prosedur kajian

2
PROSEDUR PENGUMPULAN / PENGUTIPAN DATA CONTOH 1: Pelaksanaan kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah kajian, membina objektif kajian dan soalan-soalan kajian serta mengenal pasti dan membentuk instrumen kajian bagi tujuan mengutip data. Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji akan mengikut prosedur- prosedur seprti berikut: i. Mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian daripada pihak Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia. ii. Mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Daerah Sandakan untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah rendah yang terlibat. iii. Berjumpa sendiri dengan guru-guru besar sekolah yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian di sekolah bekenaan. iv. Memberikan taklimat ringkas kepada pelajar yang terlibat sebagai responden supaya mereka jelas tentang tujuan kajian dijalankan dan cara menjawab soal selidik kajian. CONTOH 2: Sebelum soal selidik ditadbir, penyelidik telah berjumpa dengan pihak pentadbir kedua-dua sekolah bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian ke atas golongan sasaran kajian. Setelah diberikan keizinan, barulah instrumen ditadbirkan. Di sekolah yang pertama, penyelidik telah mentadbir sendiri instrument ini kepada responden, manakala bagi sekolah yang kedua, instrumen (soal selidik) telah ditadbir oleh seorang wakil, iaitu pentadbir sekolah bekenaan. Penyelidik telah menjelaskan prosedur pentadbiran soal selidik ini kepada wakil berkenaan serta lain-lain perkara yang bersangkutan yang perlu diberikan perhatian semasa mentadbir instrument. Selepas 4 hari, kesemua instrumen yang telah dilengkapi oleh responden telah diserahkan oleh wakil berkenaan kepada penyelidik.

Upload: liew-yu-liang

Post on 22-Jun-2015

1.817 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSEDUR KAJIAN

PROSEDUR PENGUMPULAN / PENGUTIPAN DATA

CONTOH 1:

Pelaksanaan kajian ini dimulakan dengan mengenal pasti masalah kajian, membina objektif kajian dan soalan-soalan kajian serta mengenal pasti dan membentuk instrumen kajian bagi tujuan mengutip data. Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji akan mengikut prosedur-prosedur seprti berikut:

i. Mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian daripada pihak Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia.

ii. Mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Daerah Sandakan untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah rendah yang terlibat.

iii. Berjumpa sendiri dengan guru-guru besar sekolah yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian di sekolah bekenaan.

iv. Memberikan taklimat ringkas kepada pelajar yang terlibat sebagai responden supaya mereka jelas tentang tujuan kajian dijalankan dan cara menjawab soal selidik kajian.

CONTOH 2:

Sebelum soal selidik ditadbir, penyelidik telah berjumpa dengan pihak pentadbir kedua-dua sekolah bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian ke atas golongan sasaran kajian. Setelah diberikan keizinan, barulah instrumen ditadbirkan.

Di sekolah yang pertama, penyelidik telah mentadbir sendiri instrument ini kepada responden, manakala bagi sekolah yang kedua, instrumen (soal selidik) telah ditadbir oleh seorang wakil, iaitu pentadbir sekolah bekenaan. Penyelidik telah menjelaskan prosedur pentadbiran soal selidik ini kepada wakil berkenaan serta lain-lain perkara yang bersangkutan yang perlu diberikan perhatian semasa mentadbir instrument. Selepas 4 hari, kesemua instrumen yang telah dilengkapi oleh responden telah diserahkan oleh wakil berkenaan kepada penyelidik.

Semasa pentadbiran instrumen di sekolah yang pertama, penyelidik telah mengumpulkan semua responden di dalam sebuah bilik dan mereka diminta bersedia untuk menjawab soal selidik berkenaan. Sebelum mereka mula menjawab soal selidik, penerangan telah diberikan kepada meeka tentang tujuan soal selidik ini dijalankan ke atas mereka dan member jaminan akan berkaitan kerahsiaan kesemua maklumat yang mereka berikan dan kesemua maklumat ini hanya akan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja. Responden diberikan masa antara 30 – 40 minit untuk menjawab soal selidik berkenaan. Responden tidak dibenarkan berbincang semasa menjawab soal selidik berkenaan.