bertanggungjawab

dalam mengutip dan mengagihkan zakat di Brunei, sepertimana yang dinyatakan

dalam seksyen 114 dalam akta tersebut. Berkenaan dengan zakat harta, jenis-jenis aset

yang boleh dizakat di Brunei adalah dijelaskan dalam Jadual 2.

Jadual 2 Aset yang dikenakan zakat di Brunei.

Harta dalam bentuk "Stock"

(Stock of wealth)

Aliran Pendapatan

(Flow of Income)

Kategori

Tradisional

(mengikut

sejarah)

zakat ke atas emas dan perakabd

(perhiasan dan barang kemas)

zakat atas binatang ternakanab

zakat perniagaanabc

zakat ke atas produk

pertanian ab

Kategori

Kontemporari

zakat mata wang kertasabd

zakat ke atas sahamc

Page 14: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

14

Sumber: a Peratoran Zakat dan Fitrah (1969)

b Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat (1998)

c Majlis Ugama Islam (n.d)

d Unit Kutipan dan Agihan Zakat (n.d)

Dengan pengecualian mata wang kertas dan saham, terdapat beberapa aset

kontemporari, termasuk amanah saham, dana persaraan dan insurans/takaful keluarga,

yang tidak dinyatakan dengan jelas sama ada layak untuk dizakat atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun, penzakatan aset-aset kontemporari perlu dibahaskan,

terutamanya yang berkenaan di Brunei, seperti kumpulan simpanan wang pekerja,

iaitu Tabung Amanah Pekerja (TAP).

Jadual 3 menunjukkan bahawa antara tahun 2001 hingga tahun 2009, terdapat

peningkatan yang beransur-ansur dalam penggumpulan zakat al-fitr oleh MUIB.

Sementara itu, dalam konteks zakat harta, terdapat peningkatan turun naik dalam

jumlah yang dikumpul sepanjang sembilan tahun tersebut. Sebagai contoh, pada tahun

2006, jumlah yang dikumpul telah jatuh sebanyak 25 peratus daripada tahun 2005.

Sedangkan jika dibandingkan di antara 2008 dengan 2009, jumlah zakat harta yang

dikumpul meningkat dengan mendadak sebanyak 69 peratus. Bagi menggambarkan

kepentingan zakat harta, Rajah 1 memaparkan jumlah zakat harta yang dikumpulkan

berbanding dengan zakat al-fitr.

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, rajah di atas menunjukkan bahawa

lebih 90 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dikumpul merupakan zakat harta.

Kepentingan yang nyata mengenai zakat harta terhadap dana zakat menekankan

kepentingan untuk mengambil kira jenis-jenis aset kontemporari seperti dana

persaraan dan amanah saham. Ini adalah bagi meluaskan lagi sumber-sumber zakat,

dan yang lebih penting sekali, untuk memenuhi asas tujuan zakat. Selain itu, langkah

Page 15: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

15

seperti ini boleh menyumbang kepada pengurangan dalam turun naik pengumpulan

zakat harta, seperti yang disaksikan dalam Jadual 3.

Rajah 1 Kutipan zakat harta dan zakat al-fitr (Tahun 2001-2009).

Selain meluaskan lagi jenis-jenis harta yang layak dizakat, keperluan dalam

meningkatkan kefahaman dan pengetahuan orang awam mengenai zakat adalah sama

penting dengan memaksimumkan jumlah zakat yang dikumpul. Masri (2007) yang

mengkaji pengetahuan lebih daripada 200 individu mengenai zakat mendapati hanya

13 peratus yang berjaya mengenal pasti nisab untuk zakat harta, hanya 45 peratus

menjawab dengan tepat kadar zakat sebagai 2.5 peratus, dan 66 peratus menyatakan

kedua-dua zakat al-fitr dan zakat harta adalah wajib dalam Islam. Kurangnya

pengetahuan responden mengenai zakat adalah sangat membimbangkan kerana dua

pertiga daripada responden tersebut adalah penuntut pusat pengajian tinggi.

Kekurangan ilmu mengenai zakat juga diketengahkan oleh Ali (2008). Dalam

kajian beliau, 100 individu yang mempunyai simpanan di atas nisab telah ditanya

untuk mengira zakat yang perlu dibayar dalam senario yang berkaitan dengan wang

simpanan, saham syarikat dan emas. Antara 74 peratus daripada responden yang

menjawab senario tersebut, hanya 40 peratus yang berjaya menjawab ketiga-tiganya

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

100%

2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009

Tahun

Zakat on Wealth

Zakat al-Fitr

Page 16: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

16

dengan tepat. Mereka yang telah menjawab dengan tepat ini terdiri daripada para

akauntan yang bertugas di bank Islam, dan juga para ahli akademik yang mempunyai

pengetahuan mengenai ekonomi Islam.

Dalam kedua-dua kajian di atas, para responden telah mengakui keperluan untuk

meningkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran berkaitan dengan zakat. Dalam

penyelidikan Masri (2007), kira-kira 70 peratus responden menyatakan bahawa

terdapat kekurangan program kesedaran umum mengenai zakat berbanding dengan

jenis-jenis ibadah yang lain. Sementara itu, dalam kajian Ali (2008), 74 peratus

daripada peserta kajiannya secara umum bersetuju dalam hal yang berkaitan dengan

pelaburan mereka, bahawa kurangnya pengetahuan mereka menyumbang kepada

pembayaran zakat. Sementara itu, 100 peratus bersetuju mengenai keperluan untuk

memberi pendidikan mengenai jenis-jenis aset yang boleh dizakat, termasuk kadar

dan nisab.

Jadual 3 Kutipan zakat al-fitr dan zakat harta di Brunei Darussalam (tahun 2001-2009).

Tahun Zakat al-Fitr Zakat Harta Jumlah Kutipan

Bil.

Pembayar

BND

(USD)

Bil.

Pembayar

BND (USD) BND (USD) % of GDP***

2001 251 421 692 011

(386 231)

956 9,849 352

(5,497 211)

10,541 363

(5,883 442)

NA

2002 255 855 789 178

(440 734)

3454 13,804 900

(7,709 650)

14,594 077

(8,150 384)

NA

2003 260 205 *1,407 599

(799 772)

3556 10,869 270

(6,175 722)

12,276 869

(6,975 494)

NA

2004 276 116 765 400

(450 235)

4112 11,173 064

(6,572 391)

11,938 464

(7,022 626)

0.105

2005** 281 504 780 790

(469 056)

4569 14,751 913

(8,862 137)

15,532 703

(9,331 193)

0.136

2006** 289 929 805 575

(506 651)

4667 11,096 859

(6,979 157)

11,902 434

(7,485 808)

0.100

2007** 292 374 813 170

(534 980)

5004 11,292 007

(7,428 952)

12,105 177

(7,963 932)

0.101

2008** 299 003 831 531

(581 490)

5160 11,820 873

(8,266 345)

12,652 404

(8,847 835)

0.108

2009** 302 981 843,137

(579 675)

4122 19,918 345

(13,694 290)

20,761 482

(14,273 965)

0.180

Sumber: Sapar (2010)

Page 17: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

17

Nota: Jumlah ditukar kepada ringgit yang terdekat.

* Terdapat dua kutipan pada tahun 2003, serentak dengan kedua-dua bulan Ramadan pada

tahun itu. Pecahan jumlah kutipan ialah BND646,453.17 (USD367,302.94) dan BND

761,145.38 (USD432,468.97), pada tahun hijrah 1423 and 1424.

** Angka yang belum diaudit.

*** Angka GDP adalah pengiraan daripada Department of Statistics (2006) dan

Department of Statistics (2012). GDP untuk tahun 2001-2003 tidak diambil kira,

kerana sebelum tahun 2004, kaedah pengiraan GDP berbeza.

Jadual 4 Peratus pilihan yang tidak membayar zakat bagi jenis aset (Ali, 2008).

Jenis Harta % memenuhi nisab tetapi

tidak membayar zakat

Gaji Bersih /Pendapatan Profesional ~75

Saham Syarikat (Nilai Pasaran) ~76

Deposit (Bank Islam) ~32

Deposit (Bank Konvensional) ~62

Pendapatan Bersih dari Harta Sewa ~82

Pendapatan Perniagaan ~46

Emas dan Barang Kemas ~77

Akibat daripada kurang pengetahuan ini adalah nyata dalam Ali (2008), yang

mana beberapa responden, walaupun mempunyai aset di atas nisab selama lebih dari

setahun, tidak membayar zakat seperti yang tertera dalam Jadual 4. Tiga jenis aset

tertinggi yang tidak dibayar zakat adalah zakat terhadap pendapatan bersih sewa harta

(82 %), emas dan barang kemas (77 %) dan saham syarikat (76 %).

Selain daripada pendidikan, ketelusan atau transparensi dalam kutipan dan

pengagihan zakat adalah amat penting. Masri (2007) menyatakan pendapat para

responden adalah kira-kira sama rata, dalam transparensi kutipan dan pengagihan

zakat; 46.1 peratus mencatat kurang jelas atau transparensi, 44.9 peratus menyatakan

kejelasan yang mencukupi, dan sembilan peratus responden tidak mempunyai

sebarang pendapat mengenainya. Pada amnya, ditegaskan bahawa tahap penjelasan

yang tinggi membantu memastikan kepada pembayar zakat mengenai keberkesanan

mekanisme zakat. Hal ini kemudian boleh meningkatkan jumlah dana, dan membantu

Page 18: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

18

dalam mengelakkan individu membuat pembayaran kepada benefisiari zakat dengan

secara langsung, atas sebab kurangnya transparensi.

Awqaf di Brunei Darussalam

Seksyen 100 dalam Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-mahkamah Kadi

menyatakan MUIB adalah pemegang amanah yang utama bagi aset-aset awqaf dalam

negeri. Menurut MUIB (2008), awqaf boleh didaftar atau tidak didaftar. Jika didaftar,

ini bermakna adanya tanda pendaftaran rasmi bagi aset pemberian, manakala jika

tidak berdaftar, penyataan hanya adalah secara lisan seperti wang atau peralatan. Di

MUIB, awqaf dikategorikan sebagai waqf am atau waqf khusus. Aset-aset awqaf yang

khusus bermaksud adanya syarat khusus yang telah ditentukan oleh waqif, misalannya

tanah yang telah waqf adalah untuk membina masjid sahaja. Dalam hal yang berkaitan

dengan waqf umum, MUIB mempunyai kuasa menentukan sama ada untuk

menjalankan sebarang projek atau aktiviti di atas tanah tersebut, mengikut kesesuaian

yang memberi manfaat kepada orang Islam.

Aset waqf umum di MUIB dikumpulkan bersama sumber-sumber dana yang lain

yang dikendalikan oleh Baitul Mal kepada Dana Endowmen Am, yang mana

sebahagiannya adalah dilaburkan ke Badan Tanmiah, satu badan yang ditubuhkan

untuk melaburkan dan mengembangkan dana atau harta benda yang diperuntukkan

oleh Baitul Mal (Majlis Ugama Islam, 2008).

Jadual 5 menunjukkan kebanyakkan aset-aset awqaf yang didaftarkan berbentuk

awqaf keagamaan, berbanding dengan awqaf yang berbentuk pelaburan atau

mempunyai aspek sosioekonomi. Aset jenis sosioekonomi yang ketara boleh didapati

dalam kategori awqaf umum, yang mana tiga tanah waqf digunakan untuk membina

property untuk tujuan kediaman dan komersial. Aset-aset yang selebihnya,

Page 19: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

19

kebanyakannya adalah berkaitan dengan masjid dan tujuan keagamaan yang lain.

Jikalau kita ingin awqaf memainkan peranan yang besar dalam menghapuskan

kemiskinan dan pembangunan infrastruktur yang bersesuaian untuk kegunaan umum,

adalah menjadi amat penting untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai

awqaf sebagai satu pilihan, iaitu dalam konteks sosioekonomi.

Jadual 5 Awqaf yang didaftarkan di Brunei Darussalam.

Awqaf Khas

Aset Jenis Bilangan Awqaf %

Berkaitan dengan

Masjid Masjid 7

Tanah 22

Jalan raya 2

Peralatan 19

Hawa dingin 28

Tempat letak kereta 2

Lain lain 4 84 74%

Berkaitan dengan

perkuburan Kenderaan 19

Tanah 2

Jalan raya 2 23 20%

Berkaitan dengan

Sekolah Ugama Tanah 1

Peralatan 1 2 2%

Lain-lain 4 4%

113 100%

Awqaf Am

Aset Jenis Bilangan Awqaf %

Tanah Tidak Diketahui 3 43%

Rumah Kediaman 2 29%

Bangunan Komersial 1 14%

Masjid 1 14%

7 100%

Waqf Berkaitan dengan Wang

Aset Jenis BND %

Cash Berkaitan dengan Masjid 1,836,781.00 99.98%

Lain-lain 400.00 0.02%

1,837,181.00 100%

Sumber: Senarai Aset-Aset Awqaf, diperolehi daripada

MUIB (September 2010).

METODOLOGI

Kajian ini melibatkan temu bual berstruktur (semi-structured interview) dengan 431

orang responden; 215 orang responden terdiri daripada penerima bantuan kebajikan

Page 20: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

20

dan 216 orang responden yang tidak menerima bantuan kebajikan sama sekali.

Hampir kesemua penerima bantuan kebajikan terdiri daripada penerima zakat, iaitu

kutipan zakat dari MUIB. Dalam kajian ini, responden yang menerima bantuan

kebajikan dikenali sebagai kumpulan net deficit, manakala responden yang tidak

menerima kebajikan adalah kumpulan net surplus.

Sampel untuk kaji selidik terdiri daripada daerah Brunei-Muara,6

menggunakan

"non-probability sampling", iaitu quota sampling dan purposive sampling. Walaupun

probability sampling amat diberi keutamaan secara umum, oleh sebab mempunyai

aspek representasi kepada penduduk yang dikaji (Bryman, 2008), ada beberapa situasi

yang mana probability sampling tidak praktikal atau wajar (Trochim, 2006). Ini

termasuklah situasi tiada sampling frame yang wujud atau apabila penyelidik perlu

menggunakan responden yang hanya boleh disediakan untuk beliau (Jupp, 2006).

Dalam kaji selidik ini, sampel untuk net surplus jatuh ke dalam kategori tersebut;

adalah sukar untuk menggunakan probability sampling kerana tiada senarai net

surplus atau sampling frame yang dapat diperolehi. Walaupun net surplus boleh

dipastikan menggunakan cluster atau area sampling, kos dan kekangan sumber

memainkan peranan yang penting. Zikmund (1991) menekankan kepentingan masa

dan sumber kekangan, terutamanya sekatan ke atas sumber-sumber kewangan,

manusia dan tarikh akhir kaji selidik, sebagai pertimbangan praktikal dalam mana-

mana penyelidikan.

Setelah mempertimbangkan had sumber kewangan dan manusia, kaedah non-

probability sampling dianggap sesuai untuk kumpulan net surplus. Dalam memilih

kaedah non-probability sampling yang optima, pertimbangan utama adalah untuk

mengurangkan bias secara sistematik daripada responden yang dipilih, seperti

menemuduga mereka yang paling rapat atau paling mudah untuk ditemuduga. Oleh

Page 21: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

21

itu, quota sampling berhubung dengan mukim-mukim di daerah Brunei-Muara

dipilih. Menggunakan quota sampling bukan sahaja mengurangkan bias sistematik

yang dinyatakan di atas, tetapi untuk membantu mengelakkan oversampling dari

sesebuah mukim, responden mungkin mempunyai ciri-ciri tertentu yang berbeza

daripada mukim lain, seperti mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi dan

sebagainya.

Untuk menilai persepsi responden mengenai zakat di Brunei, soalan berikut

diajukan:

Kenyataan manakah yang sering dihubungkaitkan di Brunei, dengan istilah "zakat"?

(Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan).

(a) Zakat fitrah

(b) Zakat ke atas amanah saham/dana bersama (Mutual fund)

(c) Zakat emas

(d) Zakat ke atas wang dalam akaun simpanan

(e) Zakat ke atas akaun TAP7

(f) Tidak tersenarai di atas

(g) Saya tidak tahu

Dalam menentukan tahap kefahaman mengenai zakat, empat soalan diajukan,

dengan pilihan untuk menjawab “Ya”, “Tidak” atau “Tidak pasti”; soalan-soalan ini,

bersama jawapan yang betul, disenaraikan di bawah.

1. Bolehkah zakat diberikan kepada penerima zakat untuk penggunaan peribadi/

keperluan rumah? Ya

2. Bolehkah zakat dipinjamkan kepada penerima zakat untuk penggunaan peribadi/

keperluan rumah? Tidak

3. Bolehkah zakat diberikan kepada penerima zakat untuk penggunaan perniagaan? Ya

4. Bolehkah zakat dipinjamkan kepada penerima zakat untuk penggunaan perniagaan?

Tidak

Soalan yang diajukan untuk menilai persepsi responden terhadap awqaf adalah:

Kenyataan manakah yang sering dihubungkaitkan di Brunei, dengan istilah "Wakaf"?

(Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan).

(a) Sumbangan wang untuk membina atau menyelenggara masjid.

(b) Sumbangan buku-buku keugamaan, umpamanya naskhah Yassin.

(c) Dermaan wang tunai

(d) Perpustakaan yang dibina di kawasan pedalaman hasil sumbangan masyarakat.

Page 22: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

22

(e) Pusat membeli belah yang dibina hasil sumbangan derma.

(f) Tidak tersenarai di atas

(g) Saya tidak tahu

Ini diikuti dengan empat soalan menentukan tahap kefahaman mengenai awqaf.

Soalan tersebut bersama jawapan yang tepat adalah seperti yang berikut:

1. Bolehkah hasil keuntungan dari wakaf diberikan kepada penerima wakaf untuk

penggunaan peribadi/ keperluan rumah? Ya

2. Bolehkah hasil keuntungan dari wakaf dipinjamkan kepada penerima wakaf untuk

penggunaan peribadi/ keperluan rumah? Ya

3. Bolehkah hasil keuntungan dari wakaf diberikan kepada penerima wakaf untuk

penggunaan perniagaan? Ya

4. Bolehkah hasil keuntungan dari wakaf dipinjamkan kepada penerima wakaf untuk

penggunaan perniagaan? Ya

Dalam kajian ini, ujian Pearson’s chi-square digunakan untuk menentukan tahap

statistical significance terhadap elemen yang dikaji, terutama sekali jawapan kepada

soalan-soalan di antara kumpulan net surplus dan net deficit. Secara umum, dengan

memahami statistical significance tersebut akan mengetengahkan konteks

perbincangan dalam bahagian hasil kajian antara kumpulan net surplus dan net deficit.

HASIL KAJIAN

Persepsi mengenai Zakat

Jadual 6 menunjukkan jawapan responden dalam mengenal pasti jenis zakat yang

sering kali dihubungkaitkan di Brunei dengan istilah "zakat"; dua corak utama adalah

jelas. Pertama, istilah “zakat” lebih dikaitkan dengan jenis zakat tradisional atau

mengikut sejarah seperti zakat fitrah dan zakat emas, berbanding dengan bentuk

kekayaan yang kontemporari seperti amanah saham (mutual fund) dan dana simpanan

pekerja yang dikenali sebagai Tabung Amanah Pekerja (TAP). Penemuan ini

melibatkan kedua-dua kumpulan, net surplus dan net deficit. Sebagai contoh, dari segi

zakat fitrah, peratusan daripada net surplus dan net deficit yang sering mengaitkan

zakat dengan zakadua melibatkan kadar net surplus yang mengaitkan istilah “zakat”

Page 23: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

23

dengan kelima-lima bentuk berbanding dengan kumpulan net deficit. Perbezaan yang

paling ketara adalah zakat ke atas emas di mana kira-kira dua pertiga daripada

responden net surplus menyatakan zakat ke atas emas adalah sering yang dikenal pasti

di Brunei, berbanding dengan kurang daripada separuh daripada kumpulan net deficit.

Perbezaan antara kedua-dua kumpulan adalah signifikan secara statistik, kerana p-

value adalah kurang daripada satu peratus.

Jadual 6 Kefahaman istilah zakat (n = 431).

Jenis zakat manakah yang sering kali dikaitkan dengan istilah zakat?

Zakat

fitrah

Zakat ke

atas emas

Zakat ke atas

wang dalam

akaun simpanan

Zakat ke

atas

mutual funds

Zakat ke

atas

Akaun TAP

Tiada

yang

tersenarai

Saya

tidak

pasti

Net Surplus 212 148 97 41 25 1 1

(98%) (68.5%) (45%) (19%) (12%) (0.5%) (0.5%)

Net Deficit 207 92 70 34 24 2 4

(96%) (43%) (33%) (16%) (11%) (1%) (2%)

Jumlah 419 240 167 75 49 3 5

(97%) (56%) (39%) (17%) (11%) (1%) (1%)

Chi-

Square:

1.391 28.902 6.924 .752 .018 - -

df 1 1 1 1 1 - -

p-value > .05 < .001 < .05 > .05 > .05 - -

Kefahaman mengenai Zakat

Seperti yang disenaraikan sebelum ini, soalan-soalan zakat menyentuh pemahaman

responden sama ada zakat boleh diberikan atau dipinjamkan untuk keperluan rumah

dan bagi tujuan perniagaan.

Jadual 7 hingga Jadual 10 menunjukkan jawapan yang pada dasarnya menilai

pengetahuan responden terhadap agihan zakat. Dalam Jadual 7 dan Jadual 8,8

responden ditanya sama ada zakat boleh diberi atau dipinjamkan kepada penerima

Page 24: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

24

yang berhak untuk penggunaan peribadi/keperluan rumah. Majoriti kedua-dua

kumpulan responden menjawab dengan tepat, iaitu percaya bahawa memberi zakat

untuk keperluan peribadi boleh diterima, manakala pinjaman zakat kepada penerima

untuk tujuan yang sama tidak boleh dilakukan. Tiada perbezaan statistik antara kedua-

dua kumpulan, seperti yang ditunjukkan dalam chi-square.

Jadual 7 Memberi zakat untuk keperluan peribadi/rumah.

Bolehkah zakat diberikan untuk keperluan

peribadi?

Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square

Net

Surplus

161 30 25 216 X2 =

(75%) (14%) (12%) (100%) 2.211

Net

Deficit

169 20 26 215

(79%) (9%) (12%) (100%) df = 2

Jumlah 330 50 51 431

(77%) (12%) (12%) (100%) p>.05

Jadual 9 dan Jadual 10 menunjukkan respons kepada persoalan sama ada zakat

boleh diberikan atau dipinjamkan untuk keperluan perniagaan. Sama dengan respons

kepada soalan penggunaan zakat untuk keperluan rumah, bilangan majoriti menjawab

dengan betul bahawa zakat boleh diberikan untuk keperluan perniagaan, sebaliknya

tidak boleh dipinjamkan untuk perniagaan.

Jadual 8 Pinjaman zakat untuk keperluan peribadi/rumah.

Bolehkah zakat dipinjamkan untuk

keperluan peribadi?

Ya Tidak Tidak

Pasti

Jumlah Chi-Square

Net Surplus 28 137 51 216 X2 =

(13%) (63%) (24%) (100%) 4.388

Net Deficit 44 126 45 215

(20%) (59%) (21%) (100%) df = 2

Jumlah 72 263 96 431

(17%) (61%) (22%) (100%) p>.05

Page 25: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

25

Walau bagaimanapun, peratusan mereka yang menjawab dengan betul lebih

rendah berbanding dengan yang menjawab dengan betul dalam konteks keperluan

peribadi/rumah. Sebagai contoh, hanya kira-kira separuh daripada responden

menjawab bahawa zakat boleh diberikan untuk keperluan perniagaan, berbeza dengan

sekitar tiga suku yang memberikan jawapan yang betul dalam konteks keperluan

peribadi/rumah (seperti yang ditunjukkan sebelum ini dalam Jadual 7). Lebih khusus

lagi, keputusan chi-square menunjukkan kumpulan net deficit lebih cenderung

menyatakan zakat boleh diberikan dan dipinjamkan bagi keperluan perniagaan,

berbanding dengan kumpulan net surplus.

Jadual 11 dan 12 menunjukkan dengan lebih lanjut kefahaman responden terhadap

zakat. Jadual 11 adalah markah purata jawapan tepat; markah kedua-dua kumpulan

net surplus dan net deficit adalah lebih kurang sama, iaitu hanya lebih separuh

daripada soalan-soalan atau kira-kira dua soalan telah dijawab dengan betul oleh

semua responden.

Jadual 9 Memberi zakat untuk keperluan perniagaan.

Bolehkah zakat diberikan untuk keperluan

perniagaan?

Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square

Net Surplus 108 48 60 216 X2 =

(50%) (22%) (28%) (100%) 9.883

Net Deficit 124 58 33 215

(58%) (27%) (15%) (100%) df = 2

Jumlah 232 106 93 431

(54%) (25%) (22%) (100%) p>.05

Jadual 10 Pinjaman zakat untuk keperluan perniagaan.

Bolehkah zakat dipinjamkan untuk keperluan

perniagaan?

Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square

Net Surplus 46 102 68 216 X2 =

(21%) (47%) (31%) (100%) 9.868

Net Deficit 75 85 55 215

(35%) (40%) (26%) (100%) df = 2

Jumlah 121 187 123 431

(28%) (43%) (29%) (100%) p>.05

Page 26: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

26

Jadual 11 Markah purata bagi jawapan lengkap terhadap zakat.

Markah Purata (0 - 4)

Net Surplus 2.35

Net Deficit 2.34

Jadual 12 memaparkan peratusan responden yang menjawab kesemua soalan

dengan betul. Seperti yang ditunjukkan dalam jadual tersebut, bagi kedua-dua

kumpulan responden, hanya kira-kira satu perlima menjawab keempat-empat soalan

dengan betul, manakala selebihnya menjawab sekurang-kurangnya satu jawapan yang

salah.

Jadual 12 Purata soalan asas zakat yang dijawab dengan betul.

Semua soalan

dijawab dengan

betul

Sekurang-kurangnya

satu jawapan salah

Jumlah

Net Surplus 43 173 216

(20%) (80%) (100%)

Net Deficit 38 177 215

(18%) (82%) (100%)

Jumlah 81 350 431

(19%) (81%) (100%)

Persepsi mengenai Awqaf

Apabila responden ditanya bentuk awqaf apakah yang biasanya terdapat di Brunei,

seperti yang terpapar pada Jadual 13, kebanyakan responden menyatakan awqaf

berkaitan dengan keagamaan sebagai awqaf yang lebih dikenali di Brunei, berbanding

dengan awqaf yang berkaitan dengan aspek sosioekonomi. Sebagai contoh, kira-kira

80 peratus daripada semua responden menyatakan awqaf sering dihubungkaitkan

dengan membangunkan atau mengekalkan masjid, atau menderma buku-buku agama

seperti Yassin. Sebaliknya, kira-kira empat peratus menjawab awqaf sebagai

penggunaan dana untuk membina pusat beli-belah, dan 22 peratus menyamakannya

dengan pembinaan perpustakaan di kawasan luar bandar.

Page 27: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

27

Jadual 13 Kefahaman istilah awqaf (n = 431).

Jenis zakat manakah yang seringkali dikaitkan dengan istilah „wakaf’?

Dana untuk

membangun/

mengekalkan

masjid

Derma

buku-

buku

agama

Derma

wang

tunai

(cash

endow-

ment)

Pembinaan

perpustaka-

an luar

bandar

Pusat

beli-

belah

Tiada

yang

tersena

rai

Saya

tidak

pasti

Net Surplus 177 185 95 57 7 2 2

(82%) (86%) (44%) (26%) (3%) (1%) (1%)

Net Deficit 165 151 111 39 10 5 17

(77%) (70%) (52%) (18%) (5%) (2%) (8%)

Jumlah 342 336 206 96 17 7 19

(79%) (78%) (48%) (22%) (4%) (2%) (4%)

Chi-Square:

1.778 14.901 2.525 4.235 .566 - -

df 1 1 1 1 1 - -

p-value > .05 < .001 > .05 < .05 > .05 - -

Kefahaman mengenai Awqaf

Jadual 14 – Jadual 179 menunjukkan jawapan soalan-soalan pemahaman responden

berkaitan dengan penggunaan hasil awqaf. Jadual 14 menunjukkan bahawa lebih

separuh daripada responden menjawab dengan betul bahawa hasil awqaf boleh

diberikan kepada penerima awqaf untuk penggunaan peribadi atau mendapatkan

keperluan rumah. Walau bagaimanapun, bagi soalan berkaitan dengan pinjaman hasil

awqaf, sama ada untuk penggunaan peribadi/isi rumah atau perniagaan, Jadual 15 dan

Jadual 17 menunjukkan bahawa majoriti responden (sekitar 40 peratus) menjawab

dengan salah soalan-soalan tersebut, iaitu menyatakan bahawa hasil daripada awqaf

tidak boleh dipinjamkan untuk peribadi ataupun keperluan perniagaan.

Jadual 14 Memberi hasil awqaf untuk keperluan peribadi/rumah.

Bolehkah awqaf diberikan untuk keperluan

peribadi?

Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square

Net Surplus 112 49 55 216 X2 =

(52%) (23%) (26%) (100%) .862

Net Deficit 121 45 49 215

(56%) (21%) (23%) (100%) df = 2

Jumlah 233 94 104 431

(54%) (22%) (24%) (100%) p>.05

Page 28: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

28

Dari segi memberikan hasil awqaf untuk tujuan perniagaan, responden dari kedua-

dua kumpulan tidak pasti dengan keharusannya, seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 16, iaitu kira-kira satu pertiga daripada responden menjawab sama ada “Ya”,

“Tidak” atau “Tidak pasti”.

Jadual 15 Pinjaman hasil awqaf untuk keperluan peribadi.

Bolehkah awqaf dipinjamkan untuk

keperluan peribadi?

Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square

Net Surplus 57 94 65 216 X2 =

(26%) (44%) (30%) (100%) 1.902

Net Deficit 66 80 69 215

(31%) (37%) (32%) (100%) df = 2

Jumlah 123 174 134 431

(29%) (40%) (31%) (100%) p>.05

Jadual 16 Memberi hasil awqaf untuk keperluan perniagan.

Bolehkah awqaf diberikan untuk keperluan

perniagaan?

Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square

Net Surplus 75 62 79 216 X2 =

(35%) (29%) (37%) (100%) .862

Net Deficit 73 74 68 215

(34%) (34%) (32%) (100%) df = 2

Jumlah 148 136 147 431

(34%) (32%) (34%) (100%) p>.05

Jadual 18 dan 19 memberikan maklumat lanjut berkenaan kefahaman responden

terhadap awqaf. Jadual 18 menunjukkan jumlah markah jawapan tepat oleh kumpulan

net surplus dan net deficit. Kedua-dua kumpulan mempunyai markah yang rendah

dalam menjawab keempat-empat soalan awqaf, dengan markah purata jauh di bawah

angka 2. Dalam erti kata lain, responden daripada kedua-dua kumpulan itu menjawab

dengan betul sekitar satu soalan (daripada empat soalan) berkaitan dengan awqaf.

Page 29: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

29

Jadual 17 Pinjaman hasil awqaf untuk keperluan perniagaan.

Bolehkah awqaf dipinjamkan untuk

keperluan perniagaan?

Ya Tidak Tidak Pasti Jumlah Chi-Square

Net Surplus 47 85 84 216 X2 =

(22%) (39%) (39%) (100%) 1.716

Net Deficit 54 90 71 215

(25%) (42%) (33%) (100%) df = 2

Jumlah 101 175 155 431

(23%) (41%) (36%) (100%) p>.05

Jadual 18 Markah purata bagi jawapan lengkap mengenai awqaf.

Markah Purata (0 - 4)

Net Surplus 1.35

Net Deficit 1.46

Jadual 19 memberikan peratusan responden yang menjawab kesemua soalan

dengan betul; hanya 13 peratus daripada net surplus dan 10 peratus daripada net

dificit menjawab keempat-empat soalan dengan betul.

Jadual 19 Purata soalan asas awqaf yang dijawab dengan betul.

Semua soalan

dijawab dengan

betul

Sekurang-

kurangnya satu

jawapan salah

Jumlah

Net Surplus 28

(13%)

188

(87%)

216

(100%)

Net Deficit 21

(10%)

194

(90%)

215

(100%)

Jumlah 49

(11%)

382

(89%)

431

(100%)

PERBINCANGAN

Menentukan Zakat untuk Jenis Aset Kontemporari

Jadual 6 menekankan bahawa istilah zakat sering dihubungkaitkan dengan zakat yang

berbentuk tradisional atau mengikut sejarah, seperti zakat fitrah dan zakat pada emas

berbanding dengan bentuk kontemporari, seperti amanah saham dan wang simpanan

pekerja. Pandangan ini terdapat untuk kedua-dua kumpulan net surplus dan net

deficit.

Page 30: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

30

Seperti yang diterangkan dalam perbincangan sebelum ini, Kahf (1997) dan

(Ahmed 2004) menyatakan bahawa negara, seperti Arab Saudi, Pakistan dan Yaman

diketahui menggunakan zakat yang berbentuk tradisi atau mengikut sejarah sahaja,

berbanding dengan zakat jenis aset kontemporari yang mempunyai nisbah "zakat-to-

gross domestic products" yang rendah. Memandangkan keputusan dalam Jadual 6,

kebimbangan atau nisbah ini juga boleh terkandung untuk Brunei. Oleh itu, perlunya

dipertimbangkan jika bentuk kekayaan kontemporari, seperti amanah saham,

kumpulan wang simpanan pekerja dan takaful yang berkaitan dengan simpanan

dikenakan zakat; dengan tujuan utama untuk memenuhi tanggungjawab seseorang

sebagai pembayar zakat, selaras dengan tujuan zakat.

Hal ini secara langsung memberi potensi untuk meningkatkan saiz dana zakat bagi

menjalankan program-program yang bersesuaian untuk asnaf zakat. Selain daripada

keperluan untuk memenuhi tujuan zakat, kepentingan menganalisis zakatability

bentuk-bentuk aset kontemporari juga terletak pada konsep keadilan. Seperti yang

dinyatakan sebelum ini, al-Qardawi (n.d.-a) menonjolkan pertimbangan perundangan

zakat ke atas produk pertanian; yang menimbulkan persoalan bagaimana dikatakan

adil jika seorang petani membayar zakat ke atas keluaran pertanian beliau, manakala

profesional yang boleh memperolehi jumlah yang lebih tinggi tidak membayar zakat

ke atas pendapatan yang diperolehinya.

Meneroka Jenis Awqaf yang Mempunyai Aspek Sosioekonomi

Dari segi awqaf, Jadual 13 menunjukkan bahawa kebanyakan responden, sama ada

net surplus atau net deficit, lebih biasa dengan jenis awqaf yang berbentuk

keagamaan, seperti masjid dan derma buku-buku agama, berbanding dengan awqaf

yang mengandungi aspek sosioekonomi.

Page 31: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

31

Walaupun awqaf keagamaan penting, kekurangan pengetahuan dan kenal pasti

akan jenis awqaf filantropi atau pelaburan yang berunsurkan sosioekonomi

memerlukan perhatian. Awqaf terdapat di dalamnya fleksibiliti dari segi menyatakan

siapakah yang boleh menjadi benefisiari atau mendapat hasil daripada awqaf tersebut;

ini termasuklah fakir miskin, anak-anak yatim piatu ataupun orang ramai secara am.

Di samping itu, fleksibiliti juga wujud dari segi tujuan waqf; waqf untuk sesuatu aset

bergantung kepada niat pemberi waqf, seperti pembasmian kemiskinan, biasiswa

pendidikan anak yatim piatu dan lain-lain selagi tidak bertentangan dengan syariah.

Salah satu lagi fleksibiliti yang wujud terletak pada benda atau korpus yang

disumbangkan, yang mana tidak terhad pada suatu aset sahaja; boleh dikategorikan

sebagai waqf sementara atau waqf kekal. Ciri-ciri harta awqaf yang dinyatakan

sebelum ini, di samping tarikan rohani dalam pemberian awqaf sebagai sadaqah

jariyah, bermakna bahawa jika bentuk sosioekonomi awqaf boleh diterokai di negara

Brunei secara mendalam, terdapat potensi manfaat yang melangkaui keperluan sosial,

sehingga ke hasil ekonomi, seperti menghasilkan pekerjaan dan mengeluarkan hasil

pendapatan daripada aset waqf tersebut. Secara tidak langsung, hal ini merealisasikan

awqaf yang mempunyai unsur sosioekonomi untuk membangunkan infrastruktur

awam yang biasanya dikendalikan dengan harta kerajaan. Dalam keadaan ekonomi

yang semakin mencabar dan kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa,

penglibatan jenis awqaf ini untuk membangunkan infrastuktur akan memainkan

peranan yang lebih mendalam kepada ekonomi dan infrastruktur negara. Seperti yang

dinyatakan sebelum ini, infrastruktur tersebut boleh termasuk pembinaan dan

pemeliharaan jalan raya, sekolah, perpustakaan dan lain-lain, mengikut keperluan

masyarakat dan negara.

Page 32: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

32

Oleh itu, sama seperti penelitian zakatability bentuk kontemporari aset yang

diterangkan sebelum ini, perlunya pihak berkuasa yang berkaitan, seperti fuqaha dan

ulama di Brunei untuk menyediakan garis panduan dan maklumat lanjut mengenai

aspek-aspek awqaf, terutamanya awqaf yang berkaitan dengan aspek sosioekonomi

negara.

Pengetahuan Am mengenai Zakat dan Awqaf

Hasil kajian daripada pengetahuan aspek zakat dan awqaf menunjukkan pemahaman

zakat dan awqaf oleh kedua-dua kumpulan responden adalah rendah. Sebagai contoh,

apabila empat soalan asas yang mengukur fahaman zakat diajukan, keputusan yang

dipaparkan dalam Jadual 12 menunjukkan bahawa hanya kira-kira 20 peratus daripada

kedua-dua kumpulan menjawab keempat-empat soalan dengan betul, yang

mengesahkan pemahaman rendah pada aspek zakat. Dari segi awqaf pula, apabila

empat soalan mengukur kefahaman responden harta-harta awqaf diajukan, Jadual 19

menunjukkan hanya kira-kira 10 peratus daripada kedua-dua kumpulan menjawab

soalan tersebut dengan betul.

Daripada satu aspek, pemahaman zakat dan awqaf yang lemah bagi responden

dalam kajian ini tidak menghairankan kerana menunjukkan hasil yang sama dengan

kajian yang lampau. Sebagai contoh, Masri (2007) mendapati bahawa hanya kira-kira

13 peratus daripada responden dalam kajian beliau menjawab dengan betul akan nisab

zakat harta, manakala hanya 45 peratus menjawab kadar zakat adalah 2.5 peratus; dan

dua pertiga menyatakan kedua-dua zakat fitrah dan zakat harta sebagai wajib dalam

Islam. Dalam kajian lain, Ali (2008) mendapati hanya 40 peratus responden dapat

mengira zakat yang patut dibayar dalam tiga senario yang berkaitan dengan zakat ke

atas simpanan, saham syarikat dan emas.

Page 33: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

33

Salah satu aspek penting daripada kajian ini adalah mengenal pasti akibat

pemahaman rendah tentang zakat dan awqaf. Dari segi zakat, akibat pemahaman

zakat yang rendah akan membawa kepada jumlah kutipan zakat yang rendah,

berbanding potensi sebenar. Akibat ini selari dengan kajian-kajian yang lain, seperti

dalam kajian Ali (2008) yang menunjukkan bahawa kekurangan pengetahuan

mengenai zakat bermakna 82 peratus, 77 peratus dan 76 peratus daripada responden

tidak membayar zakat daripada pendapatan bersih hartanah sewa, zakat bagi

emas/barang kemas, dan dari saham syarikat, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual

4.

Dari segi awqaf, kekurangan pengetahuan mengenainya, terutama awqaf yang

berbentuk filantropi atau pelaburan dapat dilihat dengan jelas daripada senarai jenis

aset awqaf yang berdaftar dengan MUIB. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5,

selain daripada tiga tanah waqf, kesemua aset awqaf yang berdaftar ialah awqaf

keagamaan.

Secara keseluruhannya, jika zakat dan awqaf memainkan peranan yang berkesan

bagi masyarakat Islam seperti, di negara Brunei, adalah perlu untuk meningkatkan

kefahaman orang ramai tentang potensi awqaf, khususnya penghasilan kepada

sosioekonomi dan penjanaan pendapatan. Di samping itu, pembayar zakat yang

mempunyai lebih pengetahuan akan dapat memenuhi tanggungjawab untuk

membayar bukan sahaja jenis zakat yang dianggap tradisional atau mengikut sejarah,

tetapi juga aset-aset kontemporari yang memenuhi syarat-syarat zakat.

KESIMPULAN

Tidak dinafikan, dalam sejarah Islam, zakat dan awqaf telah memainkan peranan

penting dalam masyarakat, daripada pembasmian kemiskinan kepada pembangunan

Page 34: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

34

kemudahan awam. Untuk meningkatkan peranan zakat dan awqaf di negara Brunei,

hasil kajian ini menunjukkan cabaran untuk meningkatkan pemahaman zakat dan

awqaf, serta meneroka zakatability aset kontemporari dan memperbanyak lagi awqaf

yang mempunyai unsur-unsur sosioekonomi, terutamanya dalam keadaan

antarabangsa yang kian mencabar.

Untuk kajian masa hadapan dalam bidang ini, terutamanya dalam kajian kes di

Brunei, para pengkaji boleh mempertimbangkan tahap pengetahuan dan persepsi

kedua-dua konsep yang menggunakan representative sampling. Pertimbangan lain

adalah menilai tahap kefahaman atau persepsi mengenani zakat dan awqaf dari masa

ke masa, untuk memastikan sama ada pengetahuan dan persepsi bertambah baik, atau

sebaliknya.

NOTA

1. Unit berkaitan dengan dolar antarabangsa semasa, dan pariti kuasa beli (purchasing

power parity).

2. Baki penduduk adalah Buddha (13 peratus), Kristian (10 peratus) dan orang-orang

yang menganut agama lain (10 peratus) .

3. Klasifikasi kekayaan dalam stock dan bentuk aliran membantu untuk

menggambarkan bahawa syarat haul (pemilikan kekayaan dalam masa satu tahun

lunar) tidak memainkan peranan apabila kekayaan dicapai menerusi "aliran

pendapatan". Dengan erti kata lain, harta dari aliran pendapatan (harta rampasan

perang, hasil pertanian dan pendapatan profesional) adalah dikenakan zakat apabila

diperolehi, dan tiada peredaran masa diperlukan.

4. Mengikut laporan Muslim, Tirmidhi, Abu Dawud, Nasa‟I dan Ibn Majah. Sila rujuk

Ahmed (2004:28) dan Haqqi (1999:189).

5. Walau bagaimanapun pada tahun 2009, Majlis Fiqh Academy telah menerima

bentuk "sementara" awqaf (temporary awqaf).

6. Daerah Brunei-Muara mempunyai saiz penduduk yang terbesar, dengan kira-kira

70 peratus daripada penduduk Brunei yang tinggal di daerah itu. Sebagai contoh,

pada tahun 2008, daerah Brunei-Muara mempunyai saiz penduduk 276 600

berbanding dengan jumlah keseluruhan penduduk 398 000 (Jabatan Perangkaan,

2009).

7. TAP merujuk Tabung Amanah Pekerja, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

dimestikan untuk semua pekerja di Brunei.

8. Antara soalan berkaitan dengan zakat, dua jadual ini sahaja yang didapati tidak

mempunyai statistical significance. Dengan erti kata lain, tidak ada perbezaan

statistik antara kedua-dua kumpulan responden.

9. Bagi kesemua empat jadual, keputusan chi-square tidak berbeza dari segi

statistical significance; ini menunjukkan kedua-dua kumpulan tidak memberikan

jawapan yang berbeza.

Page 35: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

35

RUJUKAN

Ahmed, Habib, 2004. Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation. Jeddah: Islamic

Development Bank Group, Islamic Research & Training Institute.

Aji Haqqi, Abdurrahman Raden, 1999. The Philosophy of Islamic Law of Transactions. Kuala

Lumpur: Univision Press.

Ali, Dk Hjh Norulazidah Pg Hj. Omar, 2008. Theoretical Studies and an Empirical

Investigation of the System of Zakat.The University of Exeter.

al-Qardawi, Yusuf (n.d.-a). "Fiqh Al Zakah" (Volume 1).

(http://monzer.kahf.com/books/english/fiqhalzakah_vol1.pdf>.

al-Qardawi, Yusuf (n.d.-b). "Fiqh Al Zakah" (Volume

2).http://monzer.kahf.com/books/english/fiqhalzakah_vol2.pdf>.

Al-Zarqa, M. Anas. "Financing and Investment in Awqaf Projects: A non Technical

Introduction" dlm. Islamic Economic Studies, 1(2), 55-62, 1994.

Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, 2008. "Pengenalan Zakat Harta". http://www.zakat-

muib.gov.bn/subindex.asp?id=A084_08 pada 30 November 2010.

"Bayaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Sejurus Pengeluaran - Satu

Alternatif", 2010. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/bayaran-zakat-kumpulan-

wang-simpanan-pekerja-kwsp-sejurus-pengeluaran-satu-alternat. Dicapai pada 29 Julai

2010.

Boudjellal, Mohammed. "The Need for a New Approach to the Role in Socioeconomic

Development of Waqf in the 21st Century" dlm. Review of Islamic Economics, 12(2), 125-

136, 2008.

Brunei Economic Development Board (n.d.). "Introducing Brunei". (Atas Talian). Dicapai

daripada http://www.bedb.com.bn/why_intro.html pada 24 November 2010.

Bryman, Alan, 2008. Social Research Methods. New York: Oxford University Press Inc.

Central Intelligence Agency. "The World Factbook: Brunei".

https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/bx.html. Dicapai pada

26 Februari 2013.

Chapra, Muhammad Umar, 1979. Objectives of the Islamic Economic Order. Leicester: The

Islamic Foundation.

Chapra, Muhammad Umer, 1985. Towards a Just Monetary System. Leicester: The Islamic

Foundation.

Cizakca, Murat. "Awqaf in History and its Implications for Modern Islamic Economies" dlm.

Islamic Economic Studies, 6(1), 43-70,1998.

Department of Statistics, Department of Economic Planning and Development (JPKE), 2009.

Brunei Darussalam Statistical Yearbook 2008.

Garman, E. Thomas, dan Forgue, Raymond E., 2008. Personal Finance. Mason: South-

Western, Cengage Learning.

Hoexter, Miriam. "Waqf Studies in the Twentieth Century: The State of the Art" dlm.

Journal of the Economic and Social History of the Orient, 41(4), 474-495, 1998.

"How to Calculate Zakat on Shares", 2010. (Atas Talian). Dicapai daripada

http://www.muis.gov.sg/cms/services/zkt.aspx?id=13966&LangType=1033 pada 28 Julai

2010.

Islamic Development Bank dan Islamic Fiqh Academy, 2000. Resolutions and

Recommendations of the Council of the Islamic Fiqh Academy 1985-2000. Jeddah: Islamic

Development Bank and Islamic Fiqh Academy.

Jupp, Victor (Ed.), 2006. The Sage Dictionary of Social Research Methods. London: Sage

Publications.

Kahf, Monzer. "Zakat: Unresolved Issues in the Contemporary Fiqh" dlm. Journal of Islamic

Economics, 2(1), 1-22, 1989.

Kahf, Monzer, 1995. "Waqf". dlm. Esposito, John (Ed.), The Oxford Encyclopedia of the

Modern Islamic World. Oxford: Oxford University Press.

Page 36: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

36

Kahf, Monzer, 1997. "Introduction". dlm Monzer, Kahf (Ed.), The Economics of Zakah.

Jeddah: Islamic Research and Training Institute, Islamic Development Bank, dlm. Ahmed,

Habib, 2004. Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation. Jeddah: Islamic

Development Bank Group, Islamic Research & Training Institute.

Kahf, Monzer, 2000a. "al Waqf al Islami, Tatawwuruh, Idaratuh, Tanmiyatuh" (Islamic Waqf,

its Growth, Management and Development) dlm. Ahmed, Habib, 2004 Role of Zakah and

Awqaf in Poverty Alleviation. Jeddah: Islamic Development Bank Group, Islamic

Research & Training Institute.

Kahf, Monzer, 2000b. Zakah Management in Some Muslim Countries. Jeddah: Islamic

Research and Training Institute, Islamic Development Bank.

Kahf, Monzer, 2003. The Role of Waqf in Improving the Ummah Welfare. Kertas kerja

dalam International Seminar on „Waqf as a Private Legal Body‟, anjuran Islamic

University of North Sumatra on 6th-7th January 2003, Medan, Indonesia.

Kahf, Monzer, 2007. "The Calculation of Zakah: For Muslims in North America".

http://monzer.kahf.com/books/english/Calculation_of_Zakah_-_revised_July_2007.pdf.

Kahf, Monzer (n.d.). "Waqf: A Quick Overview". (Atas Talian). Dicapai daripada

http://monzer.kahf.com/papers.html> pada 22 Disember 2009.

Majlis Ugama Islam, 2008. Kuasa, Tugas dan Tanggungjawab. Negara Brunei Darussalam.

Majlis Ugama Islam (n.d.). Zakat Perniagaan. Negara Brunei Darussalam.

Masri, Sri Anne Sarmila Haji, 2007. "Critical Analysis of Zakat Management in Brunei

Darussalam: Focusing on Poverty Alleviation". Tesis Ijazah Sarjana, Universiti Brunei

Darussalam.

Mittra, Sid, Potts, Tom, dan LaBrecque, Leon, 2005. Practicing Financial Planning for

Professionals. Michigan: RH Publishing.

Mutual Fund, 2003. "In the New Penguin Business Dictionary".

http://www.credoreference.com/entry/penguinbus/mutual_fund. Dicapai pada 25 Februari

2013.

OIC Fiqh Academy (19th Session) (n.d.). "Endowing Shares, Sukuk, Material Rights &

Benefits". http://www.isra.my/mediacentre/downloads/finish/20/73/0.html>.Dicapai pada

21 Oktober 2010.

Peratoran Zakat dan Fitrah, 1969. Peratoran Zakat Dan Fitrah 1969: Di Bawah Undang-

undang Ugama Dan Makhamah2 Kathi 1955.

Poverty, 2006. "In the Penguin Dictionary of Sociology".

http://www.credoreference.com/entry/penguinsoc/poverty>. Dicapai pada 25 November

2010.

Rahman, Mushfiqur, 2003. Zakat Calculation: Primarily Based on Fiqh uz-Zakat by Yusuf al-

Qardawi. Leicester: The Islamic Foundation.

Sadeq, Abu Al-Hasan, 2002. A Survey of the Institution of Zakat: Issues, Theories and

Administrstion. Jeddah: Islamic Research Training Institute, Islamic Development Bank.

Sapar, Awang Haji Abdul Wahab Haji, 2010. Pengelolaan Zakat di Negara Brunei

Darussalam. Negara Brunei Darussalam.

Shirazi, Nasim Shah. "Providing for the Resource Shortfall for Poverty Elimination Through

the Institution of Zakat in Low Income Muslim Countries" dlm. IIUM Journal of

Economics and Management, 14(1), 1-27, 2006.

Siddiqi, M. Nejatullah, 1996. Role of the State in the Economy: An Islamic Perspective.

Leicester: The Islamic Foundation.

The Statistical Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries,

2012. Education and Scientific Development in the OIC Member Countries 2012/2013.

Ankara: SESRIC.

Trochim, William M.K., 2006. "Research Methods Knowledge Base".

http://www.socialresearchmethods.net/kb/. Dicapai pada 09 Februari 2011.

Page 37: PEMAHAMAN ZAKAT HARTA DAN JENIS AWQAF DI …eseminar.dbp.gov.my/dokumen/pemahamanzakat.pdf · Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan ... (Majlis Akademi Fiqh

37

UNDP, 2013. "Human Development Report 2013". (Atas

Talian).http://hdrstats.undp.org/images/explanations/BRN.pdf. Dicapai pada15 September

2013.

Unit Kutipan dan Agihan Zakat (n.d.). Zakat Emas, Perak dan Mata wang. Negara Brunei

Darussalam.

Zakat CPF, 2010.

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Zakat/Zakat%20CPF%2

0Brochure(1).pdf. Dicapai pada 29 Julai 2010.

Zakat on Employee Provident Fund (EPF), 2009. http://zakat.com.my/en/content/zakat-

employee-provident-fund-epf. Dicapai pada 29 Julai 2010.

Zakat on Insurance, 2009.

http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/MuisGovSG/Zakat/Zakat%20Insurance%20Br

ochure(1).pdf>. Dicapai pada 29 Julai 2010.

Zarqa, Shaikh Mustafa, 1947. “Ahkãm al Waqf” dlm. Ahmed, Habib, 2004 Role of Zakah and

Awqaf in Poverty Alleviation. Jeddah: Islamic Development Bank Group, Islamic

Research & Training Institute.

Zikmund, William G., 1991. Business Research Methods. Orlando: The Dryden Press.