kajian kes mengenai prosedur pengendalian preskripsi yang mengandungi

23
KAJIAN KES MENGENAI PROSEDUR PENGENDALIAN PRESKRIPSI YANG MENGANDUNGI DADAH BERBAHAYA(DD) DI UNIT FARMASI KLINIK KESIHATAN LUYANG, KOTA KINABALU SABAH Nama Penyelaras : Puan Rosefazila Binti Rosli Nama Pelajar : Benedick Petrus Nombor Matrik : BPF 2014 - 0776

Upload: benedick-dick

Post on 07-Jul-2016

381 views

Category:

Documents


28 download

DESCRIPTION

Kajian kes Prosedur Pengendalian Dadah Berbahaya

TRANSCRIPT

KAJIAN KES MENGENAI PROSEDUR PENGENDALIAN PRESKRIPSI YANG MENGANDUNGI DADAH BERBAHAYA(DD) DI UNIT FARMASI KLINIK KESIHATAN LUYANG, KOTA KINABALU SABAH

Nama Penyelaras : Puan Rosefazila Binti RosliNama Pelajar : Benedick PetrusNombor Matrik : BPF 2014 - 0776

DEFINISI / KONSEPKlinik Kesihatan Merujuk kepada institusi di mana orang ramai mendapatkan rawatan selain daripada

hospital. Klinik kesihatan yang dimaksudkan adalah Klinik Kesihatan Luyang

 

Standard Operating Procedure(SOP)

 

Segala aturan atau prosedur yang bertulis yang telah ditetapkan sebagai rujukan dan garis

panduan bagi melakukan kerja.

 

 

Preskripsi Arahan bertulis daripada doktor atau Pegawai Perubatan yang mengandungi ubat atau

persediaan yang perlu dibuat atau dibekalkan kepada pesakit.

 

Dadah Merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas

sistem saraf pusat, digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diperoleh secara haram,

membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan

terhadap dadah.

Dadah berbahaya Merupakan bahan kimia asli atau sintetik seperti Morfin, Heroin, Candu, Ganja dan semua

bahan yang terkandung dalam Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang berupaya

mengubah fungsi tubuh badan, perasaan dan kelakuan seeorang apabila diadministrasi.

PENDAHULUAN

• Menurut Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (BPFKKM), menyatakan bahawa proses pengendalian preskripsi yang mengandungi dadah berbahaya perlu melalui prosedur seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selari dengan kehendak Akta Dadah Berbahaya 1952.

• Tajuk kajian kes yang ingin saya utarakan ini adalah berdasarkan masalah yang timbul dalam prosedur pengendalian preskiripsi yang mengandungi ubat yang tergolong dalam dadah berbahaya. Tujuan utama saya menjalankan kajian ini keberkesanan prosedur yang digunapakai tersebut sewaktu mengendalikan preskripsi yang mengandungi dadah berbahaya.

• Dalam Kajian Kes ini, saya telah memilih tajuk “Prosedur Pengendalian Preskripsi yang Mengandungi Dadah Berbahaya di Klinik Kesihatan Luyang, Kota Kinabalu, Sabah”.

• Saya mendapati kajian kes ini sesuai untuk dijalankan kerana urusan pengendalian preskripsi yang mengandungi dadah berbahaya di unit farmasi Klinik Kesihatan Luyang dikendalikan oleh Pegawai Farmasi dan ini merupakan satu peluang bagi saya sebagai seorang pelatih yang sedang menjalani latihan praktis klinikal untuk melihat proses pembekalan dadah berbahaya kepada pesakit dijalankan dan meminta kebenaran daripada Pegawai Farmasi yang menyelia unit berkenaan untuk membuat kajian dan meneliti prosedur kerja di bilik dadah berbahaya.

PERNYATAAN MASALAH

• Antara masalah yang dapat saya kenalpasti ialah proses pembekalan dadah berbahaya mengambil masa yang lama. Prosedur pembekalan memerlukan pengendali preskripsi merekod butiran pesakit ke dalam buku rekod. Kesan daripada ini akan menyumbang kepada peningkatan masa menunggu pesakit.

• Masalah kekurangan stok ubat dadah berbahaya (DD) di Unit Farmasi Klinik Kesihatan Luyang. Hal ini telah menyebabkan proses pembekalan ubat kepada pesakit terganggu dan bekalan terpaksa dibekalkan dalam kuantiti yang minima. Hal ini membebankan pesakit kerana pesakit perlu berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan yang menyebabkan pesakit hilang kesabaran untuk mengambil ubat

• Saya juga mendapati preskripsi yang diterima mempunyai butiran yang tidak lengkap. Keadaan ini menyebabkan proses merekod butiran pesakit ke dalam buku rekod mahupun ke dalam sistem komputer terjejas dan menyumbang kepada masalah apabila membekalkan ubat kepada pesakit.

• Masalah staf baru berkhidmat dalam pengendalian preskripsi dadah berbahaya ini juga menyumbang kepada permasalahan yang timbul. Ini kerana mereka masih kurang arif dan selok - belok akan prosedur pembekalan dadah berbahaya. Perkara ini boleh menyebabkan staf – staf yang baru cenderung untuk melakukan kesilapan.

• Pengamalan etika kerja seperti yang telah digarispandukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan nilai – nilai moral oleh staf – staf yang mengendalikan ubat – ubatan yang mengandungi dadah berbahaya menjadi persoalan. Hal ini kerana perihal dalam menguruskan stok dadah berbahaya dan merekod butiran pesakit yang lengkap adalah amat penting semasa mengendalikan preskripsi yang mengandungi dadah berbahaya.

PERBINCANGAN

• Menurut Kamus Dewan Melayu, dadah berbahaya adalah bahan kimia yang boleh menjejaskan urat saraf, otak dan fungsi minda secara keseluruhan jika disalahguna dan boleh mendatangkan kesan ketagihan dan kebergantungan kepada bahan tersebut walaupun telah berhenti daripada mengambilnya.

• Merujuk Akta Dadah Berbahaya 1952 pula, dadah berbahaya merujuk kepada semua bahan kimia yang tersenarai dalam Jadual 1 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dikawal penggunannya dan dilarang pengimportan dan pengeksportannya sehingga mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

• Masalah pengendalian preskripsi yang mengandungi dadah berbahaya ini adalah proses pembekalan dadah berbahaya kepada pesakit mengambil masa yang lama. Di sini saya mendapati masalah ini wujud disebabkan beberapa perkara. Yang pertama, prosedur pembekalan dadah berbahaya(DD) memerlukan pengendali preskripsi dimana Pegawai Farmasi atau Penolong Pegawai Farmasi yang telah diamanahkan untuk mengisi butiran pesakit dan butiran preskriber secara terperinci ke dalam buku rekod. Seterusnya, kemahiran staf yang mengendalikan preskripsi tersebut. Melalui tinjauan yang telah saya lakukan sepanjang penempatan, saya mendapati Pegawai Farmasi atau Pegawai Farmasi Provisional yang baru dipertanggungjawabkan untuk membuat pembekalan dadah berbahaya kepada pesakit dan proses kerja menjadi lambat.

• Seterusnya, masalah yang amat ketara dalam pengendalian ubat yang mengandungi dadah berbahaya ini adalah kekurangan stok ubat yang terdapat di klinik. Saya mendapati bahawa masalah ini berpunca daripada ruang menyimpan stok ubat yang kecil. Ini menyebabkan stok ubat yang dapat disimpan dalam kabinet tersebut tidak mencukupi dan kabinet untuk menyimpan ubat dadah berbahaya haruslah dikunci supaya tidak berlakunya kecurian ubat. Ini akan menyebabkan beban kerja kepada staf untuk melakukan inden stok ubat dari Sub Stor di klinik.

• Preskripsi yang diterima tidak mempunyai butiran dan maklumat yang tidak lengkap. Masalah yang amat jelas semasa mengendalikan preskripsi yang mengandungi dadah berbahaya ini adalah mengenai dos ubat yang dipreskrib. Punca kepada permasalahan ini dikenalpasti di peringkat penyaringan preskripsi atau preskribing dimana pegawai atau pakar perubatan yang mengeluarkan preskripsi tidak mencatat butiran yang diperlukan dengan lengkap. Masalah ini akan menyebabkan urusan merekod maklumat dalam buku rekod terjejas.

• Masalah yang berkaitan dengan staf baru yang kurang arif tentang prosedur pembekalan dadah berbahaya juga dapat diperhatikan semasa kajian dilakukan. Masalah ini berpunca daripada latihan dan tunjuk ajar yang kurang mencukupi menyebabkan proses pembekalan menjadi perlahan dan terjejas. Semasa melakukan pemerhatian, saya melihat Pegawai Farmasi Provisional yang masih baru diberi tanggungjawab untuk mengisi buku rekod dan membuat pembekalan dadah berbahaya kepada pesakit tanpa diselia oleh Pegawai Farmasi yang lain.

• Dalam mengendalikan preskripsi ubat yang tersenarai dalam golongan dadah berbahaya timbulnya persoalan tentang pengamalan etika kerja dan nilai – nilai moral oleh staf yang bertanggungjawab dalam proses pembekalan ubat ini. Persoalan ini menjurus ke atas tahap etika dan pengamalan nilai-nilai murni dalam kalangan staf yang menguruskan stok dadah berbahaya dan juga sewaktu mengisi butiran pesakit ke dalam buku rekod dan sistem komputer. Persoalan ini timbul kerana, selepas meneliti Fail Laporan Kehilangan Bahan Psikotropik yang terdapat di Bilik Dadah Berbahaya, saya mendapati terdapat beberapa kes kehilangan stok dadah berbahaya direkodkan.

CADANGAN

• Saya berpendapat pihak jabatan farmasi, khususnya Unit Farmasi Klinik Kesihatan Luyang perlu mewujudkan satu kaunter khas yang mengendalikan preskripsi yang mengandungi dadah berbahaya dan prosedur pengendalian perlu dikendalikan oleh lebih ramai Pegawai Farmasi atau Penolong Pegawai Farmasi yang diberi kuasa. Saya merasakan alternatif ini dapat dilaksanakan oleh Unit Farmasi Klinik kerana bilangan Pegawai Farmasi dan Pegawai Farmasi Provisional di unit tersebut mencukupi untuk melaksanakan cadangan ini. Hal - hal berkaitan masa pembekalan yang terlalu lama dan masalah masa menunggu yang melebihi tempoh menunggu juga dapat dikurangkan.

• Penyimpanan dadah berbahaya ini dapat diatasi sekiranya pihak yang menyelia bilik dadah berbahaya ini menyediakan lebih banyak almari atau kabinet berkunci dan memberikan keutamaan ruang yang cukup bagi memudahkan proses pembekalan ubat dadah berbahaya kepada pesakit. Melalui penilaian saya sepanjang penempatan, pihak di Unit Farmasi Klinik Kesihatan Luyang mampu melaksanakan alternatif ini bagi mengurangkan beban tugas staf yang terpaksa membuat inden stok dari stor logistik dengan kerap dalam sebulan secara tidak langsung langkah ini juga dapat memastikan stok ubat sentiasa mencukupi dan berada pada paras mencukupi. Justeru itu, pesakit juga boleh menerima jumlah ubat yang mencukupi untuk sesuatu tempoh rawatan selain dapat memanjangkan tarikh lawatan untuk mendapatkan bekalan susulan.

• Unit Farmasi Klinik Kesihatan Luyang perlu mempunyai Pegawai Farmasi khusus yang bertindak menyaring preskripsi yang mengandungi dadah berbahaya. Jadual penggiliran tugas perlu dilakukan bagi mengelakkan beban tugas hanya tertumpu kepada seorang pegawai sahaja. Lampiran mengenai senarai butiran dan maklumat yang diperlukan ketika menulis preskripsi dan dapat diedarkan kepada semua preskriber.

• Masalah akan staf yang kurang arif akan prosedur pengendalian dadah berbahaya ini dapat diatasi. Pegawai Farmasi perlu ditugaskan bersama dengan Pegawai Farmasi Provisional ketika menjalankan proses pembekalan dadah berbahaya. Secara tidak langsung perkara ini dapat melatih dan membuat permerhatian ke atas cara kerja staf yang baru. Tambahan lagi, risiko untuk berlakunya kesilapan akan berkurangan dan dapat melancarkan proses pengisian buku rekod dan pembekalan dadah berbahaya.

• Bagi meningkatkan tahap pengamalan etika dan nilai – nilai moral oleh staf yang terlibat dengan proses pembekalan bahan psikotropik ini, kursus yang berkaitan seperti kursus integriti dan kursus akauntabiliti dalam kalangan penjawat awam perlu dilaksanakan dengan lebih kerap bagi memastikan akauntabiliti staf yang mengendalikan bahan ini tidak diragui. Audit yang berterusan juga perlu dilakukan baik audit dari pihak luar atau audit daripada pihak Jabatan Farmasi itu sendiri. Dengan inisiatif ini saya berpendapat masalah kehilangan stok dan kebocoran maklumat pesakit tidak akan berlaku.

KESIMPULAN

• Saya melihat bahawa keseluruhan proses pengendalian preskripsi yang mengandungi dadah berbahaya di unit tersebut mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan melalui carta alir pembekalan yang betul.

• Masalah yang timbul seperti proses pengendalian yang memakan masa, preskripsi yang mengandungi butiran yang tidak lengkap dan staf yang kurang arif tentang prosedur pembekalan ubatan psikotropik dapat diatasi jika semua pihak yang terlibat memainkan peranan dan memberikan kerjasama yang baik bermula daripada pihak yang membuat penyaringan preskripsi sehinggalah kepada pihak yang mendispen ubat.

• Saya dapat mempelajari bahawa peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh pengendali presksripsi yang mengandungi bahan dadah berbahaya adalah sangat besar dan berupaya untuk mendatangkan implikasi yang buruk jika menjalankan tugas tanpa mengikut kepada prosedur yang betul. Oleh itu, prosedur – prosedur yang telah ditetapkan harualah dipatuhi bagi mengelakkan proses kerja terjejas dan memastikan mutu kerja sesuatu organisasi sentiasa berkualiti.

LAMPIRAN

RUJUKAN

• Prosedur Operasi Piawai (2005). Farmasi Kesihatan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Dan

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.

• Fail Ubat Psikotropik,Prosedur Pengendalian Dan Pembekalan Bahan Psikotropik SOP/FPL/3.0 (2013)

Unit Farmasi Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Luyang, Kota Kinabalu, Sabah.

• Akta Dadah Berbahaya 1952. Biro Pengawalan Farmaseutikalkebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

• Fail Meja Pegawai Farmasi U41, Puan Nurul Nasrah Ariffin (2014).

Prosedur membekalkan ubat dadah berbahaya atau psikotropik.

www.bpfk.gov.my

www.kkm.gov.my

www.bpfkkm.gov.my